Tuesday 10 April 2012

TRILOGI OMBAK RINDU

Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada penulis buku "Ombak Rindu" Fauziah Ashaari.
Novel anda memang menyentuh hati semua pembaca dan juga penonton filem tersebut. 

Walaupun didalam Novel ini di buat bersambungan dengan "Cinta Tiada Akhirnya" dan juga " Rindu Cintaku' membuatkan novel ini lebih gempak, seperti juga novel  "Tangisan Bulan Madu 1,2,3 dan 4" oleh Samsiah Mohd Nor. 

Ombak Rindu mengisahkan perjalanan hidup Izzah pertama kali ditemukan dengan Hariz sehingga membawa mereka ke ikatan perkahwinan. Hariz sanggup menikahi Izzah walaupun dia sebenarnya tidak mengerti mengapa dia perlu berbuat demikian.  Perkahwinan antara Hariz dan Mila juga terjadi tanpa kerelaaan Hariz mahupun Izzah. Demi untuk mengembirakan hati Datuk Sufiah dan juga tidak mahu Sufiah Holdings jatuh ke tangan orang lain, Hariz rela berkahwin dengan Mila.  Kebongkaran tentang perkahwinan rahsia diantara Hariz dan Izzah akhirnya terjawab dan Mila sudi mengundur diri.

Cinta tiada Akhirnya adalah sambungan dari Ombak Rindu. Selepas perkahwinan rahsia diantara Hariz dan Izzah diketahui oleh umum, mereka hidup bahagia. Namun takdir sekali lagi menduga mereka berdua apabila kehadiran pakcik Izzah, Pak Taha mengugat kebahagian mereka.  Izzah sekali lagi ditipu oleh Pak Taha sehingga akhirnya dia terpisah dari Hariz.  Kehilanggan Izzah membuatkan Hariz hidup dalam terumbang-ambing. Setelah Hariz bertemu semula dengan Izzah, kekuatan cinta mereka sekali lagi teruji apabila Izzah hilang ingatan ketika cuba melepaskan diri dari gengaman Pak Taha.  Walaupun Izzah sudah kembali kepangkuan Hariz, namun ingatannya terhadap Hariz dan masa silamnya masih lagi kabur.  Hariz sabar menghadapi situasi ini, malah berusaha untuk memulihkan semula ingatan Izzah.  Akhirnya Izzah kembali mengingati masa silamnya bersama Hariz.  Disini juga Izzah mendapat tahu dia mempunyai saudara kembar bernama Suri.   

Rindu Cintaku  Setelah Hariz bertemu semula dengan Izzah, kekuatan cinta mereka sekali lagi teruji apabila Izzah hilang ingatan ketika cuba melepaskan diri dari gengaman Pak Taha. Hariz pula terpaksa keluar dari Sufiah Holdings yang kini diterajui oleh adiknya Hazirah.  Kemunculan Kelvin juga adalah kerana ingin membalas dendam kepada Hariz.  Izzah sekali lagi terluka apabila Elin, adik kepada Mila menyintai Hariz dalam diam.  Elin sanggup memfitnah Hariz kerana tidak mahu orang lain tahu yang dia sebenarnya telah dirogol ketika bercuti diluar negara.  Izzah akhirnya membawa diri ke London untuk tinggal bersama Suri disana.  Setelah beberapa tahun disana, rindu Izzah kepada Hariz tidak dapat dibendung lagi. Rasa rindu cintanya terhadap Hariz membawanya pulang kembali ke tanahair.  Setelah sekian lama menyimpan rindu dihati akhirnya sekali lagi mereka berdua dipertemuakan semula dalam keadaan yang berbeza.  Hariz kini telah menjadi petani moden yang berbakti kepada tanah dan juga telah bergelar Haji Hariz Bin Abdullah. Dan Izzah masih seperti dahulu, tetapi menyintai dan merindui cintanya kepada Haji Hariz Bin Abdullah.  Alhamdullilah setelah mereka bersama kembali, Allah telah mengurniakan mereka 2 orang cahayamata setelah hampir 12 tahun mereka mengharungi badai kehidupan.