Friday 25 May 2012

CINTA LRT - Bab 1 & 2


Prolog

Are you sure? Aku sudah mula cuak, Fareez nih bukannya boleh buat main-main. Kalau betul –betul dia buat, memang kes berat nih.  Tak pernah dibuat orang, aku tahulah dia mampu. Tapi mana aku nak letak muka ni kalau betul-betul si Fareez berkeras juga. 

Sayang, benda ni once in a lifetime. Kenalah buat betul-betul, boleh kita tunjukkan kepada anak-anak kita nanti macam mana Papa dan Mama mereka bertemu jodoh.

Tak nak lah Fareez, malu nanti. Kita buat macam biasa aje, saya lagi setuju. Aku cuba berkrompomi dengannya.  Akhirmya perbualan kami terhenti setelah kami sampai ke destinasi yang hendak kami tujui.

Namun dalam fikiran Fareez sudah terbayang keindahan dan kemeriahan yang bakal berlaku. Takpe sayang, saya pasti akan buat. Tunggu aje nanti…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bab 1

Wajahku sudah memerah, terasa ingin menampar si pencabul ini.  Tanpa amaran, aku terus menyiku pencabul itu.

Adoi, kedengaran jeritan dari seseorang.

Aku buat muka selamba, muka orang tidak bersalah. Kebetulan destinasi aku telah sampai, terus aku keluar tanpa menoleh lagi.  Apa yang terjadi selepas itu aku tidak mahu ambil peduli.

LRT meluncur meninggalkan aku yang masih berjalan diantara puluhan manusia.  Lega rasanya dapat membalas perbuatan si pencabul itu tadi.  Namun dalam hati aku masih tidak tahu apakah tindakan yang kau lakukan itu tadi betul ataupun tidak. Buatnya aku salah menyiku orang lain, mahu tak aku malu setahun.

Tiba-tiba aku dengar seseorang sedang memanggilku dari jauh.

Eh awak, jangan nak lari.

Aku toleh kebelakang untuk melihat siapa gerangan.  Alamak, sape pulak nih.

Aku terus memandang raut wajah itu, macam sedang menahan kesakitan aje. Jangan-jangan.. aku dah salah menyiku orang lain kot. Takkan lah, sape suruh dia cabul aku dulu.

Awak ni pekak ke, atau sengaja buat-buat pekak.

Awak panggil saya ke? aku masih lagi buat muka blur.

Yelah, sape lagi.  Mari sini.  Dia terus menarikku ke suatu sudut, mengelakkan kami berdua daripada menghalang perjalanan orang lain.

Awak nak apa? Saya dah lambat ni. 

Saya nak tanya sikit.  Kenapa awak siku perut saya?

Bila masa? aku masih lagi hendak berdalih.

Jangan nak bohong, sebelum keluar dari pintu LRT tadi awak siku perut saya. Apa salah saya?

Sape suruh awak gatal tangan raba punggung saya.

Bila masa?

Tadi dalam LRT, sesedap rasa awak raba punggung saya pastu nak buat muka bodoh plak.

Saya rasa awak silap orang lah,

Bukan ke awak yang berada dibelakang saya sepanjang perjalanan tadi.

Nope, bukan saya. Awak salah orang.

Habis tu sape?

Mana saya tahu, maybe mamat bangla tadi kot. Sebab saya nampak dia beralih ke belakang lepas nak sampai stesen tadi.

Ye ke? maaf ye awak.  Saya geram sangat, sebab start dari stesen Bandar Tun Razak samapai sini tangan dia tak henti-henti mengatal.

Oh gitu, next time awak tengok dulu sebelum berbuat sesuatu. Sakit tau, tak pasal-pasal senak perut saya ni.

Maaflah awak, saya betul-betul tak sengaja.  Saya pergi dulu ya, dah lambat. Aku terus meninggalkan lelaki itu tanpa menghiraukan panggilan darinya.

Dalam hati menyumpah berbakul-bakul kerana menjadi mangsa cabul, tapi nak tergelak juga sebab salah pukul orang yang tidak berdosa pulak.  Macam-macamlah aku ni.

Pagi itu memang serba tidak kena, sampai ofis pun lambat gara-gara terlepas bas.  Ketika aku berlari menuju ke lif, sekali lagi aku terlanggar seseorang.

Maaf ye, saya tak sengaja. Tuturku tanpa melihat wajah orang yang aku langgar tadi.

It’s okay, lagipun pagi tadi pun saya sudah kena.

Aik, macam kenal aje suara orang ni.  Perlahan-lahan aku angkat wajah cuba melihat siapa gerangan orang itu.  Alangkah terkejut aku melihat lelaki tadi berada dihadapanku.  Mampus, kenapalah aku mesti bertemu lagi dengan lelaki ini. Masuk hari saja sudah dua kali.  Malang betul nasibku…

Encik, saya betul-betul minta maaf. Ujarku kepadanya. 

Takpe, saya okay. Jom masuk lif nanti awak lambat masuk ofis. 

Aku hanya mengikut langkah lelaki itu memasukki lif yang terbuka.  Aku tekan tingkat 11 manakala aku lihat lelaki itu menekan tingkat PH. 

PH, bukan ke itu ofis CEO syarikat. Lantaklah, buat apa aku nak ambil tahu. 

Sepanjang dalam lif, baik aku mahupun lelaki itu tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut kami berdua.  Akhirnya sampai di tingkat 11 aku keluar tanpa pamitan.

Fareez memandang gadis itu keluar dari lif, dalam hati sudah mahu tergelak melihat wajah kelat gadis itu.  Senyumannya tidak lekang sampai ke Penthouse, hari ini dia rasa amat lucu sekali.  Lif sampai Penthouse, terus Fareez meloloskan diri menuju ke pejabat Daddynya.

Morning Kak Zai, papa ada kat dalam?

Morning Encik Fareez, Tan Sri ada discussion kat bilik mesyuarat. Dia suruh Encik tunggu kat dalam biliknya dulu.

Okay, thank you. 

Fareez berlalu menuju ke arah bilik yang dimaksudkan oleh Zaidatul setiausaha papanya.  Zaidatul pula tidak habis-habis merenung wajah kacak Fareez. Kacak juga anak Tan Sri nih, untunglah sape yang jadi girlfriend dia.

Damm… terkejut Zaidatul apabila seseorang mengetuk kuat mejanya.

Kak Zai, termenung jauh nampak.

Kau nih kan Fareeza, buat terkejutkan akak aje.  Kau nak apa?

Mak aih, garangnya.  Nih dokumen yang Tan Sri minta semalam. Saya dah siapkan report yang dia nak.  Inform Tan Sri yang Encik Mukhriz dah check semua detail dalam ni.  Anything minta Tan Sri rujuk dengan dia.

 Okay, thank you.  By the way, kenapa ko lambat ari nih?

Ada masalah sikit, nanti ada masa saya ceritakan kat akak. Ujarku agak berbisik, tak mahu orang lain dengar butir bicaraku dengannya.

 Kak Zai mengganguk mengerti isyarat yang aku berikan.  Fareeza terus berlalu meninggalkan meja Farisha, tidak mahu menganggu temannya masa waktu pejabat. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengah hari itu aku didesak oleh Fariha untuk menceritakan kejadian pagi tadi.

Fareeza, cepatlah bagitau aku kenapa ko lambat pagi tadi. Aku pun menceritakan kejadian yang berlaku dari A to Z.  Farisha kusyuk mendengarnya sampai tidak sedar matanya membuntang.

Kau biar betul beb, takkan ko tak tengok dulu sebelum bertindak.

Aku mana tahu, lagipun aku malu sangat bila orang tuh raba punggung aku.  Nanti kalu aku pandang wajah si cabul tu, lain pulak ceritanya.

Sebab itu ko terus siku perut orang tu tanpa usul periksa.

Ya, kebetulan pulak destinasi aku dah sampai. Terus aku keluar.

Sapelah mamat yang malang tuh ye,  hensem tak?

Kau ni, malas aku nak cerita.  Jom kita balik ofis, dah nak pukul 2 pun.

Sampai ofis aku dan Farisha memulakan tugas yang tertangguh.  Lama juga aku tekun membuat kerja sampai tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.  Satu hari ini aku rasakan otakku sudah banyak  berfikir, tak tertanggung beban kerja yang banyak.  Untuk mengelakkan dari terjadi kejadian seperti pagi tadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi pulang terus ke rumah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bab 2

Sampai rumah aku naik tingkat atas menuju ke bilik.  Aku tidak sedar ada mata yang memandangku tanpa suara.

 Aku merebahkan diri di katil, jam menunjukkan sudah hampir 6.30 petang.  Sedar akan diri ini belum menunaikan solat, aku berggas ke bilik air membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat yang tertangguh.  Aku berteleku disejadah sambil membaca ayat-ayat Al-quran sementara menunggu masuk waktu magrib.    Perut berbunyi minta diisi, lantas aku turun ke bawah mencari makanan.

 Eza, baru balik ke? Terkejut aku bila mendengar suara mama, nasib baik tak pengsan.

Mama ni, buat Eza terkejut ajelah.

Mama tanya sikit pun dah terkejut.

Tak delah, tiba-tiba aje terjah mana tak terkejut Eza.   Aku mengambil air segelas lalu duduk di meja makan.  Puan Hanna hanya tersenyum melihat gelagat anak gadisnya itu.  Lalu dia turut sama melabuhkan punggungnya disini Fareeza.

 Eza nak makan? Mama boleh panaskan lauk.

Tak pelah mama, Eza boleh buat sendiri. Mama rehatlah. 

Eza membuka tudung saji dan turut mengambil pinggan nasi.  Belum pun sempat menyuap nasi ke mulut, Eza dihujani pertanyaan dari mamanya.

Anak mama nih bila nak kahwin?  Tersedak Eza, cepat-cepat mamanya menghulurkan air.   Eza meneguk rakus air itu, pertanyaan mamanya membuat dirinya tergamam seketika.

 Mama ni, mujur Eza tak tercekik tau.

Maafkan mama, lain kali mama tak buat lagi. Sayang okay tak?

Aku sengaja hendak mendera perasaan mama, so aku buat-buat lah muka kesian.  Tapi tak sampai hati pula bila melihat raut wajah mama yang agak risau akan keadaanku.  Tanpa aku sedari, airmata mama menitis laju. Ah sudah, mama aku ni memang cepat ‘touching’, lebih-lebih lagi kalu melibatkan aku.  Perlahan-lahan aku hampiri mama, aku peluknya dengan penuh kasih dan sayang. 

Mama, Eza okay. Saja nak tengok sama ada mama sayang ke tak kat anak mama ni.  Erat pelukan mama menbuatkan aku bertambah risau. Kenapa malam ini mama agak berlainan sekali. Mungkinkah mama rindu pada arwah papa. Perlahan-lahan aku leraikan pelukan, aku memandang wajah sayu mama.  Aku kasihan melihat mama, sebolah-bolehnya aku cuba untuk membahagiakan dirinya. Tapi aku tidak mampu, salah aku kah?

Sayang, mama okay.  Cuma mama takut tak sempat nak tengok Eza naik pelamin. 

Mama nih, sempat lagi dia buat lawak.   Mama jangan risau, insyaallah kalau jodoh tak kemana. Eza yakin mama sempat melihat anak kesayangan mama nih bertemu jodoh. Silap-silap sempat timang cucu lagi. Aku cuba berlawak, sengaja mencuit hati mama.  Lega aku lihat mama tersenyum kepadaku.

Dah..dah, Eza sambung makan. Mama nak naik solat magrib.  Mama memberi ciuman didahiku sebelum berlalu meninggalkanku sendirian di dapur.  Mataku mengekori langkah mama sehingga hilang dibalik ruangan dapur.  Aku meneruskan suapanku, dalam hati masih memikirkan kata-kata mama tadi.  Dimana dan dengan siapa akan aku temui jodoh, hanya Allah yang akan tentukan.  Cepat atau lambat, bergantung denganNya jua.

 Malam merangkak pergi meninggalkan aku terkulat-kulat sendirian.  Aku mengambil laptop di atas meja, bercadang ingin membuka FB melihat siapa ditalian.

 Eh, sapa pula nih ‘Mr Winter Sonata’ Aku tak kenal. Nak kata kawan sekolah, tak mungkin sebab kesemua rakanku kebanyakannya perempuan. Al maklum aje lah, aku nih sekolah perempuan dari sekolah rendah hingga menengah.  Mungkin secret admire semasa aku di kolej kot. Nak approve ke tak? Masih lagi berkira-kira dalam hati.  Approve ajelah, bukannya jumpa pun.

Tiba-tiba, tetingkap chat menyala.. Mr Winter Sonata memyapa ditalian.

+ Hai, thanks sbb sudi approve saya.
+ No hal, by d way. Who r u?
+ for this moment, I nak u kenali I as Mr Winter Sonata, a guy and still bachelor.

Yek, tak nak bagitahu takpe. Aku pun tak kebulur nak tahu sape ko. 

+ tak tanya pun. L
+ aik, bukan ke u tanya td. So I jawab lar…  J
+ suka hati sy lar nak kata apa  :-p
+ Dear, don’t judge the book by looking it cover k
+ bila masa u jadi buku ??
+ u r so funny. I like it J
+ sy x buat lawak pun u cakap funny.  pelik???
+hehheeeee  J J
+confirm u nih mental kan? :-p
+I mental sbb u lar..
+don’t be
+nak buat mcm mana, dah terlajak pon
+suka hati awak lah
+Dear.. dear… u really funny.
+ apa yg funny nyer, malas nak layan u
+ nnt lar dulu.  Jgn lah nak merajuk
+sape yg merajuk? X faham..  K
+x faham or sengaja?
+okaylah, need to go.  Bye…

Terus aku ‘log out’ tanpa menunggu jawapan darinya.

Disebelah sana pula, Fareez sudah tersenyum-senyum.  Apalah minah nih, cepat betul gelabah. Baru aku nak ayat dah lari.  Takpe tunggu ya Ms Sakura, akan aku jejaki siapa gerangan dirimu.  Fareez sudah lama mengusar nickname ini.  Walaupun dalam FB Ms Sakura meletakan  gambar bunga sakura sebagai wallphoto, dalam hatinya sudah termimpi-mimpi wajah tuan empunya nickname itu.

Fareez meneruskan kerja yang tergendala, asyik ralit berbalas message dengan Ms Sakura terlupa yang dia masih belum menyiapkan lakaran  bangunan Epic Trade Zone.  Pagi tadi semasa dia bertemu dengan Daddy dipejabat, dia disuruh melakarkan latar belakang untuk projek bangunan baru yang akan dibina di Sepang.  Epic Trade Zone adalah satu sebuah pusat mall membeli-belah yang akan dibina untuk menarik ramai pengunjung datang ke kawasan Sepang.  Buat masa ini, laluan ke Sepang hanya digunakan untuk ke KLIA, tapi kini target daddy adalah untuk menarik orang ramai untuk datang bertandang ke Sepang. Dalam erti kata, untuk memajukan kawasan Sepang agar pembangunan dikawasan ini akan menjadi lebih maju dan pesat.

Fareez mempunyai syarikat Akitek sendiri yang dikongsi bersama sahabat karibnya Suffian. Walapun dia boleh bekerja disamping Tan Sri Fakrul iaitu daddynya, tapi dia lebih suka memilih untuk membina empayar sendiri.  Tan Sri Fakrul tidak pernah menghalang niatnya, malah memberi sokongan yang padu terhadap satu-satunya anak lelaki kesayangan.  Kedua-dua orang kakaknya telah pun berumahtangga, dan kini menetap bersama keluarga masing-masing.   Azmin, abang iparnya yang sulong dan juga merangkap sepupunya telah dilantik sebagai penolong kepada Tan Sri Fakrul.   Fareez tidak membantah, malah setuju dengan pelantikan tersebut.  Baginya, mereka semua adalah satu keluarga. Jadi tidak salah pun jika  jawatan itu diberikan kepada Azmin.

 Mata Fareez sudah mulai mengantuk, lalu dia menutup buku sketch dan laptop.  Dengan panyas dia memanjat katil, terus lena sampai ke pagi.


**Bersambung ...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------