Friday 27 July 2012

BAWALAH PERGI CINTAKU - PENGENALAN

Aku masih lagi menangisi pemergiannya, tetap setia duduk bersipuh disebelah makamnya. Disini tempat dia bersemadi. Sudah puas Nina, sahabatku memujuk, namun aku tetap berdegil.  Suamiku juga sudah tidak tahu bagaimana hendak memujuk isterinya ini.  Lantas di biarkan aku disitu bersama Nina. 

“Maafkan aku kerana tidak dapat membalas cintamu. Bukan aku tak sudi, tapi hati ini sudah dimiliki oleh seorang insan bernama suami. Akan aku simpan segala kenangan indah ketika bersamamu, dan aku redha jika kau bawa pergi cintaku bersama-samamu” - Khadila Adiba

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terus akif menutup diari itu. Tidak sanggup lagi dia membaca bait-bait kata yang ada didalamnya.  Baru dia sedar yang dia telah tersilap langkah.  Kerana pentingkan diri, dia terlupa ada orang yang lebih berhak memiliki hati Diba dan bukannya dia.  Dan kalau bukan kerana kedegilannya untuk memiliki Diba, Putra tak akan kecewa dan Diba juga akan bahagia.  Rasa bersalah mengelubunginya, tapi semuanya sudah terlambat.  Diba sudahpun menjadi miliknya dan Putra sudah pun pergi jauh meninggalkannya.  
~akan datang~


Watak utama:-



 
Muhd Akif Aqil



Khadila Adiba



Ariffin Putra

Monday 23 July 2012

CINTA LRT - Bab 16

Bab 16

3 bulan kemudian…

Abah, projek Free Trade Zone kat Sepang hari itu dah masuk stage ketiga. So, tak lama lagi boleh mula start landscaping pula.  Feez minta maaf sebab sebulan dua ini Fareez sibuk sikit, jadi masa untuk persiapan weeding itu nanti macam mana?

Aik anak abah, sempat juga dia ingat tentang weeding. Kenapa, dah tak sabar-sabar ke nak jadi suami orang.

Fareez tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

Bukan Feez, tapi mama yang sibuk-sibuk call Feez tanya bila nak fitting baju nikah lah, bila nak tengok arrangement pelamin lah,  macam-macam lagi sampai naik pening kepala Feez ni.

Mama kamu tu dah tak sabar-sabar nak terima menantu. Nanti abah bincang dengan mama supaya tangguhkan dulu, okay tak?

Jangan abah, nanti apa kata orang sebelah sana pula. Kita teruskan, but in between Feez akan cuba curi masa untuk tolong setakat mana yang termampu.  Lagipun, Feez tak mahu pihak sana fikir apa pula.

Kalau Feez dah cakap macam tu, abah follow saja. Kalau susah sangat minta tolong Zakuan atau Khairil bantu Feez nanti.

Boleh, lagipun Feez tengok Khairil itu berpotensi menggantikan tempat Feez satu hari nanti.  Kerja dia pun bagus juga, kemas dan teratur. He’s a good worker and also perfectionist in work.

If Feez dah cakap macam itu, abah ikut saja.  Lagipun selepas majlis perkahwinan Feez nanti abah ingat nak serahkan jawatan CEO itu.  Boleh abah berehat kat rumah dan temankan umi kamu tu pergi tunaikan Umrah dan Haji sekali lagi.

Elok juga tu abah, dah lama umi asyik membebelkan kat Feez kata abah terlalu obsess dengan kerja.

Ye ke? umi kamu tu kesunyian. Dah tiba masanya abah dan umi berehat sambil bermain dengan cucu pula.

Perbincangan kedua beranak itu berakhiri dengan gelak tawa.  Tan Sri Fakhrul yang sudah lama ingin bersara, dan kini tiba masanya Fareez mengambil alih tempatnya.  Dia ingin sekali meluangkan masa buat isteri tercinta setalah hampir 35 tahun usia pernikahan mereka berdua.  Perkahwinan Fareez adalah rancangan terakhirnya setelah anak perempuan sulungnya Faizatul Akma berkahwin 2 tahun yang lalu.   Walaupun begitu, Faizatul masih tidak mempunyai anak, mungkin belum ada rezeki. Sebab itu dia mahu sangat Fareez berkahwin agar hasratnya ingin menimang cucu tercapai.

Telefon dimeja berbunyi, kedengaran suara Zaidatul setiausaha abah ditalian.

Tan Sri, you got visitor.

Who’s Zai?

Puan Sri, can I sent her in?

Of course, please.

Bila terdengar akan kehadiran umi dipejabat abah, cepat-cepat Fareez membuka pintu.  Tangan uminya disalam dan dipeluk wanita itu.  Umi pula menghampiri abah, tangan dihulur dan dikucup tangan suaminya.

Kenapa umi datang, Nak sport check abah ke?

Hish kamu ni Feez, tak ada maknanya umi nak buat macam tu. Umi percaya akan kejujuran abah sepenuhnya.

Aku lihat abah tersenyum, tahu akan dirinya diperkatakan.  Umi memang seorang yang amat memahami abah.  Aku juga berharap agar Fareeza juga begitu apabila kami sah bergelar suami isteri.  Kerana aku tahu kepercayaan terhadap pasangan masing-masing dalam sesuatu hubungan adalah satu tunggak yang perlu ada.

Terlanjur Mah ada kat sini, abang ada cadangkan nak adakan majlis kat rumah kita sempena nak menyambut bakal menantu.  Feez setuju tak?

Hah! Biar betul abah, Feez tak sedia lagi. Takut Fareeza pula rasa lain nanti.

Kenapa pulak, kamu belum berterus-terang dengan dia lagi ke Feez?

Belum abah, lagipun umi ingat tak yang Fareeza sendiri tak mahu tahu siapa bakal suaminya sehingga hari pernikahan kami nanti.

Umi mengambil tempat bersebelah Fareez, ingin berbincang hati ke hati.  Tangan anak terunanya dicapai, lalu digengam erat.

Umi rasa sudah tiba masanya Fareez berterus-terang dengan Feeza. Umi tak mahu ada salah faham nanti.

Tapi umi kan tahu yang Feeza tak mahu kenali Feez sebelum majlis pernikahan kami.  Please umi, I can’t bear to loose her.  Not this time umi. Tergambar riak ketakutan diwajah Fareez, takut akan kehilangan orang tersayang buat kali kedua. 

Melihat kesungulan bertamu diruang mata Fareez membuatkan Tan Sri Fakhrul menyampuk perbualan diantara isteri dan anak lelakinya itu.

Feez, abah rasa apa yang umi katakan tadi ada benarnya.  Mungkin sudah tiba masanya kalian berdua mengenali satu sama lain.  Abah tak mahu melihat kesedihan diwajah bakal menantu abah kalau dia dapat tahu hal sebenarnya ketika majlis pernikahan pula.  Silap-silap terus dia reject Feez pula.  ujar Tan Sri Fakhrul sambil berseloroh, cuba menghidupkan suasana ceria pula.

Feez sayang, umi akan bantu jika kamu perlukan bantuan. Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Perbualan mereka bertiga terganggu, bunyi intercom dari Zaidatul menyatakan kehadiran Fareeza yang ingin bertemu dengan Tan Sri.  Cepat-cepat Fareez bangun dari duduk, terus dia kaku seketika. 

Tengok tu, baru saja sebut nama. Sekarang tuan empunya badan pula sudah muncul.  Umi harap Fareez dapat tenangkan fikiran dan berbincanglah elok-elok.

Pintu dikuak dari luar, kelihatan Fareeza masuk sambil memberikan salam.  Agak terkejut juga dia kerana tidak sangka bakal ibu mertuanya juga ada disini.  Lagi menghairankan Fareeza adalah kehadiran Fareez diruangan ini.  Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bakal mertuanya.  Puan Sri Mahani menarik Fareeza duduk berdekatan dengannya, dia ikut saja walaupun terpaksa duduk berhadapan dengan Fareez. 

Fareez menunduk, takut hendak bertentang mata dengan Fareeza.  Suasana menjadi sunyi seketika, Fareeza yang agak kekok dengan keadaan ini hanya mampu melemparkan senyum kepada bakal mertuanya.

Feeza, tujuan umi panggil kamu kesini adalah untuk memperkenalkan bakal suami Feeza.

Hah, apa umi. Bakal suami, kan Feeza dah cakap nak tunggu sampai hari pernikahan baru kami bertemu.  Fareeza sudah tidak senang duduknya, kenapa pula hari ini. Dia belum cukup bersedia untuk menghadapi bakal tunangnya.  Dah lah pula tu, dengan kehadiran mamat sengal ni memang melemaskanku.

Umi, Feez kena pergi dulu. Ada perkara yang perlu diselesai. Sejurus berkata-kata, Fareez terus dan menghilangkan dirinya dibalik pintu.  Tidak mahu menghadapi situasi yang tidak diduga.  Biar umi saja yang terangkan, asal kan bukan dari mulutnya.

Umi? Kenapa mamat sengal tu panggil ibu mertuaku macam tu.  Jangan-jangan… oh tidak, aku tak boleh terima kalau memang dia adalah tunangku. Eh, apa salahnya. Lagipun aku memang suka dekat dia sejak dulu lagi.

Feeza, mengelamun ya. Dari tadi umi panggil tak dengar. Aku tersengih-sengih menyedari kesilapanku.

Taklah umi, cuma Feeza agak keletihan sejak seminggu dua ini. Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis itu nanti. Tadi umi kata nak kenalkan siapa bakal suami Feeza, mana dia?

Lah, yang tadi itu bukan ke bakal suami kamu.

Siapa? Encik Fareez? Agak kuat juga aku jerit, mesti umi ingat bakal menantu dia ni anak tarzan.  Aku tekup mulutku dengan kedua-dua belah tanganku.

Feeza, kuat sangat menjerit nasib baik telinga umi dengan abah tak pekak.  Ujar Puan Sri Mahani sambil diperhatikan oleh Tan Sri Fakhrul yang tersenyum melihat reaksi Feeza dengan berita yang baru diterimanya.

Maafkan Feeza umi, abah.  Ditariknya Puan Sri Mahani ke dalam pelukkannya. 

Umi minta maaf juga sebab buat Feeza terkejut.  Niat umi hanyalah ingin melihat Feeza gembira dengan pilihan ini.  Feeza tak suka ke?

Tak lah umi, cuma Feeza tak sangka yang Encik Fareez tu bakal suami Feeza.

Dan sekarang Feeza dah tahu, jadi umi harap kalian berdua dapat menyesuaikan diri masing-masing sebelum majlis pernikahan yang akan berlangsung tak lama lagi.  

Insyaalallah umi, abah. Feeza akan terima Encik Fareeza seadanya. Dan Feeza juga harap Encik Fareez terima kekurangan yang ada dalam diri Feeza ini.

Feeza jangan risau, umi percaya 100% yang Feez suka dengan pilihan kami berdua. Tak gitu abahnya?

Fareeza lihat Tan Sri Fakhrul menggangguk mengiakan kata-kata isterinya.  Tidak mahu mengganggu rancangan yang bakal diaturkan oleh isterinya itu, dia berlalu menuju ke meja kerjanya,  ingin menyambung kembali kerja yang ditinggalkan tadi.  Sesekali terdengar gelak tawa yang tercetus diantara Fareeza dan isterinya itu.  Gembira dia melihat isterinya bebual-bual dengan baal menantunya itu, sudah lama isterinya tidak ceria sejak anak perempuannya Faizatul pindah mengikut suaminya.  Kadang-kandang dia kasihan melihat isterinya seorang diri dirumah tanpa teman untuk berbicara.  Hendak harapkan si Fareez, dia lebih senang tinggal sendiri Cuma sesekali anak terunanya pulang dihujung minggu untuk menjengah mereka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Fareeza sudah berkira-kira ingin bersemuka dengan Fareez. Tetapi nasibnya agak malang kerana Jamie pula muncul di lobby.  Tidak mahu Jamie ketahui tujuan asalnya, dia lantas mengekori lelaki itu pulang bersama.  Tanpa dia sedari, Fareez juga turut menyertai mereka berdua.

Hey guy, can I join?

Alangkah terperanjat Fareeza melihat susuk tubuh Fareez menghampirinya.  Wajah lelaki itu masam, mungkin cemburu.

Kalau sudi, apa salahnya. What about you Jamie?

I okay saja Feeza.  Dalam hati Jamie sudah berbakul-bakul marah kerana Fareez telah merosakkan rancangannya.   Dia ingin sekali berdua-duaan dengan Fareeza, berharap agar hari ini dia dapat meluahkan perasaannya kepada gadis itu.

Sepanjang perjalanan sehinggalah sampi distesen Chan Sow Lin, tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulut mereka bertiga dan Jamie pula terpaksa berpisah dengan Fareeza setelah tiba ke destinasinya.  Jamie agak ralat kerana terpaksa memendamkan lagi perasaanya, tren meluncur meninggalkan Jamie dengan hati yang luka.

Fareez merapatkan dirinya dekat Fareeza. Walaupun agak kekok, tapi dia cuba berlagak tenang.  Ketika tren menghampiri stesen Bandar Tasik Selatan, Fareeza sudah bersedia ingin keluar. Tetapi Fareeza menahannya, dia lantas menggengam tangan Fareeza.  Mereka keluar beriringan sambil berpegangan tangan.  Fareeza ingin menarik tangannyam, tapi Fareez semakin mengeratkan gengaman tangannya.

Encik Fareez, could you please behave?

What, you are my fiancée. Apa salahnya kan?

Tapi saya bukan tunang Ecik Fareez.

Awak dah lupa ke sayang, bukan ke tengah hari tadi umi dah introduce siapa bakal suami awak. So, here I am.

Saya nak balik, so please tolong lepaskan tangan saya.

Sayang, saya ada hal nak bincang dengan awak. Apa kata kita masuk TBS dan cari tempat yang sesuai.

Tak nak, sudah tak ada apa yang hendak dibincangkan lagi. Awak memang penipu. Jeritku kepadanya. 

Orang ramai sudah mula memandang kami berdua.  Fareez mengangkat tangan tanda peace, kelakar pula mamat ni.  Aku tarik nafas perlahan-lahan mengawal amarahku, tidak mahu memalukan diriku dan dirinya juga.

Okay, saya setuju ikut awak. Dengan syarat, tolong lepaskan tangan saya. Ujarku cuba berkompromi denganya.  Mungkin sudah sampai masanya kami duduk berbicara.  Langkah kami teruskan memasuki ruang TBS, mencari tempat yang sesuai.  Restauran Kenny Rogers menjadi pilihan Fareez, aku hanya mengekorinya dari belakang.

Sambil menanti pesan tiba, kami berbual kosong. Tidak mahu mencipta suasana sepi antara kami berdua.  Dari sudut pengamatanku, Fareez merupakan seorang lelaki yang tegas dan berkarisma.  Cara percakapan dan pemakaiannya juga boleh membuatkan mana-mana perempuan tertawan dengannya.  Kalau macam inilah dia bakal suami aku, alamat hari-hari aku makan hati kerana cemburukannya.

Dah puas tenung muka saya, hensem tak?

Perasaannya, dari tengok muka awak baik saya cuci mata tengok lelaki yang diluar sana.

Sekarang boleh lah, nanti bila kita dah kahwin jangan harap awak boleh buat macam tu.

Kenapa pulak, tak kan awak nak kurung saya pula.

Sayang, awak jangan lupa. Saya ini bakal suami dan juga merangkap bos awak, jadi saya berhak ke atas awak sepenuhnya.  Aku menjuihkan bibir, malas nak layan. Fareez tergelak melihat aksi spontanku. 

Awak, boleh saya tahu kenapa awak setuju dengan pilihan umi.

Wah! Dah start panggil umi pula kat bakal ibu mertua, ini sudah bagus.  Jadi bila nak panggil ‘abang’ pula?

Encik Fareez, cuba serius. Saya tanya betul-betul ni.  Geram aku melihat sikap Fareez yang cuba mempermainkanku.

Memang pada mulanya saya cuba mengelak setiap kali umi mencari jodoh buat saya. Tapi kali ini saya setuju kerana saya memang dah jatuh hati kat awak.  Aku terpaku takala mendengar pengakuan dari mulut Fareez.  Sungguh aku tidak percaya lelaki ini rupa-rupanya sudah lama menaruh hati kepadaku seperti mana diriku juga.

Saya jatuh hati sejak pertama kali bertemu dengan awak, dan saya jatuh hati ketika awak siku perut saya dan juga tamparan awaklah menyebabkan saya tidak tidur lena.  Disetiap saat dan waktu hanya awak yang selalu bermain difikiran saya.

Aku diam membisu, tidak ada sepatah perkataan yang keluar dari mulutku.  Inilah saat-saat yang aku nantikan, ketika seorang lelaki mengakui mencintaiku kerana diriku dan bukan kerana kecantikan atapun apa-apa yang berbentuk materialistik.

Tapi kan awak… belum sempat aku meneruskan, satu jari hinggap dibibirku. Memaksa aku untuk berdiam sehingga dia habis berkata-kata.

Saya, Fareez Zafril mencintai Fareeza Afrina dengan sepenuh hati saya. Dan saya juga menerima dirinya seadanya baik segi kebaikan mahupun keburukan dirinya. Selesai melafazkan ikrar itu, Fareez mengucup tanganku.  Terasa menusuk dikalbuku saat mendengar lafaz ikrarnya itu.   

Sungguh saya terharu mendengarnya, dan saya harap awak akan kotakan janji itu setelah kita berkahwin nanti.

Sayang, saya sudahpun kotakan janji itu, dan yang pertama sekali saya sudahpun memiliki awak sebagai tunang saya. Tak percaya cuba tengok apa yang tertulis kat dalam cincin ini. Ujar Fareez sambil menunjuk ke arah cincin platinium yang ada dijari manisku. 

Aku sedari tahu akan kewujudkan tulisan itu hanya menunduk kebawah. Tidak sanggup menahan panahan mata Fareez .  Perbualan kami rancak bila Fareez mula menunjukan sikapnya yang sebenar.  Rupa-rupanya bakal suamiku ini suka berjenaka dan juga pandai mengambil hatiku

Tapi kan awak, bukan ke tunang saya tu anak kepada Tan Sri Fakhrul.

Sayang, sayalah anak kepada Tan Sri a.k.a bakal bapa mertua awak tu.  Membuntang mataku mendengar kata-katanya. Setahu aku Encik Zakuan pun tidak kenal siapa anak Tan Sri mana mungkin boleh terbabas macam ni.  Jangan-jangan Fareez sengaja nak kenakan aku kot.

Encik Fareez, boleh jangan nak mempermainkan saya lagi. Saya dah tak sanggup nak terima semua ini dalam sekelip mata.

Fareeza Afrina, saya memang anak kepada Tan Sri Fakhrul. Tapi saya tak mahu orang kenali saya kerana abah saya.  Sebab saya seorang yang suka berdikari, sebab itu saya masuk syarikat abah bermula dengan jawatan yang setimpal dengan kelulusan dan pengalaman saya berkerja.

Maafkan saya awak, saya tak tahu pun awak lelaki macam ini. Setahu saya semua anak orang kaya akan terus berada diatas kerana warisan keluarga dan bukan kerana hasil titik peluh mereka sendiri. Tanpa aku sedari airmataku mula menitis, aku menundukkan wajahku tidak mahu Fareez melihatnya.

Fareez memegang daguku, perlahan-lahan diangkat lalu mata kami bertentangan.  Ada getaran hebat menusuk disanubariku, renungan matanya memberiku kedamaian.

Saya faham, tapi saya juga ingin minta maaf kerana tidak berterus-terang kepada awak sejak mula lagi.  Tapi percayalah, saya ikhlas menyanyangi awak sepenuh hati saya. Dan saya harap awak pun begitu juga. 

Pertemuan kami pada hari itu sememangnya tidak diduga. Akan tetapi aku bersyukur kerana aku dapat mengenali siapa sebenarnya bakal suamiku ini.  Dia seorang lelaki yang sangat sederhana dan aku percaya dialah imamku nanti.

Malam itu aku pulang dihantar oleh Fareez, sempat juga aku berpesan kepadanya agar merahsiakan dahulu perhubungan kami berdua di kalangan rakan sepejabat.  Pada mula dia agak keberatan, tapi akhirnya dia setuju dengan alasan yang aku berikan kepadanya. 

Ketika aku buka pintu pagar rumah, kelihatan kelibat mama dimuka pintu.

Baru balik Feza, siapa hantar?

Aku menghadiahkan senyuman, lalu kuhulur tangan untuk bersalaman dan aku lantas tarik mama kedalam pelukanku.

Siapa lagi kalau bukan bakal menantu mama.

Eh, hari itu bukan main lagi Feeza berkeras tak nak tahu siapa dia. Alih-alih hari ini dah bertemu, mimpi apa?

Bukan mimpi tapi kenyataan. Nanti Feeza ceritakan kat mama. Sekarang Feeza nak masuk bilik mandi dan solat magrib dulu, lepas kita sambung lagi ya mama. Dalam hati ingin lari dari mama, takut macam-macam ditanya nanti tak sempat nak solat pula.

Okay, mama pun belum solat magrib. Lepas tu kita bincang lagi ya sayang. Mama dah tak sabar-sabar ni. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu buat pertama kalinya aku berbual tentang bakal suamiku dengan mama.  Rupa-rupanya mama sudah tahu aku bekerja satu bangunan dengan tunangku.  Kata mama, umi banyak ceritakan tentang Fareez kepadanya.  Siap bawa mama jumpa Fareez, cuma aku sahaja yang tidak tahu komplot antara mama dengan umi.  Pandai betul mereka berdua jalankan plan ‘match marker’ ni. 

Mama, mama, Feeza ingat mama tak kenal siapa bakal suami Feeza. Rupa-rupanya mama dah lama kenal dengan umi ya. Sampai hati mama tak bagi tahu tentang umi kat Feeza.

Bukan mama tak nak cerita kat Feeza, lagipun mama dah lama tak jumpa dengan bakal mertua Feeza tu. Kalau tak silap mama, kami kebetulan berjumpa pun ketika mama dengan Makngah kat Langkawi hari tu. 

Aku tekun mendengar cerita pertemuan diantara mama dengan bakal mertuaku.  Sedar tak sedar jam didinding menunjukkan sudah pukul 11.00 malam.  Deringan telefon mengganggu perbualan kami dua beranak.  Hampir saja aku ingin menjerit ketika mengetahui Fareez ditalian, cepat-cepat aku tekup mulutku.

Siapa Feeza? Soal mama kepadaku

Fareez mama, dia telefon handphone Feeza tak dapat. Sebab itu dia telefon guna talian rumah.

Oo… mama ingat siapa, mama masuk bilik dulu ya. Tak nak ganggu anak mama tengah bercinta-cintun.  Kirin salam mama kat tunang kamu tu ya, good nite sayang. 

Mama menghilang di balik tembok, aku mengeleng-geleng kepala mendengar omelan mama. Kadang-kadang mama memang suka berjenaka.  Mungkin ingin menutup lara dihati sejak papa tinggalkan mama 5 bulan yang lalu.

Awak, mama kirim salam.

Waalaikumusalam, baik betul bakal mak mertua saya ya. Sayang betul dia kat saya.

Jangan nak perasan okay, tapi memang betul mama suka sangat kat bakal menantu dia yang sorang ni. 

Aik mama dia aje ke, anak dia tak suka ke kat tunangnya yang tersayang ni.

Saya tahu awak masih belum mengenali saya lebih dekat lagi. Tapi untuk pengetahuan awak, saya kalau sudah jatuh sayang kepada seseorang. Sampai akhir hayat saya tak akan lupakan orang itu, macam Asyraf Fitri. Ujarku sayu, tanpa sedar nama Asyraf sudah meniti dibibirku.

Siapa Asyraf Fitri sayang? Kedengaran suara Fareeza agak kasar, mungkin cemburu kerana aku menyebut nama lelaki lain ketika bercakap dengannya.

Gulp, aku menelan liur. Macam mana nama itu boleh terkeluar. Masaklah aku nak ‘story’ balik dekat Fareez.

Seseorang yang pernah mengisi hati saya suatu masa dahulu. Nanti kalau ada masa saya ceritakan kepada awak.

Okay, saya tunggu. Harap-harap awak tak lupa ceritakan kepada saya siapa mamat tu, kalau tidak saya merajuk.

Insyaallah, nanti saya bawa awak bertemu dengan dia sekali.

Buat apa? Tak nak lah saya, karang ada yang berbenjol kat dahi saya kerjakan. Aku tergelak mendengar kata-kata yang berbaur cemburu itu.

Awak janganlah risau, everything will be fine. Saya Cuma nak tunjuk kat awak lelaki yang pernah menjadi penghuni dihati saya walaupun hanya sekejap.

Suka hati awak lah, dah malam. Nanti kita sambung lagi. Assalamualaikum..

Aku tergamam, talian terus dimatikan tanpa aku sambut salamnya. Marah agaknya, aku kuntum senyum. Suka dengan perubahan pada diri Fareez, kuat cemburu rupanya bakal suamiku ini.

Selesai berbicara dengan Fareez, hatiku rasa tidak senang. Cepat-cepat aku panjat tangga menuju kebilikku.  Telefon bimbit aku ambil dimeja sisi katilku, kelihatan 10 miss call dari Fareez. 

Oh, sebab itu dia telefon rumah. Sebab aku tak dengar telefon bimbitku berbunyi. Baik aku hantar sms mohon maaf, aku tahu dia mesti terasa bila aku sebut nama Asyraf Fitri tadi. Bisik hati kecilku.

Abang, maaf jika sayang ada berbuat salah kepada abang. Sayang tak sengaja tersebut nama dia. Maafkan sayang ya. L - Feeza

Tak sampai 5 minit, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada sms masuk.  Aku lihat di skrin terpapar nama Abang sayang.  Sejak petang tadi, aku sudah mengubah nama Fareez kepada panggilan ‘Abang Sayang’. Malunya, tapi aku suka. Gatal kan aku ni, dulu tak suka sekarang dah macam gila bayang pula. heheeee..

Sejuk hati bila sayang panggil ‘abang’ tak jadi nak marah. Tapi promise besok mesti bawa abang jumpa mamat tu k. - Fareez

Aku senyum lagi, nampaknya hari ini aku dah banyak senyum. Tapi buka gila tau, lebih kepada angau.  Lantas aku sambung semula menaip sms.

Sayang janji, esok abang datang jemput sayang kat rumah pukul 8 pagi, kita sarapan kat luar sekali. Sayang abang, muah.. – Feeza

Fareez sudah tersenyum-senyum apabila menerima sms balasan dari Fareeza.  Sejak mereka berdua sudah berdamai, kata-kata sayang dan abang menukar kata ganti nama masing-masing.  Tapi perlu diingat, hanya ketika mereka berdua-duaan sahaja. Jika dipejabat, masing-masing akan berlagak seperti biasa.  Alasan tidak mahu rakan sekerja tahu akan perhubungan mereka .

Belum tiba masanya lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Bersambung~-----

Wednesday 18 July 2012

CINTA LRT - Bab 15

Bab 15

Suasana dipejabat riuh pagi itu, aku tidak tahu mengapa.  Malas hendak ambil tahu, kerana itu bukan urusanku.  Fariha datang menghampiriku.

"Beb, nak tahu tak yang bos kau a.k.a Encik Fareez tu dah bertunang minggu lepas."

"Ya ke? dengan siapa? Syukur Alhamdulillah."

"Kenapa pulak kau cakap macam tu, aku ingat kau sedih, takkan kau takde hati langsung kat dia kot."

"Eh, tolong sikit ye. aku tak hingin.  Lagipun aku pun dah jadi tunangan orang minggu lepas. Ni tengok cincin kat jari aku. Jangan jelous okay." Ujarku kepada Fariha sambil menayangkan cincin platinum dijari manisku.

" Mana..mana, apasal tak cakap pun kat aku.  Nak merajuklah macam ni."

"Kau jangan nak mengada-ngada, aku bertunang pun sebab pilihan mama aku.  Itu pun dalam keadaan tergesa-gesa, so tak sempat nak ajak sesiapapun. Sori ye Fariha."

"Cantiknya cincin tunang kau, kalah cincin tunang aku beb. Jelous tau.  Sape lelaki yang malang tu?"Satu tamparan hinggap dibelakang Fariha. Sampai hati dia cakap lelaki itu malang sebab bertunang dengan aku. Gila aper minah ni.

"Sakitlah beb, ganas betul kau ni sejak bergelar tunangan orang. Kesian pula aku tengok kat tunang kau nanti, hari-hari kena backhand dari bakal isteri dia."

"Sori beb, aku bertunang without knowing the person. Consider macam blind date kot?"

"Kau biar betul beb, takkan kau tak kenal siapa tunang kau. Betul-betul mencabar minda aku ni, siot!"

Belum sempat aku bersuara, kedengaran suara garau dibelakangku.  Serentak kami berdua menoleh, terkejut dengan kehadiran bosku a.k.a Encik Fareez.

"Awak berdua ni tak ada kerja ke? Fariha bos awak dah panggil tu.Fareez memuncung ke arah pintu kaca didepan. 

Kelihatan kelibat Encik Zakuan berdiri disitu.  Cepat-cepat Fariha pergi meninggalkan aku bersama Fareez.  Aku pura-pura mengemas mejaku tanpa memperdulikan kehadiran Fareez disisiku.  Mata Fareez tajam merenungi wajah Fareeza, tiba-tiba mata mereka bertemu.  Ada perasaan aneh menerpa didalam hati Fareeza, cepat-cepat dia menunduk semula tidak mahu bertentang mata dengan Fareez.

"Tahu takut nak lawan pandangan mata dengan aku." Desis hati kecil Fareez sebelum pergi meninggalkan Fareeza sendirian.  

Dalam bilik, Fareez tersenyum-senyum mengenangkan kelakuan Fareeza  tadi.  Gadis itu masih takut hendak bertentang mata dengannya.  Apa akan terjadi jika gadis itu tahu mereka berdua bakal mendirikan rumahtangga dalam masa 5 bulan lagi.  Tentu kecoh satu office malah satu bangunan kot.

Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh kasar dari luar, kelihatan wajah Dyana menerpa dihadapannya.  Fareeza yang ada dibelakang gadis itu menunduk  takut bertentang mata dengannya.

"Maaf encik Fareez, saya tak sempat nak tahan cik ni dari terus masuk.

"Tak apa Feeza, you may go now.  And please close the door."

Sebaik saja pintu ditutup, Dyana terus merenggek-rengek dihadapan Fareez.  Dia menghampiri Fareez, baru tangannya hendak mendarat dibahu lelaki itu. Terus ditepis oleh Fareez, tidak suka diri diperlakukan sebegitu lagi.

"Dyana, we don’t have thing to discuss. I hope you leave coz I have a lot of thing to do."

"Sayang, you sekarang ni dah sombong.  Dulu tak macam ni pun, if not mistaken sejak you cakap yang you akan bertunang I guess."

"Yup, sekarang I already become someone fiancée. So, please do me a favour do not come to my office or call me again.  I don’t want my fiancée know about us anymore."

"But sayang, we still can see each other. Don’t we?"

"Nope, my decisison is final. I don’t want my fiancée to know about my past. I’m happy now, so please jangan kacau kebahagiaan yang sedang I ciptakan sekarang."

Dyana mencebik, tidak percaya dengan kata-kata yang terluah dari bibir lelaki itu.  Tanpa sepatah kata dia terus melabuhkan punggungnya di sofa berdekatan.  Sengaja dia duduk menyilangkan kaki agar kelihatan seksi dihadapan Fareez. 

Fareez masih lagi sibuk menaip sesuatu dilaptopnya tanpa memandang ke arah Dyana. 

"Feez, kalau boleh I nak tahu siapa tunang you." Saat mendengar soalan dari bibir merah itu, pantas Fareez memanggung kepalanya. Dia mengeluh, tidak suka bila Dyana sibuk ingin tahu siapa yang telah menjadi tunangannya.


"It’s better not you to know who is she. And now, please leave me alone. I ada banyak kerja yang perlu disettlekan." Selesai saja berbicara, Fareez terus bangun dan membuka pintu biliknya.  Lagaknya seperti menghalau Dyana keluar dari biliknya.  Tapi seperti biasa, Dyana masih tidak mahu berganjak dari tempatnya.  Melihat kedegilan Dyana, gangang telefon diangkat. 

"Feeza, can you please call security to come to my office now."

Dyana begang, terus dia melulu keluar.  Disaat badannya ingin melepasi pintu bilik, Dyana turut bersuara bersama ugutan kepada Fareez.

"You jangan ingat I akan lepaskan you semudah itu, no dear I will come back.  If I tak dapat you, she also won’t get you, that’s my promise."

Fareez tergamam seketika, dia menarik nafas panjang.  Dia takut sesuatu bakal berlaku jika Dyana terus-terusan menganggu hidupnya.  Malah besar kemungkinan nyawa Fareeza bakal menjadi taruhan.  Dia tidak mahu orang kesayangannya terluka sebelum mereka bersatu.  Dia rela jika rahsia ini pecah setelah mereka berdua selesai di ijab kabulkan.  Kerana dia percaya dia boleh memujuk hati gadis yang dia cintai ketika mereka sudah bersama nanti.  Itu doanya setiap kali dia mengerjakan solat.

Ketukkan di pintu mematikan lamunannya, muncul wajah Suffian sahabat karibnya.

"Hey bro, apa mimpi datang ofis aku ni. Jemput duduk."

Suffian tersengeh-sengeh, dia melabuhkan punggungnya disofa yang berdekatan.  Memang ada sebab mengapa dia ke mari, salah satunya  mengenai company mereka dan disamping itu juga dia ingin melihat sendiri wajah tunang Fareez. 

"Bro, budak yang kat depan tadi tu siapa? Secretary baru kau ke?"

"Yup, secretary dan juga tunang aku."

"What? Tunang kau."

"Kau ni bro, janganlah jerit kuat sangat.  Nanti dia tahu matilah aku."

"Kau nikan Reez, dengan tunang sendiri pun nak takut ke?"

"Bukan takut, tapi dia tak tahu yang aku ni tunang dia. So, please behave."

"Macam mana korang bertunang, selama ni aku tengok kau liat nak bersama dengan mana-mana gadis."

"Tulah pasal, actually itu adalah pilihan umi.  Mulanya aku tolak, tapi bila umi tunjuk gambar bakal tunang aku terus aje aku setuju."

"Al-kisahnya, jadi kau memang dah tangkap cinta lah dengan tunang kau ni. Tak gitu bro?"

"Aku dah kenal dia sebelum itu lagi, masa kami sama-sama naik LRT."

"LRT?  bukan ke kau selalu ‘drive’, bila masa kau naik LRT."

"Sejak aku kerja kat sini, malas nak bersesak-sesak kat jalanraya. Lagipun cuba kau tengok office ni betul-betul dekat stesen LRT. "

"Aah lah bro, so macam mana perasaan kau kat dia."

"Aku dah jatuh cinta kat dia sejak hari pertama dia siku perut aku dan juga dia pernah tampar aku masa kita orang terserempak kat Mid Valley beberapa bulan yang lalu."

"Wah, sungguh tragis cerita cinta kau ni bro, siap kena sepak terajang lagi."

"Agak-agak lar, mana ada sepak terajang.  Itu namanya gurau-gurau manja bro."  ujar Fareez sambil tersengih-sengih menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik.  Macam buat iklan ubat gigi pulak.

"Apa-apa pun aku ucapkan tahniah, tak sabar aku nak rasa nasi minyak kau nanti. "

"Of course, nanti kau kena jadi pengapit aku on that day. Right!"

"Ya right, by the way. Aku datang sini nak kau semak dan teliti beberapa dokumen."

"Bro, that company is now fully under your responsibility.  So, aku nak kau run the business without my permission.  Unless there is any complicated issue then I shall help you."

"Are you sure bro, aku tak naklah nanti orang kata aku membelakangkan kau pula.  Lagipun kau masih one of the share holder and also business partner."

"Suffian, don’t be.  Aku percaya penuh dengan kewibawaan kau untuk mengendalikan syarikat tu. Mungkin aku akan serahkan semua saham aku kepada kau dengan syarat kau buktikan kepada aku kemampuan kau.  Dan dengan rela hati aku akan undur dari syarikat itu."

"Bro, tak baguslah macam ni.  Kita dah lama bekerjasama untuk membangunkan syarikat tu. Tak kan kau nak tarik diri pula. "

"Suf, aku percaya pada kau. Lagipun papa dah lama bekerja, biarlah dia berehat dan menghabiskan masanya dengan umi.  Aku sebagai anak tunggal wajib mengambil alih tampuk pimpinan dia.  Sebab itu aku kena buktikan kepada dia yang aku mampu."

"Betul juga kata kau tu, siapa lagi yang hendak diharapkan kalau tak kau.  Dah sah-sah kau sebagai anak wajib memikul amanat ini.  Aku sentiasa mendoakan kejayaan kau bro."

"Dah terlanjur kau kat sini, apa kata kita keluar lunch sama-sama."

"Boleh juga, dah dekat pukul 1 ni. Jom, tapi kali ini aku nak kau pula yang belanja aku. Boleh?"

"Alah, setakat perut kau tu tak bankraplah poket aku ni. Come, let’s go."

Fareez dan Suffian bangun dari sofa, mereka berjalan seiring menuju muka pintu.  Namun belum sempat Fareez membuka, pintu dibuka dari luar, kelihatan wajah Fareza dimuka pintu.

"Ye Feeza, ada apa?soal Fareez, manakala Suffian memandangnya dengan pandangan semacam.  Ada sesuatu yang aku tak tahu ke, pelik sungguh.

"Tak bos, saya nak ingatkan yang bos ada meeting jam 2.30 petang nanti dengan Dato’ Harun."

"Okay, nanti awak ikut saya sekali. Suf, come."Fareez menarik tangan Suffian ingin berlalu cepat. Tak mahu nanti rahsianya pecah gara-gara Suffian yang dari tadi tak habis-habis merenung Fareeza.  Cemburu juga dia, manalah tahu suffian ni bukannya boleh disangka.  Dulu masa mereka studi sama di Ireland, Suffian ni boleh dikatakan ‘player’ juga. Tetapi setelah bertemu jodoh dengan Shidah, terus jadi pencinta yang setia.  Kagum juga aku dekat mamat sorang ni.

Fareeza memandang langkah bosnya dengan pandangan seribu pertanyaan, lebih-lebih lagi sikap sahabat bosnya yang suka sangat merenung wajahnya.  Hish, gatal betul mamat sorang tu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meeting dengan Dato’ Harun amat membosankan.  Walaupun aku hanya jadi pemerhati, tapi aku juga dikehendaki mencatat segala maklumat dan setiap butir perbincangan.  Aku kalih perhatianku memandang wajah Fareez, kagum melihat caranya bercakap dengan penuh ketegasan dan berkarisma.  Wajahnya yang kacak dan tampan menarik perhatianku juga. 

"Cik Fareeza, are you done? Terkejut aku dengan teguran Fareez menyapa ditelingaku."

Rupa-rupanya meeting sudah habis, dan aku pula hilang tumpuan kerana ralit meilhat wajahnya.  Rasa malu tidak dapat aku gambarkan, macam nak menyorok saja diri ini dibawah meja. 

"Sorry encik Fareez."

"Saya harap awak sempat menulis sesuatu sebelum mengelamun tadi." Ujarnya kepadaku.

"Dah bos, everything okay. Dato’ Harun mana? "

"Dah balik, nasib baik dia tak perasaan yang awak tengah mengelamun tadi. By the way, dah puas awak tenung wajah saya."

"Mana ada saya tengok bos, saya tengah bayangkan wajah tunang saya."

"Yelah tu, tapi kan saya memang tunang awak. Cuma awak saja yang tak tahu." Kata-kata ini hanya terluah didalam hati Fareez.  Takut meletus gunung berapi kalau rahsianya terbongkar, mood si Fareeza ni bukannya boleh dijangka ‘unpredictable’.

"Fareez, awak ni memang kuat berangan kan? "

"Tak salah pun nak berangan bos, free apa."

"Memanglah free, tapi tak semua yang diangankan menjadi kenyataan. So, hargailah realiti dan berpijaklah dibumi yang nyata. Itu pesanan dari saya, assalamualaikum."Terus sahaja Fareez bangun dan keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Fareeza yang masih terpinga-pinga.

"Aku salah dengarkah? No..no.. no. aku masih waras, cuma bos aku yang agak mereng sikit sejak bergelar tunangan orang.  Nasib baik aku bukan tunang dia, kalau tidak sakit jiwa aku asyik melayan karenah dia yang agak gila-gila itu.  Oh tidak? Aku tak rela."

Fareeza sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Akal dan fikiranya masih lagi tidak dapat berfungsi dengan baik.  Sikap yang dipamerkan oleh Fareez sejak akhir-akhir ini amat membimbangkannya.

Lantas dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat dengan hati yang tidak keruan.  Jam ditangan menandakan sudah hampir waktu 5.30 petang.  Lebih baik dia pergi surau dan menunaikan solat Asar sebelum bersiap untuk pulang ke rumah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------~Bersambung