Wednesday 19 September 2012

CINTA LRT (BAB 21)

**Khas buat RK, entry baru. heheeee...
Jutaan terima kasih juga buat semua pembaca yang sudi membaca cerita yang tak seberapa ini.


Bab 21

“Betul ke Jef, perempuan dalam gambar ini adalah tunang kepada Fareez?”  Soal Dyana kepada Jeffrey setelah melihat beberapa keping gambar Fareeza.  Dia seperti tidak percaya bahawa tunang Fareez rupa-rupanya adalah setiausaha kepada lelaki itu.  Masih dia ingat wajah kelat Fareeza sewaktu dia merempuh masuk ke bilik lelaki itu tempoh hari.   Dan wajah ini jugalah yang telah ditamparnya ketika mereka bertemu di Mid Valley beberapa minggu yang sudah, tak sangka ya.

Tenyata dunia ini bukannya besar sangat, tak susah untuk dia mencari siapa perempuan yang telah menjadi tunang kepada lelaki itu.  Dyana meramas-ramas gambar itu, hatinya sakit kerana cintanya terhadap Fareez tidak berbalas.  Sudah bertahun-tahun dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu, sejak mereka sama-sama menjejaki kaki di kolej dan juga ketika mereka belajar di Harvard dulu.  Tetapi lelaki itu menolaknya dengan alasan dia hanya menggangap Dyana tidak lebih sekadar teman biasa saja.  Hatinya Dyana sakit, tidak sangka Fareez sanggup menolaknya sedemikian rupa. 

“Betul sayang, I terserempak mereka ketika menaiki LRT sebulan yang lepas.  Bila you cerita
 tentang Fareez yang kini sudah betunang.  Terus I teringat akan perempuan ini.” 

“Bukankah perempuan ini yang bekerja sebagai setiausaha Fareez?”

“Yup, she’s working with Fareez.  Her name is Fareeza Afrina.”

              “Really? Sekarang ini I nak you terus ikuti pekembangan perempuan ini dari masa ke semasa.  I nak tahu semua tentang dia.  Everything about her, including where she live.”

“You nak buat apa dekat dia sayang? Are you trying to do something fishy to her?”

Dyana tidak menjawab, malah hanya mempamerkan senyuman.  Jeffrey mula cuak melihat wajah Dyana seperti seseorang yang menyimpan perasaan dendam yang teramat dalam.  Walaupun begitu, dia tidak pula ingin mencegah perbuatan gadis itu, bahkan berjanji akan menolong Dyana dalam menjalankan misi balas dendamnya itu.  Jeffrey ingin membuktikan kepada Dyana yang dia sanggup lakukan apa saja deminya. 

“But sayang, you already have me. Why don’t you just leave them alone.”

“No, I want them to suffer.  I nak Fareez rasa macam mana yang pernah I rasakan sewaktu dia menolak cinta I.”

“Sayang, itu dulu when both of you were in London.  Tak kan you masih simpan perasaan terhadap Fareez.  You have me now? “

“Jef, I cuma nak balas dendam saja.  After that, finish.”

“Okay sayang, as you wish.  I akan tolong you. But now, I need you…”

Jeffrey menarik badan Dyana merapatinya, ingin bercumbu dengan perempuan itu.  Namun Dyana menolaknya, seperti tidak sudi.  Jeffrey tetap ingin meneruskan niatnya itu, tapi sekali lagi ditahan oleh Dyana.

“No Jef,  not now. I’m tired, maybe next time.”  Dyana menolak, namun Jeffrey mengemaskan lagi pelukannya. 

“Honey, I miss you. It’s been a while we not being together.  Next month I’m busy with all the photo shoot in Jakarta.”  Jeffrey mengucup bibir Dyana, tidak tahan dengan godaan demi godaan yang dipamerkan oleh Jeffrey, Dyana sekali lagi tewas dalam dakapan dan asmara yang diciptakan oleh Jeffrey.

“I love you so much sayang.”  Ujar Jeffrey lalu membenamkan wajahnya ke leher jinjang milik Dyana.  Tapi Dyana tidak begitu, didalam hatinya masih ada Fareez.  Dan Jeffrey hanya batu loncatan baginya untuk merebut kembali Fareez dari perempuan itu.

Selesai adengan asmaranya dengan Jeffrey, Dyana bangkit perlahan-lahan dari katil meninggalkan lelaki itu yang sedang lena dibuai mimpi indah.  Ditangannya terdapat sampul surat yang mengandungi gambar-gambar Fareeza. 

“Fareeza, urusan diantara kau dan aku masih belum selesai.  Tunggu, aku akan buat kau menderita sehingga kau tahu siapa aku sebenarnya.”  bisik hati Dyana yang penuh dengan dendam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Villa Sakura…..

Sejak jam 6 petang lagi, perkarangan banglo 2 tingkat itu dipenuhi oleh orang ramai.   Walaupun majlis itu hanya akan bermula selepas solat magrib, namun keadaan disekitar banglo agak sesak.  Dihalaman rumah tersergam 4 buah khemah yang menempatkan beberapa buah meja dan kerusi berserta tempat letak makanan.  Pihak catering yang ditempah oleh Puan Sri Mahani sudah bersedia awal-awal lagi, seperti majlis perkahwinan pula keadaan disini.

Fareez masih berada didalam biliknya,  bersiap-siap ingin turun menyertai orang ramai yang ada dibawah.  Sewaktu dia berada dibalkoni, dia terpandang wajah yang amat dirinduinya itu.  Fareeza sudah datang bersama-sama mamanya. Tanpa membuangkan masa, terus dia turun untuk mendapatkan kekasih hatinya itu.

Tiba dipintu hadapan, mereka bertembung.  Mata saling bertatapan, lama Fareez memerhatikan susuk tubuh Fareeza yang manis berbaju kurung moden berwarna ungu muda bersama tudung yang sama warna bajunya.  Tanpa menyedari ada sepasang lagi mata sedang memerhatikan gelagat mereka berdua.

“Ehem..ehemm.. sudah-sudahlah tu Fareez, tak lama lagi saja.”  Sapaan Umi membuatkan Fareeza malu.  Fareez pula hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Jom Feza, ikut umi naik ke atas sekejap.  Ada sesuatu yang ingin umi berikan pada kamu.  Mama kamu mana?”

“Dia ke dapur  umi, tadi kami ada bawa sedikit buah tangan. “

“Mari, kejap lagi majlis dah nak mula.”  Ujar umi lantas menarik tangan Fareeza menuju ke tingkat atas.  Sempat Fareez mengenyit matanya kepada Fareeza sebelum dia berlalu pergi.

Sampai di pintu bilik atas, umi menarik tangan Fareeza masuk bilik tidurnya.  Lalu umi mengeluarkan sesuatu dari almari bajunya.  Sebuah kotak berbentuk hati diberikan kepada Fareeza.

“Apa ni umi?”

“Feeza bukalah.”

Alangkah terkejut Fareeza melihat seutas rantai emas berserta loket yang berbentuk hati berwarna merah.  Tidak tercapai dek akalnya akan memiliki seutas rantai yang boleh dikatakan kelihatan mewah kepada si pemakainya.

“Maaf  umi, Feeza tak boleh terima hadiah semewah begini. Tak biasa.” kata Feeza sambil menolak kembali kotak pemberian Puan Sri Mahani.

“Terimalah, lagipun memang umi belikan khas untuk menantu umi ni. “

“Tapi umi, rantai ini kelihatan mewah dan tak sesuai untuk Feeza.”

“Sapa kata, anggaplah ini hadiah perkahwinan kalian berdua nanti.  Umi harap Feeza suka kan nya.”

“Feza suka umi, terima kasih.” Ujarku lantas memeluk umi Fareez. Terasa betapa ikhlasnya kasih sayang yang mengalir dari tubuh umi meresap dalam hati ini.

“Dah, jom kita turun.  Nanti mama kamu cari pula, sebelum tu umi pakaikan dulu rantai ini ya.” 

Tanpa menunggu persetujuan dariku, terus umi mengalungkan rantai itu dileherku.  Diselak perlahan tudungku agar mudah untuk dipakainya.  Walaupun tidak kelihatan disebabkan terlindung oleh tudung yang aku pakai, namun aku dapat rasakan betapa cantiknya rantai ini dileher jinjangku.

 Kami menyusun langkah menuju ke bawah, umi terus menapak ke dapur untuk bertemu dengan mama.  Manakala aku melangkah menuju ke bahagian hadapan, niat dihati ini mencari si dia.  Tidak aku temui si dia, mungkin dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi ruang hall untuk memulakan bacaan Yassin dan juga doa selamat.   Lantas aku menapak ke dapur ingin membantu mama dan umi.

Selesai bacaan Yassin dan doa selamat, orang masjid dipersilakan menjamu selera dikhemah yang disediakan.   Kini tiba masa yang dinantikan, abah mengisyaratkan agar aku dan Fareez bersedia.

Kami menuju di ruang hadapan khemah yang menempatkan speaker dan microphone.  Abah seperti biasa akan memberikan sedikit ucapan.  Selesai berucap, abah mula mengumumkan tentang pertunangan dan juga majlis perkahwinan yang akan bakal diadakan tidak lama lagi.

“Hadirin sekali, terima kasih kerana sudi datang ke majlis kesyukuran ini.  Tujuan saya mengadakan majlis ini adalah untuk mengumumkan bahawa anak lelaki saya, iaitu Fareez Zafriel akan menggantikan tempat saya sebagai CEO bar Fakhrul Holdings berkuatkuasa serta-merta.  Dan beliau juga telah selamat bertunang dengan Fareeza Afrina.  Mereka bakal melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa 2 bulan lagi.”

Sebaik sahaja Tan Sri Fakhrul membuat pengumuman itu, kesemua pekerja Fakhrul Holings memandang sesama sendiri.  Tidak percaya bahawa lelaki yang selama ini mereka sangka hanya pengurus biasa di pejabat itu sebenarnya adalah anak kepada Tan Sri Fakhrul. Lebih memeranjatkan mereka semua, adalah pertunangan diantara Fareez dengan Fareeza.

Ada yang suka mendengar berita itu, tak juga ada yang mencemuhnya.  Tapi bagi Fariha yang merupakan sahabat kepada Fareeza berasa amat terkilan kerana sahabatnya itu tidak pernah memberitahu perkara ini kepadanya.  Dan Jamie, lagi terkejut setelah mengetahui yang Fareeza sudah menjadi milik Fareez.  Terpancar kekecewaan diwajah mereka berdua, seorang kecewa kerana sahabat dan seorang lagi kecewa kerana cintanya tidak berbalas.

Fareeza terkesan melihat wajah keruh Fariha dan Jamie, lantas dia menghampiri mereka berdua.

“Fariha, aku minta maaf.”  Tangan sahabatnya itu digenggam erat, ingin menzahirkan rasa kesal kerana tidak beritahu hal yang sebenarnya kepada sahabatnya itu.

“Ye lah, siapalah kan aku ni.  Cuma seorang sahabat yang hanya diperlukan ketika waktu susah saja, ketika senang aku kau lupakan.    Sungguh lirih kedengaran suara itu.  Cepat-cepat aku memeluk sahabatku ini, ingin menyatakan betapa aku amat bersalah kerana tidak memberitahunya awal-awal lagi.  Pelukanku dirungkai, tiba-tiba aku lihat ada senyuman dibibir Fariha.  Ah, sahabatku ini memang seorang pemaaf.

“Tak Fariha, aku yang bersalah kau adalah sahabat aku selamanya. Aku perlukan kan kau sentiasa berada disisiku walaupun aku sudah menjadi tunang Fareez.”  Ujarku kepadanya. 

“Aku maafkan kau, lain kali kau kena ceritakan kepada aku ya.”

“Aku janji.”  Dan jari keliking kami bertaut.  Dan sekali lagi kami berpelukan.  Tanpa menyedari
Jamie menghampiri kami berdua.

“Congratulations Fareeza, I hope you wil happy with this enggement. “

“Thank  you Jamie.  I hope we still can be friend.”

“Sure, I always be your friend..”

Aku kalih pandang ke arah Fariha,  dia merenungku seperti ingin menyatakan ‘kau kena ceritakan padaku’.  Aku mengerti akan bahasa matanya itu, lantas aku menggangukkan kepalaku.  ‘Insyaallah, aku akan ceritakan semuanya kepada kau nanti’.

Fareez mendekati kami bertiga, dia berdiri bersebelahanku.  Senyuman dilemparkan kepada kami bertiga, tanganku digenggam erat.

“Seronok bercerita, boleh join sekali?”

“Alah cerita  biasa-biasa saja Encik Fareez.  By the way, tahniah sebab sudah berjaya memikat hati sahabat saya ini.  Dan saya harap Encik akan menjaga dia sebaik-baiknya.” Ujar Fariha kepada Fareez.

Fareez tersenyum mendengar nasihat yang diberikan oleh Fariha.  Genggaman ditanganku dieratkan lagi.

“Insyaallah, saya akan jaga dia seperti mana saya menjaga nyawa saya sendiri.  Itu janji saya kepada awak, dan saya harap awak doakan kebahagian kami ini.”

“Saya akan sentiasa mendoakannya.”

Amin.. sambutku dan juga Fareez serentak.

Malam itu kami berbual –bual panjang, Jamie aku lihat lebih banyak mengelamun dan hanya mendengar perbualan aku, Fariha dan juga Fareez. 

Waktu sudah hampir pukul 11 malam ketika Fariha dan Jamie pulang.  Aku dan mama masih berada disini walapun sudah agak lewat.  Ingin pulang ke rumah, tetapi ditegah oleh umi.  Katanya lebih baik bermalam disitu kerana esok adalah hari Ahad.  Lagipun umi masih ingin berbual-bual lagi dengan mama.  

“Ini bilik tetamu, bilik kita nanti ditingkat atas.” Kata Fareez sambil mengenyit matanya kepadaku.  Membutang mataku saat melihat sengihan nakalnya itu.  Nasib baik mama masih berada diruang tamu bersama dengan umi.  Kalau tidak tentu mama boleh lihat betapa gatalnya bakal menantunya ini.   

Sewaktu aku ingin memulas tombol pintu, Fareez sempat berbisik ditelingaku.

“Sweet dream sayang, jangan lupa mimpikan saya nanti.” Bersama ucapan itu, Fareez berlalu dengan sengihan nakal dibibirnya.  Aku menjelirkan lidah, tanpa protes.  Fareez pula kau lihat ingin menghampriku semula, namun belum sempat Fareez berbuat apa-apa, aku sudah masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam.  Padan muka dia!

Rupa-rupanya gelagat kami berdua tadi mengundang rasa bahagia dihati Tan Sri Fakhrul, dia yang ketika itu sedang berjalan menuju ke kamarnya.  Tan Sri Fakhrul percaya Fareez akan bahagia bersama Fareeza nanti.  Tak sabar rasanya ingin menyatukan mereka berdua secepat mungkin, bolehlah Mahani dan dia bercucu lagi. 
============================================================================
~Bersambung~  
**Kepada pembaca setia, segala komen-komen anda adalah amat dialu-alukan. Tanpa anda semua siapalah saya.  Sayang kat anda semua, muah.... :-)