Tuesday 30 October 2012

CINTA LRT - BAB 26


Bab 26

 

Fareeza keresahan, sejak semalam Fareez tidak menghubungi dia.  Sepatutnya dia dan Fareez keluar hari ini, sms dari tunangnya menyatakan dia ingin bertemu dengan kawan lama  memaksanya untuk membatalkan pertemuan mereka.

 

“Feza tak keluar ke hari ini?” sapa mama ketika melabuh punggung disisi Fareeza.

 

“Tak ma, Fareez kata dia ada hal. Nak jumpa kawan lama.  Mama dari mana tadi?” Fareez pelik melihat mamanya ayang kelihatan cantik mengenakan baju kurung pasak dan bertudung putih susu.

 

“Mama baru lepas jumpa bakal mertua kamu.  Dia kirim kat kamu.”ujar mama sambil membuka tudungnya.

 

“Waalaikumusalam, mama keluar dengan Umi, Pergi mana?” soal Fareeza pula.

 

“Saja pergi butik pengantin, nak tengok koleksi baju dan juga pelamin untuk majlis kamu dengan Fareez nanti.” Aku menelan air liur, terasa kelat pula.  Takut bila mama dan umi sudah mula merancang untuk perkahwinan aku dengan Fareez nanti. 

 

“Mama, ada sesuatu yang Feza nak cakap.” Aku berhati-hati mengeluarkan ayat yang bakal mencetus kemarahan mama nanti.  Terpaksa, kalau tidak sekarang bila pula.

 

“Feza nak cakap apa, cakap lah mama dengar.” Mama menyandar kepalanya, barangkali mencari keselesaan setelah penat berjalan hari ini.  Harap-harap mood mama baik, bisik hatiku.

 

“Feza dah jumpa dengan papa.” Berhati-hati aku berbicara. Badan mama yang menyandar tiba-tiba bangun menegak.  Matanya membuntang memandangku, terkejut juga.

 

“Apa.. apa.. Feza.. cakap.. cuba.. ulang.. sekali.. lagi...” Suara mama sudah bergetar bunyinya.

 

“Feza dah jumpa dengan papa.  Dah sebulan dia tinggal dirumah bujang Fareez ma.” Aku masih lagi bercakap dalam nada berhati-hati, takut hati mama terguris lagi.

 

“Kenapa Feza tak cakap dengan mama, kenapa?”soal mama dalam nada yang masih bergetar.

 

“Feza takut mama benci kat papa.  Feza takut kebencian mama akan membuatkan hubungan kita sekeluarga musnah sekali lagi.” Mendatar suaraku kedengaran dicuping telinga mama. 

 

“Sayang, mama..mama.. sebenarnya tak marah dengan papa.  Mama cuma terkilan sebab papa sanggup tinggalkan kita berdua  disebabkan pujuk rayu seorang perempuan muda. Sebab itu mama cuba lupakan papa, tapi mama tak berdaya.  Setiap kali mama menunaikan solat, doa mama  hanya satu ingin menyatukan semula keluarga kita. Minta pertunjuk dari Allah agar membawa kembali suami mama pulang kepangkuan keluarga.” Terang mama, terdengaran esakan halus dibibirnya.

 

“Betul mama? Betulkah Mama masih sayangkan papa.” soal Fareeza semula, inginkna kepastian dari mamanya.  Anggukkan dikepala mama menjawab persoalan yang diutarakan oleh Fareeza.  Hatinya lega, kerana mamanya sudi memaafkan kesalahan yang papa lakukan. 

 

“Feza bawalah papa pulang ke rumah kita, tak baik biarkan papa tinggal kat rumah Fareez.  Nanti apa kata keluarga mertua Feza nanti.” Fareeza memeluk Puan Rohani, gembira sebaik sahaja mendengar persetujuan dari mulut mamanya. 

 

“Terima kasih mama, nanti Feza bagitau kat Fareez tenang perkara ni.” Fareeza lantas bangun melangkah menuju ke tingkat atas.  Dia berkira-kira ingin menelefon Fareez.

 

Talian Fareez  sibuk, sudah berkali-kali dia mendail tetap tidak dapat disambungkan.  Lantas sms ditaip dan dihantar kepada Fareez.

 

Selesai berbual dengan Ustaz Azhar mengenai rancangannya ingin membantu Jeffrey dan Dyana, terdengar isyarat sms masuk ditalian bimbitnya.  Skrin dipandang, tertera nama tunangnya.

 

Salam, sy nak jpa awk.  Ada hal penting.~ Feza

 

Fareez merengus, sisa-sisa kemarahan masih ada.  Dia masih marahkan tunangnya yang pulang bersama Jamie Leong tempoh hari.  Walaupun Fareeza sudah menerangkan kepadanya berkali-kali mengenai perkara itu, dia tetap cemburu.  Tapi bila difikirkan semula, memang salahnya juga kerana mungkiri janji. Sepatutnya hari itu dia pulang bersama-sama tunangnya, tetapi Abah pula mengajak dia untuk menemaninya bertemu dengan Tan Sri Hamid.  Dan dia sepatutnya berterus-terang dengan Abah yang dia perlu menghantar Fareeza pulang terlebih dahulu, ini tidak dia pula hanya sekadar menghantar sms pada tunangnya.  Siapa yang tak marah, kalau dia pun tentu dia marah juga.

 

Sms Fareeza dibalas,

 

Jpa kat mana? Pukul berapa?~Fareez

 

Fareeza berkerut, mak ai! Garangnya. Dahlah kasar betul bahasa, sapa yang sedang merajuk sebenarnya. Aku ke dia? Pening-pening kepalaku. 

 

Lagi sejam,  tunggu sy kt dpn rmh awk~Feeza

 

  Selesai menghantar sms, beg tangan dicapai dan kunci kereta mama diambil dari atas meja.  Langkah kaki dihayun menuju ke luar rumah.  Sempat dia mengetuk pintu bilik mama sekadar ingin memberitahu dia mahu keluar bertemu dengan Fareez.

 

Enjin kereta dihidupkan dan kemudian dia memandu keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke rumah bujang Fareez.  Dalam hati sudah tidak sabar hendak bertemu dengan papanya.  Ingin memberitahu berita gembira tentang persetujuan mama untuk menerima papa kembali.

 

Fareez memandang skrin telefon bimbitnya, Fareeza mahu kemari. Tentu ingin bertemu dengan papanya.  Apa yang harus dia katakan kepada gadis itu, papanya sudah lari? Tentu dia akan dimarahi oleh tunangnya.  Sebenarnya sudah 2 hari papa Fareeza menghilangkan diri dari kondonya.  Kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu sebelum dia ke pejabat, lelaki itu masih lagi tidur dibilik tamu.   Tapi kini, papa Fareeza sudah pergi dari rumah ini.  Dan dia tak tahu bagaimana harus diterangkan kepada Fareeza nanti, sebab salah rasanya.   Sedang Fareez mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi, tertera nama Fareeza skrin.

“Assalamualaikum, awak saya dah ada kat depan rumah awak. “ kedengaran suara Fareeza ditalian.

 

“Waalaikumsalam, tunggu kejap lagi saya sampai.” Talian dimatikan, dia sempat mengambil jaket dan cap yang tergantung dinding pintu.  Kunci kereta dicapai juga.  Bergegas Fareez turun menggunakan tangga, tidak mahu menanti lift.  Lagipun rumahnya berada ditingkat tiga dan berdekatan tangga pula.

 

Fareeza tersenyum sebaik sahaja terlihat kelibat Fareez.  Isyarat tangan Fareez mahu Fareeza memakir kereta berdekatan diseberang jalan,  dia mahu Fareeza naik keretanya.

 

Setelah mereka berdua berada dalam kereta Fareez, masing-masing masih membisu.  Baik Fareez mahupun Fareeza tiada satu suara yang keluar dari mulut mereka berdua.  Akhirnya setelah lama berkeadaan begitu, Fareeza bersuara.

 

“Awak masih marah lagi kat saya ke?” Fareez masih diam, pandangan tetap fokus ke hadapan ter arah ke jalanraya.  Pertanyaan Fareeza dibiarkan saja, tiada tanda-tanda ingin menjawab persoalan itu.

 

“Awak, saya minta maaf.  Saya janji tak akan buat lagi.” Fareeza masih berusaha memujuk Fareez. Tapi lelaki itu masih tetap membisu.

 

“Fareez, please jangan buat saya macam ni. Saya sayangkan awak” pujuk ku lagi.  Terdengar keluhan dari bibir Fareez, Feza buntu lantas esakan perlahan tercetus dari bibirnya. 

 

Kereta yang dipandu berhenti dibahu jalan, Fareez kalih pandang ke sisi.  Tangannya mencapai dagu Fareez dan memaksa gadis itu mendongak.  Terbias wajah sedih diwajah tunangnya itu, Fareez merasa bersalah kerana membuat gadis itu menangis.

 

“Sayang, saya tak marahkan awak. Tak mungkin sebab  perkara kecil itu saya marah, Cuma saya agak terkilan sebab awak tak beritahu saya yang awak pulang tumpang Jamie Leong. Itu yang buat saya rasa sakit hati.” Feza pandang tepat ke wajah Fareez, ingin mencari keikhlasan yang terbit dari mulut lelaki itu.

 

“Fareez, Jamie Leong hanya rakan sekerja yang saya anggap tak lebih dari seorang kawan.  Lagipun, dia selalu tumpangkan saya sejak dari dulu lagi sebelum saya mengenali awak. Memang betul dia ada menyimpan perasaan terhadap saya, tapi itu dulu. Sekarang kami berkawan dan tidak lebih dari itu.” Sayu suara Fareeza yang cuba menerangkan kedudukan sebenar antara dia dan Jamie Leong.

 

“Okay, saya janji tak akan cemburu lagi. Tapi dengan syarat, awak mesti inform saya setiap kali awak balik dengan dia.” Macam satu arahan mandatori pula si Fareez ni. Teringin pula nak mempermainkan dia.

 

“Orait bos.” jawabku sambil memberi tabik hormat pada Fareez.  Apa lagi, pecah tawa Fareez melihat gelagatku yang tak ubah macam askar pencen pula.  Selepas itu tiada lagi wajah masam terukir hanya gelak dan tawa serta gurau senda memenuhi ruangan dalam kereta itu.  Sehingga Fareeza terlupa akan tujuan asal dia bertemu dengan Fareez.  

 

Di Condo Miharja…

 

Kenapa aku tak  boleh lupakan dia, senyumannya, malah gelak tawanya selalu bermain dimindaku.” Jamie Leong meraup wajahnya, dia bingung kerana asyik memikirkan tentang cintanya yang tidak kesampaian.  Dia rindukan gadis itu, sejak hari pertama kali mereka diperkenalkan. 

 

“Feeza!” terucap nama itu dibibirnya, dikala ini dia benar-benar dalam kerinduan.

 

“Jatuh cintakah aku padanya, kenapa dan mengapa? aku seringkali salah jatuh cinta. “ Jamie Leong menangis, murah sungguh airmatanya sejak akhir-akhir ini.  Inilah kali pertama dia menangis kerana seorang gadis.  Telefon bimbitnya berbunyi, tertera nama Kah Seng sahabat karibnya.

 

“Helo!”

 

“Bro, jom keluar makan. Hari ni gua mahu belanja sama lu.” Kedengaran suara ceria Kah Seng ditalian.

 

“Sorry lah Kah Seng, hari ini gua lagi susah hati.” Jamie Leong menolak.

 

“Lu masih ingat sama itu pompuan ka? Sudahlah bro, itu budak melayu susah lu nanti.” Kah Seng menyuarakan pendapatnya.

 

“Apa yang susah Kah Seng, gua memang sudah tangkap cintan sama dia. Wa tarak kisah dia melayu ka, cina ka, janji hati wa sudah suka.” kata Jamie Leong lagi, “Tapi sayang, dia sudah jadi milik orang lain. Sekarang wa sudah patah hati.”

 

“Woo… bro, lu jangan nak bunuh diri.  Nanti apa wa mahu cakap sama lu punya family.”  Kah Seng sudah ketakutan, dia kenal Jamie Leong sejak sekolah lagi.  Lelaki ini amat nekad dalam apa jua yang dia lakukan.

 

Jamie Leong menjengilkan matanya, “Lu gila ka Kah Seng, wa tarak la sampai mahu bunuh diri. Tapi wa kecewa sebab dia sudah pilih orang lain.  Lu mahu tahu tak? Wa sanggup naik LRT tiap-tiap hari sebab mau balik sama dia.”

 

“Lu lah gila, sampai sanggup ikut dia balik naik LRT.  Kereta you simpan buat apa? Lain kali lu ajak la dia naik sekali. Lagi syok ma..” Kah Seng cuba memancing Jamie Leong agar membuat kerja sia-sia.

 

“Mana boleh Kah Seng, dia tak suka naik kereta.  Dia lebih suka naik LRT, itu sebab wa ikut sama dia balik.” Jamie Leong sudah begang, Kah Seng memang tak boleh diharap.

 

“Suka hati lu lah, sekarang you nak ikut sama wa ka tak?” Kah Seng sudah malas nak berbalah lagi, dia ingin segera mematikan telefon.

 

“Tak, wa sudah cakap lu ma. Lagi mau tanya.” terus Jamie Leong tutup telefon, malas nak dengar bebelan suara Kah Seng lagi.  Dah lah fikirannya bercelaru, Kah Seng pula menambahkan lagi kecelaruan yang ada.

 

“Gila ini orang! Wa mahu tolong dia tak mau, sekarang sendiri sudah susah.” Kah Seng membebel sendirian.  Dalam hatinya sudah tekad ingin melihat siapa gerangan perempuan melayu yang telah membuatkan sahabatnya patah hati.  “Sapa lu pompuan, wa akan cari lu sampai jumpa.  Bila dah jumpa, wa pula akan kenakan lu pompuan. Cilaka!” marah Kah Seng.

 

Jamie Leong cuba lelapkan matanya, tanganya diletak diatas dahi manakala matanya begitu asyik merenung kearah siling rumah sewanya.  Itulah rutinnya setiap hati, pulang dari kerja dia akan mengelamun sehingga dia sendiri ketiduran.  Memang parah jika dia terus begini, tapi apakan daya dia sendiri tidak perdulikan tentang dirinya lagi.  Akhirnya dia terlelap disofa seperti biasa. 

Tuesday 23 October 2012

CERPEN - CINTA HINGGA HUJUNG NYAWA


CINTA HINGGA HUJUNG NYAWA

“Kau ni memang tak sedar diuntung, sudahlah mama aku pungut kau ditepi jalan. Sekarang kau nak bunuh mama aku pula. Manusia jenis apa kau ni hah!” serentak tangan kanan Mukriz melayang ke muka Rosdi.  Terteleng muka Rosdi akibat ditampar oleh anak tirinya itu.  Mana taknya? Kalau nak dibandingkan kekuatan, dia dan Mukriz jauh bezanya.  Lengan Mukriz memang lebih sasa dari badannya yang kurus.

“Maafkan Pak Dee, kebetulan masa tu Pak Dee tengah solat.” ujar lelaki yang bernama Rosdi itu terketar-ketar.  Sakit akibat tamparan itu masih terasa, dia menggosok perlahan-lahan pipinya.

“Kau kan tahu mama tak boleh dibiarkan sendirian, yang kau tinggalkan dia kenapa?” soal Mukriz keras.  Dia tak puashati bila mendapat panggilan telefon dari Maziah menyatakan yang mamanya jatuh dalam bilik air.  Wajah lelaki yang bernama Pak Dee direnung tajam, Pak Dee hanya menunduk memandang lantai.

“Kalau macam nilah, baik aku upah jururawat supaya senang sikit. Kau boleh keluar dari rumah ini.” Sebaik mendengar ayat itu keluar dari bibir anak tirinya, airmata Rosdi mengalir.  Dia sayangkan isterinya, tak mungkin dia tega menaniaya wanita itu.

“Jangan Mukriz!” semua yang berada didalam bilik tergamam, Puan Rahimah sudah sedar dari pengsan.  Mukhriz melulu ke arah mamanya.

“Mama tak apa-apa? Mam nak minum?”kalut Mukriz memangku kepala mamanya.  Airmata lelakinya menitis laju. 

“ Semuanya salah mama, Pak Dee kau tak salah.  Mama nampak Pak Dee tengah solat, tapi mama nak sangat ke tandas. Sebab itu mama gagahkan diri untuk bangun, tapi mungkin sebab lantai licin sebab itu mama terjatuh.  Mama tak apa-apa, jangan kamu salahkan Pak Dee.” Puan Rahimah teresak, dia kesian bila suami barunya sering kali menjadi mangsa amarah anak lelakinya itu.

“Memang salah saya Im, saya yang tak jaga awak betul-betul.” Rosdi bersuara kesal.  Rahimah mengamit agar Rosdi menghampirinya.  Mukriz meletakkan semula kepala mamanya diatas bantal empuk, memberi ruang kepada Rosdi.

Rosdi duduk bersebelah isterinya, dia mengusap perlahan rambut Rahimah, dimatanya tertumpah seluruh kasih dan sayang buat isterinya itu. “Saya minta maaf, lain kali saya akan pastikan keperluan awak terlebih dulu.” Sayu sungguh suara lelaki itu.  Dia cintakan isterinya lebih dari segala-galanya. 

“Kalau mama dah tak apa-apa, Mukriz balik dulu.  Lagipun banyak lagi kerja dipejabat yang perlu Mukriz lakukan.” Mukriz menyapa tangan kanan Puan Rahimah lalu dicium dan juga dahi wanita itu. 

“Mukriz, mama harap kamu jangan nak salahkan Pak Dee.  Dia lelaki yang baik, mama harap suatu hari nanti kamu akan terima dia seadanya seperti mana mama terimanya dalam hidup mama.” Usai berbicara, tangan anaknya dilepaskan.  Mukriz melemparkan senyuman pahit.

=========================

“Puan, boleh saya bantu?” soal lelaki muda itu.  Puan Rahimah agak terkejut dengan sapaan lelaki itu.  Cepat-cepat dia mengenggam kuat beg tangannya.  Rosdi tersenyum, dia tahu wanita itu ketakutan.  Memang patut pun, dengan wajahnya yang tidak terus pasti orang akan menyangka dia penangih dadah. 

“Puan jangan takut, saya hanya ingin membantu.” Puan Rahimah  menarik nafas lega tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga.

“Takpe dik, akak baik-baik saja.  Terima kasih.” Rosdi tersenyum, dia mengganguk kepala lalu beredar dari situ.  Tiba-tiba Rosdi terdengar suara wanita meminta tolong, dia paling kebelakang dan terlihat seorang lelaki sedang menarik beg tangan wanita itu tadi.  Cepat-cepat dia berlari semula ke arah wanita itu, dia menumbuk wajah peragut itu tanpa belas kasihan.  Terjelumpuk jatuh lelaki kurus itu, penangih dadah barangkali.  Di tarik kolar t’shirt lelaki itu dan ditolak ketepi.  Orang ramai mula mengerumun melihat insiden itu.  Tidak lama kemudian datang 2 anggota polis merelaikan pergelutan Rosdi dengan perangut itu.

“Puan, sila ikut kami ke balai Dang Wangi untuk buat laporan.  Dan Encik diminta juga ke balai untuk diambil keterangan. “ ujar polis yang bernama Fakri.  Puan Rahimah dan Rosdi mengangguk kepala masing-masing sebelum 2 orang polis itu berlalu meninggalkan mereka.

“Terima kasih ya dik, akak minta maaf sebab ingat adik..” Puan rahimah tak jadi menyambung katanya apabila Rosdi sudah dulu mencantasnya. “Takpe Puan, saya faham.  Kita jumpa dibalai nanti.”

“Adik nak pergi dengan apa? Mari kita saing sekali naik kereta akak.” Puan Rahimah mempelawa, cuba membalas budi lelaki muda ini. 

“Takpe Puan, saya naik motor saja.  Kita jumpa kat sana, assalamualaikum.” Rosdi berlalu menuju ke motornya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.  Niatnya untuk membeli barang keperluan terbantut akibat kejadian tadi.  Puan Rahimah menjawab salam didalam hati.  Dia terharu dengan kebaikan yang ada dalam diri lelaki muda itu tadi.

Lebih kurang 3 jam juga mereka berada dibalai polis Dang Wangi, setelah Puan Rahimah membuat laporan dan keterangan diambil dari Rosdi mereka berdua keluar dari balai beriringan.  Masing-masing masih berdiam diri, tiada suara yang kedengaran dari bibir mereka.  Puan Rahimah merasa bersalah, dia belum sempat mengucap terima kasih diatas pertolongan lelaki itu.  Rosdi sudah pun menderu laju menaiki motornya.

Kenapalah aku sombong sangat, apa salahnya cakap terima kasih.  Ini tak, diam aje, rasa bersalah pula, keluh hati kecilnya.

 Pulang ke rumah, Mukriz sudah menunggu dipintu depan dengan wajah bimbang.

“Kenapa mama lambat balik?” soal anaknya.

“Tadi mama kena ragut, lepas ada seorang lelaki tolong.  Kami ke balai polis buat laporan sebab itu mama lambat sampai.” Mukriz terlopong, mamanya kena ragut.  Dia meraup wajahnya, kesal kerana tidak menemani mamanya keluar berbelanja hari ini sedangkan dia bercuti seharian dirumah.

“Mama ni, lain kali ajak Mukriz sekali. Jangan nak mengada-gada pergi sorang-sorang, nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak?” Mukriz membebel memarahi Puan Rahimah.

“Mukriz jangan risau, mama tak apa-apa.  Lagipun mama tahu Mukriz kena jaga Fauziah tengah sarat mengandung.” Puan Rahimah tahu anak lelakinya ini memang bertanggungjawab orangnya.  Sebab itu Mukriz rela tinggal disini bersamanya walaupun anaknya sudah berkahwin.

“Mukriz risau, mama pun perlukan perhatian.  Apa kata mama berkahwin, ada juga orang yang akan menjaga mama nanti.” Puan Rahimah mencubit peha Mukriz, lelaki itu menyinga kesakitan.

“Mama tak perlukan pengganti arwah papa kamu.  Cukup dengan anak-anak yang sentiasa ada disisi mama.” Mukriz tersenyum, sudah banyak kali dia mengutarakan persoalan ini.  Calon sudah ada, mama aje yang menolak.  Bermacam-macam alasan yang diberi, tapi mamanya rela hidup sendiri.  Mungkin hati mama belum terbuka lagi untuk mana-mana lelaki, fikir Mukriz. 

========================

“Rosdi Bin Romly, aku nikahkah akan dikau dengan Suriati binti Samsuri dengan mas kahwin RM100 tunai.”

“Aku terima nikahnya,  Suriati Bin Samsuri dengan Mas Kahwin RM100, tunai.”

“Sah”

“Sah”

Akhirnya sang kekasih hati menjadi suri dalam hidupnya.  Setelah hampir 2 tahun mereka bertunang, Suriati kini menjadi miliknya.  Wajah isteri dipandang sekilas, terlihat akan airmata kegembiraan yang mengalir dipipi mulus itu.

Upacara pembatalkan wuduk dilakukan cukup sempurna, si isteri mengucup tangannya dan dia menngucup dahi itu lama.  Kelipan cahaya flash dari kamera membuatkan suasana lebih meriah.  Majlis perkahwinan yang sudah lama diimpikan olehnya, tapi sayang semua terkubur sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon dari pihak hospital petang itu.

“Kau mengelamun lagi Rosdi?” sapa Fahmi yang baru melabuhkan punggung disofa itu. Rosdi beristigfar perlahan, cuba mengembalikan semangatnya yang hilang.

“Kau Mie, lain kali bagilah salam dulu. Nasib baik aku tak mati terkejut.” Bahu rakannya ditepuk kuat, Fahmi mengiya kesakitan.

“Dah lama aku bagi salam. Kau tu yang dok mengelamun tak sudah.  Udah-udah le De, yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup kenalah teruskan hidup.” Nasihat Fahmi kepada rakanyanya yang dikenali sebagai Rosdi atau De.

“Aku okay Mie. Cuma kadang-kadang bila aku teringat kat dia, rindu datang lagi.” keluhan  Rosdi menyapa ditelinga Fahmi. 

“Banyak-banyakkan berdoa, sedekahkan Al-Fatihah kat arwah. Insyaallah, dia tenang dan kau juga akan tenang.  Cuba kau alihkan sedikit perhatian kepada benda yang lain.” Muka Rosdi berkerut, apa yang temannya sedang katakan, dia tidak mengerti.

“Contohnya?” soal Rosdi pula.

“Cubalah bukakan hati kau untuk menerima insan lain.  Dah 3 tahun kejadian itu berlaku, aku rasa sudah sampai masanya kau cari cinta baru.” Bahu Rosdi ditepuk perlahan, Fahmi bangkit ingin naik kebiliknya.

“Mie, aku..” Fahmi menggeleng, dia tahu rakannya itu pasti memberikan jawapan yang sama. “Aku masih cinta dan kasih pada arwah isteriku, dan tiada orang lain yang boleh gantikan tempatnya.”

Rosdi terkaku, dia tahu pasti Fahmi sudah muak mendengar ayat yang sama dituturkannya jika persoalan itu timbul. “Aku masih cinta dan kasih pada arwah isteriku, dan tiada orang lain yang boleh gantikan tempatnya.”  Airmatanya menitis lagi, lantas dia bangkit menuju kebiliknya ingin bersolat dan sedekah Al-Fatihah buat arwah isteri tercinta.

=============================

Suatu hari di Giant Supermarket..

“Aduh!” tin sardine dirak atas terjatuh mengena dahinya ketika dia sedang tunduk mengambil barang yang terjatuh.

“Maaf encik, saya tak sengaja.” Kedengaran suara lembut meminta maaf.  Rosdi angkat kepala ingin melihat siapa gerangan itu. Alangkah terkejutnya dia melihat seorang wanita yang amat dia kenali, tidak disangka dia akan bertemu dengan wanita ini lagi.  Rahimah terpegun, lelaki muda ini lagi.

“Dik, akak betul-betul minta maaf. Sakit ke?” soalnya lagi, barangkali kalut bila melihat Rosdi masih tidak berganjak dari situ.

“Saya okay kak, sikit aje ni. Salah saya juga sebab tunduk, sebab itu aka tak nampak saya.” Rosdi tersengih sambil menggosok dahinya.  Ada sedikit kesan merah disitu.

“Patut pun akak tak nampak adik, sebab troli ini menghalang.” Rahimah senyum, Rosdi terpana.  Senyuman wanita itu mengingatkan dia pada arwah isterinya.  Dia sekali lagi terlontar ke alam yang lain.

“Dik, dik..” Rahimah mengawang tangannya.  Lelaki itu masih merenung wajahnya, tidak perasan kelakuan lelaki itu membuatkan wajah Rahimah memerah.  Malu ditenung sebegitu, sudah lama dia tidak merasa debaran didadanya.

“Oh, maaf kak.” Rosdi menunduk wajahnya, malu barangkali.

“Takpe lah dik, akak pergi dulu.” Rahimah ingin berlalu, tapi bila teringat dia belum berterima kasih kepada lelaki itu.  Dia toleh kebelakang semula, “Oh, akak nak ucapkan terima kasih diatas pertolongan adik tempoh hari.  Maaf sebab tak sempat nak ucapkan hari itu.” Lantas dia terus berlalu tanpa menunggu lagi, dan Rosdi masih seperti tadi tergamam dan terkelu.  Bila Rosdi tersedar, wanita pertengah umur itu sudah menghilang dari pandangannya.

Terlepas lagi, apa kena dengan kamu ni Rosdi.  Dah jatuh jatuh hati ke? soalnya dalam hati.  Troli ditolak perlahan-lahan, ingin terus membeli barang keperluan dapur.

Selesai membeli barang keperluan, tiba diparking lot Rosdi sekali lagi terpegun.  Wanita itu berada disebelah keretanya, sedang tercari-cari sesuatu dibeg tanganya.  Rosdi menghampiri wanita itu, “Kenapa kak, boleh saya bantu?” Rahimah mengangkat kepalanya saat terdengar suara yang menyapa. 

“Ni hah, akak tengah cari kunci kereta. Tak tahu kat mana?” kata wanita itu yang masih lagi mengorek beg tangannya.  Rosdi tersenyum, matanya tertancap ditangan kiri wanita itu. Kunci sudah jumpa, wanita ini barangkali terlupa ditangan kirinya sudah ada kunci itu.

“Akak, kat tangan kiri akak tu bukan ke kunci kereta?” Rosdi memuncung mulutnya menghala ke tangan kiri wanita itu.  Rahimah tersentak, dia mengangkat tangan kiri dan memang benar kunci itu disitu diamnya.  Dia malu, Rosdi tertawa kecil melihat wajah itu yang memerah.

================

Rosdi merenung siling rumahnya, macam lah boleh tembus sampai keluar.  Wajah wanita itu bermain diminda.  Sudah 2 kali dia bertemu dengan wanita itu, dan 2 kali itulah berbagai insiden berlaku.  Satu keluhan terlepas dibibirnya, dia tidak tahu mengapa.  Hatinya benar-benar terusik, senyuman wanita itu mencuit hati kecilnya.  Persis senyuman yang Suriati hadiahkan padanya dulu, tapi wanita dia perasaan wajah itu dibayangi kesedihan silam.  Pernah dulu dia terserempak ketika wanita itu duduk sendiri dibangku café melayani perasaan.  Wajah sayu itu mengelamun jauh seperti mengenangkan seseorang.

Siapakah wanita itu, walaupun usianya dalam 45an.  Wajahnya tetap berseri, senyumannya mampu memihat hatiku. Tercetus ayat itu dibibirnya, dia sendiri berasa hairan dengan tingkah lakunya kini.  Jatuh cintakah aku? Tapi mengapa dengan wanita yang sudah berusia, ka banyak lagi wanita yang sesuai.  

Sedang Rosdi mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi.

“Encik Rosdi, boleh kita jumpa hari ini.” Rosdi mengeluh, dia fikir Rahman sudah lupakan akan tentang hal itu.  Akan tetapi lelaki itu tetap mencarinya, dan dia perlu selesaikannya segera.

“Baiklah Rahman, kita jumpa di Wangsa Walk jam 5 petang nanti.” Talian terus dimatikan, dia bangkit lalu menghala ke bilik air.  Ingin mandi dan menunaikan solat Asar sebelum keluar bertemu dengan peguam keluarganya.

==================================

“Encik Rosdi, bila nak start kerja semula.  Sudah lama Encik biarkan syarikat beroperasi tanpa kehadiran encik.” Rosdi meraup mukanya, satu keluhan berat dilepaskan.  Dia hilang minat berkerja sejak kehilangan isteri tercinta.  Segala urusan syarikat dibiarkan Rahman uruskan, dan dia hanya datang sekali-sekala untuk menandatangani dokumen-dokumen ataupun cek yang memerlukan tandatangannya.

“Saya masih belum bersedia Rahman, fikiran saya masih kacau.” Kataku.

“Tapi encik, sampai bila?  Arwah isteri encik dah lama meninggal, sekarang masa untuk encik teruskan hidup.” Rahman memegang lembut bahu Rosdi.

“Saya tak kuat Rahman.”akuiku.

“Encik harus kuatkan semangat, saya akan bantu encik.  Jangan biarkan syarikat encik tanpa pengawasan. Nanti encik juga akan rugi, ikutlah nasihat saya.” Rahman masih memujukku.

“Beri saya masa lagi seminggu, insyaallah saya akan kembali bekerja semula.” Janjiku padanya.  Rahman mengangguk kepala, dia harap agar ini kali terkahir aku berjanji padanya.  Senyuman kelat aku lihat terbias dibibirnya.

“Baiklah kalau macam tu, saya harap encik pegang pada janji.  Minggu depan kita jumpa dipejabat.” Rahman menghulurkan salaman sebelum beredar pergi meninggalkanku.  Aku kembali ke dunia khayalanku sekali lagi.  Tiba-tiba mejaku diketuk perlahan, aku panggung kepala melihat siapa gerangan.   Wanita itu lagi, kali ini dia tersenyum manis ke arahku.

“Boleh akak duduk?”soalnya padaku. 

“Duduklah, lagipun saya sendirian.” Aku mempelawanya lantas bangun mempersilanya duduk dikerusi hadapanku. 

“Dah lama akak tengok kamu mengelamun, kenapa?” sungguh merdu aku rasakan suara itu menerjah ditelingaku.  Mata kami bertentangan seketika, namun sekejap sahaja apabila sidia menunduk malu.

“Oh ya, kita belum berkenalan lagi. Nama saya Rosdi, panggil saja Dee. Awak?” soalku sambil menghulur tangan ingin bersalaman.  Wanita itu tidak menyambut huluranku, aku menarik kembali tanganku.  Barangkali dia segan sebab aku bukan muhrimnya. Betul juga, hish! apalah aku ni.

“Nama akak Rahimah, panggil kak Imah.”ujarnya masih ingin aku memanggilnya kakak.  Aku pula tak mahu memanggilnya begitu, tak selesa barangkali.

“Kalau Dee panggil Im boleh?” soalku padanya. Wanita itu mengerut dahinya, mungkin hairan dengan soalan yang aku ajukan.

“Kan lebih selesa diletakkan akak dihadapan, lagipun akak lebih tua dari Dee.”masih mahu aku menggelarnya akak juga.

“Tapi saya lebih suka panggil Im, mesra sikit.” Ajuku pula.  Wanita itu tersenyum manis, geli hati agaknya.

“Yang mana elok untuk Dee, akak ikut saja.”

“Aaa, tengok tu. Masih nak ber akak-akak pula dengan saya. “  Lantas ketawa kecil  meletus dibibir mereka berdua.

Petang itu, hati Rosdi ceria. Dia seperti menemui sesuatu yang hilang setelah sekian lama.  Rahimah telah memberikan sinar baru dalam hidupnya.  Disaat dia merasa kehilangan, dia dipertemukan dengan seseorang yang mampu membuatnya tersenyum semula.  Dia benar-benar sudah jatuh hati pada wanita ini.  Biarpun usia mereka jauh berbeza, tapi itu tidak membataskan keinginan yang ada dihatinya.  Dia telah menemui seseoran gyang mampu membawa sinar baru dalam hidupnya.

Rahimah pun begitu juga, sudah lama dia tidak ketawa sebegitu.  Lelaki muda ini telah mengubati hatinya yang lara.  Dalam diam, dia bersyukur kepada ilahi kerana telah menemukannya dengan sinar baru.  Sebelum ini hidupnya seakan terumbang-ambing, ada anak tapi masing-masing sibuk.  Dia yang kehilangan cuba mengubati luka lara sendirian, tapi kini tidak lagi.  Kehadiran lelaki muda yang bernama Dee sedikit sebanyak membantunya melalui keperitan hidupnya.

“Suami saya meninggal 5 tahun yang lalu.  Sejak itu hati saya kosong, saya cuba isikan dengan menumpukan perhatian pada keluarga. Tapi hati ini masih berduka, sehinggalah saya temui awak.” Sayu suara itu menyentuh jiwa Rosdi. Dia mengerti bagaimana rasanya kehilangan kerana dia sendiri mengalaminya.

“Saya pun begitu, sudah 3 tahun isteri saya meninggal. Hingga hari ini saya masih terasa kehilangannya.  Lama juga saya cuba mengubati hati yang lara, tapi masih tidak berjaya sehinggalah hari ini.” Ayat itu sengaja dibiarkan tergantung, tidak mahu wanita disebelah terasa hati.  Tapi Rosdi silap, wanita ini terkisma.   Sunyi sepi seketika, masing-masing sedang melayani perasaan.

“Im, saya minta maaf kalau saya tersalah cakap.” Rahimah panggung kepala, menanti butiran yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Saya rasa…saya ..dah jatuh hati pada awak.” Fuh! Akhirnya dapat juga dia melafazkan khalimah itu.  Rahimah terpana, Rosdi pula menarik nafas lega.

“Dee.. saya.. saya…tak.. tahu… nak cakap apa” terketar-ketar ayat itu keluar dari mulut Rahimah.  Sungguh dia amat terkejut dengan pengakuan lelaki itu.

=====================

“Mama betul-betul nak bernikah dengan lelaki itu ke?” soal Mukriz.  Dia amat terkejut apabila Puan Rahimah menyatakan hasratnya itu.

“Kenapa Mukriz, salah ke mama nak bernikah semula.”

“Tak salah, Cuma lelaki itu lebih muda dari mama.  Mama tak malu ke?” kali ini anak perempuannya Marziah pula bersuara.

“Cinta tak kenal usia Ziah, mama dah lama sendiri.  Izinkan mama mengecapi kebahagian sebelum mama menutup mata.” Puan Rahimah berkata lemah, sayu hatinya bila kedua-dua anaknya menetang perhubungannya dengan Rosdi.

“Memanglah cinta tak kenal usia, tapi lelaki ini pasti ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan.” Mukriz masih lagi dengan amarahnya.

“Kesempatan apa? Kesempitan apa? Dia pun ada kerjayanya sendiri, dan tak mungkin dia mengharapkan harta mama.” Tahap kesabaran Puan Rahimah sudah tidak dapat dibendung lagi.  Anak-anak tidak mengerti akan isi hatinya, mereka mementingkan ego masing-masing.

“Mama, dia sebaya Mukriz. Takkan lah mama masih tak faham lagi.  Mukriz tak kisah kalau mama nak kahwin, tapi please find the right man.  Pakcik Dahlan selalu mengharapkan mama.” Mukriz masih tidak mahu mengalah.  Hatinya panas bila mamanya tidak mahu menerima Pakcik Dahlan sebaliknya ingin berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.

“Yelah ma, Pakcik Dahlan tu dah lama menunggu mama.  Ziah rasa diacalon yang terbaik untuk mama.” Kata Marziah pula cuba mengiakan kata abangnya itu.

“Korang berdua tak kenal siapa Dahlan sebenarnya, tapi kenapa kalian bersungguh-sungguh nak mama kahwin dengan dia.”Rahimah kesal, anak-anaknya lebih suka dia berkahwin dengan lelaki yang terang-terang ingin memiliki kekayaaannya dan bukan ingin membahagiakannya.

“Kalau macam tu, ikut suka mama.  Mukriz dah tak mahu masuk campur, kalau mama berkahwin juga dengan lelaki tu.  Mukriz akan keluar dari rumah ini.” Mukriz mengugut mamanya.

“Ziah pun, biar mama dengan suami baru mama tu.  Kalau apa-apa yang terjadi, mama tanggung sendiri.” Ugutan dari anak-anaknya tidak sedikit pun membuatkan Rahimah berganjak dengan keputusannya.  Dia akan mengahwini Rosdi, kerana dia tahu lelaki itu boleh membahagiakannya.  Dalam diam dia tetap berdoa agar suatu hari nanti anak-anaknya akan menerima kehadiran Rosdi dalam keluarga ini.

“Im, kenapa termenung ni. Ubat dah makan?” soal suaminya, terbang semua khayalan muncul pula kenyataan.  Sudah 3 bulan usia perkahwinannya dengan Rosdi, tidak ada seorang pun dari anaknya yang datang ketika majlis itu.  Dia akur, malah Rosdi sendiri faham akan situasi itu. 

“Belum, Im tunggu Dee. Baru pulang?” soal Rahimah, dia mengapai tangan kanan suaminya lantas dikucup lembut.  Rosdi membalas dengan mengucup ubun-ubunnya, terasa diri dikasihi. 

“Lain kali jangan tunggu Dee, Im makan dulu ya.  Sejak akhir-akhir ini banyak pula kerja dipejabat yang perlu Dee uruskan.” Rosdi melabuh punggung bersebelahan isterinya.

“Dee penat? Mari Im tolong urutkan.” Rahimah memegang lembut bahu suaminya, perlahan-lahan dipicit.  Rosdi memejamkan matanya, dia rasa selesa begitu.  Urutan lembut isterinya membuatkan dia terbuai seketika. 

“Dahlah Im, Dee nak naik mandi kejap. Im siapkan makan malam boleh?” Rosdi bangkit, satu ciuman dihadiahkan dipipi isterinya sebelum berlalu menuju ke bilik tidur mereka.   Rahimah tersenyum, dia bahagia.  Suaminya memang romantis orangnya, senyuman masih terukir dibibirnya  sehinggalah tubuh sang suami hilang pada pandangan mata.

Rahimah menyiapkan makan malam mereka dibantu oleh Kak Gayah pembantu rumah mereka.   Rosdi sengaja mencari pembantu rumah untuk membantu Rahimah membuat kerja-kerja dirumah.  Dia tak mahu isterinya penat, dia ingin wanita kesayangannya menghabiskan masa bersamanya.

========================

Akhir-akhir ini kesihatan Rahimah tidak menentu.  Dia kerap mengalami demam dan lemah badan.  Sudah banyak kali Rosdi membawanya bertemu dengan doktor, tetapi tahap kesihatannya masih begitu.  Sehinggalah suatu hari Rahimah diserang minor strok.

Rahimah hanya terlantar dikatil, tidak boleh bergerak seperti biasa.  Semua keperluaannya dijaga oleh suaminya, sedikit pun tidak dibenarkan pembantu rumah menolongnya.  Rosdi amat perihatin, kasih sayangnya terhadap Rahimah terbukti.  Dia sanggup berjaga semalaman jika Rahimah diserang demam.  Makan, minum semuanya dibuat sendiri oleh Rosdi.  Malah jika Rahimah buang air kecil atau besar semuanya dicuci oleh Rosdi.  Kerja dipejabat ditinggalkan sementara, dia ingin menjaga isterinya sepenuh masa.

Suatu hari rumah mereka dikunjungi anak-anak Rahimah, Rosdi mengalu-alukan kedatangan mereka walapun mereka berdua tidak menyukainya.

“Dah berapa lama mama sakit?” soal Mukriz kasar.

“Lebih kurang sebulan.”jawab Rosdi.  Mukriz merengus kasar, marah kerana Rosdi tidak memberitahunya tentang kesihatan mama padanya.

 “Pak Dee nak telefon, tapi mama kamu tak bagi.” ujar Rosdi.

“Ya ke? atau kau memang nak mama aku mati baru nak telefon kami.” Soal Marziah pula.

“Astagfirulllah… apalah dosa Pak Dee sampai macam tu kamu tuduh Pak Dee.” Rosdi beristigfar, terkejut dengan tomahan anak-anak tirinya.

“Manalah tahu, lepas mama takde Pak Dee bolehlah bolot semua harta mama.” Marziah sengaja menaik kemarahan Rosdi.  Lelaki itu tetap tenang, dia tidak mahu kecoh-kecoh dihadapan isterinya.  Biarlah mereka semua menuduhnya bukan-bukan asalkan isterinya tahu akan kebaikannya.

Rahimah terjaga, suara-suara bising mengganggu tidurnya.  Ketika dia membuka matanya, wajah Mukriz yang pertama menyapa dihadapannya. Dia terkejut, kemudian dia kalih disisi ingin melihat wajah suaminya pula.  Kesian dia melihat wajah muram itu, barangkali dimaki dan dihendik oleh anak-anaknya.

“Korang berdua datang kenapa? Mama tak suruh pun datang.” Rahimah bersuara dingin, ingin marah tapi tidak berdaya.

“Im, jangan cakap macam tu.  Anak-anak Im datang nak tengok keadaan mama dia orang.”suara lembut suamiku membuatkan aku ingin menangis.  Dia ingat aku tak dengar masa anak-anak aku mencacinya, aku sedih.  Airmataku mengalir, Rosdi menyapu lembut pipiku. 

“Dahlah Abang, mama tak suka kita datang. Ziah nak balik, kalau abang nak stay. Suka hati abang.” Marziah bergegas keluar dari bilik tanpa menoleh lagi.  Mukriz masih berdiri kaku, dia ingin memeluk mamanya. Tapi rasa ego mengatasi segalanya, dia perlu teguhkan pendiriannya.

“Mama, Mukriz balik dulu.  Insyaallah, nanti Mukriz datang lagi.” Lantas tangan Rahimah dikucup dan dahi mamanya juga dikucup lembut.   Mukriz juga keluar tanpa pamitan pada Rosdi.  Rahimah sedih, anak-anaknya masih enggan mahu menerima Rosdi dalam keluarga mereka. 

“Sudahlah Im, Dee tak ralat.  Yang penting Im sentiasa berada disisi Dee, itu sudah cukup buat Dee.” Dahi isterinya dikucup lembut.  Dia rebah disisi isterinya, ingin merasa kehangatan tubuh isterinya.  Mata dipejamkan, mahu mengusir rasa yang mencengkam dihati.  Biarlah anak-anak tirinya tidak sudi menerimanya, tapi yang pasti dia bahagia bersama isterinya. 

=============================

“Encik Rahman, saya ada buat surat wasiat.” Kata Rosdi ketika peguamnya datang ke pejabatnya.

“Wasiat, Tapi kenapa?” soal peguamnya. Rosdi melemparkan senyuman, sudah tiba masanya dia menyerahkan syarikat miliknya kepada seseorang.  Dia dapat merasakan umurnya tidak panjang.  Dia ingin melepaskan semua harta dunia dan beridah untuk mencari keredhaan ilahi bersama isternya.

“Saya rasa sudah tiba masanya.  Biarlah orang lain yang menguruskannya, saya ingin menumpukan ibadah saya pada yang Maha Esa pula.” Rosdi masih lagi ingin berahsia.  Dia tak mahu Rahman bertanya lagi, dia mahu Rahman menjalankan amanahnya.

Surat Wasiat yang ditulis semalam diserahkan kepada Rahman, dia siap menandatangani surat itu dihadapan peguamnya itu.  Rahman mengambil surat wasiat itu lantas dimasukkan kedalam sampul dan ditutup rapat.  Surat itu bakal dibaca jika terjadi sesuatu pada diri majikannya.  Dibelakang sampul tertera nama-nama yang perlu dihadir ketika pembacaan wasiat itu nanti.

“Insyaallah, saya akan pastikan amanat Encik Rosdi akan saya tunaikan.” Rahman menyimpan surat wasiat itu didalambeg kerjanya.  Dia bangun lantas berjabat tangan dengan Rosdi.

“Terima kasih Rahman, saya hargai segala budi baik awak.  Jangan lupa pesanan saya, jika mereka tanya awak kata yang ini amanah dari saya.” Rahman mengangguk.

Rosdi menyandar dikerusi empuknya, dia memandang siling pejabatnya.  Fikirannya bercelarau, sudah dua malam berturut-turut dia bermimpi melihat isterinya memakai jubah putih.  Dan dua malam itu juga dia bangun mengerjakan solat tahjud ketika isterinya nyeyak tidur.  Dia risau melihat tahap kesihatan isterinya yang kian merundum, sudah banyak pakar merawat tapi masih begitu.  Kini dia mencuba pula perubatan alternative, tak salah dia mencuba.  Perubatan dalam Islam juga dituntut, malah ada juga yang masih mengamalkannya asalkan tidak bercanggah dengan rukun Islam.

Telefon dimeja berbunyi, kedengaran suara setiausahanya ditalian.

“Encik Rosdi, ada panggilan dari Encik Fahmi.”

“Sambungkan, Assalamualaikum Mie.”

“Waalaikumusalam Dee, kau sihat?”

“Aku, alhamdulillah sihat. Cuma kesihatan isteri aku yang kurang memuaskan.” Keluh Rosdi ditalian.

“Kenapa dengan isteri kau Dee?” soal Fahmi pula.

“Sebulan lepas dia demam, pastu kena pula minor strok tu yang teruk sikit.”

“Habis tu siapa yang jaga dia sekarang?”

“Aku upah jururawat untuk pantau kesihatan dia, tapi bila time aku kat rumah aku pula yang pantau keperluan dia.”

“Oh gitu, aku doakan semoga isteri kau cepat sembuh.  Aku tahu kau sangat menyanyangi dia, tabahkan hati. Banyakkan berdoa ya.” Nasihat Fahmi.  Rosdi tersenyum, dia bangga kerana mempunyai rakan yang benar-benar mengambil berat tentang kehidupannya.

“Terima kasih Mie, kau saja yang tahu kesusahan yang aku alami.”  Talian telefon dimatikan. Rosdi mengeluh, dia redha dengan takdir yang Allah berikan. Dia sayangkan isterinya walaupun dibenci oleh anak-anak tirinya.  Tapi dia harus kuat, isterinya memerlukan dirinya sepertimana dia memerlukan isterinya juga.

Hari ini kerja dipejabat membebankannya, tapi dia harus siapkan semuanya sebelum pulang ke rumah.  Dia tidak mahu pulang dengan bebanan kerja, dia ingin pulang dengan wajah ceria.  Risau dan takut , sang isteri turut berduka jika melihat dirinya yang tidak terurus.

Perlaha-lahan computer riba dimatikan, dia bangkit dari kerusi.  Beg kerja diambil serta kunci kereta dicapai ingin pulang ke rumah segera, risau akan keadaan isterinya dirumah.

 ==========================

“Dee, Im minta maaf.  Im dah banyak menyusahkan Dee.” Sayu sungguh suara isterinya meomohon kemaafan.  Rosdi melemparkan senyuman manis, ingin mengusir keresahan dihati sang isteri.

“Im tak perlu minta maaf, Dee ikhlas.  Bercinta dan seterusnya berkahwin dengan Im adalah satu anugerah yang paling indah Allah berikan pada Dee.  Biarpun perkahwinan kita tidak direstui, tapi Dee bahagia sekali.  Im adalah bidadari yang Allah turunkan buat Dee, dan Dee amat bersyukur dengan kurniaan Ilahi.  Cinta Dee pada Im tak pernah mati, dan Dee berjanji akan jaga Im selama-lamanya.  Tiada orang lain yang boleh memisahkan kita, hanya Allah S.W.T percayalah.”  Bersama ucapan kudus itu, Rosdi mencium ubun-ubun isterinya.  Airmata Rahimah yang mengalir diseka dengan hujung jari Rosdi.

“Im pun, terima kasih kerana sudi menerima diri Im yang serba kekurangan ini.  Hanya Allah saja yang tahu bertapa Im sangat kasihkah Dee.  Cinta dan sayang Im hanya untuk Dee.” Rahimah mengucup lembut tangan Rosdi.

“Sudahlah Im, mari kita tidur. Esok Dee nak bawa Im suatu tempat.” Rosdi membaringkan isterinya,  Rahimah menurut.

“Dee, kita nak kemana esok?” soalannya disambut dengan ciuman dibibir.  Senyuman manis terukir dibibir suaminya, bersama isyarat dibibir “Rahsia”.

Malam itu, Rahimah tidur lena dalam pelukkan suaminya yang tercinta.  Dalam hati dia berdoa semoga kebahagian ini berkekalan hingga ke akhir nafasnya.  Dia amat berterima kasih kerana Allah sudi memberinya peluang untuk menikmati cinta dari insan yang bernama suami setelah sekian lama dia hidup keseorangan.

Rahimah tersedar dari mimpi indah, dia kalih sebelah. Suaminya tiada disisi.  Perlahan-lahan dibangkit dari katil.  Dia terpandang sekujur tubuh milik suaminya sedang mengadap ilahi.  Sayu sungguh suara lelaki itu berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, Ya Rabbi, aku mohon engkau kekalkanlah jodohku hingga ke akhir hayatku.  Janganlah kau ambil dia dariku, aku masih memerlukan dia berada disisiku.  Aku sangat menyintainya seperti mana aku menyintai diriMu Ya Allah.   Dia adalah anugerah yang paling indah yang telah Engkau hadirkan dalam hidupku.  Ya Allah, Ya Rabbi, aku sujud padamu agar kau peliharakanlah imanku agar aku redha dalam menghadapi segala ujianmu.  Hanya padamu aku berserah kerana aku tahu hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Amin..” belum sempat habis berdoa, Rosdi terdengar jeritan nyaring dari bilik air.  Cepat-cepat dia bangun dan mendapatkan isterinya yang sudah terlentang didalam bilik air.

“Im, bangun, kenapa ni sayang?” soal Rosdi cemas, kepala isterinya dipangku.  Dia meraba-raba kepala isterinya, ada cairan pekat mengalir laju.  Darah! Rosdi berteriak meminta tolong dan keadaan menjadi kelam-kabut selepas itu.

Tiba dihospital, Rahimah diberi rawatan kecemasan.  Rosdi cemas, dia mudar-mandir diluar bilik ICU. Dia cuba menelefon anak-anak tirinya, namun tiada jawapan.  Akhirnya dia memutuskan untuk sms mereka saja.  Rambutnya diraup kasar, hatinya resah memikirkan kecuaianya yang menyebabkan isterinya terjatuh.   Memang dia sepatutnya lebih peka, tapi perkara dah terjadi dan dia merasa amat kesal.

“Mana mama aku? Apa yang kau dah buat kat dia?” suara keras menampar keras peluput telinga Rosdi.   Dia mengangkat muka, terbias wajah bengis Mukriz dihadapannya yang sedang bercekak pinggang.

“Pak Dee.. Pak Dee.. minta maaf. Masa itu Pak Dee tengah solat. Tak perasan bila mama kamu bangun dan ke bilik air.” Ujar Rosdi dengan suara terketar-ketar.  Tahap kemarahan Mukriz memuncak, ingin ditumbuk wajah lelaki itu tetapi sempat dihalang oleh seseorang.

“Kau ni siapa hah?” Mukriz bengang.

“Saya kawan encik Rosdi, saya harap encik hormati dia.  Walaupun Encik tak boleh terima dia sebagai bapa tiri, tapi terimalah hakikat yang dia adalah suami mama encik. “ Rahman melepaskan pegangan tangan Mukriz.  Mukriz merenggus kasar, dia beralih duduk disebelah Marziah yang sedang menangis.

Pintu bilik ICU terbuka, kelihatan seorang doktor pertengah umur keluar dari situ. 

“Siapa waris pesakit?” soal doktor itu.  Rosdi cepat-cepat bangun, “Saya suami dia doktor, macam mana dengan keadaanisteri saya?” soal Rosdi cemas.

“Buat masa ini isteri encik masih dalam keadaan koma, kami masih menunggu tindakbalas dari ubat yang kami masukkan dalam badannya.  Harap-harap dalam masa 24 jam ini dia sedar, Cuma saya harap agar encik banyakkan lah berdoa. Mintalah pada Allah, saya hanya mampu menolong setakat ini, yang lain kita serahkan saja pada Yang Maha Esa. Saya pergi dulu.” Kata-kata doktor itu menyentap sanubari Rosdi.  Tanpa segan silu airmata lelakinya gugur,  dia menangis.  Rahman mengusap bahu sahabat merangkap majikannya.

“Sabarlah Rosdi, banyakkan berdoa. Insyaallah, dipermudahkan segala-galanya.” Rahman masih setia mengusap bahu Rosdi.  Dia mengerti perasaan Rosdi, dulu masa isteri pertama lelaki itu pergi mengadap illahi dia ada bersama-sama lelaki itu.

“Aku..tak tahu nak buat apa Man, dunia aku kelam. Aku tak mahu kehilangan buat kali kedua. Cukup dulu aku kehilangan Suriati, tak mahu kehilangan Rahimah pula. “mendayu-dayu suara Rosdi menangisi nasib yang menimpanya kini.

“Rosdi, ingat janji Allah. Dia Maha Mengetahui dan juga Maha Melihat. Berdoalah semoga semuanya berjalan dengan lancar.” Rahman masih cuba menenangkan sahabatnya itu.  Dia faham perasaan yang Rosdi alami.  Tapi dia mahu Rosdi redha dan bertawakal.

 

Mukriz dan Marziah sudah lama pulang, kini tinggal dia sendirian menunggu isterinya di wad ICU.  Dia mendapat kebenaran untuk berada disisi isterinya, dan dia tidak langsung lepaskan peluang.  Rosdi duduk disebelah isterinya, tangan sejuk itu dicapai dan digenggam seeratnya.  Airmatanya masih laju mengalir tanpa henti, dia mengucup tangan itu.

“Im, maafkan Dee.  Dee cuai, Dee janji tak akan ulangi lagi.  Im bangunlah sayang, jangan tinggalkan Dee.  Dee tak mahu hidup sendirian lagi. “ rintih hatinya.  Rahimah tetap kaku, Rosdi pasrah.  Perlahan-lahan dia bangkit dari kerusi dan tidur disebelah isterinya, ingin memeluk kekasih hatinya.  Pipi mulus itu dicium, satu ucapan kudus terluah dari bibirnya, “Kalau sudah janji tuhan, Dee pasrah.  Dee relakan Im pergi, tapi jauh disudut hati Dee.  Dee minta jika Allah ingin membawa Im pergi, maka bawalah Dee sekali.  Dee rela dengan sepenuh hati.” Selesai berbicara, Rosdi memeluk isterinya erat dan menyebut kalimah Allah ditelinga isterinya.   Dan dia sendiri turut memejamkan matanya disebelah isterinya yang tercinta.

 

4.30pagi….

“Encik? Encik?” jururawat bertugas cuba membangunkan Rosdi yang terbaring disebelah isterinya.  Namun tiada respone, dia mencuba sekali lagi.  Jururawat bernama Yasmin cuba memeriksa pergelangan tangan Rosdi, ingin memastikan denyutan nadinya.

“Ya Allah!” Jururawat Yasmin keluar bersama jeritan, dia cemas kerana lelaki yang disangka sedang tidur itu rupa-rupanya telah meninggal dunia bersama-sama isterinya diatas katil yang mereka kongsi bersama.

Maha suci Allah, lagi Maha Mengetahui. Rahimah pergi meninggalkan suaminya ketika koma, tapi yang lebih dasyat lagi suaminya Rosdi turut sama pergi mengikutnya ke Alam Barzakh.

Keadaan hospital pagi itu kecoh, para doktor cuba untuk menyelamatkan mereka berdua. Tapi sayang, Allah lebih menyanyangi mereka berdua.  Itulah cinta mereka, cinta yang kekal hingga ke hujung nyawa.

===============================

Jenazah kedua-dua selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.  Itu adalah permintaan Rosdi dan Rahman telah menjalankan tanggungjawabnya.  Mukriz sedih, Marziah meraung tetapi apakan daya mereka berdua tidak sempat memohon maaf dari kedua-duanya.

“Encik Mukriz, Cik Marziah. Saya ada satu permintaan, sila datang ke pejabat saya esok untuk pembacaan surat wasiat Arwah Rosdi.”pinta Rahman.  Mukriz dan Marziah menggangguk kepala.

 

Keesokkan harinya, Mukriz dan Marziah datang ke pejabat Rahman.  Mereka berdua diminta tunggu sehingga Rahman selesai mesyuarat dengan klien.

“Maaf kerana menunggu, boleh kita teruskan.” Soal Rahman.

“Teruskan encik Rahman”jawab Mukriz. 

“Seminggu sebelum Encik Rosdi meninggal, dia ada membuat surat wasiat. Surat wasiat ini dibuat ketika dia masih waras.  Saya diamanahkan untuk membaca surat ini selepas pemergian beliau. “ sambung Rahman lagi, “Encik Rosdi telah mewasiatkan jawatannya CEO kepada Encik Mukriz Bin Muzar bersama 35% saham syarikat.  Manakala, Cik Marziah Binti Muzar diberikan 20% saham yang ada di Zillion Holdings.   Kalian berdua hendaklah bersama-sama membangunkan Zilion Holdings  sehingga ke anak cucu.  Encik Rosdi juga telah menukarnama pemilik rumah banglonya di Kota Damansara ke atas nama Encik Mukriz dan juga Cik Marziah.  Akhir kata, Encik Rosdi berpesan agar kalian berdua memaafkan diatas segala kesilapan yang pernah dia lakukan.” Selesai urusan pembacaan wasiat itu, Mukriz dan Marziah beredar meninggalkan pejabat Rahman dengan beribu persoalan.  mereka hairan mengapa bapa tirinya begitu kaya sehingga sanggup mewariskan hartanya kepada dua anak tiri yang sama sekali tidak pernah menyukainya.

Mukriz terkedu, Marziah terkaku.  Kedua-duanya tidak menyangka yang mereka akan perolehi harta yang banyak.  Keinsafan mula bertamu, baik Mukriz mahupun Marziah. 

“Abang Riz, Pak Dee betul-betul sayangkan mama.” Marziah bersuara sayu, ketika itu mereka berada ditanah perkuburan mama dan juga bapa tirinya.

“Ya Ziah, Abang Riz betul-betul insaf. Kita sepatutnya terima Pak Dee dari dulu lagi.  Dia memang benar-benar sayangkan mama kita.”  Ujar Mukriz.  Kepala Marziah diusap perlahan, ingin meredakan kesedihan adiknya itu.

“Mama, Pak Dee, ampunilah kami berdua.  Kami khilaf, sehingga tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah.” Pinta Mukriz. 

“Memang betul kata Pak Dee, cinta Pak Dee pada mama mengatasi segala-galanya. Sebab itu Pak Dee turut pergi meninggalkan kami untuk bersama mama.  Sungguh, Ziah kagum cinta tulus yang Pak Dee persembahkan pada mama.  Cinta Hingga Hujung Nyawa.”

Awan berarak mendung, kelihatan titis-titisan hujan mula menimpa bumi.   Mukriz dan Marziah bangkit meninggalkan kawasan perkuburan.  Dalam diri masing-masing tersemat janji, janji akan selalu mengunjung pusara arwah mama dan juga arwah Pak Dee. 

Al- Fatihah…

 

~Tamat~