Thursday 31 January 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 20)


Bab 20


Pagi ini Tengku Mikhail resah, semua kerja yang sepatutnya dibuat dibiarkan begitu sahaja.  Semalam dia menerima panggilan telefon dari Datin Azimah.  Suara sayu Makngahnya mengkhabarkan tentang Pakngahnya yang mengalami kemalangan kecil.  Sempat juga dia melawat Pakngahnya dihospital semalam.  Nasib baik ketika dia menjengah, Amar Amsyar baru saja beredar.  Jika tidak agak sukar untuk dia berhadapan dengan sepupunya itu.

 
“Terima kasih kerana sudi datang.  Khail sihat?”Datin Azimah menyambut huluran tangan Tengku Mikhail, lantas anak saudaranya itu mengucup belakang tangannya.

 
“Baik,  Pakngah apa khabar? Macam mana keadaan dia sekarang.”soal Tengku Mikhail, dia turut melabuh duduk disebelah Datin Azimah.
 

“Macam Khail tengok, masih tak berubah-rubah.  Pakngah dalam pemerhatian doktor selamat 48 jam sebelum mereka teruskan rawatan yang lain.”terang Datin Azimah lemah.

 
“Insyallah Makngah, Pakngah akan sembuh seperti sediakala.  Makngah banyak-banyakkan berdoa ya.”pujuk Tengku Mikhail.  Datin Azimah mengangguk lemah.

 
“Oh ya Makngah, daddy tak dapat pulang ke Malaysia.  Daddy minta maaf sebab tak dapat datang melawat Pakngah.  Daddy ada juga kirim salam kat Makngah, dia pesan agar Makngah jaga kesihatan dan banyak bersabar.”Tengku Mikhail menyatakan pesanan dari Daddynya.  Datin Azimah terharu, malam semalam Abang Iparnya itu ada menelefonnya memberi kata-kata semangat.  Tengku Azhar turut menitipkan pesanan agar dia tidak terlalu stress, takut akan menjejaskan kesihatannya pula.

 
“Daddy Khail ada juga telefon Makngah malam semalam, sempat jugalah kami berbual panjang.  Kazrina sihat?”Tengku Mikhail mengangguk.

 
“Alhamdullilah Makngah, Rina dan bayinya sihat-sihat saja.  Baru minggu lepas saya bawa dia pergi check up.”terang Tengku Mikhail dengan nada ceria.  Datin Azimah perasan dengan perubahan Tengku Mikhail turut tersenyum.

 
“Syukur alhamdulillah, nasib baik ada Khail yang sudi jaga Rina.  Kalau tidak, Makngah tak tahulah apa yang akan terjadi kat Rina dan bayinya tu.”keluh Datin Azimah, kesal dengan perbuatan anaknya itu.

 
“Makngah, kan Khail dah cakap.  Tak nak bincangkan pasal hal ini lagi, lagipun Rina dah gembira sekarang.  Kalau boleh Khail tak mahu bunuh kegembiraan yang dia rasakan sekarang.”selar Tengku Mikhail.

 
“Makngah tahu, Makngah minta maaf Khail.”tutur Datin Azimah lemah.


“Tiada apa yang perlu Khail maafkan, Makngah tak salah.”jujur Tengku Mikhail kata, dia rela Kazrina begini.  Sekurang-kurangnya dia tahu Rina kuat menghadapi semua ini tanpa mengharapkan kehadiran Amar Amsyar disisinya.

 
“Khail..Makngah nak minta tolong boleh?”pertanyaan Datin Azimah mengundang teka-teki dihati Tengku Mikhail.

 
“Tolong apa Makngah, kalau boleh Khail tolong, Khail akan tolong.”polos sungguh jawapan dari Tengku Mikhail tanpa mengetahui apakah pertolongan yang dipinta oleh Datin Azimah.

 
“Pulangkan Kazrina kepada kami.”tersentak Tengku Mikhail takala mendengar permintaan Datin Azimah. “Pulangkan Kazrina? Apa maksud Makngah.”

 
“Apa yang Makngah cakapkan ni.  Mikhail kena pulangkan Kazrina, sejak bila Khail rampas Kazrina dari keluarga ni.”bentak Tengku Mikhail, walaupun suaranya tidak berapa keras. Tapi cukup membuatkan Datin Azimah terkejut.

 
“Am akan pulang kepangkuan kami kalau Kazrina sudi menerima dia kembali menjadi suaminya semula.  Am nak rujuk dengan Kazrina.”terang Datin Azimah, airmata yang berjujuran diseka dengan belakang tangan.  Hati Tengku Mikhail menjadi sayu, sedih mengenangkan permintaan Makngahnya.  Seorang ibu sedang meminta agar dia mengembalikan kebahagiaan yang telah lama hilang dari keluarga mereka.  Dan itu tidak mudah bagi Tengku Mikhail.

 
“Khail tak boleh Makngah, Khail tak boleh lakukan itu.  Kazrina menderita sebab Am, takkan Khail nak biarkan hati dia dilukai lagi Makngah. Tak sanggup Khail hennak lihat airmata dia mengalir lagi,  kasihanlah dia Makngah.”Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya, tanda tidak setuju dengan permintaan Datin Azimah.

 
“Makngah merayu pada Khail, pujuklah Kazrina.  Am dah insaf, dulu dia khilaf sebab itu dia tak sedar apa yang dia telah  lakukan.  Tolong Makngah Khail, Am satu-satunya anak yang Makngah ada.  Makngah tak dia pergi dari hidup Makngah lagi.”rayuan Datin Azimah menyentuh hati Tengku Mikhail. 

 
“Khail tak berdaya Makngah, Khail tak berdaya.  Semua keputusan terletak ditangan Kazrina sendiri.”ujar Tengku Mikhail, tangan Datin Azimah digenggam erat.  Sayu hatinya bila melihat seorang ibu yang sedang menangih simpati darinya.

 
“Tapikan Khail, Kazrina mengandungkan anak Am.  Takkan Khail tegar membiarkan anak itu tidak berbapa.”tambah Datin Azimah lagi.  Tengku Mikhail menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak setuju. 

 
“Siapa kata bayi itu tak berbapa.  Khail akan menikahi Kazrina sebaik sahaja umur anaknya mencecah 3 bulan.  Khail akan menjadi bapa kepada bayi itu walaupun bayi itu akan berbinkan Amar Amsyar.  Itu janji Khail, dan waktu itu Am tidak diperlukan lagi dalam hidup Kazrina.”tegas Tengku Mikhail.  Dia bangkit, tidak mahu berlama-lama disitu.  Semakin lama dia disitu, keadaan menjadi lebih tegang.  Dia tidak mahu dituduh kurang ajar pula.  Suaranya sukar hendak dikawal dan amarahnya juga begitu.  Jadi sebelum apa-apa terjadi, baik dia beredar.

 
“Khail minta maaf Makngah, permintaan Makngah tak dapat Khail tunaikan.  Khail balik dulu, insyallah jika ada umur panjang kita berjumpa lagi.”Tangan Datin Azimah dikucup, lantas Tengku Mikhail mengorak langkah keluar dari wad yang menempatkan Dato’ Azizuddin.  Datin Azimah terkaku, Tengku Mikhail menolak permintaannya.  Bagaimana harus dia sampaikan berita ini kepada anaknya.  Tentu Amar Amsyar terluka kerana niat anaknya ingin rujuk semula dengan Kazrina tidak dipersetujui Tengku Mikhail.

 




 


“Tengku, ini dokumen yang Tengku minta.”tersentak Tengku Mikhail sewaktu Misya menegurnya.  Dokumen diatas meja dipandang sepi.      

 
“Misya, bila awak masuk.  Tak dengar pun awak ketuk pintu.”Tengku Mikhail meraup wajahnya, sekaligus mematikan lamunannya tadi.

 
“Tengku, dah naik merah tangan saya mengetuk pintu.  Tengku yang asyik mengelamun, sebab itu tak dengar.”seloroh Misya.  Walaupun Tengku Mikhail menayang muka kelat itu tidak sedikitpun menakutkan Misya.


“Lain kali dengar arahan baru masuk. Ini main redah aje, dah mana dokumen tadi.”sengaja  Tengku Mikhail meninggikan suaranya biar Misya tidak sedar dirinya terkantoi sedang mengelamun. Misya hanya tersengih-sengih,  tahu Tengku Mikhail tidak marah  hanya melemparkan nasihat percuma.

 
“Baik bos.  By the way, how’s my dearest friend at home.  Mesti dia boring kan?”pertanyaan Misya membuat Tengku Mikhail mengangkat muka.  Lama dipandang wajah Misya, tanpa dia sedari terbit senyuman dibibirnya.

 
“She’s okay, a bit bored dan suka merungut sejak akhir-akhir ni.  Lepas tu asyik nak marah-marah, kalau nampak muka saya lagi tinggi suhu kemarahan dia.”jawapan jujur dari Tengku Mikhail, dibalas dengan tawa oleh Misya. ada nada lucu disitu.

 
“Aik! kenapa pula.  Setahu saya Tengku bukan bapa kepada baby tu, yang si Rina nak marah-marah buat apa?”pelik Misya, setahu dia pembawakan budak hanya terjadi pada si ibu ataupun si bapa.  Tapi dalam kes ini terbalik pula, si bapa yang sebenar rilek aje. Kini yang jadi mangsa, Tengku Mikhail pula.

 
“Apa pula Misya, baby itu dah jadi baby sayalah.  Sebab itu hari-hari minta yang bukan-bukan kat daddy dia.  Hari tu minta saya bawa pergi shopping lah, lepas itu minta belikan aiskrim pula.  Last sekali semalam, ada ke Rina ajak saya pergi makan kat kedai Mamak jam 3 pagi.  Dia cakap baby nak makan paper tosai. “adu Tengku Mikhail.  Pecah ketawa Misya mendengar celoteh Tengku Mikhail. 

 
“Bos, nasib baik dia minta yang okay. Buatnya dia minta yang bukan-bukan, lagi naya bos.”seloroh Misya.

 
“Awak pula Misya, masa mengandung dulu ada tak minta yang bukan-bukan pada suami awak.”soal Tengku Mikhail ingin tahu.  Wajah ceria Misya direnung. 

 
“Ada jugalah bos, tapi takde lah yang susah-susah. Biasa-biasa aje, cuma kebetulan suatu hari itu saya teringin nak makan buah pala.  Kenalah suami saya pergi belikan kat Penang.”dengan rasa teruja Misya menceritakan kejadian itu.  Tengku Mikhail mengerut dahinya, sampai macam tu sekali.

 
“Kenapa kena pergi beli sampai ke Penang, kan kat KL pun ada juga.”pertanyaan Tengku Mikhail dijawab dengan tawa kecil dibibir Misya.

 
“Mana taknya Tengku, anak tekak ni nak juga buah pala yang dibeli kat Penang.  Nak tak nak terpaksalah suami saya terbang ke Penang semata-mata nak beli buah tu.”pecah gelak kedua-duanya.  Riuh juga bilik Tengku Mikhail bila mendengar celoteh Misya.  Terbang segala masalah yang melanda dimindanya tadi.  Senang sekali dia mendengar cerita Misya, lebih kurang sama dengan keinginan Kazrina juga.

 
“Misya..Misya awak ni memang suka buat jenaka.  Apa kata awak dan suami awak datanglah ke rumah saya sekali-sekala.  Dapat juga Kazrina jumpa awak, kesian saya tengok dia kesunyian kat rumah.  Kalau berteman pun hanya dengan Mak Jah saja.”pelawa Tengku Mikhail.

 
“Apa kata Kazrina yang datang rumah kami, boleh lah saya masak kan yang sedap-sedap untuk dia.”cadang Misya pula.

 
“Awak ajak Rina seorang saja kah?”usik Tengku Mikhail, sengaja hendak melihat reaksi Misya.

 
“Dah tentulah dengan bos sekali, kalau tidak macam mana Rina nak datang ke rumah saya.”sampuk Misya.

 
“Boleh juga, hujung minggu ni kami sampai. Tentu Rina suka, terima kasih Misya.”Misya mengangguk.  Dia lagi suka bila dapat bertemu dengan sahabatnya itu.

 
“Sama-sama bos, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya bos.  Kejap lagi nak keluar lunch, perut dah start berkeroncong ni..” Misya bangkit lantas melangkah ke pintu.  Tengku Mikhail menghantar Misya dengan pandangan ceria.  Kazrina beruntung mempunyai sahabat seperti Misya, dan dia akan pastikan Kazrina sentiasa gembira bersama dengannya.

 
Tengku Mikhail meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai tadi.  Hatinya sedikit tenang, Misya banyak membantunya.  Dia amat berterima kasih dengan wanita itu,  Kazrina juga amat bertuah kerana mempunyai sahabat seperti Misya.

 
“Ah! apa khabar Rina hari ini.  Sudah masuk setengah hari, dia masih belum menghubungi Kazrina dirumah.  Selalu, setiap 3 jam dia pasti menelefon bertanyakan khabar sampai Kazrina naik rimas.  Suka sekali Tengku Mikhail mendengar suara celoteh Kazrina yang pasti akan mengadu setiap kali dia menelefon wanita itu.”

 
Kazrina pasti akan mengadu.. hari ini bosanlah, Mak Jah tak bagi tolong buat kerja lah, nak angkat barang dan kemas rumah pun Mak Jah tak benarkan lah, dan macam-macam lagi.  Kadang-kadang dia pun turut tertawa bila mulut comel itu berceloteh.  Pernah juga Tengku Mikhail kata, “Mengomellah banyak-banyak, nanti anak yang keluar pun banyak komplennya.  Macam Mama dia sekarang.” Dan pasti Kazrina akan merajuk selepas itu.

 
“Assalamualaikum sayang, dah makan?”suara romantis Tengku Mikhail berkumandang ditelinga Kazrina. 

 
“Waalaikumsalam, Rina dan baby dah makan.  Tapi tak tahulah daddy dia pula.”sengaja Kazrina bermain kata.  Tengku Mikhail tertawa kecil, suka bila Kazrina membahasakan dirinya begitu.

 
“Hari ini daddy on diet.  Pagi tadi dah makan sandwich, lepas ini daddy nak makan buah-buahan saja.”ketawa halus Kazrina menerpa dicuping telinga Tengku Mikhail.  

 
Diet konon, malam karang daddy makan tak ingat dunia. Mama kat sebelah pun dia tak nampak, kan baby..kan.”telah Kazrina.  Tengku Mikhail membuntangkan matanya, tidak percaya Kazrina berbicara begitu.”Oo..dia dah pandai mengata aku ya.”

 
“Oh..mama mengata daddy ya.  Tunggu, daddy balik nanti daddy cubit-cubit pipi montel mama nak?”seloroh Tengku Mikhail.  Kazrina mencebik, memang sejak mengandung pipinya bertambah tembam.  Berat bandannya juga naik mendadak, tapi tak mengapa.  Dia  tidak perlu menyekat pemakanannya, Tengku Mikhail mahu baby yang dikandungnya sihat walaupun tubuh Kazrina semakim montel.  “Apa susah, sliming centre kan banyak. Boleh pergi lepas bersalin nanti.”kata Tengku Mikhail padanya.

 
“Khail, baby nak makan fruit tart,  boleh tolong belikan.”pinta Kazrina manja.  Tengku Mikhail sudah tersenyum-senyum dihujung talian.  Suka benar dia mendengar suara manja Kazrina.

 
“Baby yang nak makan ke atau mamanya.?”soal Tengku Mikhail nakal.

 
“Tak kiralah siapa yang nak makan, janji Khail kena pergi belikan juga.  Kalau tidak Rina merajuk, tak nak cakap dengan Khail lagi.”bentak Kazrina.

 
“Ala..ala janganlah merajuk.  Nanti daddy belikan fruit tart untuk baby.  Malam nanti kita jumpa, bye baby daddy nak sambung buat kerja pula.  Mama pun jangan nakal-nakal tau.”pesan Tengku Mikhail, dia senang dengan kebahagiaan yang dia miliki sekarang.  Walaupun Kazrina belum sah menjadi miliknya, dia selalu berharap suatu hari nanti wanita itu akan menjadi suri dihatinya.  Dia tidak akan kembalikan Kazrina kepangkuan Amar Amsyar setelah apa yang berlaku terhadap wanita itu.   Tidak sesekali dia biarkan Kazrina pulang kembali kepangkuan Amar Amsyar.  Biar Makngahnya merayu sekalipun, tidak akan dilepaskan Kazrina begitu saja.  Dia sudah berangan-angan membina kehidupan baru bersama Kazrina dan anak yang dikandungnya.

 
Kertas kerja yang masih belum diselesaikan, diletakkan disisi kanan meja.  Dia mengerling jam ditangan, baru cecah jam 4 petang.  Tengku Mikhail mencapai beg bimbitnya, ingin terus pulang. Tidak guna dia tinggal disini, hati dan jiwa sudah berada dirumah.  Dicapai kunci kereta dan kot dikerusi disarung ke badan.  Langkahnya terus menuju ke pintu bilik, dia harus pulang cepat.  Tapi sebelum itu dia harus singgah kedai kek untuk membeli fruit tart seperti yang dipesan oleh Kazrina.

Langkahnya dihentikan dengan jeritan Taza, setiausahanya.”Tengku, dah nak balik ke?”
 
“Ya, hari ini saya nak balik cepat. Ada hal sikit, tolong uruskan apa yang patut.  Maybe tomorrow, I’m taking leave. Please cancel all my appointment for tomorrow. See you.”terus Tengku Mikhail berlalu tanpa menunggu jawapan dari Taza.  Setiausahanya menggeleng-geleng kepala, hairan dengan sikap bosnya hari ini.
 
“Beb, Aku tengok Tengku lately nikan asyik senyum memanjang aje.  Pastu hari-hari balik rumah awal. Kenapa yek?pertanyaan Zuraidah buat Taza tersentak.”Hish, minah ni kalau ye pun nak tanya, bagilah salam dulu. Nasib baik aku tak sakit jantung.”marah Taza dalam hati.
 
“Kau nikan Zuraidah, lain kali kalau nak soal pun bagilah salam dulu.  Kalau aku mati terkejut kat sini sapa nak sambut aku.”Taza menjengkil matanya, namun ada suara sumbang sempat menyampuk dibelakang.

“Aku ada, dah lama aku tunggu nak sambut kau.”seloroh Daus pekerja dibahagian marketing.

“Ni lagi satu. Hoi! Mamat sengal, kirim salam okay.  Aku lagi suka kalu bos aku yang sambut daripada kau, muka dahlah macam black ada hati nak mengorat aku.”cemuh Taza.  Geram bila ada suara sumbang menyampuk percakapannya. 

“Yelah, yelah. Aku taklah sehensem Tengku Mikhail a.k.a bos kau tu.  Tapi aku ada sekeping hati yang ikhlas untuk kau.  Tapi kalau kau tak sudi, masih ramai lagi yang mahu.”Daus berlalu sebaik menutur kata.  Sedih kerana Taza tidak pernah melihat dia dari sudut lain, semuanya hanya kekacakkan semata-mata.

 
“Kau ni Taza, tak baik tau.  Daus tu dah lama nak dekat kau, tapi kau pula yang jual mahal.  Tengoklah satu hari nanti, tuhan terbalikkan hati kau.  Baru padan muka.”tutur Zuraidah sinis, marah bila Taza seringkali memperkecilkan Daus.  Lelaki itu baik orangnya, walaupun berjawatan Executive tapi lelaki ini mampu memiliki kereta Toyota Vios.  Lagipun Daus tidak juga kedekut orangnya, dia turut membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

“Kau ni Zuraidah, kalau tak nak kena. Baik kau blah, aku pun malas nak layan korang.  Setakat kerja Exec tak aku pandang.  Bos aku yang single tu masih boleh aku takcle tau.”dengan bangga Taza bersuara pendapatanya.  Zuraidah mencemik, lantas berlalu meninggalkan Taza yang sombong. Macamlah Tengku Mikhail nak pandang perempuan macam spesis Taza tu.  Stok-stok girlfriend Tengku Mikhail dulu lagi class semuanya jenis kaki panjang seperti model.

“Aku pun tak hadap, lagipun tunang aku Fauzan tu lagi hensem tau.  Muka dia ala-ala Dazrin pelakon siri Adam dan Hawa tu.”riak Zuraidah.  Suka bila dapat mengenakan Taza yang perasan dirinya terlalu cantik.

What ever! Dah sekarang go, I have work to do.”Taza sekali lagi menghalau Zuraidah dari tempatnya.  Zuraidah mencebik, lantas pergi tanpa menoleh lagi.  Sikap Taza bukannya boleh dijangka, karang direport kat Tengku Mikhail susah pula dia nanti.

~Bersambung~



 
 

Monday 14 January 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 19)


Bab 19

Lamunan Datin Azimah terganggu, ketika kereta kepunyaan suaminya masuk diperkarangan rumah.  Kedengaran salam yang diberikan, dia bangkit menghampiri pintu rumah.  Wajah keletihan suaminya menyapa, dicapai beg bimbit suaminya lantas tangan kanan suaminya dikucup lembut.
 

“Baru balik bang?”sapanya, tubuh suaminya yang keletihan diekori dari belakang.  Dato’ Azizuddin mengangguk lemah, badan yang letih dihenyakkan ke sofa berdekatan.  Datin Azimah turut melabuhkan duduk disebelah suaminya.   Dato’ Azizuddin memejamkan matanya sejenak, Datin Azimah bertidak memerhatikan saja.  Dia sedar, sejak Amar Amsyar mengabaikan tangungjawabnya suaminya dibebani masalah dipejabat.  Kerja yang sepatutnya dilakukan Amar Amsyar kini terletak dibahu suaminya.  Amar Amsyar sudah melampau, sudahlah dia menceraikan Kazrina yang sedang mengandung.  Kini perangai lama anaknya muncul kembali, ini yang membimbangkan mereka berdua.


“Abang nak minum?”soal Datin Azimah lagi.  Dato’ Azizuddin menggeleng, matanya tetap dipejamkan.  Tekanan dipejabat merunsingkannya, ada anak tak boleh diharapkan.  Hatinya walang, anak yang diharapkan tetap tidak berubah.  Malah menjadi lebih teruk lagi, sudah elok dapat isteri yang baik diceraikan pula.  Harapan untuk melihat Amar Amsyar berubah jauh panggang dari api.  Dia mengeluh, sedih dengan apa yang menimpa keluarganya.

 
“Azi, abang dah gagal.  Gagal mendidik anak kita menjadi seperti apa yang kita inginkan.  Abang bersalah pada Azi, pada keluarga kita.”keluh Dato’ Azizuddin.  Datin Azimah merapati suaminya, dipegang lembut bahu suaminya itu.

 
“Abang tak salah, tapi anak kita yang salah memilih jalan hidupnya.  Amar Amsyar yang patut dipersalahkan dan bukannya abang.  Azi percaya, ini adalah ujian yang Allah berikan pada kita.  Dan kita sebagai hambanya harus bersabar menerimannya.”pujuk Datin Azimah, Dato’ Azizuddin berpaling lantas dipeluk tubuh isterinya.  Terdengar esakkan halus dicuping telinga Datin Azimah. “Suaminya menangis kah?”

 
“Abang rindukan anak kita, abang juga rindukan bekas menantu kita tu.  Mengapa Am tergamak menceraikan isteri sebaik Kazrina.  Apa salah menantu kita tu sehingga dia diperlakukan begitu oleh anak kita.”kesal dengan tindakan anaknya yang sanggup melepaskan isteri sebaik Kazrina.  Walaupun dia dan isterinya baru saja mengenali Kazrina, namun dia percaya Kazrina adalah wanita yang terbaik buat Amar Amsyar. 

 
“Azi pun kecewa dengan sikap Am.  Kazrina merupakan isteri yang sempurna, tapi Am pula yang buat perangai.  Kalau abang nak tahu, menantu kita tu sedang mengandung.  Tak lama lagi kita bakal bercucu, tapi sayang kita tidak berpeluang untuk merasainya gara-gara onar Am.”kata-kata yang terbit dari mulut isterinya membuatkan Dato’ Azizuddin tersentak, “Cucu?”sudah lama dia menginginkan cucu. 


“Rina mengandung?”pertanyaan suaminya dijawab dengan anggukan.  Dato’ Azizuddin menadah tangan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.  Akhirnya Allah memakbulkan permintaannya, namun semuanya sia-sia belaka.  Cucu yang selama ini didambarkan tidak mungkin berada didalam pelukannya.

 
“Ya bang, kita bakal mendapat cucu tak lama lagi.  Tapi sayang..”air muka Datin Azimah berubah, Dato’ Azizuddin mengerti akan perubahan itu. 

 
“Abang mengerti perasaan Azi, abang pun sama.  Cuma abang harap Kazrina tidak lupakan kita.  Abang harap sangat dia kembali pada kita, kembali pada Am.”tinggi sungguh harapan Dato’ Azizuddin.  Datin Azimah mengeluh, dia juga begitu.  Mahu Kazrina menerima Am kembali suatu hari nanti.

 
“Azi pun harap begitu bang, rindu benar Azi dengan menantu kita tu.  Tapi sayang, Rina sekarang menetap dirumah Tengku Mikhail.”kata-kata isterinya membuatkan Dato’ Azizuddin tersentak.

 
“Rina tinggal dengan Mikhail?”Datin Azimah mengangguk lemah.  Tidak tahu bagaimana hendak terangkan kepada suaminya itu.

 
“Ya bang, sejak Kazrina mengalami alahan teruk dia sudah berhenti kerja.  Rina juga selalu keluar masuk hospital, rawatan perubatannya meningkat.  Nasib baik Tengku Mikhail sudi menampung perbelanjaannya itu.  Rumah sewa pun Rina tak mampu nak bayar, akhirmya dia tinggal sementara waktu bersama Mikhail.”terang Datin Azimah sayu. 

 
“Mereka tinggal berdua saja ke?”cemas Dato’ Azizuddin bila mengenangkan menantunya tinggal dengan Tengku Mikhail.  Dia kenal benar dengan perangai kasanova Tengku Mikhail itu.

 
“Eh, abang ni.  Dah sah-sah Mak Jah pun ada sekali.  Kalau mereka tinggal berdua, dah lama saya bawa Kazrina tinggal bersama-sama kita.”ujar Datin Azimah.

 
“Habis tu awak ingat Tengku Mikhail tu baik sangat ke, belum tentu dia ikhlas nak bantu menantu kita tu.  Apa kata awak ajak Kazrina tinggal dengan kita, lagipun Am jarang pulang ke sini.”cadang Dato’ Azizuddin.

 
“Azi dah ajak bang, tapi Kazrina menolak.  Dia dah tawar hati, kalau boleh dia tak nak ada apa-apa hubungan dengan Am dan juga keluarga Am.”tutur Datin Azimah lemah, Dato’ Aziuddin menggeleng kepalanya tidak setuju. 

 
“Habis tu si Kazrina tu ingat selamat ke tinggal dengan si Mikhail tu.  Dahlah anak sedara awak tu kasanova termasyur di KL ni.” Kutuk Dato’ Azizuddin terang-terangan.  Datin Azimah merengus, geram apabila suaminya memperkota-katikkan anak saudaranya itu.

 
“Abang ingat anak abang tu baik sangat ke? Jika nak dibandingkan dengan Tengku Mikhail sekarang, anak abang lagi teruk dari anak sedara saya tu.  Kalau abang nak tahu, sejak Kazrina tinggal dengan Tengku Mikhail anak sadara saya tu dah banyak berubah.   Solat tak pernah tinggal, apatah lagi kerja-kerjanya dipejabat.  Dia tidak lagi keluar berjoli sana-sini, balik kerja terus dia balik ke rumah. Ada tak Am buat macam tu, ada ke tidak bang?”kemarahan Datin Azimah memuncak, suaminya memburuk-burukkan lelaki yang sudah terang-terang membela menantunya yang dianiaya oleh anaknya sendiri.

 
“Suka hati awaklah Azi, saya dah malas nak bergaduh.  Baik saya naik atas, mandi dan solat.  Lagi lama saya dekat sini, lagi berserabut kepala saya.”Dato’ Azizuddin bangkit lantas melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik tidur.  Datin Azimah geram, suaminya memang begitu jika ingin lari dari masalah.

 
Datin Azimah mencapai telefon bimbitnya, nombor telefon Amar Amsyar didailnya.  Sekali dua kali hingga ke tiga kali tidak berangkat, dia merengus geram.”Anak tak sedar diuntung.”marahnya dalam hati.   Lantas hati yang panas perlu disejukkan, dia bangkit membawa langkah ke dapur.  Air mineral diambil dan diminumnya, terasa sejuk sedikit hatinya.  “Kenapalah anak seorang ini tidak pernah belajar dari kesilapan.  Sudahlah 3 tahun yang lalu Amar Amsyar menyebabkan kematian seorang, sekarang Amar Amsyar mensia-siakan wanita yang telah dikahwini dan bakal memimang cahayamata.  Apakah anaknya itu tidak pernah serik melakukan kesilapan.  Dimanakah salahnya dalam mendidik anak, salah dia kah?”bentak Datin Azimah dalam hati.  Dia berperang dengan perasaannya sendiri, kesal melihat anak yang disayangi tidak seperti yang diharapkan.  Kaki dibawa menuju ke bilik tidurnya, ingin melihat suami sedang berbuat apa.  Sudah agak lama, suami tidak turun-turun juga. 


Pintu biliknya dibuka, dilarikan pandangan ke seluruh ruang bilik.  Tiada tanda-tanda suaminya disitu, dia melangkah ke balkoni.  Suami juga tidak ada disitu, dikalih pandang ke pintu bilik mandi.  Tiada sebarang bunyi air,  ditolak pintu bilik mandi perlahan.  Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati suaminya terbaring lemah disitu, terus dia menjerit memanggil pembantu rumah.”Kak Siti! Kak siti!..”jeritannya didengar Kak Siti.

 
“Ada apa Datin?’soal Kak Siti cemas.  Dia turut duduk mencangkung disebelah Datin Azimah.  “Tolong, pergi panggil ambulan.  Dato’ terjatuh dari bilik air, cepat Kak Siti!” Kak Siti cepat-cepat menuruni anak tangga.  Ganggang telefon dicapai, nombor kecemasan didail. 

 
“Abang, abang…bangun bang.  Ini Azi bang..”panggil Datin Azimah, dia takut apa-apa yang tidak diingin berlaku ke atas suaminya.  Kak Siti datang menghampirinya, “Kak Siti dah telefon ambulan, kejap lagi mereka samapai.”terang Kak Siti termengah-mengah akibat brlari nauk dan turun tangga.  Lebih kurang 10 minit, ambulan sampai diperkarangan rumah, Kak Siti turun memyambut paramedik yang tiba dipintu rumah.

 
“Cepat Encik, Dato’ masih terlantar dalam kamar mandi.” 2 orang paramedik datang bersama alat-alat bantuan berlari menuju ke tingkat atas.  Sampai disana mereka lihat Datin Azimah sedang memangku kepala Dato’ Azizuddin.  Mereka mengambil alih dari Datin Azimah setelah wanita itu berundur kebelakang.  Seorang memeriksa tekan darah, seorang lagi memeriksa nadi dan juga nafas Dato’ Azizuddin. 

 
“Puan, kita perlu kejarkan suami puan ke hospital sekarang.”tutur salah seorang paramedic itu, “saya akan minta bantuan driver kami untuk mengusung  suami puan keluar dari sini.”sambung seorang lagi lantas berlari ke bawah membawa pengusung bersama pemandu ambulan mereka.  Dato’ Azizuddin sudah berada dalam ambulan, Datin Azimah turut sama didalamnya.  Sempat juga dia berpesan kepada Kak Siti agar menghubungi Amar Amsyar. 

 

“Apa Mak Siti? Papa dimasukkan hospital.”terkejut Amar Amsyar apabila mendapat panggilan dari pembantu rumah mamanya.

 
“Ya Encik Am, sekarang datin ada dihospital.  Kalau tak silap Mak Siti Hospital Taman Desa, Encik Am pergilah sana sekarang.”cemas suara Mak Siti membuatkan Amar Amsyar tidak sempat menyampuk.  Terus dimatikan talian belum sempat Mak Siti mengucapkan salam.

 
“Hisk..hisk .. budak ni.  Salam aku pun tak sempat dijawab terus dimatikan.”Mak Siti menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai Amar Amsyar.

 
Lebih kurang 15 minit, dia tiba diperkarang hospital Taman Desa.  Kaunter unit kecemasan dihampiri, belum sempat dia bertanya kedengaran suara Datin Azimah memanggilnya.

 
“Am..”dipeluknya Amar Amsyar ketika anaknya menhampirinya.  Amar Amsyar mengusap lembut belakang badan mamanya.


“Sabar ya Mama, Papa tak apa-apa, cuma keleletihan saja.”Dikucupnya kedua-dua pipi Mamanya.

 
“Mama takut Am, papa tak pernah begini.  Selalunya dia jaga kesihatannya, tak pernah dia mahupun Mama abaikan kesihatan walaupun dibebani kerja yang banyak.”sendu Datin Azimah, sedih mengenangkan perkara yang terjadi.   Lebih kesal lagi, sebelum suaminya dijumpai terbaring dalam kamar mandi dia dan suaminya terlibat dalam pertengkaran kecil.

 
“Mama, papa okay.  Percayalah, Am yakin papa akan pulih seperti sediakala.”pujuk Amar Amsyar lagi. 

 
“Tulah Am, Mama dah cakap hari tu.  Papa kamu tak boleh terlampau stress, sebab itu dia jadi macam ini.  Pulanglah Am, kerja kat syarikat papa semula.  Kesian kat papa, mama dah tak sanggup tengok dia pulang lewat hampir setiap hari.”pujuk Datin Azimah.  Dia perlukan anaknya pulang ke pangkuan keluarga.  Dia mahu mereka hidup gembira seperti dulu.

 
“Am akan kerja semula dengan papa, tapi dengan syarat.”

 
“Syarat? Nak kembali pada keluarga sendiri pun Am nak bersyarat juga. Apa kurangnya kasih sayang kami sehingga Am mahu mengenakan syarat-syarat jika mahu pulang.”sinis kata-kata Datin Azimah membuatkan Amar Amsyar terpana.

 
“Am…Am..”kelu lidahnya untuk menyatakan syarat itu. “Perlukan dia tegar mengenakan syarat seumpama itu.”

 
“Syarat apa Am? Cuba Am terangkan pada Mama.”desak Datin Azimah lagi.

 
“Am nak berkahwin semula dengan Kazrina Atirah.”sebaik sahaja mendengar syarat Amar Amsyar, Datin Azimah terduduk.  “Memang sah, anaknya sudah gila talak.”

 
“Tapi kenapa sekarang, dulu masa Am ceraikan dia tak pula Am nak tanya pendapat Mama.”sela Datin Azimah, geram dengan perangai anaknya ini.

 
“Am..rasa bersalah Mama.  Dia kan mengandungkan anak Am, tak patut Am buat dia macam tu.”tutur Amar Amsyar kesal. Datin Azimah mengangguk lemah, tidak tahu apa yang harus dia lakukan.  Suaminya sedang terlantar, manakala anaknya pula mahu kembali kepangkuan bekas isterinya.

 
“Mama minta maaf Am, Mama tak berdaya.  Kazrina sekarang dah bahagia, dia dah pun melupakan Am masa Mama melawatnya tempoh hari.  Am cari yang lain ya, Mama akan merestui sesiapa saja yang Am suka.”lirih suara Datin Azimah mencengkam dada Amar Amsyar.  Dia menangis dalam diam, pedih mengenangkan keterlanjuranya terhadap Kazrina. 

 
“Mama..Am rindukan Kaz.  Sejak dua tiga hari ini Am sering mimpikan Kaz, Ma.”adu Amar Amsyar,  Datin Azimah terpana.”Adakah ingatan anaknya sudah pulih?”

 
“Am, Mama nak tanya sikit.  Apa ingatan Am dah pulih ke, sebab itu Am teringat pada Kazrina.”soal Datin Azimah, rambut anaknya digosok perlahan.

 
“Entahlah Mama, sejak seminggu dah Am macam ni.  Bila Am terpandang saja gambar ketika kami bergandingan berdua semasa upacara pembatalan air sembahyang.  Hati Am rindu sangat pada dia Ma.”ujar Amar Amsyar, sayu sungguh nada suaranya.  Datin Azimah memeluk Amar Amsyar, diusap belakang anaknya.  Pertama kali dalam hidup anaknya, dia menangis kerana seorang perempuan.  Datin Azimah sendiri tidak pasti sama ada dia berjaya untuk memujuk Kazrina semula, setelah melihat Kazrina bahagia tinggal bersama Tengku Mikhail.

 
“Am sabar ya, insyaallah Mama akan usahakan untuk Am.  Sekarang ini Mama harap Am berubahlah demi anak Am yang bakal lahir nanti.  Apa juga keputusan Kazrina, Mama nak Am redha menerimannya.”pujuk Datin Azimah lagi.

 
Malam itu buat pertama kalinya Amar Amsyar meluahkan kepada Mamanya perasaan sebenar yang terbit ketika dia bertemu dengan Kazrina semalam.  Mamanya tekun mendengar keluhan hati anak lelakinya tanpa sedikit pun menyalahkan Amar Amsyar.  Dia percaya, Allah telah menurunkan hidayah kepada anaknya.  Apa yang dia harapkan sekarang adalah ihsan dari Kazrina sama ada ingin kembali atau tidak pada Amar Amsyar.

 
“Am pasti dengan perasaan Am?”soal Datin Azimah. 

 
“Kali ini Am pasti Mama.  Dah 2 malam berturut-turut Am mimpikan Kazrina.  Rasanya perasaan itu datang kembali, dan Am pasti kali ini benar sebab itu Am mak minta nasihat dari Mama.”jawab Amar Amsyar dengan penuh keyakinan.  Semalaman dia berfikir tentang perasaannya terhadap Kazrina.  Dan kini dia benar-benar pasti dan yakin dengannya.

 
“Baguslah kalau macam tu, Mama doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.  Mama akan tolong Am.”janji Datin Azimah pada anak bujangnya.  Dipeluknya Amar Amsyar.

 
“Terima kasih Mama.  Am perlukan sokongan dari Mama.”sayu suara Amar Amsyar menyentuh hatinya.  Amar Amsyar anak yang baik, cuma sejak kemalangan lalu membuatkan anaknya hilang arah tujuan.  Tapi Datin Azimah percaya, takdir Allah telah membawa Amar Amsyar pulang kepangkuan keluarga. 


“Maafkan abang, Kaz. Abang khilaf, abang lupa Kaz merupakan amanah yang telah Allah berikan kepada abang. Ingatan abang dah pulih, abang nak kita kembali seperti dulu. Abang sayangkan Kaz dan anak kita, baliklah kepangkuan abang. Dunia abang kelam, hidup abang tidak bermakna lagi tanpa Kaz disisi.”bisik hati kecil Amar Amsyar.  Dalam diam dia menangis, meratapi nasib yang telah mengubah hidupnya. 

Datin Azimah terharu, airmata yang mengalir dipipi Amar Amsyar membuktikan anaknya benar-benar insaf.  “Kasihan anakku, Ya Allah, kepadamu aku bersujud.  Berikanlah kekuatan agar anakku dapat mengatasi kesedihannya ini.  Sudah lama aku tidak melihat wajahnya yang begitu mengharapkan keajaiban dariMu Ya Allah.”itulah doa yang dipohon Datin Azimah.  Doa agar Allah mempermudahkan lagi perjalanan hidup anak tunggalnya itu.  






Maafkan abang, Kaz.  Abang khilaf, abang lupa Kaz merupakan amanah yang telah Allah berikan kepada abang.  Abang sayangkan Kaz dan anak kita, baliklah kepangkuan abang.  Dunia abang kelam, hidup abang tidak bermakna lagi tanpa Kaz disisi.  ~ Amar Amsyar 



~Bersambung~
P/S: Kepada pembaca yang dikasih, saya inginkan komen-komen dari anda semua.  Nak tahu juga apa pendapat kalian tentang karya terbaru saya.  Salam sayang dari saya buat semua..Luv you guys...Muah!

Tuesday 8 January 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 18)


 Bab 18


“Khail, Rina bosanlah duduk kat rumah.”petang itu Kazrina menyuarakan ketidak puas hatinya pada Tengku Mikhail.

 
“Bosan? Cuba Rina bagitahu apa yang membuatkan Rina bosan.”soal Tengku Mikhail sambil tersenyum manis.

 
“Bosanlah, asyik duduk berkurung kat rumah  Nak keluar jalan-jalan Khail tak bagi, sudahnya Rina asyik bangun tidur, makan, tengok tv pastu tidur balik.  Penat tau jiwa dan perasaan Rina.”omelan Kazrina membuat Tengku Mikhail tersenyum lebar. “Rina..Rina..comel betul bila dia buat begitu.”desis hatinya.

 
“Habis tu Rina nak buat apa? Beritahu Khail.”pujuk Tengku Mikhail, persis seorang suami yang sedang memujuk si isteri yang sedang merajuk.

 
“Rina nak kerja, bolehkan?”Tengku Mikhail terkejut, perkataan kerja menjadi fobia pula baginya. Kepala yang tidak gatal digarunya.  Kazrina pula tertawa melihat gaya spontan Tengku Mikhail.

 
“Sayang..bukannya Khail tak bagi Rina kerja.  Tapi tahap kesihatan Rina tidak mengizinkan untuk Rina bekerja buat masa ini.  Khail tak nak ambil risiko demi untuk memuaskan hati Rina nanti mendatangkan kemudaratan pada baby pula.”terang Tengku Mikhail satu persatu kepada Kazrina.  Kazrina tayang muka protes, geram kehendaknya tidak dipenuhi.

 
“Kalau macam tu boleh tak Khail bagi Rina keluar jalan-jalan.  Sekejap pun jadilah..”pinta Kazrina, merengek pun ada. “Macam budak-budak, tapi comel.”luah Tengku Mikhail dalam hati, tak berani berkata dihadapan wanita itu takut dimarahi pula.

 
“Rina nak kemana?”soal Tengku Mikhail lembut.

 
“Rina nak pergi window shopping,  boleh kan?”teruja Kazrina apabila Tengku Mikhail seperti memberi kebenarannya untuk keluar berjalan-jalan.

 
“Kenapa window shopping?”pertanyaan Tengku Mikhail mengundang tawa dibibir Kazrina.

 
“Tentulah window shopping sebab Rina bukannya ada duit nak shopping. Jalan-jalan cuci mata boleh lah.”ujar Kazrina, kali ini Tengku Mikhail gelak besar.  Kepolosan Kazrina mencuit hatinya.

 
“Khail ni teruklah, yang ketawakan Rina kenapa.  Betul apa, Rina bukannya ada duit nak shopping. Kerja pun takde, penggangur terhormat adalah.”Tengku Mikhail tersenyum, Kazrina dah macam mak-mak lagaknya.  Mungkin hormon wanita mengandung memang macam ni kot.

 
“Apa kata Khail belanja, hari Khail akan belanjakan apa yang Rina nak beli.  Tapi untuk baby saja tau,   untuk mama, daddy tak kira.”seloroh Tengku Mikhail, Kazrina mencebik.

 
“Tak nak lah, asyik-asyik untuk baby.  Asyik-asyik untuk baby, untuk mamanya takde pula. Mana aci.”Rina menarik muncung, merajuklah tu.  Tengku Mikhail tayang sengih, suka melayan sikap manja Kazrina. 

 
“Okay..okay..kali ini daddy belikan untuk mama sekali.  Puas hati?”Kazrina menjerit keseronokkan.  Nasib baik tidak dipeluk Tengku Mikhail kerana terlalu gembira.  Kazrina memandang tepat wajah Tengku Mikhail, dalam hati dia senang dimanjakan oleh lelaki ini biarpun lelaki itu bukan suaminya.  Namun sikap keperihatinan lelaki ini membuatkan dia jatuh hati pada Tengku Mikhail.  Memang betul, manusia akan berubah jika dia sudah menemui cinta sejatinya.  “Apakah Mikhail sudah menemui kebahagian dan juga cinta sejatinya.  Kalau sudah, aku doakan dia bahagia selama-lamanya walaupun orang itu bukannya diriku.”doanya dalam hati.

 
“Apa lagi, jomlah.”ajak Kazrina.  Tengku Mikhail bangkit lantas mengapai kunci kereta diatas meja sisi.  Nasib baik dia sudah menukar pakaian santai, tak perlu dia tukar lagi.  Wajah ceria Kazrina dierenung, suka dia melihat wanita itu gembira. 

 


Setengah jam kemudian, mereka berada di pusat membeli-belah terkemuka di kuala lumpur.  Kali ini Tengku Mikhail membawa Kazrina ke KLCC.  Mereka berjalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain.  Tiba di kedai yang menjual peralatan bayi, Kazrina terpampan.  Dari luar dia melihat pelbagai baju bayi yang dipamerkan didalamnya. Cantik sungguh, gaun-gaun kecil yang indah dan menawan menarik hatinya untuk memasuki kedai itu.  Tanpa Kazrina sedari dia menarik tangan Tengku Mikhail agar masuk ke dalam kedai itu.  Tengku Mikhail terpinga namun terukir juga senyuman dibibirnya.

 
Sorry”Kazrina ingin melepaskan pegangan tangannya, namun Tengku Mikhail enggan. 


“Khail, please..”gelengan kepala Tengku Mikhail membuatkan Kazrina geram.

 
Can we pretend as a loving couple? Just for a day, please?”rayu Tengku Mikhail.  Kazrina serba-salah, permintaan Tengku Mikhail terlalu berat baginya.  Wajah mengharap Tengku Mikhail membuatkan Kazrina tidak daya menolaknya. “Okay, just for today.”setuju Kazrina, biarlah lelaki ini merasa kebahagiaan yang diimpikan walaupun hanya sehari.  Tengku Mikhail tersenyum lebar apabila Kazrina membalas gengaman tangannya. 

 
“Khail, gaun ni cantik kan?”soal Kazrina sambil mengambil salah satu gaun yang dipamerkan.  Tengku Mikhail mencebik, Kazrina tertawa riang. “Comel sangat bila Khail buat muka begitu.”desis hatinya.

 
“Apalah mama ni, anak Daddy kan boy.  Mana boleh pakai gaun, hero kena pakai jean yang macam ni. Barulah anak papa nampak hensem macam daddynya.”seloroh Tengku Mikhail, disuakan sehelai jean berwarna hitam.

 
“Mana Khail tahu baby Rina boy.”pertanyaan Kazrina membuat lelaki itu tertawa.  Kazrina mencubit perut Tengku Mikhail, geram dipermainkan oleh lelaki itu.”Ouch!sakitlah sayang.”gurau mereka berdua dilihat oleh Amar Amsyar dari jauh.  Ketika dia melewati kedai butik kanak-kanak itu dia terpandang akan kedua-dua orang yang sangat dia kenali sedang bergurau senda.  Hatinya terusik, dia sendiri tidak pasti mengapa.  Seorang bekas isteri dan seorang lagi adalah sepupunya, mereka berdua kelihatan sangat serasi dan secocok. 

 
Darling, you tengok apa?”Julia turut terpanggil melihat apa yang menganggu kontrensasi Amar Amayar.  Alangkah terkejutnya dia melihat Tengku Mikhail yang mesra dengan seseorang yang tidak dia kenali.  Ya, Julia memang tidak mengenali Kazrina yang merupakan bekas isteri kepada Amar Amsyar.

 
”Itukan Mike, dia dengan siapa darling?”soal Julia lagi. “

 
Huh!”Amar Amsyar merengus, malas hendak melayani pertanyaan Julia.  Dirinya agak terluka melihat kemesraan Kazrina dengan Tengku Mikhail. Amar Amysar ingin beredar, tapi kelibatnya sempat dilihat oleh lelaki itu.  Tengku Mikhail hanya melihat Amar Amsyar beredar meninggal tempat itu bersama Julia disebelahnya.  Sempat juga Tengku Mikhail lihat wajah masam Amar Amsyar, mungkin lelaki itu nampak akan kemesraannya dengan Kazrina tadi.  “Biarlah, aku dah bahagia Am.  Terima kasih kerana melepaskan Kazrina untukku.”detik hati Tengku Mikhail.

 
“Khail..”panggilan Kazrina mematikan lamunan Tengku Mikhail. Cepat-cepat dia menghampiri Kazrina yang sedang ralit membelek pakaian bayi.

 
“Ya sayang..”Kazrina melemparkan senyuman manis,  sejak beberapa hari ini Tengku Mikhail suka memanggilnya begitu.

 
“Khail..kan Rina dah cakap jangan panggil Rina macam tu.”teguran Kazrina dibalas dengan sengihan nakal dibibir Tengku Mikhail. 

 
“Baby, mama tak bagi daddy panggil mama sayang.  Daddy nak merajuk lah.”Kazrina tertawa, Tengku Mikhail seolah-olah bercakap dengan anaknya pula.  “Nak mengadu lah tu.”

 
“Baby, jangan dengar cakap daddy.  Daddy tu sengaja nak usik mama.”selorohku sambil mengusap-usap perutku.  Seakan mengerti aku sedang berbicara dengannya, bayi dalam perutku bergerak sedikit.  Aku mengaduh, Tengku Mikhail memandangku kehairanan.

 
“Kenapa?”soalnya, aku tersenyum. 

 
“Baby, dia bergerak.  Macam faham apa yang Rina cakapkan kat dia.”aduku.

 
May I?”Tengku Mikhail meminta izin, ingin menyentuh perutku.  Aku mengangguk, Tengku Mikhail berhati-hati meletakkan tangannya diatas perut yang agak sedikit memboyot.  Tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya.  Kazrina kepelikkan, tergambar diwajahnya.

 
“Baby, dia bergerak-gerak.  Itu yang Khail senyum.”seperti mengerti apa yang Tengku Mikhail cuba katakan, Kazrina turut tersenyum lebar.  Lama mereka berdua begitu sehingga disapa oleh salah seorang pekerja dibutik itu.

 
“Akak dan abang dah pilih yang mana sesuai.”pertanyaan pekerja butik itu membuatkan Tengku Mikhail tersentak, Kazrina pula sudah malu.

 
“Dah..dah dik. Akak nak yang ini.  Boleh tolong bungkuskan.”Kazrina menyerahkan beberapa helai baju bayi kepada gadis itu. 

 
“Biar Khail bayar, Rina tunggu disini.”Tengku Mikhail mengekori langkah gadis itu menuju ke kaunter bayaran sementara Kazrina masih membelek beberapa baju yang tergantung didalam butik itu

 
“Jom, kita pergi makan.  Baby daddy mesti dah lapar kan?”ajak Tengku Mikhail sambil mengenggam kemas tangan Kazrina.  Takut sangat Kazrina lari.

 
Hampir empat jam mereka berada di KLCC.  Penat juga, tapi Kazrina gembira.  Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kebosanannya.  Yalah, dari hari isnin hingga jumaat dia hanya terperap dirumah.  Hendak keluar, Tengku Mikhail tidak benarkan.  Nak tak nak, kena tunggu Tengku Mikhail bawanya keluar, itu pun jika lelaki itu senang.  Kadang-kala Tengku Mikhail sibuk, hari biasa Tengku Mikhail akan pulang ke rumah selepas jam menginjak ke sepuluh malam.  Hari sabtu pula lelaki itu sibuk bermain golf dengan rakan seperniagaan ataupun klien-kliennya.  Ahad pun kira bernasib jika Tengku Mikhail ada dirumah, kalau tidak lelaki itu pasti ada temujanji diluar.  Bila masa Tengku Mikhail berehat pun dia tidak pasti.  Asyik kerja, kerja dan kerja sampai tak ada masa untuk dirinya sendiri.

 
“Rina tengok sejak dua menjak ni Khail sering pulang lewat.  Kenapa? Banyak sangat kerja ke?”soal Kazrina sambil menyuap makanan ke dalam mulut.  Pertanyaan Kazrina tidak dijawab, sebaliknya Tengku Mikhail hanya tersenyum, “Comotnya mama makan.” nasi yang tertinggal ditepi bibir Kazrina diambil lantas dimakannya.  Kazrina tertunduk malu, tidak sangka dia makan gelojoh sampai tercicir nasi dibibir.

 
“Ada projek baru masuk, itu yang sibuk sedikit.  Rezeki baby barangkali, sebab itu daddy kena kerja keras.”tutur Tengku Mikhail sambil merenung ke arah perut Kazrina. Seolah-olah seperti bercakap dengan anaknya sendiri.

 
“Khail, Rina..nak..cakap..sikit..boleh?” teragak-agak Kazrina berbicara, takut Tengku Mikhail terasa pula.

 
“Rina ni kenapa, cakap tergagap-gagap pula.  Apa yang Rina takutkan, Khail tak makan orang lah.’seloroh Tengku Mikhail bersama sengihan nakal.

 
“Mengapa Khail suka membahasakan diri Khail sebagai daddy sedangkan ini bukan anak Khail.”pertanyaan Kazrina menyentap sanubari Tengku Mikhail.  Dia tidak meyangka Kazrina mempersoalkan dirinya begini.  Salahkah dia mahu menggangap anak yang dikandung oleh Kazrina seperti anaknya sendiri.  Malah dia mahu sebaik sahaja  bayi ini dilahirkan, orang sekeliling menyangka ini anaknya dan bukannya anak Amar Amsyar.  Dia sendiri sudah merancang akan menikahi Kazrina selepas wanita itu habis pantang.   

 
Wajah muram Tengku Mikhail ditatap lembut, Kazrina serba-salah dibuatnya.  Mungkin pertanyaannya tadi menyingung perasaan lelaki itu. “Rina minta maaf Khail, Rina tak bermaksud nak buat Khail sedih.  Cuma Rina rasa diri ini tidak layak menerima layanan seperti ini dari Khail.”ada sendu dalam kata-kata itu.  Tengku Mikhail merenung tepat ke wajah Kazrina, cuba menyukir senyuman tapi terasa kelat pula.

 
“Khail mahu baby memanggil daddy sebab Khail mahu baby mengenali Khail sebagai daddynya.  Walaupun Khail bukan bapa kandungnya, tapi suatu hari nanti Khail berharap akan menjadi daddynya juga.”itulah harapan Tengku Mikhail, dia mahu menjadi daddy kepada bayi yang dikandung oleh Kazrina.

 
“Khai, Rina..”Kazrina mahu berkata sesuatu namun belum sempat dia menyambung kata, jari telunjuk Tengku Mikhail berada dibibirnya.  Kazrina terpana, Tengku Mikhail menggeleng kepalanya meminta agar Kazrina tidak meneruskan bicaranya.

 
Tengku Mikhail menarik kembali jari telunjuknya, senyuman manis dihadiahkan kepada wanita yang berada dihadapannya ini.”Khail ikhlas ingin mengambil Rina sebagai suri hidup Khail.  Sudikah Kazrina Atirah menerima Tengku Mikhail Khazi sebagai teman hidup.”lamaran sepontan Tengku Mikhail mengejutkan Kazrina.  Tengku Mikhail mengeluarkan kotak kecil dari kocek seluarnya lalu diletakkan diatas meja.

 
“Apa ni Khail?”soal Kazrina. Dia tahu apa isi kandungan kotak itu, tapi dia masih mahu bertanyakan pada Tengku Mikhail.

 
Kotak dibuka, terserlah cinta platinium bertakhta berlian berwarna kehijauan.  “Cantik!”ujar Kazrina dalam hatinya. Tengku Mikhail mengambil cincin tersebut, disuakan kepada Kazrina.

 
“Sudikah Rina menerima Khail sebagai suami dan juga daddy kepada bayi Rina ni.”sekali lagi lamaran dari Tengku Mikhail bersama cincin ditangannya.

 
“Khail..Rina tak layak untuk terima semua ini.”penolakkan Kazrina melukakan hati Tengku Mikhail.  Dia menyimpan kembali cincin itu dalam kotak.  Tengku Mikhail mengeluh, dia tewas untuk memenangi sekeping hati milik wanita bernama Kazrina Atirah.  Makanannya ditolak ke tepi, tangannya mengamit memanggil pelayan. “Waiter, bill please.”

 
“Rina dah sudah? Jom kita balik.”ajak Tengku Mikhail seperti tiada apa-apa yang berlaku. Wajah sayu Tengku Mikhail ditenung, “Benarkah lelaki ini bersungguh-sungguh mahukan dia.” telahnya dalam hati. 

 
“Khail, please listen to me first.”pujuk Kazrina lembut, tangan Tengku Mikhail atas meja digenggam lembut.  Tengku Mikhail menarik nafas, perlukah dia mengalah lagi. 

 
I’m listening.”suara mendatar Tengku Mikhail menusuk ke dalam hati Kazrina.

 
“Bukannya Rina menolak Khail, tapi Rina takut.”selar Kazrina.

 
Tengku Mikhail mengeluh, “Apa yang Rina takutkan.  Amar Amsyar?”tebak Tengku Mikhail.  Tadi semasa Kazrina menolak lamarannya, Tengku Mikhail fikir sebab utama pastilah Amar Amsyar.

 
Kazrina menggeleng, “Bukan sebab dia, tapi sebabkan diri Rina sendiri.”  Tengku Mikhail terpana.  “Apa yang dimaksudkan oleh wanita ini.”

 
“Rina sayang, Khail sudi menerima Rina seadanya.  Walau apa pun sejarah silam Rina, apa yang Khail mahu adalah Rina yang sekarang.  Kazrina Atirah yang ada dihadapan mata Khail sekarang ini.”tutur Tengku Mikhail lembut.  Wajah suram Kazrina dipandang tenang.

 
“Rina takut Khail, takut sejarah berulang kembali.”Tengku Mikhail tertawa kecil, kata-kata Kazrina tidak masuk dek akalnya. 

 
“Sekarang Khail nak tanya Rina sejujurnya, adakah Rina masih cintakan Am”Kazrina menunduk, tidak tahu apa yang harus dia katakan.  Reaksi Kazrina mengundang cemburu dihati Tengku Mikhail.

 
“Tipulah kalau Rina katakan tiada cinta untuk Am, ada itu tetap ada.  Namun semuanya  hilang sedikit demi sedikit demi anak yang Rina kandungkan.  Hati Rina hancur bila mengenangkan Am, bapa kandung yang sepatutnya melindungi dan menjaga bayi kami dan  bukannya Khail.”Kazrina menutup mukanya, esakkan halus kedengaran.  Tengku Mikhail bangkit, belakang tubuh Kazrina diusap perlahan. 

 
Orang ramai yang ada didalam restoran mula memerhatikan gelagat mereka berdua, Tengku Mikhail mengenangkat tangan. “Maaf, isteri saya agak sensitif sikit hari ini.  Pembawakan budak, maaf ya.” Kata-kata maaf dari Tengku Mikhail menyedarkan Kazrina dimana mereka berada kini.  Cepat-cepat dia mengesat airmata dengan belakang tangan.  Tengku Mikhail menarik kerusi, “Jom, kita balik.’ujarnya sambil mengeluarkan duit dari dompet dan meletakkan beberapa keping note RM50 diatas meja.  Bahu Kazrina dipeluk, mereka berjalan keluar dari restoran tanpa menoleh kebelakang.

                                                                                                                  
Sampai ditempat dimana Tengku Mikhail meletakkan keretanya, Kazrina menyelar pergelangan tangan Tengku Mikhail.  Langkah Tengku Mikhail terhenti, dia menoleh kebelakang ingin melihat wajah Kazrina.  Kening dijongket,”Kenapa?”

 
“Rina nak cakap sesuatu boleh?” Tengku Mikhail menyandarkan badannya ditepi kereta.  Kazrina pula menlepaskan lengan Tengku Mikhail bersama keluhan dibibir. 

 
“Beri masa untuk Rina memikirkan hal ini.  Apa yang Rina pinta adalah pengertian dari Khail, itu saja.”terukir senyuman dibibir Tengku Mikhail saat Kazrina menutur kata-kata itu.  Hatinya kembali berbunga riang, doanya pasti termakbul jua.

 
“Boleh, tapi dengan syarat Rina kena terima cincin ni.  Khail nak Rina pakai cincin ni supaya orang tahu Rina bakal menjadi milik Khail nanti.”pinta Tengku Mikhail, cincin dalam sakunya dikeluarkan semula.  Terserlah kilauan batu permatanya dimata Kazrina.

 
“Eh, kenapa pula.  Rina minta tangguh bukannya Rina cakap dah setuju.”selar Kazrina, Tengku Mikhail buat-buat tak dengar.  Dicapai tangan kanan Kazrina, lantas disarung cincin tu.  Kazrina terjerit kecil, terkejut dengan tindakan Tengku Mikhail.

 
“Khail tak kira. No matter what, you have to wear this ring. It’s shows, you’ll be mine and no one else.”tegas Tengku Mikhail, Kazrina memuncung tidak suka tapi dalam hati dah kembang setaman.  Cincin dijari ditenung,”Cantik!”pujinya dalam hati.

 
“Suka”tanya Tengku Mikhail, Kazrina diam malas hendak berkata apa.  Nanti dirinya juga dijadikan mangsa usikan Tengku Mikhail, bukannya dia tidak tahu Tengku Mikhail memang suka mengusiknya.

 
“Hemm..”tercetus juga dari mulut Kazrina.

 
“Itu aje, tak nak cakap apa-apa.”usik Tengku Mikhail lagi.  Kazrina menjeling, geram kerana masih dijadikan bahan usikan Tengku Mikhail.

 
“Habis tu Khail nak Rina cakap apa lagi.”bentak Kazrina.

 
Perhaps say you love me.”seloroh Tengku Mikhail lagi, Kazrina membuntang mata.  Malas hendak melayan Tengku Mikhail, dia pura-pura sibuk membelek baju yang dibelinya tadi.  Tengku Mikhail yang dari tadi menahan tawa, tercetus juga.  Kunci kereta dikeluarkan, alarm kereta ditekan.  Pintu Kazrina dibuka, “Come, let’s go home.  Baby pun dah penat.”ajak Tengku Mikhail, Kazrina mengangguk setuju.  Selepas Kazrina masuk dalam kereta, pintu ditutup Tengku Mikhail bersama senyuman yang masih terukir dibibirnya.  Suka dia melihat rajuk manja Kazrina, cincin jari Kazrina dikerling sekilas.  Sesuai benar dijari wanita itu, tidak sia-sia dia membelinya tadi ketika Kazrina leka memilih baju tadi.

 
Hari itu merupakan hari yang terindah buat Tengku Mikhail, tidak disangka Kazrina sudi menerima cincin pemberiannya.  Walaupun pada mulanya wanita itu agak keberatan, namun setelah dipaksa akhirnya cincin itu tersarung cantik ditangan Kazrina.  Semasa memandu, bibir Tengku Mikhail tidak henti-henti tersenyum.  Kazrina turut sama, tapi disembunyikan takut Tengku Mikhail perasaan akan senyuman itu.  Siapa sangka lelaki yang dahulunya kasanova dan sering bertukar-tukar teman wanita kini menjadi pencinta setia.  Cinta yang wujud tanpa Tengku Mikhail sedari telah mengubahnya sedikit demi sedikit menjadi lelaki yang bertangungjawab.




Amar Amsyar merengus, badannya dihempas kasar diatas katil.  Sejak pulang dari KLCC hatinya panas.  Kata-kata manis Julia tidak diendah lagi sampai merajuk kekasihnya.  Alih-alih mereka terus pulang, tak jadi hendak menonton wayang.  Julia marah-marah tapi tidak dipedulikannya.  Dalam hatinya lagi marah dan panas melihat Kazrina bersama Tengku Mikhail.  Dia tidak tahu apa yang berlaku keatas dirinya sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak.  Tidur malamnya pun terganggu, asyik termimpi-mimpikan bayangan Kazrina.  Bantal dibaling mengena meja solek, habis berderai barang-barang diatas meja itu.  Dibiarkan saja semua bantal terdampar dibawah sendangkan dia masih berada diatas katil.

 
“Kenapa..kenapa? aku nak Kazrina semula.  Aku nak dia kembali kepangkuanku.”jerit Amar Amsyar dalam biliknya.

 
“Kali ini aku akan pastikan Kazrina balik kepangkuanku.  Tak kira walaupun dengan apa cara sekalipun, aku akan pastikan dia jadi milikku semula.  Tengku Mikhail Khazi, kau takkan dapat dia.  Itu janjiku.”Amar Amsyar bangkit dari katil, ditarik kasar tuala dari almari sebelum melangkah masuk kamar mandi.  Telefon bimbit yang berdering dibiarkan saja.  Hati yang panas perlu disejukkan.


~Bersambung~

P/S: Terima kasih pada semua yang sudi melayari blog saya.  Cerita SPEED saya upkan sehingga bab 25.  Nak cuba hantar manuskrip pada syarikat penerbitan.  Harap-harap memenuhi kehendak mereka.  Doakan saya, sayang kalian semua. Muah..:)

Cinta LRT saya hentikan seketika, kekeringan idea.  Tak tahu nak buat macam mana sebab orang yang memberikan inspirasi kepada saya dah tinggalkan saya, waaa....waaa..  Terpaksa bertungkus lumus mencari idea baru.  Doakan saya juga ya.