Tuesday 14 May 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 30)

**Pengumuman penting...
Bab ini adalah bab terakhir untuk Novel SPEED.  Insyaallah, jika diizinkan Olehnya cerita ini bakal menemui semua dalam versi cetak.  Bila? oh, jangan ditanya.  Soalan yang tidak dapat saya jawab sepenuhnya.  Bergantung pada pihak penerbit jika mereka suka dengan hasil karya saya ini.
Terbaru, My Girl sudah pun saya muatkan sehingga bab 5 & 6.  Harap semua suka.
  

Bab 30

 
            “Cik Kartina, sila masuk bilik saya sekejap.”sapa Hakimi Lufti ketika tiba dimeja Kartina.  Perempuan itu sedang tekun menaip sesuatu memangku kepala sejenak.
 

            “Apa bos?”soal Kartina pula.
 

            “Masuk bilik saya.  Ada hal saya nak bincangkan dengan awak.”ulang Hakimi Lufti dengan suara yang sengaja ditegaskan.  Kartina mencapai pen dan buku nota sebelum mengekori belakang Hakimi Lufti.
 

            “Duduk.”pelawa Hakimi Lufti setelah pintu ditutup rapat.  Kartina melabuh duduk berhadapan lelaki itu. “Ada apa bos?” soal Kartina.
 

            Hakimi Lufti tidak menjawab, sebaliknya dia menghulurkan kotak kecil yang diseluk dari poket seluarnya kepada Kartina.
 

            “Apa ini bos?”Kartina pelik.  Hakimi Lufti siap tayang sengihan nakal, buat Kartina meluat.



            “Untuk awak, ambil lah.”Kartina teragak-agak mahu mengambilnya.  Namun huluran dari Hakimi Lufti memaksa agar dia mengambilnya.  Sebaik sahaja kotak itu dibuka, terserlah cincin bertahkta sebutir belian berwarna merah.


            ”Cantik”terluah sepatah perkataan itu dari bibir Kartina.


            “Saya tak boleh terima bos .  Hadiah ini terlalu mahal harganya dan saya tak pasti untuk apa.”kotak itu ditutup dan disua kepada Hakimi Lufti semula.  Lelaki itu hairan, ‘orang bagi hadiah pun tak nak terima. Pelik-pelik.

 
            “Kenapa Kartina, awak tak sudi?”pertanyaan Hakimi Lufti membuatkan jantung Kartina berdebar-debar. 

 
            “Saya tak layak bos, dunia kita berbeza.”jawab Kartina lembut.


            “Apa yang bezanya?”soal Hakimi Lufti pula.

 
            “Maksud saya..”


            “Maksud awak saya dari planet marikh dan awak dari bulan, gitu tu?”sampuk Hakimi Lufti.


            “Eh tak..tak..maksud saya taraf kita.  Encik bos saya dan saya pekerja encik.”balas Kartina dengan yakin.


            “Cik Kartina Amira.  Memanglah saya bos awak, dan awak adalah pekerja saya.  Tapi saya pun manusia biasa seperti awak juga.”cantas Hakimi Lufti.  Tawa yang disembunyikan tercetus juga.  Wajah kelat Kartina Amira direnung penuh minat.


            “Bos, saya rasa bos ni salah erti maksud saya.”

           
            “Apa dia Kartina, cuba awak explain, terangkan kepada saya.“Hakimi Lufti membidas kata-kata Kartina Amira.


            “Saya tak suka bos.”saat mendengar kata itu keluar dari bibir Kartina Amira, wajah keruh Hakimi Lufti menerpa. 


            “Oh, dia nak main tarik tali ya, suka tapi kata tak suka pula. Tak apa aku pun boleh join sama permainan ni.”fikir Hakimi Lufti dalam diam.
 

            “Siapa nak jadikan awak girlfriend saya.”helah Hakimi Lufti pula.
 

            “Habis tu?”soal Kartina polos.

 
            “Saya nak jadikan awak teman hidup saya.  Teman yang sudi menerima saya seadanya. Teman yang akan berada disamping saya hingga ke akhir hayat dan juga teman untuk menemani hari-hari saya yang indah.”tutur Hakimi Lufti.
 

            “Kalau setakat teman, sesiapa pun boleh kan bos? Tak semestinya saya.”balas Kartina.  Hakimi Lufti menahan geram kerana Kartina berpura-pura tidak megerti.

 
            “Kartina Amira..”tercengang Kartina bila Hakimi Lufti menyebut nama penuhnya.


            “Ya Encik Hakimi Lufti”jawab Kartina selamba.  Sekali lagi buat Hakimi Lufti bengang.


            “Kartina Amirah…awak ni tahu ke buat-buat tak tahu.  Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan. Betul tak?”marah Hakimi Lufti.


            “Mana ada bos, saya memang tak faham.”balas Kartina lagi, “Saya ni budak tak cukup umur sebab itu akal saya pendek bos.”Hakimi Lufti bangkit dari duduk.  Dia melangkah mendekati tempat dimana Kartina duduk.  Berderau darah Kartina apabila Hakimi Lufti berada betul-betul dihadapannya.  Lelaki itu memegang bahunya lantas menariknya agar berdiri dihadapan lelaki itu. 


            Air liur Kartina telan terasa pahit, renungan mata Hakimi Lufti memukaunya.  Kartina terpana saat Hakimi Lufti mendekatkan wajahnya.  Terasa hangat nafas Hakimi Lufti menyapa mukanya.


            “Err..err..bos..nak…bu..at..aa..”belum sempat Kartina habiskan ayatnya, Hakimi Lufti mengucup lembut dahi perempuan itu.  Kartina terpaku, terpana dan terkejut dengan tindakan drastik dari Hakimi Lufti itu.  Agak lama bibir Hakimi Lufti singgah disitu, barulah dilepaskan.  Wajah Kartina memerah menahan malu, tak sanggup dia hendak memandang wajah Hakimi Lufti kerana dia pun turut sama terbuai dalam keasyikan.


            “Maafkan saya, hanya inilah satu-satu caranya untuk saya buktikan yang saya benar-benar ikhlas.  Lain kali saya buat lebih daripada itu setelah awak halal disisi saya nanti”Hakimi Lufiti memohon maaf diatas keterlanjurannya. 
 

            “Saya..saya…”Kartina kehilangan kata-kata, tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi lagi bila berada dihadapan lelaki ini.  Memang benar dia sudah jatuh hati pada Hakimi Lufti, tapi untuk menyatakan secara terangan dia tidak mampu.  Tak tercapai dek akalnya, kerana dia tahu siapa dirinya.
 

            “Kartina, saya hanya ingin jawapan ya dari mulut awak.  Jika ya, saya akan hantar keluarga saya bertemu dengan keluarga Kartina.  Saya benar-benar serius dengan apa yang saya katakan.”tegas Hakimi Lufti.


            “Tapi bos, saya..baru saja kerja.  Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul.”jawab Kartina lemah.  Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya yang masih menyara 2 orang adiknya termasuk ibunya sendiri.
 

            “Kita sama-sama pikul tanggungjawab itu. Saya akan bantu Kartina, percayalah.  Ibu Kartina akan jadi ibu saya dan adik-adik awak juga akan jadi adik saya.”kata-kata Hakimi Lufti membuatkan Kartina terharu.
 

            “Bos, saya anak orang miskin.  Rumah pun sewa, itu belum lagi termasuk belanja sekolah, belanja keperluan rumah dan juga keperluan harian.  Semuanya dibawah tanggungjawab saya.  Walaupun Abang Mikhail ada membantu, tapi saya tetap mahu wang dari hasil titik peluh saya sendiri.  Dan saya harap bos faham situasi saya, kita sangat berbeza.  Bagai langit dengan bumi.”Hakimi Lufti meraih tangan Kartina, digengamnya erat seakan tidak mahu dilepaskan lagi. 


            “Saya tidak akan memaksa awak untuk memberikan jawapannya sekarang.  Apa yang awak perlu buat, fikirlah semasak-masaknya.  Dan ambil selama mana yang awak mahukan, saya akan tetap setia menanti dengan sabar.”selesai berkata, Hakimi Lufti menyarungkan cincin itu ke jari manis kanan Kartina.


            “Simpan, jika Tina masih sudi menerima saya.”ujar Hakimi Lufti tanpa sedar dia telah memanggil Kartina dengan panggilan ‘Tina’.


            “Bos, saya..saya..”alamak gagap lagi, apalah aku ni.


            “Tina, awak ni dari tadi bercakap gagap kenapa? Saya tak makan orang lah.”seloroh Hakimi Lufti.
 

            "Saya pun suka kat bos.”sebaik saja habis ayat itu, Kartina berlari keluar.  Hakimi Lufti terpana, namun selepas itu meletus tawa dibibirnya.  Suka dengan gelagat kalut Kartina tadi.


            “Alhamdulillah.”Hakimi Lufti menadah tangan bersyukur kerana Kartina sudi menerima dirinya.  Dia perlu lakukan sesuatu, dia perlu khabarkan berita ini pada Walid dan Ummi.


            Sementara itu diluar bilik Hakimi Lufti, Kartina asyik membelek cincin dijari manisnya.  Tindak tanduknya diperhati oleh Ain dari jauh.  Perempuan itu seperti dapat menangkap apa yang berlaku didalam bilik itu.  Dengan wajah ceria Kartina yang dari tadi asyik membelek cincin dijari manisnya membuatkan hatinya cemburu. 


            “Adakah bos baru mereka sedang hangat bercinta dengan Kartina? ”desis hati kecilnya.  Dihampiri perempuan itu,  diketuk meja Kartina.  Tersentak Kartina dibuatnya.


            “Hoi, dah tak ada kerja ke? Asyik mengelamun saja, tu cincin tu dari siapa?”soal Ain kasar.  Perasaan ingin tahu meluap-luap didadanya.  Kartina menjongket keningnya, tanda tidak suka.
 

            “Cik Ain, sila jaga urusan awak sendiri.  Saya tak suka.”jawab Kartina sopan.  Dia tak mahu berkasar walaupun Ain jelas-jelas menunjukkan sikap tidak puas hati dengannya.
 

            “Eleh, baru kerja tak sampai 3 bulan dah nak berlagak.  Aku dah kerja sini 3 tahun, tak berlagak pun.  Lain kali cermin sikit muka tu”dengan sombong Ain berkata. 
 

            Kartina merengus, malas hendak melayan karenah perempuan mental ni.  Dia ingin melangkah pergi, tetapi lengannya disambar Ain dari belakang.
 

            “Hei perempuan, aku belum habis cakap lagi.”Kartina mengaduh kesakitan.  Sakit apabila lengannya disambar begitu.  Kartina cuba meronta-ronta, namun semakin kuat pegangan tangan Ain dilengannya.
 

            “Ain!”laungan Hakimi Lufti membuatkan Ain tersentak.  Tangan Kartina dilepaskan.  Kartina mengosok-gosok lengannya yang sengal akibat pegangan kuat dari Ain.
 

            “Kenapa dengan awak ni Ain? Apa salah Kartina dekat awak.”soal Hakimi Lufti berwajah tegang.  Ain membantu, tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
 

            “Saya..saya..”tergagap-gagap Ain mencari jawapan.


            “Saya apa?”sergah Hakimi Lufti.  Kartina disebelah turut terkejut mendengar sergahan Hakimi Lufti.
 

            “Saya..saja-saja bercakap kosong dengan Kartina, Encik Hakimi.”balas Ain lambat-lambat.  Wajahnya ditunduk menatap lantai, takut hendak bertentang mata dengan Hakimi Lufti.


            “Saja-saja cakap kosong? Sampai main tarik-tarik tangan apa kes?”soal Hakimi Lufti sinis.   Kartina disebelah ditenung.  Kesian perempuan itu, masih menggosok-gosok lengannya yang sakit akibat tarikan itu tadi.
 

            “Tak adalah Encik Hakimi, kami bergurau saja.”jawab Ain takut-takut. Saat Kartina mengangkat wajah, Ain menghadiahkan jelingan tajam.  Kartina tertunduk semula.


            Hakimi Lufti menarik tangan Kartina, “Macam ni awak kata bergurau? Sampai merah-merah lengan Kartina awak buat.”pertanyaan Hakimi Lufti membuatkan Ain menelan liur.
 

            “Saya minta maaf Encik Hakimi, lain kali saya tak buat lagi.”pohon Ain.

 
            “Bukan minta maaf dengan saya.  Tapi dengan Kartina, sebab awak yang buat begitu dekat dia.  Bukannya saya.”bentak Hakimi Lufti.

 
            “Tapi Encik Hakimi..”


            “Tak ada tapi-tapi.  Awak kena minta maaf kat Kartina sekarang.”perintah Hakimi Lufti tegas. Ain terkulat-kulat bila dimarahi begitu.  Rasa malu kerana dihendik sebegitu dihadapan Kartina pula.


            “Saya minta..maaf Kartina.”ucap Ain dengan nada perlahan.
 

            “Apa? kuat sikit, saya tak dengar.”ujar Hakimi Lufti pura-pura tidak mendengar ucapan maaf itu.
 

            “Saya minta maaf Kartina.”dengan nada kuat Ain menyatakan kemaafannya.  Kartina mengangguk menerima kata maaf itu.  Hakimi Lufti masih tidak berpuas hati, namun pegangan tangan Kartina dilengannya mematikan niatnya.  Gelengan kepala Kartina mengisyaratkan agar Hakimi Lufti tidak memanjangkan perkara ini,  lelaki itu akur. 


            Sempat juga dia berbisik ditelingan Ain.”Don’t mess up with my fiancĂ©e to be. Kalau awak nak lama bekerja disini.”amaran keras dari Hakimi Lufti. Ain berlalu tanpa menoleh lagi, rasa malu dan terluka bersatu.  Dia malu apabila diperlakukan sebegitu dan dia juga terluka kerana dia turut menyimpan perasaan terhadap Hakimi Lufti.


            “Sayang, jom.”dengan selamba Hakimi Lufti menarik tangan Kartina Amira.  Kartina yang masih tercengang-cengang turut mengekori lelaki  itu tanpa disedari.  Genggaman erat tangan Hakimi Luft membuatkan hati Kartina tidak keruan.  Bermacam-macam bermain dimindanya.


            “Errr…bos, tangan saya.”tutur Kartina sambil mengangkat tangannya yang masih erat dalam genggaman Hakimi Lufti.


            “Kenapa pula dengan tangan awak?”soal Hakimi Lufti pura-pura bodoh. 


            “Tangan saya, bos masih pegang tangan saya.”ujar Kartina sambil mengangkat lagi tangannya.  Pelik bila Hakimi semakin mengeratkan lagi genggamannya.


            “Bos…”sengaja Kartina meninggikan suaranya.  Hakimi Lufti tetap buat bodoh.  Kartina ingin menyentap tangannya, namun sia-sia belaka apabila Hakimi Lufti tetap tidak mahu mengalah.  Agak lama mereka bertelingah tanda menyedari Dato’ Hakim ada dibelakang mereka berdua.
 

            “Ehmm…ehmm…”baik Hakimi Lufti mahupun Kartina Amirah, masing-masing tersentak.


            “Walid”


            “Dato’”


            Terlepas genggaman tangan mereka. Hakimi Lufti tersengih-sengih, manakala muka Kartina Amira sudah merona merah, malu. 


            “Kamu buat apa Hakimi Lufti?”soal Dato’ Hakim dalam nada tenang.  Tiada sinis mahupun sindiran.  Dalam hati Dato’ Hakim nak juga tergelak tengok muka keduanya yang kelat. 


            “Kimi…Kimi..” terketar-ketar suara Hakimi Lufti menjawab pertanyaan Dato’ Hakim.


            “Kimi apa?”sergah Dato’ Hakim.


            “Kimi nak kahwin Walid.”laju saja ayat itu keluar dari mulut Hakimi Lufti.  Kartina disebelah rasa nak pengsan. “Bos aku dah gila gamaknya.”
 

            “Kamu nak kahwin dengan siapa?”Dato’ Hakim masih bersoal jawab dengan Hakimi Lufti. 


            “Dengan dia.”jari telunjuk diarahkan kepada Kartina.  Perempuan itu terus pengsan.


            “Kartina..Kartina..bangun.”tamparan halus dipipi diiringi dengan suara Hakimi Lufti mengejutkan Kartina dari pengsan.  Laju saja Kartina bangkit dari baringan.


            “Saya kat mana ni?”soal Kartina yang masih blur.  Hakimi Lufti tersenyum lebar, hatinya tenang setelah melihat Kartina sedar dari pengsan.

 
            “Dalam bilik saya.”jawab Dato’ Hakim.  Kartina angkat muka, wajah Dato’ Hakim dihadapan dipandang serba-salah.

 
            “Dato’, saya minta maaf”

 
            “Dah, kenapa pula Kartina.”soal Dato’ Hakim.


            “Sebab..sebab..”belum sempat Kartina meneruskan kata, Hakimi Lufti sudah menjawab bagi pihaknya.


            ”Sebab dia dah jatuh hati pada Kimi, Walid.”Kartina tersentak, “Bila masa aku nak cakap ayat tu.  Bos aku ni memang dah mental.”desisnya dalam hati.


            “Betul ke Kartina?”kali ini Kartina menelan liur, kelat dan pahit rasanya. 


            “Tak Dato’..tak.., Bos saja nak bergurau.  Bila masa saya jatuh cinta kat bos.”jawapan Kartina mengundang keruh diwajah Hakimi Lufti. Lelaki itu terdiam, kata-kata dari Kartina Amira buat dia terfikir adakah dia bertepuk sebelah tangan.

 
            “Bos..bos..”Kartina perasaan Hakimi Lufti tidak berkata apa-apa.  Marahkah!


            “Walid, Kimi keluar dulu.”selepas berkata demikian, Hakimi Lufti melangkah pergi meninggalkan bilik Dato’ Hakim.  Kartina yang dari tadi disofa merasa bersalah, “Aku salah cakap ke?”

            “Bos, tunggu.”jeritan Kartina tidak diperdulikan lagi, hatinya sakit.  Kartina menolak cintanya dihadapan Walidnya, apa yang tinggal semuanya musnah. 

 
            “Dato’, bos kenapa?”soal Kartina pada Dato’ Hakim. 

 
            “Duduk dulu Kartina, ada sesuatu yang nak saya bincangkan dengan kamu.”Kartina duduk semula.  Kali ini wajah serius Dato’ Hakim mengundang resah dijiwanya.

 
            “Boleh uncle tahu dah berapa lama Kartina kenal dengan Hakimi.”pertanyaan Dato’ Hakim membuatkan Kartina gelisah.  Perlukah dia menceritakan insiden yang berlaku diantara dirinya dan Hakimi beberapa bulan yang lepas.


            “Kami dah pernah bertemu sebelum saya bekerja disini Dato’.”ujar Kartina takut-takut.  Dato’’ Hakim tersenyum senang.  Memang betul Hakimi cakap, dia mengenali perempuan ini sebelum bekerja disini.

 
            “Boleh kamu ceritakan macam mana kamu berjumpa.  Uncle nak sangat tahu, bukannya apa.  Sekadar bertukar-tukar cerita.  Hakimi ada juga beritahu uncle pasal kamu.”Kartina terkaku, penerangan dari Dato’ Hakim membuatkan dia tidak senang duduk. 

 
            “Jangan-jangan Hakimi ada cerita pasal dia cium aku. Oh tidak! Aku tak sanggup nak ingat lagi semua itu.”

 
            “Ceritalah Kartina, saya nak tahu sangat.”desak Dato’’ Hakim.  Kartina akhirnya menceritakan kepada Dato’ Hakim tentang pertemuanya pertamanya dengan Hakimi Lufti sehingga ke saat dimana Hakimi Lufti mencium pipinya dikhalayak ramai.  Dato’’ Hakim tertawa kecil, lucu bila mendengar cerita Kartina.

 
            “Saya memang malu Dato’, tapi nak buat macam mana. Perkara dah pun berlaku, saya pun dah maafkan dia.”tutur Kartina.

            “Eloklah tu, uncle pun setuju dengan kamu.  Cuma satu yang uncle minta, Kartina terimalah Hakimi.  Anak uncle tu memang susah nak jatuh cinta, tapi bila sekali dia jatuh cinta pada orang itu.  Selamanya dia akan simpan rasa hati itu.  Uncle kenal anak uncle, sebab itu uncle percaya kamu berdua memang berjodoh.”Kartina mengetap bibir, tidak tahu sama ada betul atau tidak keputusan yang akan dibuatnya nanti.  Dalam hatinya tersimpan rasa cinta dan sayang buat Hakimi Lufti, tapi dia pendamkan kerana status mereka berdua


            “Saya minta diri Dato’, masih ada kerja yang perlu saya bereskan.”Kartina meminta diri, dia ingin beredar dari bilik itu dengan segera.  Belum sempat dia memulas tombol pintu, Dato’ Hakim melaungkan namanya.


            “Jangan lupa beritahu keluarga awak, rombongan meminang akan datang ke rumah awak minggu hadapan.”Kartina terkedu, rombongan meminang?


            “Apa Dato’? Rombongan meminang. Siapa?”soal Kartina bodoh.  Dato’ Hakim mendekati Kartina.  Senyuman terukir dibibirnya.

 
            “Nak meminang awak untuk Hakimi Lufti lah.”sahut Dato’ Hakim.

 
            “Untuk saya, dengan bos?”Dato’ Hakim menangguk manakala Kartina pula terkaku.


            “Dah lama kami tunggu saat ini, saya harap awak tidak menolaknya.”besar sungguh harapan Dato’ Hakim padanya.  Kartina mengangguk perlahan, mengerti dengan kata-kata dari Dato’ Hakim.


            “Insyaallah Dato’, kalau ibu saya setuju.  Saya turuti dengan hati terbuka.”perlahan sahaja Kartina menyuarakannya.  Tersenyum lebar Dato’ Hakim, masih lagi ada harapan buat anaknya.

 
            “Saya pergi dulu Dato’.’sejurus berbicara Kartina beredar meninggalkan pejabat Dato’ Hakim.  Langkah kakinya pincang, lamaran dari keluarga Hakimi Lufti menyesak dadanya.  Petang itu satu kerja pun tidak dapat dia lakukan.  Fikirannya asyik merewang pada permintaan Dato’ Hakim. Hatinya resah, sama ada betul atau tidak dengan keputusan yang bakal dia ambil.  Akhirnya, apabila jam menginjak waktu 6 petang Kartina mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan beribu persoalan diminda.

~Bersambung~

My Girl - Bab 5 & Bab 6


Bab 5

            “Dah siap?”soal Tommy sebaik melihat kelibat Nyla diruang tamu.  Tersentak Nyla bila dikejutkan dengan pertanyaan itu.  Otaknya tidak dapat mencerna apa yang disoal oleh lelaki itu.

            “Siap apa encik?”Tommy merengus, geram bila Nyla bertanyakan soalan sebegitu.

            “Bersiap nak keluar lah.”tekannya lagi.

            “Kita nak kemana encik?”soal Nyla laju.  Tommy menjeling, wajah Nyla dipandang tepat sehingga gadis itu berasa tidak selesa.

            “Ke butik perkahwinan”jawab Tommy pendek.

            “Nak buat apa?”soal Nyla polos.

            “Nak cari baju nikah lah?”keras bunyi nada suara Tommy.

            “Siapa yang nak nikah?”Tommy rasa nak luku saje kepala gadis ni, boleh dia tanya siapa nak nikah.  Padahal 2 hari sebelum itu mereka sudah bersetuju untuk meneruskan rancangan ni.

            “Eh awak ni, karang saya smackdown baru tahu.”marah Tommy sambil menunjukkan aksi ala-ala WWF lagi..

            “Siapa yang encik nak smackdown, jangan mimpi okay.”jawab Nyla selamba tanpa mengetahui pertelingkahan mereka didengari Toh Puan Aini dibelakang.

            “Hish! Budak-budak bertuah ni, kalau tak bergaduh tak sah kan.  Aiden ni pun, selalu saja nak kenakan Nyla kesian Tok Wan tengok.”celah Tok Wan dari belakang. 

            Pertelingkahan diantara Aiden dengan Nyla menarik hati tuanya.  Kata pasangan kekasih, tapi hari-hari nak bergaduh.  Sampai sakit kepala dia memikirkan perangai budak berdua ni.  Sorang lagi bersaya awak, dan sorang lagi panggil encik.  Hish..hish…macam-macam karenah.

            “Mana ada Tok Wan.  Nyla ni, keras kepala sangat.  Geram Aiden dengan dia.”adu Aiden pada Tok Wan nya.

            “Nyla, kan Tok Wan dah cakap malam tadi.  Pagi ini Nyla dengan Aiden kena pergi butik cuba baju nikah.  Takut tailor tak sempat nak jahit.  Kamu dah lupa ke?”Nyla menepuk dahi, terlupa akan perkara yang satu itu.  Mana tidaknya, semalaman dia tidak tidur memikirkan rancangan gila Tommy yang mahu mereka bernikah dalam masa terdekat.  Alasannya ini semua untuk kebaikan Tok Wan.  Apa yang baik dia pun tidak tahu. 

                                                  

 

            Teringat kisah 2 hari lepas semasa dia dan Tommy duduk berdua-dua ditas buaian dihalaman rumah.

            “Saya akan nikahi awak, dengan syarat awak turuti semua kemahuan saya.”tutur Tommy tenang, padahal dalam hati dirinya masih keliru.

            “Kalau saya tak setuju?”Nyla cuba bermain tarik tali.  Niat ingin melepaskan diri, tapi tidak tahu sama ada Tommy mahu melepaskan dirinya atau tidak.

            “Sama ada awak setuju atau tidak, awak kena nikah juga dengan saya.  Ingat! Abang saya dah beli awak untuk saya.  Jadi dengan rasminya awak adalah milik saya. No argument, or not regret as you already been purchased by me.  And I’m your master from now on, remember that!”dengan nada tegas Tommy menuturkan kata. 

            Takut Nyla bila melihat wajah garang Tommy disebelahnya. 

            Gulp! Air liur ditelan terasa begitu pahit dan kelat.  Memang benar abangnya lelaki ini telah membelinya, dan ada benar juga dia kini telah menjadi hak milik lelaki ini tapi dia bukan barang dagangan yang boleh ditolak kesana kemari.  Dia manusia, yang ada hati dan perasaan bukannya binantang.  Ya! Allah, bantulah hambamu ini.

            “Baiklah, saya setuju.  Saya harap tak lupa akan janji awak pada saya nanti.  Apa saja kemahuan awak, akan saya turuti.  Awak berhak melakukan apa-apa saja terhadap diri saya selama mana khidmat saya masih diperlukan.”ucap Nyla tenang.  Setenang-tenang hatinya kini.

            “Good girl, now for the first step you should call me ‘abang’ and I shall call you sayang”Nyla hanya mengangguk, tidak mahu membantah lagi.  Lantak lah dengan apa yang hendak lelaki ini buat, dia hanya perlu menurutinya selagi tidak bercanggah dengan agama. 

            “Tak naklah encik, lagipun tak perlu kot.  Biarlah kita begini sehingga selesai semua urusan itu nanti.”bidas Nyla, padahal dia segan mahu memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘abang’.

            “Suka hati awak lah.  Yang penting kita nikah untuk sementara sehingga selesai urusan saya dengan Tok Wan.”tegas Tommy.

            “Kita nikah betul-betul atau main-main encik?”soal Nyla polos.  Takut juga bila memikirkan hal nikah ni.

            “Kita nikah betul-betul.  Kenapa? Ada masalah ke?”kali ini pertanyaan Tommy menakutkan Nyla.

            “Err..er…maksudnya saya kena jalankan tugas sebagai isteri betul lah encik?”terketar-ketar Nyla bertanyakan hal itu.  Tommy tersenyum nakal, ada sesuatu disitu.

            “Dah nikah, tentulah dah halal untuk awak jalankan tugas awak sebagai isteri saya.  Termasuklah…..mmmmm….”gumam Tommy ditelinga Nyla membuatkan bulu romanya menegak. 

            “Errr….errrr…sa…say.saya..”

            “Saya apa sayang, dah gagap pula bakal isteri saya ni.”air liur ditelan kelat, suara romantis Tommy ditelinga menyeramkan dirinya.

            “Sayang..sayang..”tangan Tommy digawang-gawangkan dihadapan wajah Nyla.  Tersentak gadis itu, hilang semua lamunannya itu.

            “Yea..yea..aaa.abang”tergagap-gagap Nyla menjawab panggilan itu.

            “Jauh berangan tadi.  Kemana? Taiwan, Korea atau pun Seoul?”soal Tommy sinis.  Nyla menjeling, lelaki ini suka sangat menyakitikan hatinya.

            “Masih kat kat Malaysia lagi.  Belum sempat kapal terbang berlepas, abang dah kacau.”jawapan Nyla mengundang tawa dihati Tommy.  Ada hati nak bergurau juga.

            Don’t ever think about that.  You’re mine remember?”seperti berbaur ugutan pula  bunyinya.  Nyla mencebik, kalau bukan kerana Vince yang telah membelinya.  Dah lama dia larikan diri dari sini.  Tapi memandangkan Tok Wan dan Mak Tijah baik padanya, terpaksalah dia turuti kemahuan lelaki ini.

            “Encik, baju warna krim ini sesuai untuk bakal isteri encik yang berkulit putih ni.”tutur jurujual yang ada dibutik itu.  Sepasang baju kebaya yang indah diletakkan diatas riba Nyla.  Terpaku sejenak gadis itu melihat pakaian pengantin itu.

            “Sayang pergilah cuba, abang tunggu disini.”arah Tommy.  Nyla akur lantas melangkah menuju ke bilik persalinan.  Setelah mencuba, Nyla keluar dari bilik persalinan dengan mengayakan baju itu dihadapan Tommy.  Terpanar lelaki itu melihat kecantikan Nyla, tidak sangka gadis itu memiliki tubuh yang langsing dan menawan.  Memang kena dengan potongan baju itu dibadan Nyla.

            “Cantik”terluah sepatah pujian dari bibir Tommy.  Nyla yang mendengar pujian itu tersipu malu.

            “Wah! baju ni memang sepadan dengan Cik.  Betulkan encik?”ujar jurujual itu yang turut sama memuji kecantikan Nyla.

            Tommy tidak berkutik, hanya memerhati dengan ekoran matanya.  Tubuh langsing Nyla direnung tajam, mata nakalnya tak sudah memandang ke bahagian dada.  Memang cantik! pujinya dalam hati.

            “Encik..encik..”sapa jurujual itu cuba mematikan lamunan pelanggannya itu.  Wajah Nyla sudah memerah, dia malu bila direnung sebegitu.

            “Ya..ya..sesuai dan cantik.  Saya pilih baju ini.”terus saja Tommy menyuarakan persetujuannya.  Nyla mengeluh, pilihan Tommy semuanya menakutkan dirinya.  Tahulah tubuhnya langsing dan slim.  Tapi tak bermakna dia suka memakai pakaian yang boleh menampakkan seluruh tubuh badannya.  Dia masih ada rasa malu dan harga diri yang menebal.

            “Err…err..awak! saya rasa tak selesa dengan baju ni.”akhirnya Nyla bersuara juga.

            “Apa yang tak sesuai?”jawab Tommy dengan mata masih merenung susuk tubuh Nyla yang memukau mata lelakinya.

            “Terlalu sendat dan ketat.  Saya tak suka.”komen Nyla buat Tommy terkejut.

            “Okay apa? Lagipun bukannya orang lain yang tengok, saya saja.”balas Tommy bersama sengihan nakal.

            “Masalahnya saya tak suka.  Boleh minta yang lebih selesa dan agak besar dari saiz ini.”pinta Nyla pada jurujual itu.

            “Tak perlu.”cantas Tommy laju.  Terbantut jurujual itu mahu melangkah pergi.

            “Awak? Please…”kali ini Nyla terpaksa merayu, demi melindungi tubuh badannya dari menjadi tontonan umum kelak.

            “Suka hatilah..”mengalah juga Tommy kala melihat wajah sayu Nyla dihadapannya.

            “Terima kasih sayang..”tanpa sedari, Nyla memanggil Tommy sayang.  Cepat-cepat dia menekup mulutnya, “Sorry”

            Tommy melarikan wajahnya dari pandangan Nyla, padahal dia ingin sangat ketawa melihat aksi spontan gadis itu.  Senyuman terukir dibibir tanpa dia sedari.  Nyla terpana, sempat dia melihat wajah lelaki itu tersenyum sebelum memalingkan wajahnya.

            “Manisnya senyuman dia, boleh cair aku dibuatnya.  Itu belum lagi dengan renungan mata coklatnya.”bisik Nyla dalam hati.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bab 6

            “Baru sampai?”soal Toh Puan Aini saat melihat kelibat kedua-duanya melangkah masuk.

            “Hmmm…penatlah Tok Wan.”Tommy melabuh duduk disofa berdekatan Tok Wan nya manakala Nyla berlalu ke ruang dapur.

            “Eh Nyla, nak kemana tu?”soal Toh Puan Aini pada bakal menantu cucunya.

            “Nyla nak ke dapur Tok Wan.  Nak bancuhkan air buat kita bertiga.”jawab Nyla sambil lalu.  Toh Puan Aini tersenyum, rajin betul gadis itu.  Memang sesuai  pun buat jadi isteri cucuku. 

            Tak lama kemudian Nyla keluar menatang dulung berisi cawan dan teko.  Ada sepiring kuih diisitu.  Dia meletakkan dulang berhati-hati lalu menuang air kedalam cawan.  Semuanya dilakukan tanpa merasa kekok.  Tommy pula dari tadi pejamkan mata, terus bangkit  apabila mendengar bunyi cawan dan piring.  Matanya tidak lepas memandang terus  gerak-geri Nyla menghidangkan minuman petang untuk mereka bertiga.

            “Jemput minum Tok Wan, abang.”ujar Nyla tanpa melihat wajah Tommy, malu barangkali bila terpaksa memanggil Tommy sebegitu dihadapan Tok Wan.

            “Nyla, mari sini duduk dekat Tok Wan.”tangan Toh Puan Aini menggamit agar Nyla menghampirinya.  Bila saja Nyla duduk disebelahnya, terus dia membelai rambut lurus milik Nyla.

            “Tok Wan ada sesuatu untuk Nyla.”bungkusan cantik dihulurkan kepada gadis itu.  Nyla teragak-agak mahu menggambil bungkusan itu, namun lirikan mata Tommy menghantar isyarat agar dia menerima bungkusan itu.

            Bungkusan bertukar tangan, Nyla membukanya dengan hati berdebar-debar. “Subahannallah! Cantiknya tudung ni Tok Wan.  Nyla baru ingat nak pakai.”senyuman terukir dibibir tua itu.  Sejuk hatinya bila Nyla mengakui mahu menutup auratnya kelak.

            “Syukur alhamdullilah, Tok Wan ingat Nyla tak suka.  Takut juga Nyla tersinggung dengan pemberian ini.”tutur Toh Puan Aini sambil matanya mengerling ke arah cucunya, Aiden.

            “Eh,mana ada Tok Wan.  Nyla suka sangat.  Inilah satu-satunya hadiah yang paling Nyla suka sekali.  Terima kasih Tok Wan.”ucap Nyla dengan wajah teruja.  Tommy dihadapannya mencebik.  Tak tahulah apa yang difikir oleh lelaki itu, lantak lah.

            “Untuk permulaan, Tok Wan pakaikan untuk Nyla.  Esok-esok, Nyla kena belajar pakai sendiri ya.”selendang berwarna krim dipakai dan dililitkan dikepala gadis itu.

            “Subahanaallah, cantiknya dia.”tercetus ayat itu dibibir Tommy.  Namun dapat juga didengari dek telinga Tok Wan.  Tersenyum-senyum Toh Puan Aini melihat kenakalan mata cucunya itu.

            “Aiden, tak baik tenung wajah bakal isteri lama-lama.  Simpan sikit untuk majlis nanti.”usik Toh Puan Aini.  Cepat-cepat Tommy melarikan pandangan matanya dari melihat wajah manis milik Nyla.

            Telefon bimbit Tommy bergetar, ada panggilan masuk.  Nama abangnya tertera diskrin, senyuman terukir dibibir.

            “Sekejap Tok Wan, Aiden nak jawab panggilan.”Nyla disebelah Tok Wan mula berasa tidak senang.

            “Awek dia telefon ke? masaklah aku kalau dah kahwin pun perangai dia macam ni.”detik hati Nyla.        

            “Hai Vince,mana kau menghilang? Seharian aku cuba menghubungi kau, pergi mana?”soal Tommy pada abangnya.  Terdengar gelak tawa vince ditalian.

            Miss me bro?”soal Vince ditalian.

            “Rindu? Aku? Oh, Please…Sekarang aku dah buat apa yang kau suruh buat.  Kau rasa Tok Wan tak akan syak apa-apa kan?”terlalu banyak soalan dala satu masa buat Vince pening.

            “Relaks lah bro, Tok Wan suruh kau cari bakal isteri.  So, kau dah pun bawa balik dia, sekarang yang tinggal hanya kau jalankan saja plan seperti yang kita rancangkan tempoh hari.”Tommy merengus, tutur kata Vince macam perkara itu senang bagi dirinya.  Tapi yang merana dirinya, terpaksa berlakon dihadapan Tok Wan demi orang yang dia kasihinya

            “Kau cakap senang, yang merananya aku.  Sekarang, by hook or cook you have to come here.  Now!”ugut Tommy pada Vince yang masih lagi enak mengertawakan dirinya ditalian.

            “Woi bro, kau ni asyik marah-marah kenapa. Period ke?”muka Tommy sudah memerah, geram bila rasa diri dipermainkan.

            “Vince, don’t talk much.  Just come here now, please..”kali ini Tommy terpaksa merayu demi masa depan dirinya.  Gelak dan tawa Vince masih rancak ditalian membuatkan Tommy begang.  Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang dibelakangnya.

            “In fact, I already here my dear brother.”suara Vince betul-betul berada dibelakang Tommy.

            “You..”marah Tommy lantas satu tepukan keras hinggap dibahu Vince.  Menyiga Vince menahan sakit akibat pukulan adiknya itu.

            “Sakitlah bro, kau ni makin besar.  Makin ganas tau, kalah abang nanti.”Tommy tayang muka tak bersalah.  Geramnya pada Vince masih berbaki.

            “Hai Tok Wan.”sapa Vince lantas tunduk mencium tangan Toh Puan Aini. 

            “Haa Vince, baru sampai?”tegur Toh Puan Aini ketika mereka bersalaman.  Walaupun Vince masih mengekalkan agama asalnya, namun itu tidak menjadi masalah buat Toh Puan Aini.  Bagi dirinya, Vince tetap cucu tirinya yang dia sayangi juga seperti dia menyanyangi Aiden.

            “Baru Tok Wan.”balas Vince lantas tubuhnya dibawa menuju sofa berdekatan.  Ingin duduk berehat melepaskan lelah setelah penat memandu jauh.
           

“Tidur sini ke?”kali ini Mak Tijah bertanya pula.

“Hmmm…tapi tak lama.  Maybe untuk 2 ke 3 hari aje Mak Ti.”balas Vince sambil memejamkan matanya.  Penat semalam belum habis, ditambah pula penat memandu ke sini pula.

            Tommy disebelah tidak dihiraukan.  Biarlah, lepas berehat barulah dia akan bincangkan perkara itu dengan adiknya.  Sekarang ini, dia hanya mahukan katil yang empuk dan ditemani mimpi bersama Slyvia.

             

            “Bro, kau kata nak tolong aku.  Tolong yang macam mana?”soal Tommy pada abangnya. 

            “Abang akan carikan seorang perempuan untuk kau jadikan isteri.”cadang Vince dengan wajah serius.  Tommy tersentak, “Carikan isteri untuk aku.  Gila apa abang aku ni?”

             “Bro, kau carilah jalan lain selain daripada ini.  Aku tak sanggup.”tukas Tommy.

            “Ini saja jalannya Tom.  Tok Wan tak akan serahkan hartanya kalau kau tak nak berkahwin.”gesa Vince lagi.

            “Kenapa aku bro, kau kan ada.”tempeliak Tommy.

            “Abang bukan cucu sebenar Tok Wan.  Kau tu sorang aje cucu dia, abang hanya cucu tiri.  Afterall, I’m not a muslim .  Unlike you my dear brother, you’re her heir.  Keturunan Toh Puan Aini, jadi kau yang harus galas tangungjawab ni.”jelas Vince panjang lebar. 

            “Aku tak nak bro, aku belum bersedia lagi.  Lagipun kat mana aku nak cari bakal isteri aku.  Bukannya mudah untuk aku lalui semua ini bro, you must help me.”rayu Tommy pada Vince.

            I’ll help you but in one condition.”akhirnya Vince menyuarakan keinginannya.

            “Apa syaratnya?”soal si adik yang lurus bendul.

            I want to 50% of the shareholder from the Satria Timur Holdings.”terbeliak mata Tommy dengan syarat abangnya itu.  Tak sangka abangnya tahu berapa jumlah kekayaan harta pusaka Toh Puan Aini.

            What? 50% bro, kat mana aku nak cekau.”

            “Itu kau akan perolehi selepas kau berkahwin nanti.”terkejut juga Tommy bila Vince memberitahu yang dia akan menjadi pewaris tunggal harta kepunyaan Toh Puan Aini.

            Mana kau tahu pasal ni bro?”memang terus-terang Tommy tidak tahu akan tentang semua ini.  Vince senyum senget, wajah cuak adiknya dipandang lama.

            My dear brother Thomas Aiden Anderson.  Kau seorang saja yang tak tahu menahu tentang hal ini.  Abang tak salahkan kau, sebab kau baru saja pulang ke sini.  Abang dah kerja dengan Tok Wan sejak grad lagi.  Setelah papa dan mama pergi meninggalkan kita berdua.  Abang terpaksa tinggalkan kuliah untuk membantu Tok Wan disini.  Sebab itu abang tahu segala-galanya tentang harta kepunyaan Toh Puan Aini yang tidak terhitung banyaknya.”luah Vince tanpa menyedari dia telah membuat datu kesilapan yang memakan dirinya sendiri.

            Tommy terdiam.  Kata-kata dari abangnya buat dia berfikir sejenak.  Begitu banyak kah harta kepunyaan Tok Wan sehingga aku dapat melihat ketamakkan dimata abangku sendiri.  Dimana nilai kasih dan sayangnya untuk Tok Wan yang sudah bersusah payah menjaganya ketika papa dan mama meninggalkan kami berdua.

            “Pasal perempuan yang nak dikahwinkan dengan kau.  Abang akan uruskan, asalkan kau setuju saja dengan cadangan abang.”putus Vince.  Tommy yang tidak tahu apa-apa hanya mengangguk setuju.

            Vince akan bertindak sebagai ‘mastermine’ dalam rancangan ini.  Yang penting adiknya Tom mengikuti saja arahan dan rancangannya.  Dia tidak boleh silap, dah terlalu banyak dia mengalah.  Kali ini dia berpeluang mengenakan semula Toh Puan Aini.   Sudah lama dia idam untuk menjadi CEO Satria Timur Holdings namun sia-sia belaka.  Percakapan Toh Puan Aini dengan peguam sebulan yang lalu menerpa dimindanya.

            “Saya akan serahkan semua syer-syer Satria Timur Holdings kepada cucu saya Aiden tertakluk dengan syarat yang telah saya tetapkan.”tegas suara Toh Puan Aini masih lagi tergiang-giang dicuping telinga Vince.  Sakit hatinya bila mendapat tahu Toh Puan Aini tidak memberi sedikit pun syer-syer tersebut kepadanya.  Walhal, selama adiknya berada di luar negara dialah yang menguruskan Satria Timur Holdings. 

            Kini setelah kembalinya Tom disini, Tok Wan sudah awal-awal lagi menyediakan surat wasiat ke atas nama adiknya itu.  Vince kecewa, penat lelah dia selama ini tidak dihargai oleh wanita tua itu.   “Aku akan pergunakan Tom untuk mencapai cita-cita aku, walaupun Tom adikku sendiri menjadi mangsa ketamakkanku.”janjinya pada diri sendiri.

~Bersambung~