Monday 14 October 2013

My Girl - Bab 11


Bab 11

          Tan Sri Aiyuddin termenung sendirian dibalkoni.  Fikirannya melayang mengenangkan dimana anaknya berada.  Sejak dia meninggalkan isterinya dan berkahwin dengan Puan Sri Suzanne dia tidak pernah sekali pun datang menjenguk anak-anaknya.  Bertanyakan khabar pun tidak.  Bukan salahnya, tetapi isteri pertamanya yang nekad keluar dari rumah itu setelah dia mengambil keputusan mengahwini isteri keduanya.

           Ruzita tidak rela dimadukan lantas mengambil keputusan membawa lari kedua-dua anaknya pergi dari rumah.  Sudah merata-rata Aiyuddin mencari tetapi tidak ditemuinya.  Dia masih sayangkan isteri pertamanya, tapi disebabkan desakan hidup dan juga pertolongan yang telah Dato Umar berikan kepadanya.  Menyebabkan dirinya terpaksa membalas budi lelaki itu dengan berkahwin dengan satu-satunya anak perempuan Dato Umar.

            Aiyuddin tidak pernah menceraikan isteri pertamanya, malah isterinya yang lari meninggalkannya bersama anak-anak yang dikasihi. Sudah puas dia mencari mereka tiga beranaknamun tidak bertemu sehingga ke hari ini.  Hatinya sedih, dimanakan Ruzita dan anaknya berada kini.  Hatinya pilu setiap kali mengenangkan keadaan yang mereka bertiga lalui tanpa dia disisi.

            “Abang?”tegur Puan Sri Suzanne lantas dilabuh duduk disisi suaminya. Tan Sri Aiyuddin merenung kosong wajah isterinya.

            “Su tahu abang rindukan mereka.  Tapi dah hampir 15 tahun mereka menghilang, satu khabar berita pun kita tak dapat.  Jangan-jangan mereka bertiga dah..”

            “Jangan Su, jangan sesekali su berfikir macam itu.  Abang percaya mereka masih hidup.  Kalau pun Ruzita sudah tidak ada lagi, tapi abang percaya anak-anak abang masih hidup.”cantas Tan Sri Aiyuddin.  Ada riak kemarahan disitu.

            Perlahan-lahan Puan Sri Suzanne mengusap-usap bahu suaminya. “Abang, Su tak bermaksud nak cakap macam tu.  Su cuma terfikir kalau-kalau..”

            “Kalau-kalau apa Su? Abang tak nak Su fikir yang bukan-bukan lagi.  Mereka tetap anak-anak abang.”terus sahaja Tan Sri Aiyuddin bangkit.  Api kemarahannya tidak dibendung lagi.  Isterinya seperti tidak memahami hatinya yang sedang dalam keresahan.

            “Abang, sabar dulu.”pergelangan tangan Tan Sri Aiyuddin diselar menahan suaminya dari melangkah.

              “Su minta maaf kalau kata-kata Su dah buat abang marah.  Bukan Amandat Su nak menambahkan kerisauan dihati abang, tapi Su nak abang berfikiran rasional.”

            “Maksud Su?”

            “Berbanyakkan berdoa kepadaNya.  Kalau pun bukan sekarang, mungkin satu hari nanti abang akan bertemu dengan anak-anak abang.  Allah itu Maha penyanyang, Dia beri kita ujian supaya kita perolehi kesenangan dikemudian hari.”ujar Puan Sri Suzanne lagi,

            “Dan Su percaya, masa itu abanglah orang yang paling bahagia sekali bila dapat bertemu dengan mereka.”

            Tan Sri Aiyuddin memeluk isterinya, “Terima kasih Su, terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang.  Abang bangga dapat isteri seperti Su yang memahami.  Kalaulah Ruzita juga seperti Su, sudah tentu kita semua dapat hidup bahagia dari dulu lagi.”

            “Su pun begitu bang.  Tapi Su sedih sangat bila kak Ruzita tak mahu menerima Su.  Apa salah Su bang? Su hanya ingin hidup bahagia walaupun terpaksa berkongsi kasih dengan dia.  Su rela sebab Su memang sayangkan abang dari dulu lagi.”rintih Puan Sri Suzanne.  Itulah yang dia rasakan dari dulu lagi.  Kemarahan Ruzita membuatkan suaminya kehilangan mereka bertiga. 

            “Pa..Ma..kenapa ni?soal Azrul setelah melihat kedua-dua orang tuanya sedang menangis dalam pelukan.

            Puan Sri mengelap airmatanya sambil melemparkan senyuman ke arah anak terunanya.  Tan Sri Aiyuddin pura-pura sibuk mencari suratkhabar diatas meja.

            “Tak ada apa Rul, mama dengan papa nak romantik sikit pun tak boleh.”

            “Romantik apa ma kalau duk menangis sambil berpelukan.  Ni mesti ada sesuatu.”curiga si anak membuatkan Puan Sri Suzanne mengeluh.

            “Tak sayang.  Mama dengan papa..”

            “Tengah rindukan kak Nyla dengan abang Aiman kan.”tebak si anak pula.  Tan Sri Aiyuddin terkedu manakala isterinya hanya menguntum senyuman.

            “Rul tahu mama dengan papa rindukan mereka berdua.  Tak mengapa, simpan dulu rindu tu karang bila dah jumpa boleh lepaskan.  Rul janji, Rul akan jejaki dimana kakak dan abang Rul berada.  Rul tak akan putus asa.  Demi kebahagiaan kita semua.”janji si anak.  Tan Sri Aiyuddin merangkul tubuh Azrul kedalam pelukannya.  Dia bangga kerana mempunyai anak yang memahami hatinya.  Azrul tidak pernah mengecewakan dirinya, baik dari segi pelajaran mahupun dalam pertuturan.  Semuanya dilakukan dengan tekun dan ikhlas.

           

            “Tan Sri, saya dah dapat maklumat tentang anak-anak Tan Sri.”ujar penyiasat yang diupah mencari kedua-dua anaknya itu.

            “Betul? Kala macam tu kita jumpa di cafĂ© tempat biasa.  Aku mahu kau berikan aku maklumat yang lengkap dimana mereka berada.”jawab Tan Sri Aiyuddin ceria.  Pagi-pagi lagi dia mendapat panggilan yang mengembirakan harinya.

            Don’t worry Tan Sri. Semuanya sudah lengkap. Saya tunggu Tan Sri dicafe dalam masa sejam lagi.”

            “Okay.”talian diputuskan.  Terus Tan Sri Aiyuddin menekan intercom dimejanya.

            Nancy, cancel all my appointment for today.  I got urgent matters to attend.”suara tegas Tan Sri Aiyuddin menyapa.  Nancy terkedu.

            But Tan Sri, you got appointment with Toh Puan Aini and his grandson today.”Nancy cuba mengingatkan majikannya tentang pertemuan itu.

            “Call them and send my regards.  Tell them I very sorry to cancel this appointment.  Try to fix another day coz I really in hurry today.”sebaik sahaja memberi arahan kepada PAnya, Tan Sri Aiyuddin bergegas keluar dari pejabatnya.  Nancy pula tidak berupaya menahan permergian bosnya itu.

            Apa yang penting sangat?gumam Nancy dalam hati.  Tangannya sibuk mendail nombor telefon pejabat Toh Puan Aini.  Selesai berbicara dengan setiausaha sulit Toh Puan Aini, Nancy menyibukkan dirinya dengan kerja. 

            Tommy merenung jauh, kata-kata abangnya menganggu fikirannya.  Satu kerja pun tidak dapat dilakukan olehnya.  Mindanya kerap berputar memikirkan persoalan itu.

            “Abang bukan tak nak tengok Tom bahagia.  Tapi biarlah dengan orang yang bersesuaian dengan taraf kita.”pujuk Vince apabila Tommy menyatakan hasratnya untuk terus bersama dengan Nyla.

            “Apa maksud abang Vince berkata begitu.”soal Tommy sinis.

            “Tom kan tahu Nyla itu gadis yang kita beli untuk mengabuli mata Tok Wan.  Jadi dia cuma alat untuk kita capai matlamat bukan untuk dibuat teman hidup.”kata-kata dan sangkahan Vince bermain difikirannya.  Tommy tersentak, bicara Vince seolah-olah menyatakan yang Nyla tidak layak merasai kebahagiaan.

            “Tak layak? Untuk abang Vince barangkali. Tapi tidak bagiku.  Nyla sebaik-baik perempuan yang pernah aku kenali.  Lagipun dia sudah menjadi isteriku hampir 3 bulan.  Aku tahu Nyla macam mana orangnya.  Dia jaga makan dan pakaiku tanpa disuruh.  Dia jalankan tangungjawabnya sebagai seorang isteri walaupun tidak sepenuhnya.  Apa lagi yang tak kena.”bidasnya dalam hati.  Namun kata-kata nista Vince tetap menjengah fikirannya.

            Pintu biliknya diketuk, muncul wajah manis Maisarah, setiausaha yang diambil untuk membantunya.

            “Encik Aiden ini dokumen yang memerlukan tandatangan encik.”file berisi dokumen diletakkan diatas meja.  Aiden hanya mengangguk tanpa memandang wajah setiausahanya.  Sebelum Maisarah meninggalkan dirinya sempat dia menitipkan pesanan.

            “Encik Aiden, temujanji dengan Tan Sri Aiyuddin telah dibatalkan.  Tapi Encik Aiden masih ada temujanji dengan Toh Puan dan Puan Nyla.”Aiden mengangkat wajahnya, lama diperhatikan wajah itu sebelum menguntum senyuman.  Maisarah terpanar, nasib baik bosnya sudah berpunya kalau tidak sudah lama dia mengoda lelaki ini.  Siapa tak nak, bola mata coklat kehijauan  Aiden memukaukan pandangannya, boleh buat tidur malamnya tidak lena.

            “Baiklah, terima kasih Maisarah.”setiausahanya mengangguk lantas meninggalkan bilik Aiden.

            Nasib baik Maisarah mengingatkan tentang temujanji itu, kalau tidak tentu Tok Wan mengamuk.  Mana tidaknya, sejak diberi jawatan CEO Aiden selalu sibuk sehingga lupa mahu meluangkan masa dengan Tok Wan nya.  Dengan Nyla apatah lagi, walaupun mereka sebilik namun kehidupan mereka masih seperti orang asing.  Sebilik, sekatil tapi masih juga ada jurang diantara mereka berdua.  Sampai bila lah dia dan Nyla harus melalui pernikahan ini tanpa raa ragu-ragu.  Dia tahu isterinya masih berpegang teguh pada syarat yang termaktub didalam surat perjanjian mereka.  Kali ini Tommy nekad kalau Nyla tidak mahu memulakan, biarlah dia saja yang memulakannya dulu. 

            Telefon bimbitnya berbunyi, nama Tok Wan terpapar diskrin.  Senyuman terukir dibibirnya.”Assalamualaikum Tok Wan.”

            “Err…waalaikumsalam.  Ini Nyla a..abang.”tergagap-gagap suara itu menjawab salam Tommy ditalian.  Tommy tersentap, terus berdiri dari kerusinya.

            “Nyla, Tok Wan mana?”soal Tommy terkejut.

            “Tok Wan ada disebelah ni.”jawab Nyla berbisik.  Tommy tersenyum, tahulah dia mengapa Nyla memanggil dirinya abang.  Rupa-rupanya Tok Wan ada disitu bersama isterinya.

            “Ada apa sayang telefon abang.”terus saja Tommy mengeluarkan ayat romantisnya.  Sengaja hendak menduga hati si isteri.

            “Errr…err..”sudah, isterinya gagap pula.  Ini mesti kes terkejut dengar suara romantisku.  Apalah isteriku ini, masih malu-malu lagi.

            “Sayang nak apa? cakaplah hmm..”sekali lagi Tommy bersuara romantis.  Nyla disana sudah terpaku, tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi lagi.  Telefon bimbit bertukar tangan, kali ini Toh Puan Aini pula.

            “Sudah..sudahlah nak beromantik Aiden.  Ini Tok Wan.”gulp! Tommy menelan liur.

            “Aaa…aa..Tok Wan.  Ingat siapa tadi?”

            “Kenapa? Ingatkan isteri kamu ke?  Dia kat sii dah jadi patung, habis merah wajah dia.”seloroh Toh Puan Aini bersama tawa halus.  Nyla disebelah dikerling sekilas.

            “Ada apa Tok Wan telefon.”terus saja Tommy bertanya.  Takut lama-lama dia pula yang terkena.  Toh Puan Aini tersenyum lebar, wajah Nyla dipandang lagi.

                        “Oo..pasal temujanji tengah hari karang.  Tok Wan tak ikut, kamu ajelah keluar dengan Nyla.  Kesian Tok Wan tengok, hari-hari terperap kat rumah.  Memandangkan pertemuan dengan Tan Sri Aiyuddin dibatalkan, apa kata kamu ambik cuti setengah hari. Temankan isteri kamu, bawa dia berjalan-jalan.”

            Tommy ditalian serasa hendak melompat.  Bagai pucuk dicita, ulam mendatang.   Memang Amandat dia macam tu, tak sangka pula Tok Wan bertindak terlebih dahulu.  Terima kasih Tok Wan.

            “Aiden tak kisah.  Lagipun kerja tak banyak hari ini.”mendengar saja persetujuan dari cucunya, Toh Puan Aini tersenyum.  Lega cucunya tidak membantah, rancangannya berhasil.

            “Kalau macam tu Tok Wan suruh Nyla bersiap.  Sekarang dah nak dekat jam 12, nanti terlambat pula kesana.  Tok Wan suruh Pak Talib hantar Nyla ke sana.”arahan Toh Puan Aini kedengaran ditelinga Tommy.  Dia hanya mengangguk walaupun menyedari Tok Wan tidak melihat gerak-gerinya, yang pasti Tok Wan tahu cucu menantuya juga tidak membantah.

            Talian dimatikan.  Toh Puan Aini tersenyum lagi kali ini pada Nyla, cucu menantunya. “Nyla pergi bersiap, kejap lagi Pak talib hantar ke pejabat Aiden.”arah Toh Puan Aini.

            “Tok Wan tak ikut sama ke?”soal Nyla.

            “Kan Tok Wan dah cakap tadi, Aiden pergi dengan Nyla aje.  Tok Wan tak larat nak berjalan, lagipun ini peluang Nyla keluar berjalan-jalan.  Dah lama Nyla terperap kat sini, kesian pula Tok Wan tengok.  Hah, jangan lupa beli pakaian untuk Nyla dan Aiman sekali.”pesan Toh Puan Aini lagi.

            “Tapi Tok Wan, Nyla tak ada duit.”jawab Nyla polos.  Dia memang tidak berduit, tak kerja mana ada pendapatan.  Toh Puan Aini tersenyum lagi, lurus benar cucu menantunya ini.

            “Aiden kan ada.  Dia bertangungjawab sepenuhnya terhadap Nyla.  Baik dari segi zahir dan juga batin.  Tok Wan percaya Aiden tak berkira nak berhabiskan duit untuk isterinya yang comel ni.” seloroh Toh Puan Aini lantas mencuit lembut hidung mancung Nyla.

            “Dah, pergi naik atas bersiap.  Karang terlambat pula.”Nyla mengangkat tubuh, sebelum beredar dia sempat mengucup pipi Toh Puan Aini.

            “Nyla pergi dulu Tok Wan.”dilarikan tubuh menaiki anak tangga menuju ke bilik yang dikongsi bersama Tommy.  Dalam hati sudah berbunga-bunga, pertama kali dapat keluar dari rumah besar ini membuatkan hatinya teruja.

 

            Jalan menuju kepejabat Tommy tidaklah sesak ketika ini.  Mungkin belum waktu makan tengah hari, biasanya jam 1 baru jalan mula sesak.  Sewaktu sampai dipejabat, Nyla disambut oleh Aishah si penyambut tetamu Syarikat kepunyaan Toh Pua Aini.

            “Assalamualaikum dan selamat tengah hari Puan.  Boleh saya bantu?”soalnya ramah.

             “Waalaikumsalam, saya Nyla.  Saya nak jumpa..”belum sempat Nyla meneruskan bicara, Tommy datang menyapa.

            “Sayang, dah lama sampai?’soalnya lalu menghulur tangan.  Nyla mengerti lantas menyambut serta mencium tangan suaminya.

            “Nyla baru sampai.”jawabnya sepatah namun pegangan tangannya tidak dilepaskan Tommy. Ada senyuman nakal terbit dibibir suaminya itu.

            “Shah, ini isteri saya Aiyatul Nyla.”Tommy memperkenalkan isterinya pada Aishah pekerjanya.

            “Oh, inilah Puan Nyla yang selalu encik Aiden cakapkan.  Baru hari ini kita dapat bersua.  Apa khabar Puan?”tangan mereka saling berjabat. 

            “Khabar baik Aishah.”sambut Nyla bersama senyuman.

            “Cantik isteri bos, sesuai dengan bos yang kacak.”puji Aishah pada Tommy.

            “Mestilah.”sahut Tommy lantas menarik Nyla agar mendekati dirinya.  Pingang isterinya dipeluk erat.  Wajah Nyla merona kemerahan menahan malu diperlakukan sebegitu dihadapan pekerja suaminya.

            Menyedari Nyla tidak selesa, Tommy meminta diri. “Okaylah Shah, saya pergi dulu.  Kalau Maisarah cari, beritahu dia saya dah keluar bersama isteri saya.”Tommy mengemaskan gengaman tangannya,  tidak sesekali dilepaskan tangan isterinya itu.

            “Jom sayang.”ajaknya. sempat juga Tommy melambai kepada pekerjanya.

            Tommy membawa Nyla ke Mid Valley Megamall.  Mereka menjamu selera di restoran Chili’s.  Nyla yang agak kekok pada mulanya dibantu Tommy.  Tommy memesan BBQ Beef Rib untuk Nyla manakala suaminya memesan Firecracker Fish Fillet untuk dirinya.  Lebih kurang setengah jam hidang tiba dimeja mereka.  Nyla terpaku, pinggan besar berisi steak daging bersama kentang goreng dan juga jagung bakar berada dihadapannya.  Dikalih melihat pinggan suaminya pula ada sekeping ikan disalut cili bersama sedikit sayur dan juga nasi.  Nyla menelan liur, boleh habis ke?

            “Kenapa?  Saya tengok muka awak macam terkejut aje?’tegur Tommy setelah melihat wajah kelat isterinya.

            “Kita nak makan kat sini ke?”soal Nyla berbisik.  Malu takut orang lain mendengarnya.

            “Yelah, habis tu awak nak makan apa? Nasi?”soal Tommy bersama senyuman.  Tahu isterinya hairan dengan menu ini.

            “Saya tak biasalah, lagipun perut ni tak boleh nak terima makanan lain selain dari nasi.”jawab Nyla.

            “Macam tu awak ambil saya punya.  Ada nasi, ada ikan dan ada sedikit sayur. Boleh?”cadang Tommy.  Nyla mengangguk tanda setuju.  Pinggan bertukar tempat, Nyla makan Firecracker Fish manakala Tommy makan BBQ Beef Rib kepunyaannya.

            “Sedap?”soal Tommy setelah melihat Nyla makan tanpa bersuara.

            “Boleh la..”jawab si isteri.  Nak cakap tak sedap nanti marah pula, iyakan saja.

            “Macam tak suka aje, tak sesuai dengan selera awak kan?”Nyla tersentak.  Suara suaminya seakan berjauh hati dengan penerimaan jawapannya.

            “Eh..bukan tak sedap.  Tapi tak kena dengan tekak saya ni.  Lain kali kita makan kat restoran biasa aje, boleh?”usul Nyla teragak-agak, takut Tommy tak setuju dengan cadangannya itu.

            “Saya minta maaf.  Dah terbiasa makan makanan barat.  Dah tentulah tak sesuai dengan awak.  Takpe, awak makan sikit.  Nanti saya habiskan untuk awak.”pujuk Tommy.  Lega hati Nyla apabila suaminya tidak memaksa.

            “Tak kisah ke makan sisa-sisa saya?”pertanyaan Nyla mengundang rasa hairan dihati Tommy.

            “Nak kisah apa, Nyla kan isteri saya.  Walaupun kita belum berkongsi sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita boleh mulakan dengan berkongsi makanan.  Tak gitu?”provok Tommy mahu melihat sejauh mana penerimaan Nyla terhadap dirinya.

            “Kalau macam tu, saya nak rasa sikit makanan tu boleh? Nampak macam sedap pula.”pinta Nyla lembut.

            “Boleh..boleh..silakan.  Abang lagi suka berkongsi makanan dengan sayang.”ujar Tommy tanpa menyedari dia turut membahasakan dirinya ‘abang’ dan Nyla ‘sayang’.  Disuakan sekeping hirisan daging itu ke mulut Nyla.  Teragak-agak Nyla mahu menerima suapan itu.

            “Makanlah, sedap.”Nyla menganga mulutnya, lantas tangan Tommy menyuakan sekeping hirisan daging kedalam mulut isterinya.  Lama Nyla mengunyah sebelum melemparkan senyuman.

            “Sedaplah bang.”puji Nyla tanpa menyedari Tommy sedang asyik memerhatikan tingkah isterinya itu.

            Selesai makan, Tommy sempat memesan dessert.  Molten Choclate Cake yang dihidang bersama aiskrim diatasnya.  Tidak terkata Nyla melihat kek coklat kecil yang dihidangkan bersama aiskrim vanilla diatas sebagai topping. 

            “Sedapnya..”Nyla memuji kesedapan kek coklat itu.  Tommy hanya tersenyum, tahu sangat dengan perangai orang perempuan yang suka makan kek coklat.

            Selesai menjamu selera, Tommy mengajak Nyla membeli-belah di Isetan.  Pertama kali menjejaki kaki disini saja Nyla sudah terpegun.  Apatah lagi melihat baju-baju yang tergantung didalamnya.  Sungguh cantik dan menawan, namun setelah melihat harganya Nyla tidak jadi memilih.  Mana tidaknya, sehelai baju ada yang mencecah lebih RM300 sehelai. 

            “Mak ai! mahalnya.”komennya dalam hati. 

            “Awak pilih lah yang mana berkenan.  Nanti saya yang bayarkan.”pelawa Tommy setelah melihat Nyla hanya terkaku disitu.

            “Err..tak apalah.  Lagipun pakaian kat sini tak sesuai dengan saya.”tolak Nyla jujur. 

            “Apa pula tak sesuai.  Nah! ambik dress labuh ni, pergi cuba. Abang tengok potongannya kena tak dengan tubuh awak.”arah Tommy sambil menghulurkan sehelai dress berwarna merah kepada Nyla.  Teragak-agak Nyla mahu mengambilnya.

            “Ambillah, pergi masuk fitting room.”sekali lagi disua baju itu kepada Nyla.  Sekaligus menolak agar tubuh itu masuk kedalam fitting room dihadapan mereka.  Tak lama didalam, Nyla keluar bersama dress tersarung indah ditubuh langsingnya.  Tommy terpaku, “Cantik!” pujinya dalam hati.

            “Saya rasa tak selesa lah..”tutur Nyla sambil cuba menarik-narik dress yang melekap ditubuhnya.

            “Apa pula tak selesa, abang tengok cantik aje Nyla pakai.  Sesuai dengan sayang.”puji Tommy sambil matanya tidak lepas memandang susuk tubuh milik isterinya itu.

            “Ketat sangat.”bisik Nyla ke telinga Tommy.  Suaminya tersenyum kelat, faham maksud si isteri dengan perkataan ketat.  Memang dress ini menampakkan susuk tubuh milik isterinya terutama dibahagia dada.  Amat menyerlah sekali sehingga buat dirinya menelan liur.

            Selesai membeli belah, Tommy mengajak Nyla ke bahagian pakaian remaja.  Amandatnya mahu membeli beberapa pakaian buat adik iparnya.  Ditarik kemeja t’ berwarna biru muda disuakan kepada isterinya.

            “Cantik tak?”soalnya.

            “Cantik.  Untuk siapa?”

            “Untuk siapa lagi, untuk Aiman lah.”ujar Tommy bersahaja.  Nyla terkejut, tidak percaya Tommy masih ingat akan adiknya yang satu itu.

            “Untuk Aiman?”soalnya tidak percaya.

            “Yalah sayang, untuk adik ipar abang yang bernama Aiman.  Puas hati?”jawab Tommy seraya membawa 2 helai kemeja t’  menuju ke kaunter bayaran.

            “Tak perlulah encik.  Ni pun dah banyak duit yang encik belanjakan untuk saya.”tutur Nyla seakan berbisik ditelinga Tommy.

            “Itu untuk sayang.  Ini untuk adik ipar abang.  Mana sama yang.”tukas Tommy.  Tidak mahu berbalah, Nyla hanya membiarkan sahaja Tommy berlalu menuju ke kanuter bayaran.

            “Jom.”ajak Tommy sambil mengenggam erat tangan Nyla.  Sejak mereka berjalan-jalan, tangan mereka tidak terlepas walaupun sekali.  Cantik saja tangan milik Nyla didalam gengaman Tommy.  Ada rasa bahagia terdetik dalam dirinya, terasa dirinya disayangi.  Cuma satu saja yang Tommy terkilan, isterinya masih tidak memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.  Dia ingin Nyla memanggilnya sebegitu, dia ingin sekali mendengar bibir comel itu menutur perkataan itu.  Payah betul, Nyla..Nyla..

~Bersambung~