Friday 10 January 2014

My Girl - Bab 14




Bab 14                       
            “Cantik rumah uncle?”puji Tommy sambil menyambut huluran salam Tan Sri Aiyuddin.  Nyla disebelah sudah terkaku saat terpandang wajah Tan Sri Aiyuddin.  Tommy yang perasan, sempat mencuit lengan isterinya itu.
            ”Kenapa sayang?”bisiknya ditelinga.  Tersentak Nyla, terus dia melemparkan senyuman.  Tidak mahu suaminya perasan dengan perubahan dirinya.  Tan Sri Aiyuddin mengerti, pasti anaknya sudah mengenali dirinya.
            “Dah datang rupanya tetamu kita, silalah masuk.”suara Puan Sri Suzzane menegur tetamu mereka dari arah belakang Tan Sri Aiyuddin memecah kesunyian.
            “Aunty, apa khabar?”Tommy menyapa sambil menghulurkan tangan.
           “Baik, allamdulillah.  Ini ke, isterinya Tommy.”dipandang wajah Nyla, ada riak sedih disitu.  Puan Sri Suzzanne cuba berlagak tenang.
            “Apa khabar? Siapa namanya ni. cantik orangnya.”seloroh Puan Sri Suzanne sambil memeluk Nyla.  Nyla pula seperti tersedar dari mimpi, terus dia menjarakkan sedikit pelukan itu.  Tidak selesa sebenarnya, tapi tidak berani membantah takut suaminya perasan mengapa.
            “Aunty tahu Nyla tak selesa.  Tapi Aunty harap Nyla mengerti, papa Nyla bersyukur sangat bila dapat tahu tentang Nyla.”bisik Puan Sri Suzanne ditelinga Nyla.  Sekali lagi Nyla terkaku.
            “Manis orangnya, siapa nama ni?”soal Puan Sri Suzzanne kepada Nyla, pura-pura tidak mengenali satu sama lain.
            “Err…Nyla Puan Sri.  Aiyatul Nyla.”jawab Nyla dalam suara bergetar.  Puan Sri Suzanne menguntum senyuman.
            “Panggil Aunty sudahlah .  Tak payah panggil Puan Sri, kita dah macam keluarga.”usul Puan Sri Suzanne.  Tan Sri Aiyuddin mengangguk setuju, Tommy disebelah pun turut sama.
            “Yealah sayang.  Aunty Su ni dah macam pangkat mak kat kita berdua.”sangkah Tommy tanpa rasa curiga.  Nyla disebelah sudah tidak keruan tidak pula dia perasankannya.
            “Saya minta diri, nak ke tandas sekejap. Boleh?”pinta Nyla, tidak betah berlama-lama disitu.  Takut airmatanya tumpah dihadapan semua disitu.
            “Hai sayang, kita baru saja sampai dah nak ke tandas.”soal Tommy tanpa mengetahui sebab Nyla mahu kesana.
            “Tak mengapalah Aiden.  Orang perempuan memang selalu macam tu.  Aunty pun sama juga.”sampuk Puan Sri Suzanne.
            “Mari, Aunty hantarkan.”ajak Puan Sri Suzanne.  Mulanya Nyla agak keberatan, tapi takut suaminya terkesan akan kepincangannya, terus dia mengikut Puan Sri Suzanne.  Sepanjang perjalanan baik Puan Sri Suzanne mahupun Nyla, masing-masing diam membisu.
            “Dah sampai pun.”langkah Nyla terhenti,  matanya memandang tepat ke wajah Puan Sri Suzanne.  Namun belum sempat dia berbuat apa-apa, Puan Sri Suzanne terlebih dulu menerpa memeluknya.
            “Maafkan mama sayang.”tersentak Nyla dengan panggilan itu.  Sejak bila pula Puan Sri Suzanne menjadi mamanya.  Setahu dia, Puan Sri Suzanne yang bertangungjawab diatas perpecahan keluarganya dulu.
            “Errr…Puan Sri…Aunty…saya..saya..”
            “Panggil mama sayang, panggil mama.  Dah lama mama tunggu saat ini.”rayu Puan Sri Suzanne lalu memeluk tubuh Nyla.  Sesak rasanya nafas Nyla diperlakukan sebegitu.
            “Maaf Puan Sri, mama saya dah lama meninggal.  Dan namanya Ruzita.”pelukan terlepas, Puan Sri Suzanne pula terpaku.  Rembesan airmata yang mengalir diseka.
            “Mama tahu.  Sebab itu mama rasa bersalah sangat dengan kamu.  Maafkan mama yang sayang.”rayu Puan Sri Suzanne lagi. 
            Nyla menggeleng, pelukan terlerai. “Tiada apa yang patut dimaafkan lagi.  Perkara dah lama berlaku.  Mama saya pun sudah pun meninggal dunia.  Apatah lagi papa yang kami sanjung dan sayang pula menghilangkan diri sejak Aiman berusia setahun.”pilu hati Puan Sri Suzanne mendengar rintihan Nyla.
            “Mama menyesal sayang.  Disebabkan mama, papa kamu abaikan kalian sekeluarga.  Maafkan kami, papa kamu terdesak.  Pilihan yang ada tidak menyebelahi dirinya, dan akhirnya papa kamu terpaksa membuat keputusan yang dia sendiri tidak pasti.”Nyla terdiam, penerangan dari Puan Sri Suzanne sedikit  sebanyak buat Nyla terfikir sejenak.  Apa sebenarnya yang berlaku?
            “Nyla sayang, pergi keringkan airmata tu.  Nanti apa pula kata Aiden.  Tentang kita, nanti kalau ada masa, mama teringin sangat nak jumpa Nyla lagi.  Mama percaya, selepas kita duduk berbincang semua masalah yang menjerut akan selesai juga.  Cuma mama harap Nyla bersabar dulu.”suara pujukan Puan Sri Suzanne sedikit sebanyak membuatkan Nyla termenung.  Lama juga mereka berkeadaan begitu sehinggalah kehadiran Tan Sri Aiyuddin menyedarkan mereka berdua.
            “Hai Puan Sri, lama lagi ke?  kami berdua dah lapar ni?”sapa Tan Sri Aiyuddin.
            “Err..dah siap pun.  Abang pergilah ke depan, kejap lagi Su minta Kak Tun siapkan hidangan.”cepat-cepat Puan Sri Suzanne menarik tangan Nyla agar mengekorinya ke dapur.  Tidak mahu suaminya melihat airmata yang tumpah diwajah mereka berdua.
            “Kalau macam tu saya tunggu kat luar.  Jangan lambat tau, kesian kat tetamu kita tu.”Puan Sri Suzanne mengangguk.
            “Sedap betul masakan ni, semuanya aunty yang masak ke?”soal Tommy memecah kesunyian.
            “Aunty masak biasa-biasa aje Aiden.  Tak ada apa pun yang istimewanya.”jawab Puan Sri Suzanne rendah diri.  Apa lah sangat special pun kalau hanya masakan kampung seperti ayam masak lemak cili api, ikan siakap tiga rasa dan sambal tumis udang.
             “Sedap lah tu.  Dah lama Aiden tak makan masakan ni, sejak balik dari luar negara.”Nyla disebelah dipandang, isteriya hanya menguis-guis makanan dipinggan.  Tidak seperti dirinya yang makan dengan penuh selera.
            “Kenapa sayang, tak sedap ke?”
            “Hah! tak..tak..sedap..”
            “Tak sedap?”
            “Bukan...maksud Nyla, sedap.  Cuma selera Nyla tak berapa hari ini.  Maaf yea uncle dan aunty.”dengan penuh sopan Nyla berkata, tidak mahu Tan Sri dan Puan Sri terasa dengan kata-katanya.
           “Ada isi kot, sebab itu tak lalu makan.”sampuk Puan Sri Suzanne pula.  Tommy dihadapannya direnung lama, “Maafkan Nyla abang.”ungkap Nyla dalam hati.
            “Belum ada rezeki lagi aunty,  insyaallah dah ada nanti kami hebahkan.  Lagipun Aiden belum puas lagi bermanja dengan Nyla.”kali ini wajah Nyla merona kemerahan.  Kata-kata suaminya buat dirinya malu.
            “Hish, kamu ni Aiden.  Apa salahnya ada anak awal-awal.  Tak semestinya hubungan kalian berdua terjejas, malah lebih erat adalah.”kali ini meja gamat dengan gelak tawa, hanya Nyla saja diam membisu.
            “Betul sayang tak kisah?”soal Tommy pada isterinya.
            “Kisah kan apa?”soalan Tommy dibalas dengan soalan pula.
            “Pasal anak lah sayang”Nyla tertunduk malu, soalan itu terlalu sensitif baginya.  Apatah lagi dibincangkan dihadapan orang yang amat dia kenali.  Papa dan juga ibu tirinya.
           “Aiden, sudah-sudah lah tu.  Apa kata kita habiskan dulu makanan, kesian kat Nyla.”putus Tan Sri Aiyuddin.  Tahu sangat bila melihat wajah anaknya yang serba salah.  Dia tahu Nyla masih marah padanya sebab itu anaknya itu tidak langsung memandang wajahnya sedari tadi. “Maafkan papa nak.”
            Selesai makan bersama, Tommy dibawa Tan Sri Aiyuddin ke ruang halaman rumah.  Disana dia ingin menantu rahsianya itu menceritakan sedikit sebanyak tentang anak gadisnya  itu.  Dia mahu tahu dimana dan bagaimana mereka berdua bertemu.
            “Saya dan Nyla bertemu secara kebetulan.  Mungkin dah jodoh, sebab itu kami dipertemukan.”tutur Tommy lembut, biarpun tidak diceritakan secara terperinci.  Takkan Tommy harus ceritakan perkara yang sebenarnya iaitu abangnya Vince yang telah membeli Nyla dari Chai, ketua kongsi gelap terkenal di KL ini.
            “Oh begitu, lepas itu apa yang terjadi?’soal Tan Sri Aiyuddin lagi.  Tommy tersenyum sumbing.  Kesungguhan Tan Sri Aiyuddin menanyakan tentang isterinya turut mencurigakan dirinya. 
            “Bila Tok Wan suruh Aiden cari jodoh, disitulah Aiden melamar Nyla.  Walaupun baru berkenalan, tapi hati Aiden kuat menyatakan dialah jodoh Aiden.  Dan kebetulan pula Nyla anak yatim piatu.”keterangan Tommy buat Tan Sri Aiyuddin tersentak. 
            “Nyla anak yatim?”soal Tan Sri Aiyuddin lagi, tidak percaya anak perempuanya mengakui dirinya anak yatim sedangkan dia masih hidup lagi.
            “Ya uncle.  Sebab itu kami dinikahkan berwalikan hakim.  Lagipun Aiden kesian dengan nasib yang menimpa Nyla dan adiknya.  Sudahlah mereka ditinggalkan dalam jagaan ibu saudaranya, tapi hidup mereka tidak seindah khabar dari rupa.  Saban hari Nyla dan Aiman diseksa oleh ibu saudaranya.  Nyla tidak dibenarkan meneruskan persekolahan, malah dia dikerahkan untuk bekerja untuk menampung kehidupan mereka bertiga.  Nasib baik Aiman masih boleh bersekolah, sekurang-kurangnya nasib Aiman masih terbela.  Dan disebabkan itu, Aiden ambil Nyla sebagai isteri Aiden.”panjang lebar bicara Tommy.  Itulah yang diceritakan oleh isterinya setelah didesak olehnya.  Kalau tidak dia sendiri tidak tahu asal usul kehidupan isterinya itu.
            Tan Sri Aiyuddin menggeleng-gelengkan kepalanya.  Rasa kesal tidak terkira takala mendengar cerita dari menantu rahsianya itu.  Dia sendiri tidak menyangka sekejam itu Ramlah perlakukan terhadap anak-anaknya.  Dia mahu membuat perhitungan dengan Ramlah. Ya, dia perlu bersua muka dengan Ramlah segera.
            “Uncle bersimpati dengan nasib isteri kamu.”
            “Err…uncle, kalau boleh jangan diungkitkan perkara ini dihadapan Nyla yea.  Saya takut lukanya kembali berdarah.  Kalau boleh saya dah tak mahu perkara ini diperkatakan lagi.”pinta Tommy.  Tan Sri Aiyuddin mengangguk, tapi dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranahnya pada Ramlah, sepupu isteri pertamanya.
            Sudah lama Tommy dan isterinya berada dirumah Tan Sri Aiyuddin, kini tiba masanya untuk mereka beransur pulang.  Perbualan mereka seperti sudah lama mengenali hati budi masing-masing, padahal inilah baru pertama kali dia bertemua sua dengan keluarga Tan Sri Aiyuddin.  Terasa seperti ada hubungan lama yang terputus bertemu kembali.
            “Terima kasih uncle sebab sudi jemput saya dan isteri kemari.”
            “Eh terima kasih apa pula.  memang dah hajat uncle nak kamu datang ke sini.  Sekurang-kurangnya dapatkan kita mengeratkan siratul rahim.  Yang lebih penting, uncle dapat habuan yang lebih besar lagi.”ujar Tan Sri Aiyuddin tanpa menyedari dirinya diperhatikan oleh Nyla.
            “Habuan? Habuan apa uncle?”soal Tommy laju.
            “Adalah…”sahut Tan Sri Aiyuddin seakan berahsia pula.
            “Yelah Aiden, aunty lagi suka.  Selalu lah datang kemari, Nyla pun.  Adalah juga teman aunty nanti.  Nak harapkan anak lelaki aunty sorang tu memang susahlah.”sampuk Puan Sri Suzanne pula.
            “Anak uncle? Mana dia? Aiden tak nampak pun dia dari tadi.”
            “Lupa pula uncle nak bagitahu, anka uncle si Azrul ada kat Melaka sekarang.  Dia belajar kat sana, minggu depan baru balik.  Insyaallah, kalau ada masa nanti uncle perkenalkan dia dengan kamu berdua.”tutur Tan Sri Aiyuddin.
            “Oh begitu,  nampaknya tak ada rezeki kami nak bertemu dengan dia.  Maybe next time.”ucap Tommy sambil melangkah menuju keretanya dihalaman rumah.  Mereka bersalaman sebelum berpisah.  Puan Sri Suzanne memeluk Nyla, sempat lagi dia menutur kata ditelinga gadis itu.
            “Jangan lupa telefon mama.  Ada banyak lagi perkara yang perlu kita bincangkan.  Mama harap Nyla tidak lupa.”Nyla mengangguk lemah.  Tidak betah berdiam sahaja, rasa hormat masih ada didalam dirinya.  Walau banyak mana kesalahan Puan Sri Suzanne, wanita itu berhak diberi peluang.
            “Insyaallah, Nyla tak janji.”akhirnya tercetus juga perkataan itu dari mulut Nyla.  Puan Sri Suzanne tersenyum senang.  Suka dengan sedikit perubahan yang ditonjolkan oleh anak tirinya itu. “Terima kasih sayang.”
            Sejak keluar dari perkarangan rumah Tan Sri Aiyuddin, Nyla hanya membisu.  Sekali-sekala kelingan Tommy disebelah, tidak diendahnya.  Kata-kata terakhir Puan Sri Suzanne banyak mempengaruhi mindanya. 
            “Salah siapa? Mama? Papa ataupun Puan Sri Suzanne? Ayat-ayat ini berulang-ulang dibenaknya.  Perlukah dia bersua muka semula dengan ibu tirinya itu? Apakah nanti penjelasan daripada ibu tirinya itu bisa mengembalikan semula kebahagianya yang telah lama hilang? Dapatkan dia memperjuangkan nasib adiknya nanti sedang Puan Sri Suzanne turut sama mempunyai zuriat.  Oh tidak, demi Aiman aku harus bertemu semula dengannya.  Dan demi masa depan Aiman kelak, aku harus pertahankannya.”otak ligat memikir tanpa menyedari kereta yang dipandu suaminya sudahpun masuk perkarangan rumah Tok Wan.
            “Ehmm..ehmm..dah sampai kemana tu? Ke bulan? Ke bintang?”sindir Tommy tanpa menyedari Nyla masih lagi mengelamun.
            “Puan Aiyatul Nyla, kita dah sampai.  Awak nak tidur dalam kereta ke?”kali ini siap dicuit bahu isterinya itu.  Apa lagi terkejut Nyla.
            “Oh pocot mak kau?”
            “Mak abang dah lama meninggal.  Tak baik tau Nyla sebut-sebut nama dia.”sayu suara Tommy membuatkan Nyla rasa bersalah.
            “Maafkan saya, tak sengaja.”
            “Tak mengapa, abang saja aje nak usik Nyla.  Dah, jom kita masuk.”ajak Tommy.  Sebenarnya tidak terkesan pun dihatinya bila Nyla menyebut tentang mamanya. Saja dia nak mengusik si isteri yang diam tidak bersuara sejak pulang dari rumah Tan Sri Aiyuddin. 
            “Baru sampai Aiden?”tegur Toh Puan Aini sebaik melihat kelibat cucunya.
            “Baru aje Tok Wan.”tangan tua Toh Puan Aini dikucup diikuti pula dengan Nyla.  Kedua-kedua belah pipi Tok Wan diciumi juga.
            “Tok Wan dah makan?”soal Nyla saat melabuh duduk disebelah Toh Puan Aini.
            “Dah, Tok Wan makan tadi.  Lagipun Tok Wan tahu kamu ke rumah Tan Sri Aiyuddin atas jemputannya.  Aiden ada beritahu Tok Wan semalam kan.”jawab Toh Puan Aini.
            “Tok Wan, abang.  Nyla masuk bilik dulu yea. Badan dah letih, ingat nak rehat kat dalam.”tutur Nyla sebelum melangkah meninggalkan suaminya bersama Tok Wan.
            “Pergilah cu, Tok Wan pun kejap lagi nak masuk bilik juga.  Aiden pun sama, pergilah masuk bilik.  Tentu kalian berdua penat kan.”Tommy mengangguk, lantas mengekori isterinya dari belakang.


~Bersambung~