Thursday 22 May 2014

My Girl - Bab 19 & 20

Bab 19
            “Termenung jauh nampak, rindukan seseorang ke?”tegur Puan Sri Suzanne sebaik melabuhkan duduk disisi Nyla.

                “Eh mama, buat Nyla terkejut.”
   
            “Tulah, ralit sangat temenung sampai mama disebelah pun tak sedar.”komen Puan Sri Suzanne.  Sejak sebulan berada dirumahnya, itulah rutin harian Nyla.  Asyik termenung dan temenung seharian.  Kadang-kadang terlepas juga keluahan kecil dari bibir anak tirinya itu.

            “Kalau dah rindu, apa kata telefon saja Aiden.”cadang Puan Sri Suzanne, telfon bimbit ditangan dihulurkan kepada Nyla.

                “Buat apa mama, entah-entah abang pun dah lupakan Nyla.”

          “Hish, mana Nyla tahu.  Tak baik tau tuduh yang bukan-bukan.”sangkah Puan Sri Suzanne.  Sebenarnya dia sudah lama tahu akan keadaan Aiden ketika berita kehilangan Nyla  tersebar daripada suaminya.

            “Mana mama tahu, mama ada teropong ajaib ke? boleh Nyla pinjam.”usik Nyla pula.

            “Kamu ni..mana ada.  Mama dah lama makan garam.  Dah nama pun orang tua, tentulah dah merasa apa yang Nyla rasakan sekarang ni.  Tak salah kalau sesekali kita yang mengalah demi rumahtangga kita juga.”tokok Puan Suzanne.  Nyla terdiam, agak sukar untuk dia membicarakan tentang keadaan rumahtangganya.  Siapa tak sayang suami, lebih-lebih lagi mereka berdua tidak lama lagi bakal menimang cahayamata sulong mereka berdua.  Bukti cinta kasihnya terhadap lelaki bernama Thomas Aiden Anderson.

            “Nyla jangan risau, mama mengerti perasaan Nyla.  Lambat atau cepat, apa yang berlaku akan berakhir juga suatu hari nanti.  Masa itu, nikmat kebahagiaan yang Allah berikan tidak ternilai harganya.”nasihat Puan Sri Suzanne sedikit sebanyak membantu Nyla menempuh masa sukarnya.

            “Sayang mama..”dipeluknya tubuh Puan Sri Suzanne.  Suka benar wanita itu, inilah doanya sejak dulu lagi.  Ada anak perempuan walaupun bukan darah dagingnya sendiri, cukup membuatkan dirinya bahagia.

            “Mama pun sayangkan Nyla dan Aiman.  Ingat! kasih sayang mama tak pernah kurang buat kalian berdua.”Nyla tersenyum lebar, ibu tirinya memang baik orangnya.  Sayang ibunya sendiri tidak mahu menerima wanita sebaik Puan Sri Suzanne dalam hidup mereka dulu.  Kalau lah dulu ibu bernaik-baik dengan mama, dah tentu hidup mereka aman dan damai.  Papa pun tentu gembira melihat keluarga besarnya bersatu.

            “Ma..”

            “Ada apa sayang.”rambut panjang Nyla diulus lembut.

            “Nyla nak keluar kejap boleh?”

            “Sayang nak kemana?”soal Puan Sri Suzanne.

            “Nak jenguk abang.  Kejap pun jadilah.”pinta Nyla lembut.

            “Nak mama temankan?”Nyla menggelang.

            “Nyla boleh pergi sendiri.  Mama jangan risau, Nyla pergi kejap aje.”Puan Sri Suzanne mengangguk seakan memberi kebenaran buat anaknya keluar.

            “Hati-hati, balik cepat tau.”pesan Puan Sri Suzanne sambil menyerahkan kunci kereta BMWnya.  Nyla menolak lembut.

            “Nyla tak pandai drive.”

            “Habis tu nak pergi dengan apa?”soal Puan Sri Suzanne pula.

            “Nyla naik teksi aje. Bolehkan?.”Puan Sri Suzanne terdiam sejenak.  Lama juga sehingga Nyla takut mamanya berubah fikiran pula.

            “Baiklah, mama call teksi.  Nyla cepat pergi bersiap.”perintah Puan Sri Suzanne sebelum meninggalkan bilik Nyla.

            Dari jauh Nyla memerhatikan gerak-geri suaminya yang baru sahaja keluar dari bangunan pejabatnya.  Lelaki itu tampak keletihan, mungkin seharian bekerja.  Tubuh suaminya agak kurus dibandingkan mula-mula sebelum dia meninggalkan rumah mereka.  Keadaan suaminya juga tidak terurus, janggut meliar tumbuh diwajahnya.  Misai juga kelihatan tidak kemas.  Rambutnya pula agak panjang.

            “Kesian abang.  Tentu dia susah hati sebab dah lebih 2 bulan aku menghilangkan diri.”ungkapnya dalam diam.  Lama juga dia duduk disudut meja café yang berdekatan dengan pintu masuk bangunan pejabat gara-gara hendak melihat keadaan suaminya. 

            “Boleh aku duduk?”sapa satu suara dihadapannya.  Akibat ralit memerhatikan suaminya, Nyla terlupa ada mata yang juga turut sama memerhatikan dirinya.  Nyla mengeluh, baru hendak bernafas, muncul lelaki ini disini.

            “Kau nak apa?”soal Nyla kasar.  Dengan lelaki ini perlu berkasar, kalau cakap baik-baik tak guna.  Vince tidak menjawab, sebaliknya dia menarik kerusi lalu melabuh duduk dihadapan Nyla.

            “Lama juga kau menghilang.  Aku ingat dah jauh kau lari, rupa-rupanya masih ada disini.”sindir Vince.

            “Huh! Apa kau peduli?”pertanyaan Nyla menaikkan kemarahan Vince.  Merah muka Vince menahan amarah.  Meja ditepuk kuat, terkejut Nyla.

            “Aku peduli sebab kau masih ada disini.  Aku peduli sebab kau ancaman bagi aku.  Aku peduli sebab rancangan aku tak berjaya.  Dan lebih peduli lagi bila dapat tahu kau masih ada disini.”meluap-luap kemarahan Vince pada gadis ini.  Sewaktu dia berlegar-legar dibangunan ini dia terlihat kelibat Nyla. 

            Nyla ketakutan.  Bayangan kejadian 2 bulan lalu menerpa diruang matanya.  Nasib baik mereka dikhalayak ramai, kalau tidak tentu nasib tidak berpihak kepadanya.  Bila-bila masa sahaja Vince akan berbuat tidak senonoh terhadap dirinya.  Perutnya diusap perlahan, takut Vince perasaan akan perubahan dirinya.  Namun lelaki seperti Vince memang bijak, dia tahu bila seorang perempuan mengusap perutnya dalam keadaan gelisah sudah tentu ada udang disebalik batu.

            “Kau mengandung eh?”soal Vince curiga. Nyla terkedu, tidak mengangguk mahupun menggeleng.

           “Hey perempuan, aku tanya ni. Kau mengandung ke?”sekali lagi pertanyaan itu dilemparkan bersama ketukan dimeja.  Terkejut Nyla.  Tidak mahu berbalah, terus dia mengangguk kepalanya.

            “Patutlah kau datang kemari.  Nak jumpa dengan laki kau yea.  Nak bagitau yang kau dah mengandungkan anak dia, begitu?”sinis pertanyaan Vince menerjah cuping telinga Nyla.  Tanpa disedari airmatanya menitis laju membasahi pipinya.

            “Wei perempuan, aku nak kau blah.  Jangan sesekali kau dantang kesini lagi.  Aku tak nak tengok muka kau.  Kalau aku dapat tahu yang kau datang bertemu dengan Tom, siap kau.  Kau dan anak kau, aku hapuskan.  Ingat!”ugut Vince sebelum berlalu meninggalkan Nyla terpaku dimeja bersama linangan airmata.  Ugutan Vince menambahkan lagi luka dihatinya.

            “Sayang, maafkan mama.  Kita tak mungkin dapat bertemu dengan papa.  Keselamatan baby lebih penting, demi kebahagiaan kita bersama.”rintih Nyla dalam diam.  Disapu sisa-sisa airmatanya sebelum pergi meninggalkan café itu.  Tanpa mengedari ada mata yang memerhatikan gerak-gerinya.

            “Kau ingat aku akan lepaskan kau.  Kau silap perempuan, aku akan pastikan kau dan anak kau terhapus dimuka bumi ini.  Selagi impian dan hasrat aku tidak tercapai, selagi itu hidup kamu bertiga tidak akan tenang.”itu janji Vince.  Dia akan buat adiknya merana sehinggalah dia puashati dengan keadaan yang menimpa keluarga Toh Puan Aini.

----------------------------------------

Bab 20
            “Bodoh! Aku suruh kau langgar dia, yang kau mengelak kenapa?”marah Vince kepada orang suruhannya.  Baru tadi dia mendapat panggilan dari Daim menyatakan dia tidak dapat melakukan kerja itu.

            “Tak sampai hati bos, perempuan tu mengandung.  Saya tak nak tangung dosa membunuh 2 orang sekaligus.”celah pembantu Daim pula.

            “Korang berdua ni memang bodoh.  Aku bayar korang suruh bunuh dia, bukan suruh lepaskan dia.”geram punya pasal, Vince menumbuk muka kedua-dua orang suruhannya itu.  Terduduk mereka disitu dek penangan Vince.

            “Sekarang korang cakap dekat aku yang korang nak buat atau tidak kerja yang aku suruh ni.  Kalau tak, korang boleh blah.  Masih ramai lagi yang mahu bekerja dengan aku.”dengan nada kasar Vince memarahi kedua-dua pembantunya itu.

            “Maaf bos, kami tak sanggup.”selesai berkata, kedua-dua orang suruhan Vince beredar. Vince menyepak pasu bunga dihadapannya, berkecai.  Kesakitan dikaki dibiarkan saja, hatinya lebih sakit lagi.  Sejak terserempak dengan Nyla disebuah pasaraya tempoh hari, hati Vince tidak keruan.  Apatah lagi setelah mengetahui yang Nyla kini sudah berbadan dua, makin dia geram.  Takut suatu hari nanti Nyla akan pulang demi menuntut keadilan untuk anaknya itu.  Dan sudah pasti dia yang bakal gigit jari bila Tok Wan dan adiknya tahu akan keadaan sebenarnya.

            “Ah..kali ini biar aku saja yang bunuh perempuan tu.  Nak harapkan orang lain, memang tak jadi satu apa pun.”ujarnya kegeraman.  Sejak bertemu dengan Nyla dicafe tempoh hari, hatinya kuat mengatakan yang gadis itu pasti mencari adiknya lagi.  “Kau ni memang tak serik-serik.  Selama ini kau fikir ugutan aku tidak mendatangkan kesan rterhadap kau yea.  Sekarang aku tak akan ugut lagi, tapi aku akan terus saja bertindak.  Selagi kau ada disini, selagi itulah aku tak tenang.”rungutnya.

            “Kau tunggu perempuan, nyawa kau tidak bernilai dimataku.  Jadi, jangan salahkan aku jika kau turut sama terbunuh semata-mata untuk aku jayakan misi aku.”Vince ketawa sambil menghembus kasar asap rokok dalam biliknya.  Sejak Nyla tinggalkan rumah itu, hatinya tidak senang.  Sebab adiknya masih tidak menderita, sebaliknya Tommy lihat tenang saja menghadapi situasi itu.  Itu yang membuatkan dia marah.  Vince fikir bila Nyla hilang, Tommy akan hilang arah serta tidak fokus dengan kerjanya.  Tatapi dia tersilap, adiknya itu tetap teguh walaupun tanpa Nyla disisi.




Dihospital Prince Court, KL…

            “Mama..”Puan Sri Suzanne bangkit lantas menerpa ke arah Nyla. 

            “Yea sayang, mama ada disini.  Nyla macam mana?”soal Puan Sri Suzanne.  Tangannya mengusap dahi dan rambut si anak.

            “Rasa sakit kat sini.”rujuk Nyla ke aras bawa perutnya.  Diraba perlahan perutnya, ada kesan benjolan disitu.  Bermakna anaknya selamat.

            “Jangan risau, baby Nyla sihat.   Cuma doktor cakap keadaan Nyla yang agak lemah sedikit.”terang Puan Sri Suzanne setelah melihat Nyla seakan-akan ingin bertanyakan tentang kandungannya.

            “Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.  Kau masih sayangkan aku dan juga kandungan ini.”Nyla menadah mengucap kesyukuran.

            “Jangan risau Nyla, insyaallah baby ini pun kuat macam mama dia juga.”Nyla tersenyum lebar sebaik mendengar kata-kata mamanya itu.   Sedang Nyla dan Puan Sri Suzanne berbual-bual, muncul Tan Sri Aiyuddin di muka pintu wad.

            “Papa..”Tan Sri Aiyuddin mendekati anaknya.  Dahi si anak dikucup lembut.

            “Nyla okay?”soal Tan Sri Aiyuddin cemas.

            “Alhamdulillah, Nyla okay.  Tak ada apa-apa yang serius.  Papa dari mana?”Nyla kerling disebelah, papanya membimbit beg briefcase.  Tentu papanya dari pejabat.

            “Dari ofis, mama telefon terus papa datang ke sini.  Nyla buat papa risau sampai meeting tadi pun papa batalkan tadi.”tutur Tan Sri Aiyuddin lembut.

            “Nyla okay papa, don’t worry.”jawab Nyla sambil memegang tangan kanan papanya, tidak mahu papanya risau akan keadaan dirinya.  Pandai-pandailah dia menjaga diri dan kandungannya.

            “Nyla tahu tak siapa yang cuba nak langgar Nyla.”pertanyaan Tan Sri Aiyuddin dijawab dengan gelengan kepala. 

            “Patutlah hati papa tak keruan hari ini.  Macam tahu-tahu aje ada sesuatu nak berlaku dekat anak papa.  Lain kali kalau nak keluar, biar berteman.”pesan Tan Sri Aiyuddin.

            “Papa ni paranoid lah..Nyla okay aje.”Puan Sri Suzanne disebelah dikerling sekilas, cuba meraih simpati.

            “Yelah bang, anak abang ni kuat.  Baby dia pun kuat macam mama dia.”komen Puan Sri Suzanne dijawab dengan keluhan.

            “No, kali ini Nyla kena dengar cakap papa.”bantah Tan Sri Aiyuddin.

            “Abang, janganlah macam tu, kesian Nyla.”tegur Puan Sru Suzanne lembut.

            “Abang risaukan keselamatan Nyla dan anak yang dikandungnya.  Sebab itu abang cemas sangat bila dapat tahu Nyla kemalangan.”terang Tan Sri Aiyuddin.  Petang semalam dia sempat bertemu dengan menantu rahsianya itu.  Tommy menceritakan tentang kehilangan Nyla ada kaitan dengan abangnya Vince.  Tommy syak abangnya telah melakukan sesuatu buruk terhadap Nyla sehingga isterinya melarikan diri dari rumahnya.

            “Papa akan hantar Nyla keluar Negara sehingga keadaan disini reda.”putus Tan Sri Aiyuddin.  Baik Nyla mahupun Puan Sri Suzanne, kedua-duanya tersentak dengan keputusan Tan Sri Aiyuddin.

            “Tapi kenapa bang?”soal Puan Sri Suzanne.

            “Yelah papa, kenapa Nyla perlu ke sana?.”bantah Nyla pula.

            “Papa buat semua ni demi Nyla dan juga anak yang Nyla kandungkan.”tukas Tan Sri Aiyuddin, masih hendak merahsiakan hal yang sebenar dari anaknya itu.

            “Tapi papa..”Nyla cuba membantah.

            “Tak ada tapi-tapi.  Papa dah uruskan semuanya.”pangkah Tan Sri Aiyuddin. 

            “Mama..”diraih tangan Puan Sri Suzanne, minta simpati.

            “Maafkan mama sayang.”pohon Puan Sri Suzanne

            “Nyla akan ke sana dalam masa sehari dua ni.  Nyla akan tinggal disana bersama Zaty, pembantu peribadi yang papa upah khas untuk menemani Nyla disana.”keputusan Tan Sri Aiyuddin nekad, dia tidak mahu anak dan cucunya jadi taruhan lagi.  Dari apa yang diceritakan oleh Aiden, menantu rahsianya itu.  Keselamatan Nyla perlu dititik beratkan, apatah lagi anaknya itu menjadi ancaman terbesar buat Vince. 

            “Nyla, mama setuju dengan papa.  Mama yakin apa yang papa cuba lakukan demi untuk kebaikan Nyla dan juga anak yang Nyla kandungkan.  Mama percayakan papa.”penerangan Puan Sri Suzanne sedikit sebanyak membantu Tan Sri Aiyuddin melaksanakan misinya.

            “Baiklah papa, Nyla turutkan sahaja.  Tapi mama dan papa mesti datang melawat Nyla bila ada kelapangan.  Dan kalau boleh, bawa Aiman dan Azrul sekali.”

            “Itu Nyla jangan risau. Sebab selepas pemergian Nyla, Aiman dan Azrul akan mengikut jejak Nyla disana.  Papa dah pun uruskan persekolahan Aiman dan Azrul disana.”dengan yakin Tan Sri Aiyuddin menyatakan rancangannya.  Tersenyum Nyla dengan kata-kata papanya.  Diusap-usap lembut perutnya, “Sayang, kita terpaksa tinggalkan Daddy disini.  Demi kebahagiaan kita bertiga, mama rela kita terpisah buat sementara.”

            “Kalau macam tu papa nak jumpa doktor kejap.  Nak tanya dia bila Nyla boleh discharge.  Papa risau kalau lama-lama Nyla kat sini.”terus sahaja Tan Sri Aiyuddin melangkah keluar dari wad meninggalkan Puan Sri Suzanne bersama Nyla disitu.

            “Percayalah, apa yang papa buat semuanya demi Nyla.  Mama sokong papa seratus peratus.”pujuk Puan Sri Suzanne.  Nyla tersenyum hambar, dalam dada bagai nak pecah.  Hatinya tidak keruan, rindunya akan lebih terasa setelah mereka berpisah beribu-ribu km jauh jaraknya.  Tak macam sekarang, kalau dia rindukan suaminya dia masih boleh mengintai dari jauh.  Tapi kalau sudah berjauhan kelak, bagaimana dia hendak menatap wajah bening suaminya itu.       Kejadian yang menimpa dirinya ini disebabkan rasa ingin menatap wajah si suami.   

            “Maafkan Nyla bang, maafkan Nyla.”hanya itu yang mampu dia tuturkan selebihnya dia berdoa agar suatu hari nanti dia dipertemukan semula dengan suaminya. Kasihan suaminya itu, sudah sehingga kini Tommy masih tidak tahu akan berita kehamilannya.  Kini dia pula terpaksa meninggalkan suaminya itu untuk jangka masa yang lama.

            “Nyla,  rindukan Aiden ke?”soal Puan Sri Suzanne setelah melihat kebisuan Nyla.

            “Mama, Nyla rindukan abang.  Kalau kami dah berjauhan nanti, tentu Nyla lagi rindu padanya.”luah Nyla dalam sendu.  Puan Sri Suzanne mengerti akan kesepian seorang isteri, apatah lagi Nyla yang kini berbadan dua.

            “Sabarlah sayang.  Allah itu Maha Mengetahui.  Kita jangan putus berdoa, kerana Allah mendengar doa orang teraniaya.”pujuk Puan Sri Suzanne lagi.

            “Mama”

            “Ya sayang.”

            “Terima kasih kerana sudi menerima Nyla dan Aiman.”habis sahaja Nyla berkata begitu, terus Puan Sri Suzanne memeluk anak tirinya itu.  Kasih dan sayang terhadap anak tirinya tidak pernah sedikit pun pudar, malah semakin hari semakin tinggi buat kedua-dua beradik itu.  Baik Nyla, Aiman mahupun Azrul akan dia curahkan kasih dan sayang yang sama rata.  Tidak ada berlebihan pun walaupun Azrul anak kandungnya.

            “Mama tetap sayangkan kalian berdua macam anak kandung mama sendiri.  Dan jangan sesekali Nyla mahupun Aiman fikir yang mama hanya sayangkan Azrul. Itu tidak benar.”menggogoi Puan Sri Suzanne dalam dakapan Nyla.

            “Nyla sayangkan mama.”ungkap Nyla lantas memeluk Puan Sri Suzanne seeratnya.  Tan Sri Aiyuddin yang muncul dibalik pintu turut sama memanjat kesyukuran melihat isteri dan anaknya berpelukan.  Sesungguhnya, sejak mula terpisah dengan isteri pertamanya inilah yang dia doakan selama ini.  Doa yuang telah dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.  Dia tahu hati budi Suzanne, isteri yang telah dinikahi ini amat mulia.  Cuma isteri pertamanya yang tidak sudi menerima kehadiran madunya ini.  Padahal, sebelum mereka berdua mahu bernikah mereka ada bertemu dengan isteri pertamanya.  Tapi disebabkan oleh desakkan keluarga, isteri pertamanya membuat keputusan untuk mengundur diri kononnya tidak setuju dengan perkahwinan itu.

            Sementara itu, Tan Sri Aiyuddin pula bertemu dengan seseorang di café hospital. “Dah dapat maklumat yang aku mahukan.”

            “Dah Tan Sri,  ini gambarnya.  Nama dia Vincent Alan Anderson @ Vince.  Dia merupakan abang sebapa dengan Thomas Aiden Anderson.  Walaupun berlainan ibu, Toh Puan Aini sudi menjadi Vince setelah kematian ibunya.  Vince dibersarkan oleh Toh Puan Aini dari usianya 10 tahun.  Selepas kematian kedua-dua ibu dan bapa Thomas Aiden Anderson, Toh Puan Aini telah menghantar kedua-kedua cucunya belajar ke luar negara.  Thomas pula setahun selepas Vince.  Sementara menanti kepulangan Thomas, Vince diberi kepercayaan untuk mengendalikan syarikat kepunyaan Toh Puan Aini sehinggalah Thomas pulang.  Kepulangan Thomas menjadi batu penghalang Vince untuk mendapatkan jawatan CEO disyarikat itu.”

            “Maksud kamu Vince hendak menakluki jawatan CEO dari adiknya, begitu?” celah Tan Sri Aiyuddin.

            “Ya, Tan Sri. Untuk pengetahuan Tan Sri, Nyla merupakan gadis yang dibeli utnuk dijadikan isteri sementara adiknya semata-mata untuk mengaburi Toh Puan Aini.”mengucap panjang Tan Sri Aiyuddin apabila mendengar anaknya menjadi barangan dagangan kedua beradik itu.

            “Betul apa yang kamu cakapkan ni?”anggukan orang upahannya itu membuatkan Tan Sri Aiyuddin mengeluh panjang.

            “Sampai begini nasibmu anakku. Maafkan papa nak.”keluhnya dalam diam.  Orang suruhnya terdiam melihat reaksinya.

            “Lagi..”pinta Tan Sri Aiyuddin agar orang suruhannya meneruskan bicaranya.

          “Saya dapat tahu Thomas Aiden Anderson sudah insaf, malah dia sudah mula menerima Nyla sebagai isterinya.  Ini membuatkan Vince marah, sebab itu dia sanggup buat apa sahaj agar gadis itu pergi dari hidup Thomas.  Kali terakhir saya dengar, Vince cuba..”belum sempat orang suruhannya meneruskan kata, Tan Sri Aiyuddin menyampuk, “Memperkosa Nyla namun tidak sempat apabila Nyla setuju untuk pergi dari rumah itu.”tercengang orang suruhnya seketika denga bicara Tan Sri Aiyuddin.
         
            “Macam mana Tan Sri tahu?”soal lelaki itu seraya ingin tahu.

            “Sebab Nyla itu adalah anak saya yang hilang setelah sekian lama.  Nasib baik saya sempat bertemu dengan dia, kalau tidak tentu saya menyesal tak sudah.”tutur Tan Sri Aiyuddin lemah.  Akhirnya terbongkarlah semuanya.

            “Maafkan saya Tan Sri, saya tak tahu.”

            “Tak mengapa, sebab itu saya suruh awak cari maklumat tentang lelaki yang bernama Vince itu.  Saya nak tahu apa dan mengapa dia sanggup bua begitu terhadap anak saya.”

            “Tan Sri nak saya siasat latar belakang Thomas Aiden Anderson juga?”pelawa orang suruhannya pula.

            “Tak perlu, saya sudah kenal siapa Thomas Aiden Anderson.  Sekarang saya nak awak tetap ekori dan intip segala pergerakan Vince.  Saya mahu tahu dimana dan dengan siapa dia selalu berurusan.  Kalau boleh, tangkap gambar sekali.  Saya mahu buat perhitungan dengannya suatu hari nanti.”perintah Tan Sri Aiyuddin.

            “No problem Tan Sri.  Saya akan jalankan amanah ini.”

            “Bagus, ini bayaran untuk maklumat tentang Vince.  Selebihnya saya akan bayar bergantung dengan maklumat yang awak perolehi.”sampul surat berisi wang tunai diserahkan kepada lelaki itu.

            “Terima kasih Tan Sri.  Saya minta diri dulu, kalau ada apa-apa, saya akan hubungi Tan Sri lagi.  Assalamualaikum..”orang suruhannya beredar setelah mendapat wang ganjarannya.

            “Waalaikumsalam.”jawab Tan Sri Aiyuddin bersama keluhan pendek setelah melihat orang suruhannya beredar pergi meninggalkan dirinya disitu.


Dibanglo kepunyaan Toh Puan Aini…

            “Aiden masih belum jumpa dengan Nyla ke?”

            “Belum Tok Wan.  Dah merata-rata Aiden cari, tapi bayangan dia pun Aiden tak jumpa.  Lagi parah bila Aiden cari Aiman, dia pun turut sama menghilang bersama-sama Nyla.”sahut Tommy dengan nada sayu.  Toh Puan Aini merapati cucunya, diusap belakang tubuh Tommy.

            “Sabar Aiden, banyakkan berdoa.  Tok Wan percaya suatu hari nanti Allah akan temukan semula Aiden dengan Nyla dan juga Aiman.”pujuk Toh Puan Aini lembut.  Dia  turut sama tidak putus berdoa agar cucu menantunya dan juga Aiman pulang kepangkuan mereka semula.  Kasihan dia melihat keadaan Aiden yang tidak terurus.  Dapat dilihat bagaimana kecewa dan sedihnya cucunya itu sejak ditinggalkan oleh cucu menantunya.

            “Aiden khilaf Tok Wan.  Aiden sepatutnya menjaga Nyla dan Aiman.  Allah dah amanahkan Aiden untuk menjaga mereka berdua, tapi Aiden yang cuai.  Sampai mereka tinggalkan Aiden disebabkan kelalaian Aiden.”rintih Tommy. 

            “Jangan cakap macam tu Aiden, Tok Wan nak Aiden percaya pada Qadak dan Qadar.  Percaya semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.”Tommy menggeleng, hatinya kesepian sejak ketiadaan Nyla dalam hidupnya.  Oleh sebab itu, demi untuk menutup kesedihannya siang malam dihabiskan masa dengan bekerja.  Selepas subuh, Aiden akan mengaji sehinggalah jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Bersiap ke pejabat dan mula bekerja sehinggalah larut malam.  Begitulah rutinnya setiap hari setelah ketiadaan Nyla disisinya.

            “Aiden dah give up Tok Wan.  Sampai bila Aiden harus diuji sedangkan Aiden dah mula sayangkan Nyla sepenuh hati.  Cinta Aiden hanya untuk Aiyatul Nyla Tok Wan.”sendu Aiden dalam diam.  Toh Puan Aini terkedu, luahan cucunya menghiris hatinya juga.

            “Jangan begitu Aiden, Tok Wan percaya Nyla akan pulang kepangkuan Aiden.  Cepat atau lambat, semuanya bergantung dengan kehendakNya..”

            “Ini semua abang Vince punya pasal.  Kalau pun dia tak suka dengan Nyla, kenapa tidak dia saja yang pergi.  Aiden tak sanggup kehilangan Nyla Tok Wan.  Cinta Aiden pada Nyla terlalu kukuh walaupun sebelum ini Aiden banyak sakitkan hati dia.  Abang Vince tak berhak buat Nyla begitu.  Itu isteri Aiden Tok Wan, bukan isteri dia.”keluh Aiden lagi.  Nasib baik setelah kejadian itu, Vince keluar dari rumah Tok Wan.  Kalau tidak, salah seorang daripada mereka ada yang cedera parah akibat pergaduhan itu.

           “Thomas Aiden Anderson..Tok Wan tak suka Aiden cakap macam tu.  Dah Tok Wan cakap, ini semua takdir.  Apa jua percaturan yang dibuat OlehNya, tentu ada hikmah disebaliknya.  Aiden kena percaya, jangan sesekali putus asa.”marah Toh Puan Aini. 

            “Aiden..Aiden..”

            “Dah..cukup-cukup untuk hari ini.  Sekarang Aiden pergi naik atas, ambik wuduk.  Kejap lagi dah nak masuk waktu Magrib, kita berjemaah sama-sama.”perintah Toh Puan Aini, tidak mahu memanjangkan kisah diantara kedua-dua cucunya.


  ~Bersambung~

Wednesday 14 May 2014

My Girl - Bab 18

Bab 18
            “Aiman”jerit Nyla saat melihat kelibat adiknya dipondok pengawal sekolahnya.

        “Kakak”berpelukan kedua beradik itu.  Tan Sri Aiyuddin keluar dari keretanya diikuti Puan Sri Suzanne.

            “Aiman baik?”soal si kakak pula.

            “Baik kak.  Kenapa akak datang, esok kan Aiman dah boleh balik.”jawab si adik.  Nyla mengusap lembut kepala adiknya.

            “Akak datang nak jemput adik hari ni.  Kita balik hari ini yea.”tutur Nyla lembut.  Aiman kehairanan, disamping kakak ada sepasang suami isteri yang tidak dikenalinya.

            “Siapa ni kak?”soal Aiman, namun sempat juga dia menghulurkan tangan bersalaman. 

            “Nanti akak ceritakan.  Sekarang Aiman pergi asrama kemaskan baju.  Akak dah minta kebenaran dari pengetua agar Aiman dibenarkan pulang hari ini.”akur dengan arahan Nyla, Aiman melangkah menuju ke asramanya.

            “Sopan dan beradab anak abang.  Sejuk hati Su melihatnya.”bisik Puan Sri Suzanne ke telinga suaminya.

            “Berkat bimbingan kakaknya juga.”tokok Tan Sri Aiyuddin setuju dengan kata-kata isterinya itu.    Tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan dengan sapaan seseorang. 

             “Papa, mama. Buat apa kat sini?”tersentak Tan Sri Aiyuddin dan juga Puan Sri Suzanne berpaling.

             “Azrul??”serentak kedua-dua suami isteri itu menyebut nama anaknya.
  
           “Yealah Rul, siapa lagi.  Ni mama dan papa datang nak jemput Rul ke?”pertanyaan anaknya tidak terjawab.  Sebaliknya kedua-duanya masih terkejut dengan pertemuan ini.  Agak lama barulah Puan Sri Suzanne perasankan sesuatu.  Rupa-rupanya anaknya sendiri turut sama belajar disekolah ini.

            “Err?”terkedu Puan Sri Suzanne, tak tahu nak jawab apa.  Tan Sri Aiyuddin lagilah, takkan nak berbohong kat anaknya pula.  Azrul lantas menyalam tangan kedua-duanya.

           “Macam ni Rul, apa kata Rul pergi naik dan kemaskan baju-baju.  Pa dan mama tunggu Rul kat sini.”nasib baik Puan Sri Suzanne sempat mencipta alasan.  Anaknya pula tanpa rasa curiga terus sahaja semula melangkah ke asramanya. 

            “By the way mama, siapa kakak ni? cantik dan sweet pula.”sempat lagi Azrul menegur mamanya sebelum meneruskan langkah.  Puan Sri Suzanne tersentak, nakal sungguh anak bujang ni.

            “Nanti kat rumah kita sembang.  Now go and pack your things.”arah Puan Suzanne bersama wajah serius.  Sengaja nak takut-takutkan anaknya tu.  Azrul tergelak sambil kaki melangkah meninggalkan kedua-dua orang tuanya.

            Tak sampai 15 minit, muncul Aiman bersama Azrul membimbit bagasi mereka.  Saling pandang satu sama lain, kerana tidak menyangka arah tuju mereka sama.

            “Eh Aiman, kau pun ada sama.”

            “Kenalkan, ni kakak aku.”sempat Aiman perkenalkan Nyla yang berada disisi Puan Sri Suzanne dan Tan Sri Aiyuddin.

            “Yea ke? ini pula mama dan papa aku.”serentak itu Aiman pula terkejut.

            “Ini ke mama dan papa kau?”anggukkan Azrul buat Aiman terkedu.  Nyla yang mengerti lantas menghampiri mereka berdua.

            “Balik nanti akak cerita.  Sekarang Aiman masukkan bagasi dalam boot kereta.”bisik Nyla ke telinga adiknya.  Tidak mahu hal penting ini tersebar luas, cukuplah bila mereka sudah sampai dirumah nanti.  Aiman yang memahami terus sahaja menuruti arahan kakaknya.

            “Mama, mereka berdua ni ikut kita ke?”pertanyaan Azrul dijawab dengan anggukkan kepala Puan Sri Suzanne.  Azrul turut menyimpan bagasinya dalam boot setelah diarahkan mamanya.

            Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam membuatkan masing-masing diam membisu.  Hanya alunan muzik dari radio yang dipasang pemandu peribadi Tan Sri Aiyuddin yang menemani sepanjang perjalanan mereka.  Baik Puan Sri Suzanne mahupun Tan Sri Aiyuddin tiada satu patah perkataan yang keluar daripada mulut mereka.  Azrul pula sibuk bermain game dengan Ipadnya manakala Aiman pula sibuk juga melayari internet menggunakan Ipadnya juga.

            “Aiman tengok apa?’soal Nyla setelah melihat adiknya tersenyum sendirian.  Lantas Aiman menyuakan Ipadnya pada Nyla.

            “Akak cuba tengok ni.”alangkah terkejutnya Nyla melihat facebook adiknya yang mengandungi gambar yang diupload oleh suaminya. Gambar ketika mereka sedang bercuti di Tanah Tinggi beberapa bulan lepas. ‘Dimana sayang? abang rindukan sayang.  Pulanglah.. ~ T Aiden. ‘ tinta ayat disebelah gambar itu.

            “Abang Tom kelakar kan? macamlah akak larikan diri dari rumah sampai begitu sekali dia tulis kat wall Aiman.”komen si adik buat Nyla bertambah sayu.  “Memang akak lari dari rumah pun dik, cuma adik yang tak tahu.”tutur Nyla dalam hati.  Lama Nyla memerhatikan gambar itu, timbul rasa bersalah kerana meninggalkan suaminya tanpa sebanrang pesanan. “Maafkan Nyla bang..maafkan Nyla..”rintihnya dalam hati. 

            Kereta Alphad Welfire kepunyaan Tan Sri Aiyuddin sampai ke destinasi.. Rumah banglo 3 tingkat tersergam indah dihadapan.  Pintu kereta terbuka, Tan Sri Aiyuddin keluar diikuti pula dengan Puan Sri Suzanne.  Selepas itu barulah Nyla, Aiman dan akhir sekali Azrul.

            “Finally, he we are.  My home sweet home..”tutur Azrul bangga kerana dapat pulang ke rumah awal dari tarikh yang sepatutnya.  Tan Sri Aiyuddin tersenyum lebar, suka bila anaknya berkata begitu. 

            “Jom Aiman, kita masuk.  Aku dah penat ni.”ajak Azrul.  Aiman melemparkan pandangan kepada kakaknya.

            “Pergilah ikut Azrul tu, tentu Aiman penat juga kan?”Puan Sri Suzanne bersuara sebelum sempat Nyla menjelaskan kepada Aiman.  Demi melihat anggukkan kepala kakaknya, Aiman turut memgekori Azrul melangkah ke tingkat atas.  Bagasi mereka pula sudah diangkat oleh pemandu Tan Sri Aiyuddin ke tingkat atas.
            “Nyla pun pergilah naik berehat.  Tak elok untuk bayi kalau Nyla stress selalu.  Malam nanti kita bincangkan hal ini dengan Aiman.”pujuk Puan Sri Suzanne, mahu anak tirinya berehat setelah menempuh perjalanan jauh tadi. 

            “Terima kasih mama, Nyla naik dulu.”dipeluknya Puan Sri Suzanne, tanda terima kasih.

         “Janganlah macam tu, mama ikhlas menerima Nyla dan Aiman dalam hidup kami.”tutur Puan Sri Suzanne ikhlas. 

            “Dah..pergi naik berehat.  Mama nak ke dapur tengok Mak Siti masak apa untuk malam nanti.”Puan Sri Suzanne lantas membawa tubuhnya ke ruang dapur yang terletak disebelah kanan.

              Sementara itu, Tommy yang berada dikawasan sekolah Aiman terkejut apabila diberitahu yang adik iparnya telah lama pulang bersama kakaknya Nyla.
            
            “Dah berapa lama mereka balik Puan?”soal Tommy ramah.
            
            “Dalam 2 jam lepas.  Kalau tidak silap dia datang bersama ahli keluarganya.”jawab Puan Zahrah.
           
          “Puan kenal siapa ahli keluarganya yang lain?”pertanyaan Tommy menimbulkan rasa curiga.  Namun apabila teringat akan pesanan Tan Sri Aiyuddin tentang Aiman, terus Puan Zahrah menggeleng-gelengkan kepalanya.
          
           “Maaf, saya tak kenal.  Yang saya tahu hanya kakak Aiman yang bernama Nyla.  Itu saja.”jawapan dari Puan Zahrah membuatkan Tommy kecewa.
          
            “Tak mengapalah Puan.  Terima kasih kerana sudi membantu.”Tommy pulang dengan wajah hampa.  Sejak dari rumah lagi Tommy sudah berangan-angan untuk bertemu dengan Aiman.  Rupa-rupanya, Nyla terlebih dahulu bertindak membawa Aiman lari.
         
           “Sayang, apa salah abang.  Sampai hati sayang tinggalkan abang tanpa pesan.  Sayang dah tak mahu jadi girl abang lagi? Oh my girl, where are you? Please don’t leave me alone.”rintih Tommy dalam diam.  Dia menyandarkan diri dikeretanya sambil merenung jauh mengenangkan nasibnya selepas ini.  


~Bersambung~