Monday 8 September 2014

My Girl - Bab 23



BAB 23          
         
                 Daddy.. daddy..”terhenti langkah Tommy apabila ada sepasang tangan memeluk pinggangnya dari arah belakang.

            “Anak siapa ni?”dipusingkan badannya lalu dia menbongkokkan tubuhnya agar selaras dengan tubuh kecil itu.

            Daddy..”sekali lagi anak kecil itu memanggil dirinya.  Kali ini ada senyuman yang terukir dibibirnya.

            Daddy?  Adik salah orang ni.  Uncle bukan daddy kamu.”tegur Tommy lembut.  Amanda terpana, dia merenung semula wajah lelaki ini. Wajah ini memang mirip wajah yang ada dalam album gambar di rumahnya.  

            “No..no.. you are my daddy..”rengek Amanda pula.  Dia kenal benar akan wajah daddynya walaupun hanya berpandukan gambar yang sering dilihat didalam album kepunyaan mummy nya.     Tommy menguntum senyuman, wajah comel anak kecil ini direnung lama.  Ada sesuatu yang mencuri hatinya, wajah si kecil ini seakan mirip wajah seseorang.  Ya, seorang yang amat dia rindui.

            “What’s you name dear?” soal Tommy bersama senyuman dibibir.  Kepala anak kecil itu diusap lembut.

                 “Nur Amanda...”jawab si kecil petah.

           “Nur Amanda..what a nice name you have.  Mana mama sayang?”soal Tommy sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling.  Amanda mengarahkan jari telunjukmya ke butik berhampiran.  Ada seorang wanita dalam lingkungan 50an disitu.  Lantas tanpa berlengah lagi Tommy bawa si kecil menghampiri butik itu.

            “Puan, ini anak puan ke?”soal Tommy pada wanita yang berdiri membelakangi dirinya.  Saat terdengar satu suara menyapa, Puan Sri Suzanne menoleh ke belakang.  Alangkah terkejutnya dia saat melihat tangan cucunya berada kemas dalam gengaman Tommy.

            “Eh Aiden? Aunty ingatkan siapa tadi.  Amanda, mana sayang pergi?”tegur Puan Sri Suzanne lembut.  Amanda pula masih erat menggengam tangan Tommy.

            “Ini anak Aunty ke?”soal Tommy lagi.

           “Eh kamu ni Aiden.  Aunty mana ada anak kecil.  Kalau Aiden nak tahu ini cucu aunty, dia baru sahaja balik dari UK.”terang Puan Sir Suzanne ramah.

            “Cucu?  Bukan ke Azrul masih belajar, bila masa dia berkahwin.”pertanyaan Tommy membuatkan Puan Sri Suzanne terkedu.

            “Eh bukan, maksud aunty cucu sedara.” 

            “Oh begitu..” 

         Amanda, come to tuk ma.”Puan Sri Suzanne  cuba mengapai Amanda agar mendekati dirinya.  Namun anak kecil itu masih berdegil, tangannya kemas memegang tangan Tommy.
            “Amanda..go your tuk mama sayang.”pujuk Tommy pula.

            No..no.. I want to follow you daddy.”jawab Amanda masih berdegil tidak mahu melepaskan pegangan tangannya.

            “Amanda, jangalah macam ni.  Nanti mummy marah.”Amanda menggeleng, tidak mahu menerima pujukan neneknya.  Tommy tersenyum, suka bila melihat keletah anak kecil ini.  Jam ditangan dipandang sekilas, masih awal lagi untuk dia ke pejabat semula.  Lagipun hari ini dia tidak ada mesyuarat yang penting.  

            Okay..okay.. Daddy will follow Amanda home.”Tommy menawarkan dirinya untuk menghantar anak kecil ini pulang.   Puan Sri Suzanne didepan sudah tidak keruan.

            “Kenapa aunty? Nampak resah aje.”soal Tommy setelah melihat kelakuan aneh Puan Sri Suzanne. 

            “Tak..tak ada apa-apa Aiden.  Cuma aunty tak mahu menyusahkan Aiden”bohong Puan Sri Suzanne.  Padahal dia takut kedatangan Tommy dirumah mereka akan membongkarkan rahsia yang selama ini mereka simpan.  Lebih-lebih lagi Nyla, dia tahu anak tirinya itu masih belum bersedia untuk bertemu dengan suaminya.

            It’s okay aunty, lagipun hari ini Aiden free. Bolehlah Aiden singgah ke rumah.”Puan Sri Suzanne tiada pilihan selain terpaksa menerima tetamu yang tidak diundang ini. 

            “Kejap yea, aunty nak call driver.”

            “Eh, tak usah aunty. Aiden boleh hantarkan Aunty ke rumah.”pelawa Aiden lagi.  Sebenarnya dia teringin sangat mahu ke rumah Tan Sri Aiyuddin.  Lagipun dalam firasat  Tommy, seperti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh wanita ini.

            “Kalau macam tu, aunty follow Aiden.”akhirnya Puan Sri Suzanne mengalah.  Tommy tersenyum lebar, tubuh si kecil diangkat lantas didukungnya.

            “Jom..”ajak Tommy.  Mereka bertiga jalan beriringan meninggalkan komplek membeli belah menuju ke tempat parking kereta.  Amanda dalam dukungan Tommy kelihatan amat gembira sekali.  Puan Sri Suzanne mengerling sekilas, dalam hati dia amat bersyukur kerana Amanda berpeluang bertemu dengan bapa kandungnnya.  Walapun Tommy sendiri tidak menyedari itu adalah darah dagingnya sendiri.

            “Terima kasih Ya Allah kerana menemukan kedua beranak ini.”Puan Sri Suzanne mengucap kesyukuran dengan pertemuan ini.

            Sampai di rumah, Puan Sri Suzanne mempelawa Tommy masuk.

            “Sunyi aje, mana uncle?” soal Tommy sebaik melabuh duduk disofa.

            Uncle? Macam biasa.  Kat padang golf lagi.  Azrul masih di overseas.  Tinggal Aunty aje kat rumah.  Itu yang bawa Amanda sekali sekala ke mari.”jawab Puan Sri Suzanne.  Hatinya lapang apabila pembantu rumahnya memberitahu Nyla tiada dirumah.  Takut juga dia apa akan berlaku jika anaknya bertemu semula dengan Aiden.

            “Tak minum dulu Aiden?”pelawa Puan Sri Suzanne.

            “Tak kot Aunty,  Aiden nak kena balik ke pejabat.”jam ditangan dikerling sekilas.

            “Kalau macam tu terima kasih sebab sudi hantar Aunty dan Amanda pulang.”

            “Alah Aunty ni, macam tak biasa.  Lagipun Aiden dah jatuh sayang kat Amanda ni.  Comel sangat dia.  Petah pula tu.”pipi Amanda dicium.  Amanda ketawa gembira, suka bila dapat bertemu dengan daddynya walaupun hakikatnya Tommy tidak tahu perkara yang sebenarnya.

            “Amanda memang macam ni.  Dengan semua orang dia mudah mesra.”tukas Puan Sri Suzanne sambil mencubit pipi cucunya.

            “No tuk ma, I don’t like stangers.  But this is my daddy, sebab itu Amanda sayang.”Puan Sri Suzanne tergamam, kepetahan Amanda berbicara bakal mengundang masalah pada dirinya.  Nanti terbongkar pula siapa mummy Amanda.

            “Maaflah Aiden, Amanda ni memang suka bergurau.  Sayang, daddy kan pergi overseas.

            “Overseas? Bila masa Tuk ma.  Setahu Amanda..”belum sempat Amanda meneruskan kata, Tan Sri Aiyuddin muncul dibelakang Tommy.

            “Aiden, Bila sampai?”Tommy terus bangkit lantas mendapatkan Tan Sri Aiyuddin.  Puan Sri Suzanne menarik nafas lega, nasib baik suaminya pulang awal.

            “Baru saja sampai.  Kebetulan jumpa Aunty kat KLCC, Aiden pelawa hantar ke rumah.”jelas Tommy sambil menghulurkan salaman.

            “Aik! driver mana?”soal Tan Sri Aiyuddin pada isterinya.

          “Razlan minta balik awal, katanya isterinya dah nak bersalin.  Itu yang saya ikut Aiden balik,  kebetulan pula.” 

            “Terima kasih Aiden sebab sudi tumpangkan Aunty.  Kalau tak terpaksalah uncle  redah kesesakkan lalulintas sebab nak ambik mereka berdua.”

            No problem uncle. Aiden pun kebetulan ada temujanji dengan klien kata situ.  Lepas tu terserempak pula dengan si comel ini, itu yang geram tengok.”lantas pipi comel Amanda dicubit mesra.

            “Daddy..”Amanda memasamkan wajah, marah bila pipinya menjadi mangsa cubitan.  Tan Sri Aiyuddin terkaku, reaksinya mengundang rasa sangsi dimata Tommy.

            Kenapa uncle terkejut.”

            “Dari mana datangnya perkataan daddy ni.”

            Daddy..is daddy lah.. apalah Tuk pa.”jawab si comel yang kini sudah berada dalam dukungan Tommy.  Tan Sri Aiyuddin menepuk dahinya, baru teringat tentang anaknya Nyla.  Tentu Amanda kenal Tommy kerana gambarnya ada dalam album keluarga.

            Tommy meletakkan tubuh Amanda disofa.  Dalam hati ini bertanya lebih lanjut siapa ibu dan bapa kepada anak comel ini.  Lantas ditarik Tan Sri Aiyuddin menjauh.

            Uncle, siapa parents Amanda.  Dari tadi dia asyik panggil Aiden daddy.  Terkejut jugak Aiden dibuatnya.”Tan Sri Aiyuddin tersenyum pahit.  Serba-salah mahu menyatakan kebenaran atapun tetap berbohong demi keselamatan anak dan cucunya.  Akhinrnya dia memilih untuk tidak bersuara.

            Uncle minta maaf Aiden.  Uncle  tak boleh jelaskan apa yang berlaku.  Cuma uncle harap suatu hari nanti Aiden akan tahu kebenaranya.  Uncle naik atas dulu, nak bersihkan diri”habis bicara, Tan Sri Aiyuddin meminta diri.  Kebetulan dia perlu membersihkan diri setelah seharian berada di padang golf.

            Puan Sri Suzanne mendekat, “Aunty minta maaf jika jawapan uncle buat Aiden tertanya-tanya.  Kami berdua tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.”

            “Tak apa Aunty, Aiden faham.  Eh! dah nak petang, Aiden kena balik ke pejabat.  Ada banyak kerja yang perlu Aiden siapkan.  Aiden minta diri dulu yea.  Insyaallah, kalau ada umur panjang kita bertemu lagi.  Assalamualaikum.”Tommy meminta diri pulang, wajah cemberut Amanda dipandang lemah.  “Cantik! walaupun masam.  Kalau lah Amanda anak aku, alangkah bahagianya hidup ini.”detik hatinya.

            “Daddy..where are you going?”kaki Tommy dipeluk Amanda, tidak mahu melepaskan lelaki itu.

            “Amanda darling, daddy work. Nanti malam daddy datang okay.”pujuk Tommy.

            “Tak mahu..nak daddy  juga.”rengek Amanda dalam dukungan Tommy.

            “Amanda sayang, daddy kena pergi kerja.  Nanti petang daddy balik. Okay sayang.”tubuh si kecil diletak diatas sofa.  Amanda masih merajuk, muncungnya panjang sedepa.  Lucu Tommy lihat wajah comel itu.

            Okay, daddy can go to work. But promise me, bila petang Amanda nak daddy come back.”Tommy mengangguk dalam keadaan serba-salah.  Mengerti dengan kegusaran menantu rahsianya, Puan Sri Suzanne memberi isyarat mengangguk. 

            “Pergilah Aiden.  Kejap lagi okay lah tu.  Lagipun Aiden dah lambat.”tegur Puan Sri Suzanne pula.

            “Baiklah Aunty, Aiden pergi dulu.  Assalamualaikum.” 

            “Waalaikumsalam”Tommy pun beredar setelah Puan Sri Suzanne menjawab salamnya.      

~Bersambung~