Wednesday 10 December 2014

My Girl - Bab 29



BAB 29
            “Betul bos.  Memang tak syak lagi.  Perempuan itu dah  balik semula ke sini.  Untuk pengetahuan bos, Tommy adik bos pun ada bersama perempuan itu ketika kami buat intipan.”

            “Apa! Tom pun ada bersama mereka?”

            “Yea bos, saya nampak mereka sekeluarga gembira betul.”tokok orang suruhannya lagi.

            “Maknanya Tom dah jumpa Nyla sebelum dia.  Cis, bedebah!.  Ini tak boleh jadi aku kena bertindak sebelum mereka..”belum sempat Vince menyambung kata, tempat persembunyiannya telah diserbu.

            “Jangan bergerak, kalian semua sudah dikepung.  Sila berikan kerjasama.”kedengaran suara pihak berkuasa mengunakan speaker.  Vince panik, malah anak-anak buahnya juga turut sama panik.  Ada yang lari ikut pintu belakang membuatkan keadaan menjadi kecoh.  Vince tidak berganjak, keadaan dirinya memaksanya untuk tidak bertindak jauh.  Salahnya juga, tidak berhati-hati.

            Setelah pihak polis berjaya memberkas Vince dan konco-konconya, mereka dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.  Rupa-rupanya, Tommy telah membuat laporan polis mengenai abangnya Vince.  Segala bukti mengenai Vince talah diserahkan kepada pihak polis.  Kebetulan juga pihak peguam syarikat telah mengadu kepadanya tentang adanya penyelewengan wang yang berlaku disyarikat miliknya.  Dan orang yang telah mengelapkan sejumlah wang itu adalah abangnya sendiri.  Tommy terpaksa bertindak lagipun Nyla kini sudah berada disini, dia tak mahu keselamatan anak dan isterinya menjadi taruhan.  Lebih baik dia bertindak cepat.

            “Alhamdulillah, terima kasih tuan.  Nanti saya akan menyusul ke balai untuk membuat pengecaman.  Sekali lagi terima kasih saya ucapkan diatas kecekapan pihak polis menangkap penjenayah.”Talian dimatikan, Tommy menarik nafas lega.  Akhirnya Vince ditangkap oleh pihak berkuasa.  Bermakna selepas ini tiada lagi ganguan dari Vince dan keselamantan anak serta isterinya terjamin.

            “Siapa tu bang.”soal Nyla sebaik melihat suaminya memutuskan talian.

            “Inspektor Dazim”

            “Siapa Inspektor Dazim?”soal Nyla lagi.  Dia tidak pernah dengar nama itu disebut.

            “Inspektor Dazim Zulkarnain merupakan ketua penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.  Dia yang mengendalikan kes abang Vince.”

            “Kes abang Vince? Kes apa bang?”pertanyaan Nyla membuatkan Tommy resah.  Perlukah dia berterus-terang kepada isterinya.  Adakah perkara ini patut dirahsiakan dahulu demi keselamatan anak dan isterinya.  Tommy terdiam sebentar, masih buntu memikirkan keputusannya.  Akhirnya Tommy memilih untuk menceritakan tentang perihal syarikat.

            Sejak kepulangan Nyla dan anaknya, perubahan diri Tommy turut sama berubah.  Dia semakin ceria dan tidak lagi termenung seperti selalu.  Perubahannya turut sama dirasakan oleh pekerja-pekerjanya.

            “Ayu, kau perasan tak sekarang bos kita tu ceria aje.”

            “Betul tu Dilla.  Muka dia dah tak ketat macam dulu,  asyik senyum-senyum saja.  Itu belum lagi masa bertembung dengan dia, belum sempat aku ucap dia dah ucap dulu bersama senyuman manis pulak tu.”komen Ayu yang merupakan penyambut tetamu disyarikat kepunyaan Tommy.

            “Dia tengah fall in love kot?”

            “Jatuh cinta maksud kau.”

            “Yelah, jatuh cinta dengan klien terbesar kita tu, kalau tak silap aku Cik Amyza nama dia.”

            “Hish..mana kau tahu.  Setahu aku Encik Aiden tak layan pun Cik Amyza tu.  Banyak kali aku tengok Cik Amyza cuba ajak bos kita keluar.  Tapi haram tak pernah dia ikut.  Kalau ikut pun mesti dia bawa kak Fizah sama.”

            “Habis tu, kalau bukan Cik Amyza siapa?”

          “Entah..mana aku tahu.  Dah.. baik kau pergi sambung kerja.  Masa rehat dah nak habis, kejap lagi bos masuk”

            “Yelah…yelah..kau ni kan suka menghalau aku.  Nak gossip panjang pun susuah.”

            “Bukan tak boleh bergosip, tapi lunch hour sejam aje.  Lagipun aku duduk kat reception kau kat dalam.  Tak sama beb.” 

            “Okay, nanti kita sambung lagi.  Aku masuk dulu.”Tommy yang berada tidak jauh dari tempat pekerja tersenyum lebar.  “Betul ke aku dah berubah?”soalnya dalam hati.  Belum sempat Tommy melangkah masuk, dia disapa Amyza.

            “Hai hensem, mana you nak pergi.”sapaan Amyza turut sama didengar Ayu yang berada ditempatnya.  Cepat-cepat Ayu berpura-pura menyelak file yang berada diatas mejanya.

            “Amy, what did I told you.  This is my office, please behave yourself.”tegur Tommy perlahan, takut Amyza terasa pula.

            “Tak salahkan, memang you kacak.  Tak percaya? cuba tanya your girl.”Tommy terkedu, perkataan girl  membuatkan dia teringat akan isterinya.  Hmm..apa sayang tengah buat sekarang, rasa macam nak terbang ke rumah Tan Sri Aiyuddin bertemu dengan si buah hati.        

            You..I’m talking to you.  Dengar tak?”

           “Dengar..come to my room. I need to discuss something with you.”ajakan Tommy membuatkan hati Amyza gembira.  Macam ada peluang saja untuk dia memikat hati lelaki ini.  Langkah keduanya menuju ke arah bilik kepunyaan Tommy.

            “Huh! Menyampah aku tengok.  Jangan bos kahwin dengan minah rambut karat ni sudah.  Kalau tidak hari-hari melekat kat opis ni.”omel Ayu setelah keduanya beredar meninggalkan kaunter penyambut tetamu.

                        Sebaik sahaja Amyza melabuh duduk disofa, Tommy memulakan bicaranya. “We need to talk.”

            “About us?”Amyza teruja.  Tommy menarik nafas, cuba mengurangkan keresahan yang melanda.  Wanita ini perlu tahu dimana kedudukan dia.  Bukan Amyza tidak cantik, malah lebih cantik dan menawan dari isteriya.  Tapi ruang hatinya telah terisi dengan kehadiran cinta buat Nyla, isteri yang amat dia cintai.

            Yup, about us.  But..”

            “But what Aiden?”

         Seperti yang saya katakan dulu Amy, I’m somebody husband and always be.  We are not meant for each other.  I still in love with my wife.”
    
        “Yeyaa..bla..bla..itu yang you selalu cakap kan? But where is she? She’s not here Aiden.  Only me!”tegas Amyza cuba membawa Tommy kea lam reality tanpa mengetahui hal sebenar.  Tommy mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.  Amyza begang.

            You salah.  She already here, and I meet her few week ago.”tersentak Amyza, terus dia bangun dari duduk.

            You did what?”

            “I meet with my wife and my lovely daughter.”yakin dan tulus Tommy mengakui semuanya. 

            “Since when?  Setahu I, she already left you for quiet sometimes.”

            “Just recently.  And I’m glad that Allah makbulkan doa-doa I selama ini.” Amyza duduk semua.  Perasaan kecewa menyelubungi hatinya.  Terasa perit dan sakit hatinya apabila melihat wajah gembira Tommy menceritakan pertemuan lelaki itu dengan isterinya.

            I tak percaya.  You just make up story supaya I mengalah.  No Aiden, I tak akan mengalah.”Tommy merengus.  Amyza tidak mempercayai kata-katanya.

            “Amy, I betul-betul jumpa isteri dan anak I.  And I’m happy to tell you that we are going to stay together tak lama lagi.”Amyza mengeleng-geleng kepalanya tanda tidak percaya.  Tommy mengeluh lagi.  Tidak tahu bagaimana harus dia katakan lagi supaya wanita ini percaya akan kata-katanya.  Tiba-tiba dia teringat akan gambar yang diambil ketika berkunjung dirumah Tan Sri Aiyuddin baru-baru ini.  Dengan pantas dia mengeluar IPhone dari poket seluarnya.  Dibuka gambar yang diambil lalu dihulurkan telefon bimbitnya kepada Amyza.  Teragak-agak wanita itu mengambilnya.

            Alangkah terkejutnya Amyza melihat gambar keluarga bahagia Tommy diskrin layar telefon bimbit kepunyaan lelaki itu.  Tarikh dan waktu gambar itu diambil kira-kira seminggu yang lalu.  Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh lelaki itu.  Perlahan-lahan dihulurkan telefon iu kepada tuanya.  Lantas Amyza bangkit tanpa pamitan dia berlari keluar meninggalkan Tommy yang masih terpinga-pinga dengan reaksinya itu.

            “Maafkan I Amy.”hanya itu yang mampu dia luahkan setelah kelibat wanita itu menghilang dibalik pintu biliknya.

~Bersambung~

Wednesday 3 December 2014

My Girl - Bab 28



BAB 28
            
              “Assalamualaikum papa, mama.”serentak Tommy dan Nyla memberi salam ketika melintasi meja makan.

            “Waalaikumsalam.  Hai pengantin lama, awal bangun.  Mama ingat dah lupa pukul berapa sekarang.”sengaja Puan Sri Suzanne menyindir kedua-duanya.  Padahal sudah tahu suami isteri ini baru sahaja reunion semalam.  Nyla tertunduk malu, “Hish, mama ni sengaja lah tu.”

            “Baru pukul 9 pagi mama.  Masih awal lagi kan.”jawab Tommy pula.  Dalam hati sudah ketawa melihat diri sang isteri yang serba tak kena.  Malu lah tu.

            “Mama kamu ni memang begitu, saja nak uji kamu berdua.  Papa okay aje.”sampuk Tan Sri Aiyuddin pula.

            “Abang ni, Su baru nak kenakan mereka abang pula dah berpakat.  Mana aci macam ni.”rajuk Puan Sri Suzanne.

            “Aci? Mana ada aci kat sini.”

            “Ouch!”terjerit Tan Sri Aiyuddin saat isterinya mencubit perutnya.

          “Padan muka.  Su cakap betul-betul abang buat main-main pula.”pecah tawa dimeja makan pagi itu.  Gurau dan senda memenuhi ruang segenap rumah besar kepunyaan Tan Sri Aiyuddin.  Sudah lama keluarganya tidak gembira dan ceria seperti pagi ini.  Terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memberi peluang kepadanya untuk menikmati keindahan hari ini.  Tan Sri Aiyuddin berasa hidupnya lengkap sementelah kehadiran Aiden dalam rumahnya sebagai menantu sulong.  Teringat akan perkara yang dibincangkan dengan menantunya semalam.

            “Papa harap Aiden rahsiakan dulu tentang kepulangan Nyla dan anaknya.  Papa tak mahu Vince tahu akan perkara ini,  bahaya.  Lagipun keselamatan Nyla dan Amanda perlu dititikberatkan.”

            “Aiden mengerti pa.  Aiden janji, kali ini Aiden tak akan biarkan abang vince mengganggu lagi rumahtangga Aiden.  Insyaallah, Aiden akan jaga Nyla dan Amanda walaupun nyawa Aiden jadi taruhan.” Tan Sri Aiyuddin mengeluh, bukan itu yang dia mahu.  Dia cuma berharap agar anak dan cucunya dapat hidup bahagia dengan tenang tanpa sebarang ancaman.  Tapi bila Aiden sudah mendapat tahu akan kepulangan Nyla, tak mustahil Vince tidak tahu.

            “Beginilah, papa minta Aiden bersabar.  Bila semuanya dah selesai, barulah Aiden bersatu dengan keluarga Aiden.  Papa bukannya nak mengongkong malah tidak sesekali menghalang Aiden datang bertemu Nyla dan Amanda.  Cuma papa harap Aiden lebih berhati-hati.  Dan lagi satu, jangan cakap apa-apa dengan tok wan kamu.  Bila masa dah sesuai, barulah kamu cakap denganya.”pinta Tan Sri Aiyuddin.  Kebimbangannya terhadap keselamatan anak dan cucunya bertambah-tambah.

            “Papa tak percayakan Aiden?”

            “Bukan itu maksud papa.  Papa nak Aiden berhati-hati, itu saja.”

         “Tentu kamu dah tahu siapa sebenarnya Nyla.”anggukan Tommy membuatkan Tan Sri Aiyuddin mengerti tentu anaknya sudah menceritakan kepada suaminya tentang kisah silamnya.
       
          “Papa dah lama kehilangan Nyla dan Aiman.  Kali ini papa tak mahu mereka hilang dari pandangan papa lagi.  Bersusah-payah papa mencari mereka, tak mungkin senang-senang papa lepaskan begitu sahaja.”

            “Aiden faham papa.”

            “Bagus, ini yang papa nak.”

            “Tapi pa..”      

            “Tapi apa Aiden?”

          “Terlebih dahulu Aiden nak minta maaf sebab pertemuan Aiden dengan Nyla bukanlah susuatu yang inidah.  Aiden..Aiden..”
  
          “Papa dah tahu semuanya dari Nyla.  Papa maafkan Aiden.  Lagipun papa tengok Aiden sememangnya ditakdirkan untuk Nyla.  Cuma cara kamu berdua menikah agak mengecewakan papa.  Tapi salah papa juga, papa tidak ada masa itu.”kesal Tan Sri Aiyuddin bertambah takala teringat akan kisah anaknya itu.

            “Aiden menyesal papa.  Dan untuk menebus kesilapan Aiden, benarkanlah Aiden datang kesini untuk bertemu dengan Nyla dan Amanda.”sebaik mendengar tutur kata Tommy, Tan Sri Aiyuddin menggeleng-geleng kepalanya.

            “Eh, bila masa pula papa cakap kamu tak boleh kemari.  Papa cuma minta kamu berhati-hati. Itu saja.”seloroh Tan Sri Aiyuddin bersama senyuman dibibir.  Tommy menarik nafas lega, ingatkan bapa mertuanya menegah dia datang kesitu lagi.  Rupa-rupanya masih ada peluang utnuk dia bersatu dengan keluarganya.

            “Pa..kenapa Nyla tak pernah berceritakan kepada Aiden tentang papa.”

          “Mungkin masa itu Nyla masih marahkan papa.  Sebab itu dia tak mahu menyebut tentang kisah silamnya.”serkap Tan Sri Aiyuddin.  Benar anaknya masih marahkan dirinya, tetapi setelah dinasihat oleh isterinya anaknya mula sedar akan kebenaran kisah diantara dirinya dan juga bekas isterinya iaitu ibu kepada Nyla dan Aiman.

            “Dan sekarang?”

           “Alhamdulillah, setelah pertemuan tak sengaja papa dengan kamu dan Nyla telah mencetuskan semangat baru buat papa.  Dan Allah itu maha kaya, setelah Nyla diusir oleh Vince dia datang kemari bertemu dengan mama.  Dan bermula dari situ papa dan mama yang menjaga Nyla sehingga papa terpaksa membuat keputusan untuk menghantar Nyla dan Aiman keluar negara demi keselamatan mereka.”
  
          “Demi keselamatan mereka? Apa maksud papa, Aiden tak faham.”
  
          “Vince sekali mengugut untuk mencederakan Nyla jika dia masih berhubungan dengan kamu.  Malah kali terakhir Nyla ingin bertemu dengan kamu dia nyaris-nyaris dilanggar Vince.”Tommy mengepal penumbuk, geram dengan perlakuan abang vince terhadap isterinya.
  
          “Untuk pengetahuan kamu, Nyla sering berada di cafĂ© yang berhampiran dengan  bangunan pejabat kamu.  Tujuan dia hanya satu, ingin melihat akan keadaan kamu.  Namun nasibnya kurang baik, ketika itu Vince sudah menghidu akan kehadirannya disitu.  Dan dari situ bermula pertengkaran sehingga Vince tergamak mahu mencederakan Nyla.  Mujur orang suruhan papa ada bersama Nyla, kalau tidak tentu Nyla sudah teruk dikerjakan Vince.”penjelasan Tan Sri Aiyuddin sedikit sebanyak mengundang api kemarahan didalam dada Tommy. “Abang vince dah melampau, Tom tak akan berdiam diri lagi.”
  
          “Papa jangan risau.  Aiden akan pastikan abang vince akan terima hukuman yang setimpal diatas perbuatannya itu.  Itu janji Aiden.”Tan Sri Aiyuddin menepuk bahu menantunya.  Sokong dengan segala tindakan yang bakal dilakukan oleh menantunya itu.
  
          “Papa sokong Aiden.  Kalau Aiden perlukan bantuan, jangan segan-segan beritahu papa.”
  
        “Abang teringatkan apa?”lamunan Tan Sri Aiyyudin terganggu saat terdengar suara lembut isterinya menyapa.

             “Tak ada apa-apa Su, apa cuma mengelamun sekejap.”

            “Mengelamun? Rindu kat siapa pula tu.”melebar senyuman Tan Sri Aiyuddin takala terdengar suara berbaur cemburu isterinya.

            “Rindukan sayanglah..”balas Tan Sri Aiyuddin selamba.  Apa lagi pecah tawa Nyla dan Aiden.

            “Abang..”marah Puan Sri Suzanne.  Suaminya ingin bergurau tak kena pada tempat.  Kan dah anak dan menantu dah gelak sakan.

            “Okaylah tu ma.  Papa rindu jugak kat mama.  Nyla ni siapalah yang nak rindu ye tak?”

         “Eh, kan Nyla milik abang.  Tentulah abang yang rindukan sayang.”sampuk Tommy pula memecah kesunyian.  NYla yang malu dengan kata-kata suaminya terus mencubit peha Tommy.

            “Ouch! Sakitlah yang.  Kalau hari-hari kena cubit macam ni, boleh lebam peha abang tau.”

            “Siapa suruh abang mengatal.  Kan dah kena.”Nyla pulang paku buah keras pula.

          “Menggatal dengan isteri sendiri tak tak boleh.  Betul tak mama, betul tak papa.”kali ini diheret sekali Tan Sri Aiyuddin dan Puan Sri Suzanne dalam permasalahan mereka.
  
          “Mama tak campur..’
  
          “Papa pun..”terus sahaja kedua-duanya mengangkat kaki. 
  
        “Amanda pun..”eh..eh..nak jugak menyampuk si comel ni.  Karang ada yang merajuk susah pulak.
  
          “Tengok, anak pun dah merajuk.”
  
          “Anak merajuk takpe,  daddy boleh pujuk.  Tapi kalau mummy  yang merajuk tu yang susah sikit.  Silap-silap tidur luar daddy malam ni.”seloroh Tommy sambil mengeyit matanya ke arah si isteri.  Amanda tertawa riang.  Riuh suasana dimeja makan pagi tu.  Terpancar senyum kebahagia dihati Tan Sri Aiyuddin.  Sudah lama dia mendoakan kebahagiaan anaknya itu.  Namun dalam diam terselit perasaan takut, apa yang akan terjadi jika Vince mendapat tahu anaknya Nyla sudah berada di Malaysia.  Adakah lelaki itu akan cuba membunuh anaknya lagi? Perkara itulah yang bermain dimindanya kini sehingga terlupa Puan Sri Suzanne sedari tadi asyik memandang wajah resah suaminya itu.
  
          “Abang kenapa?”tersentak Tan Sri Aiyuddin apabila disapa isterinya.
  
        “Tak, abang cuma risaukan keselamatan Nyla.”ujar Tan Sri Aiyuddin dalam nada bimbang.  Puan Sri Suzanne mengusap bahu suaminya, cuba meredakan keresahan hati suaminya itu.

        “Insyallah, dengan ada Aiden disisi.  Su percaya Nyla selamat.  Aiden akan pertahankan keluarganya.  Su pasti dan percaya dengan kemampuan Aiden untuk menangani masalah ini sebaiknya.  Abang janganlah risau.”pujuk Puan Sri Suzanne.  Tan Sri Aiyuddin menarik nafas lega.  Benar apa kata isterinya, Aiden ada.  Pasti lelaki itu tidak akan biarkan Vince mencederakan isteri dan anaknya.  Lagipun Aiden sudah berjanji akan selesaikan perkara ini dengan baik. 

            “Harap-harap begitulah.  Abang ingat nak ke Mekah lagi.”

            “Nak buat apa?”

            “Nak buat umrah sekaligus tunaikan haji buat kali kedua.  Su tak nak ikut?”
    
    “Nak, tentulah Su nak.  Dah lama Su berhajat nak ke sana.  Alhamdulillah abang dah ura-urakan dulu.  Bagai pucuk dicita, ulam yang mendatang.  Terima kasih bang.”Puan Sri Suzanne memeluk suaminya tanda gembira.

            “Mama dan papa ni masih romantik lagi kan?”sapa satu siara memecah kesunyian.  Dek terkejut dengan sapaan itu, terus Puan Sri Suzanne melepaskan pelukan.

            “Hish, kamu ni Nyla.  Papa nak bermesra-mesraan dengan mama pun tak boleh.”

            “Sapa kata tak boleh.  Nyla suka, manalah tahu dapat adik lagi selain Azrul dan Aiman.”satu cubitan hinggap diperut Nyla.

            “Auch! Sakitnya.  Mama ni cubit macam sepit ketam.”adu Nyla sambil mengosok-gosok perutnya.

            “Padan muka. Sapa suruh kamu cakap macam tu.  Mama ni bukan muda lagi, dah bercucu pun.  Patutnya kamu tu yang tambahkan cucu buat kami berdua.  Baru mama dan papa tak kesunyian.”merah padam muka Nyla bila diusik sebegitu.  Malah lebih merah bila Tommy menyahut, 
      
           “Betul tu mama, tak lama lagi Amanda ada adik.  Kali ini adik lelaki.”
         
          “Amanda ada adik? Adik boy? Yeah..yeah..Amanda nak ada adik, adik boy..”apa lagi suka betul Amanda bila daddynya berkata begitu.
         
             Kali ini giliran Tommy pula mengaduh, “Sakit yang, tak betul ke apa yang abang cakap.  Semalam kan kita dah….”belum sempat Tommy menyambung kata Nyla menutup mulut suaminya.

            “Perkara 18sx mana boleh cakap dekat orang.”keras amaran Nyla ditelinga Tommy.  Suaminya mengangguk saja.  Tentu isterinya malu bila dia membuka perbicaraan mengenai hubungan mereka malam tadi.

            “Semalam ada apa mummy?”

           “Tak ada apa-apa sayang.  Daddy ni saja nak buat lawak.”kali ini bukan sahaja Amanda, malah Tan Sri Aiyuddin dan Puan Sri Suzanne pula yang ketawa.  Sesungguhnya pagi itu mendatangkan kenangan indah di mahligia kepunyaan Tan Sri Aiyuddin.  

~Bersambung~