Friday 27 January 2012

HATIKU MILIKMU (Part 1)




"Cinta saya kepada awak tidak pernah padam, sejak dari dulu lagi. Cuma awak saja yang tak tahu ." Itulah kata-kata keramat darinya.   Dan bagiku, tiada lelaki lain yang bertakhta dihati ini hanyalah dia kerana "Hatiku adalah Milikimu Airel".
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Farah, jom. game dan nak mula kejap lagi”
 
“Nantilah dulu, aku nak tunggu Ariel datang. Apa kata kau pergi dulu.” Farah masih berdalih. 
 
“Tak naklah, nanti Cikgu Emma 'nerd' tu tanya pasal kau, apa aku nak jawab nanti.” kataku padanya lagi, aku dah tak larat nak cover kau lagi.”
 
“Kau kelentong ajelah aku kat tandas tengah sakit perut. Cepat pergi nanti bising pulak si ‘nerd’ tu.” Farah sudah menolakku agar aku segera tinggalkannya sendirian disitu.
 
“Suka hati kau lah, nanti jangan nak salahkan aku pulak.“ Aku segera beredar, tidak mahu lewat ke padang sedangkan jam telah menunjukan pukul 2.30ptg. Dari jauh aku lihat lambaian dari Tasha dan Eva mengamitku tanpa menyedari,
 
Tiba-tiba... Buk, aku dapat rasakan badanku berlanggaran dengan seseorang, Debaran didadaku kencang dan dalam masa yang sama aku dapat merasakan ketika ini aku berada diatas dada seseorang.  
 
Ya Allah!, ketika ini hanya Tuhan yang tahu betapa malunya, aku kini dalam keadaan yang mengaibkan kerana berada diatas badan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Ariel, macam mana mamat ni ada kat sini plak. Ini kalau si Farah nampak, confirm aku kena. Belum pun habis fikir, kedengaran jeritan nyaring. Terus aku bangun dan ingin beredar. Namun, belum sempat aku berbuat apa-apa, tanganku disentap dan satu tamparan hinggap dipipiku. Apa salahku?
 
“Hei perempuan, kau buat apa hah? bukan ke tadi aku suruh kau pergi dulu. Ni kenapa kau boleh ada disini.” Farah menunjal-nunjal kepalaku. Apa ingat kepala aku tak bayar zakat ke? Papa aku bayar setiap tahun tau.
 
“Macam mana aku boleh ada kat sini? Eh! Ini bukan ke padang, suka hati aku lah.” Bisik hati kecilku. Malas hendak berbalah, lantas aku terus pergi meninggalkan mereka semua.  Sakit akibat tamparan dari Farah tidak aku hiraukan, malah panggilan dari Tasha dan Eva juga tidak aku peduli. Yang aku mahu sekarang adalah pulang ke rumah dan menangis semahu-mahunya.  Aku sedih kerana rakan baikku sanggup menamparku disebabkan oleh seorang lelaki. 
 
Akibat kejadian tempoh hari, aku tidak ke sekolah selama seminggu. Mama yang mengerti tidak banyak soal, cuma Papa yang marah mengapa aku bersikap begini. Akhirnya, Papa telah membuat keputusan menukarkan aku ke sekolah lain.  Walaupun setelah bertukar di sekolah lain, aku masih tidak dapat menerima kejadian yang berlaku lebih sebulan yang lalu. Fikiranku sering terbayang akan peristiwa itu, yang menghairankan bagaimana dan sejak bila pula si Ariel berada di padang sedangkan dia ada temujanji dengan Farah dikantin sekolah. Walaupun aku sendiri meminati Ariel dalam diam, tapi disebabkan Farah aku rela memendamkan perasaan hati ini. Ah, lantaklah. Malas aku nak fikir pasal dia. Sekarang ini aku perlu tumpukan pada SPM yang akan datang dalam masa 2 bulan lagi.
 
 
 
Keputusan peperiksaan yang aku dapat sungguh mengejutkan, aku tidak sangka boleh dapat 8A sedangkan aku sendiri tidak percaya. Mungkin ini berkat kesungguhanku untuk meniti ke menara gading. Lantaran Papa berhasrat untuk menghantarku melanjutkan pengajianku ke Australia. Selama 5 tahun aku berada disana, dan selama itu rasa cintaku kepadanya tidak pernah padam.
 
Sejak bergelar pelajar disini aku banyak menghabiskan masa mengulangkaji serta mentelaah. Biar ramai yang datang menghulurkan salam perkenalan, ku tolak dengan alasan ingin meneruskan pengajian tanpa sebarang ikatan. Namun takdir menentukan segalanya, suatu malam ketika aku pulang dari library aku telah ditarik oleh seseorang yang tidak aku kenali ke lorongan pejalan kaki. Disana lelaki itu cuba untuk perkosaku, tetapi dengan izin Allah datang seorang lelaki yang membantu setelah mendengar jeritanku.
 
Ariel, lelaki itulah yang telah menolongku. Dalam hujan lebat aku diselamatkan olehnya, dia telah membawaku pulang ke rumahnya. Aku tidak dapat mengingati apa yang berlaku diantara kami berdua, kerana keesokan harinya aku dapati kami berdua sedang tidur diatas katil yang sama.
 
Pagi itu, aku menangis sepuas-puasnya. Maruahku terasa dipijak-pijak, sudahlah terlepas dari mulut buaya tapi termasuk pula dalam kandang harimau. Ariel aku lihat termenung dengan kejadian yang menimpa, katanya apa yang berlaku diluar kesedarannya. Malam selepas dia menyelamatkanku, kami pulang ke rumahnya sementara menunggu hujan reda. Selepas itu Ariel sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini timbul, Ariel setuju untuk bertanggungjawab. dia rela menikahiku untuk menutup aib keluarga kami berdua.
 
 Antara rela dan terpaksa, aku pasrah.  Tetapi pada masa yang sama aku tak mahu Mama dan Papa tahu akan kejadian yang memalukan ini.  Tapi apa pilihan yang aku ada, akhirnya aku setuju untuk menerima lelaki yang bernama Zafriel Shah Bin Dato Roslan Shah sebagai suamiku. Acara pernikahan kami hanya ditemani oleh dua orang rakan Ariel sebagai saksi, manakala Sofea teman baikku turut menjadi saksi diatas pernikahan kami berdua. Pernikahan ini bagiku hanya untuk menutup malu dan menyelamatkan maruahku, tapi bagi Ariel pula ini untuk selamanya. Namun demikian kami berdua sepakat untuk mengikut haluan masing-masing kerana tidak mahu terikat dengan perkahwinan tanpa rela ini.
 
Sebulan selepas itu, aku tidak lagi menerima khabar berita dari Ariel. Apa yang aku dengar dari rakan-rakannya, dia sudah pun menghabiskan pengajiannya dan pulang ke Malaysia. Cincin dijari kupandang sepi, lalu dengan perlahan-lahan aku cabut dan simpan sebagai loket dirantaiku, dan seperti mana juga aku menyimpan rahsia perkahwinan kami dari pengetahuan semua.

 
Akhirnya setelah 4 tahun berada dinegara orang, aku pulang ke tanahairku. Sejak pulang hingga kini aku masih dirumah sementara menanti tawaran pekerjaan, walaupun Papa meminta aku bekerja dengannya, aku menolak dengan alasan ingin berdikari tanpa bantuannya. Dengan izin Allah, aku ditawarankan pekerjaan disebuah syarikat perumahan yang besar atas bantuan Papa. Pada mulanya aku agak keberatan untuk menerimanya, namun setelah mendapat nasihat dan restu dari kedua orang tuaku aku terima juga. kata Papa, dia lebih selesa jika aku bekerja dibawah pengawasan Uncle Roslan iaitu sahabat baik Papa sejak mereka di universiti lagi.  Hari ini adalah hari pertama aku bekerja, aku memilih blaus putih yang dipadankan dengan sepasang seluar slack yang berwarna hitam. Setelah meneliti penampilanku, aku bersedia untuk memulakan hariku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Menara Axis Holdings….
 
"Selamat pagi, boleh saya berjumpa dengan Encik Rafael.  Saya ada temuduga dengannya pagi ini." tuturku lembut.
 
“Sebentar ya Cik...”sambil berkata penyambut tetamu itu bertanyakan namaku.
 
“Cik Alisya Nurulain Binti Jamaludin.” Jawabku.
 
“Oh, Cik Alisya.. silakan Encik Rafael sudah menunggu dibilik mesyuarat 2.”  Penyambut tetamu itu membawaku ke bilik yang berada disebelah kirinya itu.
 
Ketika pintu dibuka, aku melihat ada 2 orang lelaki bersama seorang wanita berada didalam bilik tersebut. Salah seorang lelaki yang duduk berhampiran dengan pintu bangun menyambut kedatanganku. Dengan tidak kuduga wajah yang telah hampir 5 tahun tidak aku ketemui berada dihadapanku.  Aku terpegun sejenak, namun bila aku dia buat tidak endah aku jadi serba salah. Lantas aku berpura-pura tidak mengenalinya seperti mana yang dia lakukan kepadaku. Aku lihat sepasang mata beningnua masih sama dan ditambah pula dengan kekacakan yang dia miliki membuatkan aku terpanar sebentar.  "Masih ingatkah dia kepada diriku."persoalan itu berlegar diminda.

“Well, Cik Alisya have a sit. Let me intoduce myself, I'm Rafael GM of Finance dept and beside me is Encik Zafriel Shah our vice president of the chairman group and Puan Fatin my secretary.”  Lamunanku tersentak, aku cepat-cepat sedarkan diriku agar tidak terus hanyut.
 
Salam ku hulurkan sebagai tanda hormat kepada Puan Fatin, dan kepada kedua lelaki itu aku sekadar menganggukkan kepala.   Namun disaat mataku bertentangan dengan si dia, dia melemparkan senyum sinis. aku terpana. Ya Allah, kuatkanlah imanku ini.
 
“Cik Alisya Nurulain, sudah berapa lama awak pulang dari luar negara?” pertanyaan Encik Rafael membawaku ke dunia realiti. Kelam kabut aku dibuatnya.
 
"Sudah hampir 5 bulan saya pulang ke tanahair.  Cuma beberapa minggu kebelakangan ini saja baru saya mula mencari pekerjaan." terangku tenang.

“Oh begitu, sebelum ini pernah ke Cik Alisya bekerja dimana-mana syarikat.” Soal Encik Rafael lagi.
 
“Kalau di Australia saya pernah buat pratikal di salah sebuah syarikat selama 1 tahun. Walaupun tidak banyak yang saya pelajari, tapi cukup untuk menimba pengalaman yang indah disana.”

“Wow! very interesting. So, why did you came back? Kenapa tidak terus menetap kat sana"  kedengaran suara Zafriel Shah pula menyoalku.  Suara inilah yang membuatkan aku semakin rindu padanya, malang sekali dia sedikitpun tidak memandang ke arahku.  Jijik sangatkah aku.

“Because of my parents, they what me to come back here. Juga ada perkara yang perlu saya selesaikan.”ujarku sambil  memandang tepat ke arah matanya, ingin melihat reaksinya.  

Your parents,dan juga masalah. ... Dia tidak jadi meneruskan kata-kata tersebut. Aku resah diperlakukan begitu, fikiranku masih kacau mengenangkan adakah dia masih ingat padaku lagi.. ah kacau betul lah.

“So Cik Alisya, can you start work next week. If you can, my HR Manager will prepared all the documentation for you to sign before you leave. “ aik! cepatnya aku ditawarkan pekerjaan.  Rasa pelik meyelubungiku seketika, rasa tidak percaya pun ada juga.  Tapi mengapa Zafriel yang beria-ia sangat, mengapa yang 2 orang itu kelihatan kehairanan.
 
Spontan aku lihat Encik Rafael menyiku Encik Zafriel Shah.  Telatah mereka berdua mencuri perhatianku.  Apa sebenarnya yang berlaku, aku sendiri tidak tahu.  Alih-alih aku lihat mereka berdua bangkit lantas meninggalkan aku dengan Puan Fatin.

"Kau biar betul Ril, baru sekali interview kau dah nak offer dia kerja.  Agak-agaklah sikit bro."Rafael begang, sikap terburu-buru sahabatnya menjadi tanda tanya.
"Bro, aku bukan nak ambil sebarangan orang tau.  Kau tahu tak siapa dia?"Zafriel menyoal Rafeal pula.  Macamlah Rafeal kenal siapa wanita yang sedang mereka temuduga itu.

“Siapa Ril? Manalah aku kenal, cuba kau explain.” Rafeal mula cuak, pelik dengan perangai sepupunya yang seorang ini.
 
“Dia..dia..” Zafriel teragak-agak untuk meneruskan kata.  Lantas Rafael menjerkah sepupunya itu,  “Dia..dia.., dia siapa Ril?”
 
“Dia isteri aku bro.” Akhirnya terkeluar juga ayat itu dari bibir Zafriel. 
 
“Maksud kau? boleh tak kau cakap tu biar terang, tak payah nak suruh aku main teka-teki pulak.”marah Rafael.
 
"Alisya Nurulain, takkan kau tak ingat sikit pun tentang dia."Zafriel menunduk, tidak sanggup bertentang mata dengan sahabatnya itu.
 
“Maksud kau si Alisya ni budak junior kita masa kat Sekolah Sains dulu tu dan juga ex-wife kau. Dengan pantas Ariel menekup mulut Rafael dari terus berkata-kata. “
 
“Syhh... kau ni perlahanlah sikit. Nanti semua orang dengar baru tahu. Dia masih lagi isteri aku yang sah Raf. Aku tak pernah ceraikan dia pun. Tapi kau perasan tak yang wajah dia totally 100% berubah selepas 5 tahun.”
 
“Yelah, aku pun terkejut jugak. Kau rasa dia masih ingat kat kau lagi tak?”
 
“Entahlah, tapi yang pasti aku tidak akan lepaskan dia macam dulu lagi. Aku nak dia kembali padaku sebab aku masih sayangkan dia sejak hari pertama aku nikahi dia. Perasaan itu tidak pernah berubah walaupun setelah 5 tahun berlalu.”

“Ariel, aku doakan yang terbaik buat kau.” Genggaman erat tangan Rafael menaikkan semangat Ariel untuk berjuang mendapatkan cinta Alisya semula.
 
“Jom kita masuk, let's finish the interview session. Jangan nanti dia syak yang bukan-buka pula.” Ujar Rafael pula.

“Okay bro, let's go before dia syak sesuatu.” Kedua-dua lelaki itu berjalan semula menuju ke pintu bilik mesyuarat itu.
 
"Apalah 2 orang lelaki itu tadi bualkan.  Dah pulak tu minah sorang ini asyik duk pandang-pandang aku semacam aje.  Cepat-cepatlah selesai, aku dah boring ni.  Takkan tak habis-habis berbincang lagi kot."keluhku dalam hati.
 
Pintu bilik terkuak, tersembul wajah Encik Rafeal diikuti dengan Encik Zafriel masuk sambil tersenyum ke arahku.  Tidak mahu dikatakan tidak sopan, aku turut membalas senyuman mereka.

“So Cik Alisya, can you wait my secretary to prepared the appoitment letter. I need you to sign before you leave.” Kali ini Rafael pula yang berkata demikian, tpai lelaki disebelahnya pula hanya merenungku tanpa berkelip.  Seram beb! Tak tahan godaan kalau macam ni.  Apa lagi, gembiranya aku bila mendapat tahu yang aku ditawarkan bekerja disyarikat ini.  Tak sabar-sabar rasanya nak balik dan khabarkan kepada Mama dan Papa mengenainya.  Tanpa aku sedari, ini semua adalah sebahagian daripada rancangan Papaku sendiri.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Macam mana Lan, mereka berdua dah bertemu kan pagi tadi.” soal Jamaluddin kepada sahabatnya itu.  Mereka sudah berjanji untuk bertemu disini bagi membincangkan tentang anak-anak mereka.
 
“Dah, Rafael ada bagitahu pada aku. Kelakar juga bila Rafael cakap mereka berdua berlakon saling tidak mengenali satu sama lain.” Tercetus tawa kecil dibibir Dato Roslan Shah apabila menceritkan insiden itu.
 
“Biar pi mereka, asalkan niat kita nak satukan mereka semula.  Dah terlalu lama aku tengok anak gadis aku memendam rasa cinta dia. Nak juga aku tengok mereka bahagia.” Jamaluddin sudah membayangkan kebahagian yang bakal anak gadisnya kecapi semula.
 
“Betul Mal, aku setuju sangat. Si Zafriel tu, sejak balik dari luar negara asyik kerja aje memanjang.  Bila aku tanya bila nak kahwin dia mengelak.  Kalau tak kerana kau jumpa aku dan ceritakan tentang mereka, sampai aku tutup matamu pun belum tentu mereka akan bersatu semula.” Dato’ Roslan sudah lama give up dengan perangai anak bujangnya itu.  Nasib baik sahabatnya datang bertemu dengannya beberapa bulan yang lalu dan menceritakan tentang perkara ini. 
 
“Aku tak sangka pula mereka nak bernikah senyap-senyap.  Nasib baik masa hari nak nikah tu kawan aku kat pejabat kedutaan telefon.  Mulanya aku tak setuju, tapi bila aku fikirkan semula apa salahnya. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang akan jaga anak perempuan aku tu. Tapi tup-tup tak sampai sebulan menikah, anak kau balik kemari pula.” Sayu suara Jamaludin menceritakan perkara itu, lantas Dato’ Roslan mengusap bahu sahabatnya itu.
 
“Mal, aku tak kisah. Janji anak aku bahagia, tapi bila dia balik dan tinggalkan isterinya kat sana buat aku marah sangat.  Tapi bila aku tanya dia minggu lepas dia cakap yang dia tak sengaja nak buat macam tu.  Dia tak tahu macam mana nak terangkan kat kami, itu sebab dia diamkan saja.  Aku minta maaf bagi pihak anak bujang aku tu, insyaallah lepas ni aku akan pastikan mereka bersatu semula.” Itu janji Dato’ Roslan kepada besannya itu.
 
“Harap-harap mereka akan belajar dari kesilapan yang lalu.  Dan kita pula sebagai orang tua akan bantu satukan mereka semula.” Itulah harapan Jamaludin dan juga Dato’ Roslan.
 
 
 

“Ini mesti Cik Alisya kan? saya Rafidah, call me Fida. Saya telefonis merangkap penyambut tetamu disini. Welcome to the company. kami bersalaman.
 
“Terima kasih Fidah, just call me Alisya will do. By the way, Encik Rafael dah sampai ke?” soal Alisya pula.
 
“Encik Rafael belum sampai lagi, tapi ...” belum sempat Fida menghabiskan ayatnya, kedengaran sesorang berdehem dibelakangnya.

“Ehem..ehem good morning to you Cik Alisya. Encik Rafael tak ada, tapi saya ada.” Ssrentak aku dan Fida memandang kebelakang mencari tuan empunya suara.

“Oh! Encik Zafriel, bila encik sampai.” Fida bertanya kepada majikannya tanpa menyedari renung tajam bosnya terhadapku.

“Dah lama, sempat juga minum kopi.” Perlinya, “Oh ya, Cik Alisya sila ikut saya.” Aku ekorinya sambil melambai tangan tanda kepada Fida.  Gadis itu tersenyum manis.
 
Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke ruangan pejabatnya, aku terpegun sejenak melihat keindahan hiasan dalamanya. Susunan dan aturan perabot yang cantik dengan lukisan abstrak yang tergantung indah di dinding serta diserikan wallpaper yang menarik. Tiba-tiba aku terpandang potret keluarganya, bukankah itu Uncle Roslan. Biar betul mangkuk ni anak uncle.

“Awak pandang apa Cik Alisya, duduklah.” Zafriel sudah mengambil tempat dikerusi empuknya.  Wajah isterinya dipandang sekilas, cantik!
 
“Mak ai, mahu jatuh jantung aku ni dengan sergahan mamat ni. Dah pulak tu cakap betul-betul disebelah telinga aku ni. Seram pulak rasanya.” Aku duduk di sofa seperti diarahkannya. Pandangan mata Zafriel membuatkan aku rimas. Aku cuba sedaya-upaya untuk tidak menunjukkan reaksi jengkel terhadap pandanganya

Ariel masih meneliti wajah dihadapnya, dah cantik minah ni. 4 tahun cukup untuk merubah seseorang. Namun perasaan aku terhadapnya masih seperti dulu, cuma Alisya saja yang tidak tahu.

“Alisya Nurulain, do you still remember me?” Akhirnya tercetus juga persoalan itu dari mulut Zafriel.

“Maaf, saya tak faham apa yang Encik Zafriel ingin katakan.” aku masih berpura-pura.

“Come on Alisya, 5 tahun bukannya lama sangat pun.” Zafriel bengang, isterinya ini sengaja nak sakitkan hatinya.

“Encil Zafriel, saya datang untuk melaporkan diri dan bekerja disyarikat ini. so straight to the point.” Masih lagi ingin berpura-pura. Alisya sebenarnya mahu Zafriel yang mengaku dulu, kali ini dia sudah nekad.  Benci juga dengan tindakan Ariel yang mahu bermain tarik tali dengannya. Dia tahu Ariel sengaja mahu dia  dulu mengakuinya, tapi dia tidak mahu dan tidak akan sesekali mengakuinya. Biar apapun yang akan terjadi, dia  tetap dengan pendiriannya.
 
“Alisya Nurulain, takkan awak dah lupa. Saya, Zafriel Shah lelaki yang telah menikahi awak 5 tahun yang lalu semasa kita sama-sama belajar di Australia dulu.” Zafriel sudah bangun dari kerusi empuknya.  Sengaja dia bangun, biar Alisya tahu akan kuasa veto masih ditangannya.

“Haah?” serentak dengan itu daun pintu pun terbuka, kelihatan Encik Rafael menghampiri kami berdua. Suasana menjadi sunyi seketika. Kehadiran Rafael sedikit sebanyak membantuku lari dari masalah yang timbul. Segera perbualan bertukar menjadi formal semula.
 
Kepenatan hari pertama bekerja tidak terasa, tetapi akal dan fikiran yang menyebabkan aku hilang semangat untuk berkerja disana. Bertemu semula dengan orang yang aku cuba elakkan membuatkan fikiranku sesak. Aku tidak mengerti mengapa baru sekarang Ariel mahu mengaku dia suamiku, dimanakah dia menghilang 4 tahun yang lepas. Sungguh aku tidak faham apa yang diinginkan Ariel. Petang itu juga aku terus bertemu dengan rakan baikku Sofea.

“Sofea, kau ingat lagi tak pada Ariel.” Soalku.
 
“Ariel mana pulak ni, cuba kau ceritakan sikit.”
 
“Zafriel Shah Bin Dato' Roslan Shah, lelaki yang menjadikan dirinya suamiku pada 4 tahun yang lalu”
 
Of course aku ingat dia, kenapa? “
 
“Aku ada tersempak dengan dia, and it happens that he is my boss now.
 
What? how this could be. Aku ingat korang berduakan dah berpisah.”
 
“Bila masa aku berpisah dengan dia,  kami masih terikat adalah.”
 
“Maksud kau, he still your husband?”
 
“Ya, tapi tak tahulah pula kalau dia ada failkan kes semasa aku masih di Australia dulu. Tapi rasanya tak kot, kalau tidak kenapa aku tak dapat apa-apa surat dari pejabat agama.”
 
“Apa kata kau tanya kat dia sendiri, lagipun kau kata dia boss kau sekarang.”nasihat Sofea ni boleh membunuh beb.  Ada ke patut suruh aku tanya kat mamat tu, giler aper.
 
“Haah! no.. no... I dont think so. Aku mengawang tangan tanda tidak setuju dengan saranannya itu.
 
“Suka hati kaulah, by the way how's he look?”
 
“Masih seperti dulu, cuma muka dia nampak sudah matang dan berkarisma.  Bakal CEO kan, so kenalah Nampak lebih matang.” ujarku.
 
“Wow! tentu dia dah kacak kan? kau tak terpikat semula ke?” apa punya soalan da, Sofea ni memang nak kena sebijik.
 
Aku hanya tersenyum melihat kegairahan Sofea yang beria-ia ingin bertemu dengan Ariel. Dalam hati ini masih lagi berteka-teki tentang statusku. Buat apa aku fikirkan semua itu, jangan-jangan dia sudah berkahwin lagi setelah pulang ke Malaysia. Tak mustahil kan, lelaki bukannya boleh dipercayai. Cemburukah aku, oh! Tidak.
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Anak mama ni, sejak bekerja dengan uncle Roslan, asyik termenung saja. Kenapa sayang?” soal mama ketika aku sedang berehat dihalaman rumah

“Mana ada ma, ada-ada sajalah.” segera aku melentok kepalaku dibahu mama, cuba untuk membuang keresahan yang bertamu.

“Alisya, mama nak tanya sikit boleh?”
 
“Tanya banyak pun boleh, ada apa mama?”
 
“Sejak pulang dari Australia sampai dah kerja kat ofis Uncle Roslan ni, mama tengok Alisya selalu menyendiri. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Alisya ke. Atau Alisya dah jatuh hati dengan seseorang. Boleh mama tahu siapa orangnya.” Mama ni dah jadi macam ahli nujum pula.  Ketara sangat ke perubahan pada diri aku ni.

“Tak ada lah mama, Alisya baik-baik saja. Okaylah, Alisya naik dulu. Nak solat Asar, nanti terlepas pulak.” Cepat-cepat aku melangkah menuju ke tingkat atas, nak mengelak dari diterjah macam-macam soalan dari mama. Nak lari beb, sebelum rahsia terbongkar.
 
“Ini yang mama tak suka, asal tanya aje mesti Alisya tukar topik. Sampai bila anak mama ni nak bersendirian.” Bebelan mama aku dengar walaupun sayup-sayup.  
 
Aku tak mahu mama bertanya aku persoalan itu lagi, tapi aku silap ketika aku sedang berehat dikamar mama datang membawa sekeping sampul surat berwarna coklat. Lalu dihulurkan kepadaku.
 
“Mana...mama.. dapat.. benda ni. “ suaraku bergetar menahan kesedihan. Aku tidak tahu dari mana mama perolehi salinan sijil nikahku. Mama lalu memelukku, cuba menenangkan perasaanku yang tidak keruan.
 
“Mama dapat salinan sijil nikah kamu sejak 5 bulan yang lepas, dari Papa.”
 
“Papa? maksud mama.. “ aku sudah tidak sabar menanti butiran kata-kata yang akan keluar dari mulut mama. Terasa sesak didalam kamar ini, aku sendiri berasa agak sukar untuk bernafas. Wajah mama masih tenang memandang ke arahku.
 
“Kata papa, wife uncle Roslan pun jumpa sijil asal ini dalam bilik Ariel. Mereka ada juga bertanya kepada Ariel siapakah wanita yang telah dikahwininya tanpa perngetahuan mereka. Bila Ariel cakap Alisya adalah isterinya, Uncle Roslan terus hubungi mama dan papa.”
 
“Papa...marah.. tak? Alisya minta maaf sangat sebab tak beritahu mama dan papa mengenai pernikahan kami berdua. Masa itu kami terdesak, dan ... “ belum sempat aku menghabiskan ayat seterusnya, mama terus memelukku. Tangisannya meletus, aku sendiri terikut sama kerana berasa kesal dengan perbuatanku yang lalu.
 
“Papa tak marah, malah papa yang memberikan kebenaran ketika rakannya menyampaikan berita tersebut. Cuma papa merahsiakan daripada mama sebab mahu Alisya sendiri berterus-terang pada kami semua.  Tapi mama sedih sebab sejak pulang sehingga ke hari ini, Alisya masih mahu berahsia dengan mama.” Sayu sungguh suara mama.  Lantas aku tarik mama kedalam pelukanku.
 
“Mama, Alisya takut. Semua ini berlaku tanpa kamu duga. Lagipun sebulan selepas kami bernikah, Ariel pergi meninggalkan Alisya sendirian disana.  Alisya malu nak ceritakan kepada mama tentang perkara ini.” Aku menangis didalam pelukan mama.  Hatiku tersentuh apabila mama mengusap lembut kepalaku.
 
“Sayang, mama tak marah.  Malah mama bersyukur sebab Alisya bertemu jodoh dengan Ariel. Walaupun mama, papa serta keluarga Uncle Roslan amat kecewa dengan perbuatan kalian, tapi kami gembira sebab kata Uncle Roslan,  Ariel juga menyintai Aliysa.”  Aku segera meregangkan pelukan mama, tidak percaya dengan kata-kata terakhir dari mama. Betul ke Ariel sebenarnya menyintaiku juga, tapi kenapa dia tidak pernah cuba menghubungiku ketika aku masih di Melbourne dulu.
 
“Betul ke mama? Alisya tak percayalah.” Aku mengeleng kepala tandan tidak percaya apa yang mama katakan itu tadi.
 
“Takkanlah mama nak bohong kat Alisya pula, kalau tidak kenapa mama dan papa panggil Alisya balik ke Malaysia dan bekerja disyarikat Uncle Roslan. Semua ini kami rancang untuk satukan kalian berdua, kami tak mahu seorang kat sana dan seorang lagi kat sini. kalau macam ni sampai bila-bila pun mama dan papa tak dapat merasa jadi datuk dan nenek.” Ketawa kecil meletus dibibir mama membuatkan wajahku terasa hangat. Anak! oh betapa jauhnya angan-angan mama, tak tercapai akalku. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan selain dari berdiam diri. Aku sendiri tidak pasti bagaimana penerimaan Ariel terhadap diriku. Empat tahun adalah satu jangka masa yang panjang, mungkinkah masih ada secebis rindu buatku atau hanya aku saja yang merasakan tetapi tidak dia. Ya Allah! berikanlah aku pertunjuk dariMu.
 
----------------------------------------------------------
 ~Bersambung~
P/S: Saya telah mengedit semula cerita ini. Harap semua berpuashati. TQ.

Tuesday 17 January 2012

HATIKU MILIKMU - NEERA AF9

Saya gemar mendengar alunan irama lagu ini. Mendayu-dayu seiring dengan rentak lagunya. 

Dengarkanlah...

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Cerpen - Hatiku Milikmu

"Cinta saya kepada awak tidak pernah padam, sejak dari dulu lagi. Cuma awak saja yang tak tahu ." Itulah kata-kata keramat darinya. 

Dan bagiku, tiada lelaki lain yang bertakhta dihati ini hanyalah dia kerana "Hatiku adalah Milikimu Airel".
Farah, jom. game dan nak mula kejap lagi

Nantilah dulu, aku nak tunggu Ariel datang.  Apa kata kau pergi dulu.

Tak naklah, nanti Cikgu Emma 'nerd' tu tanya pasal kau, apa aku nak jawab nanti.

Kau kelentong ajelah aku kat tandas tengah sakit perut.  Cepat pergi nanti bising pulak si nerd tu.

Suka hati kau lah, nanti jangan nak salahkan aku pulak.  
Aku segera beredar, tidak mahu lewat ke padang sedangkan jam telah menunjukan pukul 2.30ptg.  Dari jauh aku lihat lambaian dari Tasha dan Eva mengamitku tanpa menyedari, Tiba-tiba... Buk, aku dapat rasakan badanku berlanggaran dengan seseorang, Debaran didadaku kencang dan dalam masa yang sama aku dapat merasakan ketika ini aku berada diatas dada seseorang.   
Ya Allah, ketika ini hanya Tuhan yang tahu betapa malunya, aku kini dalam keadaan yang mengaibkan kerana berada diatas badan seorang lelaki.  Dan lelaki itu adalah Ariel, macam mana mamat ni ada kat sini plak.  Ini kalau si Farah nampak, confirm aku kena. Belum pun habis fikir, kedengaran jeritan nyaring. Terus aku bangun dan ingin beredar.  Namun, belum sempat aku berbuat apa-apa, tanganku disentap dan satu tamparan hinggap dipipiku.  Apa salahku? 
Hei perempuan, kau buat apa hah?  bukan ke tadi aku suruh kau pergi dulu. Ni kenapa kau boleh ada disisni.
Ada sini? bukan ke ni padang. Bisik hati kecilku.  Malas hendak berbalah, lantas aku terus pergi meninggalkan mereka semua.

Sakit akibat tamparan dari Farah tidak aku hiraukan, malah panggilan dari Tasha dan Eva juga tidak aku peduli.  Yang aku mahu sekarang adalah pulang ke rumah dan menangis semahu-mahunya.
Akibat kejadian tempoh hari, aku tidak ke sekolah selama seminggu.  Mama yang mengerti tidak banyak soal, cuma Papa yang marah mengapa aku bersikap begini.  Akhirnya, Papa telah membuat keputusan menukarkan aku ke sekolah lain. 
Walaupun setelah bertukar di sekolah lain, aku masih tidak dapat menerima kejadian yang berlaku lebih sebulan yang lalu.  Fikiranku sering terbayang akan peristiwa itu, yang menghairankan bagaimana dan sejak bila pula si Ariel berada di padang sedangkan dia ada temujanji dengan Farah dikantin sekolahWalaupun aku sendiri meminati Ariel dalam diam, tapi disebabkan Farah aku rela memendamkan perasaan hati ini.   Ah, lantaklah.  Malas aku nak fikir pasal dia.  Sekarang ini aku perlu tumpukan pada SPM yang akan datang dalam masa 2 bulan lagi. 
==============================================================================
Keputusan yang aku dapat sungguh mengejutkan, aku tidak sangka boleh dapat 8A sedangkan aku sendiri tidak percaya.  Mungkin ini berkat kesungguhanku untuk meniti ke menara gading.  Lantaran Papa berhasrat untuk menghantarku melanjutkan pengajianku ke Australia.  Selama 5 tahun aku berada disana, dan selama itu rasa cintaku kepadanya tidak pernah padam. 

Melbourne, Australia
Sejak bergelar pelajar disini aku banyak menghabiskan masa mengulangkaji serta mentelaah.  Biar ramai yang datang menghulurkan salam perkenalan, ku tolak dengan alasan ingin meneruskan pengajian tanpa sebarang ikatan.  Namun takdir menentukan segalanya, suatu malam ketika aku pulang dari library aku telah ditarik oleh seseorang yang tidak aku kenali ke lorongan pejalan kaki.  Disana lelaki itu cuba untuk perkosaku, tetapi dengan izin Allah datang seorang lelaki yang membantu setelah mendengar jeritanku.  
Ariel, lelaki itulah yang telah menolongku.  Dalam hujan lebat aku diselamatkan olehnya, dia telah membawaku pulang ke rumahnya.  Aku tidak dapat mengingati apa yang berlaku diantara kami berdua, kerana keesokan harinya aku dapati kami berdua sedang tidur diatas katil yang sama. 
Pagi itu, aku menangis sepuas-puasnya.  Maruahku terasa dipijak-pijak, sudahlah terlepas dari mulut buaya tapi termasuk pula dalam kandang harimau.  Ariel aku lihat termenung dengan kejadian yang menimpa, katanya apa yang berlaku diluar kesedarannya.  Malam selepas dia menyelamatkanku, kami pulang ke rumahnya sementara menunggu hujan reda.  Selepas itu Ariel sendiri tidak tahu apa yang terjadi.  Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini timbul, Ariel setuju untuk bertanggungjawab.  dia rela menikahiku untuk menutup aib keluarga kami berdua. 

Aku tidak rela, tetapi pada masa yang sama aku tidak mahu mama dan papa tahu akan kejadian ini.  Tapi apa pilihan yang aku ada, akhirnya aku setuju untuk menerima lelaki yang bernama Zafriel Shah Bin Dato Roslan Shah sebagai suamiku.
MALAYSIA
Akhirnya setelah 5 tahun berada dinegara orang, aku pulang ke tanahairku.  Sejak pulang hingga kini aku masih dirumah sementara menanti tawaran pekerjaan, walaupun Papa meminta aku bekerja dengannya, aku menolak dengan alasan ingin berdikari tanpa bantuannya.  Dengan izin Allah, aku ditawarankan pekerjaan disebuah syarikat perumahan yang besar atas bantuan Papa.  Pada mulanya aku agak keberatan untuk menerimanya, namun setelah mendapat nasihat dan restu dari kedua orang tuaku aku terima juga.  kata Papa, dia lebih selesa jika aku bekerja dibawah pengawasan Uncle Roslan iaitu sahabat baik Papa sejak mereka di universiti lagi.

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja, aku memilih blaus putih yang dipadankan dengan sepasang seluar slack yang berwarna hitam.  Setelah meneliti penampilanku, aku bersedia untuk memulakan hariku.

Menara Axis Holdings

Selamat pagi, boleh saya berjumpa dengan Encik Rafeal. Saya ada temuduga pagi ini.
Sebentar ya Cik...sambil berkata penyambut tetamu itu bertanya namaku.

Cik Alisya Nurulain Binti Jamaludin.
Oh, Cik Alisya.. silakan Encik Rafael sudah menunggu dibilik mesyuarat 2.

Penyambut tetamu membawa aku ke ruangan yang dimaksudkan.  Ketika pintu dibuka, aku melihat ada 2 orang lelaki bersama seorang wanita berada didalam bilik tersebut.  Salah seorang lelaki yang duduk berhampiran dengan pintu bangun menyambut kedatanganku.  Dengan tidak kuduga wajah yang telah hampir 5 tahun tidak aku ketemui berada dihadapanku. 

Aku terpegun sejenak, namun bila aku dia buat tidak endah aku jadi serba salah.  Lantas aku berpura-pura tidak mengenalinya seperti mana yang dia lakukan kepadaku. Aku lihat sepasang mata beningnua masih sama dan ditambah pula dengan kekacakan yang dia miliki membuatkan aku terpanar sebentar.  Masih ingatkah dia kepadaku? persoalan itu berlegar diminda. 

Well, Cik Alisya have a sit.  Let me intoduce myself, I'm Rafael GM of Finance dept and beside me is Encik Zafriel Shah our vice president of the chairman group and Ms Fatin my secretary.  

Salam ku hulurkan sebagai tanda hormat.  Namun disaat aku bersalaman denganya, terasa kuat gengamannya.  Cepat-cepat aku menarik tanganku kembali.  Senyuman yang dilemparkannya meresahkan hati ini.  Ya Allah, kuatkanlah imanku ini.

Cik Alisya Nurulain, sudah berapa lama awak pulang dari luar negara? pertanyaan Encik Rafael membawaku ke dunia realiti.  Kelam kabut aku dibuatnya. 

Sudah hampir 5 bulan saya pulang ke tanahair.  Cuma beberapa minggu ini saja baru saya mula mencari pekerjaan.

Oh begitu, sebelum ini pernah ke Cik Alisya bekerja dimana-mana syarikat.

Kalau di Australia saya pernah buat pratikal di salah sebuah syarikat selama 1 tahun.  Walapun tidak banyak yang saya pelajari, tapi cukup untuk menimba pengalaman yang indah disana.

Wow, very interesting.  So why did you came back? Kedengaran suaranya memecah kesunyian.  Ini membuatkan aku semakin rindu padanya.  Dia masih lagi meneliti dokumen tentang diriku tanpa memandang sedikit pun ke arahku.

Because of my parents, they what me to come back here.

Your parents or ... Dia tidak jadi meneruskan kata-kata tersebut.  Aku resah diperlakukan begitu, fikiranku masih kacau mengenangkan adakah dia masih ingat padaku lagi.. ah kacau betul lah.

So Ms Alisya, can you start work next week.  If you can, my HR Manager will prepared all the documentation for you to sign before you leave. 

Encik Rafael pantas menyiku Encik Zafriel, telatah mereka berdua mencuri hatiku.  Apa yang berlaku sebenarnya, aku sendiri tidak tahu.  Alih-alih aku lihat Encik Rafael bangun diikuti dengan Encik Zafriel.

Kau biar betul Ril, baru sekali interview kau dah nak offer kerja kat budak tu.  Agak-agaklah sikit.

Bro, aku bukan sebarangan nak ambil dia bekerja tau.  Kau ingat tak dia siapa?

Maksud kau? boleh tak kau cakap tu biar terang, tak payah nak suruh aku main teka-teki pulak.

Alisya Nurulain, takkan kau tak ingat sikitpun tentang dia.

Maksud kau si Alisya ni budak junior kita masa kat Sekolah Sains dulu tu dan juga ex-wife kau. Dengan pantas Ariel  menekup mulut Rafael dari terus berkata-kata.

Syhh... kau ni perlahanlah sikit. Nanti semua orang dengar baru tahu.  Dia masih lagi isteri aku yang sah Raf.  Aku tak pernah ceraikan dia pun. Tapi kau perasan tak yang wajah dia totally 100% berubah selepas 5 tahun.

Yelah, aku pun terkejut jugak.  Kau rasa dia masih ingat kat kau lagi tak?

Entahlah, tapi yang pasti aku tidak akan lepaskan dia macam dulu lagi.  Aku nak  dia kembali padaku sebab aku masih sayangkan dia sejak hari pertama aku nikahi dia.  Perasaan itu tidak pernah berubah walaupun setelah 5 tahun berlalu.

Ariel, aku doakan yang terbaik buat kau.  Genggaman tangan Rafael menaikan semangat Ariel untuk berjuang mendapatkan cinta Alisya semula.  Jom kita masuk, let's finish the interview session.

Okay bos, let's go before dia syak sesuatu.

Apalah 2 orang lelaki tadi buat, Dah pulak tu minah sorang ni asyik pandang-pandang aku semacam aje.  Cepatlah, aku dah boring ni.  Takkan tak habis bincang lagi kot.  Pintu dikuak, tersembul wajah Encik Rafael dan diikuti Encik Zafriel masuk sambil tersenyum ke arahku.

So Ms Alisya, can you wait my secretary to prepared the appoitment letter.  I need you to sign before you leave. 

Apa lagi, gembira sungguh bila mendapat tahu yang aku ditawar bekerja disyarikat ini. Tak sabar rasanya nak balik bagi tahu mama dan papa mengenainya.

Hari Pertama Bekerja

Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke ruangan pejabatnya, aku terpegun sejenak melihat keindahan hiasan dalamanya. Susunan dan aturan perabot yang cantik dengan lukisan abstrak yang tergantung indah di dinding serta diserikan wallpaper yang menarik. Tiba-tiba aku terpandang potret keluarganya, bukankah itu Uncle Roslan.  Biar betul mangkuk ni anak uncle. 

Awak pandang apa Cik Alisya, duduklah. 

Mak ai, mahu jatuh jantung aku ni dengan sergahan mamat ni.  Dah pulak tu cakap betul-betul disebelah telinga aku ni.  Seram pulak rasanya.  Aku duduk di sofa seperti diarahkannya. Pandangan mata Zafriel membuatkan aku rimas.  Aku cuba sedaya-upaya untuk tidak menunjukkan reaksi jengkel terhadap pandanganya

Ariel masih meneliti wajah dihadapnya, dah cantik minah ni.  5 tahun cukup untuk merubah seseorang.  Namun perasaan aku terhadapnya masih seperti dulu, cuma Alisya saja yang tidak tahu. 

Alisya Nurulain, do you still remember me? Akhirnya tercetus juga persoalan itu.

Maaf, saya tak faham apa yang Encik Zafriel ingin katakan. Aku masih berpura-pura.

Come on Alisya, 5 tahun bukannya lama sangat pun.

Encil Zafriel, saya datang untuk melaporkan diri dan bekerja disyarikat ini.  so straight to the point.

Kemarahanku memuncak, benci dengan tindakan Ariel yang mahu bermain tarik tali dengannya.  Aku tahu Ariel sengaja mahu aku mengaku, tapi aku tidak mahu dan tidak akan sesekali mengakuinya.  Biar apapun yang akan terjadi, aku tidak mahu mengingati kisah silamku dengannya.

Alisya Nurulain, takkan awak dah lupa siapa saya.  Masih ingat lagi tak, Zafriel Shah  lelaki yang telah menikahi awak 5 tahun yang lalu di Australia.

Haah?  Serentak dengan itu daun pintu pun terbuka, kelihatan Encik Rafael menghampiri kami berdua.  Suasana menjadi sunyi seketika.  Kehadiran Rafael sedikit sebanyak membantuku lari dari masalah yang timbul.  Segera perbualan bertukar menjadi formal semula.
==========================================================================
Anak mama ni, sejak bekerja dengan uncle Roslan, asyik termenung saja.  Kenapa sayang? soal mama ketika aku sendang berehat dihalaman rumah

Mana ada, mama ni ada-ada sajalah.  segera aku melentok kepadaku dibahu mama, cuba untuk menbuang keresahan yang bertamu.

Alisya, mama nak tanya sikit boleh?

Tanya banyak pun boleh, ada apa mama?

Sejak pulang dari Australia sampai dah kerja kat ofis Uncle Roslan ni, mama tengok Alisya selalu menyendiri. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Alisya ke.  Atau Alisya dah jatuh hati dengan seseorang.  Boleh mama tahu siapa orangnya.

Tak ada lah mama, Alisya baik-baik saja. Okaylah, Alisya naik dulu.  Nak solat Asar, nanti terlepas pulak.

Ini yang mama tak suka, asal tanya aje mesti Alisya tukar topik.  Sampai bila anak mama ni nak bersendirian. 

Aku hanya tersenyum mendengar bebelan mama.  Lantas berlalu meninggalkan mama sebelum aku terlepas kata-kata yang mungkin akan mengundang sesuatu yang akan mencurigakan mama nanti.

Aku ingat mama tidak akan bertanya aku persoalan itu lagi, tapi aku silap ketika aku sedang berehat dikamar mama datang membawa sekeping sampul surat berwarna coklat.  Lalu dihulurkan kepadaku.

Mana...mama.. dapat.. benda ni. suaraku bergetar menahan kesedihan.  Aku tidak tahu dari mana mama perolehi salinan sijil nikahku.  Mama lalu memelukku, cuba menenangkan perasaanku yang tidak keruan.

Mama dapat salinan sijil nikah kamu sejak 5 bulan yang lepas,  dari uncle Roslan. 

Uncle Roslan?  maksud mama.. aku sudah tidak sabar menanti butiran kata-kata yang akan keluar dari mulut mama.  Terasa sesak didalam kamar ini, aku sendiri berasa agak sukar untuk bernafas.  Wajah mama masih tenang memandang ke arahku.  

Kata Uncle Roslan, wife  dia jumpa sijil asal ini dalam bilik Ariel. Mereka ada juga bertanya kepada Ariel siapakah wanita yang telah dikahwininya tanpa perngetahuan mereka.  Bila Ariel cakap Alisya adalah isterinya, Uncle Roslan terus hubungi mama dan papa.

Papa. marah tak? Alisya minta maaf sangat sebab tak beritahu mama dan papa mengenai pernikahan kami berdua.  Masa itu kami terdesak, dan ...

Belum sempat aku menghabiskan ayat seterusnya, mama terus memelukku.  Tangisannya meletus, aku sendiri terikut sama kerana berasa kesal dengan perbuatanku yang lalu.

Sayang, mama bersyukur kerana ini berlaku, walapun mama dan papa serta keluarga Uncle Roslan amat kecewa dengan perbuatan kalian. Tapi mama gembira sebab kata Uncle Roslan Ariel juga menyintai Aliysa. 

 =========================================================================
 Alisya, bos nak jumpa.  Kedengaran suara Fidah memecah kesunyian, aku lantas mengangguk mengerti arahan yang diberikan. 

Aku mengetuk pintu sebelum masuk.

En Zafriel panggil saya. Ujarku kepadanya.

Alisya, please have a seat. Aku lantas duduk dihadapan bertentangan dengannya.  Terasa haruman wangian yang dipakainya mengugat keimananku, kalau macam ini boleh gila aku dibuatnya.  Ariel masih tekun  megadap komputer ribanya, entah apa yang menarik sangat aku sendiri kurang pasti. 

Sorry to keep you waiting, can we dicuss now. aku lihat dia menutup komputer ribanya dan terus memandang tepat ke arahku.  Aku jadi gugup malah tidak senang dengan perlakuannya itu.  Ariel masih ralit membelek wajahku dari atas ke bawah.  Lantas aku menunduk melarikan wajahku dari terus direnunginya.

Saya rindukan awak,

What?  Encik Zafriel, please

Ariel bangun dan duduk diatas meja sebelah kanan Alisya.  Tangannya mengapai tangan Alisya lantas digengam erat.  Alisya tidak selesa dengan keadaan itu, terasa ingin keluar dari ruang pejabat Ariel.  Tetapi bila mengingatkan yang dia masih lagi isteri kepada lelaki itu, dibiarkan saja apa yang ingin dilakukan oleh Ariel. 

Alisya, saya betul-betul rindukan awak.  

Encik Zafriel, tolonglah jangan buat saya macam ni.

Apa yang dah abang buat?  Salahkah abang pegang tangan isteri abang sendiri. 

Abang? isteri?  tunggu dulu, saya rasa Encik Zafriel dah mabuk kot.

Sayang kata abang mabuk, memang pun.  Sejak abang nampak sayang pada hari pertama datang sini, sejak itu tidur malam abang hanya bermimpikan sayang.  Abang tak thau kenapa, yang abang tahu hanya sayang dihati ini.

Encik Zafriel, saya rasa dah tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya keluar dulu.

Nanti dulu Alisya, abang belum habis cakap lagi.  Aku berpaling tidak jadi membuka pintu.  Ariel mendekatiku lalu menarikku  duduk disofa.

Abang nak tuntut hak abang ke atas Alisya. Ujarnya kepadaku.  Aku cuba berlagak tenang dengan permintaannya itu.  Cuba untuk tidak menimbulkan kekecohan disini.  Dengan lafaz bismillah aku kuatkan semangat untuk membalas apa yang terbuku dihati ini. 

Awak dah hilang hak itu sejak awak tinggalkan saya di Melbourne dulu.  Aku lihat air mukanya berubah.  Seketika kemudian aku lihat dia senyum kepadaku seperti tidak mengerti apa yang cuba aku sampaikan kepadanya.

Sayang pasti, abang rasa tidak, sebab sayang  masih lagi isteri abang yang sah.  kalau tak percaya tengok ni.  Tidak sempat aku berbuat apa-apa, bibirku dikucup mesra olehnya.  Aku tergaman seketika. Wajahnya berada dihadapan wajahku dan aku sendiri tidak cuba menolaknya, malah membiarkan sahaja perlakuannya terhadapku. 

*** Tunggu sambungannya ***