"Alisya, bos nak jumpa." Kedengaran
suara Fidah memecah kesunyian, aku lantas mengangguk mengerti arahan yang
diberikan. Aku mengetuk pintu sebelum
masuk.
“En Zafriel panggil saya?”
soalku kepadanya.
“Alisya, please
have a seat.”
Aku lantas duduk dihadapan bertentangan dengannya. Terasa haruman
wangian yang dipakainya mengugat keimananku, kalau macam ini boleh gila aku
dibuatnya. Ariel masih tekun mengadap komputer ribanya, entah apa yang menarik
sangat aku sendiri kurang pasti.
“Sorry to keep you
waiting, can we dicuss now. “ aku lihat Ariel menutup komputer ribanya dan
terus memandang tepat ke arahku. Aku jadi gugup malah tidak senang dengan
perlakuannya itu. Ariel masih ralit membelek wajahku dari atas ke bawah. Lantas
aku menunduk melarikan wajahku dari terus direnunginya.
“Abang rindukan sayang,”
tiba-tiba perkara itu terluah dari bibir lelaki itu.
“What? Encik
Zafriel, please.” Aku cuba menafikan apa yang baru Zafriel ucapkan tadi.
Ariel bangun dan
duduk diatas meja sebelah kanan Alisya. Tangannya mengapai tangan Alisya lantas
digengam erat. Alisya tidak selesa dengan keadaan itu, terasa ingin keluar dari
ruang pejabat Ariel. Tetapi bila mengingatkan yang dia masih lagi isteri kepada
lelaki itu, dibiarkan saja apa yang ingin dilakukan oleh Ariel.
“Alisya, abang betul-betul
rindukan sayang.” Tanganku dikucup lembut. Hatiku mula rawan, bersimpang-siur
jadinya.
“Encik Zafriel, tolonglah
jangan buat saya macam ni.” Aku cuba menarik tanganku pula, tidak selesa. Takut hatinya berpaling tadah. Dan sesungguhnya, hatinya masih mendambakan
dirinya.
“Apa yang dah abang buat?
Salahkah abang pegang tangan isteri abang sendiri.” Sungguh lembut kata-kata
itu, sehingga menusuk ke jantungnya.
Alisya terpanar.
“Abang? isteri? tunggu
dulu, saya rasa Encik Zafriel dah mabuk kot.” Alisya cuba menafikannya.
“Sayang kata abang mabuk,
memang pun. Sejak abang nampak sayang pada hari pertama datang sini, sejak itu
tidur malam abang hanya bermimpikan sayang. Abang tak tahu kenapa, yang abang
tahu hanya sayang dihati ini.” Ah sudah, Zafriel memang sudah gila. Tapi memang betul apa aku ini isterinya, so
apa masalahnya sekarang.
“Encik Zafriel, saya rasa
dah tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya keluar dulu.” Hati ini masih lagi
berkeras, tidak ingin memaafkan lelaki itu.
“Nanti dulu Alisya, abang
belum habis cakap lagi. “ Ariel menahanku dari melangkah keluar. Aku
berpaling tidak jadi membuka pintu. Ariel mendekatiku lalu menarikku duduk
disofa.
“Ada perkara yang abang
nak bincangkan dengan sayang.”pohon Zafriel.
“Perkara apa lagi encik
Zafriel, and please don’t call me sayang. I mean it!”bentakku.
“Banyak perkara, termasuk
hak abang. Hak yang Alisya nafikan
dulu.”selar Zafriel.
“Hak apa encik Zafriel,
saya tak faham.”ujarku cuba berdalih.
Zafriel tersenyum,”Nak main tarik tali ya?”seloronya dalam hati.
“Hak abang ke atas Alisya,
dan juga hak Alisya pada abang.
Semuanya.” tegasnya kepadaku.
Aku cuba berlagak
tenang dengan permintaannya itu. Cuba untuk tidak menimbulkan kekecohan disini.
Dengan lafaz bismillah aku kuatkan semangat untuk membalas apa yang terbuku
dihati ini.
“Listen Encik
Zafriel, awak
dah hilang hak itu sejak awak tinggalkan saya di Melbourne 5 tahun dahulu.”bentak
Alisya, biarlah hari ini dia dianggap derhaka.
Kerana dia sudah lama ingin meluahkan rasa hatinya. Aku
lihat air mukanya berubah. Seketika kemudian aku lihat dia senyum kepadaku
seperti tidak mengerti apa yang cuba aku sampaikan kepadanya.
“Sayang pasti, abang rasa
tidak, sebab sayang masih lagi isteri abang yang sah. kalau tak percaya tengok
ni.” belum sempat aku berbuat apa-apa, bibirku dikucup mesra
olehnya. Aku tergaman seketika. Wajahnya berada dihadapan wajahku dan aku
sendiri tidak cuba menolaknya, malah membiarkan sahaja perlakuannya terhadapku.
Aku rindu padanya, dan rasa rindu itu tidak pernah pun hilang walau sedikit pun.
Lama kami hanyut
dalam pelukan sehingga dikejutkan oleh ketukan dipintu. Cepat-cepat aku
meleraikan pelukkan, cuba menjauhi darinya. Kelihatan kelibat Firdaus dimuka
pintu, “Encik
Ariel, can we discuss about project in Cyberjaya.”
“Why not, Cik
Alisya our new site engineer also here. Have a seat.”Zafriel berlagak tenang,
Alisya pula menahan malu. Nasib baik
Firdaus tidak tahu apa yang berlaku pada mereka berdua sebentar tadi.
Perbincangan yang
mengambil masa agak sejam berakhir juga, aku sebenarnya risau dengan renungan
dan pandangan yang Ariel berikan. Aku takut Firdaus dapat mengesan ketidak selesaan
aku didalam bilik ini. Namun aku gagahi juga dan cuba sedaya-upaya untuk
memberikan tumpuan kepada perbincangan ini.
“So, Firdaus you
can proceed with all the tender and documentation. The rest you can get Cik
Alisya to help in this project. Let her know how the work flow.” Firdaus mengangguk, arahan Zafriel menjadi
keutamaannya. Dalam diam, Firdaus
tertanya-tanya mengapa pandangan Zafriel pada jurutera baru ini agak
pelik. Seperti pandangan seorang kekasih
yang sedang menanggung rindu.
“Baik Encik Ariel, can
I go now and do all the preparation”pinta Firdaus pula.
“Yes, you may go
now, but Cik Alisya please stay. I have something to discuss with you.” Alisya diam tidak
berkutik, Firdaus sudahpun meninggalkan dirinya bersama lelaki ini.
Setelah Firdaus
keluar dari biliknya, aku pula yang gementar. Takut kejadian tadi berulang
kembali, aku terus menjarakkan kedudukan kami berdua.
“La, jauhnya sayang duduk.
Takut abang cium lagi ke? Dont' be silly, tadi tu abang sengaja nak sayang tahu
dimana kedudukan sayang dihati abang.” Usik Zafriel.
“Encik Ariel, please.. saya tak mahu ada gosip
di antara kita berdua. Kalau betul Encik Ariel kata saya ini masih isteri encik
yang sah, kenapa tinggalkan saya 5 tahun yang lalu. Dimana tanggungjawab Encik
Ariel?”Alisya mempersoalkan Zafriel tentang tangungjawabnya dahulu.
“Sayang…”belum
sempat Zafriel meneruskan kata, aku
terus melulu keluar tanpa menoleh kebelakang lagi, nasib baik keadaan didalam
pejabat lenggang kerana semua pekerja sudah keluar makan tengah hari. Jam
ditangan menunjukkan telah lepas 1.30 petang, ke mana harus aku pergi? Tandas! ya aku boleh bersembunyi disana buat
seketika. Nasib baik aku makan heavy breakfast dirumah pagi tadi, kalau tidak
tentu perut ni tengah berokestra meminta untuk diisi.
Zafriel terpana,
cepat-cepat dia bangkit dan mengejar Alisya sehingga ke tandas wanita. Nasib baik semua pekerja sudah keluar makan
tengah hari. Bolehlah dia memujuk si
isteri, dalam tandas wanita. “Hish!
Zafriel..Zafriel.. kenapalah kau suka sangat bawa masalah.” Getusnya dalam
hati.
Pintu tandas diketuk
perlahan, “Alisya, abang tahu sayang ada kat dalam. Keluar sebelum abang....” Belum
sempat Ariel melakukan apa-apa aku terus membuka pintu. Tidak mahu ada orang
lain mendengar perbualan kami.
“Encik Ariel nak apa lagi,
tak cukup ke dengan apa yang berlaku tadi.”bentak Alisya, Ariel masih tetap
menayang muka selambanya.
“Alisya Nurulain Binti
Jamaludin... “serentak dengan memanggil nama penuhku, Ariel terus
menarik tanganku keluar dari tandas. Aku hanya menurut, tidak membantah kerana
tahu jika Ariel sudah memanggilku sebegitu bermakna dia amat serius dengan
kata-katanya. Lebih baik aku berdiam diri dan mengikut saja ke mana dia ingin membawaku.
Dalam kereta hanya
kedengaran alunan muzik, tiada suara yang keluar dari mulutnya mahupun aku
sendiri tidak berani untuk berkata-kata. Dari tingkap kereta aku melihat laluan
kami memasuki kawasan perumahan elit. Fikiranku bercelaru, ke mana agaknya arah
tujuan Ariel. Hendak dibawa aku ke rumah keluarganya kah? matilah aku kalau
macam ini.. Aku kerling melihat wajah Ariel disebelah, dia tetap tenang
memandu. Sesekali aku akui wajahnya yang kacak dan berkarisma boleh mengugat
hati mana-mana wanita. Cemburukah aku? kenapa tidak, Ariel masih suamiku yang
sah. Dan aku adalah isterinya, walaupun telah lama kami terpisah hakikatnya
kami masih tetap suami isteri yang sah.
“Alisya, kita dah sampai
sayang.”
Aku termangu-mangu,
tidak perasan bila kereta berhenti dan bila masa pula Ariel sudah berada
disebelahku sambil membuka pintu untukku. Terasa malu pula kerana mengelamun
terlalu lama. Cepat-cepat aku bangun dan keluar dari keretanya, alangkah
terkejutnya aku kerana dihadapanku tersergam indah sebuah rumah 2 tingkat yang
mempunyai halaman yang luas dan cantik.
“Ini rumah siapa Encik
Ariel?” soalku kepadanya.
“Ini rumah kitalah sayang.”
Aku pandang wajahnya
sekali lagi, tanpa aku sedari Ariel meraih tanganku menarik agar aku
mengikutinya.
Ariel mengeluarkan
gugusan kunci lalu membuka pintu rumah. Aku tidak berani berkata apa-apa,
takut.. mungkin juga.
“Alisya, rumah ni dah lama
tunggu penghuninya pulang. Walaupun abang sendiri tak tahu bila sayang akan
pulang.”
“Apa maksud awak?” aku
bertanya kepadanya, tiada lagi Encik Ariel malah aku memanggilnya
"awak" rasa janggal pula.
“Awak? cuba panggil
abang, sedap sikit bunyi daripada “awak” ataupun “encik Ariel”.”
“Maaf, selagi awak tak
beritahu apa tujuan awak bawa saya kesini. Selagi itu saya hanya ber"awak.”
“Baiklah, mari kita duduk
sini. Abang nak terangkan perkara yang sebenarnya.”
Kami duduk disofa
ruang tamu, aku pula duduk dikerusi yang bertentangan dengannya, tidak mahu
duduk berhampiran dengan Ariel. Ariel
merenungku dengan penuh kasih dan sayang, kemudian dia melutut dihadapanku.
“Alisyah Nurulain, abang
sudah lama menanti saat ini. Dan abang rasa inilah masa yang sesuai untuk abang
ceritakan apa yang berlaku 5 tahun yang lepas. Supaya segala salah faham dan
rasa diri ditinggalkan tidak akan wujud lagi selepas ini. Dan abang harap
sayang faham mengapa dan sebab apa abang berbuat sedemikian.”
“Baiklah, kalau itu yang
awak mahu. Saya sudi mendengarnya walaupun tidak tahu akan kesahihan cerita
ini.” Aku lihat Ariel
tersenyum mendengar kata-kataku.
Ariel mula menceritakan
satu persatu yang berlaku sejak dia pulang ke Malaysia. Pada awalnya dia menyangka selepas
kepulangannya semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tetapi disebabkan kesihatan mamanya tidak
mengizinkan Ariel terus berdiam diri. Dia
masih menggengam erat tanganku didalam keadaan berlutut. Kesian pula aku melihatnya..
“Abang minta maaf,
sebab tanpa pengetahuan sayang, setiap bulan elaun sebanyak RM500 abang masukkan
ke dalam akuan sayang. Hanya itu saja
yang abang mampu lakukan untuk memenuhi tanggungjawab abang terhadap sayang.”
“Patutlah setiap 5hb
ada “telegraf transfer” sebanyak itu ke dalam akuan saya. Rupa-rupanya awaklah orang.”
“Setiap saat abang sentiasa
berdoa agar sayang pulang dan cari abang untuk menuntut hak sayang. Namun dari sehari ke sehari tiada khabar
berita dari Alisya membuatkan abang pasrah.
“
Aku lihat Ariel
mengesat airmatanya yang mengalir, terpegun aku melihat kesungguhannya. Sampai begitu sekali pengorbanannya terhadap
perkahwinan kami.
“Akhirnya rahsia
kita berdua terbongkar, Umi terjumpa sijil nikah kita dalam bilik abang. Umi terus meminta penjelasan dari Abang,
terpaksalah abang ceritakan perkara sebenar kepadanya. Umi juga minta abang tunjuk foto sayang. “
“Apa kata Umi? “Tanpa aku sedari aku telah mengelar mama
Ariel dengan panggilan itu.
Ariel tersenyum
mendengar panggilan itu. Lenguh
berlutut, Ariel duduk bersila dihadapanku pula.
“Umi terkejut sebab
dia kenal sayang. Umi juga tak sangka
yang jodah abang adalah sayang. Terus Umi
call mama sayang.”
“Patutlah mama suruh
saya balik segera. Rupa-rupanya sebab
ini..Dah pulak tu suruh saya kerja di syarikat Uncle Roslan.”
“Bukan Uncle Roslan,
tapi Abah. Cuba panggil ayah mertua
sayang dengan panggilan tu. Sejuk sikit
abang mendengarnya.”
“Aa.abang.. Alisya
minta maaf. Selama ini Alisya banyak
susahkan abang, dan juga prasangka buruk terhadap abang.” Aku menghulur tangan ingin memohon maaf,
tanganku lantas disambut dan digengam erat olehnya. Aku tunduk mencium tangannya, terasa menusuk
dikalbu. Itulah kali kedua aku mengucup
tangannya setelah bergelar isterinya.
“Abang dah maafkan
segala kesalahan sayang sejak dulu lagi, abang harap selepas ini tiada lagi
persengkataan di antara kita berdua.”
Ariel terus memelukku, aku merasa selesa didalam pelukannya.
Tidak pernah kamu begini, hari ini adalah hari yang paling indah buat kami
berdua. segala pertikaian dan kekusutan telah kami huraikan. Tiada lagi dendam
mahupun kekecewaan yang ketika kami berpisah 5 tahun yang lalu. Aku ingin hidup
bahagia dengannya sehingga akhir hayatku.
“Abang, rumah ni siapa
punya.”
“Rumah ini abang beli 2
tahun yang lepas. Ingat nak tinggal disini setelah kepulangan sayang, tapi
abang tunggu punya tunggu sayang tak balik-balik. “
“Sayang ingat abang dah
lupakan sayang, sebab itu sayang ambil keputusan untuk terus tinggal disana.”
“Macam tu ya, kalau mama
tak panggil sayang balik. Tentu sayang dah lupakan abang kan?”
“Mana ada, setiap malam
sayang berdoa agar abang datang dan bawa sayang pulang. Tapi lain pula jadinya, mama yang call suruh sayang balik ke Malaysia.”
“Mama cakap apa sampai
sayang terus pulang.”
“Rahsia..”tuturku seakan
berbisik.
“Dengan abang pun masih
nak berahsia, cakap kalau tidak abang geletek sayang.”
Tiba-tiba telefon
bimbitku berdering, terpapar diskrin nombor rumah. Tentu mama yang call, Ya
Allah aku terlupa nak bagitahu mama yang aku kini bersama Ariel. Tentu mama
risau.
“Assalamualaikum mama.”
“Waalaikumsalam, amboi
anak mama. Takkan dah lupa nak balik kot. Mama tahulah Alisya dengan Ariel,
tapi sekurang-kurangnya telefonlah mama. Buat mama risau ajelah.”
“Maaf kan Alisya mama, tak
sedar pula hari dah malam. Tapi mama jangan risau, Alisya dengan Ariel
sekarang.”
“Oh ye ke, bagi telefon tu
pada Ariel, mama nak cakap sikit dengan menantu mama.”Aku memberi telefon
bimbitku kepada Ariel. Kedengaran suara mama riang berbicara dengan menantunya
diselang seli dengan gelak tawa Ariel. Apa yang dibual kedua mereka tidak aku
ketahui, tapi yang pasti mereka sedang bercerita tentangku.
“Mama kata Papa kirim
salam, besok mama nak kita balik rumah.”
“Kenapa esok, malam nilah
kita balik.”
“No..no.. malam ni sayang
kena tidur dirumah kita.”
“Abang, alisya mana ada
bawa baju. Takkan nak pakai baju yang sama, tak selesa nanti.” Protesku
“Apa kata sayang pergi
naik, mandi dan tukar pakaian yang ada dalam almari tu. Abang nak masak masakan
khas buat isteri abang ni. Pergilah naik...”
Aku menurut saja kemahuan
Ariel walaupun agak was-was pada mulanya. Aku terus melangkah
memanjat anak tangga menuju ke bilik. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat
berberapa pasang bajuku telahpun ada didalam almari. Bila masa Ariel ambil
baju-baju ini tidak pula aku ketahui. Tentu mama dah komplot dengan Ariel.
Kalau tidak takkan semudah itu almari ini dipenuhi dengan baju-bajuku termasuk
dengan pakaian dalamku sekali. Malunya aku...
Aku turun setelah
bersiap ala kadar, hidung terhidu masakan enak.
Cepatnya Ariel masak, apa yang dia masak sampai harum baunya.
“Sayang, mari kita
makan.” Ariel menghulurkan tangan menyambutku ditangga.
Aku lihat Ariel
telah bersiap dengan memakai kemeja biru berlengan panjang yang berlipat
dilengan dan berseluar jean. Tampak
kacak sekali suamiku ini, haruman dari minyak wangi yang dipakainya membuatkan
hatiku berdebar-debar. Kehangatan
tubuhnya yang bersentuhan denganku membuatku tidak keruan.
Makan malam kami
nikmati dengan penuh romantis, sifat Ariel yang gentleman membuatku terasa
disayangi dan dimanja. Kami banyak
berbual tentang masa lalu dan kisahku semasa ketiadaannya. Walaupun sedikit menyakitkan tapi ini banyak
membantu kami memperbaiki semula hubungan kami yang telah lama terputus.
Dan malan ini juga, buat pertama kali aku membenarkan Ariel menuntuk haknya yang telah lama aku abaikan. Saat itu aku dapat merasakan betapa dalamnya cinta Ariel padaku. Sepanjang malam Ariel tidak jemu-jemu membisikan kata-kata cinta sehingga aku terlena dalam pelukannya.
Laungan azan subuh
mengejutkan lenaku, aku cuba bangun namun terasa pinggangku dipeluk erat. Aku tahu Ariel juga sudah terjaga dari lenanya,
semakin lama semakin erat pelukannya.
“Abang, dah subuh
ni. Alisya nak bangun, mandi dan solat.”
“Kejap lagilah
sayang, abang belum puas nak bermanja dengan sayang ni.” Suamiku ini cuba
bermalasan pula, aku kena cari jalan untuk meloloskan diriku darinya. Perlahan-lahan aku dekatkan mulutku
ditelinganya dan bisikkan kata-kata cinta.
Sarapan pagi aku
sediakan buat pertama kali untuk suami tersayang, roti bakar bersama 2 biji
telur setengah masak, aku bancuh 2 cawan nescafe buat kami berdua. Walaupun tidak semegah mana sarapan yang kau
sediakan, suamiku tetap memberikan ciuman tanda terima kasih.
Pagi itu Ariel
menelefon dipejabat mengatakan yang dia akan bercuti sepanjang minggu ini. Ariel juga memaklumkan ketidakhadiranku
dipejabat. Aku pasti mesti Fatin
terkejut kerana baru beberapa hari aku bekerja, sudah tidak masuk ke pejabat,
Agaknya apalah gossip mereka semua nanti, biarlah asalkan aku sudah mendapat
kembali cintaku yang hilang dulu.
“Sayang, hari ini abang nak habiskan masa bersama-sama sayang. Kalau
boleh tak nak keluar bilik pun.”ujar Airel dengan senyuman nakal dibibir.
“Gatal!” aku
cubit lengannya. Terasa seluruh mukaku memerah, malunya.
“Sakitlah sayang, tengok! dah lebam tangan abang sayang cubit. Tu muka merah kenapa, malu ke? Sayang nak
malukan apa lagi, kita kan suami isteri. So, dah tak ada rahsia diantara kita.
Abang harap sayang mengerti.”
“Abang, terima kasih kerana sabar menanti. Sayang tak tahu nak kata apa
lagi, sayang harap abang tak akan sia-siakan rumahtangga kita.”tangan Airel
kugengam erat, tidak akan aku lepaskan lelaki ini lagi. “Dia milikku, hatinya juga milikku.”
“Sayang, abang janji. Hanya ajal dan maut yang bisa memisahkan kita,
tak ada lain selain kehendakNya. Sayanglah dunia dan akhirat buat abang dan
selama-lamanya. Dan juga tak lupa untuk bakal anak-anak kita nanti.” Airel
mencuit hidung Alisya manja. Alisya
tertawa halus.
Aku menadahkan tangan dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sesungguhnya hanya Zafriel Shah dihati ini, tiada dua atau tiga. Dan hatiku juga adalah milikmu wahai suamiku, Zafriel Shah.
No comments:
Post a Comment