Tuesday 25 February 2014

My Girl - Bab 15


Bab 15

            “Syukur alhamdulillah, dapat juga abang bertemu dengan Nyla kan?  Su ingat lagi masa abang cerita tentang dia beberapa hari lepas.  Tup..tup hari ini dia datang bersama suaminya pula.”tutur Puan Sri Suzanne sebaik mereka berdua berada didalam bilik tidur mereka.

            “Yealah Su, abang pun tak sangka.  Kebetulan memang abang dan Aiden akan bekerjasama untuk satu projek mega di Kuantan nanti.  Syukur kepada Allah, akhirnya termakbul juga doa-doa abang selama ini.  Abang harap Azrul pun gembira bila dapat tahu tentang perkara ini.”sahut Tan Sri Aiyuddin.

            “Su percaya, Azrul lagi teruja bila dapat tahu tentang kakak dan abang dia tu.”

            “Abang pun harap suatu hari nanti kita dapat ketemukan mereka bertiga.”

            “Su pun bang.  Apa yang penting, doa kita tak pernah putus.”

            “Insyaallah Su, abang pun sama.”

            Telefon bimbit Puan Sri Suzanne berbunyi, tertera nama anak tunggalnya itu. “Azrul bang”telefon bimbit disua kepada suaminya.

            “Angkat lah, mesti rindu kat awak sebab tu asyik telefon aje.”

            “Assalamualaikum mama.”sapa suara ceria Azrul ditalian. 

            “Waalaikumsalam sayang.  Malam-malam call mama ni rindu ke?”soal Puan Sri Suzanne, jam didinding dipandang sekilas.  Masa menunjukkan pukul 11 malam.

            “Itu sudah semestinya.  Dan yang paling utama sekali Rul nak bagitahu yang esok Rul lambat sampai.  Mungkin petang sikit sebab member ajak jalan-jalan dulu.”

            “Oh gitu, mama tak kisah asalkan Rul pandai jaga diri.  Ini solat ada tinggal tak?”

            “Hish mama ni, tak baik tau.  Rul tak pernah lupa solat.  Setiap kali masuk waktu, Rul mesti dirikan solat dulu.  Tapikan mama, member-member ada juga gelakkan Rul.”

            Member gelakkan Rul, Kenapa?”

            “Yelah, dia orang cakap Rul ni warak sangat.  Siap ada yang panggil ustaz lagi.”

            “Biarlah apa pun dia orang nak kata.  Yang penting anak mama tahu yang mana lebih penting.  Mama bangga dengan anak mama ni.”terdengar tawa anak bujangnya ditalian.  Puan Sri Suzanne menguntum senyum.

            “Papa mana ma.”

            “Ada kat sebelah mama.  Nak cakap dengan papa ke?”jawab Puan Sri Suzanne lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Tan Sri Aiyuddin.

            “Assalamualaikum anak papa, sihat?”

            “Waalaikumsalam papa.  Rul sihat dan bertambah-tambah sihat lagi bila dapat dengan suara mama dan papa.”

            “Rul bila nak balik?”soal Tan Sri Aiyuddin.  Tidak sabar rasanya mahu berbicara dengan anak lelakinya itu.

            “Lusa Rul balik.  Dah tak sabar-sabar nak balik jumpa mama dengan papa.”ujarnya teruja.  Cuti persekolahan sahaja masa utunk mereka berkumpul bersama-sama.

            “Baguslah kalau macam tu.  Nak papa jemput?”

            “Tak perlu, Rul tumpang kereta kawan.  Kebetulan driver Tok Wan dia datang jemput sekali.”

            “Kawan? Siapa?”soal Tan Sri Aiyuddin.

            “Aiman nama dia.  Dia tinggal dengan Tok Wan dia.”

            “Oh, kalau begitu baguslah.  Nanti dah sampai bagitau papa.”

            “Okay papa.  Got to go now, kejap lagi nak kemas sikit baju.  Esok takut tak sempat.  Kirim salam kat mama, cakap kat mama Rul love her so much.

            “Aik! mama aje, Papa?”

            You too papa.  Love you so much..”Tan Sri Aiyuddin tersenyum.  Azrul memang anak yang baik.  Talian dimatikan, isteri disebelah dijeling sekilas.

            “Rul cakap apa lagi?”

            “Dia cakap nak balik lusa.  Tak payah jemput sebab dia naik kereta dengan kawan dia sekali.”

            “Itu aje..”

            “Ada lagi, dia cakap he loves you so much..”kali ini tersunging pula senyuman dari bibir Puan Sri Suzanne.

            “Suka lah tu.”

            “Mestilah, anak saya dah nak balik mana tak gembira.”

            “Su..”

            “Hmm..”

            “Kalau anak abang tiba-tiba hadir dalam rumah ni, adakah kasih sayang Su tetap sama macam kasih Su dengan anak kandung Su.”Puan Sri Suzanne tersentak, pertanyaan suaminya mengundang rasa tidak senang dihatinya.  Dipandang wajah suaminya, lantas diraih kedua-dua belah tangan Tan Sri Aiyuddin.

            “Abang..anak abang, anak Su juga.  Macam mana Su sayangkan Azrul, macam tulah Su sayangkan anak-anak abang.  Cuma Su harap mereka berdua sudi menerima Su seadanya.”dikucup telapak tangan suaminya.  Tan Sri Aiyuddin membalas dengan mengucup ubun-ubun isterinya itu.

            “Terima kasih Su..terima kasih.  Abang tak tahu macam mana nak balas semua kebaikan Su pada abang.”

            “Abang, Su tak minta semua tu.  Yang Su tahu, Su yang bersalah pada Kak Ruzita.  Sebab Su, Kak Ruzita tinggalkan abang.  Dan sebab Su jugalah, abang terpisah dengan anak-anak abang.  Su yang bersalah bang.”pohon Puan Sri Suzanne.  Tan Sri Aiyuddin menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.  Baginya apa yang berlaku dulu sudah suratan takdir.  Ruzita yang nekad meninggalkan dirinya tanpa khabar berita.

            “Sudahlah Su, kita berdua yang bersalah.  Apa-apa pun abang bersyukur sangat bila dapat tahu dimana anak-anak abang berada.  Nyla pun sudah berumahtangga dengan seorang lelaki yang abang kenali hatinya.  Keluarganya juga dari keturunan baik-baik, Toh Puan Aini seorang usahawan wanita berjaya yang tinggi budi pekertinya.  Dan abang percaya, Nyla kini hidup bahagia bersama Aiden.  Dan abang juga dapat tahu, Aiman kini berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dibiayai oleh Toh Puan Aini.”jelas Tan Sri Aiyuddin panjang lebar.  Puan Sri Suzanne disebelah dipeluk erat.  Seluruh rasa kasihnya  tertumpah buat isterinya itu.

            “Su pun tumpang gembira mendengarnya.”ungkap isterinya itu.

            “Selepas ini Su harap Nyla sudi menerima Su sebagai mamanya.  Harap-harap Nyla sudi menjengah kita disini.”besar sungguh harapan isterinya itu.   

            “Dia doakan aje Su.  Dah lama abang nak merasa pelukan dari anak-anak abang.”

            “Su pun bang..Su pun..”ujar Puan Sri Suzanne.  Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu tentang Thomas Aiden Anderson, suami kepada anak tirinya itu.

            “Bagaimana dengan Aiden?”soal Puan Sri Suzanne.

            “Aiden? Kenapa dengan dia?”pertanyaan si isteri dijawabnya pertanyaan pula.

            “Yelah, sampai bila abang nak berahsia dengan Aiden tentang hubungan sebenar abang dengan isterinya tu.”

            “Biarlah masa yang menentukannya.  Kalau boleh abang nak Nyla sendiri yang jelaskan kepadanya.  Abang tak mahu terburu-buru, lagipun Nyla sendiri belum mengakui siapa abang kepadanya.”tukas Tan Sri Aiyuddin.

            “Betul juga tu.  Biar Nyla yang jelaskan.  Tapi kalau dah terdesak, Su harap abang tahu bagaimana hendak tangani semua ini.”

            “Abang faham Su.”jawab Tan Sri Aiyuddin lantas merebahkan diri diatas katil.  Puan Sri Suzanne turut sama merebahkan diri disebelah suaminya. Malam ini mereka berdua telah berbincang panjang terumata tentang pertemuaan semula Tan Sri Aiyuddin dengan anak kandungnya.  Selepas ini harapan mereka berdua agar dapat bersama-sama semula menyatukan perhubungan yang telah lama terputus dek disebabkan kesilapannya dulu.

           

            Mata Nyla masih terkebil-kebil.  Suami disebelah dipandang lama.  Nyenyak sungguh suaminya tidur, tidak seperti dirinya yang masih tidak dapat melelapkan matanya.  Sejak bertemu semula dengan bapa kandungnya, Nyla gelisah.  Dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu dengan papanya yang kini telah menjadi orang kenamaan.  Tan Sri Aiyuddin, papa yang telah lama menghilangkan diri sejak berkahwin dengan anak orang kaya.  Menurut kata ibu, papanya mengahwini Puan Sri Suzanne untuk membalas budi kepada bapa mertuanya Dato’ Sahar yang merupakan bekas majikan papa.  Namun disebabkan tidak mahu berkongsi suami, ibu sanggup membawa dia dan Aiman lari meninggalkan rumah mereka tanpa khabar berita.  Ibu juga telah berpindah jauh demi untuk menjauhkan dirinya dari papa.

            Kejam! Itu memang satu perbuatan kejam.  Tapi sebabkan kemarahan ibu sanggup memisahkan anak-anak daripada bapa kandung mereka  demi untuk membalas rasa sakit hatinya dek disebabkan kecurangan papa.  Hari-hari ibu meracuni fikiran Nyla dan Aiman agar membenci papa mereka.  Saban hari macam-macam keburukan tentang papa mereka diperkatakan.  Sehinggalah Nyla besar dan mengerti mengapa ibu mereka lari meninggalkan papa.  Itupun setelah diceritakan oleh makcik Ramlah.  Menurut makcik Ramlah, ibunya yang tidak mahu berkongsi kasih.  Sedangkan Puan Sri Suzanne datang sendiri bertemu dengan ibunya untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya.  Malah Puan Sri Suzanne tidak kisah mereka berkongsi kasih.  Malang sekali ibunya yang tidak betah, lantas pergi membawanya pergi bersama Aiman lari meninggalkan suaminya tanpa sebarang khabar berita.

            “Betul ke apa yang makcik cakapkan ni?”soal Nyla.

            “Aku dah cakap, mak kau tu memang bodoh.  Apa salahnya terima aje si Suzanne tu sebagai madu.  Lagipun aku tengok si Suzanne tu baik orangnya. Taklah macam sesetengah anak orang kaya yang sombong.”terang makcik Ramlah.

            “Makcik pernah jumpa ibu tiri saya?”

            “Pernah sekali, masa Suzanne datang ke rumah kamu.  Aku pun ada kat sana, kebetulan nak ziarah mak kamu.”

            “Habis tu apa jadi?”

            “Lepas aje Suzanne balik, terus mak kamu kemas pakaian.  Aku pun ditarik sama tinggalkan rumah malam tu jugak.”Pilu hati Nyla bila kebenaran terbongkar.  Tak sia-sia dia nekad bertemu dengan makcik Ramlah petang itu tanpa pengetahuan suaminya. 

            “Makcik..kenapa masa ibu meninggal dulu makcik tak bagitahu papa.”soal Nyla ingin tahu.

            “Nak bagitau macam mana, aku sendiri tak tahu dimana papa kamu tinggal.’sahut makcik Ramlah tanpa rasa bersalah.  Berderai airmata Nyla, tidak sangka ibunya sanggup membiarkan perhubungan diantara anak dan papanya terpisah dek kerana rasa sakit hati.

            “Ibu, kenapa ibu tega memutuskan hubungan kami.  Tak sayangkah ibu kepada papa? Kalau benar papa bersalah, tidak seharusnya ibu juga turut sama melakukan kesalahan.”rintih Nyla dalam hati.  Tanpa menyedari, rintihannya bertukar menjadi esakkan halus.  Tommy disebelah tersedar, bunyi esakkan isterinya menganggu tidurnya.

            “Nyla, kenapa ni?”tutur Tommy saat bangkit dari tidur.  Tangannya mengusap tubuh Nyla.  Isterinya yang sedang melayan perasaan turut sama terkejut.  Tidak menyangka suaminya sedar disebabkan esakkannya.

            “Tak..tak..saya okay.  Abang tidurlah.”dalih Nyla sambil mengesat airmatanya.

            “Okay sayang kata, ni apa?”airmata dipipi Nyla dikesat. 

            “Saya mimpi buruk tadi.  Sebab itu..”

            “Sebab itu sayang menangis? Macam tu?”sangkah Tommy.  Nyla mengangguk lemah.

            “Abang tahu sayang tak tidur.  Dari tadi lagi abang perhatikan Nyla.”Nyla menjungkitkan keningnya, tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu.

            “Bukan ke abang tengah tidur tadi?”soal Nyla hairan dengan tutur kata suaminya itu.

            “Nyla jangan tak percaya, abang ni bukannya tidur pun.  Sekadar tidur-tidur ayam aje.  Sebab tu abang tahu sayang tak tidur lagi.”komen suaminya itu.  Takut rahsianya terbongkar, Nyla mencipta alasan

            “Saya rindukan Aiman, sebab itu sedih.”bohong Nyla, berharap Tommy tidak bertanyakan lagi soalan yang bukan-bukan.

            “La..ingatkan Aiman rupa-rupanya.  Abang ingat apalah tadi.  Kan Aiman dah call,   cakap dia akan balik dalam sehari dua ni.  Jangan risau, lagipun Tok Wan dah minta Pak Abas jemput Aiman pulang nanti.”

            “Jom kita tidur, esok abang ada mesyuarat kat pejabat.  Takut terlewat pula nanti. “ajak Tommy sambil membaringkan tubuhnya ditilam.  Ditarik lengan Nyla agar turut sama baring disebelahnya.  Tubuh si isteri dipeluk, Nyla rasa indah bila berada dalam dakapan suami yang mula mendapat tempat dihatinya.

~Bersambung~