Bab 27
“Abang tak nak balik?”soal Nyla
setelah melihat jam melewati hampir 10 malam.
Ketika ini Tommy sedang berehat didalam bilik tidurnya.
“Balik mana?”sengaja Tommy pulang
paku buah keras kepada isterinya.
“Balik rumah abang la.”geram Nyla
bila rasa dirinya dipermainkan suaminya.
“Abang nak tidur sini.”jawab Tommy
sepatah lantas dia merebahkan tubuhnya diatas katil kepunyaan Nyla.
“Eh, mana boleh.”bantah Nyla lantas
menarik tangan suaminya agar bangkit dari katilnya.
“Kenapa pula, kan abang suami
sayang. Lagipun abang tak nak sayang
lari lagi.”kali ini ditarik sekali si isteri duduk disisinya.
“Lari?”soal Nyla sambil memandang
tepat ke wajah suaminya.
“Hmm.. lari tinggalkan abang.”
“Bila masa?”
“Sayang..”ditarik si isteri lantas
dipeluk erat.
“Okay..okay..Nyla mengalah.”
“Macam tu lah. Abang mohon sayang jangan tinggalkan abang
lagi. Please..don’t ever leave me
again. I’m completely lost without you sayang. Don’t
you love me my girl ?”luah Tommy hiba.
Tubuh si isteri dipeluk erat tidak ada tanda-tanda mahu dilepaskan. Nyla rasa bersalah dengan apa yang berlaku
kepada mereka 5 tahun yang lalu.
“Nyla pun sayang dan cintakan
abang. Maafkan Nyla bang.”Nyla membalas
pelukan.
“Abang pun sayang dan cintakan
sayang selama-lamanya. Jangan tinggalkan
abang lagi yea.”pinta Tommy lagi.
“Tapi bang..abang Vince macam
mana?”kali ini Tommy pula terkedu. Dia
terlupa tentang itu.
“Itu nanti kita fikirkan. Sekarang abang hanya nak berada disamping
sayang saja. Yang lain abang tak
peduli.”Nyla menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kata-kata suaminya
itu, Tommy kecewa.
“Kenapa sayang, tak suka yea.?”
“Bukan..”
“Habis tu.”
“Tok wan.”
“Kenapa dengan Tok Wan?”
“Hmm..tok wan.”
“Apa masalahnya dengan tok wan.”soal
Tommy lagi sambil mengelus lembut tangan isterinya.
“Tentu Tok wan tercari-cari
abang. Balik lah, kesian kat tok
wan.”pujuk Nyla.
“Kesian kat tok wan. Kat suami awak ni tak kesian.”tukas Tommy
dengan wajah cemberut. Nyla ketawa
perlahan, buruk juga bila lihat lelaki merajuk.
“Tentulah Nyla kesian. Tapi tok wan tentu tengah risaukan abang.”
“Apa susah, abang telefon tok wan
sekarang.”laju saja tangan Tommy mendail nombor telefon rumah. Tak lama kemudian, panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum Tok wan.”
“Waalaikumsalam Aiden, bila nak balik? Dah nak dekat pukul 11, banyak lagi ke kerja
kat pejabat?” tu dia, bertalu-talu
pertanyaan Toh Puan Aini sebaik menjawab salam cucunya. Tommy ditalian tertawa kecil.
“Apalah tok wan. Banyak betul soalan. Aiden baik-baik aje, tak pergi ofis pun hari
ni.”jawab Tommy nada riang. Toh Puan
Aini termenung, tidak tahu apa yang terjadi kepada cucunya ini. Dari cara percakapan pun sudah bertukar
ceria.
“Aiden kat mana ni? ceria aje suara
tok wan dengar.”
“Aiden kat rumah..”belum sempat
Tommy meneruskan kata, Nyla menekup mulut suaminya. Bahasa isyarat diberikan agar lelaki itu
tidak mendedahkan dimana keberadaan dirinya.
Mengerti dengan isyarat itu, Tommy segera menukar perbualan.
“Maaf tok wan, Aiden kat rumah kawan
sekejap. Ada hal sikit, isteri dia dah bersalin. Aiden tolong tengok-tengokkan rumah dan anak
dia sementara tunggu ahli keluarga dia datang.”bohong Tommy. Terpaksa, demi keselamatan anak dan isterinya
walaupun dengan tok wan.
“Oh..begitu, tok wan ingat apalah
tadi. Seronok tengok orang dapat anak,
awak tu bila lagi.”pertanyaan tok wan mengundang tawa dalam hati Tommy. “Aiden dah ada anak pun, umur dia 4
tahun. Amanda nama dia, comel dan cantik
macam mummy dia.”luah Aiden dalam
hati, tak berani cakap takut orang kat sebelah marah.
“Nanti lah tok wan, suatu hari nanti
Aiden akan tunaikan impian tok wan. Buat
masa ini Aiden harap tok wan sabar.
Insyaallah, hari itu akan tiba juga.”tommy terdengar keluhan halus
ditalian. Tentu tok wan kecewa.
“Kalau macam tu tok wan doakan yang
terbaik buat kamu. Jangan lupa kirim
salam tok wan pada kawan kamu tu. Kata
tok wan ucapkan tahniah.”
“Insyaallah tok wan. Aiden akan sampaikan. Err.. tok wan, mungkin Aiden tak balik malam
ni.”
“Kenapa pulak.”
“Aiden ingat nak tidur kat
sini..ouch!”sempat Nyla mencubit perut suaminya.
“Okay, jaga diri baik-baik.
Assalamualaikum.”selesai menjawab salam Aiden mematikan talian.
“Kenapa sayang cubit abang.”
“Gatal, mana boleh tidur sini.”
“Suka hati abang lah”
“Oo..suka hati. Kalau macam tu, encik Thomas Aiden Anderson
sila tidur dibilik tamu. Ini bilik Nyla”
“Tak
nak lah, abang nak tidur kat sini. Bilik
sayang.”protes Tommy, sengaja dibaringkan tubuh diatas katil kepunyaan Nyla.
“Abang..bangunlah. Nanti apa kata papa dan mama.”
“Dia orang tak kata apa. Percayalah..”
“Abang sengaja kan.”
“Sengaja apa.”
“Ambil kesempatan dalam kesempitan.”
“Sayang..ini bukan kesempatan dalam
kesempitan. Tapi tangungjawab abang
terhadap isteri abang.” Wah, dah macam gaya ustaz pula suami aku ni.
“Tanggungjawab apa”
“Tanggungjawab untuk memberikan
kasih sayang dan cinta seorang suami terhadap isterinya. Abang rindukan sayang”lantas dengan sekali
sambar tubuh Nyla sudah berada dalam pelukan suaminya. Pipi mulus Nyla dikucup lembut, Tommy
menzahirkan rasa kasih yang telah lama disimpan buat isterinya. Nyla tidak menolak, malah dibalas pelukan
itu. Dia juga merindui suaminya.
“Jangan tinggalkan abang lagi yea.”
“Tak akan, insyaallah. Kali ini tiada apa yang boleh memisahkan Nyla
dengan abang. Hanya maut sahaja..”bila
sahaja Nyla mengunkap kata-kata itu, Tommy jadi sebak. Sesungguhnya dia tidak mahu berpisah lagi
dengan isterinya. Dan pada saaat itu, bermulalah kisah baru antara mereka berdua setelah
hampir 5 tahun terpisah.
Sesungguhnya tiada apa yang
menggembirakan Tommy selain dari kehadiran Nyla semula dalam hidupnya. Dia amat bersyukur, doanya termakbul
sudah. Saban hari itulah inilah doa yang
dipohonnya. Doa agar dia dan isterinya
bersatu kembali. Tapi kali ini doanya diberkati
dengan kehadiran si comel Nur Amanda Anderson.
Anak yang tidak pernah dia ketahui kini sudah ada disampingnya. Allah itu Maha Adil, doa orang yang teraniaya
pasti dimakbulkan. Lepas ni pasti tok
wan gembira setelah melihat keluarganya bersatu kembali.
“Aiden tidur sini ke?”pertanyaan Tan
Sri Aiyuddin mengundang tawa dihati isterinya.
“Habis tu kenapa, tak boleh.”
“Abang tak kata pun, tapi abang
risau.”
“Risau?”
“Risau kalau Nyla terpaksa kembali
ke rumah sana semula. Abang takut Vince
akan apa-apakan mereka dua beranak.”
“Insyaallah, tak ada apa-apa yang
akan terjadi kepada mereka. Su percaya
Aiden dah matang untuk menjaga dan melindungi keluarga dia. Kali ini Su pasti, nasib Nyla dan Amanda akan
terbela.”
“Abang pun harap begitu, semoga
mereka bertiga dapat mengharungi semua ini dengan selamat.”
“Doakan mereka bang. Abang tak nak masuk tidur?”
“Nak, cucu kita mana?”
“Dah lama tidur. Aiden yang tidurkan dia sebelum masuk bilik
Nyla.”
“Eh, Aiden ada bawa baju spare ke?”kali ini pertanyaan Tan Sri
Suzanne mengundang tawa isterinya.
~Bersambung~
Tq2.. for the back to back entry
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeleteBest2, tq sis for the entry ♥
ReplyDeleteAwesome!cepat sambung ❤
ReplyDelete