Friday 13 May 2016

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.  Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kerana sudah hampir setahun tidak menjenguk blog ini.  

Pertama sekali saya sudah kekeringan idea untuk menulis.  Mungkin disebabkan terlampau banyak bebanan kerja yang ada.  Saya hilang fokus.

Kedua disebabkan komputer saya crash and been attack by virus. Oleh sebab itu semua hasil karya saya terdahulu habis hilang.  Sedih..memang sedih. Tapi nak buat macam mana, redha ajelah...

Tapi..tapi..jangan risau, In Shaa Allah saya akan kembali menulis semula dalam masa terdekat.  Disini saya masukkan sedikit prolog jalan cerita terbaru saya.  Tajuk masih dalam teka-teki..

Harap semua enjoy...


PROLOG

"Jom"

"Nak kemana"

"Kau ikut aku ajelah"ajak Maryam sambil menarik tangan Aina.  Tersentak Aina dgn perlakuan sahabatnya itu. Dalam kereta Maryam masih membisu seribu bahasa. Pandangannya tertumpu kepada pemanduan menuju ke arah suatu tempat yang tidak diketahui Aina.  Akhirnya mereka sampai ke suatu destinasi yang Aina sendiri tidak pernah kunjungi.  Terpaku sejenak Aina takala menlihat keindahan hotel yang berdiri megah ditengah kesibukan kota.

"Kita kat mana ni Maryam?"soal Aina, matanya tak lekang dari memandang keindahan rekaan dalaman hotel ini. Maryam hanya tersenyum sambil menarik tangan Aina agar mengekorinya masuk ke bahagian lobi hotel.

"Kalau kau nak tahu, inilah Hotel Sayangku Aina"tutur Maryam teruja sambil memandang ke arah sahabatnya.

"Apa kau cakap, aku tak dengar. Cuba kau ulang semula"

"Aku cakap nama hotel ni macam nama kau. Sayangku Aina."terpaku Aina sejenak saat Maryam mengulangi nama hotel ini. "Apa aku tak salah dengar kah? Mengapa nama Aina, siapakah pemilik hotel ini."bermacam-macam bermain difikiran Aina.

"Kalau kau nak tahu, pemilik hotel ni seorang usahawan muda yang baru berusia 30an. Kalau tak silap akulah pemilik hotel ni baru saja diberi anugerah semasa Keputeraan Sultan tempohari"

"Maksud kau? aku tak faham."

"Hish, kau ni kan apalah bengap sangat. Kan aku dah cakap pemilik hotel ni usahawan muda yang bergelar Dato'. Dan setahu aku juga, Dato' ni masih lagi bujang."ujar Maryam sambil mengenyit matanya.

"Okaylah kau menang, memang aku bengap. Tapikan Dato' ni mesti ada namakan"tukasku sengaja  bertanya sekadar ingin tahu tidak lebih dari itu.

"Nama dia Dato'...." belum sempat Maryam menyudahkan ayatnya, tiba-tiba ada satu suara menegur dibelakang.

             "Assalamualaikum" Maryam tersenyum melihat gerangan orang yang memberi salam. Manakala Aina yang masih terpinga cuba menoleh ingin melihat siapakah gerangan orang tersebut.  Saat Aina terpandang raut wajah itu, terus dia terpaku. “Ya Allah, selamatkanlah aku”



Jeng..jeng...nak tunggu sambungannya? tunggu yea...LOL!




Wednesday 18 February 2015

My Girl - Bab 30



BAB 30

            “Aiden, mari sekejap.  Tok Wan nak tanya sesuatu.”Aiden yang beru sahaja menjengah pintu masuk disapa Toh Puan Aini.           

            “Assalamualaikum Tok Wan, belum tidur lagi?”tangan Toh Puan Aini dikucup mesra.  Tersenyum wanita itu dengan tingkah laku cucunya itu.

            “Waalaikumsalam, belum lagi.. sengaja Tok Wan tunggu Aiden balik.”

            “Tok Wan tunggu Aiden buat apa. Kan Aiden dah besar.”seloroh Tommy bersama senyuman terukir dibibir.

            “Kerana Aiden dah besarlah Tok Wan bertambah risau.”Tommy tergelak kecil dengan kata-kata Tok Wan nya.  Ade ke macam tu, apalah Tok Wan ni.

            “Cuba Tok Wan cakap apa yang Aiden buat sampai Tok Wan risau sangat.”

            “Kehidupan Aiden, masa depan Aiden, semualah yang Tok Wan risaukan.  Sampai bila Aiden nak macam ni.  Sorang-sorang, tak ada siapa yang nak uruskan Aiden.  Tok Wan risau kalau apa-apa jadi kat Tok Wan, Aiden pula bagaimana.”luah Toh Puan Aini.  Sudah lama dia melihat Aiden menjalani hidupannya sendirian sejak pemergian Nyla, Cuma sejak kebelakangan ini dia dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh cucunya itu.  Tommy mengeluh, nampaknya dia terpaksa berterus-terang hari ini.  Lagipun lebih lama dia simpan rahsia ini, lagi risau Tok Wan dibuatnya.

                        “Tok Wan..”panggil Tommy lembut lantas menarik kedua-dua belah tangan Toh Puan Aini. “Aiden ada sesuatu nak bincang dengan Tok Wan.”kali ini Toh Puan Aini pula terkejut

            “Aiden nak kahwin?”soal Toh Puan Aini ceria.  Tommy tergelak, ada ke sampai ke situ fikiran Tok Wan.  Aiden dah ada Nyla, tak perlu orang lain lagi. 

            “Apa lah Tok Wan, sampai ke situ pulak.  Kan Aiden dah nikah, takkan nak nikah lagi sekali.  Cukup dengan satu, Aiden tak nak dah.”tutur Tommy ikhlas.  Terdengar keluhan dari bibir Toh Puan Aini, barangkali kecewa dengan pendirian cucunya.

            “Habis tu, sampai bila Aiden nak hidup macam ni.  Aiden tak kesian kat Tok Wan.”kata-kata Toh Puan Aini buat Tommy serba-salah.  Tidak mahu Tok Wan nya kecewa baik dia berterus-terang.

            “Tok Wan..Aiden nak bawa Tok Wan jumpa seseorang.  Tapi Tok Wan kena janji jangan terkejut dan jangan salahkan seseiapa pun bila perkara ini berlaku.”Toh Puan Aini tidak senang mendengar butir-bicara cucunya.  Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan.

            “Baiklah, bila Aiden nak bawa Tok Wan jumpa dia.”Tommy memberikan isyarat tangan yang menyatakan sekarang.



            “Malam ni? Sekarang?”soal Toh Puan Aini terkejut.  Anggukan Tommy membuatkan Toh Puan Aini keberatan.

            “Marilah Tok Wan.  Lagipun dah lama sangat Aiden nak Tok Wan jumpa orang ni.  Dan Aiden percaya Tok Wan pasti gembira bila dah bertemu dengan dia.”pujuk Tommy pula.  Akhirnya Toh Puan Aini setuju.

            Sampai diperkarangan rumah banglo dua tingkat, Toh Puan Aini meneliti kawasan rumah itu. “Aku macam pernah datang ke mari, tapi rumah siapa ya.”bicara Toh Puan Aini dalam hati.  Saat pintu sebelah penumpang dibuka, Tommy mengajak Toh Puan Aini keluar dari perut kereta.

            “Aiden..rumah ni..”belum sempat Toh Puan Aini menyambung kata, suara Puan Sri Suzanne menyapa.

            “Assalamualaikum”Toh Puan Aini terpaku, rupa-rupanya ini adalah rumah Tan Sri Aiyuddin.  Dan ini tentu isterinya.

            “Waalaikumsalam mama.  Kenalkan, ini Tok Wan Aiden.  Toh Puan Aini namanya”jawab Tommy pula bagi pihak Toh Puan Aini setelah melihat Tok Wan terpaku.

            “Tak payah panggil Toh Puan Aini, panggil Ummi Aini pun tak mengapa.”sampuk Toh Puan Aini ramah.  Mereka bersalaman sambil bertukar senyuman. Kemudian datang Tan Sri Aiyuddin mempelawa tetamu istimewa mereka masuk.

            Sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam rumah, terdengar suara riuh kanak perempuan memanggil daddynya.

            “Yeh, daddy’s home..yeh…”terus sahaja dipeluk Tommy yang sedang menuju ke arahnya.  Sekali lagi Toh Puan Aini tergamam, “siapa budak perempuan yang memanggil cucunnya daddy,  jangan-jangan Aiden ada simpan perempuan tak.  Barangkali anak Tan Sri Aiyuddin.  Eh, tapikan Aiyuddin mana ada anak perempuan.  Setahunya, Aiyuddin hanya ada anak lelaki.  Itupun anak tunggal.”bisik hati kecil Toh Puan Aini.

            “Anak siapa ni Aiden?”Tommy tersenyum-senyum, masih mahu berahsia. 

            “Nanti Tok Wan tahu juga.”sebaik habis berkata, kelihatan seorang wanita muda keluar dari arah dapur membawa sedulang minuman.

            “Nyla, cucu Tok Wan”Toh Puan Aini terkejut, terus dia menerpa mendapatkan Nyla.  Nasib baik dulang berisi minuman tidak tumpah.  Cepat-cepat Puan Sri Suzanne mengambil dulang minuman dari tangan Nyla.

            “Tok Wan..”masing-masing saling berpelukan.  Rasa rindu yang mengebu terhadap cucu menantunya membuatkan Toh Puan Aini menangis dalam pelukan. “Mana Nyla pergi, tak kesian ke kat Tok Wan.  Dah lama Tok Wan rindu kat Nyla, Aiden apatah lagi.”meruntun hiba suara Toh Puan Aini meluahkan perasaan.

            “ Nyla minta maaf Tok Wan.  Nyla minta maaf..:”hanya itu yang mampu keluar dari bibir Nyla.  Perkataan maaf kerana terpaksa melukakan hati wanita ini.

            “Sudahlah tu Tok Wan, apa yang penting sekarang kita semua dah bersatu semula.  Ini Aiden kenalkan, Nur Amanda Anderson cicit Tok Wan.”lantas disua anaknya kepada Toh Puan Aini.  Nur Amanda Anderson terpaku, wajah tua dan kedut ini mengudang tanda tanya dalam dirinya.

            Daddy..who is this granny?”soal Amanda dengan wajah kehairanan.

            This is daddy’s granny,  Tok Wan.”

            “Hish! Apa pula Tok Wan”

            “Habis tu nak panggil apa?”soal Tommy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.  Isteri disebelah dilihat tersenyum-senyum.

            “Panggil Tok Wan pun tak apa.”seloroh Toh Puan Aini sambil mengusap lembut pipi gebu milik Amanda. Akhirnya keluarga ini bersatu semula, Toh Puan Aini menandah tangan mengucap kesyukuran diatas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T

           “Lepas ni Tok Wan ingat nak buat kenduri doa selamat.”cadangang Toh Puan Aini disambut dengan gembira.  Rupa-rupanya bukan Puan Sri Suzanne sahaja yang beria-ria mahu membuat kenduri, malah Toh Puan Aini turut sama memberi kata putus yang sama.

            “Molek lah tu Toh Puan Aini, saya baru cadang nak diadakan kenduri dirumah ini.”sahut Puan Sri Suzanne bersama senyuman manis.

            “Tak payah susah-susah.  Kita buat saja dirumah saya, lagipun Aiden cucu saya.  Itu sudah menjadi kewajipan saya.”tutur Toh Puan Aini.

            “Saya ni tak kisah Toh Puan Aini, buat kat mana-mana pun boleh.  Asalkan semuanya selamat.”tambah Tan Sri Aiyuddin pula.  Masing-masing setuju dengan cadangan yang diberikan Toh Puan Aini.  Riuhlah rendah rumah Tan Sri Aiyuddin dan Puan Sri Suzanne dengan kedatangan Toh Puan Aini yang banyak mulut dan ditambah pula dengan kenakalan Amanda yang mencuit hati semua yang ada.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
       
 
            “Amy, kenapa sejak kebelakang ini abah tengok Amy diam saje.  Kenapa, ada masalah dengan projek usahasama kita dengan Aiden ke?”tegur Dato Jalal setelah melihat kebisuan anak perempuannya sejak 2 hari yang lalu.
 
            “Abah…Amy okay.  Projek berjalan seperti biasa.  Cuma Amy ada masalah sikit.”

            “Masalah dengan Aiden”
   
         “Mana abah tahu?”selar Amyza.  Terkejut apabila nama Aiden disebut abahnya.
   
       “Abah dah lama tahu tentang Amy dan Aiden.  Abah tak mahu masuk campur sebab kalian berdua sudah dewasa.  Tapi bila dah melarat sampai macam ini abah terpaksa bertanya juga.”
    
           “Amy suka Aiden abah.  Tapi Aiden..”
  
           “Aiden dah beristeri? Itu maksud kamu.”anggukan anaknya membuatkan Dato Jalal mengeluh.

           “Abah tak suka kamu jadi perosak rumah tangga orang.  Tapi bila abah dapat tahu isteri Aiden dah lama tinggalkan dia, abah rasa tak salah kalau kamu ingin mencuba.”

            “Entahlah abah, Amy rasa tak sedap hati.”adu anaknya bersama keluhan dibibir.

           “Dah kenapa pula?”

           “Amy rasa Amy sorang aje yang duk terkejar-kejar Aiden.  Tapi Aiden buat macam tak tahu aje dengan apa yang Amy cuba sampaikan kepadanya.”Dato Jalal menghampiri puteri kesayangannya.  Sejak ketiadaan isterinya tiga tahun yang lalu, anaknya ini banyak berdiam diri sehinggalah satu hari dia bertemu dengan Thomas Anderson Aiden rakan perniagaanya itu.  Sikap dan kelakuannya terus berubah, anaknya rajin bekerja dan sentiasa ceria.  Tapi sejak kebelakangan ini anaknya mula suram semula.  Adakah disebabkan lelaki itu sehingga anaknya berubah semula.  Kalau benar, dia perlu bersemua dengan Aiden.

             “Biar abah cakap dengan Aiden yea.”Amy terkejut, terus dia mencelah.
   
         “Tak perlu abah,  biar Amy selesaikan sendiri.  Amy tak mahu abah campur adukkan urusan peribadi dengan bisnes.”pohon anaknya.
   
         “Kalau macam itu abah biarkan kamu selesaikan sendiri.  Tapi ingat, jika keadaan menjadi tegang abah tak akan teragak-agak untuk mencampuri urusan kalian.”Dato Jalal memberi peringatan kepada anaknya.  Amy mengangguk lemah, faham dengan ketegasan abahnya itu.
   
         “Amy harap semuanya berjalan dengan lancar, abah doakan Amy yea.”Dato Jalal mengusap lagi kepala anaknya, lantas dikucup ubun-ubun puteri kesayangannya itu.  Sayang Dato Jalal kepada anaknya melebihi segala-galanya, itu yang membuatkan hatinya sedih bila melihat keadaan anaknya yang muram.

~Bersambung~

Wednesday 10 December 2014

My Girl - Bab 29



BAB 29
            “Betul bos.  Memang tak syak lagi.  Perempuan itu dah  balik semula ke sini.  Untuk pengetahuan bos, Tommy adik bos pun ada bersama perempuan itu ketika kami buat intipan.”

            “Apa! Tom pun ada bersama mereka?”

            “Yea bos, saya nampak mereka sekeluarga gembira betul.”tokok orang suruhannya lagi.

            “Maknanya Tom dah jumpa Nyla sebelum dia.  Cis, bedebah!.  Ini tak boleh jadi aku kena bertindak sebelum mereka..”belum sempat Vince menyambung kata, tempat persembunyiannya telah diserbu.

            “Jangan bergerak, kalian semua sudah dikepung.  Sila berikan kerjasama.”kedengaran suara pihak berkuasa mengunakan speaker.  Vince panik, malah anak-anak buahnya juga turut sama panik.  Ada yang lari ikut pintu belakang membuatkan keadaan menjadi kecoh.  Vince tidak berganjak, keadaan dirinya memaksanya untuk tidak bertindak jauh.  Salahnya juga, tidak berhati-hati.

            Setelah pihak polis berjaya memberkas Vince dan konco-konconya, mereka dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.  Rupa-rupanya, Tommy telah membuat laporan polis mengenai abangnya Vince.  Segala bukti mengenai Vince talah diserahkan kepada pihak polis.  Kebetulan juga pihak peguam syarikat telah mengadu kepadanya tentang adanya penyelewengan wang yang berlaku disyarikat miliknya.  Dan orang yang telah mengelapkan sejumlah wang itu adalah abangnya sendiri.  Tommy terpaksa bertindak lagipun Nyla kini sudah berada disini, dia tak mahu keselamatan anak dan isterinya menjadi taruhan.  Lebih baik dia bertindak cepat.

            “Alhamdulillah, terima kasih tuan.  Nanti saya akan menyusul ke balai untuk membuat pengecaman.  Sekali lagi terima kasih saya ucapkan diatas kecekapan pihak polis menangkap penjenayah.”Talian dimatikan, Tommy menarik nafas lega.  Akhirnya Vince ditangkap oleh pihak berkuasa.  Bermakna selepas ini tiada lagi ganguan dari Vince dan keselamantan anak serta isterinya terjamin.

            “Siapa tu bang.”soal Nyla sebaik melihat suaminya memutuskan talian.

            “Inspektor Dazim”

            “Siapa Inspektor Dazim?”soal Nyla lagi.  Dia tidak pernah dengar nama itu disebut.

            “Inspektor Dazim Zulkarnain merupakan ketua penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.  Dia yang mengendalikan kes abang Vince.”

            “Kes abang Vince? Kes apa bang?”pertanyaan Nyla membuatkan Tommy resah.  Perlukah dia berterus-terang kepada isterinya.  Adakah perkara ini patut dirahsiakan dahulu demi keselamatan anak dan isterinya.  Tommy terdiam sebentar, masih buntu memikirkan keputusannya.  Akhirnya Tommy memilih untuk menceritakan tentang perihal syarikat.

            Sejak kepulangan Nyla dan anaknya, perubahan diri Tommy turut sama berubah.  Dia semakin ceria dan tidak lagi termenung seperti selalu.  Perubahannya turut sama dirasakan oleh pekerja-pekerjanya.

            “Ayu, kau perasan tak sekarang bos kita tu ceria aje.”

            “Betul tu Dilla.  Muka dia dah tak ketat macam dulu,  asyik senyum-senyum saja.  Itu belum lagi masa bertembung dengan dia, belum sempat aku ucap dia dah ucap dulu bersama senyuman manis pulak tu.”komen Ayu yang merupakan penyambut tetamu disyarikat kepunyaan Tommy.

            “Dia tengah fall in love kot?”

            “Jatuh cinta maksud kau.”

            “Yelah, jatuh cinta dengan klien terbesar kita tu, kalau tak silap aku Cik Amyza nama dia.”

            “Hish..mana kau tahu.  Setahu aku Encik Aiden tak layan pun Cik Amyza tu.  Banyak kali aku tengok Cik Amyza cuba ajak bos kita keluar.  Tapi haram tak pernah dia ikut.  Kalau ikut pun mesti dia bawa kak Fizah sama.”

            “Habis tu, kalau bukan Cik Amyza siapa?”

          “Entah..mana aku tahu.  Dah.. baik kau pergi sambung kerja.  Masa rehat dah nak habis, kejap lagi bos masuk”

            “Yelah…yelah..kau ni kan suka menghalau aku.  Nak gossip panjang pun susuah.”

            “Bukan tak boleh bergosip, tapi lunch hour sejam aje.  Lagipun aku duduk kat reception kau kat dalam.  Tak sama beb.” 

            “Okay, nanti kita sambung lagi.  Aku masuk dulu.”Tommy yang berada tidak jauh dari tempat pekerja tersenyum lebar.  “Betul ke aku dah berubah?”soalnya dalam hati.  Belum sempat Tommy melangkah masuk, dia disapa Amyza.

            “Hai hensem, mana you nak pergi.”sapaan Amyza turut sama didengar Ayu yang berada ditempatnya.  Cepat-cepat Ayu berpura-pura menyelak file yang berada diatas mejanya.

            “Amy, what did I told you.  This is my office, please behave yourself.”tegur Tommy perlahan, takut Amyza terasa pula.

            “Tak salahkan, memang you kacak.  Tak percaya? cuba tanya your girl.”Tommy terkedu, perkataan girl  membuatkan dia teringat akan isterinya.  Hmm..apa sayang tengah buat sekarang, rasa macam nak terbang ke rumah Tan Sri Aiyuddin bertemu dengan si buah hati.        

            You..I’m talking to you.  Dengar tak?”

           “Dengar..come to my room. I need to discuss something with you.”ajakan Tommy membuatkan hati Amyza gembira.  Macam ada peluang saja untuk dia memikat hati lelaki ini.  Langkah keduanya menuju ke arah bilik kepunyaan Tommy.

            “Huh! Menyampah aku tengok.  Jangan bos kahwin dengan minah rambut karat ni sudah.  Kalau tidak hari-hari melekat kat opis ni.”omel Ayu setelah keduanya beredar meninggalkan kaunter penyambut tetamu.

                        Sebaik sahaja Amyza melabuh duduk disofa, Tommy memulakan bicaranya. “We need to talk.”

            “About us?”Amyza teruja.  Tommy menarik nafas, cuba mengurangkan keresahan yang melanda.  Wanita ini perlu tahu dimana kedudukan dia.  Bukan Amyza tidak cantik, malah lebih cantik dan menawan dari isteriya.  Tapi ruang hatinya telah terisi dengan kehadiran cinta buat Nyla, isteri yang amat dia cintai.

            Yup, about us.  But..”

            “But what Aiden?”

         Seperti yang saya katakan dulu Amy, I’m somebody husband and always be.  We are not meant for each other.  I still in love with my wife.”
    
        “Yeyaa..bla..bla..itu yang you selalu cakap kan? But where is she? She’s not here Aiden.  Only me!”tegas Amyza cuba membawa Tommy kea lam reality tanpa mengetahui hal sebenar.  Tommy mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.  Amyza begang.

            You salah.  She already here, and I meet her few week ago.”tersentak Amyza, terus dia bangun dari duduk.

            You did what?”

            “I meet with my wife and my lovely daughter.”yakin dan tulus Tommy mengakui semuanya. 

            “Since when?  Setahu I, she already left you for quiet sometimes.”

            “Just recently.  And I’m glad that Allah makbulkan doa-doa I selama ini.” Amyza duduk semua.  Perasaan kecewa menyelubungi hatinya.  Terasa perit dan sakit hatinya apabila melihat wajah gembira Tommy menceritakan pertemuan lelaki itu dengan isterinya.

            I tak percaya.  You just make up story supaya I mengalah.  No Aiden, I tak akan mengalah.”Tommy merengus.  Amyza tidak mempercayai kata-katanya.

            “Amy, I betul-betul jumpa isteri dan anak I.  And I’m happy to tell you that we are going to stay together tak lama lagi.”Amyza mengeleng-geleng kepalanya tanda tidak percaya.  Tommy mengeluh lagi.  Tidak tahu bagaimana harus dia katakan lagi supaya wanita ini percaya akan kata-katanya.  Tiba-tiba dia teringat akan gambar yang diambil ketika berkunjung dirumah Tan Sri Aiyuddin baru-baru ini.  Dengan pantas dia mengeluar IPhone dari poket seluarnya.  Dibuka gambar yang diambil lalu dihulurkan telefon bimbitnya kepada Amyza.  Teragak-agak wanita itu mengambilnya.

            Alangkah terkejutnya Amyza melihat gambar keluarga bahagia Tommy diskrin layar telefon bimbit kepunyaan lelaki itu.  Tarikh dan waktu gambar itu diambil kira-kira seminggu yang lalu.  Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh lelaki itu.  Perlahan-lahan dihulurkan telefon iu kepada tuanya.  Lantas Amyza bangkit tanpa pamitan dia berlari keluar meninggalkan Tommy yang masih terpinga-pinga dengan reaksinya itu.

            “Maafkan I Amy.”hanya itu yang mampu dia luahkan setelah kelibat wanita itu menghilang dibalik pintu biliknya.

~Bersambung~