Monday 31 December 2012

SPEED- Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 16)

Bab 16


Amar Amsyar terlewat bangun lagi, dia melihat disebelahnya.  Julia sedang tidur pulas, pasti semalam tidak cukup tidur.  Amar Amsyar tersenyum, semalam dia dan Julia baru lepas berparti dirumah seorang kenalannya untuk meraikan kemenangannya.

 
“Bro, kau memang hero.  Walaupun dah 3 tahun tak berlumba dilitar, kehebatan kau masih lagi menyegat.  Tapi sayang, sepupu kau seorang lagi tu tak pula mengikut jejak langkah kau.  Kalau tak, aku dapat rasakan gabungan korang berdua pasti lebih hebat lagi.”pujian dari Kamarul membuatkan Amar Amsyar tersenyum lebar. 

 
“Maksud kau Mike? Dia memang tak setanding aku, dia tu kalau bab kasanova memang tak dinafikan lebih hebat dari aku.”pecah tawa Kamarul mendengar nama Tengku Mikhail dikaitkan dengan aura kasanovanya.

 
“Tapikan bro, itu dulu.  Sekarang aku dengar zaman romeonya dah hilang taring.  Dia dah bertaubat, tak lagi bertukar-tukar teman wanita.  Stok-stok wanita yang dia ada dah dilepaskan kat orang lain.     Aku dapat tahu dia tengah gilakan seseorang.”ujar Kamarul beria-ria dia menceritakan tentang keinsafan Tengku Mikhail pada Amar Amsyar.

 
Really! Who’s the damm luckiest girl.”soal Amar Amsyar.
 

“Tak tahulah pula, yang aku tahu perempuan tu tengah mengandung.  Tengku Mikhail bawa perempuan tu tinggal bersama dengannya.”jawab Kamarul pula.

 
“Siap jaga dia dengan baik, lepas itu dia turut tanggung semua perbelanjaaan keluarga perempuan tu.  Tengku Mikhail juga tidak benarkan perempuan tu bekerja lagi, dia siap hantar notis berhenti kerja untuk perempuan tu.”kali ini Umar pula bercerita.  Baik Amar Amsyar mahupun Kamarul, mereka berdua tidak percaya.


“Kau biar betul Umar, mana kau tahu cerita ini.”soal Kamarul pula.

 
“Aku tahulah, girlfriend aku kan kerja sekali dengan perempuan tu.  Kalau tak silap aku nama perempuan tu Kazrina Atirah.”tersentak Amar Amsyar ketika Umar menyebut nama perempuan itu.

 
“Kazrina Atirah”gumamnya tanpa disedari.  Namun sempat didengari oleh kedua rakannya tadi.

 
“Kenapa bro, kau kenal ke dengan perempuan tu.”soal Kamarul dan Umar serentak.  Sepantas kilat Amar Amsyar menggeleng kepalanya. “Tak..tak..aku tak kenal pun.  Cuma terkejut saja.”dalih Amar Amsyar.

 
“Darling, jom kita balik.  I dah penat ni.”Julia datang menghampiri tempat dimana Amar Amsyar dan rakannya sedang berbual.  Sengaja dia mengesel-gesel badannya dengan tubuh sasa Amar Amsyar.  Kamarul dan Umar yang melihatnya tersengih-sengih, tahu apa yang bermain difikiran perempuan yang memakai skirt sendat itu.

 
Okaylah bro, aku chow dulu.  Esok aku kena kerja, nanti marah pula si Mike tu.”Amar Amsyar memohon diri, ingin beredar. 

 
“Kau masih kerja dengan Mike ke? Habis tu company papa kau macam mana?”soal Umar, dia hairan mengapa Amar Amsyar masih bekerja dengan Tengku Mikhail walhal keluarga lelaki itu pun mempunyai syarikat mereka sendiri.

 
“Papa aku, dia suruh aku tinggalkan dunia lumba kalau nak kerja semula kat syarikat tu.  Aku malaslah bro, lagipun aku suka dengan cara hidup aku sekarang.  Bebas tanpa gangguan sesiapa.”terang Amar Amsyar, Julia yang masih disisinya dipeluk erat.

 
“Suka hati kau lah bro, jangan suatu hari nanti kau menyesal sudah.  Dunia perlumbaan ini banyak pancarobanya, kalau tak berhati-hati suatu hari nanti kau akan terjerumus.  Masa tu nak patah balik dah tak guna dah.”nasihat Kamarul dipandang remeh Amar Amsyar.  Dalam hatinya dia fikir lelaki itu mencemburuinya.

 
Thanks for your concern bro, but I just fine.  See you later.”Amar Amsyar beredar bersama-sama Julia.  Pinggang wanita itu ditarik agar merapat ke tubuh sasa.
 

Darling, you dah bangun?”soal Julia disebelah dengan suara serak-serak basah.  Amar Amsyar kalih pandang disisi, tubuh Julia yang dibaluti comforter dipeluk erat.  Hidungnya dibenam ke wajah itu, menggesel-gesel pipi mulus itu.  Julia kegelian, dia mengelak sedikit.

 
“Bangunlah dear, kejap lagi kita keluar sarapan sama-sama.”ujar Amar Amsyar, Julia membuka matanya.  Senyumannya dibalas Amar Amsyar.

 
“Kita mandi berdua nak?”ajak Julia, Amar Amsyar menggeleng kepalanya.  Dia sudahpun siap berpakaian lengkap.  Jam pula menunjukan pukul 7.30 pagi, dia perlu ke pejabat hari ini. 

 
Dear, I need to go to office.  Can you wait for me until I’m coming back.”pinta Amar Amsyar, lagaknya seperti suami yang mahu si isteri menantinya pulang dari kerja.

 
“Mana boleh darling, I also need to go saloon.  Dah beberapa hari I tak jenguk salun I tu.”Manja suara Julia meyapa telinga Amar Amsyar.

 
“Okaylah dear, as you wish.  Make sure you come and see me later.  I’ll miss you.” Selesai berbicara Amar Amsyar menutup pintu bilik, dia mengambil beg bimbit disofa dan pintu utama dibuka.  Lift ditekan dan langkah kaki dibawa menuju ke parking lot.  Deruman Evonya membelah jalanraya menuju ke bangunan Empire Straits.

 
Selamat pagi Encik Amar.”sapa Atiqah, penyambut tetamu disitu.

 

“Selamat pagi Tiqah, How’s your day?”sempat Amar Amsyar menanya Atiqah.

 
Good Encik Amar.  By the way, Taza just inform me that Tengku want’s to see you once you in.”Amar Amsyar mengangguk, kaki dituju ke bilik Tengku Mikhail.

 
Morning Encik Amar, Tengku is expecting for you since yesterday. You may come in.”ujar   Taza, lantas tangan mengetuk pintu bilik bosnya.  Selepas mendengar arahan masuk, Taza masuk bersama Amar Amsyar.

 
Tengku, Encik Amar is here.”Taza berlalu menutup pintu setelah membawa Amar masuk.  Amar Amsyar melabuh duduk dihadapan Tengku Mikhail.  Lelaki itu masih tekun menaip sesuatu dilaptopnya.  Kedatangan Amar Amsyar sedikit pun tidak menganggunya, agak lima minit berlalu barulah dia mengalihkan pandangannya ke arah Amar Amsyar.

 
“Ada apa kau panggil aku Mike, did I miss something?”soal Amar Amsyar.  Dipandang raut wajah putih bersih Tengku Mikhail, ada sinar kebahagiaan disitu.  “Betulkah apa yang dikatakan oleh Kamarul dan Umar yang Mike sedang berbahagia sekarang.”detik hatinya.

 
“Kita perlu berbincang Am, penting sangat.”tutur Tengku Mikhail dengan wajah serius, Amar Amsyar menyandarkan tubuhnya.

 
“Hal apa lagi bro, aku penat ni.  Kerja aku masih berlambak-lambak belum dibereskan.”dalih Amar Amsyar.  Tengku Mikhail mengeluh, Amar Amsyar sudah berubah, tidak seperti dulu.  Kemalangan itu telah mengubah Amar Amsyar kembali kepada dirinya 3 tahun yang dulu.

 
“Pasal Kazrina Atirah”mendengar saja nama itu disebut, Amar Amsyar resah.  “Kenapa dengan perempuan itu.” keluhnya dalam hati.

 
“Apa hal dengan perempuan tu, dia dah tak ada kena mengena dengan aku bro.”ujar Amar Amsyar dengan nada kasar.

 
“Aku tahu kau dah ceraikan dia, dan aku tahu kau dah pun halau dia dari rumah kau.  Tapi tahukah kau yang dia kini mengandungkan anak kau.  Kau sedar tak?”marah Tengku Mikhail.  Amar Amsyar tidak berkutik, dia tenang menghadapi situasi ini.  Dia tahu Kazrina mengandungkan anaknya daripada Misya, tapi dia tidak pedulikannya.  Apa yang dia tahu, dia mahu lupakan tentang semua itu.

 
“Aku tahu bro, tapi apa masalahnya.  Aku dah pun ceraikan dia, so there is nothing between me and her. Full stop!”bentak Amar Amsyar, geram Tengku Mikhail marah padanya sebab wanita itu.

 
“Sanggup kau berkata begitu, anak tu tetap anak kau walaupun dia dah jadi bekas isteri kau. Dimana rasa perikemanusian kau terhadap anak yang dia kandungkan itu. Dimana Am, dimana?”suara Tengku Mikhail berubah tinggi, geram pada Amar Amsyar melebihi segala-galanya.

 
“Bro, yang kau sibuk-sibuk pasal dia kenapa? Aku dan dia dah tak ada apa-apa, anak tu pun bukannya anak aku.”angkuhnya Amar Amsyar berkata.  Tengku Mikhail bangkit, dicekak kolar leher baju kemeja Amar Amsyar.

 
“Kau dengar sini baik-baik.  Sama ada kau suka atau tidak, anak itu tetap anak kau.  Darah daging kau, darah yang mengalir dalam tubuhnya itu adalah darah kau.  Kau tak boleh menafikan hak anak itu.”dilepaskan tumbuk mengena muka Amar Amsyar, amarah yang datang tidak dapat dikawal lagi.  Amar Amsyar jatuh terduduk dikerusi, dia meraba-raba mulutnya.  Ada kesan darah disitu, dia mengesat dengan kasar.

 
“Kau ni kenapa Mike, pasal perempuan macam tu kita nak bergaduh sesama sendiri.  Apa faedahnya kau buat begitu, apa?.. apa..?”tengking Amar Amsyar, dia turut bangun.  Tengku Mikhail menumbuk mejanya, berdetum bunyinnya.  Suasana didalam biliknya terasa membahang.  Diluar rata-rata pekerjanya sedang berbisik sesama sendiri.  Taza kalut, dia mahu menelefon Tengku Azhar, tetapi tidak berani.

 
“ Kau akan menyesal Am, kau dah menaniaya anak yatim.  Dan kau bakal menerima akibat dari perbuataan kau sendiri.  Aku nak bagitahu kau sesuatu, aku akan ambil Kazrina menjadi isteri aku sebaik saja dia melahirkan bayinya.  Dan jangan harap kau boleh merampas dia mahupun anak kau daripada aku.  Aku akan bahagiakan dia sehingga dia lupa bagaimana rasa sakit hatinya setelah kau tinggalkan dia begitu saja.  Itu janji aku demi anak yang dia kandungkan.  And for you info, don’t call me Mike.  My name is Tengku Mikhail Khazi.”tegas Tengku Mikhail berbicara, dia mahu Amar Amsyar tahu keikhlasan hatinya untuk memperisterikan Kazrina Aztirah.  Dan dia juga ingin menukar kata nama dirinya dari Mike kepada Tengku Mikhail untuk selama-lamanya.

 
“Suka hati kaulah Mike, Mikhail or what so ever, aku tak nak masuk campur.  Sekali aku dah buang dia, selamanya aku buang dia dari hidup aku.”kata-kata Amar Amsyar menyemarakkan lagi api kemarahan Tengku Mikhail.  Dia mahu menumbuk lelaki itu, tetapi sempat dielak Amar Amsyar.

 
“Fine, that’s it.  You may go and leave, I don’t want to see you anymore.  You are fired!”Amar Amsyar menghempas daun pintu, Tengku Mikhail menghalaunya keluar terus dari syarikat lelaki itu.  Kini dia perlu mencari kerj semual, tak mungkin dia kembali ke pangkuan keluar setelah apa yang telah dia lakukan pada Kazrina.

 
Taza bukam ditempatnya, tidak berkutik. Pertelingkahan diantara Amar Amsyar dengan bosnya mengerunkannya.  Malah satu pejabat kecoh setelah permergian Amar Amsyar dalam keadaan marah-marah.  Wajah bos mereka juga masam seharian, tidak ada seorang pun yang berani bertanyakan hal itu.  Masing-masing berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.  Taza pula masih takut hendak masuk ke bilik bosnya.  Sehinggalah waktu makan tengah hari, Tengku Mikhail masih tidak keluar dari pejabatnya.  Taza kehairanan, nak bertanya takut dimarahi pula. Setelah beberapa ketika, Taza mengambil keputusan ingin keluar makan, terbantut pula bila melihat wajah bosnya menjengah keluar.

 
“Bos nak apa?”soal Taza takut-takut.  Tengku Mikhail melemparkan senyuman, Taza terpegun. 

 
“Saya nak balik makan tengah hari dirumah, mungkin saya tak masuk terus.  Esok saya cuti, lusa baru saya datang.  Awak tolong batalkan meeting dan perjumpaan saya dengan klien.  Kalau boleh ditunda, awak tundakan saja.  Saya nak balik, jumpa nanti.”Tengku Mikhail berlalu meninggalkan Taza.  Dia ingin pulang, hati yang panas perlu disejukan segera.  Dia mahu mendengar suara Kazrina agar hilang kekusutan didada.

 
Kereta dipandu menuju ke rumahnya, sempat juga dia berhenti di kedai bunga yang berhampiran.  Bunga mawar mereah menjadi pilihan, dia mahu hadiahkan pada Kazrina.  Senyman terukir dibibirnya, harap Kazrina sudi menerima jambangan bunga ini.

 
Apabila keretanya sampai diperkarangan rumah, dia kaget.  Ada sebuah kereta didalam garaj, dia kenal kereta itu.  Kepunyaan keluarga Amar Amsyar, mungkin mama Am datang kemari.  Bagaimana dia tahu Kazrina ada disini, Tengku Mikhail kehairanan.

 
“Assalamualaikum”salamnya dijawab Mak Jah.  Beg bimbit dihulurkan kepada Mak Jah, wanita tua itu menyambutnya.”Siapa yang datang Mak Jah”soalnya.

 
“Datin Azimah, Khail.  Dia datang nak jumpa dengan Kazrina.”jawab Mak Jah.  Tengku Mikhail berjalan ke arah makngahnya.  Tangan wanita itu dicapai lalu dikucup lembut.  Tengku Mikhail melabuh duduk berhadapan dengan Datin Azimah dan Kazrina.  Wajah suram Kazrina ditatap dengan penuh kasih.  Jambangan bunga yang dibeli ditinggalkan dalam kereta, nanti-nanti saja diambilnya.

 
“Maafkan makngah Khail, datang tak dijemput.  Makngah nak jenguk Kazrina, dah lama dia tak balik kerumah.”tutur Datin Azimah lembut, dia mahu Tengku Mikhail tahu tujuan kedatangannya kemari.

 
“Tak mengapa makngah, kalau nak datang selalu pun tak apa.  Rina pun duduk dengan Mak Jah saja kat rumah.  Khail hari-hari keluar bekerja, malam baru balik rumah.”Tengku Mikhail berbahasa basi.  Dia mahu makngahnya tahu kehadirannya amatlah dialu-alukan.

 
“Betul tu Datin, Khail ni kalau dah kerja malam baru balik.  Tinggallah saya dengan Rina kat rumah ni.”sampuk Mak Jah pula.  Dia datang bersama dulang berisi air minuman dan juga sedikit kuih lapis yang dibuatnya tadi.  Tengku Mikhail bangkit, mengambil dulang ditangan Mak Jah dan diletakkan di atas meja.  Kazrina menuang air ke dalam cawan lantas diletak dihadapan Datin Azimah dan juga Tengku Mikhail.  Senyuman terukir dibibir Datin Azimah, suka dia melihat kemesraan Tengku Mikhail.

 
“Makngah nak minta maaf dengan Kazrina dan Khail.  Makngah tak tahu yang Am dah ceraikan Rina.  Makngah sedih bila dapat tahu yang Rina telah dihalau keluar oleh Am ketika Rina sedang mengandungkan anak Am.  Mama malu Rina, anak mama dah melantari Rina sedemikian rupa.”sayu suara Datin Azimah menerpa ditelinga Tengku Mikhail.  Hati ibu mana yang tidak sedih, bila si anak mempersiakan isteri sebaik Kazrina. 

 
“Makngah tak salah, semua ini sudah takdir.  Am dah pilih jalannya sendiri dan Rina juga patut teruskan hidup.  Apa yang Khail harap sokongan dari makngah agar Rina diberi peluang untuk merasa kebahagian dalam hidupnya.”ujar Tengku Mikhail senada, Kazrina disebelah Datin Azimah ditenung lembut.  Wanita itu diam tidak berkutik, tiada airmata yang mengalir ataupun esakkan halus.  Kazrina sudah dapat menerima hakikat, Tengku Mikhail lega.


“Terima kasih Khail, suka makngah mendengar.  Makngah minta Khail Rina baik-baik, tentang belanjanya….”belum habis berkata, Tengku Mikhail mencantasnya terlebih dahulu.

 
”Rinah dah jadi tangungjawab Khail sekarang.  Makngah jangan risau, Rina dan bayi yang dikandungnya dibawah jagaan Khail mulai hari ini.  Dan Khail nak minta restu makngah, insyaallah jika diizinkan olehNya Khail ingin melamar Rina menjadi suri dihati Khail selepas dia habis berpantang.  Makngah doakan lah ya.”pinta Tengku Mikhail, Kazrina terpana.  Satu lagi lamaran buatnya, kali ini dibuat dihadapan bekas mertuanya.  Datin Azimah bangkit lantas memeluk Tengku Mikhail, hatinya gembira.  Tengku Mikhail sudi melamar Kazrina walaupun wanita itu sedang mengandungkan cucunya.  Sekurang-kurangnya cucunya dijaga dengan baik oleh Tengku Mikhail nanti.

 
“Makngah setuju Khail, sekurang-kurangnya ada juga yang sudi menerima Kazrina seadanya.  Makngah bangga dengan Khail, makngah doakan semuanya akan berjalan dengan lancar hendaknya.”tubuh Kazrina dipeluknya erat. 

 
“Makan disini Datin, saya dah siapkan.”Mak Jah datang mencelah, Mikhail turut mempelawa,”Yalah makngah, makanlah sekali.  Dah lama Khail tak makan dengan makngah.”

 
“Boleh juga, makngah pun nak rasa juga air tangan Mak Jah.”seloroh Datin Azimah.

 
“Bukan saya masak datin, hari ini Rina yang masak.  Ada lauk asam pedas ikan tenggiri dan juga kangkung goreng belancan.  Saya cuma tolong goreng ayam saja.” selar Mak Jah.

 
“Rina yang masak, really?, ini yang buat Khail tak sabar-sabar nak makan.”Kazrina tertunduk malu, suara ceria Khail menyapa ditelinganya.

 
“Kalau gitu, moh lah kita makan.  Nanti dah sejuk tak sedap pula. “ajak Datin Azimah ceria, suka dia melihat sifat malu-malu Kazrina.  Mereka berempat menikmati makan tengah hari dengan berselera sekali.  Tengku Mikhail siap menambah lagi, katanya sedap masakan Kazrina.  Datin Azimah dan Mak Jah turut tersenyum-senyum melihat gelagat Tengku Mikhail.

~Bersambung~

P/S: kepada pembaca setia, minggu ini saya akan upkan 2 episod sekaligus.  Nantikan ya...

Wednesday 26 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 15)

Bab 15


“Rina nak pergi mana pagi-pagi ni.”soal Mak Jah ketika melihat Kazrina yang sedang bersiap-siap.

 
“Nak pergi kerjalah Mak Jah.  Hari itu saya cuti sakit, sekarang kenalah masuk kerja semula.”jawab Kazrina lembut.  Dibetulkan tudungnya pula, takut senget.  Mak Jah keluar dari bilik Kazrina menuju ke dapur.  Ketika Kazrina keluar dari biliknya, dia terserempak dengan Tengku Mikhail yang sedang menapak turun dari tingkat atas.  Lelaki itu bereaksi pelik, “Rina nak ke mana awal pagi ni?”soal Tengku Mikhail.

 
“Nak pergi kerjalah Khail, takkan nak pergi shopping pula.”balas Kazrina sambil tersenyum manis.  Tengku Mikhail mengaru kepalanya yang tidak gatal tiba-tiba.

 
“Rina duduk dulu, Khail ada benda nak dibincangkan.”Tengku Mikhail mengajak Kazrina duduk disofa berdekatan.  Dia turut melabuhkan duduk dihadapan Kazrina.  Beg bimbitnya diletakkan disebelah kanan duduknya. 

 
“Apa yang Khail nak bincangkan, Rina dah lambat ni.  Takut tak dapat teksi pula, pagi-pagi memang susah nak dapat teksi.”tutur Kazrina.  Tengku Mikhail menarik nafas, tidak tahu bagaimana dan dimana harus dia mulakan.  Dia takut Kazrina melenting jika dikhabarkan pada wanita itu tentang perjumpaannya dengan Hakimi Lufti seminggu sudah.

 
“Rina, Khail..Khail..dah putuskan yang Rina tak perlu berkerja lagi”Kazrina tergamam, bicara Tengku Mikhail menyentap hatinya. 

 
“Apa maksud Khail, Rina tak faham.”soal Kazrina.

 
“Khail dah hantar notis surat berhenti Rina pada Hakimi minggu lalu.”ujar Tengku Mikhail.

 
“Tapi kenapa Khail, Rina perlukan pekerjaan Rina untuk menampung keluarga dan juga anak yang bakal lahir ini.”tutur Kazrina dengan nada sedih.  Sedih kerana dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan juga pendapatan.  Dimana harus dia cari wang untuk dihantar kepada keluarganya.  Mereka masih lagi dalam tangungjawabnya.  Airmatanya berderai laju mengenangkan nasibnya kini.

 
“Rina..”Tengku Mikhail bangkit lantas duduk bersebelahnya.  Dipegang lembut bahu Kazrina, “Khail buat semua ini untuk kebaikan Rina dan juga anak yang Rina kandungkan.  Terlalu banyak risikonya, 2 kali Rina hampir-hampir keguguran.”ujar Tengku Mikhail tenang.  Dia mahu Kazrina tahu sebab utama dia berbuat sedemikian.

 
“Tapi Khail, bagaimana dengan keluarga Rina.  Mereka masih dibawah tangungjawab Rina, dan Rina perlu sediakan sejumlah wang setiap bulan untuk membantu mereka.”tangis Kazrina pilu.  Tengku Mikhail menggelengkan kepalanya, tidak setuju dengan kata-kata Kazrina.

 
“Rina, untuk pengetahuan Rina.  Keluarga Rina kini dibawah tangungjawab Khail sekarang.  Mulai hari, biar Khail laksanakan tangungjawab yang sepatutnya digalas oleh Rina.  Termasuk Rina sekali dan juga anak dalam kandungan Rina ni.  Apa yang Khail pinta, agar Rina jaga kesihatan Rina dan juga baby.  Khail tak akan biarkan Rina sendiri lagi, Khail akan jaga Rina mulai hari ini.”Kazrina terharu, Tengku Mikhail tulus menyatakan hasratnya itu.  Kalaulah Amar Amasyar begini, tak perlulah dia hadapi semua ini.

 
“Khail..”Kazrina sebak, tidak dapat meneruskan kata-kata.  Tengku Mikhail memegang perut Kazrina, “Baby jangan susahkan mama tau, daddy nak pergi kerja.  Petang nanti daddy balik, kita main sama-sama ya.”ujar Tengku Mikhail sambil mengusap lembut perut Kazrina.  Kazrina terpana, cara Tengku Mikhail melayannya seperti seorang suami yang penyanyang.  Dia benar-benar terharu sangat, tangisannya pecah.  Tengku Mikhail hilang arah, tidak tahu harus berbuat apa.  Jika dipeluk Kazrina, wanita itu pasti marah.  Lagipun dia bukan suami Kazrina dan juga halal buat Kazrina.  Dia perlu bertahan sehingga Kazrina melahirkan anaknya.

 
“Rina pergilah berehat, Khail perlu masuk ofis hari ini.  Petang nanti kita bincang lagi.  Khail pergi dulu, jangan lupa makan ikut masa.”pesan Tengku Mikhail, dicapai beg bimbitnya.  Langkah dituju ke luar rumah dimana keretanya berada.  Kazrina tersedar dari lamunan sebaik saja kereta Tengku Mikhail menderum laju.  Disapu airmata yang mengalir, lantas kaki dibawa menuju kebilik.  Pintu bilik ditutup seperti hatinya tutup buat seorang lelaki yang bernama Amar Amsyar.

 

Hampir sejam melayan perasaan, pintu biliknya diketuk.  Wajah Mak Jah muncul dibalik pintu,”Rina nak makan, Mak Jah dah siapkan.”

 
“Rina tak lapar Mak Jah, kejap lagi Rina makan.”ujar Kazrina. Dikerling jam di dinding, sudah pukul 1 petang.  Namun perutnya tidak merasa lapar pula.  Mak Jah menutup semula pintu bilik Rina, saat langkah mahu menuju ke ruang dapur telefon berbunyi.

                                      
“Ya Khail, Rina masih dibiliknya.  Tak mahu makan katanya, masih tak lapar.”jawab Mak Jah, mungkin itulah pertanyaan Tengku Mikhail.

 
“Tak mengapalah,  Mak Jah siapakan makan tengah hari kejap lagi Khail balik.”arah Tengku Mikhail lembut.  Bagai lipas kudung, Mak Jah menuruti arahan majikannya.  Dalam hati dia bersyukur Tengku Mikhail sudah benar-benar berubah.  Cinta telah mengubahkan Tengku Mikhail dari seorang kasanova kepada seorang lelaki yang bertangungjawab.  Begitu besar perubahan yang dibawa oleh seorang wanita bernama Kazrina kepada Tengku Mikhail. 

 
Setengah jam kemudian, kereta Tengku Mikhail sudah berada diperkarangan rumah.  Tengku Mikhail keluar dari perut kereta, beg bimbit diletakan di sofa berdekatan.  Kakinya dihala ke bilik Kazrina, pintu diketuk perlahan.  Kazrina muncul dimuka pintu,”Khail?”

 
“Mari keluar, kita makan sekali.”ajak Tengku Mikhail, Kazrina menurut dibelakang setelah pintu bilik ditutup rapat.

 
“Tengku Mikhail menarik kerusi, diarahkan Kazrina duduk disisinya.  Wanita itu menurut saja, Tengku Mikhail gembira.   Nasi diletakkan didalam pinggan Kazrina, disenduk lauk ayam masak kicap bersama sayur campur. 

 
“Tak apa Khail, Rina boleh ambil sendiri.”bantah Kazrina, Tengku Mikhail menggeleng tanda tidak setuju.

 
“Rina jangan degil, biar Khail yang buat.  Rina perlu makan supaya baby tak lapar.  Tak baik buat baby begini, kesian kat dia.”ujar Tengku Mikhail lembut.

 
Tapi Rina tak lapar Khail, macam mana Rina nak makan.”protes Kazrina.  Tengku Mikhail mengeluh, “degil betul!”

 
“Rina lapar atau tak,  Rina perlu makan mengikut masa yang ditetapkan.  Tak kesian ke kat baby, dia lapar tau.  Meh, Khail tolong suapkan.”Tengku Mikhail sudah bersedia menyuap Kazrina menggunakan sudu.  Kazrina yang pada mulanya enggan makan, mulat membuka mulutnya.  Nasi yang disua Tengku Mikhail dikunyah perlahan-lahan.  Airmatanya menitis, terharu dengan layanan Tengku Mikhail terhadapnya.”Beginikah layanan dari seorang suami jika si isteri sedang mengandungkan anaknya.  Tapi mengapa Amar Amsyar tidak begitu, apa salahku?”adunya dalam hati.

 
“Rina, kenapa ni.   Sayang tak baik tau, menangis depan rezeki.”airmata yang menitis, diseka lembut Tengku Mikhail.  Kazrina terpegun, Tengku Mikhail memanggilnya ‘sayang’.

 
“Rina..Rina..”tidak sanggup meneruskan kata, hatinya pilu.

 
“Sudahlah tu, sekarang Rina makan lagi.  Baby lapar tu, nak minta makanan.  Nah, makan lagi Khail suapkan.”Tengku Mikhail meneruskan suapan nasi ke mulut Kazrina.  Wanita itu makan dengan seleranya, suka Tengku Mikhail melihatnya.  Sehingga ke suapan terakhir, Kazrina mengambil sudu ditangan Tengku Mikhail, lantas disuapkan ke mulut lelaki itu.  Lelaki itu tersenyum, “Terima kasih sayang.” Mak Jah yang setia menonton mengalirkan airmata terharu, Tengku Mikhail telah menjumpai kebahagiannya kini.  Dia menadahkan tangan, berdoakan agar Kazrina akan menerima Tengku Mikhail suatu hari nanti.  Dan dia yakin, ada cinta yang hadir antara mereka berdua.

 
Tengku Mikhail tidak jadi ke pejabat, sepetang dia menemani Kazrina.  Dia sudahpun menukar pakaian, selepas makan mereka sempat solat zohor berjemaah.  Kazrina kagum, Tengku Mikhail benar-benar telah berubah.  Malah ketika Tengku Mikhail mengimamkan solat tadi, bacaannya lancar meskipun ayat-ayat pendek saja.  Hari itu, Tengku Mikhail menjadi Imam untuk dia dan juga Mak Jah.  Kazrina dapat lihat airmata menitis dari pipi tua itu, airmata kesyukuran barangkali.

 
“Jauh termenung, ingat orang jauh ke?”Tengku Mikhail mengambil tempat disebelah Kazrina.  Angin petang bertiup nyaman, pohon-pohon renek yang ada disekeling rumah banglo kepunyaan Tengku Mikhail menyemarkan suasana. 

 
“Buat apa teringat orang jauh, jika diri ini telah dibuang sejak dulu lagi.”sayu saja nada suara Kazrina.  Tengku Mikhail menarik nafas, dia tahu Kazrina kecewa dengan Amar Amsyar.  Lelaki itu sepatutnya berada disini bersama Kazrina dan bukannya dia.  Dulu dia ingat Amar Amsyar lelaki yang baik, tapi dia tersilap. Perlukah dia ceritakan kepada Kazrina hal sebenar disebalik pernikahan mereka.  Hatinya tertanya-tanya sendiri.

 
“Sekarang Rina tengok Khail pula yang termenung. Kenapa, ada hal yang menggangu fikiran Khail atau Rina ni dah menyusahkan Khail ke?” Tengku Mikhail menggeleng kepalanya, tidak setuju.

 
“Rina tak pernah menyusahkan Khail.  Apa yang Khail buat semuanya untuk Rina dan juga baby.  Ikhlas Khail katakan yang Khail suka dengan semua ini.  Khail mahu Rina gembira selalu, dan Khail ingin lakukannya demi wanita yang bernama Kazrina Atirah.”tulus dan ikhlas nada suara itu menyentuh perasaan Kazrina.

 
“Terima kasih Khail, Rina tak tahu nak cakap apa lagi.  Tak ternilai budi yang Khail hulurkan pada Rina dan juga baby.”Tengku Mikhail ingin menyentuh tangan Kazrina, tetapi ditahankan hatinya.  Kazrina tidak halal buatnya, masih belum lagi.  Mungkin selepas kelahiran baby ini, dia akan mengambil Rina menjadi haknya yang halal.

 
“Rina, ada sesuatu yang Khail nak cakapkan.  Khail harap Rina tidak terkejut mendengarnya nanti.”berhati-hati Tengku Mikhail menutur kata, takut Kazrina tersingung pula.

 
Cakaplah, Rina sudi mendengarnya.”jawab Kazrina tenang.

 
“Khail nak Rina tahu apa kisah sebenar disebalik pernikahan Rina dengan Amar Amsyar.”Kazrina tergamam, “apa yang Khail cuba terangkan ni. Apa kena mengena dengan Amar Amsyar?”

 
“Kisah disebalik pernikahan Rina dengan Am? Kisah apa Khail.”soal Kazrina cemas.  Tengku Mikhail serba salah pula sama ada hendak meneruskan ataupun tidak.  Kazrina terdengar keluhan dibibir Tengku Mikhail.

 
“Apa kisah disebalik pernikahan Rina dengan Am, Khail tak pasti.  Tapi  apa sebab Am bernikah dengan Rina  itu yang Khail pasti.”terang Khail masih lagi mahu berteka-teki.  Kazrina cuak, Tengku Mikhail seolah-olah mencabar tahap kesabarannya.

 
“Boleh tak Khail berterus-terang, jangan nak ‘corner’ sana sini.  Rina rimas tau!”bentak Kazrina, geram dengan sikap Tengku Mikhail.

 
“Mana ada Khail ‘corner’ sana sini, kita bukannya dalam kereta kan?”seloroh Tengku Mikhail, cuba menghidupkan suasan ceria.  Kazrina memuncungkan bibirnya, tanda protes.”Khail ni orang betul-betul dia main-main pula.”marahnya dalam hati.

 
“Sayang, tak baik tau buat muncung macam tu, nanti baby daddy pun mulutnya muncung macam mama dia. Pastu kuat merajuk nanti.”Kali ini tahap kesabaran Kazrina menepis, dia ingin bangkit tapi tangannya sudah diselar oleh Tengku Mikhail.”Duduklah dulu.”Kazrina duduk kembali, namun wajahnya dimasamkan.

 
“Khail akan ceritakannya, dengan syarat Rina tenang menghadapinya.  Jangan melenting tak tentu pasal dan jangan na marah-marah.  Khail harap Rina terima semua ini dengan tabah.”Kazrina menggangguk setuju.  Tengku Mikhail mula bercerita dari awal sehingga akhir, tidak ada satupun tertinggal, semuanya diceritkan seperti apa yang dicerita oleh Am padanya seminggu sebelum Kazrina menikahi sepupunya itu.

 
“Am menyesal dan untuk menebus kesalahannya itu, dia sanggup mengambil Kazrina sebagai isterinya.  Dia juga kata ingin membantu keluarga Rina menanggung beban yang ada sebab itu dia nak bernikah sangat dengan Rina walaupun dalam hatinya tiada cinta untuk Rina.”Kata-kata Tengku Mikhail umpama sembilu yang menghiris-hiris tangkai hatinya.  Selama ini dia ingat Amar Amsyar benar-benar menyintainya, sebab itu dia setuju menerima lamaran lelaki itu.  Kazrina ketawa, mula-mula perlahan lama-lama kuat juga bunyinya.  Tengku Mikhail kehairanan, disentuh bahu Kazrina.”Rina”

 
“Rina okay, Khail jangan risau.  Rina ketawa sebab Rina rasa betapa bodohnya Rina ketika menerima lamaran Am dulu.  Rina ingat dia benar-benar cintakan Rina, rupa-rupanya tidak.  Dan Rina pun bodoh sebab nak larikan diri dari Tengku Mikhail Khazi, Rina terima lamaran Am.  Sekarang Rina sendiri yang menangung akibat dari perbuatan bodoh Rina sendiri.”Tengku Mikhail tersentak, pengakuan Kazrina menyentap jiwanya.  Rupa-rupanya Kazrina memang membenci dirinya sehingga sanggup menerima lamaran Amar Amsyar.

 
“Sampai begitu sekali benci Rina pada Khail, sanggup mengambil risiko demi untuk melepaskan diri dari seorang lelaki yang bernama Tengku Mikhail Khazi.  Sungguh menakjubkan, Rina seorang yang suka mengambil risiko dengan terlalu mudah.”ejek Tengku Mikhail, Kazrina mencebik.

 
Manalah Rina tahu, dulu hidup Rina kesunyian sebab itu Rina tersalah percaturan.  Tapi kini, kalau Khail nak tahu.  Tengku Mikhail Khazi sekarang sudahpun berada dihati ini, walaupun tak banyak sedikit tetap ada.”tutur Kazrina sambil menujuk ke arah dadanya.  Tengku Mikhail melemparkan senyuman manis, kata-kata Kazrina menyejuk hatinya yang membara tadi.

 
Maknanya, Rina dah terima Khail lah ni. Sungguh!”tanya Tengku Mikhail bersungguh.  Kazrina mengangguk kepala, tertunduk malu.  Tengku Mikhail girang melihat wajah Kazrina merona kemerah-merahan.

 
“Cantik ‘blusher’ Rina, esok-esok pakai lagi tau.”usik Tengku Mikhail membuatkan Kazrina semakin malu.  Kazrina berlari masuk, tak sanggup menjadi bahan usikan Tengku Mikhail.

 
“Rina..Rina..tunggulah dulu.”panggil Tengku Mikhail, namun tidak diperdulikan oleh Kazrina yang tetap mahu menyembuyikan dirinya.

 
Tengku Mikhail ketawa dan ketawa, hatinya berlagu riang.  Penerimaan Kazrina menjadi permulaan hidup barunya nanti.

Akan aku tebus kesalahan yang lalu demi cintaku padamu Kazrina Atirah ~ Tengku Mikhail Khazi
 
 
~Bersambung~

Saturday 22 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 14)

 
 Bab 14

 
Kartina Amira sedang berjalan santai melihat panorama kota.  Sudah 3 hari dia turun naik dari pejabat ke pejabat.  Lebih dari 10 temuduga telah dia lalui, namun semuanya hampa.  Kakinya sudah naik lenguh, dia melabuhkan duduk dikerusi yang ada.  Kaki yang kejang diurutnya perlahan-lahan.”Apalah nasib, kalau masih juga tak dapat kerja.  Mana aku nak cari pendapatan.  Tak akan nak harapkan Along, dia sendiri pun dah tak kerja atas sebab kesihatan.  Mujur juga ada abang Mikhail yang sudi membantu walaupun dia tak ada kena-mengena dengan keluarga aku.”keluh Kartina.  Cahaya matahari yang panas terik membuatkan dirinya berpeluh-peluh.

 
Sedang Kartina mengelamun, kakinya disepak seseorang.”Aduh!”

 
”Maaf cik, saya tak sengaja.”tutur lelaki itu dengan perasaan bersalah. 


“Tak sengaja ya, nah rasakan.”Kartina menyepak keras kaki lelaki itu.  Lelaki itu mengaduh kesakitan.

 
“Awak nikan!”lelaki itu ingin marah, tapi ditahan.  Terpegun seketika, “Gadis ini mirip macam wajah seseorang, siapa ya?”fikirnya dalam hati.

 
“Hey, awak!”Kartina menumbuk kuat bahu lelaki itu.  Hakimi Lufti  tersentak, sakit bila bahunya ditumbuk gadis itu.

 
“Sakitlah! kau ni perempuan ke lelaki? Ganas semacam.”marah Hakimi Lufti.

 
“Kau ingat?”soal Kartina dengan nada geram.

 
“Nak kata perempuan, perangai tak ubah macam lelaki. Ganas!”bentak Hakimi Lufti .

 
“Oh.. kau kata aku lelaki ya. Ambik ni.” Buk!.terduduk Hakimi Lufti .  Dia menggosok-gosok mukanya yang pedih.”Sakit juga kena tumbuk dengan minah ganas nih”desis hatinya sebal.


“Awak nikan memang nak kena.” Lantas Hakimi Lufti  mendekat wajahnya, pipi mulus Kartina dicium.Chupp…Kartina terpana, automatik dia pegang pipinya kanannya. Terasa membahang wajahnya ini.

 
“Awak..”belum sempat Kartina berbuat apa-apa, kali ini pipi sebelah kiri pula menjadi mangsa ciuman Hakimi Lufti . Chup..kali ini Kartina pula memegang kedua-dua belah pipinya.  Orang ramai yang memerhati tidak dipedulinya.  Hakimi Lufti  pula tersengih-sengih macam kerang busuk pun ada.

 
“Maaf semua, isteri saya tengah merajuk.  Saya tengah pujuk dia ni, maaf ya.”ujar Hakimi Lufti  pada beberapa penonton setia sambil mengangkat tangan tanda ‘peace’.   

 
Sebaik mendengar Hakimi Lufti  bertutur demikian, orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka mulai beredar.  Ada yang tersenyum-senyum dan ada juga yang siap menepuk bahu sambil memberi nasihat”Pujuk, pujuklah juga. Ttpi awak berdua kat khalayak ramai.  Kita orang melayu ada adat, tak baik buat adegan 18sx kat sini.  Bawalah berbincang kat rumah.  Lebih afdal.”nasihat seorang lelaki dalam usia pertengah 40an.  Hakimi Lufti  tersengih-sengih menahan malu, muka Kartina sudah mencuka.  Hakimi Lufti  menarik Kartina duduk dikerusi berhampiran.  Wajah Kartina yang merona merah ditatapnya dengan penuh minat.”cantik juga gadis ini.”desis hatinya.

 
“Cik, saya minta maaf.”mendengar kata maaf dari Hakimi Lufti , airmata Kartina mula gugur.  Mula-mula esakkan halus kemudian bertukar menjadi tangisan sendu.  Hakimi Lufti  panik, dia tidak tahu harus lakukan apa.  Tangisan Kartina menyentap hatinya, memang salahnya juga.  Suka-suka hati cium pipi anak dara orang dikhalayak ramai.  Tapi bukan salahnya, Kartina sendri yang memulainya.  Ego lelaki memang pantang dicabar, dan inilah natijahnya.

 
“Cik..”Hakimi Lufti  menghulurkan saputangan miliknya, Kartina tidak menyambut. Sebaliknya dia menggunakan belakang tangan mengesat airmata yang gugur.

 
“Cik..”sekali lagi Hakimi Lufti  memanggil Kartina.  Panggilan dari Hakimi Lufti  tidak diendah, lantas Kartina bangkit ingin beredar dari situ.  Tanpa amaran, pergelangan tangan Kartina disambar Hakimi Lufti .  Gadis itu terduduk semula, Hakimi Lufti  tersenyum.

 
“Cik.. saya betul-betul minta maaf.”pohon Hakimi Lufti , tangan Kartina masih erat digengam.  Kartina mendongak, dipandang tepat ke dalam mata Hakimi Lufti . 


“Betul awak nak saya maafkan awak?”soal Kartina dalan nada sayu.  Hakimi Lufti  mengangguk lemah.

 
“Lepaskan tangan saya.”pinta Kartina.  Perlahan-lahan Hakimi Lufti  melepaskan pergelangan tangan Kartina.  Satu keluhan terlepas juga dari mulut Hakimi Lufti .  Kartina masih tetap menunduk memandang bawah.

 
“Cik..”panggil Hakimi Lufti  lagi sekaligus mematikan lamunan Kartina.

 
“Saya…”belum sempat Hakimi Lufti  berbicara, telefon bimbitnya berbunyi.”Ya Zira ada apa?”

 
“Encik Hakimi kat mana? Meeting dah nak mula.”pertanyaan Zira pembantunya membuatkan Hakimi Lufti  tersentak.  Lupa yang dia perlu menghadiri meeting dengan kakitangannya mengenai budget.

 
“Beritahu mereka saya ada hal kecemasan.  Meeting ditunda esok pagi.”telefon bimbit disimpan.  Pandangan Hakimi Lufti  tertunak pada Kartina yang masih sedia menunduk memandang ke bawah.

 
“Cik..saya betul-betul minta maaf.  Apa yang berlaku tadi semuanya secara spontan. Dan Cik pun..”Kartina bangkit, belum sempat Hakimi Lufti  menjelaskan keadaan sebenar Kartina sudah melarikan diri.  Hakimi Lufti  terpana, cepat-cepat dia bangkit mengejar Kartina. 

 
“Cik..Cik..tunggu dulu.  Saya belum habis cakap lagi.”dan Kartina sudahpun hilangan dari pandangan Hakimi Lufti .  Dia merengus marah, gadis itu telah pergi tanpa sempat dia menjelaskan kedudukan yang sebenarnya.  Dia hampa, lantas dibawa kakinya melangkah pulang ke pejabatnya semula.

 
Kartina masih menyembunyikan diri dibalik tembok dinding bangunan itu.  Nafasnya yang tercungap-cungap melelahkan dirinya.  Kejadian tadi benar-benar membuatkan maruahnya tercalar.  Dicium oleh lelaki tidak dikenali dikhalayak ramai adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas akan terjadi padanya.  Dimana harus dia sorokkan wajahnya ini, walaupun dia tidak pasti apa akan berlaku selepas ini.  Diraba kedua-dua belah pipinya, masih terasa hangatnya kucupan itu.  Ciuman pertama dari seorang lelaki yang tidak dia kenali, terlalu jauh dari yang diangankan.  Dia pernah mengimpikan ciuman sebegitu, tapi sudah semestinya dari lelaki yang halal untuknya dan bukannya lelaki asing yang tidak dia kenali.  Airmata yang gugur dikesat kasar dengan belakang tangannya. “Buat apa menangis, benda dah jadi.  Aku pun salah juga, yang dicabar ego lelaki itu buat apa. Kan dah kena, memalukan sungguh.”marahnya dalam hati.

 
Selepas beberapa minit bersembunyi disitu, Kartina keluar dari balik tembok itu.  Dia ingin pulang, esok dia ada temuduga disyarikat Sendaya Holding.  Kaki dihayun melangkah ke perhentian bas berhampiran.  Hatinya resah dan sebal dibiarkan berlalu pergi, mahu pulang dengan perasaan enak.  Takut ibu susah hati melihat dia begini. 

 
“Baru sampai Ngah?”soal ibu sebaik saja melihat kelibat Kartina.  Kartina panggung kepala, sebuah senyum dihadiahkan.

 
“Baru bu, ibu dah makan?”pertanyaan Kartina dijawab dengan anggukan kepala.  Tahulah dia bahawa ibunya sudah makan.

 
“Angah nak makan? Boleh ibu siapkan.”Kartina menjawab dengan gelengan, tidak berselera.  Nafsu makannya terbantut akibat kejadian tadi.

 
“Tak apalah bu, Angah masuk bilik dulu nak solat.  Tak selera nak makan pula.”ujar Kartina lemah.  Dia memang letih, bermacam-macam bermain difikirannya.  Esok dia perlu keluar lagi untuk menghadiri temuduga. 





Berani betul dia cium pipi aku, dia ingat aku ni apa?~Kartina Amira

  
Badan yang letih dihempaskan diatas tilam bujangnya.  Dipandang siling rumah, rasa nak tembus keluar pun ada.  Tiba-tiba wajah lelaki tadi muncul, “Ah! Kenapa pula wajah dia yang aku gambarkan sekarang. Kacau betul.”malas hendak melayan fikiran yang serabut, Kartina mencapai tuala, pintu bilik dibuka,  Langkah kaki menuju ke bilik air berdekatan biliknya.  Nasib baik adik-adiknya belum pulang sekolah lagi, kalau tidak riuh juga rumah.

 
Hakimi Lufti  termenung jauh, sejak pulang dari kerja itulah yang dilakukan.  Termenung dan termenung mengingatkan kejadian tadi.  Sumpah! tidak terniat dihatinya ingin mencium gadis itu, tapi kata hatinya menyuruh agar disentuh pipi mulus itu.  Diraba bibirnya itu, masih tersa kehalusan pipi gadis itu.  “Jatuh cintakah aku?”tanyanya pada dirinya sendiri.  “Mulut menafikanya tapi hati mengiakannya, mana satu ni.” Hakimi Lufti  buntu, digaru-garu kepala yang tidak gatal.   

 
“Kimi, mari makan.”ketukan dipintu mematikan lamunan Hakimi Lufti .  Puan Zaharah mengetuk pintu bilik anak bujangnya.  Dia hairan, selalunya setiap kali pulang dari pejabat Hakimi Lufti  pasti turun makan selepas selesai membersihkan diri dan bersolat.

 
“Kejap lagi Kimi turun umi.  Kimi baru nak solat.”bohongnya.”Takkan aku nak cakap masih duk termenung kat atas katil, nanti banyak pula soalnya.”

 
“Kalau macam tu umi tunggu kat bawah.  Jangan lama-lama sangat.”pesan Puan Zaharah. 

 
Hakimi Lufti  bangkit, tuala diambil lantas kaki menuju ke bilik air.  Dibawah pancuran air panas, dibiarkan dirinya lama disitu.  Terasa segar badannya setelah selesai mandi.  Diambil wuduk sebelum melangkah keluar.  Dibentangkan sejadah, solat Magrib didirikan dengan penuh kusyuk.  Nasib baik dia sudah mengerjakan solat Asar sebelum pulang kerumah.  Kira-kira 10 minit, Hakimi Lufti  keluar dari biliknya dengan memakai t’shirt dan track bottom.  Puan Zaharah yang perasan dengan kehadiran Hakimi Lufti  memanggil anak bujang itu.

 
“Mari Kimi, kita makan sekali.  Hari ini umi masak lemak gulai ikan tenggiri kegemaran Kimi.”ujar Puan Zaharah.  Hakimi Lufti  tersenyum, ditarik kerusi sebelah adiknya lantas melabuh duduk disitu.  Matanya meliar melihat hidangan diatas meja, memang enak namun seleranya mati.  Hatinya masih teringat akan kejadian tadi, “Ah! Kacau.”bisik hatinya.

 
Kenapa Kimi, walid tengok kamu macam tak bersemangat aje.”tegur walidnya, Tuan Harun.  Puan Zaharah turut memandang wajah anaknya bersama kerutan didahi.

 
“Tak ada apa-apa lah walid, umi.  Kimi tak sihat sikit, badan macam nak demam.”dalih Hakimi Lufti .  Adiknya Harlina turut sama memandang wajahnya dengan kerutan didahi.

 
Abang Kimi tak sihat? Tadi masa abang balik adik tengok muka abang muram aje.”adu adiknya.

 
“Kalau tak sihat, esok Kimi cutilah.  Lagipun umi tengok sejak Kimi balik sini tak pernah Kimi cuti.”cadangannya uminya menbuatkan Hakimi Lufti  terfikir sejenak.

 
“Yelah abang kimi, sejak abang balik dari Lodon tak pernah kita pergi bercuti.  Apa kata kita pergi bercuti sama-sama sebelum adik exam bulan depan.”ujar Harlina teruja.  Hakimi Lufti  mengekeh kepala adiknya.

 
“Nak bercuti konon, habis tu exam macam mana? Kantoi baru tahu.”marah Hakimi Lufti  pada adiknya.

 
“Apalah abang kimi ni, adik cakap boleh tenangkan fikiran sementara nak exam bulan depan.”tutur Harlina dalam nada merajuk.  Hakimi Lufti  tersenyum, dia sekadar hendak menyakat adiknya saja.

 
“Betul juga kata adik kamu tu Kimi.  Dah lama kita tak pergi bercuti bersama, apa kata kita pergi bercuti, bolehlah walid dengan umi berehat juga.”Tuan Harun turut menyiakan cadangan Harlina.

 
“Umi pun setuju, rasanya macam nak duduk tepi pantai menikmati deruan ombak dan rasa air masin pantai.”umi sudah berangan-angan pula.  Hakimi Lufti  ketawa lepas, walid dan Harlina turut sama tertawa apabila mendengar angan-angan uminya.

 
“Umi ni nak romantika de amour pula ya.”usik walid, Puan Zaharah malu lantas dicubit lengan suaminya.  Beginilah suasana makan malam dirumah Hakimi Lufti , gurau senda tidak pernah lekang walaupun mereka berempat saja didalam rumah itu.

 
“Kimi, bila kamu nak berkahwin.  Umi teringin sangat nak bermenantu dan bercucu.”terkejut Hakimi Lufti  bila uminya mengutarakan persoalan ini.  Terus tersedak nasi yang dikunyahnya, Harlina membantu abangnya dengan menghulurkan segelas minuman.  Hakimi Lufti  meneguk minuman yang dihulur dengan rakusnya.

 
“Awak ni Zah, lain kali anak tengah makan jangan ditanya soalan sensitif.  Dah tersedak budak tu.”tegur Tuan Harun pada isterinya.

 
Abang ni, soalan sensitif apa.  Biasalah soalan macam tu, anak awak yang lebih-lebih.”balas umi pula.  Tuan Harun menggeleng kepala, nak marah tak boleh.  Cakap lebih-lebih merajuk pula nanti.

 
“Betul cakap umi tu, abang kimi bila nak ada girlfriend.  Dah lama membujang, takkan nak tunggu adik kahwin dulu kot.”seloroh Harlina dibalas dengan ketukan dikepalanya.  Apa tidaknya, budak kolej berbicara tentang cinta.  Memang kena marahlah jawabnya.

 
“Apa umi ni, sakit kepala adik tau.”bentak Harlina manja.

 
“Kamu budak-budak lagi, tak patut cakap pasal nak kahwin.  Kalau dah gatal sangat nak bernikah, nanti umi suruh anak Pak Mat kamu datang meminang kamu.”marah Puan Zaharah. 

 
“Tu lah, bila orang tua-tua bercakap, budak kecil jangan nak menyampuk. Kan dah kena sebijik, padan muka.”ejek Hakimi Lufti .  Puan Zaharah mencerlungkan mata, geram juga pada anak bujangnya itu.  Suka sangat mengabil mudah dengan setiap kata-katanya.

 
“Sudah-sudahlah tu uminya, depan rezeki tak baik bertelagah.  Kimi, Lina, cepat-cepat habiskan makanan kamu tu. Kimi pula, ada hal yang walid nak bincangkan dengan akmu lepas makan.”masing-masing meneruskan makan tanpa sepatah kata.  Bila arahan sudah keluar dari ketua keluarga, semua kena patuhi. 

 
Udara nyaman ketika Hakimi Lufti  dan walid sedang duduk dihalaman rumah.  Bintang-bintang yang bertaburan mencantikan lagi langit malam.  Puan Zaharah datang menatang dulang berisi seteko kopi ‘o’ kegemaran suaminya.   Dia turut melabuhkan duduk disisi suaminya dan Hakimi Lufti .

 
“Walid nak bincang tentang apa dengan kimi.” Soal Hakimi Lufti , dia tidak sabar-sabar nak tahu.

 
“Begini kimi, walid dah nak bersara tak lama lagi.  Jadi walid nak serahkan jawatan CEO sepenuhnya pada Kimi.  Walid harap kimi sudah bersedia.”terang Tuan Harun tenang.  Hakimi Lufti  mengeluh, bukan dia tidak mahu cuma dia masih belum sedia sepenuhnya.  Jawatan itu menuntutnya mematuhi protokol-protokol yang dia sendiri tidak menyukainya.

 
“Walid, kimi suka dengan kerja yang kimi lakukan sekarang.  Jawatan itu terlalu gah bunyinya, dan kimi takut tak mampu nak laksanakannya dengan sepenuhnya.”jujur Hakimi Lufti  katakana dia sebenarnya tidak berminat untuk menjadi CEO.  Biarlah dia bekerja dengan orang lain dari menguruskan syarikat sendiri, dia masih belum bersedia.

 
“Habis sampai bila kimi nak bekerja dengan orang lain.  Syarikat itu milik keluarga kita, dan walid nak kimi yang uruskan dan bukanya orang lain.” selar Tuan Harun, dia mahu anaknya faham akan situasi yang dia hadapi.  Siapa lagi yang boleh diharapkan, anak perempuanya Harlina juga tidak berminat, sebab itu dia mengambil jurusan lain.

 
“Walid, bagi kimi masa.  Biar kimi belajar dulu disyarikat orang dan timba pengalaman.  Lepas itu bila kimi dah sedia, kimi akan berkhidmat dengan syarikat kita.”pohon Hakimi Lufti  pada walidnya.  Dia mahu merasa bekerja dengan orang sebelum mentadbir syarikat sendiri.  Tua Harun akhirnya mengalah juga, namun Tuan Harun turut meletakkan syarat. 

 
“Baiklah walid setuju, cuma setahun.  Selepas itu kimi kena kembali semula ke syarikat kita bersama-sama seorang menantu untuk umi.”kali ini Hakimi Lufti  tersentak, “mana aku nak cari isteri dalam masa setahun.”desis hatinya.

 
“Syarat pertama kimi setuju, tapi yang kedua tu susah sikitlah walid.”keluh Hakimi Lufti .

 
“Apa yang susahnya kimi, pilih saja dikalangan anak kenalan walid ataupun umi.  Kalau nak senang, umi boleh pinangkan si Rozita anak paklang kamu tu.  Dia pun suka sangat kat kamu.”sampuk Puan Zaharah, Tuan Harun pula sudah tersenyum-senyum disebelah isterinya.

 
“Tak naklah umi, kimi kalau boleh nak cari yang lain.  Tak sukalah dengan Rozita tu, tak sesuai langsung dengan kimi.”bantah Hakimi Lufti .  Dia memang tidak berkenan dengan Rozita, gadis itu agak kebaratan sikit.

 
“Habis tu, sampai bila.  Nak tunggu umi dengan walid mati dulu, macam tu ke yang kamu nak.”protes Puan Zaharah, marah benar dia dengan anak bujang sorang ini.  Banyak membantah dari menurut, sakit kepalanya.

 
“Umi, janganlah cakap macam tu.  Insyaallah, umi dan walid akan berpeluang bermenantu malah bercucu sebelum menutup mata.  Kimi janji, daj kimi pasti tunaikannya.  Berilah kimi masa sedikit saja lagi ya.”pinta Hakimi Lufti , lantas dikucup tangan uminya.  Hati ibu mana yang tidak resah melihat anak bujangnya yang masih keseorangan sehingga kini.  Umur Hakimi Lufti  pun sudah nak masuk 30an, tapi masih lagi membujang.

 
“Suka hati kamulah kimi.  Umi dah penat bagi nasihat, sekarang terpulanglah pada kamu.”Puan Zaharah lantas bangkit dari duduk menapak masuk ke dalam rumah.  Ditinggalnya si anak bersama suaminya diluar.

 
Malam itu tidur Hakimi Lufti  tidak lena, dia asyik terkenangkan kata-kata umi dan walidnya.  Tentang permintaan walidnya, dia boleh uruskan.  Tapi permintaan dari uminya membuatkan dirinya dalam dilema.  Sekarang ni wajah gadis yang diciumnya tengah hari tadi menjelma pula.  “Siapakah dia? Bangaimana harus aku bertemu dengannya semula. Ah! Jatuh cintakah aku.”soalnya bertalu-talu dalam hati. 

  Jatuh cinta kah aku? Tapi...siapa kah dia? ~ Hakimi Lufti


~Bersambung~