Wednesday 18 February 2015

My Girl - Bab 30



BAB 30

            “Aiden, mari sekejap.  Tok Wan nak tanya sesuatu.”Aiden yang beru sahaja menjengah pintu masuk disapa Toh Puan Aini.           

            “Assalamualaikum Tok Wan, belum tidur lagi?”tangan Toh Puan Aini dikucup mesra.  Tersenyum wanita itu dengan tingkah laku cucunya itu.

            “Waalaikumsalam, belum lagi.. sengaja Tok Wan tunggu Aiden balik.”

            “Tok Wan tunggu Aiden buat apa. Kan Aiden dah besar.”seloroh Tommy bersama senyuman terukir dibibir.

            “Kerana Aiden dah besarlah Tok Wan bertambah risau.”Tommy tergelak kecil dengan kata-kata Tok Wan nya.  Ade ke macam tu, apalah Tok Wan ni.

            “Cuba Tok Wan cakap apa yang Aiden buat sampai Tok Wan risau sangat.”

            “Kehidupan Aiden, masa depan Aiden, semualah yang Tok Wan risaukan.  Sampai bila Aiden nak macam ni.  Sorang-sorang, tak ada siapa yang nak uruskan Aiden.  Tok Wan risau kalau apa-apa jadi kat Tok Wan, Aiden pula bagaimana.”luah Toh Puan Aini.  Sudah lama dia melihat Aiden menjalani hidupannya sendirian sejak pemergian Nyla, Cuma sejak kebelakangan ini dia dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh cucunya itu.  Tommy mengeluh, nampaknya dia terpaksa berterus-terang hari ini.  Lagipun lebih lama dia simpan rahsia ini, lagi risau Tok Wan dibuatnya.

                        “Tok Wan..”panggil Tommy lembut lantas menarik kedua-dua belah tangan Toh Puan Aini. “Aiden ada sesuatu nak bincang dengan Tok Wan.”kali ini Toh Puan Aini pula terkejut

            “Aiden nak kahwin?”soal Toh Puan Aini ceria.  Tommy tergelak, ada ke sampai ke situ fikiran Tok Wan.  Aiden dah ada Nyla, tak perlu orang lain lagi. 

            “Apa lah Tok Wan, sampai ke situ pulak.  Kan Aiden dah nikah, takkan nak nikah lagi sekali.  Cukup dengan satu, Aiden tak nak dah.”tutur Tommy ikhlas.  Terdengar keluhan dari bibir Toh Puan Aini, barangkali kecewa dengan pendirian cucunya.

            “Habis tu, sampai bila Aiden nak hidup macam ni.  Aiden tak kesian kat Tok Wan.”kata-kata Toh Puan Aini buat Tommy serba-salah.  Tidak mahu Tok Wan nya kecewa baik dia berterus-terang.

            “Tok Wan..Aiden nak bawa Tok Wan jumpa seseorang.  Tapi Tok Wan kena janji jangan terkejut dan jangan salahkan seseiapa pun bila perkara ini berlaku.”Toh Puan Aini tidak senang mendengar butir-bicara cucunya.  Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan.

            “Baiklah, bila Aiden nak bawa Tok Wan jumpa dia.”Tommy memberikan isyarat tangan yang menyatakan sekarang.



            “Malam ni? Sekarang?”soal Toh Puan Aini terkejut.  Anggukan Tommy membuatkan Toh Puan Aini keberatan.

            “Marilah Tok Wan.  Lagipun dah lama sangat Aiden nak Tok Wan jumpa orang ni.  Dan Aiden percaya Tok Wan pasti gembira bila dah bertemu dengan dia.”pujuk Tommy pula.  Akhirnya Toh Puan Aini setuju.

            Sampai diperkarangan rumah banglo dua tingkat, Toh Puan Aini meneliti kawasan rumah itu. “Aku macam pernah datang ke mari, tapi rumah siapa ya.”bicara Toh Puan Aini dalam hati.  Saat pintu sebelah penumpang dibuka, Tommy mengajak Toh Puan Aini keluar dari perut kereta.

            “Aiden..rumah ni..”belum sempat Toh Puan Aini menyambung kata, suara Puan Sri Suzanne menyapa.

            “Assalamualaikum”Toh Puan Aini terpaku, rupa-rupanya ini adalah rumah Tan Sri Aiyuddin.  Dan ini tentu isterinya.

            “Waalaikumsalam mama.  Kenalkan, ini Tok Wan Aiden.  Toh Puan Aini namanya”jawab Tommy pula bagi pihak Toh Puan Aini setelah melihat Tok Wan terpaku.

            “Tak payah panggil Toh Puan Aini, panggil Ummi Aini pun tak mengapa.”sampuk Toh Puan Aini ramah.  Mereka bersalaman sambil bertukar senyuman. Kemudian datang Tan Sri Aiyuddin mempelawa tetamu istimewa mereka masuk.

            Sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam rumah, terdengar suara riuh kanak perempuan memanggil daddynya.

            “Yeh, daddy’s home..yeh…”terus sahaja dipeluk Tommy yang sedang menuju ke arahnya.  Sekali lagi Toh Puan Aini tergamam, “siapa budak perempuan yang memanggil cucunnya daddy,  jangan-jangan Aiden ada simpan perempuan tak.  Barangkali anak Tan Sri Aiyuddin.  Eh, tapikan Aiyuddin mana ada anak perempuan.  Setahunya, Aiyuddin hanya ada anak lelaki.  Itupun anak tunggal.”bisik hati kecil Toh Puan Aini.

            “Anak siapa ni Aiden?”Tommy tersenyum-senyum, masih mahu berahsia. 

            “Nanti Tok Wan tahu juga.”sebaik habis berkata, kelihatan seorang wanita muda keluar dari arah dapur membawa sedulang minuman.

            “Nyla, cucu Tok Wan”Toh Puan Aini terkejut, terus dia menerpa mendapatkan Nyla.  Nasib baik dulang berisi minuman tidak tumpah.  Cepat-cepat Puan Sri Suzanne mengambil dulang minuman dari tangan Nyla.

            “Tok Wan..”masing-masing saling berpelukan.  Rasa rindu yang mengebu terhadap cucu menantunya membuatkan Toh Puan Aini menangis dalam pelukan. “Mana Nyla pergi, tak kesian ke kat Tok Wan.  Dah lama Tok Wan rindu kat Nyla, Aiden apatah lagi.”meruntun hiba suara Toh Puan Aini meluahkan perasaan.

            “ Nyla minta maaf Tok Wan.  Nyla minta maaf..:”hanya itu yang mampu keluar dari bibir Nyla.  Perkataan maaf kerana terpaksa melukakan hati wanita ini.

            “Sudahlah tu Tok Wan, apa yang penting sekarang kita semua dah bersatu semula.  Ini Aiden kenalkan, Nur Amanda Anderson cicit Tok Wan.”lantas disua anaknya kepada Toh Puan Aini.  Nur Amanda Anderson terpaku, wajah tua dan kedut ini mengudang tanda tanya dalam dirinya.

            Daddy..who is this granny?”soal Amanda dengan wajah kehairanan.

            This is daddy’s granny,  Tok Wan.”

            “Hish! Apa pula Tok Wan”

            “Habis tu nak panggil apa?”soal Tommy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.  Isteri disebelah dilihat tersenyum-senyum.

            “Panggil Tok Wan pun tak apa.”seloroh Toh Puan Aini sambil mengusap lembut pipi gebu milik Amanda. Akhirnya keluarga ini bersatu semula, Toh Puan Aini menandah tangan mengucap kesyukuran diatas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T

           “Lepas ni Tok Wan ingat nak buat kenduri doa selamat.”cadangang Toh Puan Aini disambut dengan gembira.  Rupa-rupanya bukan Puan Sri Suzanne sahaja yang beria-ria mahu membuat kenduri, malah Toh Puan Aini turut sama memberi kata putus yang sama.

            “Molek lah tu Toh Puan Aini, saya baru cadang nak diadakan kenduri dirumah ini.”sahut Puan Sri Suzanne bersama senyuman manis.

            “Tak payah susah-susah.  Kita buat saja dirumah saya, lagipun Aiden cucu saya.  Itu sudah menjadi kewajipan saya.”tutur Toh Puan Aini.

            “Saya ni tak kisah Toh Puan Aini, buat kat mana-mana pun boleh.  Asalkan semuanya selamat.”tambah Tan Sri Aiyuddin pula.  Masing-masing setuju dengan cadangan yang diberikan Toh Puan Aini.  Riuhlah rendah rumah Tan Sri Aiyuddin dan Puan Sri Suzanne dengan kedatangan Toh Puan Aini yang banyak mulut dan ditambah pula dengan kenakalan Amanda yang mencuit hati semua yang ada.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
       
 
            “Amy, kenapa sejak kebelakang ini abah tengok Amy diam saje.  Kenapa, ada masalah dengan projek usahasama kita dengan Aiden ke?”tegur Dato Jalal setelah melihat kebisuan anak perempuannya sejak 2 hari yang lalu.
 
            “Abah…Amy okay.  Projek berjalan seperti biasa.  Cuma Amy ada masalah sikit.”

            “Masalah dengan Aiden”
   
         “Mana abah tahu?”selar Amyza.  Terkejut apabila nama Aiden disebut abahnya.
   
       “Abah dah lama tahu tentang Amy dan Aiden.  Abah tak mahu masuk campur sebab kalian berdua sudah dewasa.  Tapi bila dah melarat sampai macam ini abah terpaksa bertanya juga.”
    
           “Amy suka Aiden abah.  Tapi Aiden..”
  
           “Aiden dah beristeri? Itu maksud kamu.”anggukan anaknya membuatkan Dato Jalal mengeluh.

           “Abah tak suka kamu jadi perosak rumah tangga orang.  Tapi bila abah dapat tahu isteri Aiden dah lama tinggalkan dia, abah rasa tak salah kalau kamu ingin mencuba.”

            “Entahlah abah, Amy rasa tak sedap hati.”adu anaknya bersama keluhan dibibir.

           “Dah kenapa pula?”

           “Amy rasa Amy sorang aje yang duk terkejar-kejar Aiden.  Tapi Aiden buat macam tak tahu aje dengan apa yang Amy cuba sampaikan kepadanya.”Dato Jalal menghampiri puteri kesayangannya.  Sejak ketiadaan isterinya tiga tahun yang lalu, anaknya ini banyak berdiam diri sehinggalah satu hari dia bertemu dengan Thomas Anderson Aiden rakan perniagaanya itu.  Sikap dan kelakuannya terus berubah, anaknya rajin bekerja dan sentiasa ceria.  Tapi sejak kebelakangan ini anaknya mula suram semula.  Adakah disebabkan lelaki itu sehingga anaknya berubah semula.  Kalau benar, dia perlu bersemua dengan Aiden.

             “Biar abah cakap dengan Aiden yea.”Amy terkejut, terus dia mencelah.
   
         “Tak perlu abah,  biar Amy selesaikan sendiri.  Amy tak mahu abah campur adukkan urusan peribadi dengan bisnes.”pohon anaknya.
   
         “Kalau macam itu abah biarkan kamu selesaikan sendiri.  Tapi ingat, jika keadaan menjadi tegang abah tak akan teragak-agak untuk mencampuri urusan kalian.”Dato Jalal memberi peringatan kepada anaknya.  Amy mengangguk lemah, faham dengan ketegasan abahnya itu.
   
         “Amy harap semuanya berjalan dengan lancar, abah doakan Amy yea.”Dato Jalal mengusap lagi kepala anaknya, lantas dikucup ubun-ubun puteri kesayangannya itu.  Sayang Dato Jalal kepada anaknya melebihi segala-galanya, itu yang membuatkan hatinya sedih bila melihat keadaan anaknya yang muram.

~Bersambung~