Friday, 3 August 2012

Cinta LRT - Bab 17


Kereta Idamanku ....Nissan X-Trail

Bab 17

Pagi-pagi lagi kelihatan kelibat Fareez dipintu pagar rumahku.  Laungan mama menyatakan kehadiran Fareez ketika aku didalam bilik mandi membuatkan aku tersentak.

Awalnya mamat ni sampai, pukul berapa di gerak dari rumah dia. Hentamlah labu..”

Aku cepat-cepat mandi dan bersiap, tidak mahu membuatkan dia tertunggu-tunggu.  Ketika aku turun dari tangga, aku terdengar suara Fareez dan mama sedang gelak ketawa.  Apalah yang sedang dibualkan oleh mereka berdua, aku gembira sebenarnya kerana Fareez seorang yang pandai mengambil hati mamaku.  Itulah doaku tiap kali solat, ingin seorang suami dan juga imam yang pandai membawa diri dan juga tidak kekok bersama keluargaku terutama sekali mamaku.

“Assalamualaikum mama,” lantas aku cium kedua-dua belah pipi mama.

“Waalaikumsalam sayang, dah siap? ni Freez dah lama tunggu Feeza.”

“Dah, jom.”  Lantas aku mengajaknya keluar, sempat juga aku capai beg sandangku ditepi dinding.  

“Tak nak sarapan dulu.” Soal mama.

“Tak kut, kami sarapan kat luar. Pergi dulu mama.” Ujarku kepada mama, aku lihat Fareez turut bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama.  Sempat juga aku lihat mama membisikan sesuatu ke telinga Fareez.  Mmm.. aku curiga ni”.

Kami melangkah menuju ke kereta di luar pagar rumahku.  Hari ini Fareez pandu Nissan X-trail, aku teruja kerana inilah kereta idamanku. Warna metalik lagi, fuh! memang warna kegemaranku.

“Kenapa senyum-senyum? “ Soalnya kepadaku. 

“Saya suka kereta ini, my dream car.”

“Oh really, nak pandu tak?”

“Are you sure, tak takut jadi apa-apa kat kereta awak nanti?”

“I’m sure sayang, but promise me jangan pandu laju-laju.”

“Okay bos.” Aku siap tabik lagi kat Fareez. 

Kami saling tukar kedudukan, aku lantas mengambil seat tempat pemandu manakala Fareez duduk disebelahku.  Dengan lafaz bismillah, aku mulakan perjalananku menuju ke destinasi dimana tempat Asyraf Fitri berada. 
 
Aku kalih sebelah, sempat  juga aku menatap wajah tampan disebelahku ini.  Walaupun agak tenang, tpai aku tahu Fareez berperang dengan perasaannya sendiri.  Aku teruskan pemanduan sehingga kami sampai di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam.  Aku letakkan kereta bersebelahan dengan pintu masuk Tanah Perkuburan. 

Saat aku melangkah keluar dari kereta, aku terasa seperti angin bayu lembut menyapa dimukaku.  Terasa seperti menyambut kehadiranku dipagi ini.  Aku keluarkan sebotol kecil air mineral dan juga Surah Yassin yang sememangnya aku simpan dalam beg sandangku ini.

“Mari, saya nak kenalkan awak dengan Asyraf Fitri.”

Aku tengok Fareez teragak-agak hendak keluar dari kereta.  Rupanya tidak, dia lantas membuka dashboard dihadapannya dan mengeluarkan kopiah berwarna putih bersama sekeping Surah Yassin.

Kami berjalan beriringan memasuki Tanah Perkuburan itu, sampai disuatu makam yang bersebelah dengan pohon kemboja aku mengisyaratkannya berhenti disitu.  Makam yang tertera nama “Asyraf Fitri Bin Mohd Yusoff” aku hampiri, lalu aku duduk berteleku disebelah makam itu.  Fareez juga melabuhkan punggungnya dihadapanku. 

“Assalamualaikum Asy, saya datang lagi ni. Tapi kali ini saya bawa bersama tunang saya, Fareez Zafriel namanya. 

Aku mendongak, ingin melihat reaksi Fareez.  Wajahnya tetap tenang seperti mula-mula kami datang tadi.

Aku baca Surah Yassin dan diikuti dengan Fareez.  Hampir 15 minit kami menghabiskan bacaan tersebut.  Setitis airmataku jatuh kepipi ketika selesai mengaminkan doa yang dibacakan oleh Fareez.   Suaranya yang syahdu mengalunkan bacaan doa-doa menginggatkan aku akan kebesaraan Yang Maha Esa.

“Fareez, kalau awak nak tahu inilah dia Asyraf Fitri.  Lelaki yang pernah suatu masa dahulu bertakhta dihati saya sebelum awak.”  Ujarku kepadanya.

Perlahan-lahan Fareez bangun dan duduk disebelahku.  Bahuku diusap lembut, cuba mengalirkan semangat agar aku kuat menghadapi semua ini. 

Tiba-tiba Fareez bersuara…

“Asyraf Fitri, terima kasih kerana sudi menjadi teman dan menjaga Feeza suatu ketika dahulu.  Kini, tibalah giliran saya untuk menjaganya dengan sepenuh hati.  Dan saya berjanji akan menjadi amanat ini sehingga akhir hayat saya. “

Tanganku digengam erat oleh Fareez, terasa sayu ketika mendengar luahan hatinya kepada Asyraf Fitri.  Aku tahu Fareez akan menjagaku seperti mana yang pernah Asyraf Fitri lakukan dahulu.

Lewat jam 10, kami meninggalkan kawasan Tanah Perkuburan itu.  Walaupun dihati ini terselit rasa sayu, tapi aku harus redha.  Asyraf Fitri adalah kenangan lalu, dan kini Fareez Zafriel adalah masa kini dan juga masa depanku juga.  Aku percaya, dengan cara ini aku dapat melepaskan semua kesedihanku terhadap pemergiannya suatu ketika dahulu.

“Kita nak kemana Fareez?” soalku kepadanya. 

“Saya nak bawa awak ke suatu tempat. Jangan risau, tadi saya dah bagitau kat mama awak.” Ujarnya sambil tersenyum nakal. 

Kereta Nissan X-trail meluncur laju menuju lebuhraya.  Aku mengalih pandanganku ke arah Fareez, ingin bertanya lagi ke mana arah tujuan kami ini.  Tapi hanya sia-sia belaka, Fareez memilih untuk merahsiakannya.  Akhirnya kami sampai ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti.  Aku perhatikan papan tanda, tertera I-City Shah Alam.   Gembiranya aku, sudah  lama aku ingin datang ke sini.  Lebih-lebih lagi keseronokan yang bakal aku rasakan ketika waktu malam.  Cahaya neon yang berwarna-warni akan terbias cantik.  Aku benar-benar teruja. Lantas aku tarik tangan Fareez, mengenggam seeratnya. 

“Terima kasih Feez, sudah lama saya nak datang ke sini. Tapi belum ada kesempatan, lagipun kalau datang seorang bosan pula.” ujarku kepadanya.  Aku tahu salah kerana memegang tanganya tapi aku terlampau gembira sangat dengan kejutan ini.  Fareez pula dari tadi tersengih-sengih melihat keterujaanku.

“Saya ingat nak bawa awak tengok salji, tetapi memandangkan kita belum rasmi menjadi suami isteri yang sah.  Saya hanya boleh bawa awak datang sini saja.  Insyaallah, kalau kita sudah nikah nanti saya akan bawa awak terbang jauh untuk honeymoon kita nanti.” Kata-kata Fareez membuatkan mukaku merona kemerahan.  Malu pula aku bila dia sudah sebut tentang honeymoon.

Kami jalan berpimpin tangan, hatiku berbunga riang.  Sejak Asyraf Fitri pergi hingga ke hari ini aku tidak pernah merasa betapa gembiranya aku.  Tapi sejak kedatangan Fareez kedalam hidupku, aku bahagia sekali. Walaupun diawal perjumpaan kami sering bertengkar dan tidak berapa baik, mungkin disebabkan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kami kini bahagia sekali.

Fareez mengajakku masuk ke “Snowalk”.  Katanya ingin aku mengalami bagaimana rasanya ketika musim sejuk diluar negara.  Ketika aku jejak kaki didalam “Snowalk” kesejukan mencengkam. Biarpun aku sudah mengenakan Jaket yang disediakan, tetapi tidak dapat menampung haba bagi menghilangkan kesejukan.  Perlahan-lahan Fareez menarik bahuku merapatinya, aku dapat rasakan haba dari badannya.  Tidak lama kami disitu, aku terus mengajaknya keluar. Tidak mahu mati kesejukan kataku kepadanya.  Fareez sudah ketawa, aku pula bengang. Macamlah aku ada buat lawak sampai dia nak ketawa sampai macam itu sekali. 

Waktu malam pula kami disajikan dengan “City Digital of Light” dimana terdapat banyak lampu neon yang cantik dan indah.  Terasa rugi pula kerana tidak membawa kamera bersama, nasib baik Fareez guna I-phone untuk mengambil gambar disekitar.

Jam ditangan menunjukkan sudah hampir 10 malam, maknanya sudah hampir 8 jam kami berada disini.  Nasib baik aku cuti, hanya Fareez saja yang terkejar-kejar mencari surau yang berdekatan untuk menunaikan solat.  Waktu kami meninggalkan I-City, aku perasan seperti ada seseorang yang mengekori kami.  Tapi aku pendamkan saja, mungkin hanya mainan perasaanku barangkali.

Sampai dirumah aku lihat mama sudah menungguku di meja berdekatan halaman rumah.  Kesian mama, tentu dia risau anak daranya tidak pulang seharian. 

Pintu kereta aku buka, terus aku memeluk mama. Fareez pula sempat menghulurkan salaman sebelum meminta diri untuk pulang.  Aku lambaikan tangan ketika kereta Fareez mula bergerak meninggalkan halaman rumahku.

“Seronok?” soal mama kepadaku.  Aku hanya melemparkan senyuman.  Dalam hati masih tidak mahu menceritakan kenanganku bersama Fareez. 

Nanti-nati Feeza cerita kat mama, sekarang ni nak naik mandi dan solat isyak. Assalamualaikum mama.”  Ujarku sambil berlalu.  Mama tahu aku kepenatan, sebab itu dia tidak mahu bersoal jawab dengan ku.  Mamaku memang ‘sporting’ dan ‘understanding’  sebab itu aku sayang sangat kat mama.

~Bersambung~ 

No comments:

Post a Comment