Tuesday 27 November 2012

CINTA LRT - Bab 30

Kepada peminat novel 'Cinta LRT'.  Cerita ini akan dihentikan sementara waktu untuk memberi laluan cerita terbaru saya "SPEED-Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan" yang bakal diuploadkan pada awal Disember 2012.  Terima kasih diatas sokongan anda semua, tanpa anda siapalah saya.  With lots of love. 



Bab 30

 “Hello”

 
“Encik Fareez, saya dah jumpa dengan orang yang encik cari.   Sekarang saya tunggu encik datang  tempat yang akan saya sms nanti.” Kedengaran suara orang suruhan Fareez ditalian.

 
“Awak pasti?”

 
“Saya pasti memang dia orangnya.  Sudah lama saya perhatikan gerak-gerinya.  Saya harap encik datang cepat sebelum apa-apa terjadi padanya.” talian telefon dimatikan, sms masuk dan Fareez melihat sekilas diskrin.


Dia bingkas bangun, kunci kereta dicapai lantas berlari menuju ke arah pintu.  Belum sempat Fareeza bersuara, Fareez terlebih  dahulu berkata. “Saya nak keluar kejap, ada urusan. Batalkan semua temujanji saya untuk hari ini.”
 

“Encik Fareez, nak kemana?” sempat lagi dia bertanya, langkah Fareez terhenti.  “Kan saya dah kata ada urusan peribadi. So please jangan tanya lagi.” Terus sahaja Fareez keluar tanpa menoleh lagi.

 
Tanya sikit dah nak marah, ni yang aku nak merajuk nih.” omel Fareeza dalam hati.

 
Fareez memecut laju keretanya menuju ke destinasi yang diberikan oleh orang suruhannya.  Tiba ditempat yang ditujui, kelihatan Rahmat sedang menunggunya.  Kereta di’parking’ bersebelahan kereta lelaki itu, dia keluar dan menghampirinya.

 
“Mana orang tu?”

 
“Encik tengok kat depan, dia seperti sedang menunggu seseorang.  Kita tunggu saja kat sini buat sementara waktu” Fareez menangguk kepalanya tanda setuju dengan perancangan Rahmat.

 
“Eh! orang tua, kau nak apa lagi.  Ruby dah jadi milik aku sekarang.” Bahu lelaki yang dipanggil orang tua ditolak kasar,  tergolek Firdaus ke tanah.  Fareez ingin mendekat, tetapi ditahan oleh orang suruhannya. “Kita tengok dulu bos, lepas ni baru kita bertindak.”

 
Firdaus bangkit, cuba menumbuk lelaki angkuh itu.  Lelaki itu mengelak, Firdaus terjatuh sekali lagi. Terjadilah pergelutan diantara mereka berdua.  Fareez dan orang suruhannya melulu ke arah mereka yang sedang bergaduh, ditariknya papa Fareeza menjauh dari lelaki tadi.  Manakala Rahmat sudah awal-awal lagi memegang  lelaki itu. 

 
“Hei, kau siapa hah? Ini urusan aku dengan orang tua bangsat ni, yang kau masuk campur kenapa?” kasar sunggguh bahasa lelaki yang bernama Hairil ini.  Fareez geram, lantas satu tumbuk hinggap dimuka lelaki itu.

 
“Orang tua bangsat yang kau panggil ini bakal mertua aku.  Aku bertanggungjawab sepenuhnya keatas diri dia.  Kau pula siapa?’ Fareez geram, suka-suka hati lelaki ini menggelar bakal mertuanya begitu.

 
“Kalau kau nak tahu, orang tua bangsat ini sengaja cari pasal dengan aku.” katanya sambil menunding jari  ke arah  Firdaus.   Fareez kalih pandang wajah bakal mertuanya, wajah itu kelihatan muram.

 
“Pakcik, sudahlah. Mari kita balik, Fareeza dah lama menunggu pakcik. Pasal lelaki ini nanti saya uruskan. Rahmat,  kau settle masalah ini. Lepas ini kita bincang semula.”  Fareez menarik tangan bakal mertua ingin berlalu, tetapi tidak semena-menanya lelaki tadi bangun dan ingin menghadiahkan penumbuk.  Namun belum sempat penumbuknya mengena belakang Fareez, Rahmat sudah menumbuk perut lelaki itu. Terus dia jatuh tersungkur buat kali keduanya.

 
“Hey kau, jangan nak jadi dayus pukul orang tua.  Aku masih lagi boleh bersabar dengan kau, kalau tidak dah lama kau makan nasi dengan kaki.  Aku akan patah-patahkan tangan kau macam aku patahkan ranting kayu ni.” Habis sahaja bicara begitu, Fareez mengambil ranting kayu dikakinya dan dengan mudah dia mematahkan ranting itu.  Hairil menelan air liur, kelat rasanya. 

 
“Rahmat, jalankan tugas awak.  Bila saya balik nanti, saya nak semuanya selesai.” Fareez pandang tepat ke wajah Rahmat, satu kenyitan mata di lemparkan kepada orang suruhannya itu.

 
“Baik encik.”

 
Fareez memapah perlahan badan bakal mertuanya, dia ingin beredar dari situ.  Biarlah orang suruhannya yang selesaikan tugas itu.  Pintu kereta Camry dibuka, tubuh tua  itu masuk duduk disebelah tempat duduk penumpang.  Fareez menghidupkan enjin kereta, membelah jalanraya menuju ke kondonya.    

 
Sampai dikondonya, terus tubuh tua itu dibawa ke dalam bilik tamu.  Fareez membaringkan tubuh itu dan menyelimutnya, persis seorang anak yang sedang menidurkan bapanya.  Airmata Firdaus menitis laju, tidak sangka bakal menantunya seorang yang baik. 

 
“Pakcik, kenapa ni?” soal Fareez.  Lelaki itu hanya mengeleng kepalanya, Fareez mengeluh. 

 
“Pa..pa..papa.. minta maaf Fareez.” Terketar-ketar suara Firdaus memohon maaf.

 
“Pakcik..” belum sempat Fareez menyambung, Firdaus memotong percakapannya, “Panggil papa, panggil papa.” Lantas tubuh Fareez dipeluk erat.  Tergamam Fareez seketika, dia juga turut membalas pelukan lelaki itu.  Mereka sama-sama menangis, Firdaus sedih kerana telah menyusahkan Fareez. Tapi tidak bagi Fareez, dia amat bersyukur kerana sudah menemui semula Papa Fareeza.

 
“Papa rehat dulu, nanti panggilkan kawan Fareez doktor Farhan.  Biar tolong rawat papa dan pastikan kesihatan papa baik.” Pinta Fareez pantas membuka tombol pintu ingin keluar menelefon rakannya itu.

 
“Terima kasih Fareez, Fareeza bertuah kerana mempunyai bakal suami yang sangat menghormati orang tua.” Tangan Fareez sekali lagi digengam erat.  Fareez melemparkan senyuman, nampak ikhlas dimata Firdaus. 

 
Selesai diperiksa oleh doktor Farhan, Fareez menyediakan semangkuk bubur untuk dimakan oleh papa mertuanya.  Fareez bersyukur kerana menurut Farhan, kesihatan papa mertuanya amatlah baik.  Cuma ada sedikit lebam akibat pukulan, dalam dua ke tiga hati hilaanglah lebam tu. 

 
Telefon bimbit Fareez berbunyi, lagi ‘I’m yours’ berkumandang.  Tersenyum dia melihat nama tunang tersayang diskrin.


“Kenapa sayang, rindu ke?” soal Fareez selepas menjawab salam.  Pintu bilik tamu ditutup rapat,  papa Fareeza sedang tidur selepas makan ubat yang diberikan oleh Doktor Farhan.

 
“Awak kat mana? Tergesa-gesa keluar dari pejabat. Sampai petang masih tak balik, awak ke mana?” mendayu suara lembut itu menyapa dicuping telinganya.  Fareez tersenyum manis mengambarkan wajah kekasih hati yang comel itu.

 
“Saya ada hal sikit tadi, sekarang dah ada dekat rumah. Kenapa sayang, nak ajak Reez keluar ke?” Fareeza mengigit bawah bibir menahan rasa,  suara garau itu benar-benar mengoda hati wanitanya.

 
“Reez, saya rindu papa..” suara itu mendayu-dayu. Walaupun nada itu melahirkan rasa rindu Fareeza pada papanya, tapi hati Fareez juga tergoda mendengarnya.  Dalam hati dia bersyukur kerana hanya padanya Fareeza bermanja, tak dapat dibayangkan bila mereka bersatu.  Indahnya syurganya nanti.

 
“Sayang, dah berapa kali Reez cakap.  Papa sayang akan kembali, biarlah masa yang menentukannya. “nasihat Fareez, dia mahu Fareeza tabah menerima dugaan.  Walapun papa Fareeza sudah ditemui, dia mahu lelaki itu bertenang dulu sebelum membawanya berjumpa dengan anaknya.  

 
“Reez, awak tak cakap pun mana awak pergi seharian hari ini.”suara manja Fareeza mengelikan hati Fareez.  Fareeza memang manja dengannya, dia suka akan perubahan ini.

 
“Kan Reez dah cakap, ada perkara yang perlu Reez selesaikan.  Alhamdulillah, semuanya dah pun selesai, cuma tinggal satu saja lagi.”ujar Fareez berjeda.

 
“Apa dia?”soal Fareeza ingin tahu.

 
“Rahsia”Fareeza mencebik, nasib baik dalam telefon kalau tidak tentu bibirnya menjadi mangsa cubitan Fareez.

 
“Sikit-sikit rahsia, sikit-sikit rahsia. Malaslah nak layan Reez, Feeza nak merajuklah macam ni.”suara merajuk Fareeza mencuit hati Fareez.  Lelaki itu tertawa kecil.

 
“Sayang, janganlah macam tu.  Kita jumpa nak?  Lagipun esok cuti, Reez nak bawa sayang jumpa seseorang.” Fareeza girang, jeritan halus tercetus dibibirnya tanpa dia sedari.  Fareez tersenyum lagi.

 
“Reez nak bawa Feza jumpa siapa?” Fareeza teruja.

 
“Adalah,  esok sayang akan tahu.  Meanwhile, take a god rest and we see tomorrow. Love you sayang”suara romantis Fareez mengetar naluri Fareeza.   

 
“Love you more and more..”talian dimatikan oleh Fareeza.  Bibir Fareez masih menguntum senyuman, tak sabar rasanya ingin mengkhabarkan berita gembira pada tunangnya.  Lepas ini dia harap semua masalah yang ada dapat diselesaikan dengan sebaiknya.  Dia mengimpikan majlis perkahwinan diantara Fareeza denganya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Oleh demikian, dia harus tangani masalah ini dengan sebaiknya.

 
Perlahan-lahan pintu bilik tamu dibuka, papa mertuanya sedang nyenyak tidur.  Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Dia tutup kembali pintu bilik itu, langkah kaki dibawa ke biliknya. Ingin membersihkan diri dan bersolat, sebelum melelapkan matanya. 

 
Fareeza tersenyum-senyum, dapat bercakap dengan sang kekasih hati membuatkan dia rasa diawang-awangan.  Hilang sudah keraguan dihati, yang tinggal kini rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada lelaki yang bernama Fareez Zafriel.


 

 

Jamie tidak betah, dia ingin melarikan diri dari Fareeza.  Tapi bayangan gadis itu menjelma pula, semakin hari semakin kuat perasaan itu.  Kepalanya sakit, rindunya pada Fareeza tidak tertahan lagi.  Sebab itu dia terpaksa mengambil pil tidur semata-mata untuk melupkan gadis itu.  Telefon bimbitnya berbunyi, dicapai lantas tertera nama Kah Seng diskrin. “Malasnya”gumamnya sendirian.  Dibiarkan telefon itu berdering tidak pula dimatikan.  Berkali-kali begitu, akhir sms pula yang masuk.


Jamie, please answer the call. URGENT!

 
Jamie mencampak telefon bimbitnya, malas hendak melayan karenah Kah Seng.  Sekali lagi telefon bimbitnya berdering, bingit pula telinganya. 

 
“Lu mau apa lagi Kah Seng?”kasar sungguh bahasa Jamie, dia begang bila ada orang menganggu ketenteramannya.

 
“Bro, bapak lu sakit.  Mak lu suruh wa cari lu.”jawab Kah Seng geram, kalau tidak difikirkan sebab bapa Jamie yang sakit, seribu kali dia tidak sudi mahu menelefon Jamie.  Marahnya pada Jamie masih bersisa.

 
“Lu tipu wa kan, minggu lepas wa baru cakap sama bapak wa.”selar Jamie.

 
“Woi Jamie, lu ingat gua mahu main-main ka.  Sekarang lu nak percaya atau tak, suka hati lu lah.  Wa sudah habis cakap.”terus talian dimatikan oleh Kah Seng.  Geram dan begang sebab Jamie ingat dia mempermainkan lelaki itu.

 
Jamie merengus, nafasnya dihela kasar.  Kata-kata Kah Seng tadi tidak diambil peduli.  Hati dan fikiran hanya tertumpu pada gadis yang bernama Fareeza Afrina.  Memang Jamie sudah masuk dalam kategori gila bayang.  Rambutnya dikuap kasar kebelakang, cermin mata yang dipakai dicampak ke atas meja.  Berdetum bunyinya, tidak dihirau jika bingkainya patah ataupun cerminnya pecah.

 
“Fareeza, what have you done to me?”marahnya pada diri sendiri, kepala yang sakit dipicit-picit kasar.  Telefon bimbit dicapai semula, nombor telefon Fareeza didail.

 
“Hello.”belum sempat berkata apa-apa, talian dimatikan semula.  Fareeza ditalian termangu-mangu.”Kenapa dengan Jamie ni, telefon aku tapi tak nak cakap pula.”bebel Fareeza dalam hati.  Skrin telefon dipandang, memang betul Jamie yang telefon tapi mengapa lelaki itu memutuskannya.  Dia kepelikkan, sikap Jamie susah nak dijangka.

 
Bunyi sms masuk ketika Fareeza sedang mengelamun.

 
I love you sayang, no one can replace you in my heart.  Please, let me be at your side forever.  I bet you won’t regret for the rest of your life.~ Jamie

 
Fareeza terpana, sms Jamie menakutkannya.  Sampai begitu sekali perasaan Jamie terhadapnya, perlukah dia hentikan semua ini.  Ya, dia perlu hentikan semuanya sebelum keadaan menjadi parah.  Jamie harus berpijak dibumi nyata, hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang.  Jamie harus bangkit, dia perlu sedar yang aku bukan ditakdirkan untuknya.  Jodoh adalah aturan dari tuhan, dan sebagai manusia kita haruslah berserah.

 
Fareeza cuba menghubungi talian bimbit Jamie, tiada jawapan.  Malah telefonnya tidak aktif, mungkin ditutup oleh lelaki itu.

 
“Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi lelaki ini.  Sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti.”doa Fareeza dalam hati.

~Bersambung~
P/S: Seperti biasa, komen dan pendapat anda tentang cerita ini amatlah dialu-alukan.  Terima kasih, luv you guys.

Friday 23 November 2012

Novel Terbaru : SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Dimeter Jalanan (Akan datang)



Assalamualaikum semua, disini saya ingin perkenalkan novel bersiri baru bertajuk "SPEED-Cintaku Bukan Sekadar Dimeter Jalanan"  Tajuk yg agak klise tapi tak tahu pula plot citenya nanti, sama-samalah kita nanti kemunculannya awal Disember.



Amar Amsyar - “Cinta kita, Cinta Speed sebab tu tak sampai sebulan abang kenal dengan sayang terus saja kita nikah.  Kan cinta speed namanya.”





Kazrina Atirah - “Memang cinta kita Cinta Speed, tapi abang tak ada hak untuk mempermainkannya.  Cinta abang bukan sekadar cinta speed lagi tapi dah jadi cinta dimeter jalanan.”




Tengku Mikhail Khazi - You will regret Kazrina, by the time you come and begging me to accept you.  I shall turn you down with my pride.”  Itulah kata-kata sumpah Mikhail terhadap Kazrina.  Namun dia tewas juga akhirnya, dia tak mampu, cinta itu datang tanpa diundang.  "Izinkan saya merawat luka dihati Rina, cinta saya bukan cinta speed, cinta saya cinta tulus yang lahir dari hati yang ikhlas." 


Hakimi Lufti - “Tak kan lah saya gila nak cakap macam tu.  Dah sah-sahlah nama kami berdua tak sama. By the way, Saya Mohd Hakimi Lufti.  GM baru jabatan sumber manusia.”



Kartina Amira - "Cinta perlukan pergorbanan, dan itulah yang sedang awak lakukan.  Tapi kalau awak sudi terimanya, saya sepuluh kali sudi menerima awak.  Sebab saya memang dah jatuh hati pada awak"


 

Monday 19 November 2012

CINTA LRT - Bab 29


Bab 29

**-Jamie Leong hantar surat letak jawatan disebabkan peristiwa itu..

Keesokan harinya, buat pertama kalinya aku mencalit mekap diwajahku.  Aku memerahkan pipiku  dengan blusher untuk menutup merah yang ada dipipi.  Nasib baik tak ada orang yang perasan akan perubahan wajahku ini.  Harap-harap tak ada orang yang tanya, kalau tak naya.

“Beb, aku ada berita mengejut buat kau.” Fareeza panggung kepalanya, ingin melihat siapa gerangan yang menyapa.  Dah agak pun! Kalau tak si Fariha siapa lagi kan?

“Berita apa Fariha, kecoh sangat ni.” soalku padanya.

“Jamie Leong, budak Finance Dept yang ada hati kat kau tu dah resign pagi tadi. 24 jam beb, dia kasi notis dan pulangkan sebulan gajinya.” Aku tersentak, pen ditangan terlepas.  Aku pandang wajah Fariha seperti tidak percaya apa yang baru dia sampaikan kepadaku tadi. 

“Mana dia? Dah balik ke?” soalku kalut, Fariha pula sudah kebingungan.  Tiba –tiba aku lihat satu senyuman terbit dibibirnya.  Aku tak tahu sama ada senyuman ikhlas ataupun sindiran.

“Yang kau ni kenapa beb? Pipi sebelah merah semacam aje.” Aku tayang muka ‘slamber’ malas nak layan.

“Aku tanya si Jamie Leong tu masih ada lagi ke atau dah blah” soalku semula.

“Dah lama blah pun, lebih kurang 10 minit yang lalu. Kau kenapa? Sedih ke beb?” aik! main kasar nampak si Fariha. Agak-agaklah sikit, nanti didengar pula oleh ‘CNN’ kat sini mahu jenuh nak aku bersoal jawab dengan Fareez pula.

“Tak adelah beb, sekurang-kurangnya aku naklah ucapkan goodbye ke, sayonara ke, atau apa-apa ajelah.” Aku cuba menutup kegugupan didada, tak mahu Fariha terkesan perubahanku.

“Oh, itu macam ka! lain kali aku bagi cepat-cepat tau kat hang.” Fariha ni suka sangat cakap loghat kedahnya kalau berkomunikasi denganku.  Kadang-kadang aku ada juga terikut-ikut.  Fariha meninggalkan aku bersama senyuman yang tak lekang dibibir, pelik!.

Cepat-cepat aku dail no talian bimbit Jamie Leong, kedengaran suara lemah ditalian. Yes sayang.” Aku tersentak, kali pertama Jamie Leong memanggilku dengan perkataan itu.


Where are you?” soalku padanya.

“Still at parking lot, why?”

Wait for me there, saya datang sekarang.” Aku bangkit dan bergegas menuju ke lift, ingin menyusul Jamie Leong di parking lot.

Langkah kakiku laju, pintu sebelah penumpang aku buka dan aku labuhkan duduk disitu.  Mulut masing-masing terkunci, baik Jamie Leong mahupun aku sendiri.  Jamie Leong menghidupkan enjin keretanya, kereta meluncur membelah jalanraya.  Aku masih seperti tadi, tiada sebarang reaksi hanya hairan dengan kelakuan Jamie Leong.

“I nak bawa you tengok rumah baru, I akan pindah kat sana tak lama lagi.” Aku terpana, Jamie Leong nak pindah? Tapi kenapa.


But why? Tell me. Kenapa you resigned, sebab perkara semalam ke? bertalu-talu aku soalan yang keluar dari mulutku. 

Your know me better,  tak perlu nak I terangkan lagi pada you.  Sekali Lagi I minta maaf bagi pihak Kah Seng.” Sayu hatiku takala mendengar dia berbicara demikian, mungkin perbuatan Kah Seng telah memalukan dirinya.                   

“Jamie, I know you who you are, no doubt. But please don’t do this, you are innocent.  You are not responsible of  what Kah Seng wrong doing.  marahku padanya.  Jamie Leong menggeleng kepalanya, aku sedih. 

Aku tak tahu mengapa dan kenapa Jamie Leong mahu bertanggungjawab diatas kesalahan yang tidak dia lakukan.  Aku sedih mengenangkan kisah kami berdua, walaupun aku tak cinta padanya. Tapi aku sayangkan Jamie Leong seperti sayang seorang kawan terhadap kawan baiknya.  Jamie Leong merupakan sahabat  terbaikku selain daripada Fariha.  Dia buat aku terkenangkan seorang lagi lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku, Bernard Lee.  Lelaki yang pernah bertakhta dihatiku selepas Asyraf Fitri.  Bernard menjadi peneman setiaku kala aku bersedih diatas kematian Asyraf Fitri.  Namun takdir telah memisahkan kami, dan aku sekali lagi sendiri sehinggalah aku bertemu dengan Jamie Leong dan juga tunangku Fareez Zafriel.

Kereta Jamie Leong berhenti disebuah rumah teres 2 tingkat.  Kawasan perumahan yang agak elit, aku jengah keluar tingkap ingin melihat keadaan sekeliling.  Cantik sungguh pemandangan disini, aku terpaku.  Kawasan perumahan yang dikeliling bukit dan sungguh nyaman sekali. 

“Rumah you ke?” soalku selepas kami keluar dari perut keretanya.

Nope, my brother’s house. I tolong jagakan untuk dia.” Jamie Leong bergerak menuju ke pintu pagar rumah, segugus kunci dikeluarkan dari poket seluarnya.

“Do you want to come in?” Jamie Leong mengajakku masuk ke dalam rumah.  Aku masih teragak-agak untuk melangkah masuk. 

“Tak payahlah Jamie, lagipun tak manis sebab only both of us . You just carry on, I’ll wait outside.” Aku duduk dibangku yang ada disebelah pintu masuk.  Jamie Leong masuk ke dalam rumah, lebih kurang 15 minit dia keluar bersama bagasi ditangannya.  Aku pelik, nak kemana lelaki ini? Soalku dalam hati.

“You nak kemana dengan beg besar ni?” Jamie Leong hanya diam, tiada tanda-tanda ingin menjawab pertanyaanku.  Baggasi itu diletakkan dalam bonet kereta, lantas dia mengamitku menghampirinya.

I need to go somewhere. Before that I’ll send you to the office.” Ada nada sayu ketika ayat itu keluar dari mulutnya.  Aku terkedu, dalam fikiranku bermacam-macam yang berlegar-legar.  Pintu sebelah penumpang Jamie Leong bukakan untukku, dia mengisyaratkan agar aku masuk.  Aku menurut tanpa sebarang bantahan, dan kemudian Jamie Leong memandu keretanya menghala ke Damansara Heights.

“Jamie, can we have a chat  before you send me.” Pintaku ingin lama lagi bersama dengannya.  Lelaki itu mengangguk kepalanya tanda setuju.  Lantas aku taip sms kepada Fariha, memintanya agar mengkhabar pihak HR aku minta cuti kecemasan hari ini.  Telefon bimbit aku matikan, tidak mahu ada yang menganggu kami nanti.  Aku ingin bersendirian dengan lelaki ini agar semua jelas supaya kami tidak bermasam muka nanti.

Kereta Jamie Leong meluncur laju menuju ke Mid Valley, kami singgah di Sushi King.  Aku suka makan sushi begitu juga Jamie Leong.   Kami makan sambil berborak, suasana direstoran ini tenang dan tidak sesak.  Barangkali waktu makan tengah disini belum mula, jam ditangan baru pukul 11.30 pagi.

“Jamie, kenapa you buat keputusan terburu-buru. I tak mahu sebab perkara itu kita putus kawan.” Kataku padanya.  Jamie Leong memandang wajahku sekilas, pengepit kayu diletakkan didalam piring kecil dan ditolak ketepi.

I tak mahu melihat you disakiti, cukuplah dengan perbuatan Kah Seng pada you kemarin.  I tak mahu you lalui kejadian yang serupa.  Jalan yang terbaik, I perlu pergi jauh dari sini.” Aku tergaman, suara mendayu Jamie Leong meruntun jiwaku.  Tanpa aku sedari air mataku menitis.

“Hey, don’t cry my dear. Not your fault, I yang jatuh cinta pada tunang orang.” Jamie Leong mengelap airmataku dengan hujung jarinya.  Aku terkesima dengan sikap penyanyang dan ambil berat Jamie Leong yang membuatkan hatiku pilu.

“Jamie, I….I....” aku tidak dapat meneruskan kala jari telunjuk Jamie Leong sudah berada dibibirku, aku terpana.

Not another word dear, you make me feel guilty.  I yang patut pergi, jangan buat hati I berasa berat untuk meninggalkan you.” Jamie Leong menarik semula jarinya dari bibirku.

“Cinta memerlukan pergorbanan, dan inilah pengorbanan yang harus I lakukan.  Cinta I pada you sangat tulus, tapi I tak mahu merampas hak milik orang lain demi kepentingan diri I sendiri.  Fareez sangat mencintai you dan begitu juga dengan you.  I hanya orang ketiga yang akan membuatkan dua hati yang saling menyintai terpisah.  Jalan terbaik, biarkanlah I pergi untuk selama-lamanya.” Fareeza tertunduk, setitis airmata jatuh mengena lengan bajunya.  Kata-kata dari Jamie Leong membuatnya sedar, kehilangan Jamie Leong tidak akan membawa apa-apa makna dalam dirinya, hatinya kini telah dimiliki oleh tunang tersayang.

You nak kemana Jamie? Bila awak akan kembali?” soalku bertalu-talu.

I akan pergi jauh, dan mungkin suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.  I harap masa itu you dan Fareez sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.” ujarnya sambil ketawa kecil.

"Tapi you cakap tadi nak tinggal rumah abang you.  Tak jadi ke?” aku masih bertanyakan soalan yang aku sendri tahu tak aka nada jawapannya.

“Bila I fikir balik, lebih baik I pergi jauh.  Tinggal di KL buat hati I sakit.” Jamie merana, itu yang aku dapat bayangkan.  Tapi bagaimana dengan aku, bersediakah aku untuk kehilangan seorang lagi sahabat lelaki yang paling rapat padaku.

“Jamie, this is not the end of your love story.  You will find another girls much better than me.” Aku cuba provoknya agar dia melihat kehadapan.  Dalam dunia ini masih ada banyak lagi perempuan yang baik selain dariku.

“They are not same as you dear, you satu dalam sejuta.” Jamie Leong melemparkan senyuman, aku disebelahnya kegelisahan.

“Baiklah, jika itu yang terbaik untuk semua. Saya relakan awak pergi, tapi ingat jangan merajuk terlalu lama.  Family you masih memerlukan you disamping mereka.” Jamie Leong menghadiahkanku senyuman terakhirnya.

Petang itu kami menghabiskan masa berbual-bual sehingga Jamie Leong menghantarku pulang ke rumah.  Sampai dihadapan pintu pagar, sebuah kereta berhenti mengejut dibelakang kereta Jamie Leong.  Dengan satu tumbuk, Jamie Leong rebah dihadapanku. “Fareez?”  Aku cuba menolong, tapi ditolak oleh Fareez. 

“What are you doing with her? She is my fiance’e. don’t you know?” keras sungguh suara Fareez, tangannya masih mencengkam kolar baju Jamie Leong. 

Stop it! Both of you.” aku tolak kedua-duanya,  terus aku berdiri ditengah-tengah.  Wajah Fareez aku tenung dengan perasaan marah meruap-ruap, aku kalih disebelah untuk melihat keadaan Jamie Leong pula.  Bibir lelaki itu berdarah akibat penangan Fareez.

“Fareez, kenapa awak tumbuk Jamie?” soalku padanya, mata Fareez pula merenung tajam ke arahku. 

“Dia tak patut keluar dengan tunangan orang” marah Fareez sambil menunding jarinya ke arah Jamie Leong.

I know that’s my fault.  But Fareeza wanted to see me.  We just had a chat and nothing happen.” Jamie Leong cuba pertahankan dirinya dari amarah Fareez. Fareez sekali lagi ingin menerpa ke arah Jamie Leong. Aku tolak badan Fareez semula ke tepi, siap bagi amaran dengan jari telunjuk. “You, stay there!

Jamie, you can leave now.  Call me before you going off.”  Jamie Leong bergerak ke arah keretanya, aku melambai sebelum kereta Jamie Leong hilang dari pandangan kami.

And you, get in the car.” Fareez mengarahkan aku agar mengekorinya.  Perlahan-lahan aku menapak  masuk keretanya.  Fareez menekan minyak dan kereta meluncur laju dari speed biasa.  Aku perkemaskan tali pinggang keledar, takut tercampak pula.  Dalam hati sudah seriau, tapi aku buat-buat biasa.  Orang tengah marah tak boleh ditegur, nanti lain pula jadinya.  Berdiam diri adalah jalan yang terbaik. Tiba-tiba Fareez menghentikan keretanya dibahu jalan.  Tangannya memukul stereng kereta, terkejut aku dibuatnya.

“Reez, maafkan saya.” pintaku, tahu kesalahanku yang satu ini.  Fareez meraup wajahnya, senyuman sinis terukir dibibirnya.

“Feeza  patut bagitahu kat Reez tentang hal ini.  Kalau tidak kerana orang upahan Reez yang cakap pasal kes penculikan itu, tentu sampai bila-bila pun Feeza akan rahsiakan daripada Reez.” Bentaknya, marah sungguh Fareez ketika orang suruhan mengkhabarkan berita buruk tentang tunangnya.  Lebih marah lagi bila diberitahu orang yang menculik tunangnya itu adalah rakan kepada Jamie Leong. 

“Reez kan takde, macam mana Feeza nak bagitahu.  Lagipun tak ada apa-apa yang berlaku, semuanya salah faham saja.  Kah Seng tak berniat jahat, dia cuma hendak menolong Jamie. Itu saja!.” Terangku.  Mata Fareez tepat memandang tajam ke arahku.  Timbul pula rasa takut apabila melihat wajah gerun lelaki ini.  Kali pertama Fareez begini, aku jadi tidak keruan.  Rasa bersalah mula menjalar dalam diri, sudahlah keluar dengan Jamie Leong tadi pun salah.  Ini lagi teruk bila Fareez tahu tentang kejadian penculikan itu.

“Maafkan saya sekali lagi, lain kali saya akan lebih berhati-hati.  Lagipun Jamie sudah berhenti kerja.   Surat perletakkan jawatannya sudah ada dimeja HR pagi tadi.  Dia akan pergi jauh, saya jumpa dia pun sebab tak mahu dia merasa bersalah diatas perbuatan Kah Seng terhadap saya.  Maafkan saya!’ aku ingin keluar dari kereta, tapi pergelangan tanganku disambar Fareez.  Aku renung wajahnya, terbias setitis air jernih dipipinya.  “Fareez menangis!” soalku dalam hati.

“Feza, saya minta maaf.  Saya takut kehilangan awak,  sebab itu saya terlalu emosi.  Saya tak mahu dituduh lelaki dayus, saya harus pertahankan hak saya dari diambil orang lain.” Airmata Fareez menitis dilenganku, aku terkedu.  Aku masuk kembali kedalam kereta, Fareeez masih erat menggengam tanganku.  Dia membawa kedua-dua telapak tanganku lantas dikucup perlahan. 

“Reez bukan lelaki dayus, tapi seorang lelaki yang ingin mempertahankan haknya.  Jangan risau, Feeza memang milik Reez.  Insyaallah jika ditakdirkan oleh ALLAH, jodoh antara kita akan berkekalan.  Feeza akan jadi hak milik mutlak Reez tak lama lagi.  Tiada sesiapa pun yang bisa merungkaikan percintaan antara kita berdua.  Tidak Jamie Leong mahupun orang lain.” aku membalas gengaman tangannya. Fareez mengukir senyuman, aku pun begitu juga.  Lama juga kami berkeadaan begitu sehingga bunyi telefon bimbitku menganggu lamunan kami berdua.

 “ Feeza dengan Fareez ma.” Jawabku setelah memberi salam.

“Mama ingat Feeza pergi mana tak balik-balik lagi. Risau juga, sebab hari tu Feeza cakap Fareez outstation.” Lega hati Puan Rohani takala mendengar suara anak gadisnya ditalian.

“Reez baru sampai, terus dia ajak Feeza keluar.  Kejap lagi kami balik lah.” selepas bersoal jawab selama beberapa minit, talian dimatikan.  Aku kalih sebelah ingin melihat wajah yang aku rindui, dia tetap tenang memandang ke depan.

“Mama Feeza cakap apa?” soal Fareez, enjin kereta dihidupkan. 

“Mama tanya kat mana, dia risau anak gadis dia lewat balik.  Lagipun bakal menantu dia outstation tu yang mama risau sangat.” Jawabku.

“Maafkan Reez, cemburu membuatkan Reez bertindak sedemikian.”

“Tak, Reez memang tak salah.  Semua ini salah Feza.” kami saling minta maaf.

“Okaylah, memang kita berdua yang salah.  Lain kali, kita berdua kena saling mempercayai satu sama lain.  Dan Reez harap Feza jangan nak rahsiakan apa-apa pun dari Reez. Begitu juga dengan Reez, Janji ya sayang.” aku mengangguk laju, senyuman manis aku hadiahkan buat Fareez. 

“Boleh temankan Reez pergi makan tak? Perut dah berbunyi minta makanan.” Pinta Fareez.

“Aik! tadi tak makan lagi ke?”soalku semula.  Sengaja nak menyakat tunang tersayang.

“Macam mana nak makan, fikiran asyik melayang teringat orang kat sini.  Reez ambik first flight to KL pagi tadi terus ke KLIA.  Lepas touch down terus balik rumah ambik kereta dan bergegas tunggu Feeza pulang.”adunya, panjang juga perjalanan dia hari ini.  Kesian pula aku rasa.

“Ala..la.la..kesiannya dia.  Sekarang ni lapar ye?” aku buat-buat muka kesian, Fareez tayang sengihan nakal.

“Lapar lah, kalau boleh nak makan sekali dengan orang kat sebelah. Nasib baik tak boleh.” Ujarnya bersama sengihan nakal terukir dibibir.

“Reez jangan main-main. Kang Feeza terjun.”ugutku pula.

“Kalau sayang terjun, jadi duda berhiaslah Reez.” Feeza menjeling, Fareez ketawa.  Suka benar dia mengusik tunangnya ini.

“Ada hati nak jadi duda berhias, kalau macam ni Feeza nak cari lain lah?” seklai lagi aku mengugutnya bersama muka cemberut.

“Alah sayang, tu pun nak merajuk.  Meh sini Reez pujuk.” Fareez ingin mengapai tanganku, tapi aku menepis lembut.

“Jangan nak mengada-gada. Dah..dah.. jalan cepat.  Karang ada yang kena makan pulak.” Fareez menghidupkan engin kereta bersama sengihan nakal terukir dibibirnya.  Aku memasamkan mukaku, Fareez pula terus ketawa dan ketawa melihat wajah cemberutku.   Petang yang damai ini membawa cerita yang indah antara aku dan dia.

-----------------------------------~Bersambung~--------------------------------------------------------------
P/S: Terima kasih kerana sudi membaca karya yg tak seberapa. Sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan, nak merapu pun dipersilakan.  With lots of love...:)

Thursday 8 November 2012

CINTA LRT - Bab 28


Bab 28

Hari ini sekali lagi Jamie Leong berpeluang balik bersama-sama Fareeza. Kebetulan pula Fareez dihantar ke Jepun selama 2 minggu untuk menghadiri mesyuarat dan seminar.  Dalam hati Jamie Leong sudah berlagu riang, sudah lama dia nantikan saat ini sejak kali terakhir dia menghantar Feeza pulang ke rumah sebulan yang lalu.


“Terima kasih sebab sudi pulang bersama saya. Dah lama kita tak balik sama-sama kan?” suara Jamie Leong  memecah lamunan Fareeza.  Dia menoleh sebelah memandang raut wajah pemuda cina itu.
 

“Masing-masing sibuk.” jawabku.


Definitely not me, It’s you dear.”wah! dah macam merajuk bunyinya.


“Jamie, I tak mahu bergaduh dengan you. “ 


Siapa cakap kita bergaduh, I cuma cakap benda yang betul.” Garangnya mamat ni, apa salah aku? Langkah kakiku terhenti, lantas aku merapatkan diri ke dinding bangunan.  Perlahan-lahan aku hela nafasku, ingin membuang resah yang melanda.  Jamie Leong yang turut sama berada disebelahku memandangku tanpa sebarang reaksi.
 

Jamie, I love to be with you as a friend. But you are trying to treat me as your girlfriend. Please wake up, I’m someone fiancée.  Do respect me!” amarah cuba aku kawal supaya tidak terhambur keluar.  Jamie Leong memandangku terkebil-kebil, mungkin tidak percaya dengan apa yang aku luahkan kepadanya.


“Feeza, I can’t control myself  when I’m with you.   My heart act fast rather than my mind.”Jamie Leong cuba menerangkan keadaan yang dia lalui.  Aku kalih pandang wajahnya, terpancar secebis keikhlasan. 
 

Since you don’t like to be with me.  Then, I shall leave.” Jamie Leong terus melangkah pergi meninggalkan aku sendirian. Aku terkaku dengan tindakan spontan Jamie Leong, tapi aku tak berdaya untuk memujuknya.  Lantas aku biarkan dia pergi tanpa menoleh lagi.

 


 
I tahu dalam hati you hanya ada Fareez.  But I couldn't help it, this thing hurt me.  Each time I see you with Fareez, hati I berkecai bak kepingan kaca yang jatuh berderaian. ~ Jamie Leong



Dari sebalik dinding bangunan itu, tidak Fareeza mahupun Jamie Leong sedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kelakuan mereka berdua.  Kah Seng menumbuk dinding tersebut, geram melihat sahabatnya patah hati.  Dan perempuan melayu yang berada selang beberapa meter hadapannya itulah punca sahabatnya jadi begini.  Perlahan-lahan dia menghampiri Fareeza, tangan gadis itu disentap. 


Fareez yang terkejut terus berteriak, “Hey, who are you? What do you want?” belum sempat berbuat apa-apa dia ditarik masuk ke dalam sebuah kereta.  Jamie Leong yang terdengar teriakan Fareez lalu menoleh, tapi semuanya sudah terlambat Fareeza telah dibawa pergi. 


Jamie Leong cuba mengejar kereta itu, tapi dia tidak berdaya.  Kereta itu sudah jauh meninggalkannya, namun dia terpana ketika melihat no plat kereta tersebut. “Kah Seng!” Terus dia mendail nombor telefon Kah Seng, agak lama baru kedengaran suara Kah Seng ditalian.
 

“Wei bro, lu mahu bawak mana wa punya kawan” kasar sungguh bahasa Jamie Leong kala ini, cemas pun ada kerana risau dengan keadaan Fareeza.

 
“Wa nak ajar ini perempuan, kasi tunduk sama lu.” nada suara Kah Seng pun bunyi kasar juga.
 

“Kah Seng, lu jangan buat kerja gila. Kasi pulang itu perempuan sama wa, sebelum wa ajar lu cukup-cukup.” Jamie Leong sudah membentak, geram dengan tindakan Kah Seng yang dianggap tidak masuk akal itu.  Kah Seng gelak kuat, tanpa menghiraukan ugutan Jamie Leong padanya.


“Lu ingat wa takut, kalau lu tak mau. Gua boleh ambik ini pompuan buat teman wa pigi night club” Kah Seng memang sudah gila, Jamie Leong sudah tidak keruan dibuatnya.  Perlahan-lahan Jamie Leong menarik nafasnya, cuba mencari helah agar Kah Seng serahkan semula Fareeza kepadanya.  Akhirnya dia terfikir sesuatu, lantas dia berkata. “Okay, wa ikut cakap lu. Sekarang lu cakap mana wa mahu jumpa lu.” Jamie Leong cuba berpura-pura berlembut dengan sahabatnya itu.


“Macam tu la kawan, sekarang lu tunggu wa kat Viva. Nanti wa jumpa lu kat sana bro,”  belum habis Kah Seng berbicara, kedengaran rintihan suara Fareeza. “Tolong encik, jangan apa-apakan saya.” Kah Seng marah, lantas dia menampar muka Fareeza. Pang! Fareeza pengsan, Jamie Leong ditalian mengelabah.


“Woi, bro. Lu buat apa dekat itu pompuan.” Jamie Leong bertanya cemas.

 
“Wa kasi diam sama dia, bising sangat. Sekarang lu ikut saja apa yang wa cakap tadi.” Terus talian dimatikan belum sempat Jamie Leong membalas.
 

Jamie Leong berkejaran di perhentian teksi yang berdekatan, terus dia menahan teksi dan menuju ke destinasi yang dikatakan oleh Kah Seng itu tadi.  Dalam diam dia berdoa tiada apa-apa yang berlaku terhadap Fareeza dan dia juga berharap agar Kah Seng tidak bertindak diluar kesedaranya.  Dia menyesal kerana terlanjur menceritakan kisah sedihnya pada Kah Seng, dan dia tahu yang sahabatnya itu sebenarnya ingin menolongnya.  Tapi ini semua salah, Kah Seng boleh dituduh diatas kesalahan menculik.  Ini kes berat, silap-silap boleh masuk penjara.
 

Destinasi yang ditujui akhirnya sampai, cepat-cepat Jamie Leong meloloskan dirinya dari perut teksi.  Matanya meliar mencari kelibat Kah Seng.  Orang yang dicari berada 100 meter dihadapannya sedang enak bersandar ditepi kereta Gen 2 warna hitam.  Langkah kaki laju menuju ke arah Kah Seng. 


Jamie Leong mencekak kolar baju T’shirt Kah Seng. “Mana itu pompuan?” soalnya kasar.  Kah Seng memuncungkan bibir ke dalam perut kereta.  Jamie Leong lepaskan cengkamannya lantas terburu-buru membuka pintu kereta.  Alangkah sedihnya dia melihat Fareez terbaring, tentu gadis itu pengsan gara-gara ditampar oleh Kah Seng.  Pintu kereta ditutup kembali, lantas di mencekak semula kolar baju Kah Seng.

 
“Lu ni memang gila atau mau mati? ini pompuan, mana boleh  lu buat ini macam.” Mata Jamie Leong sudah merah menahan amarah.

 
“Wa kesian sama lu bro, jadi wa ingat dengan cara ni lu boleh dapatkan dia.” Kah Seng cuba menutup kesalahannya dengan alasan yang Jamie Leong rasakan terlalu bodoh.


“Kan wa dah cakap sama lu, jangan masuk campur. Ini urusan wa sama dia, wa memang sayang sama dia. Tapi wa takkan buat dia ini macam.  Sekarang, lu sudah buat satu kesalahan yang besar dalam hidup lu.  Kalu dia report sama polis, lu boleh masuk itu lokap. Lu nak masuk lokap?” marah benar Jamie Leong kepada Kah Seng.  Sahabatnya itu memang suka buat kerja yang tidak masuk akal, sebab itu dia geram.


“Bro, wa tak nak masuk lokap. Tolong wa bro!” rayu Kah Seng. 
 

“Tahu takut, sekarang apa macam?” sengaja Jamie Leong menyoal Kah Seng kembali.
 

“Wa tak nak masuk lokap, nanti itu polis kasi hantam sama wa.  Lu tolong wa, wa tahu wa salah.” Terketar-ketar suara Kah Seng memohon maaf.


“Okay, sekarang lu pergi balik. Kereta lu wa pakai dulu. Nanti malam lu datang rumah wa, kita bincang.”selesai berkata, Jamie Leong melolos masuk kereta Gen 2 kepunyaan Kah Seng.  Tinggallah Kah Seng disitu dengan perasaan bersalah dalam hatinya.  Dia meraup kasar wajahnya, “Apa yang wa  dah buat?” rintihnya.


Jamie Leong memandu kereta Kah Seng membelah jalanraya yang sibuk.  Dia membawa Fareez ke Tasik Titiwangsa, ingin menenangkan gadis itu sebelum dihantar pulang.  Nasib baik Fareez tiada di sini, kalau tidak tentu jadi pergaduhan besar diantara mereka nanti.  Kereta diparking berdekatan tasik, dia keluar sambil menanti Fareeza sedar dari pengsan. Bukannya dia tidak mahu mengejutkan gadis itu, tapi dia takut hendak berdepan dengan reaksi Fareeza nanti.

 
Fareeza terjaga dari pengsan selepas sejam, pipinya yang terasa pijar diusap perlahan-lahan.  Dia bangun dan pintu kereta dibuka perlahan.  Apabila kakinya terjejak hamparan rumput, dia mengeluh.  Wajah Jamie Leong keruh terbias dihadapan matanya,  Fareeza menyentuh bahu lelaki itu.  Jamie Leong tersentak, dia memalingkan tubuh mengadap Fareeza disebelahnya.
 

I’m so sorry dear, my friend didn’t mean to harmed you.  He only wanted to help me, please forgive him.” sayu kedengaran suara Jamie Leong memohon kemaafan.  Fareeza melemparkan pandangannya ke arah tasik yang terbentang luas.  Dia masih tidak bersuara, Jamie Leong sudah mula risau.  Hatinya sungguh sayu melihat wajah gadis yang dia cintai muram. Baru dia nak bersuara, Fareeza terlebih dahulu mencelah.


“No Jamie,  you tak salah. It’s true that you friend try to kidnap me, tapi semua yang berlaku mesti ada sebabnya. Dan I tahu semuanya bukan salah you.” Fareeza menyinga menahan kesakitan dipipinya.  Mungkin sebab dia terlalu banyak bercakap sebab itu sakit.  Tangan Jamie Leong secara automatik ingi mendarat dipipi Fareeza, tapi gadis itu menepis perlahan.  Haram! Mana boleh sentuh, bukan muhrim.


“I’m so sorry, masih sakit lagi ke? you nak I bawa you ke klinik?” soal Jamie Leong dalam keresahan.  Dia benar-benar rasa bersalah dengan apa yang terjadi.  Dia juga tidak menyangka sahabat baiknya tergamak menculik Fareeza dan berlaku kasar terhadap gadis itu.  Fareeza menggelengkan kepalanya, tak mahu dibawa ke klinik.  Dia hanya mahu pulang, tapi dia takut mama pasti akan bertanya mengapa dan apa yang telah terjadi kepadanya.  Nasib baik juga Fareez tiada disini, jika tidak jenuh juga dia perlu bersoal jawab dengan tunangnya itu.


Jamie, can you send me home. I just need to get some rest.  Jangan risau pasal your friend, I takkan buat sebarang laporan terhadapnya.  And you too, please stop blaming yourself.” Fareeza sudah mula ingin menapak pergi tetapi langkahnya terhenti apabila Jamie Leong memanggil namanya semula.

 
Thanks dear, I do appreciate your kindness. Don’t worry, after this you won’t hear anything about him or myself.” tamat  sahaja berkata-kata, Jamie Leong melangkah masuk ke perut kereta Kah Seng.  Enjin kereta dihidupkan, dia hanya menunggu Fareeza masuk sebelum meneruskan perjalanan mereka semula.


Suasana dalam kereta masih sunyi dan sepi, hanya bertemankan suara DJ diradio.  Sejak dari Tasik Titiwangsa hinggalah sampai ke pintu pagar rumah Fareeza masing-masing masih diam membisu.  Baik Fareeza mahupun Jamie Leong, masing-masing melayan perasaan yang tidak bertepi.  Jamie Leong dengan perasaan bersalahnya manakala Fareeza dengan perasaan yang bercampur-baur.  Pintu kereta dibuka sehinggalah tertutup kembali, tiada suara yang kedengaran. Akhirnya Jamie Leong memandu meninggalkan perkarangan rumah Fareeza tanpa sebarang pamitan.  Fareeza juga begitu, terus masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh lagi.

 
Nasib Fareeza bertuah, malam itu mamanya tiada dirumah.  Ketika dia masuk ke dalam rumah, terdapat sekeping nota dimeja telefon.

 
Sayang,

Mama balik kampung sekejap, Pak Long kamu sakit.  Tadi Abang Hafiz kamu datang ambil mama dirumah.  Maaf sebab tak sempat nak tunggu Feza balik.  Mama cuba telefon Feza berkali-kali tapi talian kamu tidak dapat dihubungi.  Jadi mama terpaksa tinggalkan nota ini. 


Insyaallah, bila sampai kampung nanti mama telefon sayang.  Feza jangan lupa makan dan tidur awal, kalau ada apa-apa telefon mama ya sayang.  Mama pergi dulu.

 

Mama..

 
Fareeza menghela nafas, nasib baik mama tak ada. Kalau tidak jenuh juga nak jawab apa kalau mama tengok pipi anak kesayangannya merah.  Nasib baik tak lebam, kalau tidak susah juga dia nanti.  Selesai mandi dia tunaikan solat dan makan sebelum masuk tidur dikamarnya.  Belum sempat melelapkan mata, telefon bimbit berbunyi.  Alunan lagu ‘butterfly’ nyanyian melly goeslow dan andika pratama memenuhi ruang bilikku.  Skrin tertera nama insan tersayang, senyuman terukir dibibirku.
 

“Assalamualaikum sayang, dah nak tidur ke?” kedengaran suara romantis Fareez ditalian.


“Waalaikumsalam, belum lagi. Tengah tunggu orang sana call.” Sengaja aku lunakkan suara ketika berbicara. 

 
“Kenapa orang sana tak call? kan senang.” Fareez melabuhkan duduk disofa berdekatan dalam bilik hotelnya.

 
“Macam mana nak call, takut orang disana tengah busy.” Fareeza tersenyum, bicara mereka asyik guna ayat ‘’orang disana’ macamlah masing-masing tak ada nama pula.


“Orang disana yang tak sudi.” rajuk Fareez.  Fareeza seakan ingin ketawa mendengar suara merajuk Fareez ditalian. 

 
“Aik! merajuk ke orang disana?” Tercetus tawa kecil dibibirnya membuatkan Fareez terpinga.


“Sayang sengaja nak buat orang disini merajuk kan? Sukalah tu, mentang-mentang kita tak dapat jumpa.  Orang kat sini dah rindu separuh mati tau” sela Fareez.


“Mana ada, orang disini pun rindu juga kat orang disana.”balas Fareeza pula. 


“Sayang, buka lappy. Kita Skype, rindulah nak tengok wajah sayang.” Permintaan Fareez buat Fareez terdiam.  “Macam mana ni, nanti kalau dia tengok muka aku merah tentu banyak soal pula. Baik jangan.”bisik hati kecilnya.

 
“Tak bolehlah Reez, lappy Feza rosak. Semalam kena attack virus sebab itu tak boleh nak on.” Nasib baik dia dapat cipta alasan yang dikira logik.

 
“Tulah, kan Reez dah cakap beli yang baru. Kenapa tak nak dengar, sekarang kan dah susah.” Marah Fareez, ala-ala manja ya.

 
“Kita orang miskin, mana ada duit nak beli.  Lappy tu pun hadiah dari papa masa Feza kat kolej dulu.” jawabku buat-buat nada sedih. 

 
“Kesian sayang, takpe next time kita pergi shopping beli lappy baru.  Lepas tu letak kat dulang hantaran nak?” aku teruja, Fareez nak beli lappy baru untukku. Sape kata taknak, pucuk dicita ulam yang mendatang. Heheee…


“Tentulah nak, hadiah dari yang tersayang.”cepat-cepat aku jawab dengan nada ceria.  Terdengar tawa kecil meletus dibibir Fareez. 


“Macam tulah, Reez akan belikan untuk sayang. Janji ada upahnya.” Fareez sudah tersenyum nakal, dengan niat ingin mengusik Fareeza pula.


“Upah, Upah apa?”soalku macam orang bodoh.  Fareez sudah ketawa bedekat-dekat, geram pula aku.

 
“Upahlah, tapi itu nanti Reez bagi tahu selepas kita diijabkabulkan” Wajah Fareeza merona merah, nasib baik Fareez tak nampak.


“Reez sengaja nak main-mainkan Feza kan?”soalku lagi, geram dengan sikap nakal Fareez.
 

“Mana ada sayang, sayang tu yang fikir bukan-bukan. Reez tak kata apa-apa pun.” Provok Fareez yang masih dalam nada mengusik.


“Suka hati Reez lah, malas nak layan. Feza dah nak tidur, selamat malam dan assalamualaikum.” Terus aku matikan talian.  Fareez disana masih ketawa berdekah-dekah, suka dengan sifat malu-malu tunangnya itu.  Sms dihantar sebelum berbaring diatas katil.


Syg jgnlah marah-marah. Nnt tak comel tau, rindu sgt kat syg. Muah.. – with lots of love from Reez

 
Tersenyum-senyum Fareeza membaca kiriman sms dari tunangnya.  Fareez memang gemar mengusik, sebab itu dia jatuh hati pada Fareez.  Hai! malam ini aku ingin tidur bermimpikan si dia.



Kondo Taman Miharja…..

 

“Lu memang gila Kah Seng.”tempik Jamie pada rakan baiknya.  Dicampakkan kunci kereta Kah Seng tepat ke dahi lelaki itu.  

 
“Aduh!” Kah Seng mengaduh kesakitan, dahinya digosok-gosok perlahan.


“Padan muka lu, lain kali jangan nak buat kerja bodoh.” Marah Jamie lagi.
 

“Wa kesian sama lu.  Dulu masa lu sama Audrey berpisah wa tengok lu okay.  Tapi sebab ini pompuan lu jadi ini macam.” jelas Kah Seng, dia ingin sahabat baik tahu sebab mengapa dia berbuat demikian.
 

“Kan wa dah cakap, jangan masuk campur hal wa.  Lu ni memang degil.”Jamie menyekeh kepala Kah Seng, marah kerana Kah Seng masih tidak faham akan situasinya.

 
“Bro, ini yang wa cuba cakap.  Lu cepat marah, cepat melenting semuanya pasal itu pompuan.” Selar Kah Seng. 
 

“Sebab itu wa tak  mahu lu masuk campur.  Sekarang wa tak mahu dengar apa-apa lagi.  Baik lu balik sebelum wa tumbuk lu, blah!” Jamie menghalau Kah Seng keluar dari kondonya.

 
“Sudahlah bro, wa pun dah malas nak layan lu.  Lepas ini jangan cari wa lagi.  Kita putus kawan!” kemarahan Kah Seng memuncak, geram sebab kerana seorang perempuan sahabat baiknya rela putus kawan.  Dia menghempaskan pintu rumah Jamie ketika keluar dari situ.  Jamie meregus menahan amarah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Bersambung~
P/S: Hi semua, macam biasa. Saya amat mengalu-alukan komen-komen dari pembaca semua.  Tak kiralah yang baik mahupun kutukan akan saya terima seadanya.  Sila-sila lah ya...