Saturday, 22 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 14)

 
 Bab 14

 
Kartina Amira sedang berjalan santai melihat panorama kota.  Sudah 3 hari dia turun naik dari pejabat ke pejabat.  Lebih dari 10 temuduga telah dia lalui, namun semuanya hampa.  Kakinya sudah naik lenguh, dia melabuhkan duduk dikerusi yang ada.  Kaki yang kejang diurutnya perlahan-lahan.”Apalah nasib, kalau masih juga tak dapat kerja.  Mana aku nak cari pendapatan.  Tak akan nak harapkan Along, dia sendiri pun dah tak kerja atas sebab kesihatan.  Mujur juga ada abang Mikhail yang sudi membantu walaupun dia tak ada kena-mengena dengan keluarga aku.”keluh Kartina.  Cahaya matahari yang panas terik membuatkan dirinya berpeluh-peluh.

 
Sedang Kartina mengelamun, kakinya disepak seseorang.”Aduh!”

 
”Maaf cik, saya tak sengaja.”tutur lelaki itu dengan perasaan bersalah. 


“Tak sengaja ya, nah rasakan.”Kartina menyepak keras kaki lelaki itu.  Lelaki itu mengaduh kesakitan.

 
“Awak nikan!”lelaki itu ingin marah, tapi ditahan.  Terpegun seketika, “Gadis ini mirip macam wajah seseorang, siapa ya?”fikirnya dalam hati.

 
“Hey, awak!”Kartina menumbuk kuat bahu lelaki itu.  Hakimi Lufti  tersentak, sakit bila bahunya ditumbuk gadis itu.

 
“Sakitlah! kau ni perempuan ke lelaki? Ganas semacam.”marah Hakimi Lufti.

 
“Kau ingat?”soal Kartina dengan nada geram.

 
“Nak kata perempuan, perangai tak ubah macam lelaki. Ganas!”bentak Hakimi Lufti .

 
“Oh.. kau kata aku lelaki ya. Ambik ni.” Buk!.terduduk Hakimi Lufti .  Dia menggosok-gosok mukanya yang pedih.”Sakit juga kena tumbuk dengan minah ganas nih”desis hatinya sebal.


“Awak nikan memang nak kena.” Lantas Hakimi Lufti  mendekat wajahnya, pipi mulus Kartina dicium.Chupp…Kartina terpana, automatik dia pegang pipinya kanannya. Terasa membahang wajahnya ini.

 
“Awak..”belum sempat Kartina berbuat apa-apa, kali ini pipi sebelah kiri pula menjadi mangsa ciuman Hakimi Lufti . Chup..kali ini Kartina pula memegang kedua-dua belah pipinya.  Orang ramai yang memerhati tidak dipedulinya.  Hakimi Lufti  pula tersengih-sengih macam kerang busuk pun ada.

 
“Maaf semua, isteri saya tengah merajuk.  Saya tengah pujuk dia ni, maaf ya.”ujar Hakimi Lufti  pada beberapa penonton setia sambil mengangkat tangan tanda ‘peace’.   

 
Sebaik mendengar Hakimi Lufti  bertutur demikian, orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka mulai beredar.  Ada yang tersenyum-senyum dan ada juga yang siap menepuk bahu sambil memberi nasihat”Pujuk, pujuklah juga. Ttpi awak berdua kat khalayak ramai.  Kita orang melayu ada adat, tak baik buat adegan 18sx kat sini.  Bawalah berbincang kat rumah.  Lebih afdal.”nasihat seorang lelaki dalam usia pertengah 40an.  Hakimi Lufti  tersengih-sengih menahan malu, muka Kartina sudah mencuka.  Hakimi Lufti  menarik Kartina duduk dikerusi berhampiran.  Wajah Kartina yang merona merah ditatapnya dengan penuh minat.”cantik juga gadis ini.”desis hatinya.

 
“Cik, saya minta maaf.”mendengar kata maaf dari Hakimi Lufti , airmata Kartina mula gugur.  Mula-mula esakkan halus kemudian bertukar menjadi tangisan sendu.  Hakimi Lufti  panik, dia tidak tahu harus lakukan apa.  Tangisan Kartina menyentap hatinya, memang salahnya juga.  Suka-suka hati cium pipi anak dara orang dikhalayak ramai.  Tapi bukan salahnya, Kartina sendri yang memulainya.  Ego lelaki memang pantang dicabar, dan inilah natijahnya.

 
“Cik..”Hakimi Lufti  menghulurkan saputangan miliknya, Kartina tidak menyambut. Sebaliknya dia menggunakan belakang tangan mengesat airmata yang gugur.

 
“Cik..”sekali lagi Hakimi Lufti  memanggil Kartina.  Panggilan dari Hakimi Lufti  tidak diendah, lantas Kartina bangkit ingin beredar dari situ.  Tanpa amaran, pergelangan tangan Kartina disambar Hakimi Lufti .  Gadis itu terduduk semula, Hakimi Lufti  tersenyum.

 
“Cik.. saya betul-betul minta maaf.”pohon Hakimi Lufti , tangan Kartina masih erat digengam.  Kartina mendongak, dipandang tepat ke dalam mata Hakimi Lufti . 


“Betul awak nak saya maafkan awak?”soal Kartina dalan nada sayu.  Hakimi Lufti  mengangguk lemah.

 
“Lepaskan tangan saya.”pinta Kartina.  Perlahan-lahan Hakimi Lufti  melepaskan pergelangan tangan Kartina.  Satu keluhan terlepas juga dari mulut Hakimi Lufti .  Kartina masih tetap menunduk memandang bawah.

 
“Cik..”panggil Hakimi Lufti  lagi sekaligus mematikan lamunan Kartina.

 
“Saya…”belum sempat Hakimi Lufti  berbicara, telefon bimbitnya berbunyi.”Ya Zira ada apa?”

 
“Encik Hakimi kat mana? Meeting dah nak mula.”pertanyaan Zira pembantunya membuatkan Hakimi Lufti  tersentak.  Lupa yang dia perlu menghadiri meeting dengan kakitangannya mengenai budget.

 
“Beritahu mereka saya ada hal kecemasan.  Meeting ditunda esok pagi.”telefon bimbit disimpan.  Pandangan Hakimi Lufti  tertunak pada Kartina yang masih sedia menunduk memandang ke bawah.

 
“Cik..saya betul-betul minta maaf.  Apa yang berlaku tadi semuanya secara spontan. Dan Cik pun..”Kartina bangkit, belum sempat Hakimi Lufti  menjelaskan keadaan sebenar Kartina sudah melarikan diri.  Hakimi Lufti  terpana, cepat-cepat dia bangkit mengejar Kartina. 

 
“Cik..Cik..tunggu dulu.  Saya belum habis cakap lagi.”dan Kartina sudahpun hilangan dari pandangan Hakimi Lufti .  Dia merengus marah, gadis itu telah pergi tanpa sempat dia menjelaskan kedudukan yang sebenarnya.  Dia hampa, lantas dibawa kakinya melangkah pulang ke pejabatnya semula.

 
Kartina masih menyembunyikan diri dibalik tembok dinding bangunan itu.  Nafasnya yang tercungap-cungap melelahkan dirinya.  Kejadian tadi benar-benar membuatkan maruahnya tercalar.  Dicium oleh lelaki tidak dikenali dikhalayak ramai adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas akan terjadi padanya.  Dimana harus dia sorokkan wajahnya ini, walaupun dia tidak pasti apa akan berlaku selepas ini.  Diraba kedua-dua belah pipinya, masih terasa hangatnya kucupan itu.  Ciuman pertama dari seorang lelaki yang tidak dia kenali, terlalu jauh dari yang diangankan.  Dia pernah mengimpikan ciuman sebegitu, tapi sudah semestinya dari lelaki yang halal untuknya dan bukannya lelaki asing yang tidak dia kenali.  Airmata yang gugur dikesat kasar dengan belakang tangannya. “Buat apa menangis, benda dah jadi.  Aku pun salah juga, yang dicabar ego lelaki itu buat apa. Kan dah kena, memalukan sungguh.”marahnya dalam hati.

 
Selepas beberapa minit bersembunyi disitu, Kartina keluar dari balik tembok itu.  Dia ingin pulang, esok dia ada temuduga disyarikat Sendaya Holding.  Kaki dihayun melangkah ke perhentian bas berhampiran.  Hatinya resah dan sebal dibiarkan berlalu pergi, mahu pulang dengan perasaan enak.  Takut ibu susah hati melihat dia begini. 

 
“Baru sampai Ngah?”soal ibu sebaik saja melihat kelibat Kartina.  Kartina panggung kepala, sebuah senyum dihadiahkan.

 
“Baru bu, ibu dah makan?”pertanyaan Kartina dijawab dengan anggukan kepala.  Tahulah dia bahawa ibunya sudah makan.

 
“Angah nak makan? Boleh ibu siapkan.”Kartina menjawab dengan gelengan, tidak berselera.  Nafsu makannya terbantut akibat kejadian tadi.

 
“Tak apalah bu, Angah masuk bilik dulu nak solat.  Tak selera nak makan pula.”ujar Kartina lemah.  Dia memang letih, bermacam-macam bermain difikirannya.  Esok dia perlu keluar lagi untuk menghadiri temuduga. 





Berani betul dia cium pipi aku, dia ingat aku ni apa?~Kartina Amira

  
Badan yang letih dihempaskan diatas tilam bujangnya.  Dipandang siling rumah, rasa nak tembus keluar pun ada.  Tiba-tiba wajah lelaki tadi muncul, “Ah! Kenapa pula wajah dia yang aku gambarkan sekarang. Kacau betul.”malas hendak melayan fikiran yang serabut, Kartina mencapai tuala, pintu bilik dibuka,  Langkah kaki menuju ke bilik air berdekatan biliknya.  Nasib baik adik-adiknya belum pulang sekolah lagi, kalau tidak riuh juga rumah.

 
Hakimi Lufti  termenung jauh, sejak pulang dari kerja itulah yang dilakukan.  Termenung dan termenung mengingatkan kejadian tadi.  Sumpah! tidak terniat dihatinya ingin mencium gadis itu, tapi kata hatinya menyuruh agar disentuh pipi mulus itu.  Diraba bibirnya itu, masih tersa kehalusan pipi gadis itu.  “Jatuh cintakah aku?”tanyanya pada dirinya sendiri.  “Mulut menafikanya tapi hati mengiakannya, mana satu ni.” Hakimi Lufti  buntu, digaru-garu kepala yang tidak gatal.   

 
“Kimi, mari makan.”ketukan dipintu mematikan lamunan Hakimi Lufti .  Puan Zaharah mengetuk pintu bilik anak bujangnya.  Dia hairan, selalunya setiap kali pulang dari pejabat Hakimi Lufti  pasti turun makan selepas selesai membersihkan diri dan bersolat.

 
“Kejap lagi Kimi turun umi.  Kimi baru nak solat.”bohongnya.”Takkan aku nak cakap masih duk termenung kat atas katil, nanti banyak pula soalnya.”

 
“Kalau macam tu umi tunggu kat bawah.  Jangan lama-lama sangat.”pesan Puan Zaharah. 

 
Hakimi Lufti  bangkit, tuala diambil lantas kaki menuju ke bilik air.  Dibawah pancuran air panas, dibiarkan dirinya lama disitu.  Terasa segar badannya setelah selesai mandi.  Diambil wuduk sebelum melangkah keluar.  Dibentangkan sejadah, solat Magrib didirikan dengan penuh kusyuk.  Nasib baik dia sudah mengerjakan solat Asar sebelum pulang kerumah.  Kira-kira 10 minit, Hakimi Lufti  keluar dari biliknya dengan memakai t’shirt dan track bottom.  Puan Zaharah yang perasan dengan kehadiran Hakimi Lufti  memanggil anak bujang itu.

 
“Mari Kimi, kita makan sekali.  Hari ini umi masak lemak gulai ikan tenggiri kegemaran Kimi.”ujar Puan Zaharah.  Hakimi Lufti  tersenyum, ditarik kerusi sebelah adiknya lantas melabuh duduk disitu.  Matanya meliar melihat hidangan diatas meja, memang enak namun seleranya mati.  Hatinya masih teringat akan kejadian tadi, “Ah! Kacau.”bisik hatinya.

 
Kenapa Kimi, walid tengok kamu macam tak bersemangat aje.”tegur walidnya, Tuan Harun.  Puan Zaharah turut memandang wajah anaknya bersama kerutan didahi.

 
“Tak ada apa-apa lah walid, umi.  Kimi tak sihat sikit, badan macam nak demam.”dalih Hakimi Lufti .  Adiknya Harlina turut sama memandang wajahnya dengan kerutan didahi.

 
Abang Kimi tak sihat? Tadi masa abang balik adik tengok muka abang muram aje.”adu adiknya.

 
“Kalau tak sihat, esok Kimi cutilah.  Lagipun umi tengok sejak Kimi balik sini tak pernah Kimi cuti.”cadangannya uminya menbuatkan Hakimi Lufti  terfikir sejenak.

 
“Yelah abang kimi, sejak abang balik dari Lodon tak pernah kita pergi bercuti.  Apa kata kita pergi bercuti sama-sama sebelum adik exam bulan depan.”ujar Harlina teruja.  Hakimi Lufti  mengekeh kepala adiknya.

 
“Nak bercuti konon, habis tu exam macam mana? Kantoi baru tahu.”marah Hakimi Lufti  pada adiknya.

 
“Apalah abang kimi ni, adik cakap boleh tenangkan fikiran sementara nak exam bulan depan.”tutur Harlina dalam nada merajuk.  Hakimi Lufti  tersenyum, dia sekadar hendak menyakat adiknya saja.

 
“Betul juga kata adik kamu tu Kimi.  Dah lama kita tak pergi bercuti bersama, apa kata kita pergi bercuti, bolehlah walid dengan umi berehat juga.”Tuan Harun turut menyiakan cadangan Harlina.

 
“Umi pun setuju, rasanya macam nak duduk tepi pantai menikmati deruan ombak dan rasa air masin pantai.”umi sudah berangan-angan pula.  Hakimi Lufti  ketawa lepas, walid dan Harlina turut sama tertawa apabila mendengar angan-angan uminya.

 
“Umi ni nak romantika de amour pula ya.”usik walid, Puan Zaharah malu lantas dicubit lengan suaminya.  Beginilah suasana makan malam dirumah Hakimi Lufti , gurau senda tidak pernah lekang walaupun mereka berempat saja didalam rumah itu.

 
“Kimi, bila kamu nak berkahwin.  Umi teringin sangat nak bermenantu dan bercucu.”terkejut Hakimi Lufti  bila uminya mengutarakan persoalan ini.  Terus tersedak nasi yang dikunyahnya, Harlina membantu abangnya dengan menghulurkan segelas minuman.  Hakimi Lufti  meneguk minuman yang dihulur dengan rakusnya.

 
“Awak ni Zah, lain kali anak tengah makan jangan ditanya soalan sensitif.  Dah tersedak budak tu.”tegur Tuan Harun pada isterinya.

 
Abang ni, soalan sensitif apa.  Biasalah soalan macam tu, anak awak yang lebih-lebih.”balas umi pula.  Tuan Harun menggeleng kepala, nak marah tak boleh.  Cakap lebih-lebih merajuk pula nanti.

 
“Betul cakap umi tu, abang kimi bila nak ada girlfriend.  Dah lama membujang, takkan nak tunggu adik kahwin dulu kot.”seloroh Harlina dibalas dengan ketukan dikepalanya.  Apa tidaknya, budak kolej berbicara tentang cinta.  Memang kena marahlah jawabnya.

 
“Apa umi ni, sakit kepala adik tau.”bentak Harlina manja.

 
“Kamu budak-budak lagi, tak patut cakap pasal nak kahwin.  Kalau dah gatal sangat nak bernikah, nanti umi suruh anak Pak Mat kamu datang meminang kamu.”marah Puan Zaharah. 

 
“Tu lah, bila orang tua-tua bercakap, budak kecil jangan nak menyampuk. Kan dah kena sebijik, padan muka.”ejek Hakimi Lufti .  Puan Zaharah mencerlungkan mata, geram juga pada anak bujangnya itu.  Suka sangat mengabil mudah dengan setiap kata-katanya.

 
“Sudah-sudahlah tu uminya, depan rezeki tak baik bertelagah.  Kimi, Lina, cepat-cepat habiskan makanan kamu tu. Kimi pula, ada hal yang walid nak bincangkan dengan akmu lepas makan.”masing-masing meneruskan makan tanpa sepatah kata.  Bila arahan sudah keluar dari ketua keluarga, semua kena patuhi. 

 
Udara nyaman ketika Hakimi Lufti  dan walid sedang duduk dihalaman rumah.  Bintang-bintang yang bertaburan mencantikan lagi langit malam.  Puan Zaharah datang menatang dulang berisi seteko kopi ‘o’ kegemaran suaminya.   Dia turut melabuhkan duduk disisi suaminya dan Hakimi Lufti .

 
“Walid nak bincang tentang apa dengan kimi.” Soal Hakimi Lufti , dia tidak sabar-sabar nak tahu.

 
“Begini kimi, walid dah nak bersara tak lama lagi.  Jadi walid nak serahkan jawatan CEO sepenuhnya pada Kimi.  Walid harap kimi sudah bersedia.”terang Tuan Harun tenang.  Hakimi Lufti  mengeluh, bukan dia tidak mahu cuma dia masih belum sedia sepenuhnya.  Jawatan itu menuntutnya mematuhi protokol-protokol yang dia sendiri tidak menyukainya.

 
“Walid, kimi suka dengan kerja yang kimi lakukan sekarang.  Jawatan itu terlalu gah bunyinya, dan kimi takut tak mampu nak laksanakannya dengan sepenuhnya.”jujur Hakimi Lufti  katakana dia sebenarnya tidak berminat untuk menjadi CEO.  Biarlah dia bekerja dengan orang lain dari menguruskan syarikat sendiri, dia masih belum bersedia.

 
“Habis sampai bila kimi nak bekerja dengan orang lain.  Syarikat itu milik keluarga kita, dan walid nak kimi yang uruskan dan bukanya orang lain.” selar Tuan Harun, dia mahu anaknya faham akan situasi yang dia hadapi.  Siapa lagi yang boleh diharapkan, anak perempuanya Harlina juga tidak berminat, sebab itu dia mengambil jurusan lain.

 
“Walid, bagi kimi masa.  Biar kimi belajar dulu disyarikat orang dan timba pengalaman.  Lepas itu bila kimi dah sedia, kimi akan berkhidmat dengan syarikat kita.”pohon Hakimi Lufti  pada walidnya.  Dia mahu merasa bekerja dengan orang sebelum mentadbir syarikat sendiri.  Tua Harun akhirnya mengalah juga, namun Tuan Harun turut meletakkan syarat. 

 
“Baiklah walid setuju, cuma setahun.  Selepas itu kimi kena kembali semula ke syarikat kita bersama-sama seorang menantu untuk umi.”kali ini Hakimi Lufti  tersentak, “mana aku nak cari isteri dalam masa setahun.”desis hatinya.

 
“Syarat pertama kimi setuju, tapi yang kedua tu susah sikitlah walid.”keluh Hakimi Lufti .

 
“Apa yang susahnya kimi, pilih saja dikalangan anak kenalan walid ataupun umi.  Kalau nak senang, umi boleh pinangkan si Rozita anak paklang kamu tu.  Dia pun suka sangat kat kamu.”sampuk Puan Zaharah, Tuan Harun pula sudah tersenyum-senyum disebelah isterinya.

 
“Tak naklah umi, kimi kalau boleh nak cari yang lain.  Tak sukalah dengan Rozita tu, tak sesuai langsung dengan kimi.”bantah Hakimi Lufti .  Dia memang tidak berkenan dengan Rozita, gadis itu agak kebaratan sikit.

 
“Habis tu, sampai bila.  Nak tunggu umi dengan walid mati dulu, macam tu ke yang kamu nak.”protes Puan Zaharah, marah benar dia dengan anak bujang sorang ini.  Banyak membantah dari menurut, sakit kepalanya.

 
“Umi, janganlah cakap macam tu.  Insyaallah, umi dan walid akan berpeluang bermenantu malah bercucu sebelum menutup mata.  Kimi janji, daj kimi pasti tunaikannya.  Berilah kimi masa sedikit saja lagi ya.”pinta Hakimi Lufti , lantas dikucup tangan uminya.  Hati ibu mana yang tidak resah melihat anak bujangnya yang masih keseorangan sehingga kini.  Umur Hakimi Lufti  pun sudah nak masuk 30an, tapi masih lagi membujang.

 
“Suka hati kamulah kimi.  Umi dah penat bagi nasihat, sekarang terpulanglah pada kamu.”Puan Zaharah lantas bangkit dari duduk menapak masuk ke dalam rumah.  Ditinggalnya si anak bersama suaminya diluar.

 
Malam itu tidur Hakimi Lufti  tidak lena, dia asyik terkenangkan kata-kata umi dan walidnya.  Tentang permintaan walidnya, dia boleh uruskan.  Tapi permintaan dari uminya membuatkan dirinya dalam dilema.  Sekarang ni wajah gadis yang diciumnya tengah hari tadi menjelma pula.  “Siapakah dia? Bangaimana harus aku bertemu dengannya semula. Ah! Jatuh cintakah aku.”soalnya bertalu-talu dalam hati. 

  Jatuh cinta kah aku? Tapi...siapa kah dia? ~ Hakimi Lufti


~Bersambung~

3 comments: