"Cinta saya kepada awak tidak pernah
padam, sejak dari dulu lagi. Cuma awak saja yang tak tahu ." Itulah kata-kata keramat darinya. Dan bagiku, tiada lelaki lain yang bertakhta
dihati ini hanyalah dia kerana "Hatiku
adalah Milikimu Airel".
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Farah, jom. game dan nak mula kejap lagi”
“Nantilah dulu, aku nak tunggu Ariel datang. Apa kata kau pergi dulu.”
Farah masih berdalih.
“Tak naklah, nanti Cikgu Emma 'nerd' tu tanya pasal kau, apa aku nak
jawab nanti.” kataku padanya lagi, aku dah tak larat nak cover kau lagi.”
“Kau kelentong ajelah aku kat tandas tengah sakit perut. Cepat pergi
nanti bising pulak si ‘nerd’ tu.” Farah sudah menolakku agar aku segera
tinggalkannya sendirian disitu.
“Suka hati kau lah, nanti jangan nak salahkan aku pulak.“ Aku segera beredar, tidak mahu lewat ke
padang sedangkan jam telah menunjukan pukul 2.30ptg. Dari jauh aku lihat
lambaian dari Tasha dan Eva mengamitku tanpa menyedari,
Tiba-tiba... Buk, aku dapat rasakan
badanku berlanggaran dengan seseorang, Debaran didadaku kencang dan dalam masa
yang sama aku dapat merasakan ketika ini aku berada diatas dada seseorang.
Ya Allah!, ketika ini hanya Tuhan yang
tahu betapa malunya, aku kini dalam keadaan yang mengaibkan kerana berada
diatas badan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Ariel, macam mana mamat ni
ada kat sini plak. Ini kalau si Farah nampak, confirm aku kena. Belum pun habis
fikir, kedengaran jeritan nyaring. Terus aku bangun dan ingin beredar. Namun,
belum sempat aku berbuat apa-apa, tanganku disentap dan satu tamparan hinggap
dipipiku. Apa salahku?
“Hei perempuan, kau buat apa hah? bukan ke tadi aku suruh kau pergi
dulu. Ni kenapa kau boleh ada disini.” Farah menunjal-nunjal kepalaku. Apa
ingat kepala aku tak bayar zakat ke? Papa aku bayar setiap tahun tau.
“Macam mana aku boleh ada kat sini? Eh! Ini bukan ke padang, suka hati aku lah.” Bisik hati
kecilku. Malas hendak berbalah, lantas aku terus pergi meninggalkan mereka
semua. Sakit akibat tamparan dari Farah
tidak aku hiraukan, malah panggilan dari Tasha dan Eva juga tidak aku peduli.
Yang aku mahu sekarang adalah pulang ke rumah dan menangis semahu-mahunya. Aku sedih kerana rakan baikku sanggup
menamparku disebabkan oleh seorang lelaki.
Akibat kejadian tempoh hari, aku tidak ke
sekolah selama seminggu. Mama yang mengerti tidak banyak soal, cuma Papa yang
marah mengapa aku bersikap begini. Akhirnya, Papa telah membuat keputusan
menukarkan aku ke sekolah lain. Walaupun
setelah bertukar di sekolah lain, aku masih tidak dapat menerima kejadian yang
berlaku lebih sebulan yang lalu. Fikiranku sering terbayang akan peristiwa itu,
yang menghairankan bagaimana dan sejak bila pula si Ariel berada di padang
sedangkan dia ada temujanji dengan Farah dikantin sekolah. Walaupun aku sendiri meminati Ariel dalam diam, tapi
disebabkan Farah aku rela memendamkan perasaan hati ini. Ah, lantaklah. Malas
aku nak fikir pasal dia. Sekarang ini aku perlu tumpukan pada SPM yang akan
datang dalam masa 2 bulan lagi.
Keputusan peperiksaan yang aku dapat
sungguh mengejutkan, aku tidak sangka boleh dapat 8A sedangkan aku sendiri
tidak percaya. Mungkin ini berkat kesungguhanku untuk meniti ke menara gading.
Lantaran Papa berhasrat untuk menghantarku melanjutkan pengajianku ke
Australia. Selama 5 tahun aku berada disana, dan selama itu rasa cintaku
kepadanya tidak pernah padam.
Sejak bergelar pelajar disini aku banyak
menghabiskan masa mengulangkaji serta mentelaah. Biar ramai yang datang
menghulurkan salam perkenalan, ku tolak dengan alasan ingin meneruskan
pengajian tanpa sebarang ikatan. Namun takdir menentukan segalanya, suatu malam
ketika aku pulang dari library aku telah ditarik oleh seseorang yang tidak aku
kenali ke lorongan pejalan kaki. Disana lelaki itu cuba untuk perkosaku, tetapi
dengan izin Allah datang seorang lelaki yang membantu setelah mendengar
jeritanku.
Ariel, lelaki itulah yang telah
menolongku. Dalam hujan lebat aku diselamatkan olehnya, dia telah membawaku
pulang ke rumahnya. Aku tidak dapat mengingati apa yang berlaku diantara kami
berdua, kerana keesokan harinya aku dapati kami berdua sedang tidur diatas
katil yang sama.
Pagi itu, aku menangis sepuas-puasnya.
Maruahku terasa dipijak-pijak, sudahlah terlepas dari mulut buaya tapi termasuk
pula dalam kandang harimau. Ariel aku lihat termenung dengan kejadian yang
menimpa, katanya apa yang berlaku diluar kesedarannya. Malam selepas dia
menyelamatkanku, kami pulang ke rumahnya sementara menunggu hujan reda. Selepas
itu Ariel sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Bagi mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini timbul, Ariel setuju untuk bertanggungjawab. dia
rela menikahiku untuk menutup aib keluarga kami berdua.
Antara rela dan terpaksa, aku pasrah. Tetapi pada masa yang sama aku tak mahu Mama dan Papa tahu akan kejadian yang memalukan ini. Tapi apa pilihan yang aku ada, akhirnya aku setuju untuk menerima lelaki yang bernama Zafriel Shah Bin Dato Roslan Shah sebagai suamiku. Acara
pernikahan kami hanya ditemani oleh dua orang rakan Ariel sebagai saksi,
manakala Sofea teman baikku turut menjadi saksi diatas pernikahan kami berdua.
Pernikahan ini bagiku hanya untuk menutup malu dan menyelamatkan maruahku, tapi
bagi Ariel pula ini untuk selamanya. Namun demikian kami berdua sepakat untuk
mengikut haluan masing-masing kerana tidak mahu terikat dengan perkahwinan
tanpa rela ini.
Sebulan selepas itu,
aku tidak lagi menerima khabar berita dari Ariel. Apa yang aku dengar dari
rakan-rakannya, dia sudah pun menghabiskan pengajiannya dan pulang ke Malaysia.
Cincin dijari kupandang sepi, lalu dengan perlahan-lahan aku cabut dan simpan
sebagai loket dirantaiku, dan seperti mana juga aku menyimpan rahsia
perkahwinan kami dari pengetahuan semua.
Akhirnya setelah 4 tahun berada dinegara
orang, aku pulang ke tanahairku. Sejak pulang hingga kini aku masih dirumah
sementara menanti tawaran pekerjaan, walaupun Papa meminta aku bekerja
dengannya, aku menolak dengan alasan ingin berdikari tanpa bantuannya. Dengan
izin Allah, aku ditawarankan pekerjaan disebuah syarikat perumahan yang besar
atas bantuan Papa. Pada mulanya aku agak keberatan untuk menerimanya, namun
setelah mendapat nasihat dan restu dari kedua orang tuaku aku terima juga. kata
Papa, dia lebih selesa jika aku bekerja dibawah pengawasan Uncle Roslan iaitu
sahabat baik Papa sejak mereka di universiti lagi. Hari ini adalah hari pertama aku bekerja, aku
memilih blaus putih yang dipadankan dengan sepasang seluar slack yang berwarna
hitam. Setelah meneliti penampilanku, aku bersedia untuk memulakan hariku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menara Axis Holdings….
"Selamat pagi, boleh saya berjumpa dengan Encik Rafael. Saya ada temuduga dengannya pagi ini." tuturku lembut.
“Sebentar ya Cik...”sambil
berkata penyambut tetamu itu bertanyakan namaku.
“Cik Alisya Nurulain Binti Jamaludin.” Jawabku.
“Oh, Cik Alisya.. silakan Encik Rafael sudah menunggu dibilik mesyuarat
2.” Penyambut tetamu itu membawaku ke
bilik yang berada disebelah kirinya itu.
Ketika pintu dibuka, aku melihat ada 2
orang lelaki bersama seorang wanita berada didalam bilik tersebut. Salah
seorang lelaki yang duduk berhampiran dengan pintu bangun menyambut
kedatanganku. Dengan tidak kuduga wajah yang telah hampir 5 tahun tidak aku
ketemui berada dihadapanku. Aku terpegun
sejenak, namun bila aku dia buat tidak endah aku jadi serba salah. Lantas aku
berpura-pura tidak mengenalinya seperti mana yang dia lakukan kepadaku. Aku
lihat sepasang mata beningnua masih sama dan ditambah pula dengan kekacakan yang
dia miliki membuatkan aku terpanar sebentar. "Masih ingatkah dia kepada diriku."persoalan
itu berlegar diminda.
“Well, Cik Alisya have a sit. Let me intoduce myself, I'm Rafael GM of Finance dept and beside me is Encik Zafriel Shah our vice president of the chairman group and Puan Fatin my secretary.” Lamunanku tersentak, aku cepat-cepat sedarkan diriku agar tidak terus hanyut.
Salam ku hulurkan
sebagai tanda hormat kepada Puan Fatin, dan kepada kedua lelaki itu aku sekadar
menganggukkan kepala. Namun disaat mataku bertentangan dengan si
dia, dia melemparkan senyum sinis. aku terpana. Ya Allah, kuatkanlah imanku
ini.
“Cik Alisya Nurulain, sudah berapa lama awak pulang dari luar negara?” pertanyaan Encik Rafael membawaku ke
dunia realiti. Kelam kabut aku dibuatnya.
"Sudah hampir 5 bulan saya pulang ke tanahair. Cuma beberapa minggu kebelakangan ini saja baru saya mula mencari pekerjaan." terangku tenang.
“Oh begitu, sebelum ini pernah ke Cik Alisya bekerja dimana-mana syarikat.” Soal Encik Rafael lagi.
“Kalau di Australia saya pernah buat pratikal di salah sebuah syarikat
selama 1 tahun. Walaupun tidak banyak yang saya pelajari, tapi cukup untuk
menimba pengalaman yang indah disana.”
“Wow! very interesting. So, why did you came back? Kenapa tidak terus menetap kat sana" kedengaran suara Zafriel Shah pula menyoalku. Suara inilah yang membuatkan aku semakin rindu padanya, malang sekali dia sedikitpun tidak memandang ke arahku. Jijik sangatkah aku.
“Because of my parents, they what me to come back here. Juga ada perkara yang perlu saya selesaikan.”ujarku sambil memandang tepat ke arah matanya, ingin melihat reaksinya.
“Your parents,dan juga masalah. ... Dia tidak jadi meneruskan kata-kata tersebut. Aku resah diperlakukan begitu, fikiranku masih kacau mengenangkan adakah dia masih ingat padaku lagi.. ah kacau betul lah.
“So Cik Alisya, can you start work next week. If you can, my HR Manager will prepared all the documentation for you to sign before you leave. “ aik! cepatnya aku ditawarkan pekerjaan. Rasa pelik meyelubungiku seketika, rasa tidak percaya pun ada juga. Tapi mengapa Zafriel yang beria-ia sangat, mengapa yang 2 orang itu kelihatan kehairanan.
Spontan aku lihat Encik Rafael menyiku Encik Zafriel Shah. Telatah mereka berdua mencuri perhatianku. Apa sebenarnya yang berlaku, aku sendiri tidak tahu. Alih-alih aku lihat mereka berdua bangkit lantas meninggalkan aku dengan Puan Fatin.
"Kau biar betul Ril, baru sekali interview kau dah nak offer dia kerja. Agak-agaklah sikit bro."Rafael begang, sikap terburu-buru sahabatnya menjadi tanda tanya.
"Bro, aku bukan nak ambil sebarangan orang tau. Kau tahu tak siapa dia?"Zafriel menyoal Rafeal pula. Macamlah Rafeal kenal siapa wanita yang sedang mereka temuduga itu.
“Siapa Ril? Manalah aku kenal, cuba kau explain.” Rafeal mula cuak, pelik dengan perangai sepupunya yang seorang ini.
“Siapa Ril? Manalah aku kenal, cuba kau explain.” Rafeal mula cuak, pelik dengan perangai sepupunya yang seorang ini.
“Dia..dia..” Zafriel teragak-agak untuk meneruskan kata. Lantas Rafael menjerkah sepupunya itu, “Dia..dia.., dia siapa Ril?”
“Dia isteri aku bro.” Akhirnya terkeluar juga ayat itu dari bibir
Zafriel.
“Maksud kau? boleh tak kau cakap tu biar terang, tak payah nak suruh
aku main teka-teki pulak.”marah Rafael.
"Alisya Nurulain, takkan kau tak ingat sikit pun tentang dia."Zafriel menunduk, tidak sanggup bertentang mata dengan sahabatnya itu.
“Maksud kau si Alisya ni budak junior kita masa kat Sekolah Sains dulu
tu dan juga ex-wife kau. Dengan pantas Ariel menekup mulut Rafael dari terus
berkata-kata. “
“Syhh... kau ni perlahanlah sikit. Nanti semua orang dengar baru tahu.
Dia masih lagi isteri aku yang sah Raf. Aku tak pernah ceraikan dia pun. Tapi
kau perasan tak yang wajah dia totally
100% berubah selepas 5 tahun.”
“Yelah, aku pun terkejut jugak. Kau rasa dia masih ingat kat kau lagi
tak?”
“Entahlah, tapi yang pasti aku tidak akan lepaskan dia macam dulu lagi.
Aku nak dia kembali padaku sebab aku masih sayangkan dia sejak hari pertama aku
nikahi dia. Perasaan itu tidak pernah berubah walaupun setelah 5 tahun berlalu.”
“Ariel, aku doakan yang terbaik buat kau.” Genggaman erat tangan Rafael menaikkan semangat Ariel untuk berjuang mendapatkan cinta Alisya semula.
“Jom kita masuk, let's
finish the interview session. Jangan nanti dia syak yang
bukan-buka pula.” Ujar Rafael pula.
“Okay bro, let's go before dia syak sesuatu.” Kedua-dua lelaki itu berjalan semula menuju ke pintu bilik mesyuarat itu.
"Apalah 2 orang lelaki itu tadi bualkan. Dah pulak tu minah sorang ini asyik duk pandang-pandang aku semacam aje. Cepat-cepatlah selesai, aku dah boring ni. Takkan tak habis-habis berbincang lagi kot."keluhku dalam hati.
Pintu bilik terkuak, tersembul wajah Encik Rafeal diikuti dengan Encik Zafriel masuk sambil tersenyum ke arahku. Tidak mahu dikatakan tidak sopan, aku turut membalas senyuman mereka.
“So Cik Alisya, can you wait my secretary to prepared the appoitment letter. I need you to sign before you leave.” Kali ini Rafael pula yang berkata demikian, tpai lelaki disebelahnya pula hanya merenungku tanpa berkelip. Seram beb! Tak tahan godaan kalau macam ni. Apa lagi, gembiranya aku bila mendapat tahu yang aku ditawarkan bekerja disyarikat ini. Tak sabar-sabar rasanya nak balik dan khabarkan kepada Mama dan Papa mengenainya. Tanpa aku sedari, ini semua adalah sebahagian daripada rancangan Papaku sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Macam mana Lan, mereka berdua dah
bertemu kan pagi tadi.” soal Jamaluddin kepada sahabatnya itu. Mereka sudah berjanji untuk bertemu disini
bagi membincangkan tentang anak-anak mereka.
“Dah, Rafael ada bagitahu pada aku.
Kelakar juga bila Rafael cakap mereka berdua berlakon saling tidak mengenali
satu sama lain.” Tercetus tawa kecil dibibir Dato Roslan Shah apabila
menceritkan insiden itu.
“Biar pi mereka, asalkan niat kita nak
satukan mereka semula. Dah terlalu lama
aku tengok anak gadis aku memendam rasa cinta dia. Nak juga aku tengok mereka
bahagia.” Jamaluddin sudah membayangkan kebahagian yang bakal anak gadisnya
kecapi semula.
“Betul Mal, aku setuju sangat. Si Zafriel
tu, sejak balik dari luar negara asyik kerja aje memanjang. Bila aku tanya bila nak kahwin dia mengelak. Kalau tak kerana kau jumpa aku dan ceritakan
tentang mereka, sampai aku tutup matamu pun belum tentu mereka akan bersatu
semula.” Dato’ Roslan sudah lama give up
dengan perangai anak bujangnya itu.
Nasib baik sahabatnya datang bertemu dengannya beberapa bulan yang lalu
dan menceritakan tentang perkara ini.
“Aku tak sangka pula mereka nak bernikah
senyap-senyap. Nasib baik masa hari nak
nikah tu kawan aku kat pejabat kedutaan telefon. Mulanya aku tak setuju, tapi bila aku
fikirkan semula apa salahnya. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang akan jaga
anak perempuan aku tu. Tapi tup-tup tak sampai sebulan menikah, anak kau balik
kemari pula.” Sayu suara Jamaludin menceritakan perkara itu, lantas Dato’
Roslan mengusap bahu sahabatnya itu.
“Mal, aku tak kisah. Janji anak aku
bahagia, tapi bila dia balik dan tinggalkan isterinya kat sana buat aku marah
sangat. Tapi bila aku tanya dia minggu
lepas dia cakap yang dia tak sengaja nak buat macam tu. Dia tak tahu macam mana nak terangkan kat
kami, itu sebab dia diamkan saja. Aku
minta maaf bagi pihak anak bujang aku tu, insyaallah lepas ni aku akan pastikan
mereka bersatu semula.” Itu janji Dato’ Roslan kepada besannya itu.
“Harap-harap mereka akan belajar dari
kesilapan yang lalu. Dan kita pula
sebagai orang tua akan bantu satukan mereka semula.” Itulah harapan Jamaludin
dan juga Dato’ Roslan.
“Ini mesti Cik Alisya kan? saya Rafidah, call me Fida. Saya telefonis merangkap penyambut tetamu disini. Welcome to the company.” kami bersalaman.
“Terima kasih Fidah, just
call me Alisya will do. By the way, Encik Rafael dah sampai ke?” soal Alisya pula.
“Encik Rafael belum sampai
lagi, tapi ...” belum sempat Fida menghabiskan ayatnya, kedengaran
sesorang berdehem dibelakangnya.
“Ehem..ehem good morning to you Cik Alisya. Encik Rafael tak ada, tapi saya ada.” Ssrentak aku dan Fida memandang kebelakang mencari tuan empunya suara.
“Oh! Encik Zafriel, bila encik sampai.” Fida bertanya kepada majikannya tanpa menyedari renung tajam bosnya terhadapku.
“Dah lama, sempat juga minum kopi.” Perlinya, “Oh ya, Cik Alisya sila ikut saya.” Aku ekorinya sambil melambai tangan tanda kepada Fida. Gadis itu tersenyum manis.
Sebaik sahaja kakiku
melangkah masuk ke ruangan pejabatnya, aku terpegun sejenak melihat keindahan
hiasan dalamanya. Susunan dan aturan perabot yang cantik dengan lukisan abstrak
yang tergantung indah di dinding serta diserikan wallpaper yang menarik.
Tiba-tiba aku terpandang potret keluarganya, bukankah itu Uncle Roslan. Biar betul mangkuk ni anak
uncle.
“Awak pandang apa Cik Alisya, duduklah.” Zafriel sudah mengambil tempat dikerusi empuknya. Wajah isterinya dipandang sekilas, cantik!
“Mak ai, mahu jatuh
jantung aku ni dengan sergahan mamat ni. Dah pulak tu cakap betul-betul
disebelah telinga aku ni. Seram pulak rasanya.” Aku duduk di sofa seperti
diarahkannya. Pandangan mata Zafriel membuatkan aku rimas. Aku cuba sedaya-upaya
untuk tidak menunjukkan reaksi jengkel terhadap pandanganya
Ariel masih meneliti wajah dihadapnya, dah cantik minah ni. 4 tahun cukup untuk merubah seseorang. Namun perasaan aku terhadapnya masih seperti dulu, cuma Alisya saja yang tidak tahu.
“Alisya Nurulain, do you still remember me?” Akhirnya tercetus juga persoalan itu dari mulut Zafriel.
“Maaf, saya tak faham apa yang Encik Zafriel ingin katakan.” aku masih berpura-pura.
“Come on Alisya, 5 tahun bukannya lama sangat pun.” Zafriel bengang, isterinya ini sengaja nak sakitkan hatinya.
“Encil Zafriel, saya datang untuk melaporkan diri dan bekerja disyarikat ini. so straight to the point.” Masih lagi ingin berpura-pura. Alisya sebenarnya mahu Zafriel yang mengaku dulu, kali ini dia sudah nekad. Benci juga dengan tindakan Ariel yang mahu bermain tarik tali dengannya. Dia tahu Ariel sengaja mahu dia dulu mengakuinya, tapi dia tidak mahu dan tidak akan sesekali mengakuinya. Biar apapun yang akan terjadi, dia tetap dengan pendiriannya.
“Alisya Nurulain, takkan
awak dah lupa. Saya, Zafriel Shah lelaki yang telah menikahi awak 5 tahun yang
lalu semasa kita sama-sama belajar di Australia dulu.” Zafriel sudah bangun
dari kerusi empuknya. Sengaja dia
bangun, biar Alisya tahu akan kuasa veto masih ditangannya.
“Haah?” serentak dengan itu daun pintu pun terbuka, kelihatan Encik Rafael menghampiri kami berdua. Suasana menjadi sunyi seketika. Kehadiran Rafael sedikit sebanyak membantuku lari dari masalah yang timbul. Segera perbualan bertukar menjadi formal semula.
Kepenatan hari
pertama bekerja tidak terasa, tetapi akal dan fikiran yang menyebabkan aku
hilang semangat untuk berkerja disana. Bertemu semula dengan orang yang aku
cuba elakkan membuatkan fikiranku sesak. Aku tidak mengerti mengapa baru
sekarang Ariel mahu mengaku dia suamiku, dimanakah dia menghilang 4 tahun yang
lepas. Sungguh aku tidak faham apa yang diinginkan Ariel. Petang itu juga aku
terus bertemu dengan rakan baikku Sofea.
“Sofea, kau ingat lagi tak pada Ariel.” Soalku.
“Ariel mana pulak ni, cuba
kau ceritakan sikit.”
“Zafriel Shah Bin Dato'
Roslan Shah, lelaki yang menjadikan dirinya suamiku pada 4 tahun yang lalu”
“Of course aku ingat dia, kenapa? “
“Aku ada tersempak dengan
dia, and it happens that he is my boss now.”
“What? how this
could be.
Aku ingat korang berduakan dah berpisah.”
“Bila masa aku berpisah
dengan dia, kami masih terikat adalah.”
“Maksud kau, he still
your husband?”
“Ya, tapi tak tahulah pula
kalau dia ada failkan kes semasa aku masih di Australia dulu. Tapi rasanya tak
kot, kalau tidak kenapa aku tak dapat apa-apa surat dari pejabat agama.”
“Apa kata kau tanya kat
dia sendiri, lagipun kau kata dia boss kau sekarang.”nasihat Sofea ni boleh
membunuh beb. Ada ke patut suruh aku
tanya kat mamat tu, giler aper.
“Haah! no.. no... I
dont think so.”
Aku mengawang tangan tanda tidak setuju
dengan saranannya itu.
“Suka hati kaulah, by
the way how's he look?”
“Masih seperti dulu, cuma
muka dia nampak sudah matang dan berkarisma.
Bakal CEO kan, so kenalah Nampak lebih matang.” ujarku.
“Wow! tentu dia dah kacak
kan? kau tak terpikat semula ke?” apa punya soalan da, Sofea ni memang nak kena
sebijik.
Aku hanya tersenyum
melihat kegairahan Sofea yang beria-ia ingin bertemu dengan Ariel. Dalam hati
ini masih lagi berteka-teki tentang statusku. Buat apa aku fikirkan semua itu,
jangan-jangan dia sudah berkahwin lagi setelah pulang ke Malaysia. Tak mustahil
kan, lelaki bukannya boleh dipercayai. Cemburukah aku, oh! Tidak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Anak mama ni, sejak
bekerja dengan uncle Roslan, asyik termenung saja. Kenapa sayang?” soal
mama ketika aku sedang berehat dihalaman rumah
“Mana ada ma, ada-ada sajalah.” segera aku melentok kepalaku dibahu mama, cuba untuk membuang keresahan yang bertamu.
“Alisya, mama nak tanya sikit boleh?”
“Tanya banyak pun boleh,
ada apa mama?”
“Sejak pulang dari
Australia sampai dah kerja kat ofis Uncle Roslan ni, mama tengok Alisya selalu
menyendiri. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Alisya ke. Atau Alisya dah jatuh
hati dengan seseorang. Boleh mama tahu siapa orangnya.” Mama ni dah jadi macam
ahli nujum pula. Ketara sangat ke
perubahan pada diri aku ni.
“Tak ada lah mama, Alisya baik-baik saja. Okaylah, Alisya naik dulu. Nak solat Asar, nanti terlepas pulak.” Cepat-cepat aku melangkah menuju ke tingkat atas, nak mengelak dari diterjah macam-macam soalan dari mama. Nak lari beb, sebelum rahsia terbongkar.
“Ini yang mama tak suka,
asal tanya aje mesti Alisya tukar topik. Sampai bila anak mama ni nak
bersendirian.” Bebelan mama aku dengar walaupun sayup-sayup.
Aku tak mahu mama
bertanya aku persoalan itu lagi, tapi aku silap ketika aku sedang berehat
dikamar mama datang membawa sekeping sampul surat berwarna coklat. Lalu
dihulurkan kepadaku.
“Mana...mama.. dapat..
benda ni. “ suaraku bergetar menahan kesedihan. Aku tidak tahu dari
mana mama perolehi salinan sijil nikahku. Mama lalu memelukku, cuba menenangkan
perasaanku yang tidak keruan.
“Mama dapat salinan sijil
nikah kamu sejak 5 bulan yang lepas, dari Papa.”
“Papa? maksud mama.. “ aku
sudah tidak sabar menanti butiran kata-kata yang akan keluar dari mulut mama.
Terasa sesak didalam kamar ini, aku sendiri berasa agak sukar untuk bernafas.
Wajah mama masih tenang memandang ke arahku.
“Kata papa, wife uncle Roslan pun jumpa
sijil asal ini dalam bilik Ariel. Mereka ada juga bertanya kepada Ariel
siapakah wanita yang telah dikahwininya tanpa perngetahuan mereka. Bila Ariel
cakap Alisya adalah isterinya, Uncle Roslan terus hubungi mama dan papa.”
“Papa...marah.. tak?
Alisya minta maaf sangat sebab tak beritahu mama dan papa mengenai pernikahan
kami berdua. Masa itu kami terdesak, dan ... “ belum sempat aku
menghabiskan ayat seterusnya, mama terus memelukku. Tangisannya meletus, aku
sendiri terikut sama kerana berasa kesal dengan perbuatanku yang lalu.
“Papa tak marah, malah
papa yang memberikan kebenaran ketika rakannya menyampaikan berita tersebut.
Cuma papa merahsiakan daripada mama sebab mahu Alisya sendiri berterus-terang
pada kami semua. Tapi mama sedih sebab
sejak pulang sehingga ke hari ini, Alisya masih mahu berahsia dengan mama.”
Sayu sungguh suara mama. Lantas aku
tarik mama kedalam pelukanku.
“Mama, Alisya takut. Semua
ini berlaku tanpa kamu duga. Lagipun sebulan selepas kami bernikah, Ariel pergi
meninggalkan Alisya sendirian disana.
Alisya malu nak ceritakan kepada mama tentang perkara ini.” Aku menangis
didalam pelukan mama. Hatiku tersentuh
apabila mama mengusap lembut kepalaku.
“Sayang, mama tak
marah. Malah mama bersyukur sebab Alisya
bertemu jodoh dengan Ariel. Walaupun mama, papa serta keluarga Uncle Roslan
amat kecewa dengan perbuatan kalian, tapi kami gembira sebab kata Uncle Roslan,
Ariel juga menyintai Aliysa.” Aku segera meregangkan pelukan
mama, tidak percaya dengan kata-kata terakhir dari mama. Betul ke Ariel
sebenarnya menyintaiku juga, tapi kenapa dia tidak pernah cuba menghubungiku
ketika aku masih di Melbourne dulu.
“Betul ke mama? Alisya tak
percayalah.” Aku mengeleng kepala tandan tidak percaya apa yang mama katakan
itu tadi.
“Takkanlah mama nak bohong
kat Alisya pula, kalau tidak kenapa mama dan papa panggil Alisya balik ke
Malaysia dan bekerja disyarikat Uncle Roslan. Semua ini kami rancang untuk
satukan kalian berdua, kami tak mahu seorang kat sana dan seorang lagi kat
sini. kalau macam ni sampai bila-bila pun mama dan papa tak dapat merasa jadi
datuk dan nenek.” Ketawa kecil meletus dibibir mama membuatkan wajahku terasa
hangat. Anak! oh betapa jauhnya angan-angan mama, tak tercapai akalku. Aku
tidak tahu apa yang harus aku katakan selain dari berdiam diri. Aku sendiri
tidak pasti bagaimana penerimaan Ariel terhadap diriku. Empat tahun adalah satu
jangka masa yang panjang, mungkinkah masih ada secebis rindu buatku atau hanya
aku saja yang merasakan tetapi tidak dia. Ya Allah! berikanlah aku pertunjuk
dariMu.
----------------------------------------------------------
P/S: Saya telah mengedit semula cerita ini. Harap semua berpuashati. TQ.
No comments:
Post a Comment