Wednesday 19 November 2014

My Girl - Bab 27



Bab 27
           
            “Abang tak nak balik?”soal Nyla setelah melihat jam melewati hampir 10 malam.  Ketika ini Tommy sedang berehat didalam bilik tidurnya.

            “Balik mana?”sengaja Tommy pulang paku buah keras kepada isterinya.     

             “Balik rumah abang la.”geram Nyla bila rasa dirinya dipermainkan suaminya.

           “Abang nak tidur sini.”jawab Tommy sepatah lantas dia merebahkan tubuhnya diatas katil kepunyaan Nyla.

              “Eh, mana boleh.”bantah Nyla lantas menarik tangan suaminya agar bangkit dari katilnya.
  
          “Kenapa pula, kan abang suami sayang.  Lagipun abang tak nak sayang lari lagi.”kali ini ditarik sekali si isteri duduk disisinya.   
   
              “Lari?”soal Nyla sambil memandang tepat ke wajah suaminya.
     
              “Hmm.. lari tinggalkan abang.”
         
              “Bila masa?”

            “Sayang..”ditarik si isteri lantas dipeluk erat.

            “Okay..okay..Nyla mengalah.”

            “Macam tu lah.  Abang mohon sayang jangan tinggalkan abang lagi. Please..don’t ever leave me again.  I’m completely lost without you sayang.  Don’t you love me my girl ?”luah Tommy hiba.  Tubuh si isteri dipeluk erat tidak ada tanda-tanda mahu dilepaskan.  Nyla rasa bersalah dengan apa yang berlaku kepada mereka 5 tahun yang lalu.

            “Nyla pun sayang dan cintakan abang.  Maafkan Nyla bang.”Nyla membalas pelukan.

        “Abang pun sayang dan cintakan sayang selama-lamanya.  Jangan tinggalkan abang lagi yea.”pinta Tommy lagi.

            “Tapi bang..abang Vince macam mana?”kali ini Tommy pula terkedu.  Dia terlupa tentang itu.

            “Itu nanti kita fikirkan.  Sekarang abang hanya nak berada disamping sayang saja.  Yang lain abang tak peduli.”Nyla menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kata-kata suaminya itu, Tommy kecewa.

            “Kenapa sayang, tak suka yea.?”

            “Bukan..”

            “Habis tu.”

            “Tok wan.”

            “Kenapa dengan Tok Wan?”

            “Hmm..tok wan.”

           “Apa masalahnya dengan tok wan.”soal Tommy lagi sambil mengelus lembut tangan isterinya.

            “Tentu Tok wan tercari-cari abang.  Balik lah, kesian kat tok wan.”pujuk Nyla.

            “Kesian kat tok wan.  Kat suami awak ni tak kesian.”tukas Tommy dengan wajah cemberut.  Nyla ketawa perlahan, buruk juga bila lihat lelaki merajuk.

            “Tentulah Nyla kesian.  Tapi tok wan tentu tengah risaukan abang.”

           “Apa susah, abang telefon tok wan sekarang.”laju saja tangan Tommy mendail nombor telefon rumah.  Tak lama kemudian, panggilannya dijawab.

            “Assalamualaikum Tok wan.”
 
           “Waalaikumsalam Aiden,  bila nak balik?  Dah nak dekat pukul 11, banyak lagi ke kerja kat pejabat?”  tu dia, bertalu-talu pertanyaan Toh Puan Aini sebaik menjawab salam cucunya.  Tommy ditalian tertawa kecil.

            “Apalah tok wan.  Banyak betul soalan.  Aiden baik-baik aje, tak pergi ofis pun hari ni.”jawab Tommy nada riang.  Toh Puan Aini termenung, tidak tahu apa yang terjadi kepada cucunya ini.  Dari cara percakapan pun sudah bertukar ceria.

            “Aiden kat mana ni? ceria aje suara tok wan dengar.”

            “Aiden kat rumah..”belum sempat Tommy meneruskan kata, Nyla menekup mulut suaminya.  Bahasa isyarat diberikan agar lelaki itu tidak mendedahkan dimana keberadaan dirinya.  Mengerti dengan isyarat itu, Tommy segera menukar perbualan.

            “Maaf tok wan, Aiden kat rumah kawan sekejap. Ada hal sikit, isteri dia dah bersalin.  Aiden tolong tengok-tengokkan rumah dan anak dia sementara tunggu ahli keluarga dia datang.”bohong Tommy.  Terpaksa, demi keselamatan anak dan isterinya walaupun dengan tok wan.

            “Oh..begitu, tok wan ingat apalah tadi.  Seronok tengok orang dapat anak, awak tu bila lagi.”pertanyaan tok wan mengundang tawa dalam hati Tommy.  “Aiden dah ada anak pun, umur dia 4 tahun.  Amanda nama dia, comel dan cantik macam mummy dia.”luah Aiden dalam hati, tak berani cakap takut orang kat sebelah marah.

            “Nanti lah tok wan, suatu hari nanti Aiden akan tunaikan impian tok wan.  Buat masa ini Aiden harap tok wan sabar.  Insyaallah, hari itu akan tiba juga.”tommy terdengar keluhan halus ditalian.  Tentu tok wan kecewa.

            “Kalau macam tu tok wan doakan yang terbaik buat kamu.  Jangan lupa kirim salam tok wan pada kawan kamu tu.  Kata tok wan ucapkan tahniah.”

            “Insyaallah tok wan.  Aiden akan sampaikan.  Err.. tok wan, mungkin Aiden tak balik malam ni.”
            “Kenapa pulak.”

            “Aiden ingat nak tidur kat sini..ouch!”sempat Nyla mencubit perut suaminya.

          “Okay, jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.”selesai menjawab salam Aiden mematikan talian.
 
            “Kenapa sayang cubit abang.”

            “Gatal, mana boleh tidur sini.”

            “Suka hati abang lah”

            “Oo..suka hati.  Kalau macam tu, encik Thomas Aiden Anderson sila tidur dibilik tamu.  Ini bilik Nyla”

            “Tak nak lah, abang nak tidur kat sini.  Bilik sayang.”protes Tommy, sengaja dibaringkan tubuh diatas katil kepunyaan Nyla.

            “Abang..bangunlah.  Nanti apa kata papa dan mama.”

            “Dia orang tak kata apa.  Percayalah..”

            “Abang sengaja kan.”

            “Sengaja apa.”

            “Ambil kesempatan dalam kesempitan.”

            “Sayang..ini bukan kesempatan dalam kesempitan.  Tapi tangungjawab abang terhadap isteri abang.” Wah, dah macam gaya ustaz pula suami aku ni.

            “Tanggungjawab apa”

            “Tanggungjawab untuk memberikan kasih sayang dan cinta seorang suami terhadap isterinya.  Abang rindukan sayang”lantas dengan sekali sambar tubuh Nyla sudah berada dalam pelukan suaminya.  Pipi mulus Nyla dikucup lembut, Tommy menzahirkan rasa kasih yang telah lama disimpan buat isterinya.  Nyla tidak menolak, malah dibalas pelukan itu.  Dia juga merindui suaminya. 

            “Jangan tinggalkan abang lagi yea.”

            “Tak akan, insyaallah.  Kali ini tiada apa yang boleh memisahkan Nyla dengan abang.  Hanya maut sahaja..”bila sahaja Nyla mengunkap kata-kata itu, Tommy jadi sebak.  Sesungguhnya dia tidak mahu berpisah lagi dengan isterinya. Dan pada saaat itu, bermulalah  kisah baru antara mereka berdua setelah hampir 5 tahun terpisah. 

            Sesungguhnya tiada apa yang menggembirakan Tommy selain dari kehadiran Nyla semula dalam hidupnya.  Dia amat bersyukur, doanya termakbul sudah.  Saban hari itulah inilah doa yang dipohonnya.  Doa agar dia dan isterinya bersatu kembali.  Tapi kali ini doanya diberkati dengan kehadiran si comel Nur Amanda Anderson.  Anak yang tidak pernah dia ketahui kini sudah ada disampingnya.  Allah itu Maha Adil, doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan.  Lepas ni pasti tok wan gembira setelah melihat keluarganya bersatu kembali.



            “Aiden tidur sini ke?”pertanyaan Tan Sri Aiyuddin mengundang tawa dihati isterinya.

            “Habis tu kenapa, tak boleh.”

            “Abang tak kata pun, tapi abang risau.”

            “Risau?”

        “Risau kalau Nyla terpaksa kembali ke rumah sana semula.  Abang takut Vince akan apa-apakan mereka dua beranak.”
        
       “Insyaallah, tak ada apa-apa yang akan terjadi kepada mereka.  Su percaya Aiden dah matang untuk menjaga dan melindungi keluarga dia.  Kali ini Su pasti, nasib Nyla dan Amanda akan terbela.”

            “Abang pun harap begitu, semoga mereka bertiga dapat mengharungi semua ini dengan selamat.”

            “Doakan mereka bang.  Abang tak nak masuk tidur?”

            “Nak, cucu kita mana?”

            “Dah lama tidur.  Aiden yang tidurkan dia sebelum masuk bilik Nyla.”

            “Eh, Aiden ada bawa baju spare ke?”kali ini pertanyaan Tan Sri Suzanne mengundang tawa isterinya.

            “Tentulah tak ada.  Su bagi baju abang.  Entah muat ke idak.”ketawa Tan Sri Aiyuddin meledak dengan kata-kata isterinya.  Malam itu bermula sejarah baru dalam keluarga Tan Sri Aiyuddin, pertama kali menerima kedatangan menantu sulongnya dirumah itu.  Hatinya gembira dengan perkembangan terbaru ini.  Sudah lama dia mengimpikan saat-saat ini.  Akhirnya Allah telah memakbulkan doa-doanya.

~Bersambung~

Tuesday 18 November 2014

My Girl - Bab 26



BAB 26
           
           Vince begang, dicampak gambar-gambar itu bertaburan dilantai.  Hatinya sakit apabila mendapat tahu Nyla berada disini.  

            “Bos nak kami buat apa dengan dia?”soal salah seorang konconya yang bernama Daim.  Vince merengus, masih marah dengan berita yang baru diterimanya.

            “Kita tunggu dulu.  Aku masih belum fikir lagi. Kau pasti memang ini dia perempuan itu.”soal Vince masih tidak puashati dengan gambar yang dilihatnya.  Ini kerana wanita dalam gambar itu bertudung, sedangkan Nyla tidak.

            Confirm bos,  memang dialah perempuan tu.  Lagipun dulu dia tak bertudung, sekarang dah bertudung sebab itu bos tak cam kot.”balas Daim cuba menyakinkan Vince tentang Nyla.

            “Aku tak mahu korang tersilap orang.”tekan Vince lagi, dia tak pasti itu Nyla kerana disisi wanita itu ada seorang yang amat dia kenali.  Puan Sri Suzanne, isteri kepada Tan Sri Aiyuddin.  Masakan Nyla ada hubungan dengan wanita itu.  Mustahil!

            “Kalau bos tak percaya, tunggu kami kumpulkan bukti lagi.  Lepas itu bos boleh buat keputusan.”celah seorang lagi konco Vince yang lain.  Vince memandang tepat kea rah konco-konconya, cuba mencari kebenaran disitu.

            “Okay, aku nak korang cari bukti lagi.  Aku tak mahu tersilap orang, susah kita nanti.  Perkara yang dulu pun masih tak settle lagi.”Vince mengingatkan konco-konconya tentang perkara yang lalu.

            “Beres bos, kali ini kami tak akan tersilap lagi.  Percayalah.”ujar Daim seolah –olah menberi jaminan akan kata-katanya.  Dia tahu Vince susah hati kerana perkara yang lepas.

            “Bos, perkara dulu memang silap kami.  Tapi sehingga kini pihak polis masih tidak dapat membuktikan siapa pesalahnya.  Jadi bos jangan risau, kita kan professional. Kali ini perempuan itu tak akan terlepas dari kita lagi.  Masa itu, bos pasti tenang.”kata-kata konconya ini membuatkan Vince terfikir akan kebenarannya juga.

            “Baiklah, korang pergi dulu.  Aku nak keluar, ada hal sikit.”akhirnya Vince mengalah.  Konco-konconya tersenyum lebar, bosnya percaya akan kebolehan mereka.

            “Bos”

            “Apa lagi?”

            “Duit bos.”

            “Eh, kan aku baru bagi 2 hari lepas.”

         “Itu dua hari lepas, sekarang dah kering.  Bolehlah bos.”pujuk Daim pula bersama senyum bermakna.  Vince mengeluarkan buku cek dari laci lantas menulis sejumlah wang untuk konconya itu.

            “Nah, ambik ni.”Vince menghulurkan sekeping cek kepada Daim

            “Mana cukup bos”kata Daim lau disokong yang lain pula.

            “RM10 ribu tak cukup.  Habis tu, korang nak berapa?”soal Vince pula

            “Dua puluh lah bos, baru cukup.  Lagipun dah lama kami tak pergi Genting.”

          “Cukup lah tu.  Yang korang sibuk nak pergi berjudi kat Genting tu buat apa.  Setakat pergi karaoke sudah lah.”balas Vince lagi.  Malas dia hendak melayani karenah konco-konconya itu. 

            “Okaylah bos, sepuluh pun sepuluh lah.  Kau ni Daim, baik kita lepak kat karaoke daripada pandang mesin slot.  Kat karaoke ada yang cun-cun, koman-koman boleh bawak balik.”kali ini Rihas pula berbicara. Daim mengangguk setuju, kalau bab ini memang favourite dia pun.  Mereka semua pergi meninggalkan Vince bersama cek bernilai sepuluh ribu ditangan. 

            Vince terduduk dikerusinya, gambar-gambar yang bertaburan dilantai dibiarkan sahaja.  Dalam hati dia masih tidak percaya itu Nyla kerana wajah itu agak berlainan.  Nyla yang dulu tidaklah secantik sekarang.  “Takkan Nyla buat pembedahan plastic kot, mana perempuan itu dapat duit.  Sedangkan dia keluar rumah dulu pun tanpa beg pakaian.”  Vince masih lagi berteka-teki dalam fikirannya.  Lantas dia bangkit mengambil salah satu gambar dilantai.

            “Kalau betul kau ini Nyla, sumpah! akan aku rampas kau dari Tommy.  Biar dia berputih mata.  Aku akan ambil apa yang dimilikinya, walapun secara kasar.”itu janji Vince kepada dirinya.  Matanya tidak lepas dari memandang ke arah gambar Nyla.  Vince membuka komputer ribanya, lantas digoogle mencari tentang Tan Sri Aiyuddin.  Dia ingin tahu siapa dan apa hubungan mereka berdua.  Dalam perncarian itu, Vince kelihatan hampa.  Tiada satupun yang mengaitkan Nyla dengan lelaki itu.  Kini dia hanya perlu menunggu maklumat dari konconya saja.  Nampaknya terpaksalah dia aturkan sendiri pertemuannya dengan Tan Sri Aiyuddin jika dia ingin tahu perkara ini dengan segera.  Tapi bagaimana? Itu akan dia fikirkan.  Sedang Vince sibuk mencari maklumat, tiba-tiba terpacul wajah si seksi dipintu pejabatnya.

            “Hai handsome, dare to join me lunch?”si kucing parsi Donna datang menghampiri Vince dengan lengguk manjanya.  Vince hanya pandang sepi, dalam hatinya tak ada mood hendak bermanja-manja. 

            Not today Donna, I’m quiet busy.”tolak Vince.  Tangan Donna yang merayap didadanya ditolak kasar.  Donna merenggus, marah bila diperlakukan begitu.

            You ni kenapa, datang bulan ke?”Vince memang tepat wajah Donna, marah bila rasa dirinya dipermainkan.

            Just leave me alone.”lantas Vince keluar meninggalkan Donna yang masih termangu-mangu disitu.  Donna bengang, hendak dihamburkan kata-kata kesat.  Namun terbantut apabila matanya menangkap beberapa keping gambar bertaburan dilantai.  Lalu dikutipnya satu-pesatu.

            Who is this bitch?”dalam hatinya sudah membara, pasti disebabkan perempuan ini Vince berubah laku.  Tapi siapa perempuan ini? Hatinya tertanya-tanya.

~Bersambung~

Wednesday 5 November 2014

My Girl - Bab 25



Bab 25


          Keesokkan harinya, tanpa berlengah lagi Tommy terus memecut keretanya menuju ke rumah Tan Sri Aiyuddin.  Dia inginkan kepastian, benarkah itu gambar isterinya.  Adakah Nur Amanda Anderson anaknya.  Semua persoalan itu berlegar-legar dikepalanya. 
            
             Sampai dirumah Puan Sri Suzanne, Tommy tergesa-gesa keluar dari keretanya. Dia terdengar suara riuh Amanda sedang memanggil seseorang.
             
             “Mummy,mummy.”berlari-lari si kecil mendapatkan Nyla.  Nyla yang sedang duduk berehat di laman rumah berlari mendapatkan anak kesayangannya itu.
             
             “Sayang mummy dah bangun?”soal Nyla lantas memeluk tubuh kecil itu tanpa menyedari ada tetamu yang tidak diundang berdiri dibelakangnya.

            Mummy..it’s daddy”jerit si kecil sambil menunjuk ke arah belakang tubuh Nyla. Tersentak dada Nyla ketika terdengar suara yang amat dia kenali menyapa. 

            “Nyla..”  

            Ah, sudah lama dia tidak mendengar suara itu memanggil namanya.  Terasa rindunya terhadap lelaki itu mebuak-buak.  Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, ingin melihat sama ada benar atau tidak lelaki itu yang menegurnya.  Saat matanya terpandang seraut wajah itu, Nyla terkedu. 

            “Abang?”tanpa membuang masa, Tommy lantas menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.  Amanda yang berada dalam dukungan Nyla turut sama berada diantara mereka berdua.

            “Abang rindukan sayang..”dikucup wajah Nyla bertalu-talu tanpa rasa segan.  Sudah lama dia ingin berbuat sebegitu.    Amanda dalam dukungan kebingungan, dia terus menolak Tommy agar menjauh.   

            “Daddy, it’s hurt.”sebaik terdengar suara halus itu, Tommy cepat-cepat merenggangkan pelukan.

            “Sorry dear, daddy so happy sampai lupa Amanda.”akui Tommy sambil tersenyum lebar.  Nyla pula sedaya upaya menyembunyikan wajahnya yang kian memerah akibat dicium suaminya. Puan Sri Suzanne pula terkejut saat melihat kehadiran Tommy disitu, dia juga turut mengalirkan airmatanya.  Airmata kegembiraan melihat anak tirinya bersatu semula dengan suaminya.

            Tommy mengambil Amanda dalam dukungan isterinya lantas dikucup sampai anak itu merengek, “Daddy..”pecah tawa Tommy melihat kelucuan anaknya itu.  Diletakkan semula Amanda ke bawah.  Matanya masih tidak putus melihat wajah si isteri yang amat dirindui.  Sekali lagi ditarik Nyla kedalam pelukannya.

            “Abangg..”Nyla cuba meleraikan pelukan, malu apabila diperlakukan sebegitu dihadapan anak dan ibunya walaupun dalam hati sudah berbunga-bunga.

            “Kenapa? Abang ada buat salah ke?”soal Tommy masih lagi tidak mahu melepaskan pelukan.  Rontaan Nyla dibiarkan sahaja.

            “Tuh..”dimuncungkan mulutnya.  Mengerti dengan isyarat yang diberikan, pelukan terlerai.  Tapi tangannya masih setia mengenggam tangan Nyla, takut lari lagi.

            Sorry aunty, Aiden tak sengaja.”pohon Tommy bersama sengihan.  Gembira dihati sudah tidak terkata sehingga terlupa dimana dia berada sekarang.  Puan Sri Suzanne tersenyum.

            “Mama faham.  Aiden tentu rindukan Nyla.  Maafkan mama.”sepatah ucapan maaf terbit dari bibir itu membuatkan Tommy kehairanan.

            “Mama?”melihat anggukkan Puan Sri Suzanne buatkan Tommy terpanar.

            “Apa maksud aunty? Aiden tak faham.”soal Tommy bersama kerutan didahi.

            “Nanti Nyla ceritakan.  Sekarang abang duduk dulu, Nyla ambil minuman buat abang.”ujar Nyla, pegangan tangan mereka terlerai.  Amanda disebelah direnung penuh tanda tanya.

            Aunty, betul ke Amanda ni anak Aiden”soal Tommy sebaik sahaja batang tubuh Nyla menghilang menuju ke dapur.

            “Betul lah, anak Nyla dah tentulah anak Aiden juga.”seloroh Puan Sri Suzanne .

         “Anak Nyla?”pertanyaan Tommy mengundang tawa dihati Puan Sri Suzanne.  Tentu menantunya keliru dengan keadaan sekarang.  Nyla pun satu, bukannya nak diceritakan kepada suaminya malah bertindak melarikan diri pula.
    
        “Yelah anak Nyla, kalau tak anak siapa lagi.”jawapan dari Puan Sri Suzanne buat Tommy tidak senang duduk.  Sejak bila isterinya mengandung, sedangkan semasa meninggalkan rumah mereka Nyla tidak pernah menceritakan tentang kehamilannya. 
           
            “Bila masa Nyla mengandung?”Puan Sri Suzanne tertawa lagi, polos betul menantunya ini.
     
       “Itu Aiden kena tanya Nyla.  Mama rasa dia perlu berterus-terang dengan Aiden.  Mama nak masuk dulu, dah letih.  Aiden jangan kemana-mana, masih banyak lagi yang Aiden perlu tahu.”Puan Sri Suzanne meminta diri.  Dia tak perlu campur tangan, biarlah Nyla sendiri yang menceritakan kepada Tommy tentang semua ini.  Dia pun keletihan seharian berjalan-jalan dengan cucunya.
     
       “Baiklah aunty.”
     
       “Bukan aunty,  tapi mama.”Puan Sri membetulkan ayat Tommy. 
     
       “Maaf mama, Aiden tak sengaja.  Lagipun semua yang berlaku terlalu cepat sehingga Aiden sendiri kebingungan.”tutur Tommy jujur.
    
        “Mama mengerti.  Lama-lama nanti Aiden biasalah.  Mama masuk dulu yea.”sempat lagi Puan Sri Suzanne menepuk lembut bahu menantunya.
     
       Daddy..”
     
       “Yes dear”
     
       “Are you really my daddy.”soal Amanda lagi.
    
        Yes sayang, memang inilah daddy sayang.”dipeluk tubuh kecil itu erat.  Nyla yang baru keluar dari dapur terpaku melihat kedua beranak itu berpelukan. “Kasihan anakku, setelah hampir 5 tahun baru dapat bertemu dengan ayah kandungnya.”
    
        “Abang..jemput minum.”pelawa Nyla saat melabuhkan duduk disofa.  Pelukan terlerai, dibawa Amanda dalam dukungan lantas didudukkan diatas ribanya.
    
        “Amanda nak minum?”disua gelas berisi jus oren ke mulut si kecil.  Amanda meneguk minuman sambil diperhatikan Nyla.
    
        “Sayang..naik atas. Daddy ada hal nak bincang dengan mummy.  Boleh kan?”Amanda mengangguk, lantas melangkah menuju ke biliknya.  Nyla kaku, tidak tahu apa yang harus dilakukannya.  Tentu suaminya perlukan penjelasan tentang semua ini.  Hatinya mula tidak keruan.
     
       “Sampai bila Nyla nak sembunyikan semua ini dari abang? Apa salah abang?’Nyla telan liur, pertanyaan demi pertanyaan dari Tommy membuatkan dirinya tersepit.  Perlukah dia berterus –terang?
     
       “Maafkan Nyla..”
    
        “Maaf? Itu saja yang sayang nak katakan.”sinis Tommy bersama keluhan dibibir.  Nyla tunduk memandang lantai, tidak terdaya melihat wajah suaminya itu.  Rasa bersalah menghantui dirinya.
     
       “Sayang..”Tommy menarik tangan Nyla, lantas digengam erat.  Nyla masih tunduk membisu.
     
       “Abang dah lama maafkan sayang,  dan abang tak pernah salahkan sayang.  Apa yang berlaku ada hikmahnya.  Sekurang-kurangnya, Allah dah makbulkan doa-doa abang.”ujar Tommy lantas menarik semula Nyla kedalam pelukannya.
    
        “Abang harap sayang jangan tinggalkan abang lagi.  Abang dah tak sanggup nak hidup sendirian tanpa kehadiran sayang disisi.  Abang pohon sangat, sayang jangan buat macam tu lagi”pinta Tommy sayu.  Nyla mendonggak, cuba mencari raut wajah suaminya itu.
    
        “Nyla janji, tapi dengan satu syarat.”pelukan terlerai, Tommy kehairanan.  Permintaan isterinya mengundang sangsi dihatinya.
     
       “Syarat?”anggukkan kepala Nyla menambahkan lagi kesangsian dihati Tommy.
    
        “Abang kena rahsiakan tentang pertemuan kita.”belum sempat Nyla menyudahkan kata, Tommy menyampuk pula.
   
        “Kenapa nak rahsiakan pula? apa tak faham?”Nyla mengapai tangan  suaminya, mahu menenangkan lelaki itu.  Dia tahu suaminya itu cepat melenting jika ada sesuatu yang dirahsiakan daripadanya.
     
       “Abang tenang, dengar dulu apa yang Nyla nak cakapkan.  Nyla tak mahu abang tergesa-gesa dalam mengambil sebarang tindakan.  Apa yang Nyla nak ceritakan pada abang ada sebab dan mengapa Nyla buat begitu.”
     
       “Apa sebabnya?”soal Tommy tanpa menyedari nada suaranya mula tegang.  Nyla tersenyum manis, cuba meredakan keresahan didada suaminya.
     
       “Abang nak minum?”sengaja Nyla bertanyakan soalan itu.  Tommy menggeleng tidak mahu.
    
        “Abang..”Nyla melunakkan suaranya, tidak mahu suaminya itu diburu keresahan yang panjang.  Dia perlu menceritakan semuanya sebelum terjadi perkara yang lain pula.  Tapi Nyla perlu berhati-hati dalam setiap percakapannya itu nanti.  Doa tidak mahu suaminya pula bertelingkahan dengan abangnya Vince kerana onar lelaki itu terhadapnya.
     
       “Apa yang Nyla nak bincangkan adalah mengenai abang Vince.”terus sahaja Tommy bangkit dari sofa.  Dia sudah dapat mengandaikan perkara ini pasti ada kaitan dengan abangnya Vince.
     
       “Kalau pasal abang Vince, tak perlulah sayang risaukan.  Dia sudah tidak lagi tinggal bersama abang dan juga Tok Wan.  Sejak sayang tinggalkan rumah dulu, dia telah dihalau oleh Tok Wan disebabkan perbuatannya sendiri.”terang Tommy.  Nyla terkejut, tidak sangka perkara itu berlaku.  Adakah suaminya mahupun Tok Wan sudah tahu onar yang telah dilakukan oleh Vince terhadap dirinya.  Mustahil, ketika kejadian itu berlaku hanya aku dan abang Vince sahaja yang ada dirumah.
    
        “Apa yang abang cakapkan ni, Nyla tak mengerti.”Tommy meraih kedua tangan isterinya, lantas dibawa kebibir lalu dikucupnya syahdu.
     
       “Dah lama abang simpan rasa bersalah ini.  Akhirnya dapat juga abang luahkan pada sayang hari ini.  Abang minta maaf diatas apa yang telah abang Vince lakukan pada sayang dulu.  Abang tak sangka dia sanggup berbuat begitu.”sendu nada Tommy memohon keampunan pada isterinya.  Nyla terkedu.
     
       “Aaa..pa yang abang cakapkan ni?  Nyla…”
     
       “Sayang tak perlu tahu.  Cukup kalau abang katakan bahawa abang yang patut dipersalahkan.  Disebabkan kedegilan abang yang mahu terus menerima sayang membuatkan abang Vince marah.  Tentu sayang masih ingat lagi tentang surat perjanjian dulu, disebabkan abang melanggarinya abang Vince berang.  Dia mahu abang tinggalkan sayang.  Dia kata sayang tak layak buat abang sedangkan dia tahu abang sudah mula jatuh cinta pada sayang sejak dari dulu lagi.  Dan disebabkan itu, abang Vince membuat onar supaya sayang tinggalkan abang.  Maafkan abang, abang yang berdosa pada sayang dan anak kita.”rayu Tommy lagi bersama linangan airmata.  Nyla tidak terkata, hatinya sedih mendengar rintihan suaminya itu.

~Bersambung~
P/S: Sorry kalu tidak menepati citarasa semua. Kekurangan idea ditambah pula nak hujung tahun banyak kerja yg nak diselesaikan.  Harap maklum.