Prolog
Are you
sure? Aku sudah mula cuak,
Fareez nih bukannya boleh buat main-main. Kalau betul –betul dia buat, memang
kes berat nih. Tak pernah dibuat orang,
aku tahulah dia mampu. Tapi mana aku nak letak muka ni kalau betul-betul si
Fareez berkeras juga.
Sayang, benda ni once in a lifetime. Kenalah buat
betul-betul, boleh kita tunjukkan kepada anak-anak kita nanti macam mana Papa
dan Mama mereka bertemu jodoh.
Tak nak lah Fareez, malu nanti. Kita buat macam biasa
aje, saya lagi setuju. Aku
cuba berkrompomi dengannya. Akhirmya
perbualan kami terhenti setelah kami sampai ke destinasi yang hendak kami
tujui.
Namun
dalam fikiran Fareez sudah terbayang keindahan dan kemeriahan yang bakal
berlaku. Takpe sayang, saya pasti akan buat.
Tunggu aje nanti…
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 1
Wajahku
sudah memerah, terasa ingin menampar si pencabul ini. Tanpa amaran, aku terus menyiku pencabul itu.
Adoi, kedengaran jeritan dari seseorang.
Aku
buat muka selamba, muka orang tidak bersalah. Kebetulan destinasi aku telah
sampai, terus aku keluar tanpa menoleh lagi.
Apa yang terjadi selepas itu aku tidak mahu ambil peduli.
LRT
meluncur meninggalkan aku yang masih berjalan diantara puluhan manusia. Lega rasanya dapat membalas perbuatan si
pencabul itu tadi. Namun dalam hati aku
masih tidak tahu apakah tindakan yang kau lakukan itu tadi betul ataupun tidak.
Buatnya aku salah menyiku orang lain, mahu tak aku malu setahun.
Tiba-tiba
aku dengar seseorang sedang memanggilku dari jauh.
Eh awak, jangan nak lari.
Aku toleh kebelakang untuk melihat siapa
gerangan. Alamak, sape pulak nih.
Aku terus memandang raut wajah itu, macam sedang
menahan kesakitan aje. Jangan-jangan..
aku dah salah menyiku orang lain kot. Takkan lah, sape suruh dia cabul aku
dulu.
Awak ni
pekak ke, atau sengaja buat-buat pekak.
Awak
panggil saya ke? aku
masih lagi buat muka blur.
Yelah,
sape lagi. Mari sini. Dia
terus menarikku ke suatu sudut, mengelakkan kami berdua daripada menghalang
perjalanan orang lain.
Awak
nak apa? Saya dah lambat ni.
Saya
nak tanya sikit. Kenapa awak siku perut
saya?
Bila
masa? aku masih lagi hendak
berdalih.
Jangan
nak bohong, sebelum keluar dari pintu LRT tadi awak siku perut saya. Apa salah
saya?
Sape
suruh awak gatal tangan raba punggung saya.
Bila
masa?
Tadi
dalam LRT, sesedap rasa awak raba punggung saya pastu nak buat muka bodoh plak.
Saya
rasa awak silap orang lah,
Bukan
ke awak yang berada dibelakang saya sepanjang perjalanan tadi.
Nope,
bukan saya. Awak salah orang.
Habis
tu sape?
Mana saya tahu, maybe mamat bangla tadi kot. Sebab
saya nampak dia beralih ke belakang lepas nak sampai stesen tadi.
Ye ke? maaf ye awak.
Saya geram sangat, sebab start dari stesen Bandar Tun Razak samapai sini
tangan dia tak henti-henti mengatal.
Oh gitu, next time awak tengok dulu sebelum berbuat
sesuatu. Sakit tau, tak pasal-pasal senak perut saya ni.
Maaflah awak, saya betul-betul tak sengaja. Saya pergi dulu ya, dah lambat. Aku terus meninggalkan lelaki itu tanpa menghiraukan
panggilan darinya.
Dalam
hati menyumpah berbakul-bakul kerana menjadi mangsa cabul, tapi nak tergelak
juga sebab salah pukul orang yang tidak berdosa pulak. Macam-macamlah aku ni.
Pagi
itu memang serba tidak kena, sampai ofis pun lambat gara-gara terlepas
bas. Ketika aku berlari menuju ke lif,
sekali lagi aku terlanggar seseorang.
Maaf ye, saya tak sengaja. Tuturku tanpa melihat wajah orang yang aku langgar
tadi.
It’s okay, lagipun pagi tadi pun saya sudah kena.
Aik, macam kenal aje suara orang ni. Perlahan-lahan
aku angkat wajah cuba melihat siapa gerangan orang itu. Alangkah terkejut aku melihat lelaki tadi
berada dihadapanku. Mampus, kenapalah aku mesti bertemu lagi dengan lelaki ini. Masuk hari
saja sudah dua kali. Malang betul
nasibku…
Encik, saya betul-betul minta maaf. Ujarku kepadanya.
Takpe, saya okay. Jom masuk lif nanti awak lambat
masuk ofis.
Aku
hanya mengikut langkah lelaki itu memasukki lif yang terbuka. Aku tekan tingkat 11 manakala aku lihat
lelaki itu menekan tingkat PH.
PH, bukan ke itu ofis CEO syarikat. Lantaklah, buat apa aku nak ambil tahu.
Sepanjang
dalam lif, baik aku mahupun lelaki itu tiada sepatah perkataan yang keluar dari
mulut kami berdua. Akhirnya sampai di
tingkat 11 aku keluar tanpa pamitan.
Fareez
memandang gadis itu keluar dari lif, dalam hati sudah mahu tergelak melihat
wajah kelat gadis itu. Senyumannya tidak
lekang sampai ke Penthouse, hari ini dia rasa amat lucu sekali. Lif sampai Penthouse, terus Fareez meloloskan
diri menuju ke pejabat Daddynya.
Morning Kak Zai, papa ada kat dalam?
Morning Encik Fareez, Tan Sri ada discussion kat bilik
mesyuarat. Dia suruh Encik tunggu kat dalam biliknya dulu.
Okay, thank you.
Fareez
berlalu menuju ke arah bilik yang dimaksudkan oleh Zaidatul setiausaha papanya. Zaidatul pula tidak habis-habis merenung wajah
kacak Fareez. Kacak juga anak Tan Sri nih, untunglah sape yang jadi
girlfriend dia.
Damm… terkejut
Zaidatul apabila seseorang mengetuk kuat mejanya.
Kak Zai, termenung jauh nampak.
Kau nih kan Fareeza, buat terkejutkan akak aje. Kau nak apa?
Mak aih, garangnya.
Nih dokumen yang Tan Sri minta semalam. Saya dah siapkan report yang dia
nak. Inform Tan Sri yang Encik Mukhriz
dah check semua detail dalam ni.
Anything minta Tan Sri rujuk dengan dia.
Ada masalah sikit, nanti ada masa saya ceritakan kat
akak. Ujarku agak berbisik,
tak mahu orang lain dengar butir bicaraku dengannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah hari itu aku didesak oleh Fariha untuk menceritakan kejadian pagi tadi.
Fareeza, cepatlah bagitau aku kenapa ko lambat pagi
tadi. Aku pun
menceritakan kejadian yang berlaku dari A to Z.
Farisha kusyuk mendengarnya sampai tidak sedar matanya membuntang.
Kau biar betul beb, takkan ko tak tengok dulu sebelum
bertindak.
Aku mana tahu, lagipun aku malu sangat bila orang tuh
raba punggung aku. Nanti kalu aku
pandang wajah si cabul tu, lain pulak ceritanya.
Sebab itu ko terus siku perut orang tu tanpa usul
periksa.
Ya, kebetulan pulak destinasi aku dah sampai. Terus
aku keluar.
Sapelah mamat yang malang tuh ye, hensem tak?
Kau ni, malas aku nak cerita. Jom kita balik ofis, dah nak pukul 2 pun.
Sampai
ofis aku dan Farisha memulakan tugas yang tertangguh. Lama juga aku tekun membuat kerja sampai tak
sedar jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.
Satu hari ini aku rasakan otakku sudah banyak berfikir, tak tertanggung beban kerja yang
banyak. Untuk mengelakkan dari terjadi
kejadian seperti pagi tadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi
pulang terus ke rumah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 2
Sampai
rumah aku naik tingkat atas menuju ke bilik.
Aku tidak sedar ada mata yang memandangku tanpa suara.
Mama ni, buat Eza terkejut ajelah.
Mama tanya sikit pun dah terkejut.
Tak delah, tiba-tiba aje terjah mana tak terkejut
Eza. Aku
mengambil air segelas lalu duduk di meja makan.
Puan Hanna hanya tersenyum melihat gelagat anak gadisnya itu. Lalu dia turut sama melabuhkan punggungnya
disini Fareeza.
Tak pelah mama, Eza boleh buat sendiri. Mama
rehatlah.
Eza
membuka tudung saji dan turut mengambil pinggan nasi. Belum pun sempat menyuap nasi ke mulut, Eza
dihujani pertanyaan dari mamanya.
Anak mama nih bila nak kahwin? Tersedak
Eza, cepat-cepat mamanya menghulurkan air.
Eza meneguk rakus air itu, pertanyaan mamanya membuat dirinya tergamam
seketika.
Maafkan mama, lain kali mama tak buat lagi. Sayang
okay tak?
Aku
sengaja hendak mendera perasaan mama, so aku buat-buat lah muka kesian. Tapi tak sampai hati pula bila melihat raut
wajah mama yang agak risau akan keadaanku.
Tanpa aku sedari, airmata mama menitis laju. Ah sudah, mama aku ni
memang cepat ‘touching’, lebih-lebih lagi kalu melibatkan aku. Perlahan-lahan aku hampiri mama, aku peluknya
dengan penuh kasih dan sayang.
Mama, Eza okay. Saja nak tengok sama ada mama sayang
ke tak kat anak mama ni. Erat
pelukan mama menbuatkan aku bertambah risau. Kenapa malam ini mama agak berlainan
sekali. Mungkinkah mama rindu pada arwah papa. Perlahan-lahan aku leraikan
pelukan, aku memandang wajah sayu mama.
Aku kasihan melihat mama, sebolah-bolehnya aku cuba untuk membahagiakan
dirinya. Tapi aku tidak mampu, salah aku kah?
Sayang, mama okay.
Cuma mama takut tak sempat nak tengok Eza naik pelamin.
Mama
nih, sempat lagi dia buat lawak. Mama jangan risau, insyaallah kalau jodoh tak kemana.
Eza yakin mama sempat melihat anak kesayangan mama nih bertemu jodoh.
Silap-silap sempat timang cucu lagi. Aku cuba berlawak, sengaja mencuit hati mama. Lega aku lihat mama tersenyum kepadaku.
Dah..dah, Eza sambung makan. Mama nak naik solat
magrib. Mama memberi ciuman didahiku sebelum berlalu
meninggalkanku sendirian di dapur.
Mataku mengekori langkah mama sehingga hilang dibalik ruangan
dapur. Aku meneruskan suapanku, dalam
hati masih memikirkan kata-kata mama tadi.
Dimana dan dengan siapa akan aku temui jodoh, hanya Allah yang akan
tentukan. Cepat atau lambat, bergantung
denganNya jua.
Tiba-tiba,
tetingkap chat menyala.. Mr Winter Sonata memyapa ditalian.
+ Hai,
thanks sbb sudi approve saya.
+ No hal,
by d way. Who r u?+ for this moment, I nak u kenali I as Mr Winter Sonata, a guy and still bachelor.
Yek, tak nak bagitahu takpe. Aku pun tak kebulur nak tahu sape ko.
+ tak
tanya pun. L
+ aik,
bukan ke u tanya td. So I jawab lar… J+ suka hati sy lar nak kata apa :-p
+ Dear, don’t judge the book by looking it cover k
+ bila masa u jadi buku ??
+ u r so funny. I like it J
+ sy x buat lawak pun u cakap funny. pelik???
+hehheeeee J J
+confirm u nih mental kan? :-p
+I mental sbb u lar..
+don’t be
+nak buat mcm mana, dah terlajak pon
+suka hati awak lah
+Dear.. dear… u really funny.
+ apa yg funny nyer, malas nak layan u
+ nnt lar dulu. Jgn lah nak merajuk
+sape yg merajuk? X faham.. K
+x faham or sengaja?
+okaylah, need to go. Bye…
Terus
aku ‘log out’ tanpa menunggu jawapan darinya.
Disebelah
sana pula, Fareez sudah tersenyum-senyum.
Apalah minah nih, cepat betul gelabah. Baru aku nak ayat dah lari. Takpe tunggu ya Ms Sakura, akan aku jejaki
siapa gerangan dirimu. Fareez sudah lama
mengusar nickname ini. Walaupun dalam FB
Ms Sakura meletakan gambar bunga sakura
sebagai wallphoto, dalam hatinya sudah termimpi-mimpi wajah tuan empunya
nickname itu.
Fareez
meneruskan kerja yang tergendala, asyik ralit berbalas message dengan Ms Sakura
terlupa yang dia masih belum menyiapkan lakaran
bangunan Epic Trade Zone. Pagi
tadi semasa dia bertemu dengan Daddy dipejabat, dia disuruh melakarkan latar
belakang untuk projek bangunan baru yang akan dibina di Sepang. Epic Trade Zone adalah satu sebuah pusat mall
membeli-belah yang akan dibina untuk menarik ramai pengunjung datang ke kawasan
Sepang. Buat masa ini, laluan ke Sepang
hanya digunakan untuk ke KLIA, tapi kini target daddy adalah untuk menarik
orang ramai untuk datang bertandang ke Sepang. Dalam erti kata, untuk memajukan
kawasan Sepang agar pembangunan dikawasan ini akan menjadi lebih maju dan
pesat.
Fareez
mempunyai syarikat Akitek sendiri yang dikongsi bersama sahabat karibnya
Suffian. Walapun dia boleh bekerja disamping Tan Sri Fakrul iaitu daddynya,
tapi dia lebih suka memilih untuk membina empayar sendiri. Tan Sri Fakrul tidak pernah menghalang
niatnya, malah memberi sokongan yang padu terhadap satu-satunya anak lelaki
kesayangan. Kedua-dua orang kakaknya
telah pun berumahtangga, dan kini menetap bersama keluarga masing-masing. Azmin,
abang iparnya yang sulong dan juga merangkap sepupunya telah dilantik sebagai
penolong kepada Tan Sri Fakrul. Fareez
tidak membantah, malah setuju dengan pelantikan tersebut. Baginya, mereka semua adalah satu keluarga.
Jadi tidak salah pun jika jawatan itu
diberikan kepada Azmin.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------