Thursday, 2 August 2012

Bawalah Pergi Cintaku - Bab 1

Prolog

Hari ini merupakan kali pertama aku menjejak kakiku ke sekolah ini.  Dan hari juga merupakan hari pertama aku akan mulakan sesi persekolahanku disini setelah seminggu berada di kota besar ini. 

Kuala Lumpur merupakan tempat tinggal keduaku setelah aku meninggalkan kampung halamanku setelah kematian kedua-dua orang tuaku akibat kemalangan seminggu yang lalu.  Walaupun masih dalam kesedihan aku tetap tabah demi memenuhi amanat terakhir ayah dan ibuku.  Mereka mahu aku tinggal bersama satu-satunya ibu saudaraku Mak Long yang merupakan kakak kepada ayahku.  Manakala ibuku tidak punya sesiapa kerana beliau adalah seorang mualaf.


Seminggu yang lalu, di Kg Kemumin, Kelantan….

“Dira, Maklong harap kamu tabah menerima ujian dari Allah.”  Ujarnya sambil menggosok belakang badanku.  Aku baru sahaja kehilangan kedua-dua orang paling kau sayang iaitu ayah dan ibuku.  Mereka mengalami kemalangan ketika pulang dari tempat bekerja.  Motosikal yang dipandu oleh ayah yang dibonceng ibuku dilanggar oleh kereta yang datang dari arah bertentangan.  Akibat dari pelanggaran tersebut ibuku tercampak 100 meter dan digilis oleh kereta yang tidak sempat membrek.

Manakala ayah pula mengalami kecederaan parah dikepala, mereka berdua meninggal dunia ditempat kejadian sebelum sempat dibawa ke hospital.


Dan aku ketika itu masih berada dikawasan sekolah bergegas pulang setelah mendapat perkhabaran berita yang dimaklumkan kepada pihak sekolah.  Aku menangis dan menangis tanpa pedulikan keadaan sekelilingku sehinggalah jenazah kedua-dua orang tuaku selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Kemumin.

“Maklong harap Dira selesa tinggal disini.” kata Maklong setelah kami tiba dirumahnya di Pandan Indah.  Paklong pula sedang sibuk mengeluarkan beg-begku dari boot kereta dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Aku tahu Paklong tidak berapa suka jika aku tinggal bersama mereka, namun hanya Maklong satu-satunya ahli keluarga yang ayahku ada, maka secara automatik mereka adalah penjagaku yang sah.  Maklong mempunyai 3 orang anak, yang sulong abang Khairy merupakan pelajar tahun 2 di UM dalam jurusan undang-undang, manakala Khairina pelajar seusia denganku dan yang akhir si bongsu pula berusia 8 tahun iaitu Mohd Khairuddin.

Ketika aku tiba dirumah mereka, hanya ada Khairina dirumah.  Sepupuku ini memang rapat denganku cuma aku agak tidak suka dengan abang khairy kerana sikapnya yang agak baran seperti Papanya.

“Dira, aku minta maaf sebab tak sempat nak ikut mama aku pulang ke kampung hari itu.  Kebetulan aku ada perlawanan bola jaring antara sekolah.” Ujarnya sambil memelukku.  Aku balas pelukannya sambil mengusap belakang badannya. 

“Aku faham, kau jangan risau. Aku kuat menghadap semua ini. Dan aku nak berterima kasih kepada keluarga kau yang sudi menjagaku disini nanti.” Dan sekali lagi kami berpelukan.

“Mari, aku tunjuk bilik yang bakal kau dan aku kongsi bersama-sama nanti.”  Tanganku ditarik menuju tingkat atas.

Dan bermula disaat ini aku Adira Marissa Binti Ahmad Musri akan tabah mengharungi kehidupan ini disamping keluarga baruku ini.  Maklong yang akan menjadi tunggak nadiku dan juga Khairina yang merupakan sepupuku yang akan menjadi sahabat setiaku dalam meniti hari-hariku nanti.

Tanpa aku sedari, masih banyak yang tidak aku ketahui tentang keluarga ini.  Terutama sekali Abang Khairy, renungan matanya terhadapku sedikit sebanyak membuatkan hati ini gusar.


Bab 1

“Kif, aku dengar ada budak baru masuk, kalau tak silap budak tu sepupu kepada Khairina a.k.a awek baru kau tu la.”  Bersungguh-sungguh Putra bercerita kepada Akif tentangnya.

“Correction, dia yang terhegeh-hegeh nak dekat aku but not me okay.”  Jawab Akif sambil mengawang tangannya ke atas tanda tidak setuju dengan kenyataan itu.

“Samalah tu, kau pun boleh dikatakan ‘player’ kat sini. Sebab itu semua awek suka kat kau.”  Ujar Putra yang masih tidak mahu megaku kalah.

“Suka hati akulah Putra, asalkan aku bahagia. Siapa nama dia bro?” soal Akif.

“Adira Marissa Binti Ahmad Musri”

“What a nice name, tentu orangnya cantik kan?” soal Akif semula. 

“Itu aku tak tahu, tapi kau akan tahu juga nanti sebab she’s on the way to here. Look!”  Akif memandang tepat ke arah yang ditunjukkan oleh Putra.

“Not bad.” Kata-kata itu hanya terluah dalam hatinya.  Dan ketika itu jugalah kelibat Dira dan juga Khairina sudah menghampiri mereka berdua.  Khairina yang perasan akan renungan Akif terhadap sepupunya terus menyapa.

 “Hai Akif.”

“Oh hai, Rina. Dah lama sampai” soal Akif.  Khairina yang sememangnya suka dengan Akif tersenyum mendengar sapaan Akif.

“Baru saja, kenalkan ini sepupu Rina. Namanya Adira Marissa.”  Akif menghulurkan tangan ingin bersalaman, tetapi Dira hanya sekadar menundukkan kepala.  Sedar akan huluran salamnya tidak berbalas, Akif menarik kembali tangannya itu.

“Maaf, saya tak bersalaman dengan lelaki bukan mukhrim.” terjawab sudah persoalan dikepala Akif mengapa gadis itu tidak mahu menyambut huluran salamnya. Dia fikir gadis itu sombong, rupanya ala-ala muslimah gitu.  Akif kalih pandang sebelah, kelihatan Putra tidak henti-henti merenung wajah polos Dira.  Hatinya berdetik, selalunya Putra tidak sebegitu. Dia tidak suka dengan kelakuan baru sahabatnya ini.

“Hoi pakcik, sudah-sudahlah tenung sepupu aku ni.” Satu tamparan hinggap dilengan kanan Putra,  terus memantikan lamunannya.  Putra tersengih-sengih, nak cover malulah tu.

 “Okaylah Rina, Akif nak chow dulu. Nak pergi pusat sumber. nanti kita jumpa lagi.”  selesai sahaja berkata-kata, terus Akif menarik tangan Putra pergi meninggalkan Khairina dan Dira.

Putra pula tidak lepas memandang ke arah Dira, dalam hatinya sudah ada taman.  Perasaannya jadi tidak menentu saat terpandang wajah Dira itu tadi.  Tidak pernah dia mengalami perasaan sebegitu terhadap mana-mana gadis.  Dira adalah gadis pertama yang membuatkan hatinya tidak keruan.  “Jatuh cinta kah dia? Aahh, sorry. No women, no cry. “ Bentak hatinya.

Apabila kelibat dua sahabat itu menghilang Disebalik tembok, Kharina menarik tangan Dira menuju ke kantin sekolah.  Dira hanya menurut tanpa sepatah kata.

“Budak lelaki tadi senior kita.  Yang tinggi dan putih melepak tu namanya Muhd Akif Aqil, dia merupakan pelajar elit dan juga merupakan pemain bola sepak bagi sekolah kita.  Yang macam sengal sikit tu nama dia Ariffin Putra juga senior dan juga pelajar elit.  Satu yang membezakan mereka berdua adalah sifat Akif yang lebih ‘outstanding’ manakala Putra lebih kepada ‘low profile’ dan ‘humble’.” Panjang sungguh keterangan mengenai kedua-dua pelajar lelaki tersebut.  Tapi Dira perasan tiap kali Kharina menyebut nama Akif, pasti matanya bercahaya.

“Rina, aku laparlah. Jom kita makan.” Ujarku kepada Rina, sekaligus ingin menutup perbualan tentang kedua-dua lelaki tadi.  Rina yang mengerti, terus mengajakku pergi.

Hampir jam 4 petang baru kami sampai ke rumah.  Hari yang panjang bagiku, tapi hari yang indah bagi Rina kerana dia berpeluang berjumpa dengan kekasih hati. 

“Macam mana hari pertama sekolah, seronok?” soal maklong ketika menyambut kepulangan kami.   

“Bolehlah maklong, masih baru lagi.  Tapi Rina banyak membantu Dira, terima Kasih Rina.” Ujarku kepada Rina.

“Dah, jom kita minum petang sama-sama. Rina, abang Khairy ada kat taman. Ajak dia sekali minum dengan kita.”  Kata maklong lantas membawa dirinya melangkah kedapur.  Aku turut mengikutnya ke arah yang sama. Tahu diri ini hanya menumpang, jadi aku hendaklah pandai-pandai membawa diri.

Sudah seminggu aku berada disini, gembira dengan penerimaan keluarga maklong.  Paklong juga sudah mula berbaik denganku dan juga mula bertegur sapa bertanyakan khabar.  Cuma yang tak boleh nak blah, Abang Khairy yang suka sangat menyakitkan hati aku.  Apa yang keluar dari mulut lelaki itu oastu ayat-ayat sindiran.  Paling kau tak suka dengan renungan matanya kepadaku, sangat tajam dan sinis lagaknya.  Nasib baik abang khairy hanya pulang ke rumah sbebulan sekali, kalau tidak memang mati kutu aku kerana terpaksa mengadap muka cemberut dia tu 24 jam.

“Dira tolong angkat kuih ketayap ni bawa ke depan lepas tu bawa air ini sekali, maklong nak naik atas panggil paklong.” Ujar maklong lantas memanjat tangga menuju ke tingkat atas.

Aku hidangkan kuih ketayap di atas meja dan aku bawa dulang air bersama-sama.  Namun tanpa aku sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikanku.  Tak lain tak bukan tentu kepunyaan abang khairy.  “Lantaklah, selagi dia tak ganggu aku. Dan aku gembira sangat sebab paklong pun dah mula bertegur  sapa.  Jadi takde masalah, small all the pieces.” Bisik hati kecilku.

Ruang makan riuh petang itu, Dengan suara paklong dan maklong yang tak habis-habis berbual dan bergelak ketawa. Si bongsu pula tak habis-habis dengan lawaknya, sungguh mencuit hatiku.  Bila aku kalih pandang ke sebelah kanan bersebelahan Rina, mak aih aku terpaku dengan senyuman yang terbit dari bibir abang khairy.

“Hensem juga abang sepupu aku di bila senyum, takdelah asyik masam aje.”  Dalam diam aku berkata, tanpa menyedari aku sudah jatuh hati melihat senyumannya itu. 

Petang yang indah itu telah membuatkan aku terlupa akan kesedihanku.  Rupa-rupanya masih ada lagi kasih sayang yang tertinggal untukku.  Jadi aku seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepadaku.  Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya memang benar Engkau telah mengambil sesuatu yang berharga dalam hidupku, tetapi kini Engkau gantikan semula dengan kasih sayang yang baru.  Aku benar-benar terharu, setitis airmataku menitis. Cepat-cepat aku sapu airmataku, tidak mahu semua yang ada dimeja perasaan.  Namun tidak aku ketahui, diri ini telah diperhatikan sedari tadi oleh sepasang mata kepunyaaan abang khairy.

~Bersambung~
…………………………………………………………………………………………………………………..

1 comment: