Friday, 27 July 2012

BAWALAH PERGI CINTAKU - PENGENALAN

Aku masih lagi menangisi pemergiannya, tetap setia duduk bersipuh disebelah makamnya. Disini tempat dia bersemadi. Sudah puas Nina, sahabatku memujuk, namun aku tetap berdegil.  Suamiku juga sudah tidak tahu bagaimana hendak memujuk isterinya ini.  Lantas di biarkan aku disitu bersama Nina. 

“Maafkan aku kerana tidak dapat membalas cintamu. Bukan aku tak sudi, tapi hati ini sudah dimiliki oleh seorang insan bernama suami. Akan aku simpan segala kenangan indah ketika bersamamu, dan aku redha jika kau bawa pergi cintaku bersama-samamu” - Khadila Adiba

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terus akif menutup diari itu. Tidak sanggup lagi dia membaca bait-bait kata yang ada didalamnya.  Baru dia sedar yang dia telah tersilap langkah.  Kerana pentingkan diri, dia terlupa ada orang yang lebih berhak memiliki hati Diba dan bukannya dia.  Dan kalau bukan kerana kedegilannya untuk memiliki Diba, Putra tak akan kecewa dan Diba juga akan bahagia.  Rasa bersalah mengelubunginya, tapi semuanya sudah terlambat.  Diba sudahpun menjadi miliknya dan Putra sudah pun pergi jauh meninggalkannya.  
~akan datang~


Watak utama:-



 
Muhd Akif Aqil



Khadila Adiba



Ariffin Putra

No comments:

Post a Comment