Bab 21
“Am dah bangun.”soal
Datin Azimah kelihatan kelibat anaknya menurun anak tangga. Langkah lemah Amar Amsyar dipandangnya dengan
penuh kasih dan sayang. Sudah seminggu
anaknya pulang tinggal bersama mereka.
Dato’ Azizuddin pun sudah keluar dari hospital beberapa hari yang lalu.
“Selamat pagi Mama.”dahi
Datin Azimah dikucup lembut. Dipeluknya
Datin Azimah erat, sudah lama dia tidak berbuat demikian.
“Selamat pagi
sayang. Mari duduk, kita breakfast sama”Amar Amsyar mengambil
tempat bertentangan Datin Azimah.
“Papa mana ma.”soal Amar
Amsyar ketika Datin Azimah menuangkan Nescafe didalam cawannya.
"
Ada dalam bilik, lepas
solat subuh papa tidur semula. Kejap
lagi Mama naik atas tegok papa, Am makanlah dulu.” Pinggan yang telah diisi mee
goreng disuakan pada anaknya. Am
mengambilnya dengan senyuman dibibir.”Thanks
ma.”
“Mama..Am nak jumpa
Kazrina boleh?”Datin Azimah tersentak, pertanyaan anaknya mengundang tanda
tanya dihatinya.
“Am dah ingat siapa
Kazrina ke, sejak bila?”Amar Amsyar menggeleng kepalanya, bukan sebab itu tapi
mimpi yang hadir semalam menganggu tidurnya.
“Am..masih tak berapa
ingat ma. Tapi semalam Am mimpikan dia,
lepas itu bila bangun kepala Am sakit sangat.”terang Amar Amsyar. Datin Azimah
terdiam, tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada anaknya tentang Kazrina
yang kini tinggal dibawah jagaan Tengku Tengku Mikhail.
“Kenapa ma, Kazrina tak
nak jumpa Am ke?”soal Amar Amsyar kembali.
Datin Azimah menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Dia serba-salah, tidak tahu bagaimana harus
ceritakan kepada anaknya itu.
“Am makan dulu, nanti
kita bincang semula.”Datin Azimah menolak cawan berisi air Nescafe dihadapan
Amar Amsyar. Senyuman tawar turut
dihadiahkan pada anaknya itu. Amar
Amsyar menurut saja, mee goreng yang dikunyah terasa tidak enak apabila melihat
sorotan mata Mamanya yang seperti mengelamun.”Kasihan Mama, sebab aku dia
banyak berkorban.”
Datin Azimah tersentak
dari lamunan ketika namanya dipanggil. “Mama naik atas dulu, nak tengok keadaan
papa. Am makan tau, kesian Mama tengok
anak Mama ni. Dah kurus sebab kurang
makan.”seloroh Datin Azimah. Langkah
kaki dibawa menuju ketingkat atas, Amar Amsyar ditinggalkan sendirian dimeja
makan.
Telefon bimbit Amar
Amsyar berbunyi, tertera nama Lim.”Hello”
“Bos, ada orang nak buka game baru. You mau join tak?”pelawa
Lim ditalian. Amar Amsyar terkaku, apa
nak jawab?
“Sorry Lim, I dah tak mahu main lagi. Dah insaf, maybe next time bro.”tolakku lembut.
“Apalah bro, game ini bagus punya. Hadiah 4 belah tangan plus special gift lagi.”provok
Lim pula.
“RM20K? banyak tu
Lim. Tapi I sudah taubatlah, so sorry bro.”penolakkan ku menyebabkan
Lim begang.
“Suka hati lu lah bro,
jangan ingat I tak offer. By the way, itu Mike apa sudah
jadi. Dah lama dia tak masuk game. I dengar dia sudah ada awek baru. Sebab itu dia pun macam lu bro, sudah
insaf.”Kata-kata Lim buat Amar Amsyar tersentak. Wah! Lim lebih advance dari aku. Siapa gadis yang dah buat sepupu aku jadi baik
macam tu.
“Mana you tahu bro. I sendiri pun tak tahu, betul ke ni?”soalku
semula.
“Betul, kalau tak percaya
you boleh tanya sama budak lain. Itu perempuan sudah kasi ubah dia, sebab itu
bila I telefon Mike selalu menyelak.”tambah Lim lagi. Amar Amsyar penasaran, dalam hati dia
tertanya-tanya siapakah perempuan yang berjaya mengubah sifat kasanova
sepupunya itu.
“Tak apalah Lim, nanti I
pergi jumpa dia. Hey bro, thanks again for the offer.”Talian dimatikan. Seleranya mati, hatinya pula berdebar-debar. Mee goreng dalam pinggan dibiarkan saja malah
cawan yang berisi air Nescafe tidak diminumnya.
Dia merengus geram, hatinya tidak enak seperti ada sesuatu yang akan
berlaku.
Nombor telefon Tengku
Mikhail didail, agak lama barulah berangkat. “Bro, kau kat mana.”
“Kat rumah, ada apa
Am?”terdengar suara malas Tengku Mikhail ditalian.
“Aku nak jumpa kau,
tunggu aku datang rumah kau.”belum sempat Tengku Mikhail bercakap, talian
dimatikan Amar Amsyar. Kunci kereta
diatas meja dicapai, dia sempat berpesan pada bibik tentang pemergiannya.
“Am..Am..”Tengku Mikhail
merengus kegeraman. Belum sempat dia berkata tidak, Amar Amsyar memnutuskan
talian telefon. Hatinya gundah, jika
Amar Amsyar datang ke sini, bagaimana dengan Kazrina.
“Rina..Rina..”Tengku
Mikhail melaung nama Kazrina.
Terkocoh-kocoh Kazrina berlari keluar dari ruangan dapur, terlupa yang
dia mengandung.
“Rina..lain kali jangan
berlari. Kalau jatuh macam mana?”marah
Tengku Mikhail. Kazrina
tersengih-sengih.
“Sorry. Habis tu yang Khail terjerit-jerit tu kenapa, itu yang Rina
cepat-cepat berlari keluar.”jawab Kazrina.
Kini giliran Tengku Mikhail pula tersengih-sengih, salahnya juga.
“Am tengah on the way ke sini.”sebaik saja Tengku
Mikhail berkata, Kazrina terpaku. Am nak datang?
“Biarlah dia datang, Rina
dah bersedia. Lagipun antara kami berdua
dah tak ada apa-apa ikatan sebaik saja anak ini dilahirkan nanti.”tutur Kazrina
sebak. Tengku Mikhail menghampiri
Kazrina, diusap rambut wanita itu.
“Khail ada, dan Khail
akan cuba sedaya upaya pertahankan Rina.
I’ll be by your side.”kata-kata
Tengku Mikhail sedikit sebanyak menenangkan hati Kazrina yang gundah.
Tak sampai 10 minit,
kedengaran deruman kereta diluar rumah.
Kereta Amar Amsyar tersadai diluar pagar rumah Tengku Mikhail. Loceng dibunyikan, Tengku Mikhail keluar
menyambut kedatangan sepupunya.
“Apa khabar bro, dah lama
kita tak jumpa.”tegur Amar Amsyar, mereka berjabat tangan.
“Aku baik, kau
macam?”sahut Tengku Mikhail sambil itu matanya meliar mencari kelibat Kazrina.
“Dah okay sikit, tapi
ingatan aku masih lemah.”tutur Amar Amsyar.
“Perlahan-lahan bro,
insyaallah semuanya akan pulih seperti sediakala.”Amar Amsyar terpana, Tengku
Mikhail yang dia kenali tidak akan bertutur begini. Adakah sepupunya juga turut berubah mengikut
peredaran masa ataupun berubah disebabkan seorang perempuan seperti yang
dikhabarkan oleh Lim padanya.
“Wo..wo..apa dah jadi
dengan kau Mike. Sejak bila kau
berubah.”pertanyaan Amar Amsyar mengundang tawa dihati Tengku Mikhail.”Aku
berubah kerana Kazrina Atirah.”sahutnya dalam hati.
“Firstly aku nak cakap, call
me Mikhail not Mike. Aku dah tak mahu gunakan nama itu lagi, itu
dulu tapi sekarang aku selesa dengan nama Mikhail. After
all, that’s my real name.”Amar Amsyar ketawa, geli hati dengan kata-kata
Tengku Mikhail.
“What’s so funny?”marah Tengku Mikhail.
“Tak adalah bro, kau ni
memang betul dah berubah. Tak macam
dulu, usik sikit dah sensitif. Macam
perempuan yang pregnant pula.”seloroh
Amar Amsyar. Tengku Mikhail mengaru
kepalanya yang tiba-tiba gatal. “Betul ke?”
“Mana ada, kau ni suka
main tuduh-tuduh.”bahu Amar Amsyar ditumbuk. Amar Amsyar mengaduh
kesakitan.”Sakitlah bro.”digosoknya bahunya yang terasa sedikit sengal akibat
tumbukkan itu.
“Padan muka. Dah, kalau
kau datang sengaja nak sakitkan hati aku.
Baik kau blah, banyak kerja yang aku nak buat selain dari melayan
gurauan bodoh kau ni.”marah Tengku Mikhail.
“Sabarlah bro, aku belum
habis nak bermanja dengan kau lagi. Dah nak suruh aku balik, ada sesuatu yang
kau cuba sembunyikan dari aku ke?”soalan serkap jarang Amar Amsyar buat Tengku
Mikhail tersentak. Dipandang kiri dan
kanan, takut bayangan Kazrina ada disitu.
“Tak adalah, kau saja prasangka buruk. Aku masih seperti dulu.”dalih Tengku Mikhail.
“Siapa perempuan
tu?”sekali lagi Tengku Mikhail terpana.
Pertanyaan Amar Amsyar merunsingkannya.
“Perempuan mana bro? aku
tak faham.”bohong Tengku Mikhail, masih ingin menyelak dari menjawab pertanyaan Amar Amsyar.
“Aku nak tahu bro, siapa
perempuan tu.”belum sempat Tengku Mikhail menjawab, Kazrina terlebih dahulu
mencantasnya.
“Sayalah perempuan itu.
Saya, Kazrina Atirah.”Kazrina keluar dari balik tembok yang memisahkan tempat
dimana Tengku Mikhail dan Amar Amsyar duduk.
Amar Amsyar terpegun, Tengku Mikhail kepanasan. Kazrina menghampiri kedua-dua lelaki itu, dia
melabuhkan duduk berhadapan dengan Amar Amsyar dan juga Tengku Mikhail.
“Kazrina”
“Rina”
Serentak nama itu keluar
dari mulut Amar Amsyar dan Tengku Mikhail.
“Apa..Kaz..buat..kat..sini..”terketar-ketar
Amar Amsyar bertanyakan soalan itu pada Kazrina. Tiba-tiba hatinya jadi rindu pada wajah
Kazrina. Direnung wajah itu, serinya
masih ada walaupun dibaluti luka.
Pandangannya jatuh pada perut Kazrina yang memboyot, betul lah kata
Misya. Kazrina memang mengandungkan
anaknya.
“Dia tinggal disini, bersama
aku.”Tengku Mikhail menjawab bagi pihak Kazrina. Amar Amsyar menelan liur, terasa begitu pahit
dan kelat.
“Khail, Rina nak cakap
dengan Am kejap. Will you excuss us.”pinta Kazrina lembut. Dia
mahu berbicara dua mata dengan Amar Amsyar buat kali pertama dan terakhir.
“Are you sure?”soal Tengku Mikhail, meminta kepastian. Kazrina
mengangguk mengiakan keputusannya.
“I’m very sure. Just leave us
alone.”jawab Kazrina dengan tegas.
“Kalau ada apa-apa, Khail
ada dekat ruang tamu.”tutur Mikhail lantas pergi meninggalkan Kazrina bersama
Amar Amsyar. Kazrina memandang langkah
Tengku Mikhail tanpa sedar Amar Amsyar turut merenungi wajahnya.
“Betul ke Kaz tinggal
disini, bersama Mikhail?”itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Amar Amsyar
sejak mereka berdua diam membisu. Tengku
Mikhail sudah pun meninggalkan mereka
berdua, itupun diatas permintaan Kazrina sendiri.
Kazrina tidak menjawab,
matanya masih tunduk merenung lantai.
Bermacam-macam persoalan yang
bermain difikirannya kini.
Kedatangan Amar Amsyar hari ini menyusutkan fikirannya.
“Kazrina Atirah, sayang
dengar tak apa yang abang cakapkan tadi.”bentak Amar Amsyar apabila tiada
jawapan dari mulut Kazrina. Tersentak
wanita itu, sehingga terhinjut bahunya.
“Awak cakap apa
tadi?”soal Kazrina terpinga-pinga.
Hilang sudah lamunannya itu tadi, kini dihadapannya adalah Amar Amsyar
dengan wajah tegang.
“Abang tanya, betul ke
Kaz tinggal disini. Dengan
Mikhail.”keras sungguh suara itu, tidak seperti dulu ketika mereka masih bersama.
“Kalau betul kenapa? Saya
dah tidak ada kena mengena dengan awak Encik Amar Amsyar.”jawabku penuh
yakin. Dalam hati sudah bergetar hebat,
menahan ketakutan yang tiba-tiba hadir.
“Apa sayang kata? Kita
tak ada apa-apa hubungan. Sejak bila?”pertanyaan Amar Amsyar mengundang tawa
dihati Kazrina. Lelaki ini sudah lupa
kah? Bukan kah dia dah ceraikan aku kira-kira 6 bulan yang lalu.
“Encik Amar, saya rasa
Encik Amar keliru. Saya bukan lagi
isteri Encik lagi, dah saya bebas melakukan apa saja mengikut kehendak
saya.”terangku bangga. Biar Amar Amsyar
tahu aku tidak takut dengan ugutannya.
“Apa ni sayang,
Encik..Encik..sejak bila kita jadi orang asing.”soal Amar Amsyar, dia cuba
meraih tanganku namun aku menepis kasar.
“Don’t touch me! Awak dah hilang hak untuk itu.”balasku.
“Sayang…pelase, tell me what is happening here. I’m confius and really really confius.”rayu
Amar Amsyar lagi. Kazrina kepelikan,
riak wajah Amar Asmyar mengusarnya.
“Apakah benar lelaki ini hilang ingatan atau sengaja hendak
mempermainkan perasaannya.
“Encik Amar Amsyar,
jangan panggil saya sayang lagi. Saya
bukan isteri awak dan juga bukan sesiapa pada awak.”getusku dalam nada marah.
“Kalau saya bukan suami
awak, ini..ini.. anak siapa pula?”Amar Amsyar menunjuk ke arah perutku yang
memboyot.
“Ini anak saya.”tegasku.
“Dan bakal menjadi anak
aku tidak lama lagi.”sampuk Tengku Mikhail dari belakang Kazrina. Sejak tadi dia berdiam diri dibalik tembok
yang memisahkan Kazrina dengan Amar Amsyar.
Disebabkan tidak tahan mendengar jeritan dan perbalahan diantara Kazrina
dan Amar Amsyar, Tengku Mikhail terpanggil untuk membela nasib Kazrina.
Amar Amsyar terpaku, rasa
marah bercampur geram apabila melihat Kazrina tiba-tiba bangkit merapati Tengku
Mikhail membuatkan suhu darahnya naik.
“Sejak bila kau jadi
orang tengah? Aku tak perlukan kau kat sini.
Ini antara aku dengan isteri aku Kazrina. Kau hanya sepupu aku dan bukan sesiapa pada
dia.”tekan Amar Amsyar keras, geram apabila melihat situasi menjadi lebih
tegang gara-gara campur tangan pihak lain.
“Orang tengah? Isteri
kau? Sorry bro, she’s no longer your wife. You
have divorved her 6 month ago. Look at
this!”balas Tengku Mikhail seraya mencampakkan sampul surat berwarna
coklat tepat ke muka Amar Amsyar. Sampul itu jatuh diatas kaki lelaki itu, lalu
dia menunduk mengutipnya. Dibuka sampul
itu, alangkah terkejutnya dia melihat isi kandungan surat itu. Terduduk Amar Amsyar diatas lantai, wajah Tengku
Mikhail dan Kazrina dipandang lemah.
Tidak percaya dengan kenyataan yabn terbentang dihadapannya.
Airmata lelakinya jatuh
berjuraian, dia terlupa hakikat itu. Dia
keliru, antara ingatan baru dan juga yang lama.
Dalam hatinya berat menyatakan Kazrina masih isterinya akan tetapi
kenyataan yang terbentang menyatakan tidak. Dia benar-benar sudah menceraikan isterinya
itu. Dan sebaik sahaja anaknya lahir,
isterinya bebas dari ikatan perkahwinan mereka.
“Bila..bila..masa..aku..ce..rai..kan..dia..”terketar-ketar
Amar Amsyar bersuara. Hatinya bagai
tersayat apabila melihat kebenaran dihadapan mata.
“Come on lah bro, tak kan kau dah lupa kot.”perli Tengku Mikhail.
“Sumpah Mikhail, aku
terlupa bila masa aku ceraikan dia.”sungguh-sungguh Amar Amsyar
menafikannya. Kazrina yang ada
dibelakang Tengku Mikhail turut terkaku dengan penafian Amar Amsyar.
“Sudahlah Am, kau balik
lah. Biarkan Kazrina disini, bersama
aku.”pinta Tengku Mikhail lembut, cuba menghalau Amar Amsyar pergi secara
baik. Kazrina yang masih terkejut berada
dibelakang Tengku Mikhail. Dikalih sisi,
ingin melihat wajah Amar Amsyar yang masih berteleku dilantai.”Betulkah Amar
Amsyar sudah pulih ingatannya. Jika benar, adakah aku bersedia untuk kembali
kepangkuannya setelah apa yang dilakukan terhadapku.”Kazrina masih berperang
dengan naluri simpatinya.
“Am, please go home. Aku tak mahu
Kazrina stres, biarkan lah dia disini.
Perkara dah berlaku, nak patah balik pun tak berguna lagi.”pujuk Tengku
Mikhail.
“Bagaimana dengan anak
aku? Apakah aku tidak berhak ke atas dirinya, aku kan ayahnya.”sayu suara Amar
Amsyar menyentuh hati wanita Kazrina.
Rasa simpati bercampur kasihan melihat keadaan Amar Amsyar.
“Pulanglah Am, nanti kita
bincang lagi. Kazrina perlukan rehat,
dia tidak boleh stres. Nanti
memudaratkan bayi dalam kandungannya.”sekali lagi Tengku Mikhail memujuk agar
Amar Amsyar pulang.
Amar Amsyar bangkit,
dipandang sayu wajah Kazrina yang sedang menangis dibelakang Tengku Mikhail.
“Kazrina sayang, abang
mohon. Pulanglah kepangkuan abang,
sayang dah lupa pada janji-janji kita.”Amar Amsyar masih berdiri dihadapan
Tengku Mikhail yang menghalang Amar Amsyar dari menghampiri Kazrina.
Kazrina beralih sedikit
ke kiri, kala ini dia berdiri
betul-betul dihadapan, tempat dimana Amar Amsyar sedang berdiri.”Encik Amar,
pulanglah. Disini tiada lagi tempat
untuk Encik.”ujarnya sambil menunjuk ke arah dadanya. “Tapi sebagai ayah kepada anak ini, hak Encik
tidak akan saya nafikan. Encik Amar
tetap ayah kandung pada anak yang saya kandungkan ini. Pulanglah, semuanya sudah selesai.”sambung
Kazrina lagi bersama linangan airmata.
Amar Amsyar melutut,
“Sayang, abang betul-betul minta maaf.”rayu Amar Amsyar lagi, kali ini dia
memegang kedua-dua belah kaki Kazrina.
“Encik Amar..jangan
rendahkan martabat Encik hanya kerana seorang perempuan murahan seperti
saya. Saya tak layak untuk Encik, dan
saya tahu dimana kedudukan saya dalam hati Encik.”balasku padanya, cuba
menjauhkan diri daripada pegangan tangannya.
“Am, untuk kali terakhir.
Pulanglah, biarkan Kazrina disini, dia bahagia bersama aku.”pohon Tengku
Mikhail, ditarik lengan Amar Amsyar agar lelaki itu bangkit dari terus melutut
dihadapan Kazrina.
“Tidak Mikhail, selagi
Kazrina tidak memaafkan aku. Selagi itu
aku akan melutut disini sehingga dia sudi memaafkan aku.”suara sayu Amar Amsyar
menginsafi Tengku Mikhail. Terbit rasa
bersalah kerana terlalu berkeras dengan lelaki itu.
“Am, please! Jangan rendah ego kau hanya kerana seorang perempuan. Masih banyak lagi perempuan yang boleh kau
damping, lepaskanlah Kazrina. Dia dah
pun bahagia disini, bersamaku.”Amar Amsyar masih tidak berganjak, masih tetap
setia berlutut disitu.
“Am…”suara lembut Kazrina
menyapa ditelinganya, tidak persaan bila wanita itu berteleku
disebelahnya. Wajah Kazrina dipandang
sayu.
“Kazrina dah lama maafkan
Am. Pulanglah, perasaan Kazrina terhadap
Am dah lama hilang. Dah tak ada,
disini.”tutur Kazrina sambil menunjuk ke dadanya. Amar Amsyar tetap membisu, tiada lagi
tangisan hanya esakkan halus.
“Sayang dah maafkan
abang?”soal Amar Amsyar laju. Kazrina
mengangguk, mengiakan. Lenguh duduk
bertimpuh, Kazrina bangkit dengan pertolongan Tengku Mikhail. Amar Amsyar yang menyaksikan kemesraan itu
menangis dalam hati. “Kazrina sudah lupakan aku.”desis hatinya pilu.
“Terima kasih
sayang. Maafkan abang sekali lagi.”Amar
Amsyar bangkit, langkah kakinya longlai dibawa menuju ke keretanya. Sebelum
masuk kereta, wajah Kazrina dipandang sayu.
“Abang tak akan mengalah,
abang percaya suatu hari nanti Kaz akan pulang kepangkuan abang. Abang akan tunggu saat itu, dan yang pasti
Abang cintakan Kazrina Aitrah dari dulu, kini dan selama-lamanya..”bersama
ucapkan kudus itu, Amar Amsyar menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari
perkarangan rumah Tengku Mikhail bersama hatiu yang retak seribu.
Sebaik sahaja kereta Amar
Amsyar meluncur pergi dari perkarangan rumah Tengku Mikhail, Kazrina terus
melulu masuk ke biliknya. Dihempaskan
badannya dikatil, terhambur tangisan yang ditahan sedari tadi. Airmatanya mengalir bersama hatinya yang
hancur dan luruh, pujukan Amar Amasyar masih lagi tergiang-giang ditelinganya.
“Rina.”lembut suara
Tengku Mikhail menyapa membuatkan Kazrina berpaling mengadap lelaki itu.
“Boleh Khail masuk?”soal
lelaki itu. Kazrina mengangguk
lemah. Tengku Mikhail masuk, dilabuh
duduk bersebelahan Kazrina ditepi katil.
Tangannya menyentuh lembut tudung wanita itu.
“Rina harus kuat, ini
baru ujian pertama. Masih banyak lagi
ujian yang perlu Rina tempuhi. Dan Khail akan tetap berada disamping Rina untuk
membantu.”pujukan Tengku Mikhail membuatkan tangisan Kazrina sedikit reda.
Tengku Mikhail merenung dalam wajah Kazrina, dalam hatinya sudah terpahat sebuah janji tanpa pengetahuan wanita itu. "Akan kupersembahkan kepadamu cinta yang tulus dan ikhlas,jika kau sudi menjadi milikku."
Dan Kazrina pula masih membisu disitu tanpa suara, namun dalam hatinya sudah reda melepaskan segala kenangan indahnya bersama Amar Amsyar dahulu. "Saat kau lafazkan talak tanpa suara, bermulalah titik perpisahan kita berdua. Hatiku retak seribu, jatuh berderaian dijalanan tanpa sempat aku kutip kembali."
Lama mereka berkeadaan begitu, melayani perasaan masing-masing sehinggalah Kazrina bersuara,“Terima kasih Khail, Rina…”belum sempat Kazrina menyambung, Tengku Mikhail menutup bibirnya dengan jemarinya.
”Jangan bimbang, Khail akan selalu ada disamping Rina bila dan dimana sahaja Rina perlukan Khail.”ucapan kudus Tengku Mikhail membuatkan Hati Kazrina, hatinya lega kerana masih ada yang sudi membantunya dikala dia memerlukannya.
Tak guna kau tangisi lagi Am, cintaku padamu sudah lama terkubur. Saat kau melafazkan talak tanpa suara padaku , saat itulah cintaku padamu hancur berderai dijalanan seperti mana hatiku yang telah retak seribu. ~ Kazrina Atirah.
Rina harus kuatkan semangat, jangan mudah putus asa. Khail sudi menjadi pendengar dan pendamping Rina untuk selama-lamanya. Khail sanggup menunggu Rina walau seribu tahun lagi, demi cinta Khail pada Rina yang tulus dan ikhlas. ~ Tengku Mikhail Khazi
Abang tak akan mengalah. Selagi Kaz bukan milik sesiapa, selagi itu abang akan pujuk Kaz. Biarlah orang nak kata abang gila talak, tapi yang pasti abang mahu Kaz semula. Dan abang akan pastikan Kaz pulang semula kepangkuan abang demi anak kita.~ Amar Amsyar
~Bersambung~
P/S: Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komen. Saya amatlah menghargainya begitu juga pembaca setia blog saya. Sayang you all..