Bab
10
“Awalnya pengantin baru bangun. Pukul berapa tidur semalam.”sapa Mak Tijah
sewaktu melihat kelibat Nyla sibuk didapur.
“Eh, Mak Ti. Terkejut Nyla. Lain kali bagilah salam dulu.”lembut suara
Nyla menjawab pertanyaan sambil membetulkan selendang yang membelit dilehernya. Kemesraan yang ditunjuk Nyla membuatkan Mak
Tijah merasa selesa berbual-bual dengan menantu baru dirumah ini. Tak salah Aiden memilih Nyla sebagai
isterinya.
“Aiden mana?”soal Mak Ti sebaik saja
tidak melihat kelibat lelaki itu. Nyla
berpaling, lantas menghadiahkan senyuman manis buat Mak Tijah.
“Encik masih tidur Mak Ti.”selamba saja
Nyla menjawab tanpa menyedari ada kerutan didahi Mak Tijah.
“Encik? Nyla panggil suami Nyla,
encik.”tak percaya Mak Tijah apabila bibir munggil itu memanggil suami yang
baru dinikahi dengan panggilan ‘encik’.
Nyla terkedu,”Alamak aku dah silap cakap
ke?”
“Itu panggilan manja untuk Aiden Mak
Ti.”sampuk Aiden. Bila pula masanya
lelaki ini datang tidak pula Nyla ketahui.
Alih-alih sudah berada dibelakang Mak Tijah.
“Selamat pagi sayang.”satu ciuman
hinggap dipipi kanan Nyla. Sengaja Tommy
berbuat begitu agar Mak Tijah lihat betapa mesranya mereka berdua. Tersenyum Mak Tijah melihat kemesraan itu.
“Nyla,
‘encik’ tu bukan panggilan manja untuk suami. Cubalah panggil ‘abang’, baru sedap sikit Mak
Ti dengar.”ujar Mak Tijah.
“Dia segan Mak Ti, sebab itu dia asyik
panggil Aiden ‘encik’.”sindir Tommy bersahaja walaupun ada nada sinis disitu.
“Aik! marah nampaknya. Ini tak boleh jadi, asyik dia aje nak kenakan
aku. “tukas Nyla dalam hati.
“Abang nak makan?”dengan sengaja Nyla
melunakkan suaranya, ala-ala manja gitu.
Tommy pula telan liur, suara manja isterinya menghadirkan suatu rasa
yang tidak dapat digambarkan.
“Haa, macam tulah bila panggil suami. Baru sedap sikit telinga Mak Ti dengar.”komen
Mak Tijah sebelum beredar meninggalkan ruangan dapur. Tommy tersengih-sengih,
sukalah tu. Nyla pula mencebik.
“Encik
nak tolong.”pelawa Nyla walhal dia hendak menyakat suaminya itu.
“Abang nak tolong? tolong makan boleh
lah..”jawab Tommy dengan ketawa berdekah-dekah.
Nyla menyinga, geram bila dia pula yang dipermainkan suaminya.
“Kalau macam tu, pergi duduk
luar. Jangan nak mengacau kat
sini.”ditolaknya badan Tommy agar keluar dari ruangan dapur.
Tommy mengeraskan tubuhnya, “Kalau
abang tak mahu?”“Tak kira, saya nak encik keluar. Dari tadi asyik mengacau aje, bila pula nak sudah masaknya.”tutur Nyla yang masih lagi berusaha menolak keluar tubuh Tommy.
“Alah yang, abang pun nak tolong
tengok jugak apa sayang masak.”dalih Tommy dengan kedua-dua belah tangan
ditekapkan dipintu masuk ruangan dapur.
“Tak boleh!”
“Boleh lah yang..”rayu Tommy lagi
bersama kerdipan matanya.
“Tak boleh, tak boleh, tak
boleh.”bantah Nyla lagi. Tangannya masih
sibuk menolak badan Tommy dari terus-terusan menghimpit badannya.
“Hish kamu berdua ni, apa yang tak
boleh dan apa yang boleh.”tegur Toh Puan Aini dari belakang tubuh Tommy. Terhenti perbuatan Nyla terhadap
suaminya. Tommy pula turut menurunkan
tangannya yang melekap didinding ruang dapur.
“Eh Tok Wan. Dari mana?”soal Nyla menutup malu yang
bertandang.
“Tok Wan dari bilik. Dengar bunyi bising-bising, tu yang Tok Wan
keluar nak tengok. Rupa-rupanya
pengantin baru tengah bergusti kat dapur.
Apa, tak habis lagi ke korang berdua bergusti kat dalam bilik semalam
sampai kat sini pun nak buat sama.”sindir manja Toh Puan Aini. Dia bukannya marah pun , malah gembira
melihat kemesraan cucu dan menantunya.
“Ni abang punya pasal lah ni. Nyla suruh duduk kat luar, dia asyik nak
berkepit kat sini. Nyla nak masak pun
susah Tok Wan.”adu Nyla lantas menghampiri Toh Puan Aini. Panggilan untuk Aiden ditukar semula menjadi
‘abang’. Tangan kanan Toh Puan Aini dicapai lantas
dicium. Kedua-dua pipi tua itu dicium
juga. Tommy yang melihat kemesraan itu
turut sama tersenyum.
“Mana ada Tok Wan, Nyla ni yang tak
nak lepaskan Aiden. Sebab semalam tak
puas peluk Aiden katanya.”menjegil mata
Nyla bila ayat itu keluar dari bibir suaminya itu.
“Tak apa Tok Wan faham. Pengantin baru kan, sebab tu nak berkepit
aje.”muka Nyla sudah memerah menahan malu.
“Dah lah tu Aiden, pergi duk
luar. Biarkan Nyla siapkan kerja memasak
ni. Karang bila pula nak siap kalau
Aiden duk kacau aje kat sini.”ujar Toh Puan Aini. Nyla dibelakangnya menjuihkan bibirnya sambil
menunjukkan tumb-up kepada lelaki itu.
Lantas suaminya itu menghadiahkan satu kucupan dipipi sebelum melarikan diri. Merona
merah muka Nyla malu akibat dicium Tommy.
Rasa seluruh darah menyerbu ke seluruh mukanya. Saat itu dia tidak tahu bagaimanakah
perasaanya terhadap lelaki itu. Jatuh cintakah aku!
Masing-masing masih membisu, entah angin
monson barat laut mana yang melanda tidak pula dia ketahui. Sejak keluar dari rumah sehinggalah kereta
yang dipandu Tommy membelah jalanraya.
Satu patah kata pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua. Bosan dengan keadaan ini, satu keluhan terlepas dari bibir Nyla.
“Kenapa?”sepatah kata dari mulut Tommy
meluncur keluar. Dikalih wajahnya
sekilas memandang Nyla, isteri yang baru dinikahi semalam.
“Bosan?.”sambung Nyla lagi. Tommy menaikkan keningnya, tidak percaya
dengan kata isterinya. Isyarat ke kiri
diberi, kereta dihentikan dibahu jalan.
Nasib baik ketika ini tidak banyak kereta dijalanraya, jika tidak pasti
sukar untuk dia berhenti disini.
“Ada apa ni, apa lagi yang tak puas
hati ni.”bentak Tommy tiba-tiba. Terpana
Nyla, suaminya itu sedang berbicara dengan dia kah?
“Encik bercakap dengan saya ke?”jari
telunjuk dituju ke arah dirinya sendiri.
“Habis tu awak ingat saya bercakap
dengan siapa. Hantu?”balas Tommy
selamba. Secara otomatik Nyla menoleh
kebelakang, takut betul-betul ada hantu dalam kereta bersama mereka.
“Ada hantu ke encik? saya tak nampak
pun.”didekatkan dirinya sehingga bahu mereka bersentuhan.
“Hish…”Tommy menolak Nyla agar
berjauhan dengan dirinya. “Kau ni, mana
ada hantu. Aku saja-saja mainkan kau.”
“Encik ni, dah tahu saya
penakut. Buat apa mainkan saya.”bentak
Nyla lantas dia merapatkan dirinya ke tingkap.
Geram dan sebal bila rasa diri dipermainkan. Dahlah dari semalam sehingga pagi tadi lelaki
ini bersikap romantik, tapi kini sikap romantiknya dah jauh menyimpang pergi. Sekarang datang pula sikap sinisnya.
Tommy tergelak, suka lihat wajah
disebelahnya cemberut. Bukan niatnya
hendak mempermainkan gadis itu, tapi dia perlu jauhkan rasa cinta ini sebelum
terlambat. Semalam dan pagi tadi adalah
saat paling indah dalam hidup. Cuba
membuka hati untuk menerima gadis ini dalam hidupnya. Tapi kini semua usahanya semalam sia-sia
belaka apabila Vince sempat muncul dihadapannya dengan amaran keras buatnya
sebelum dia keluar bersama gadis ini.
“Abang tengok kau dengan dia mesra
betul. Takkan dah jatuh cinta kat dia
kot?”Vince bertanya dalam nada sinis.
“Kalau dah, apa salahnya. Nyla kan isteri Tom.”sangkah Tommy.
“Kalau abang kata tak boleh, tak
boleh lah.”marah Vince lagi.
“Abang ni pelik lah.”sepontan ayat
itu keluar dari mulut Tommy. Vince
merengus tidak puashati dengan ayat adiknya itu.
“Kau jangan nak main-main Tom. Kan abang dah cakap, not her. Kita hanya
peralatkan dia untuk kepentingan kita saja.
Selesai saja tugas dia, kita akan lepaskan dia seperti yang ditetapkan
dalam perjanjian tempoh hari.”marah Vince.
Tommy kecut, tidak pernah dia dengar nada tinggi vince sejak dia pulang
ke sini. Inilah kali pertama abangnya
memarahinya dek perkara ini.
“But
I think I’m in love with her, tak tahu pula bila perasaan ini hadir.”akui Tommy jujur. Vince membeliakkan matanya, tidak percaya
dengan kata-kata yang terbit dari bibir adiknya itu.
“I
say no! you can’t love her. She’s not
the right person for you to involved with.
Dia tak sesuai untuk Tom.”sekali lagi suara Vince naik satu tahap
lagi. Nasib baik pertelingahan ke dua
beradik ini tidak didengari Toh Puan Aini mahupun Mak Ti ataupun Nyla. Kaau tidak habis masaklah mereka berdua ni.
“Tom tak peduli, yang pasti Nyla
sudah menjadi hak milik Tom sepenuhnya.
Setiap inci tubuhnya menjadi milik Tom walaupun pernikahan kami
berlandaskan perjanjian bodoh kau tu.”marah Tommy kepada abangnya. Kemarahan yang hadir dek kerana tidak
puashati dengan tindak-tanduk abangnya itu.
Vince mengetap bibir, menahan amarah.
Rancangannya bakal hnacur jika Tom tidak mahu menuruti kemahuannya.
“Remember
Tom. I’m the one who bought her and I’m
the one who come out with this whole plan. Jangan lupa, tanpa rancangan
ini, kau takkan dapat mewaris harta itu nanti.”amaran dan kata-kata Vince
membuatkan Tommy semakin bengang.
“If
you say so, then anggaplah aku beli dia daripada kau.”dengan angkuh Tommy
berkata.
“Not
so fast my dear brother. Kau ingat
senang-senang aku nak lepaskan kau macam tu saja. Jangan nak bermimpi disiang hari, kalau aku
ceritakan semua ini kepada Tok Wan tak mustahil kau akan dihalau dari
sini.”ugut Vince pula. Tommy tersenyum,
dia sudah mengangak abangnya akan bertindak sebegitu. Namun lelaki itu tidak tahu, seminggu sebelum
tarikh pernikahannya dengan Nyla, Tommy sudah menceritakan semuanya kepada Tok
Wan.
“Why are you smiling?”soal
Vince sinis. Hatinya berdetik hairan
mengapa adiknya tetap tenang menghadapi situasi ini. Tak takutkah Tommy pada Tok Wan jika rahsia mereka
ini terbongkar.
“Saja.”sepatah jawapan dari Tommy
buat Vince bengang.
“Kau ingat aku main-main yea. Kau tunggu, aku tak akan berdiam diri selagi
perkara ini tidak selesai. Kau jangan
ingat kau akan bahagia, kau silap besar Tom.
Abang boleh musnahkan kebahagiaan
itu dengan sekelip mata saja.”ugut vince lagi.
Tommy tersentak, abangnya cuba mengugut dirinya. Apa sudah jadi?
“Buatlah apa yang abang nak buat. Tom tidak akan berganjak daripada keputusan
Tom. Biar apa pun yang berlaku, Tuhan akan sentiasa bersama-sama Tom. Yang pasti, Allah tak akan menguji umatnya
melebihi kemampuan umatnya itu.”Tommy bangkit, mahu beredar. Sebelum melangkah, Tommy sempat berpaling.
“Oh, Tom baru teringat abang tak
percaya kewujudan Tuhan. Sebab itu abang
fikir apa yang abang buat semuanya betul.
Tapia bang lupa, Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Penyanyang. Tak satu pun terlepas dari pandanganNya”Tommy
beredar bersama senyuman kemenangan.
Kali ini dia percaya, Allah akan sentiasa melindungi dirinya dari
sebarang kemungkaran.
Vince mengengam penumbuk. Kalau tidak difikirkan dimana dia berada
kini. Sudah tentu lembik Tommy dia
kerjakan. Adiknya itu sudah pandai berkata-kata,
tidak seperti dulu lebih banyak mendengar kata-katanya. Nak cerita pasal wujudnya Tuhan, pergi
mampuslah dengan Tuhan kau. Aku tak
kisah, yang penting hasrat aku akan tercapai walaupun tanpa bantuan kau Thomas
Aiden Anderson.
“Aiden minta maaf Tok Wan. Bukan niat Aiden nak menipu, tapi bila Tok
Wan paksa Aiden suruh berkahwin terpaksalah Aiden minta pertolongan dari abang
Vince.”Toh Puan Aini mengurut dadanya.
Pengakuan cucunya itu sedikit sebanyak menganggu keseimbangan
jantungnya. Keluhan terlepas dari bibir
tua itu membuatkan Tommy mengangkat wajah memandang wajah tua kepunyaan Tok Wan
nya.
“Tok Wan maafkan Aiden tapi dengan
syarat Aiden haruslah menerima Nyla dalam hidup Aiden. Tok Wan tak nak Aiden persia-siakan Nyla
dikemudian hari. Tapi kalau Aiden rasa
terpaksa, Tok Wan tak akan paksa Aiden lagi.
Aiden berhak memilih pasangan hidup Aiden sendiri.”luah Toh Puan Aini
kepada satu-satunya cucu dan juga pewaris hartanya nanti.
Tommy mengeluh, rasa berat mahu
menyatakan kepada Tok Wan. Nak kata dia
dah jatuh cinta pada Nyla, tak mungkin.
Terlalu awal rasanya, tapi tak salah kalau dia cuba menerima gadis
itu. Lagipun Nyla keseorangan disini
setelah ditipu oleh sahabatnya sendiri.
Tiba-tiba Tommy terfikirkan sesuatu, apa salahnya jika dia memberi
peluang kepada dirinya untuk menerima Nyla dalam hidupnya, bina keluarga
bahagia dan menjadi suami dan juga abang ipar kepada adik Nyla yang juga
teraniaya oleh makciknya. Mungkin inilah
yang ditakdirkan untuknya setelah dia mengambil keputusan untuk pulang ke
Malaysia baru-baru ini.
“Aiden setuju Tok Wan. Aiden juga harap Nyla sudi menerima Aiden
setelah apa yang kami dah buat terhadapnya.”akhirnya terluah juga apa yang
terbuku dihatinya.
“Alhamdulillah,
Tok Wan bersyukur sangat. Aiden dapat menerima
Nyla walaupun Aiden sendiri tak pasti dengan perasaan Aiden padanya. Tok Wan percaya, Nyla gadis yang baik. Tapi disebabkan kepertian hidup, dia
teraniaya. Tak salah kita membantu orang
lebih-lebih lagi anak yatim yang memerlukan pertolongan.”Toh Puan Aini menepuk
lembut belakang Tommy. Cucunya menguntum
senyum lantas memeluk tubuh tua itu, Tok Wan memang seorang yang amat memahami
dirinya.~Bersambung~