Bab 15
“Syukur alhamdulillah, dapat juga
abang bertemu dengan Nyla kan? Su ingat
lagi masa abang cerita tentang dia beberapa hari lepas. Tup..tup hari ini dia datang bersama suaminya
pula.”tutur Puan Sri Suzanne sebaik mereka berdua berada didalam bilik tidur
mereka.
“Yealah Su, abang pun tak
sangka. Kebetulan memang abang dan Aiden
akan bekerjasama untuk satu projek mega di Kuantan nanti. Syukur kepada Allah, akhirnya termakbul juga
doa-doa abang selama ini. Abang harap
Azrul pun gembira bila dapat tahu tentang perkara ini.”sahut Tan Sri Aiyuddin.
“Su percaya, Azrul lagi teruja bila
dapat tahu tentang kakak dan abang dia tu.”
“Abang pun harap suatu hari nanti
kita dapat ketemukan mereka bertiga.”
“Su pun bang. Apa yang penting, doa kita tak pernah putus.”
“Insyaallah Su, abang pun sama.”
Telefon bimbit Puan Sri Suzanne
berbunyi, tertera nama anak tunggalnya itu. “Azrul bang”telefon bimbit disua
kepada suaminya.
“Angkat
lah, mesti rindu kat awak sebab tu asyik telefon aje.”
“Assalamualaikum mama.”sapa suara
ceria Azrul ditalian.
“Waalaikumsalam sayang. Malam-malam call mama ni rindu ke?”soal Puan Sri Suzanne, jam didinding
dipandang sekilas. Masa menunjukkan
pukul 11 malam.
“Itu sudah semestinya. Dan yang paling utama sekali Rul nak bagitahu
yang esok Rul lambat sampai. Mungkin
petang sikit sebab member ajak
jalan-jalan dulu.”
“Oh gitu, mama tak kisah asalkan Rul
pandai jaga diri. Ini solat ada tinggal
tak?”
“Hish mama ni, tak baik tau. Rul tak pernah lupa solat. Setiap kali masuk waktu, Rul mesti dirikan
solat dulu. Tapikan mama, member-member ada juga gelakkan Rul.”
“Member
gelakkan Rul, Kenapa?”
“Yelah, dia orang cakap Rul ni warak
sangat. Siap ada yang panggil ustaz
lagi.”
“Biarlah apa pun dia orang nak
kata. Yang penting anak mama tahu yang
mana lebih penting. Mama bangga dengan
anak mama ni.”terdengar tawa anak bujangnya ditalian. Puan Sri Suzanne menguntum senyum.
“Papa mana ma.”
“Ada kat sebelah mama. Nak cakap dengan papa ke?”jawab Puan Sri
Suzanne lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Tan Sri Aiyuddin.
“Assalamualaikum anak papa, sihat?”
“Waalaikumsalam papa. Rul sihat dan bertambah-tambah sihat lagi
bila dapat dengan suara mama dan papa.”
“Rul bila nak balik?”soal Tan Sri
Aiyuddin. Tidak sabar rasanya mahu
berbicara dengan anak lelakinya itu.
“Lusa Rul balik. Dah tak sabar-sabar nak balik jumpa mama
dengan papa.”ujarnya teruja. Cuti
persekolahan sahaja masa utunk mereka berkumpul bersama-sama.
“Baguslah kalau macam tu. Nak papa jemput?”
“Tak perlu, Rul tumpang kereta
kawan. Kebetulan driver Tok Wan dia
datang jemput sekali.”
“Kawan? Siapa?”soal Tan Sri
Aiyuddin.
“Aiman nama dia. Dia tinggal dengan Tok Wan dia.”
“Oh, kalau begitu baguslah. Nanti dah sampai bagitau papa.”
“Okay papa. Got to
go now, kejap lagi nak kemas sikit baju.
Esok takut tak sempat. Kirim
salam kat mama, cakap kat mama Rul love
her so much.”
“Aik! mama aje, Papa?”
“You
too papa. Love you so much..”Tan Sri
Aiyuddin tersenyum. Azrul memang anak
yang baik. Talian dimatikan, isteri
disebelah dijeling sekilas.
“Rul cakap apa lagi?”
“Dia cakap nak balik lusa. Tak payah jemput sebab dia naik kereta dengan
kawan dia sekali.”
“Itu aje..”
“Ada lagi, dia cakap he loves you so much..”kali ini
tersunging pula senyuman dari bibir Puan Sri Suzanne.
“Suka lah tu.”
“Mestilah, anak saya dah nak balik
mana tak gembira.”
“Su..”
“Hmm..”
“Kalau anak abang tiba-tiba hadir
dalam rumah ni, adakah kasih sayang Su tetap sama macam kasih Su dengan anak
kandung Su.”Puan Sri Suzanne tersentak, pertanyaan suaminya mengundang rasa
tidak senang dihatinya. Dipandang wajah
suaminya, lantas diraih kedua-dua belah tangan Tan Sri Aiyuddin.
“Abang..anak abang, anak Su
juga. Macam mana Su sayangkan Azrul, macam
tulah Su sayangkan anak-anak abang. Cuma
Su harap mereka berdua sudi menerima Su seadanya.”dikucup telapak tangan
suaminya. Tan Sri Aiyuddin membalas
dengan mengucup ubun-ubun isterinya itu.
“Terima kasih Su..terima kasih. Abang tak tahu macam mana nak balas semua
kebaikan Su pada abang.”
“Abang, Su tak minta semua tu. Yang Su tahu, Su yang bersalah pada Kak
Ruzita. Sebab Su, Kak Ruzita tinggalkan
abang. Dan sebab Su jugalah, abang
terpisah dengan anak-anak abang. Su yang
bersalah bang.”pohon Puan Sri Suzanne.
Tan Sri Aiyuddin menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Baginya apa yang berlaku dulu sudah suratan
takdir. Ruzita yang nekad meninggalkan
dirinya tanpa khabar berita.
“Sudahlah Su, kita berdua yang
bersalah. Apa-apa pun abang bersyukur
sangat bila dapat tahu dimana anak-anak abang berada. Nyla pun sudah berumahtangga dengan seorang
lelaki yang abang kenali hatinya.
Keluarganya juga dari keturunan baik-baik, Toh Puan Aini seorang
usahawan wanita berjaya yang tinggi budi pekertinya. Dan abang percaya, Nyla kini hidup bahagia
bersama Aiden. Dan abang juga dapat
tahu, Aiman kini berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dibiayai
oleh Toh Puan Aini.”jelas Tan Sri Aiyuddin panjang lebar. Puan Sri Suzanne disebelah dipeluk erat. Seluruh rasa kasihnya tertumpah buat isterinya itu.
“Su pun tumpang gembira
mendengarnya.”ungkap isterinya itu.
“Selepas ini Su harap Nyla sudi
menerima Su sebagai mamanya. Harap-harap
Nyla sudi menjengah kita disini.”besar sungguh harapan isterinya itu.
“Dia doakan aje Su. Dah lama abang nak merasa pelukan dari
anak-anak abang.”
“Su pun bang..Su pun..”ujar Puan Sri
Suzanne. Tiba-tiba dia teringatkan
sesuatu tentang Thomas Aiden Anderson, suami kepada anak tirinya itu.
“Bagaimana dengan Aiden?”soal Puan
Sri Suzanne.
“Aiden? Kenapa dengan
dia?”pertanyaan si isteri dijawabnya pertanyaan pula.
“Yelah, sampai bila abang nak
berahsia dengan Aiden tentang hubungan sebenar abang dengan isterinya tu.”
“Biarlah masa yang
menentukannya. Kalau boleh abang nak
Nyla sendiri yang jelaskan kepadanya.
Abang tak mahu terburu-buru, lagipun Nyla sendiri belum mengakui siapa
abang kepadanya.”tukas Tan Sri Aiyuddin.
“Betul juga tu. Biar Nyla yang jelaskan. Tapi kalau dah terdesak, Su harap abang tahu
bagaimana hendak tangani semua ini.”
“Abang faham Su.”jawab Tan Sri
Aiyuddin lantas merebahkan diri diatas katil.
Puan Sri Suzanne turut sama merebahkan diri disebelah suaminya. Malam
ini mereka berdua telah berbincang panjang terumata tentang pertemuaan semula
Tan Sri Aiyuddin dengan anak kandungnya.
Selepas ini harapan mereka berdua agar dapat bersama-sama semula
menyatukan perhubungan yang telah lama terputus dek disebabkan kesilapannya
dulu.
Mata Nyla masih terkebil-kebil. Suami disebelah dipandang lama. Nyenyak sungguh suaminya tidur, tidak seperti
dirinya yang masih tidak dapat melelapkan matanya. Sejak bertemu semula dengan bapa kandungnya,
Nyla gelisah. Dia sama sekali tidak
menyangka akan bertemu dengan papanya yang kini telah menjadi orang
kenamaan. Tan Sri Aiyuddin, papa yang
telah lama menghilangkan diri sejak berkahwin dengan anak orang kaya. Menurut kata ibu, papanya mengahwini Puan Sri
Suzanne untuk membalas budi kepada bapa mertuanya Dato’ Sahar yang merupakan
bekas majikan papa. Namun disebabkan
tidak mahu berkongsi suami, ibu sanggup membawa dia dan Aiman lari meninggalkan
rumah mereka tanpa khabar berita. Ibu
juga telah berpindah jauh demi untuk menjauhkan dirinya dari papa.
Kejam! Itu memang satu perbuatan
kejam. Tapi sebabkan kemarahan ibu
sanggup memisahkan anak-anak daripada bapa kandung mereka demi untuk membalas rasa sakit hatinya dek
disebabkan kecurangan papa. Hari-hari
ibu meracuni fikiran Nyla dan Aiman agar membenci papa mereka. Saban hari macam-macam keburukan tentang papa
mereka diperkatakan. Sehinggalah Nyla
besar dan mengerti mengapa ibu mereka lari meninggalkan papa. Itupun setelah diceritakan oleh makcik
Ramlah. Menurut makcik Ramlah, ibunya
yang tidak mahu berkongsi kasih.
Sedangkan Puan Sri Suzanne datang sendiri bertemu dengan ibunya untuk
menjelaskan kedudukan sebenarnya. Malah
Puan Sri Suzanne tidak kisah mereka berkongsi kasih. Malang sekali ibunya yang tidak betah, lantas
pergi membawanya pergi bersama Aiman lari meninggalkan suaminya tanpa sebarang
khabar berita.
“Betul ke apa yang makcik cakapkan
ni?”soal Nyla.
“Aku dah cakap, mak kau tu memang
bodoh. Apa salahnya terima aje si
Suzanne tu sebagai madu. Lagipun aku
tengok si Suzanne tu baik orangnya. Taklah macam sesetengah anak orang kaya
yang sombong.”terang makcik Ramlah.
“Makcik pernah jumpa ibu tiri saya?”
“Pernah sekali, masa Suzanne datang
ke rumah kamu. Aku pun ada kat sana,
kebetulan nak ziarah mak kamu.”
“Habis tu apa jadi?”
“Lepas aje Suzanne balik, terus mak
kamu kemas pakaian. Aku pun ditarik sama
tinggalkan rumah malam tu jugak.”Pilu hati Nyla bila kebenaran terbongkar. Tak sia-sia dia nekad bertemu dengan makcik
Ramlah petang itu tanpa pengetahuan suaminya.
“Makcik..kenapa masa ibu meninggal
dulu makcik tak bagitahu papa.”soal Nyla ingin tahu.
“Nak bagitau macam mana, aku sendiri
tak tahu dimana papa kamu tinggal.’sahut makcik Ramlah tanpa rasa bersalah. Berderai airmata Nyla, tidak sangka ibunya
sanggup membiarkan perhubungan diantara anak dan papanya terpisah dek kerana
rasa sakit hati.
“Ibu, kenapa ibu tega memutuskan hubungan
kami. Tak sayangkah ibu kepada papa?
Kalau benar papa bersalah, tidak seharusnya ibu juga turut sama melakukan
kesalahan.”rintih Nyla dalam hati. Tanpa
menyedari, rintihannya bertukar menjadi esakkan halus. Tommy disebelah tersedar, bunyi esakkan
isterinya menganggu tidurnya.
“Nyla, kenapa ni?”tutur Tommy saat
bangkit dari tidur. Tangannya mengusap
tubuh Nyla. Isterinya yang sedang
melayan perasaan turut sama terkejut.
Tidak menyangka suaminya sedar disebabkan esakkannya.
“Tak..tak..saya okay. Abang tidurlah.”dalih Nyla sambil mengesat
airmatanya.
“Okay sayang kata, ni apa?”airmata
dipipi Nyla dikesat.
“Saya mimpi buruk tadi. Sebab itu..”
“Sebab itu sayang menangis? Macam
tu?”sangkah Tommy. Nyla mengangguk
lemah.
“Abang tahu sayang tak tidur. Dari tadi lagi abang perhatikan Nyla.”Nyla
menjungkitkan keningnya, tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu.
“Bukan ke abang tengah tidur
tadi?”soal Nyla hairan dengan tutur kata suaminya itu.
“Nyla jangan tak percaya, abang ni
bukannya tidur pun. Sekadar tidur-tidur
ayam aje. Sebab tu abang tahu sayang tak
tidur lagi.”komen suaminya itu. Takut
rahsianya terbongkar, Nyla mencipta alasan
“Saya rindukan Aiman, sebab itu
sedih.”bohong Nyla, berharap Tommy tidak bertanyakan lagi soalan yang bukan-bukan.
“La..ingatkan Aiman
rupa-rupanya. Abang ingat apalah
tadi. Kan Aiman dah call, cakap dia akan balik
dalam sehari dua ni. Jangan risau,
lagipun Tok Wan dah minta Pak Abas jemput Aiman pulang nanti.”
“Jom kita tidur, esok abang ada
mesyuarat kat pejabat. Takut terlewat
pula nanti. “ajak Tommy sambil membaringkan tubuhnya ditilam. Ditarik lengan Nyla agar turut sama baring
disebelahnya. Tubuh si isteri dipeluk,
Nyla rasa indah bila berada dalam dakapan suami yang mula mendapat tempat dihatinya.
~Bersambung~