BAB 23
“Daddy..
daddy..”terhenti langkah Tommy
apabila ada sepasang tangan memeluk pinggangnya dari arah belakang.
“Anak siapa ni?”dipusingkan badannya
lalu dia menbongkokkan tubuhnya agar selaras dengan tubuh kecil itu.
“Daddy..”sekali
lagi anak kecil itu memanggil dirinya.
Kali ini ada senyuman yang terukir dibibirnya.
“Daddy? Adik salah orang ni. Uncle
bukan daddy kamu.”tegur Tommy
lembut. Amanda terpana, dia merenung
semula wajah lelaki ini. Wajah ini memang mirip wajah yang ada dalam album
gambar di rumahnya.
“No..no.. you are my daddy..”rengek
Amanda pula. Dia kenal benar akan wajah daddynya walaupun hanya berpandukan
gambar yang sering dilihat didalam album kepunyaan mummy nya. Tommy menguntum senyuman, wajah comel
anak kecil ini direnung lama. Ada
sesuatu yang mencuri hatinya, wajah si kecil ini seakan mirip wajah
seseorang. Ya, seorang yang amat dia
rindui.
“What’s you name dear?” soal
Tommy bersama senyuman dibibir. Kepala
anak kecil itu diusap lembut.
“Nur Amanda...”jawab si kecil petah.
“Nur Amanda..what a nice name you have. Mana
mama sayang?”soal Tommy sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling. Amanda mengarahkan jari telunjukmya ke butik
berhampiran. Ada seorang wanita dalam
lingkungan 50an disitu. Lantas tanpa
berlengah lagi Tommy bawa si kecil menghampiri butik itu.
“Puan, ini anak puan ke?”soal Tommy
pada wanita yang berdiri membelakangi dirinya.
Saat terdengar satu suara menyapa, Puan Sri Suzanne menoleh ke
belakang. Alangkah terkejutnya dia saat melihat
tangan cucunya berada kemas dalam gengaman Tommy.
“Eh Aiden? Aunty ingatkan siapa tadi. Amanda,
mana sayang pergi?”tegur Puan Sri Suzanne lembut. Amanda pula masih erat menggengam tangan
Tommy.
“Ini anak Aunty ke?”soal Tommy lagi.
“Eh kamu ni Aiden. Aunty
mana ada anak kecil. Kalau Aiden nak
tahu ini cucu aunty, dia baru sahaja balik dari UK.”terang Puan Sir Suzanne
ramah.
“Cucu? Bukan ke Azrul masih belajar, bila masa dia
berkahwin.”pertanyaan Tommy membuatkan Puan Sri Suzanne terkedu.
“Eh bukan, maksud aunty cucu sedara.”
“Oh begitu..”
“Amanda,
come to tuk ma.”Puan Sri Suzanne cuba mengapai Amanda agar mendekati
dirinya. Namun anak kecil itu masih berdegil,
tangannya kemas memegang tangan Tommy.
“Amanda..go
your tuk mama sayang.”pujuk Tommy pula.
“No..no..
I want to follow you daddy.”jawab Amanda masih berdegil tidak mahu
melepaskan pegangan tangannya.
“Amanda, jangalah macam ni. Nanti
mummy marah.”Amanda menggeleng, tidak
mahu menerima pujukan neneknya. Tommy
tersenyum, suka bila melihat keletah anak kecil ini. Jam ditangan dipandang sekilas, masih awal
lagi untuk dia ke pejabat semula.
Lagipun hari ini dia tidak ada mesyuarat yang penting.
“Okay..okay..
Daddy will follow Amanda home.”Tommy menawarkan dirinya untuk menghantar
anak kecil ini pulang. Puan Sri Suzanne
didepan sudah tidak keruan.
“Kenapa aunty? Nampak resah aje.”soal Tommy setelah melihat kelakuan aneh
Puan Sri Suzanne.
“Tak..tak ada apa-apa Aiden. Cuma aunty
tak mahu menyusahkan Aiden”bohong Puan Sri Suzanne. Padahal dia takut kedatangan Tommy dirumah
mereka akan membongkarkan rahsia yang selama ini mereka simpan. Lebih-lebih lagi Nyla, dia tahu anak tirinya
itu masih belum bersedia untuk bertemu dengan suaminya.
“It’s
okay aunty, lagipun hari ini Aiden free.
Bolehlah Aiden singgah ke rumah.”Puan Sri Suzanne tiada pilihan selain terpaksa
menerima tetamu yang tidak diundang ini.
“Kejap yea, aunty nak call driver.”
“Eh, tak usah aunty. Aiden boleh hantarkan Aunty
ke rumah.”pelawa Aiden lagi.
Sebenarnya dia teringin sangat mahu ke rumah Tan Sri Aiyuddin. Lagipun dalam firasat Tommy, seperti ada sesuatu yang cuba
dirahsiakan oleh wanita ini.
“Kalau macam tu, aunty follow Aiden.”akhirnya Puan Sri
Suzanne mengalah. Tommy tersenyum lebar,
tubuh si kecil diangkat lantas didukungnya.
“Jom..”ajak Tommy. Mereka bertiga jalan beriringan meninggalkan
komplek membeli belah menuju ke tempat parking kereta. Amanda dalam dukungan Tommy kelihatan amat
gembira sekali. Puan Sri Suzanne
mengerling sekilas, dalam hati dia amat bersyukur kerana Amanda berpeluang
bertemu dengan bapa kandungnnya. Walapun
Tommy sendiri tidak menyedari itu adalah darah dagingnya sendiri.
“Terima kasih Ya Allah kerana
menemukan kedua beranak ini.”Puan Sri Suzanne mengucap kesyukuran dengan
pertemuan ini.
Sampai di rumah, Puan Sri Suzanne
mempelawa Tommy masuk.
“Sunyi aje, mana uncle?” soal Tommy sebaik melabuh duduk
disofa.
“Uncle?
Macam biasa. Kat padang golf lagi. Azrul masih di overseas. Tinggal Aunty
aje kat rumah. Itu yang bawa Amanda
sekali sekala ke mari.”jawab Puan Sri Suzanne.
Hatinya lapang apabila pembantu rumahnya memberitahu Nyla tiada dirumah. Takut juga dia apa akan berlaku jika anaknya
bertemu semula dengan Aiden.
“Tak minum dulu Aiden?”pelawa Puan
Sri Suzanne.
“Tak kot Aunty, Aiden nak kena balik
ke pejabat.”jam ditangan dikerling sekilas.
“Kalau macam tu terima kasih sebab
sudi hantar Aunty dan Amanda pulang.”
“Alah Aunty ni, macam tak biasa.
Lagipun Aiden dah jatuh sayang kat Amanda ni. Comel sangat dia. Petah pula tu.”pipi Amanda dicium. Amanda ketawa gembira, suka bila dapat
bertemu dengan daddynya walaupun
hakikatnya Tommy tidak tahu perkara yang sebenarnya.
“Amanda memang macam ni. Dengan semua orang dia mudah mesra.”tukas Puan Sri
Suzanne sambil mencubit pipi cucunya.
“No tuk ma, I
don’t like stangers. But this is my
daddy, sebab itu Amanda sayang.”Puan
Sri Suzanne tergamam, kepetahan Amanda berbicara bakal mengundang masalah pada
dirinya. Nanti terbongkar pula siapa mummy Amanda.
“Maaflah Aiden, Amanda ni memang
suka bergurau. Sayang, daddy kan pergi overseas.”
“Overseas?
Bila masa Tuk ma. Setahu
Amanda..”belum sempat Amanda meneruskan kata, Tan Sri Aiyuddin muncul dibelakang
Tommy.
“Aiden, Bila sampai?”Tommy terus
bangkit lantas mendapatkan Tan Sri Aiyuddin. Puan Sri Suzanne menarik nafas lega, nasib baik suaminya pulang awal.
“Baru saja sampai. Kebetulan jumpa Aunty kat KLCC, Aiden pelawa hantar ke rumah.”jelas Tommy sambil
menghulurkan salaman.
“Aik! driver mana?”soal Tan Sri Aiyuddin pada isterinya.
“Razlan minta balik awal, katanya
isterinya dah nak bersalin. Itu yang
saya ikut Aiden balik, kebetulan pula.”
“Terima kasih Aiden sebab sudi
tumpangkan Aunty. Kalau tak terpaksalah uncle redah kesesakkan
lalulintas sebab nak ambik mereka berdua.”
“No
problem uncle. Aiden pun kebetulan ada temujanji dengan klien kata
situ. Lepas tu terserempak pula dengan
si comel ini, itu yang geram tengok.”lantas pipi comel Amanda dicubit mesra.
“Daddy..”Amanda
memasamkan wajah, marah bila pipinya menjadi mangsa cubitan. Tan Sri Aiyuddin terkaku, reaksinya
mengundang rasa sangsi dimata Tommy.
“Kenapa
uncle terkejut.”
“Dari mana datangnya perkataan daddy ni.”
“Daddy..is
daddy lah.. apalah Tuk pa.”jawab si comel yang kini sudah berada dalam dukungan
Tommy. Tan Sri Aiyuddin menepuk dahinya,
baru teringat tentang anaknya Nyla.
Tentu Amanda kenal Tommy kerana gambarnya ada dalam album keluarga.
Tommy meletakkan tubuh Amanda
disofa. Dalam hati ini bertanya lebih
lanjut siapa ibu dan bapa kepada anak comel ini. Lantas ditarik Tan Sri Aiyuddin menjauh.
“Uncle,
siapa parents Amanda. Dari tadi dia asyik panggil Aiden daddy.
Terkejut jugak Aiden dibuatnya.”Tan Sri Aiyuddin tersenyum
pahit. Serba-salah mahu menyatakan
kebenaran atapun tetap berbohong demi keselamatan anak dan cucunya. Akhinrnya dia memilih untuk tidak bersuara.
“Uncle
minta maaf Aiden. Uncle tak boleh jelaskan apa yang berlaku. Cuma uncle
harap suatu hari nanti Aiden akan tahu kebenaranya. Uncle
naik atas dulu, nak bersihkan diri”habis bicara, Tan Sri Aiyuddin meminta
diri. Kebetulan dia perlu membersihkan
diri setelah seharian berada di padang golf.
Puan Sri Suzanne mendekat, “Aunty minta maaf jika jawapan uncle buat Aiden tertanya-tanya. Kami berdua tak tahu nak jelaskan macam mana
lagi.”
“Tak apa Aunty, Aiden faham. Eh! dah
nak petang, Aiden kena balik ke pejabat.
Ada banyak kerja yang perlu Aiden siapkan. Aiden minta diri dulu yea. Insyaallah, kalau ada umur panjang kita
bertemu lagi. Assalamualaikum.”Tommy
meminta diri pulang, wajah cemberut Amanda dipandang lemah. “Cantik! walaupun masam. Kalau lah Amanda anak aku, alangkah
bahagianya hidup ini.”detik hatinya.
“Daddy..where
are you going?”kaki Tommy dipeluk Amanda, tidak mahu melepaskan lelaki itu.
“Amanda darling, daddy work. Nanti
malam daddy datang okay.”pujuk Tommy.
“Tak mahu..nak daddy juga.”rengek Amanda
dalam dukungan Tommy.
“Amanda sayang, daddy kena pergi kerja. Nanti
petang daddy balik. Okay
sayang.”tubuh si kecil diletak diatas sofa.
Amanda masih merajuk, muncungnya panjang sedepa. Lucu Tommy lihat wajah comel itu.
“Okay,
daddy can go to work. But promise me, bila petang Amanda nak daddy come back.”Tommy mengangguk dalam
keadaan serba-salah. Mengerti dengan
kegusaran menantu rahsianya, Puan Sri Suzanne memberi isyarat mengangguk.
“Pergilah Aiden. Kejap lagi okay lah tu. Lagipun Aiden dah lambat.”tegur Puan Sri Suzanne pula.
“Baiklah Aunty, Aiden pergi dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam”Tommy pun beredar
setelah Puan Sri Suzanne menjawab salamnya.
~Bersambung~