Thursday, 16 October 2014

My Girl - Bab 24



BAB 24
         
            “Mummy..mummy..”jerit Amanda setelah melihat kelibat Nyla dimuka pintu.

            “Sayang..dah balik.  How’s your day?”pipi si anak dicium.

            Good,  Amanda jumpa daddy.”

        “Daddy?”anggukkan anaknya membuatkan Nyla terkedu.  Sehinggalah Puan Sri Suzanne datang menyapa.

            “Amanda, pergi naik mandi.  Tok ma ada sesuatu nak cakap dengan mummy.”

            Okay tok ma.”berlari si kecil menuju kebiliknya meninggalkan Puan Sri Suzanne dan Nyla diruang tamu.

            “Baru balik?”soal pertama Puan Sri Suzanne.

            “Yea, ma..”jawab Nyla pendek.

            “Nyla dari mana?”pertanyaan mamanya membuatkan Nyla serba-salah.  Puan Sri Suzanne menguntum senyum, tidak susah hendak meneka kemana arah tujuan anaknya itu.

            “Nyla pergi ofis Aiden?”serkap jarang Puan Sri Suzanne mengena.  Perlahan-lahan Nyla mengangguk kepala.

            “Nyla terlambat.  Aiden dah bertemu dulu dengan anak dia.”tercengang Nyla dengan kenyataan mamanya.

            “Abang dah jumpa Amanda? Kat mana mama.”dengan cemas Nyla bertanya.  Puan Sri Suzanne tersenyum lagi.

            “KLCC”

            “Mama buat apa kat sana sampai boleh terjumpa abang.”soal Nyla cemas.

       “Mama kan pergi shopping. Kebetulan terserempak dengan Aiden. Eh bukan mama, tapi Amanda.”

            “Amanda, macam mana dia kenal Aiden?”

            “Kamu dah lupa, yang kamu masih lagi simpan gambar Aiden.”

            “Oh..Nyla lupa mama.”terlupa dengan kealpannya sendiri.

           “Habis tu apa yang jadi.”soal Nyla ingin tahu apa yang berlaku dalam pertemuan itu.  Puan Sri Suzanne menceritakan apa yang terjadi dari mula sehingga akhir.  Nyla yang terpegun mendengar cerita itu menjadi risau.

            “Amanda yang panggil Aiden daddy.”ayat terkahir itu membuatkan Nyla bertambah-tambah risau.

            You need to explain to her.  She deserve an explanation.  Dia dah besar Nyla, dia berhak tahu siapa ayah kandung dia.  Mama tak mahu suatu hari nanti kamu menyesal kerana tidak berpeluang menjelaskan perkara ini kepadanya.”

            “Tapi ma, Nyla belum sedia lagi.”

         “Cepat atau lambat, masa itu pasti akan tiba.  Mama tak mahu disebabkan perkara ini, kamu bertiga terus terpisah.  Ajal dan maut ditangan Tuhan, siapalah kita untuk menentukannya.  Tapi ingat, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Pedulikan orang lain, kebahagian kita yang lebih penting.”panjang lebar nasihat Puan Sri Suzanne menerjah ruang minda Nyla.  Betul apa kata mamanya, kebahagian itu penting.

            “Jangan lama sangat, mama risaukan Amanda.”nasihat Puan Sri Suzanne lagi.

            “Insyaallah ma, Nyla janji akan segera selesaikan perkara ini.”pinta Nyla

Sementara itu, Tommy telah menjumpai sesuatu didalam keretanya.  “Loket siapa ni?”ujar Tommy lantas mengambil seutas loket dari lantai keretanya.  Direnung loket emas berbentuk ‘love’ lalu diperhatikan tulisan yang terukir diatasnya. “Nur Amanda Anderson”.

            “Barangkali loket ini kepunyaan Amanda, cucu kepada aunty Suzanne.”tukasnya dalam hati.  Tommy membuka loket itu, terdapat gambar si kecil Amanda bersama seorang wanita yang amat dia kenali. Debaran didada kian memuncak, airmata yang menitis membuatkan dia terharu.  Orang yang dia tercari-cari selama ini telah ditemui, “Terima kasih Ya Alah”sempat dia memanjatkan doa kesyukuran kepada yang Maha Esa.

            “Nyla?”terucap nama itu dari bibirnya.  Rindu yang membara tidak terkira, namun terpaksa dipendamkan.  Terasa ingin terbang ke rumah Tan Sri Aiyuddin sekarang, tetapi dia tidak berdaya.  Dia perlu menunggu sehingga esok hari, takkan mahu menerjah rumah orang dikala waktu-waktu yang tidak sesuai.  “Tunggu abang sayang, abang akan ke sana.” luahnya dalam sendu.   

            Malam itu sebelum tidur, Tommy sujud syukur diatas apa yang berlaku hari ini.  Selain mengetahui Nyla masih hidup, dia juga dikejutkan dengan kehadiran seorang anak perempuan yang comel.  Nur Amanda Anderson, sungguh indah nama itu sehingga dia sendiri tersenyum lebar semasa menyebut nama itu.  Pandai isterinya memilih nama itu.  Rasa tak sabar menanti hari siang, ”Terima kasih Ya Allah.”ucapnya lagi sebelum melelapkan matanya.  

~Bersambung~