Friday, 1 November 2013

My Girl - Bab 12


Bab 12

            “Batul ke ini anak-anak saya?”soal Tan Sri Aiyuddin sambil meneliti gambar-gambar yang diambil oleh penyiasat peribadinya itu.

            Confirm Tan Sri.  Saya dah bertemu pun dengan Ramlah, sepupu kepada Puan Ruzita.  Selama ini dia yang telah diamanahkan untuk menjaga anak-anak Tan Sri sejak kematian Puan Ruzita kira-kira 6 bulan yang lalu.”terang penyiasat itu panjang lebar.

            “Kau ada gambar Ramlah?”

            “Ada, ini dia.”gambar bertukar tangan, Tan Sri Aiyuddin terpaku.  Memang tidak salah lagi, inilah Ramlah sepupu kepada isteri pertamanya.

            “Bagus.  Sekarang dimana anak-anak aku berada.”penyiasat itu mengeluh lemah. 

            “Kenapa?”soal Tan Sri Aiyuddin setelah mendengar keluhan dari bibir lelaki itu.

            “Mereka berdua sudah tidak tinggal dengannya lagi.  Ramlah kata anak-anak encik dah dibawa oleh suami Nyla keluar dari rumah dia.”Tan Sri Aiyuddin pula mengeluh.  Harapan untuk menemui anaknya makin tipis pula.

            “Ada Ramlah bagi tahu siapa suami Nyla.”soal Tan Sri Aiyuddin lagi.  Dalam hati berharap agar lelaki itu tahu.  Senyuman yang terukir dari bibir penyiasat itu melegakannya.

            “Ada Tan Sri.  Nama suami Nyla, Thomas Aiden Anderson.  Dia merupakan cucu kepada Toh Puan Aini, pewaris empayar syarikat pembinaan terkenal di KL.”sebaik sahaja mendengar nama itu disebut, Tan Sri Aiyuddin mengucap panjang.  Anaknya memperolehi jodoh yang baik, doanya termakbul.

            “Bagus.  Ini upahnya.  Terima kasih kerana telah menemuikan anak-anak saya.  Tapi ingat, aku nak kau rahsiakan tentang semua ini.”penyiasat itu mengangguk, mengerti dengan etika kerjanya itu.

            “Tan Sri jangan risau, amanah itu perinsip saya.  Setiap maklumat klien adalah rahsia.”

            Good, now you may go. Dan terima kasih sekali lagi.”sebelum beredar mereka sempat bersalaman.  Tan Sri Aiyuddin tersenyum lebar, tidak lama lagi hajatnya untuk bertemu dengan anak-anaknya pasti akan termakbul jua.  Gambar-gambar itu direnung lagi, senyuman Aiyatul Nyla serupa dengan senyuman arwah isterinya.  Ah! rindunya abang pada Ita.  Sayang sekali kita tidak dapat bertemu, perginya Ita buat abang rasa lebih bersalah lagi.  Maafkan abang, abang memang suami yang tidak berguna.  Tanpa disedari, airmatanya mengalir tanpa dipinta.  Tan Sri Aiyuddin menangisi pemergian isteri yang dikasihi. 

            Disebalik cermin café,  Aiyatul Nyla terpaku saat melihat airmata seorang lelaki mengalir seperti menangisi seseorang.  Ditangannya ada beberapa keping gambar. Kasihan lelaki ini, mungkin dia sedang merindui seseorang.

                        “Kau tengok apa?”soal Tommy setelah mendapatkan isterinya.  Terkejut Nyla dengan sapaan suaminya itu.  Hampir-hampir terlepas beg-beg shopping.

            “Encik ni, lain kali bagilah salam.  Nasib baik saya tak pengsan.”tokok Nyla geram.  Tommy pula ketawa.

            “Habis tu abang panggil dari tadi sayang tak dengar, terus abang datang dekat.”sangkah Tommy.  “Sayang tengok apa?”soal Tommy lagi.

            “Cuba encik tengok kat sana.  Kesian pakcik tu, dari tadi Nyla tengok dia duk tenung gambar-gambar tu sambil menangis.”jari telunjuk Nyla merujuk lelaki yang sedang duduk didalam café itu.  Tommy memandang ke arah dalam café, memang benar ada seorang lelaki dalam lingkungan usia 50an sedang duduk disitu.  Macam kenal aje?tokoknya dalam hati.

            “Agaknya dia tengah rindukan anak dia kot?”teka Tommy, Nyla mengangguk setuju.

            “Kesian kan? pakcik tu seperti saya juga, rindukan orang yang tersayang.”ucap Nyla tiba-tiba.  Tommy membuang pandang ke arah isterinya.

             “Nyla pulak, rindukan siapa? Abangkan ada kat sini, takkan nak rindu lagi.”usikan  Tommy buat Nyla terkejut dari khayalannya.

            “Saya terkenangkan arwah mak,  lebih-lebih lagi ayah saya.”

            “Ayah?”

            “Ya, ayah saya.  Sampai sekarang saya tidak tahu dimana dia berada.”ujar Nyla hiba.  Tommy merapatkan tubuhnya, bahu isteriya dipeluk erat.
            “Kenapa kau tak pernah  bercerita tentangnya pada aku.”

            “Dah encik tak tanya.  Lagipun siapa lah saya, hanya melukut ditepi gantang.  Tak perlulah encik tahu tentang diri saya ni.  Sampai masanya nanti, saya sendiri akan pergi meninggalkan encik.”sayu suara Nyla menutur kata meruntun hati Tommy. Satu keluhan terlepas dibibirnya, Tommy merasa bersalah. 

            “Jangan cakap macam tu Nyla.  Abang dah cuba nak perbaiki hubungan kita berdua sejak hari kita bernikah lagi.  Tapi Nyla sendiri yang tak mahu memberi peluang pada diri sayang sendiri.  Salah abang kah?”Nyla mereunng ke dalam anak mata suaminya, terpancar cahaya keikhlasan disitu.  Perlukah dia menceritakan kisah perit hidupnya kepada lelaki ini. Sudah bersediakan lelaki ini mendengar kisahnya, atau sekadar mahu mengambil hatinya saja. Keluhan dilepaskan dalam hati.           

            “Dah..jom kita balik.  Abang nak dengar Nyla ceritakan tentang ayah.  Selama ini pun tak banyak yang abang tahu tentang Nyla.  Abang ingat ayah Nyla dah tak ada lagi.”ujar Tommy sambil menarik tangan isterinya mahu meninggalkan tempat itu.  Dalam diam Tommy mahu isterinya menceritakan tentang kehidupannya dahulu.  Salah dirinya juga yang tidak perihatin tentang semua ini.  Nyla menurut saja bila Tommy mengajaknya pulang.  Lagipun dia sudah tidak betah lama-lama disitu.

            “Encik tak pernah tanya, dan encik tak perlu tau.  Sampai masanya nanti kita akan berpisah juga.” Tidak terluah kata-kata itu, hanya menjerit dalam hatinya.

            Sampai dirumah, Nyla melulu masuk menuju kebilik.  Nasib baik Toh Puan Aini tiada dirumah.  Kalau tidak bersoal jawablah Tommy dengan Tok Wan dengan perubahan sikap isterinya.

            “Sayang kenapa?”soal Tommy setelah menutup daun pintu.  Wajah Nyla dimeja solek direnung lama,  ada sisa titisan airmata disitu.

            “Sayang..”panggil Tommy lagi, namun tiada jawapan.

            “Aiyatul Nyla”tersentak Nyla apabila suaminya memanggil nama penuhnya.  Cepat-cepat diseka sisa-sisa airmatanya.

            “En..encik panggil saya?”tergagap-gagap Nyla menjawabnya.  Tommy mengeluh, tangan Nyla ditarik agar mengikutnya duduk dibirai katil.  Tangan kanan Nyla diulus lembut, cuba menzahirkan rasa sayangnya pada isterinya.

            “Abang tanya, awak kenapa.  Dari dalam kereta sampailah ke rumah diam membisu.  Bila abang panggil Nyla diam, tak pula menjawab.  Awak buat abang susah hati melihat keadaan awak.”lembut suara Tommy memujuk Nyla buat dirinya terharu.

            “Saya..saya..”

            “Awak rindukan ayah?”cantas Tommy bila melihat isterinya sukar meluahkan kata. Anggukkan Nyla menjawab pertanyaannya.  Tommy memaut bahu Nyla, ditarik kepala isterinya agar rapat kedadanya.  Nyla terpaku dengan tindakan Tommy.

            “Abang mengerti perasaan sayang.  Tapi sayang kena sabar, Allah ada bersama-sama kita.  Suatu hari nanti Dia pasti akan temukan sayang dengan ayah.  Masa tu sayang rasa bertuah sangat sampai abang pun sayang lupakan.”pujuk Tommy sambil tangannya mengelus lembut rambut Nyla.  Nyla mengangkat wajahnya, direnung wajah lelaki itu.  Dalam hati sempat berkata, “Alangkah indahnya jika aku benar-benar miliknya.”

            “Tengok, termenung lagi.  Nyla dengar tak apa yang abang cakapkan tadi.”Nyla mengangguk lemah.  Tommy tidak puashati, tetap mahu suara itu keluar dari bibir comel milik isterinya itu.

            “Encik…”akhirnya, terbit juga suara dari bibir isterinya.  Tommy tersenyum senang.

            “Hmmm…sayang nak cakap apa?”

            “Kenapa encik panggil saya ‘sayang’?”soalan Nyla membunuh lamunan Tommy yang hanyut dengan suara merdunya.  Ditolak perlahan bahu Nyla, ada garisan sedih disitu.

            “Dah berapa kali abang cakap, abang panggil Nyla ‘sayang’ sebab abang memang dah mula nak terima Nyla.  Hati abang dah sayang Nyla sebagai isteri, pendamping hidup dan tak mustahil bakal menjadi mama kepada anak-anak abang nanti.” ucap Tommy bersama senyuman terukir dibibir.  Nyla pula terpaku, pengakuan Tommy buat dia tidak keruan.

            “Encik..”

            “Panggil abang sayang, panggil abang.”tutur Tommy lagi, berharap agar isterinya sudi memanggil dirinya sebegitu. Pelukan dieratkan.

            “Saya tak boleh”

            “Kenapa pula tak boleh? Abangkan suami sayang.”tukas Tommy.

            “Tak boleh encik.  Lagipun siapalah saya, tak layak untuk berada disisi encik.”Tommy merenung tajam, tidak percaya isterinya berkata sebegitu.

            “Apa yang tak layak? Cuba Nyla terangkan, abang nak dengar.”soal Tommy kuat, gagal melawan amarahnya.  Sakit hati bila si isteri mempertikaikan hubungan mereka.

            “Saya takut..”

            “Nyla takut dekat abang Vince, begitu?”sergah Tommy lagi.  Nyla mengangguk lemah bersama sendu.  Tommy meraup wajahnya, rasa kesal meninggikan suaranya.

            Tommy memegang bahu Nyla, direnung wajah polos itu.  Sendu sendan isterinya masih bersisa.  Hatinya dipagut resah, mahukah isterinya menerima kata-kata pujukannya nanti.  Dia risau, Nyla seperti menyalahkan takdir hidupnya.

            “Wahai isteriku, Aiyatul Nyla.  Abang, Thomas Aiden Anderson sesungguhnya ingin mengingatkan sayang bahawa pernikahan kita ini adalah percaturan dariNya.  Jodoh ini datang dariNya dan ditentukan olehNya juga.  Kalau tidak, tentu kita tidak bersama-sama disini hari ini.  Kalau benar jodoh kita tidak panjang, abang rasa sudah lama Allah buang perasaan sayang ini dari hati abang.  Tapi tidak, semakin hari rasa sayang abang bertambah pada Nyla.  Bagaimana harus abang buang perasaan ini jika tidak dengan keizinanNya.”penerangan Tommy buat Nyla tersedar tiada kuasa yang melebih Allah, semuanya datang dariNya.  Memang benar pernikahan mereka pada mulanya berlandaskan perjanjian, tapi kini Tommy sendiri sudah mengakui perasaannya. 

            “Apa lagi yang perlu aku buat, perlukan aku menerima dirinya sedangkan diri ini masih terikat dengan perjanjian itu.  Ya Allah, kau tunjukkan aku jalannya.  Aku juga ingin hidup bahagia bersama lelaki ini.”doa Nyla dalam hati.  Matanya masih tidak kalih merenung anak mata lelaki yang bergelar suaminya ini.  Tiba-tiba suaminya mengukir senyuman manis, indahnya ciptaanmu Ya Allah.

            “Nyla pun..sayangkan abang.”akhirnya tercetus juga ayat itu dari bibirnya.  Tommy terpana, tidak percaya.  Namun sempat juga dia menarik isterinya kedalam pelukannya. “Terima kaish sayang, terima kasih.  Dah lama abang nak dengar sayang panggil abang.”

            “Nyla pun..teringin sangat nak panggil abang. Tapi…”

            “Tapi apa? Sayang malu, gitu?”cantas Tommy bila melihat wajah malu-malu si isteri.  Nyla memukul dada suaminya, malu bila diprovok.

            “Sakit lah sayang.  Karang abang meninggal, jadi janda berhias baru tahu.”seloroh Tommy pula.  Muka Nyla merah menahan malu.

              “Abang ni…”

            “Apa abang..abang..sayang yang mulakan.  Abang tak buat apa-apa pun.”sekali lagi Nyla menumbuk dada suaminya.  Bukannya kuat pun, sekadar tumbuk manja.

            “Tengok? Sayang buat lagi.  Karang abang tergoda sayang juga yang susah.”Nyla yang mengerti maksud suaminya terus bangkit.  Namun tindakan pantas Tommy menyelar pergelangan tangan isterinya sehingga Nyla jatuh terduduk diatas ribanya.  Terus dikunci pergerakan isterinya dengan memeluk kemas pinggang Nyla.

            “Sayang nak lari kemana? Sekarang abang dah peluk ketat-ketat, sayang dah tak boleh lari lagi dari abang.”sempat lagi Tommy mengucup pipi kanan isterinya.  Tak tahan dengan godaan manja si isteri

            “Abang..lepaslah.  Nyla nak bangkit siapkan minum petang.”pinta Nyla.  Tommy masih galak mengusik isterinya.  Kali ini pipi sebelah kiri pula menjadi mangsa ciumannya.  Nyla serba salah, nak lepaskan diri tak boleh. Pelukan erat Tommy menghalangnya berbuat demikian.  Sedang Nyla cuba melepaskan dirinya, pintu bilik mereka diketuk dari arah luar.

            “Tom, keluar sekejap.  Abang ada hal nak bincang dengan Tom.”sebaik sahaja terdengar suara Vincent, Tommy melepaskan pelukan.  Hampir-hampir Nyla tergolek jatuh jika tidak ditahan olehnya.

            “Syhh…sayang duk diam-diam.  Jangan kemana-mana, abang nak jumpa abang Vince kejap.”mengerti maksud suaminya, Nyla mengangguk. Tinggallah dirinya dalam bilik setelah Tommy keluar bertemu dengan abangnya.

            Nyla membaringkan tubuhnya, lantas terbayang semula adegan mesranya dengan Tommy.  Tersenyum-senyum dia mengenangkan dirinya mula disayangi oleh lelaki yang sudah mendapat tempat dihatinya.  “Terima kasih Ya Allah, kau telah mempertemukan aku dengan lelaki sebaik dirinya.  Aku berharap agar perhubungan ini berkekalan sehingga akhir hayatku.”doanya dalam hati tanpa menyedari kelopak matanya mula tertutup dan dibuai mimpi indah bersama si dia.
 
~Bersambung~

4 comments:

  1. Best2.... Nak lagi akak
    Best sngat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruunna qizbal sya x guna dah nama 2... Hehe... Skrang sya guna balqiz zainol...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete