Bab 16
Dari kejauhan Vince memerhatikan
susuk tubuh yang sedang asyik mengemas didapur rumah. Dipandang kiri dan kanan, tiada sesiapa
disini. Kebetulan Tok Puan Aini bersama
Makti tidak ada dirumah. Inilah
kesempatan yang dia ada. Dia perlu
memanfaatkan keadaan ini sebelum terlambat.
Nyla harus disingkirkan sebelum rancanganya gagal. Dia mahu gadis itu keluar dari rumah ini hari
ini juga. Rancangan yang diatur sejak
semalam akan lebih sempurna jika dilaksanakan sekarang ini. Itu yang difikirkan olehnya sejak tadi.
Perlahan-lahan Vince mendekati Nyla
tanpa disedari gadis itu. “Eh, encik Vince? Saya ingatkan siapa tadi.”terkejut
Nyla saat melihat batang tubuh Vince dibelakangnya. Dia ingatkan suaminya tadi.
“Kenapa, terkejut? Kau ingat aku
Tom, suami kesayangan kau.”sinis suara Vince menerpa ditelinganya. Saat Vince cuba menghampiri Nyla, dia
berundur kebelakang cuba tidak bersentuhan dengan lelaki itu.
“Aaa..apa yang encik nak buat
ni?”terketa-ketar suara Nyla mengajukan pertanyaan itu.
“Aku nak kau!”tersirap darah
Nyla. Mana dia nak lari, dirinya sudah
terperangkap. Apabila Vince cuba memeluk
dirinya, Nyla menunduk.
“Huh!, mana kau nak lari.”Vince
kegeraman, hajatnya tidak kesampaian.
Berkejaranlah kedua-duanya, sehinggalah sampai saat Nyla keletihan. Hendak lari sudah tidak berdaya. Nak menjerit lagilah teruk, apatah lagi
rumah Tok Wan kosong. Kebetulan Mak Ti
balik kampung, Tok Wan pergi surau ada kuliah agama manakala suaminya pula
keluar bermain golf dengan Tan Sri Aiyuddin.
“Kau jangan ingat boleh lari dari
aku. Semua orang tak ada dirumah. Kalau kau menjerit sampai keluar anak tekak
pun, belum tentu ada yang mendengarnya.
Hari ini kau memang ditakdirkan untuk aku. Hahahahaaaa…”gelak dan tawa Vince
menyeramkan Nyla. Tidak pernah dia
mengalami situasi sebegitu.
“Ya Allah, lindungilah hambamu
ini.”doa Nyla dalam hati. Belum sempat
Nyla melangkah, tangannya diselar Vince.
Terus dipeluk tubuh gadis itu erat, lengan baju Nyla dikoyak rakus. Demi terpandang bahu Nyla yang terdedah,
nafsu Vince mula membuak. Dia tidak akan
melepaskan peluang ini, biar apa pun terjadi.
Nyla harus dimiliki. Belum sempat
Vince mahu mencium pipi Nyla, gadis itu menyiku perutnya. Terduduk Vince dek penangan Nyla.
“Aduh!” Vince memegang perutnya. Peluang buat Nyla untuk melepaskan diri. Vince yang masih mengaduh kesakitan masih
sempat menjerit. “Kau akan jadi milik aku.!!”
“Tidak! sampai mati pun saya tidak
akan benarkan encik Vince sentuh tubuh ini.
Kalau pun encik mahu juga, hanya jasad tak bernyawa yang akan encik perolehi.”jerit
Nyla dari jauh. Mereka dipisahkan meja
makan yang berada ditengah-tengah ruang dapur.
“Hoi perempuan, kau ingat kau boleh
lari daripada aku. Ini Vince lah…aku
pasti akan dapat apa yang aku mahukan.”Vince cuba mengejar Nyla semula. Kali ini mereka mengeliling meja makan.
“Encik.. tolonglah. Lepaskan saya. Saya janji akan turuti segala kemahuan encik
kecuali ini.”pohon Nyla dalam nafas yang tercunggap-cunggap. Vince terhenti seketika, bicara Nyla
membuatkan dia terfikirkan sesuatu.
Namun akal fikirannya tetap mahukan Nyla membuatka dia mengejar semula
gadis itu. Tanpa Vince menduga, sebilah
pisau sudah berada ditangan Nyla.
Rupa-rupanya, Nyla sempat mencapai pisau buah yang terletak ditepi meja
makan. Pisau itu diacukan kearah
dirinya.
“Jangan dekat! Saya tidak akan
teragak-agak untuk mencederakan encik ataupun diri saya sendiri.”Nyla memberi
amaran. Pisau ditangan dihulus kea rah
Vince. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
“Silakan, aku tak takut. Tapi kalau
kau nak mati, bagus juga.
Sekurang-kurangnya rancangan aku pun selesai. Kalau tidak sampai bila-bila adik aku tu
asyik pertahankan kau aje.”sangkah Vince dengan hilaian tawa yang menakutkan Nyla.
Nyla tersedar, terus dia beristigfar
“Ya Allah, ampunkan aku. Aku khilaf,
sepatutnya aku tidak sepatutnya bertindak terburu-buru. Membunuh diri adalah satu doa besar.”tutur
Nyla dalam hati. Pisau ditangan
terlepas, peluang buat Vince. Dengan
pantas dia menarik semula Nyla kedalam dakapannya.
“Kau memang bodoh. Sama ada kau mati atau tidak, kau tetap tidak
akan selamat dengan aku.”ujar Vince bangga. Ny;a terkedu, airmata uyang merembes sedikit
pun tidak terkesan buat lelaki itu.
Vince masih cuba mencium pipi Nyla walaupun wajahnya ditampar-tampar
oleh gadis itu.
“Eh, kau duduk diam-diam boleh
tak.”marah Vince lagi. Nyla masih lagi
meronta-ronta. Sikit pun tidak dia
benarkan Vince menyentuh pipinya. Satu
tamparan hinggap dipipi mulus itu, Nyla terduduk memegang pipinya.
“Kalau beginilah, baik aku cari
pelacur.”rungut Vince lantas melepaskan pelukan. Nyla yang masih teresak-esak ditinggalkan
sendirian disitu. Sebaik sahaja
terdengar deruman kereta Vince keluar dari perkarangan rumah, Nyla terus
berlari ke bilik tidurnya dan menguncikan dirinya didalam.
Lama Nyla berdiam diri sehingga satu
saat dia terpaksa membuat keputusan.
Dibuka almari pakaian, lantas dimasukkan kedalam bagasi yang terletak
disebelah almarinya. Dicapai sehelai
pakaian kepunyaan suaminya lalu dimasukkan bersama-sama pakaiannya.
“Kalau ini yang ditakdirkan untukku,
maka aku rela. Mungkin selepas ini Vince
tidak akan mengangguku lagi. Dan aku tidak lagi rasa terdesak dengan keadaan
yang menghimpit.”rintihnya bersama esakkan halus. Teringat kata-katanya kepada Vince tadi.
“Saya akan keluar dari
rumah ini, jika itu yang encik Vince mahukan.”
“Bagus, itu yang aku mahukan. Selepas ini lebih mudah aku jalankan
rancanganku nanti.”ujar Vince bersama senyuman jahat terukir dibibirnya.
Apa maksud encik?”soal Nyala
kebingungan.
“Itu kau tak payah ambik tahu. Yang penting aku nak kau keluar dari rumah
ini.”tukas Vince lagi.
“Baiklah, kalau itu yang encik Vince
mahu. Saya akan keluar dari sini. Sekurang-kurangnya, saya dapat lepaskan diri
saya dari gengaman encik. Tapi bagaimana
saya mahu ciptakan alasan untuk keluar dari keluarga ini?” soal Nyla
seolah-olah gadis itu tidak rela meninggalkan adiknya.
“Itu, tahulah aku ciptakan alasan
buat kau. Yang penting, aku nak kau
keluar sekarang sebelum mereka berdua pulang.”tanpa rasa simparti, Vince
menghalau Nyla keluar dari rumah itu.
“Tapi encik?’Nyla masih
serba-salah. Janjinya dengan Tok Wan
masih terpahat diminda.
Tak ada tapi-tapi lagi. Aku nak kau keluar sekarang. Kalau tidak kau akan menyesal?”ugut Vince
lagi. Tangannya pantas menyelar
pergelangan tangan Nyla. Gadis itu
mengaduh kesakitan.
“Encik, lepaskan tangan saya.”pinta
Nyla dalam esakkan halus.
“Tidak, selagi kau tak mahu mengikut
kata-kataku!”bentak Vince.
“Kau nak aku rosakkan maruah kau?”sekali
lagi Vince menggugut, kali ini tubuh Nyla dipeluk erat. Gadis itu menggigil ketakutan.
“Encik, tolonglah… jangan buat saya
macam ini.”rayu Nyla lagi cuba menlonggarkan pelukan.
“Okay, kalau itu yang kau mahu. Aku akan lepaskan kau hari ini. Dengan syarat kau tinggalkan rumah ini
sekarang. Dan jangan sesekali kau datang
kemari lagi. Aku nak adik aku menderita
disebabkan kehilangan kau.”perintah Vince lantas melepaskan pelukannya.
Nyla berlari menuju ke
kamarnya. Tidak sanggup lagi berada
disitu bersama lelaki itu. Cukuplah dia
rasa terhina hari ini, dia tak mahu pertaruhkan lagi maruahnya. Lebih baik dia undur diri. Itu sebaik-baiknya.
Nyla sudah siap mengambil
barang-barang keperluan peribadinya sebelum meninggalkan rumah ini. Buat kali terakhir, dipandang sekitar bilik
tidur yang pernah dikongsi bersama suaminya Thomas Aiden Anderson sebelum
airmatanya merembes keluar laju. Sempat
juga dia mencapai bingkai gambar perkahwinan mereka lantas dimasukkan dalam
bagasinya. Nasib baik Aiman berada
di asrama ketika ini, kalau tidak dimana dia dan adiknya itu hendak pergi.
“Maafkan Nyla bang. Demi kebahagiaan dan juga keselamatan kita
semua, Nyla terpaksa meninggalkan abang.
Terima kasih untuk semuanya, moga suatu hari nanti kita ditakdirkan
untuk bertemu semula.”itu doanya dalam hati.
“Ingat! Nyla girl abang. Dan akan selalu
jadi my girl abang untuk
selama-lamanya.”itu kata-kata Tommy ketika mereka bersatu dulu. Ucapan cinta dan sayang tidak putus-putus
diungkapkan oleh suaminya ketika kali pertama mereka bersama. Indah sungguh saat itu, serasa tidak mahu
dilepaskan lagi. Tapi kini semuanya
tinggal kenangan, dia harus pergi demi kebahagiaanya mereka.
“My
girl?”
“Yeah my girl. That’s why you cannot going anywhere without
me. Abang akan pastikan selama-lamanya Nyla
akan berada disisi abang.”
“Habis tu kalau dah ada
anak nanti macam mana?”Tommy menguntum senyuman, jauh benar angan
isterinya. Mereka berdua baru sahaja
bersatu, dah fikir pasal soal anak.
“Kalau dah ada anak. Sayang tetap girl abang. Sebab….”
“Sebab?”
“Sebab abang tak boleh hidup tanpa girl abang.”satu kucupan hinggap dipipi
kanan Nyla. Pelukan dieratkan, seperti
tidak mahu dilepaskan lagi.
Nyla
menangis, airmata yang menitis diseka dengna belakang tangan. Langkah kakinya pincang, sedih dan pilu
membuatkan dirinya terasa lemah.
Kenangan bersama suaminya berlegar-legar difikirannya lagi. Saat terpandang wajah bengis Vince, hilang
semua kenangan itu. Yang tinggal
hanyalah rasa bersalah dihati kerana terpaksa meninggalkan suaminya tanpa
sebarang pesanan.
“Nyla?”hanya itu yang keluar dari
bibir Puan Sri Suzanne sebaik terlihat kelibat anak tirinya dimuka pintu
rumahnya.
“Mama..”terus dipeluk tubuh Puan Sri
Suzanne. Nasib baik tidak terlentang
dengan tindakan drastik Nyla memeluk dirinya.
“Kenapa ni sayang, gaduh dengan
Aiden yea.”soal Puan Sri Suzanne, belakang badan Nyla diusap lembut. Nyla mengeleng lemah, Puan Sri Suzanne
lantas membawa Nyla masuk. Mereka melabuh
duduk disofa berdekatan. Airmata Nyla
tidak henti-henti mengalir.
“Sayang…cuba bertenang. Cerita kat mama apa dah berlaku?”esakan Nyla
bertambah kuat. Keperihatinan Puan Sri
Suzanne meragut jiwanya yang sedia terluka.
“Macam nilah, apa kata Nyla naik
atas. Berehat dulu, nanti kita bincang
lagi. Sekarang mama nak Nyla tenangkan
fikiran. Jom kita naik atas.”pujuk Puan
Sri Suzanne. Tahu anak tirinya dalam
kesusahan. Lebih baik dibiarkan gadis
itu berehat seketika sebelum dia bertanyakan soalan. Nyla hanya menuruti langkah Puan Sri Suzanne
tanpa membantah.
Sampai dibilik tetamu, Puan Sri
Suzanne menyuruh Nyla berehat.
Ditinggalkan gadis itu sendirian dalam bilik. Sempat dia menelefon suaminya kedatangan anak
tirinya ke rumah mereka.
“Bila dia sampai?”soal Tan Sri
Aiyuddin. Dijauhkan dirinya dari Tommy
ketika isterinya menelefon.
“Baru je bang. Nampaknya dia dalam kesusahan. Abang masih dengan Aiden ke?”Tan Sri Aiyuddin
mengiakan pertanyaan itu.
“Kalau macam tu, lebih baik abang
balik cepat-cepat. Saya tak nak Aiden
tahu Nyla ada disini.”
“Baiklah, sekarang juga abang
balik.”talian diputuskan.
“Siapa telefon uncle?”
“Aunty, dia suruh uncle balik
cepat. Ada hal sikit kat rumah.
“Kalau macam tu, uncle beransur
dulu. Aiden nak habiskan dulu lepas ni
Aiden balik.”
“Kalau macam tu uncle balik
dulu.”pohon Tan Sri Aiyuddin. Dalam
fikiran ingin serega pulang ke rumah.
Apa dah jadi? Mengapa anaknya muncul dirumahnya sedangkan dia dengan menantunya sedang bermain golf
bersama-sama.
“Mana Nyla?”muncul aje wajah Puan
Sri Suzanne dimuka pintu, terus sahaja Tan Sri Aiyuddin menyapa.
“Syhh…ada kat atas. Su suruh dia berehat kat atas. Kesian Su tengok dia, wajah dia muram aje
sejak sampai kemari.”cerita Puan Sri Suzanne.
Tan Sri Aiyuddin mahu melangkah, namun ditahan isterinya.
“Abang nak kemana?”
“Naik atas.”
“Buat apa?”
“Nak tengok Nyla.”
“Tak usah bang, biar budak tu
berehat. Nanti-nanti baru kita soal
dia. Buat masa ni biarkan dia
bersendirian.”
“Kalau Su dah cakap macam tu, abang
okay aje.”
“Abang nak minum?”
“Boleh juga, buatkan abang nescafe.”
Arah Tan Sri Aiyuddin. Penat ketika
bermain golf bersama Aiden tidak terasa sejak mendapat panggilan telefon dari
isterinya. Kedatangan Nyla ke rumahnya
membuatkan fikirannya terganggu.
“Apa yang berlaku?”tuturnya dalam
hati. Selepas beberapa ketika, Puan Sri
Suzanne membawa sedulang minuman bersama sepiring kuih.
“Jemput bang.”
“Hmm..”sedang Tan Sri Aiyuddin
menikmati secawan nescafe, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari arah bilik
yang diami Nyla. Apa lagi, berkejarlah
kedua-dua suami isteri itu.
“Kenapa Nyla?’soal Puan Sri Suzanne
saat pintu bilik Nyla dikuak. Wajah
sunggul Nyla dimeja solek terbias.
Terhinjut-hinjut bahu Nyla menahan esakkan. Tan Sri Aiyuddin ingin menerpa ke arah
anaknya, namun ditahan si isteri.
“Biar Su saja.”mengerti maksud
isterinya, Tan Sri Aiyuddin meninggalkan mereka berdua didalam bilik. Satu keluhan terlepas dari bibirnya, ingin
marah tapi kepada siapa? Aiden? Benarkah lelaki itu telah mengaAmandayai
anaknya. Atau ada satu rahsia yang
disimpan oleh anaknya sehingga dia terpaksa keluar dari rumah itu. Semua itu pasti akan terjawab jika anaknya
sudi menceritakan segala apa yang berlaku.
Sebaik sahaja pintu bilik tertutup,
Nyla terus memeluk Puan Sri Suzanna. Dia
terpaksa, soal malu ditolak ketepi. Rasa
hilang sedikit beban yang ditanggung walaupun ini baru pertama kali dia datang
mengadu dengan ibu tirinya itu. Puan Sri
Suzanne tersenyum, rasa gembira bercampur senang bila Nyla sudi menerima
dirinya. Diusap-usap belakang tubuh Nyla
berharap agak esakkan gadis itu reda.
Inilah kali pertama dia merasakan dirinya diperlukan oleh anak tirinya.
“Nyla sayang, jangan macam ni. Cuba cerita kat mama, apa yang dah
berlaku.”soal Puan Sri Suzanne sambil memunjuk anak tirinya itu. Nyla masih teresak didalam pelukan ibu
tirinya itu, tiada tanda-tanda ingin reda.
DiAmandarkan Puan Sri Suzanne sehinggalah beberapa minit barulah Nyla
melepaskan pelukan. Airmata yang
mengalir diseka dengan belakang tangan.
Wajah Puan Sri Suzanne yang tersenyum dipandang lama. Manis..
“Aunty?”
“Panggil mama sayang.”
“Maa..mama.”dipeluk Puan Sri
Suzanne. Sekali lagi senyuman terukir
dibibir wanita itu.
“Haa..macam tulah sayang. Cuba
cerita kat mama, apa yang dah berlaku.”Nyla melepaskan pelukan.
“Pasal Aiden ke?’serkap Puan Sri
Suzanne. Nyla menggeleng tidak.
“Habis tu, kenapa Nyla menangis.”
“Nyla..Nyla..”teragak-agak Nyla mahu
menuturkan kata-kata. Puan Sri Suzanne
mengerti lantas mencelah.
“Syhh…kalau Nyla rasa keberatan, tak
mengapa. Nanti-nanti Nyla boleh
terangkan kat mama.”
“Bukan ma, bukan. Semua ini salah Nyla. Abang tak salah, dia pun mangsa keadaaan
macam Nyla juga.”akhirnya terluah juga apa yang hendak dikatakan oleh Nyla.
“Salah Nyla? Apa yang Nyla dah
buat?”pertanyaan Puan Sri Suzanne membuatkan Nyla kembali teresak.
“Sayang, mama tak marah. Mama cuma nak tahu apa yang berlaku
sebenarnya.”pujuk Puan Sri Suzanne lagi.
“Nyla terpaksa tinggalkan
abang. Demi kebahagiaan....”belum sempat
Nyla menghabiskan ayatnya, dia berlari masuk ke bilik air. Tekaknya terasa loya, dimuntahkan apa yang
ada dari perutnya. Puan Sri Suzanne
bangkit menghampiri anak tirinya yang terbongkok disinki.
“Nyla okay?”soalnya cemas sambil
mengurut belakang badan tubuh Nyla.
Gadis itu mengawang-gawangkan tangannya.
Selesai memuntahkan segala isi perutnya, Nyla berkumur. Tubuhnya yang lemah dibantu Puan Sri Suzanne
menapak ke katil.
“Nyla rehat dulu, mama nak call doktor Suraya. Mama risau tengok Nyla.”belum sempat Puan Sri
Suzanne bangkit, Nyla menyelar lengannya.
“Tak payahlah mama, Nyla okay
aje. Mungkin pagi tadi Nyla tak sempat
sarapan sebab itu perut rasa tak selesa dan tekak mual aje.”
“Jangan macam tu sayang. Mama nak juga doktor Suraya datang
kesini. Mama nak dia periksa Nyla. Biar dia kesini, mama risau tak tahu apa yang
berlaku kat anak mama ni.” keperihatinan
Puan Sri Suzanne membuatkan hati Nyla tersentuh. Ini baru kali pertama dia datang ke sini,
tapi layanan Puan Sri Suzanne melebihi anaknya sendiri pula. Rasa terharu menyelubungi hatinya.
“Terima kasih mama.”ucap Nyla
lemah. Puan Sri Suzanne menguntum
senyuman.
“Tak usah berterima kasih. Nyla anak mama, tentu mama risaukan kesihatan
Nyla. Sekarang Nyla rehat, mama nak call doktor Suraya.”Puan Sri Suzanne
bangkit lantas meninggalkan Nyla didalam bilik.
Sampai ditingkat bawah, Puan Sri
Suzanne meminta suaminya menelefon doktor Suraya. Tan Sri Aiyuddin tanpa banyak soal terus
menelefon doktor peribadi keeluarga mereka itu.
Selang 15 minit, doktor Suraya muncul bersama briefcasenya.
“Puan Sri tak sihat ke?”Puan Sri
Suzanne menggeleng.
“Bukan saya, tapi anak kesayangan
saya.”tutur Puan Sri Suzanne bersama senyuman.
Dibawa doktor Suraya ke tingkat atas dimana Nyla berada.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Puan Sri
Suzanne memperkenalkan anaknya kepada doktor Suraya. “Inilah anak saya doktor.”
Tanpa banyak soal, doktor Suraya
memulakan prosedur. Dia mengambil suhu
dan juga tekanan darah Nyla. Setelah
beberapa minit memeriksa kesihatan Nyla, dia meminta gadis itu ke bilik air.
“Nyla pergi tandas dan buat ujian ini.”Nyla kehairanan, namun
wajah itu disambut dengan wajah manis doktor Suraya.
“Tak mengapa, ini sekadar ujian
sampingan. Untuk memastikan tekaan saya
betul.”tanpa berlengah, Nyla masuk ke bilik air. Sebaik keluar dari bilik air, diberikan kit
ujian kehamilan kepada doktor Suraya.
“Positif Puan Sri, tahAmandah! Puan
Nyla bakal menjadi seorang ibu dan Puan Sri bakal menjadi nenek.”alangkah
gembiranya Puan Sri Suzanne saat mendengar khabar gembira itu. Tapi tidak Nyla, dia merasa sedih bila khabar
gembira ini terpaksa dirahsiakan daripada suaminya.
“Alhamdulillah, terima kasih
doktor.”ucap Puan Sri Suzanne teruja.
“Boleh saya tahu dimana suami Puan
Nyla.”pertanyaan doktor Suraya mengundang resah dihati Nyla. Nasib baik Puan Sri Suzanne perasan, terus
dia menjawab bagi pihak anaknya itu.
“Oh, dia berada diluar negara, atas
urusan kerja. Minggu depan baru
balik.”jawab Puan Sri Suzanne.
“Kalau begitu tak mengapa. Sekurang-kurangnya ada Puan Sri disini,
bolehlah saya terangkan sedikit sebanyak tentang proses kehamilan Puan Nyla.”
“Molek tu doktor. Lagipun saya yang akan jaga dia mulai hari
ini.”setelah diterangkan sedikit sebanyak tentang kehamilan dan juga penjagaan
wanita dikala hamil. Doktor Suraya meminta
diri pulang ke kliniknya semula.
“Nyla sakit apa?”terburu-buru Tan
Sri Aiyuddin mendapatkan isterinya setelah pemergian doktor Suraya. Puan Sri Suzanne tersenyum lebar, rasa cemas
suaminya mengundang tawa kecil dibibirnya.
“Tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Cuma tak lama lagi abang tuun pangkat
laa..”seloroh Puan Sri Suzanne.
“Abang turun pangkat? Apa yang Su
merepek ni.”soal Tan Sri Aiyuddin, masih tidak faham dengan kata-kata isterinya
itu.
“Yelah turun pangkat. Daripada Tan Sri kepada datuk.”tercengang-cengang
Tan Sri Aiyuddin cuba memahami ayat yang dituturkan oleh isterinya.
“Abang tak faham. Cuba Su
terangkan.”tukas Tan Sri Aiyuddin. Nak
marah nanti merajuk pula isterinya pula.
“Maksud Su, tak lama lagi kita
berdua bakal jadi datuk dan nenek. Nyla
mengandung..”terkejut Tan Sri Aiyuddin dengan penjelasan daripada isterinya
itu. Terus dimemanjatkan doa dan
bersyukur dengan kurAmandaan dari Allah S.W.T
“Syukur Alhamdulillah…merasa juga
abang jadi datuk.”
“Saya pun sama, tak lama lagi jadi
nenek.”sampuk si isteri pula.
Dalam kegembiraan mereka berdua, ada
mata sayu sedih merenung memerhatikan gelagat mereka. Nyla sedih bila mengenangkan terpaksa
berpisah dengan suaminya, lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya yang sudah
berbadan dua. Teringat sewaktu Tok Wan
bertanyakan kepada suaminya tentang orang baru.
“Kenapa bang? Nyla tengok dari tadi
masam aje muka.”Tommy merengus, nak marah tak boleh. Salahnya juga. Mana nak ada baby kalau dia dan isterinya
baru sahaja menjalani kehidupan suami isteri dalam erti kata sebenar.
“Tok Wan.”demi mendengar sepatah
nama itu, tahulah Nyla apa mahunya Tok Wan.
Dia sendiri turut sama terkena tempiasnya beberapa hari lepas.
“Dah masuk 6 bulan kamu bernikah,
tak akan tak ada apa-apa lagi.”soal Tok Wan ketika Nyla sedang mencuci pinggan
mangkuk disinki.
“Ada apa Tok Wan? Nyla tak
faham.”soal Nyla lurus. Tidak mengerti
apa maksud pertanyaan dari Toh Puan Zaharah.
“Maksud Tok Wan kamu, kamu dah
berisi belum?”tersentak Nyla, hampir-hampir terlepas pinggan ditangan.
“Err..err..belum lagi Tok Wan. Belum ada rezeki lagi.”jawab Nyla
bohong. Mana nak ada baby, kalau baru
beberapa kali kami melaluinya. Dalam
hati terfikir juga perjanjian bodoh abang Vince tu, kalau betul dia mengandung
macam mana?
“Yang sayang dok tersengih-sengih
sorang-sorang ni kenapa? Dah berangan nak jadi mama?”terkejut dengan sergahan
Tommy, Nyla melatah.
“Oh baby!”
“Mana ada baby, tapi kalau sayang
nak. Apa kata sekarang kita naik atas,
boleh proses baby cepat-cepat.”ambik kau, suaminya ni kalau dah start romantika. Memang lemah lutut Nyla dibuatnya. Perlahan-lahan Tommy menghampiri Nyla, tubuh
itu dipeluk erat.
“Abang rindukan sayang.”hanya itu
yang mampu Tommy ungkapkan selebih itu Nyla sendiri turut tergoda dengannya.
Berderai airmata Nyla mengenangkan
saat itu. Hancur luruh hatinya bila
hajat Tok Wan kesampaian namun tidak sempurna jika dirinya tidak ada
bersama-sama mereka. “Maafkan Nyla Tok Wan”dikesat
airmatanya sebelum berlalu menuju ke bilik tidur.
~Bersambung~