Monday, 28 April 2014

My Girl - Bab 17

Bab 17
            Tommy tiba dirumah kira-kira jam 6 petang.  Niat hendak pulang awal terbantut apabila tersekat dalam kesesakkan lalulintas lebih sejam.  Selepas Tan Sri Aiyuddin pulang, Tommy turut sama pulang sejam kemudian.  Namun disebabkan kesesakkan lalulintas, dia terlewat sampai dirumah.   Sampai saja di ruang tamu, terus dia teriak memanggil isterinya.

            “Sayang..sayang..abang dah balik.”Tommy memanggil Nyla sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.  Tiada jawapan, rumah pula kelihatan sunyi dan sepi.  Bila dia ke dapur tiada pula isterinya disitu.  Tommy mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya.  Tetapi isterinyajuga tiada disitu, hatinya mula merasa tidak selesa.

            “Mana perginya Nyla, takkan ikut Tok Wan atau Mak Ti.  Padahal masa aku tinggalkan dia pagi tadi, hanya dia saja yang ada dirumah.”omelnya dalam hati.  Sedang Tommy tercari-cari kelibat isterinya, muncul Vince dari bilik tidurnya.

            “Abang Vince? Bila balik?”tegur Tommy sejurus melihat kelibat Vince.

            “Kenapa, aku tak boleh balik ke sini lagi ke?”sindir Vince kasar.

            “Tak..bukan begitu.  Tom cuma terkejut tengok abang Vince ada kat sini.”tutur Tommy lembut.  Tidak mahu berkasar dengan abangnya, masih ada rasa hormat terhadap lelaki itu.

            “Huh!”rengus Vince sebelum berlalu pergi.  Namun ditahan Tommy pula.

            “Abang ada nampak Nyla?”soal Tommy.

            “Siapa? Perempuan tu?entah..mana aku tahu.  Lagipun diakan bini kau bukannya bini aku.”sengaja Vince menekan ayat bini kepada adiknya tanda tidak suka.  Tommy merengus menahan rasa marah yang bertamu.

            “Tom tanya elok-elok, boleh tak abang Vince jawab sopan sikit.”sahut Tommy lagi.

            “Suka hati akulah.  Kalau perempuan tu tak ada kat sini lagi bagus.  Tak meyusahkan aku.”sampuk Vince tanpa rasa bersalah.  Tommy mula curiga, ada sesuatu tak kena dimatanya. 

            Disambar kolar baju Vince, “Kau dengar sini baik-baik, perempuan tu namanya Nyla.  Dia isteri aku.  Aku nak abang Vince hormatkan dia seperti mana abang hormat dia sebagai menantu didalam rumah ini.”Hilang rasa hormat Tommy bila maruah isterinya diperlekehkan oleh abangnya.
     
       Vince menarik kasar gengaman tangan Tommy dikolar bajunya. “Hey! Tom, kau dengar sini baik-baik.  Aku tidak peduli dia isteri kau ataupun menantu dalam rumah ini.  Yang aku tahu dia adalah perempuan yang aku beli dikelab malam.  Dia hanya barang permainan aku, tidak lebih dari itu.”sebaik sahaja gengaman tangan terlerai, satu tumbukan mengena muka Vince.  Lelaki itu terpana.

            “Kau tumbuk aku Tom?”sergah Vince lantas bangkit mendapatkan Tommy.  Tanpa sebarang amaran, kali ini muka tommy pula menerima habuan.  Terduduk Tommy disudut dinding. 

            Vince tersenyum puas, “Padan muka kau!”  Tommy menyapu darah yang mengalir dibibirnya.  Ingin bangkit membalas tumbukan tapi terbantut apabila jeritan Tok Wan menerpa cuping telinga.

            “Ya Allah, apa dah jadi ni?”nyaring suara Toh Puan Aini menyedarkan kedua beradik itu.  Masing-masing bertindak mejauhkan diri satu sama lain.  Baik Vince mahunpun Tommy, mata kedua-duanya merah menahan amarah.

            “Apa dah berlaku ni?”jerit Toh Puan Aini.

            Vince? Aiden?”soal Toh Puan Aini lagi sambil memandang wajah kedua-duanya.  Tiada jawapan membuatkan Toh Puan Aini kegeraman.  Namun belum sempat Toh Puan Aini bersuara, Vince terlebih dahulu bertindak meninggalkan rumah.

           “Huh!..”degusan dari bibir Tommy memecah kesunyian.  Wajah Tok Wan direnung. Toh Puan Aini mengeluh, apa yang berlaku? Dia sendiri tidak tahu.   

            “Kenapa ni Aiden?”soal Toh Puan Aini lembut, lagak memujuk anak kecil.  Ditarik Tommy duduk disofa berdekatan.

            “Abang Vince Tok, dia yang mulakan dulu.”adu Tommy pada Toh Puan Aini sambil mengosok wajahnya.

            “Mana Nyla?”kali ini Toh Puan Aini bertanyakan dimana keberadaan cucu menantunya itu.  Hairan bila melihat hanya Tommy sahaja disitu.

            “Tulah pasal..”rengusan Tommy menjadi perhatian Toh Puan Aini.

            “Pasal apa?”

         “Aiden tanya abang Vince ada nampak Nyla tak.  Lepas tu terus aje dia mengamuk.”kata-kata Tommy mengundang curiga dihati Toh Puan Aini.  Tak mungkin disebabkan bertanyakan tentang Nyla Vince mengamuk.  Tentu ada sesuatu yang tak kena.

            “Cuba Aiden cerita kat Tok Wan.  Apa yang sebenar-benarnya berlaku.”pujuk Toh Puan Aini lagi.  Cuba mencari kebenaran disebalik kenyataan itu tadi.  Tommy mengeluh, kalau diceritakan kepada Tok Wan sah-sah rahsia siapa Nyla terbongkar.  Tak boleh, biarlah semua itu dirahsiakan dulu sehingga masa yang sesuai.

           “Tak apalah Tok Wan, lain kali aje Aiden terangkan.  Sekarang ni Aiden nak naik mandi dan keluar dari Nyla.  Aiden risaukan dia, kemana dia pergi pun Aiden tak tahu.”Tommy mengelat, menukar topik lain.  Tak mahu isu mengenai mengapa dia dan Vince bergaduh dipersoalkan lagi.  Toh Puan Aini mengangguk, faham sangat dengan perangai cucu kesayangnya ini.  Kalau dia keberatan menceritakan sesuatu masalah, berdiam diri adalah jalan terbaik buatnya. 

            “Pergilah naik.  Tok Wan pun nak berehat juga.  Penat tak hilang lagi.”Tommy mengangguk lantas meninggalkan Toh Puan Aini disitu.  Batang tubuh cucunya dipandang lama, ada sesuatu yang merusingkan lelaki itu.  Tentu disebabkan Nyla, hai kemanalah perginya cucu menantunya itu.  Takkan keluar tak balik-balik lagi
           
            “Mama..”panggil Nyla ketika Puan Sri Suzanne menguap bubur nasi ke mulutnya.

            “Yea sayang..”

            “Nyla nak tinggal kat sini boleh?”pertanyaan Nyla mengudang rasa gembira dihatinya.  Tetapi apabila difikirkan semual, apa pula kata Tommy nanti.

            “Boleh sayang, tapi Nyla kenalah minta izin dari Aiden dulu.”

            “Minta izin abang?”

          “Hmm..seorang isteri kenalah minta izin dari suami.  Walau macam mana teruk pun kalian berdua bergaduh, isteri tak patut membelakangkan suami.  Berdosa tau sayang.”tutur Puan Sri Suzanne lembut.  Nyla termenung seketika, nak bagitahu suaminya? Susah ni, sebab dia keluar dari rumah tadi pun tanpa izin suaminya.  Nak buat macam mana, Vince yang menghalaunya dari rumah itu.  Kalau dia tunggu disitu juga, silap-silap jadi mangsa rakusan Vince pula.

            “Mama..ada sesuatu yang Nyla nak bincangkan dengan mama.”

          “Ada apa sayang, cakaplah mama sudi mendengarnya.”sambut Puan Sri Suzanne.  Mangkuk berisi bubur diletakkan dimeja disisi.  Segelas air masak dihulurkan kepada Nyla.

            “Terima kasih mama.”gelas berisi separuh airm asak dihulurkan kembali kepada Puan Sri Suzanne.

            “Sekarang Nyla ceritakan apa yang berlaku.”dengan lafaz bismillah dalam hati Nyla menceritakan dari awal perkenalan sehingga dia berada disini.  Beristigfar panjang Puan Sri Suzanne mendengar penjelasan anak tirinya itu.  Tidak disangka begitu kisah hidup Nyla setelah kematian ibunya.  Dipeluk tubuh Nyla, diusap-usap badan gadis itu.

            “Mama tak tahu sebegitu perit kehidupan Nyla hadapi.  Mama minta maaf sayang.”Nyla melepaskan pelukan.  Wajah Puan Sri Suzanne direnung lama, ada riak kesal disitu.

            “Nyla patut bersyukur sebab Allah masih sayangkan Nyla.  Sebab itu dia pertemukan Nyla dengan orang sebaik abang.  Dan Nyla juga gembira bila mama sudi menerima Nyla.”tutur Nyla jujur.

            “Habis tu macam mana dengan Aiden? Dia sayang tak dengan kamu.”pertanyaan Puan Sri Suzanne mengundang tawa dihati Nyla.

            “Tentulah abang sayangkan Nyla ma.  Kalau tidak, tak adalah si junior  ni.”jawab Nyla ceria.  Lapang hati Puan Sri Suzanne mendengar jawapan dari anak tirinya itu.  Benarlah kata suaminya itu, Thomas Aiden Anderson seorang lelaki yang tinggi budi pekertinya sama seperti Toh Puan Aini. 

            “Habis tu Nyla tak nak telefon Aiden.”soal Puan Sri Suzanne lagi.  Nyla menggeleng-gelengkan kepalanya. 

            “Tak perlu mama.  Demi keselamatan kami bertiga, Nyla rela kami berpisah.  Sekurang-kurangnya Nyla ada junior.”jawapan Nyla mengecewakan Puan Sri Suzanne.  Tapi apakan daya, demi menjaga amanat Nyla dan keselamatan bakal cucunya mereka terpaksa merahsiakan semua ini.

            “Mama hormati keputusan Nyla.  Cuma satu yang mama harapkan, semoga suatu hari nanti kalian bertiga dapat bersatu semula.”Nyla memeluk Pulan Sri Suzanne, doa dari mamanya  amatlah diperlukan.

            “Habis tu macam mana dengan Aiman.”Nyla termenung sejenak. 

         “Kalau tak silap minggu ni Aiman balik.  Macam mana Nyla nak jumpa dengan dia mama?”pertanyaan Nyla mengundang persoalan besar dibenak fikiran Puan Sri Suzanne.

            “Apa kata, biar Aiman teruskan pengajian dia seperti biasa.  Mama pasti Aiden tak akan abaikan kebajikan adik iparnya.”itu pendapat Puan Sri Suzanne, tetapi tidak bagi Nyla.  Dia tidak mahu menyusahkan suaminya, lagipun dia mahu mereka berdua keluar dari rumah itu.

            “Tak boleh mama, Nyla tak setuju.”

            “Habis tu macam mana? Nyla tahu dimana tempat Aiman belajar sekarang.”soal Puan Sri Suzanne.

            “Tahu.”jawab Nyla sepatah.

            “Kalau macam tu, esok mama ajak papa. Kita ke tempat dimana Aiman belajar.”cadangan Puan Sri Suzanne disambut baik Nyla.



            Sudah semalaman Tommy mengusuri sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Namun bayangan Nyla isterinya tidak ditemui.  Hatinya resah dan gelisah tidak terkata.

            “Sayang..mana sayang pergi.  Takkan sayang dah tinggalkan abang.  Apa salah abang?” rintih Tommy dalam sendu.  Kereta dipakir ditepi jalan.  Tangan sibuk menekan nombor telefon Nyla, namun tiada jawapan.  Telefon bimbit isterinya seperti dimatikan terus.

            “Nyla, apa salah abang? Kenapa sayang tinggalkan abang.”jerit Tommy dalam kereta.  Nasib baik tiada orang yang perasaan.  Jika tidak mahu dia malu setahun.  Airmata yang menitis disapu kasar, jam didashboard menunjukkan sudah pukul 3 pagi.  Tommy masih lagi disini mencari kelibat si isteri.


            Enjin kereta dihidupkan, dia kena pulang ke rumah.  Nanti Tok Wan pula sibuk tercari-cari akan dirinya pula.  Tentang Nyla, akan dia uruskan kemudian, yang penting dia harus pulang demi Tok Wan.

~Bersambung~

3 comments:

  1. ada jugak n3.. Hehehe, smbng lagi sis ♥

    ReplyDelete
  2. Tq sebab up chapter ni😊
    Kesian aiden..huhu
    Sambung lagi ya..

    ReplyDelete