Bab 19
“Termenung jauh nampak,
rindukan seseorang ke?”tegur Puan Sri Suzanne sebaik melabuhkan duduk disisi
Nyla.
“Eh mama, buat Nyla terkejut.”
“Tulah, ralit sangat temenung sampai
mama disebelah pun tak sedar.”komen Puan Sri Suzanne. Sejak sebulan berada dirumahnya, itulah rutin
harian Nyla. Asyik termenung dan temenung
seharian. Kadang-kadang terlepas juga
keluahan kecil dari bibir anak tirinya itu.
“Kalau dah rindu, apa kata telefon
saja Aiden.”cadang Puan Sri Suzanne, telfon bimbit ditangan dihulurkan kepada
Nyla.
“Buat apa mama, entah-entah abang
pun dah lupakan Nyla.”
“Hish, mana Nyla tahu. Tak baik tau tuduh yang bukan-bukan.”sangkah
Puan Sri Suzanne. Sebenarnya dia sudah
lama tahu akan keadaan Aiden ketika berita kehilangan Nyla tersebar daripada suaminya.
“Mana mama tahu, mama ada teropong
ajaib ke? boleh Nyla pinjam.”usik Nyla pula.
“Kamu ni..mana ada. Mama dah lama makan garam. Dah nama pun orang tua, tentulah dah merasa
apa yang Nyla rasakan sekarang ni. Tak
salah kalau sesekali kita yang mengalah demi rumahtangga kita juga.”tokok Puan
Suzanne. Nyla terdiam, agak sukar untuk
dia membicarakan tentang keadaan rumahtangganya. Siapa tak sayang suami, lebih-lebih lagi
mereka berdua tidak lama lagi bakal menimang cahayamata sulong mereka
berdua. Bukti cinta kasihnya terhadap
lelaki bernama Thomas Aiden Anderson.
“Nyla jangan risau, mama mengerti
perasaan Nyla. Lambat atau cepat, apa
yang berlaku akan berakhir juga suatu hari nanti. Masa itu, nikmat kebahagiaan yang Allah
berikan tidak ternilai harganya.”nasihat Puan Sri Suzanne sedikit sebanyak
membantu Nyla menempuh masa sukarnya.
“Sayang mama..”dipeluknya tubuh Puan
Sri Suzanne. Suka benar wanita itu,
inilah doanya sejak dulu lagi. Ada anak
perempuan walaupun bukan darah dagingnya sendiri, cukup membuatkan dirinya bahagia.
“Mama pun sayangkan Nyla dan
Aiman. Ingat! kasih sayang mama tak
pernah kurang buat kalian berdua.”Nyla tersenyum lebar, ibu tirinya memang baik
orangnya. Sayang ibunya sendiri tidak
mahu menerima wanita sebaik Puan Sri Suzanne dalam hidup mereka dulu. Kalau lah dulu ibu bernaik-baik dengan mama,
dah tentu hidup mereka aman dan damai.
Papa pun tentu gembira melihat keluarga besarnya bersatu.
“Ma..”
“Ada apa sayang.”rambut panjang Nyla
diulus lembut.
“Nyla nak keluar kejap boleh?”
“Sayang nak kemana?”soal Puan Sri
Suzanne.
“Nak jenguk abang. Kejap pun jadilah.”pinta Nyla lembut.
“Nak mama temankan?”Nyla menggelang.
“Nyla boleh pergi sendiri. Mama jangan risau, Nyla pergi kejap aje.”Puan
Sri Suzanne mengangguk seakan memberi kebenaran buat anaknya keluar.
“Hati-hati, balik cepat tau.”pesan
Puan Sri Suzanne sambil menyerahkan kunci kereta BMWnya. Nyla menolak lembut.
“Nyla tak pandai drive.”
“Habis tu nak pergi dengan apa?”soal
Puan Sri Suzanne pula.
“Nyla naik teksi aje. Bolehkan?.”Puan
Sri Suzanne terdiam sejenak. Lama juga
sehingga Nyla takut mamanya berubah fikiran pula.
“Baiklah, mama call teksi. Nyla cepat pergi
bersiap.”perintah Puan Sri Suzanne sebelum meninggalkan bilik Nyla.
Dari jauh Nyla memerhatikan
gerak-geri suaminya yang baru sahaja keluar dari bangunan pejabatnya. Lelaki itu tampak keletihan, mungkin seharian
bekerja. Tubuh suaminya agak kurus
dibandingkan mula-mula sebelum dia meninggalkan rumah mereka. Keadaan suaminya juga tidak terurus, janggut
meliar tumbuh diwajahnya. Misai juga
kelihatan tidak kemas. Rambutnya pula
agak panjang.
“Kesian abang. Tentu dia susah hati sebab dah lebih 2 bulan
aku menghilangkan diri.”ungkapnya dalam diam.
Lama juga dia duduk disudut meja café yang berdekatan dengan pintu masuk
bangunan pejabat gara-gara hendak melihat keadaan suaminya.
“Boleh aku duduk?”sapa satu suara
dihadapannya. Akibat ralit memerhatikan
suaminya, Nyla terlupa ada mata yang juga turut sama memerhatikan dirinya. Nyla mengeluh, baru hendak bernafas, muncul
lelaki ini disini.
“Kau nak apa?”soal Nyla kasar. Dengan lelaki ini perlu berkasar, kalau cakap
baik-baik tak guna. Vince tidak
menjawab, sebaliknya dia menarik kerusi lalu melabuh duduk dihadapan Nyla.
“Lama juga kau menghilang. Aku ingat dah jauh kau lari, rupa-rupanya
masih ada disini.”sindir Vince.
“Huh! Apa kau peduli?”pertanyaan
Nyla menaikkan kemarahan Vince. Merah
muka Vince menahan amarah. Meja ditepuk
kuat, terkejut Nyla.
“Aku peduli sebab kau masih ada
disini. Aku peduli sebab kau ancaman
bagi aku. Aku peduli sebab rancangan aku
tak berjaya. Dan lebih peduli lagi bila
dapat tahu kau masih ada disini.”meluap-luap kemarahan Vince pada gadis
ini. Sewaktu dia berlegar-legar
dibangunan ini dia terlihat kelibat Nyla.
Nyla ketakutan. Bayangan kejadian 2 bulan lalu menerpa
diruang matanya. Nasib baik mereka dikhalayak
ramai, kalau tidak tentu nasib tidak berpihak kepadanya. Bila-bila masa sahaja Vince akan berbuat
tidak senonoh terhadap dirinya. Perutnya
diusap perlahan, takut Vince perasaan akan perubahan dirinya. Namun lelaki seperti Vince memang bijak, dia
tahu bila seorang perempuan mengusap perutnya dalam keadaan gelisah sudah tentu
ada udang disebalik batu.
“Kau mengandung eh?”soal Vince
curiga. Nyla terkedu, tidak mengangguk mahupun menggeleng.
“Hey perempuan, aku tanya ni. Kau
mengandung ke?”sekali lagi pertanyaan itu dilemparkan bersama ketukan
dimeja. Terkejut Nyla. Tidak mahu berbalah, terus dia mengangguk
kepalanya.
“Patutlah kau datang kemari. Nak jumpa dengan laki kau yea. Nak bagitau yang kau dah mengandungkan anak
dia, begitu?”sinis pertanyaan Vince menerjah cuping telinga Nyla. Tanpa disedari airmatanya menitis laju
membasahi pipinya.
“Wei perempuan, aku nak kau
blah. Jangan sesekali kau dantang kesini
lagi. Aku tak nak tengok muka kau. Kalau aku dapat tahu yang kau datang bertemu
dengan Tom, siap kau. Kau dan anak kau,
aku hapuskan. Ingat!”ugut Vince sebelum
berlalu meninggalkan Nyla terpaku dimeja bersama linangan airmata. Ugutan Vince menambahkan lagi luka dihatinya.
“Sayang, maafkan mama. Kita tak mungkin dapat bertemu dengan papa. Keselamatan baby lebih penting, demi kebahagiaan kita bersama.”rintih Nyla
dalam diam. Disapu sisa-sisa airmatanya
sebelum pergi meninggalkan café itu.
Tanpa mengedari ada mata yang memerhatikan gerak-gerinya.
“Kau ingat aku akan lepaskan kau. Kau silap perempuan, aku akan pastikan kau
dan anak kau terhapus dimuka bumi ini.
Selagi impian dan hasrat aku tidak tercapai, selagi itu hidup kamu
bertiga tidak akan tenang.”itu janji Vince.
Dia akan buat adiknya merana sehinggalah dia puashati dengan keadaan
yang menimpa keluarga Toh Puan Aini.
----------------------------------------
Bab 20
“Bodoh! Aku suruh kau langgar dia,
yang kau mengelak kenapa?”marah Vince kepada orang suruhannya. Baru tadi dia mendapat panggilan dari Daim
menyatakan dia tidak dapat melakukan kerja itu.
“Tak sampai hati bos, perempuan tu
mengandung. Saya tak nak tangung dosa
membunuh 2 orang sekaligus.”celah pembantu Daim pula.
“Korang berdua ni memang bodoh. Aku bayar korang suruh bunuh dia, bukan suruh
lepaskan dia.”geram punya pasal, Vince menumbuk muka kedua-dua orang suruhannya
itu. Terduduk mereka disitu dek penangan
Vince.
“Sekarang korang cakap dekat aku
yang korang nak buat atau tidak kerja yang aku suruh ni. Kalau tak, korang boleh blah. Masih ramai lagi yang mahu bekerja dengan
aku.”dengan nada kasar Vince memarahi kedua-dua pembantunya itu.
“Maaf bos, kami tak sanggup.”selesai
berkata, kedua-dua orang suruhan Vince beredar. Vince menyepak pasu bunga
dihadapannya, berkecai. Kesakitan dikaki
dibiarkan saja, hatinya lebih sakit lagi.
Sejak terserempak dengan Nyla disebuah pasaraya tempoh hari, hati Vince
tidak keruan. Apatah lagi setelah mengetahui
yang Nyla kini sudah berbadan dua, makin dia geram. Takut suatu hari nanti Nyla akan pulang demi
menuntut keadilan untuk anaknya itu. Dan
sudah pasti dia yang bakal gigit jari bila Tok Wan dan adiknya tahu akan
keadaan sebenarnya.
“Ah..kali ini biar aku saja yang
bunuh perempuan tu. Nak harapkan orang
lain, memang tak jadi satu apa pun.”ujarnya kegeraman. Sejak bertemu dengan Nyla dicafe tempoh hari,
hatinya kuat mengatakan yang gadis itu pasti mencari adiknya lagi. “Kau ni memang tak serik-serik. Selama ini kau fikir ugutan aku tidak
mendatangkan kesan rterhadap kau yea.
Sekarang aku tak akan ugut lagi, tapi aku akan terus saja
bertindak. Selagi kau ada disini, selagi
itulah aku tak tenang.”rungutnya.
“Kau tunggu perempuan, nyawa kau
tidak bernilai dimataku. Jadi, jangan
salahkan aku jika kau turut sama terbunuh semata-mata untuk aku jayakan misi
aku.”Vince ketawa sambil menghembus kasar asap rokok dalam biliknya. Sejak Nyla tinggalkan rumah itu, hatinya
tidak senang. Sebab adiknya masih tidak
menderita, sebaliknya Tommy lihat tenang saja menghadapi situasi itu. Itu yang membuatkan dia marah. Vince fikir bila Nyla hilang, Tommy akan hilang
arah serta tidak fokus dengan kerjanya.
Tatapi dia tersilap, adiknya itu tetap teguh walaupun tanpa Nyla disisi.
Dihospital Prince
Court, KL…
“Mama..”Puan Sri Suzanne bangkit
lantas menerpa ke arah Nyla.
“Yea sayang, mama ada disini. Nyla macam mana?”soal Puan Sri Suzanne. Tangannya mengusap dahi dan rambut si anak.
“Rasa sakit kat sini.”rujuk Nyla ke
aras bawa perutnya. Diraba perlahan
perutnya, ada kesan benjolan disitu.
Bermakna anaknya selamat.
“Jangan risau, baby Nyla sihat. Cuma doktor
cakap keadaan Nyla yang agak lemah sedikit.”terang Puan Sri Suzanne setelah
melihat Nyla seakan-akan ingin bertanyakan tentang kandungannya.
“Alhamdulillah, terima kasih Ya
Allah. Kau masih sayangkan aku dan juga
kandungan ini.”Nyla menadah mengucap kesyukuran.
“Jangan risau Nyla, insyaallah baby
ini pun kuat macam mama dia juga.”Nyla tersenyum lebar sebaik mendengar
kata-kata mamanya itu. Sedang Nyla dan
Puan Sri Suzanne berbual-bual, muncul Tan Sri Aiyuddin di muka pintu wad.
“Papa..”Tan Sri Aiyuddin mendekati
anaknya. Dahi si anak dikucup lembut.
“Nyla okay?”soal Tan Sri Aiyuddin
cemas.
“Alhamdulillah, Nyla okay. Tak ada apa-apa yang serius. Papa dari mana?”Nyla kerling disebelah,
papanya membimbit beg briefcase. Tentu
papanya dari pejabat.
“Dari ofis, mama telefon terus papa datang
ke sini. Nyla buat papa risau sampai meeting tadi pun papa batalkan
tadi.”tutur Tan Sri Aiyuddin lembut.
“Nyla okay papa, don’t worry.”jawab Nyla sambil memegang
tangan kanan papanya, tidak mahu papanya risau akan keadaan dirinya. Pandai-pandailah dia menjaga diri dan
kandungannya.
“Nyla tahu tak siapa yang cuba nak
langgar Nyla.”pertanyaan Tan Sri Aiyuddin dijawab dengan gelengan kepala.
“Patutlah hati papa tak keruan hari
ini. Macam tahu-tahu aje ada sesuatu nak
berlaku dekat anak papa. Lain kali kalau
nak keluar, biar berteman.”pesan Tan Sri Aiyuddin.
“Papa ni paranoid lah..Nyla okay
aje.”Puan Sri Suzanne disebelah dikerling sekilas, cuba meraih simpati.
“Yelah bang, anak abang ni
kuat. Baby dia pun kuat macam mama dia.”komen
Puan Sri Suzanne dijawab dengan keluhan.
“No, kali ini Nyla kena dengar cakap
papa.”bantah Tan Sri Aiyuddin.
“Abang, janganlah macam tu, kesian
Nyla.”tegur Puan Sru Suzanne lembut.
“Abang risaukan keselamatan Nyla dan
anak yang dikandungnya. Sebab itu abang
cemas sangat bila dapat tahu Nyla kemalangan.”terang Tan Sri Aiyuddin. Petang semalam dia sempat bertemu dengan
menantu rahsianya itu. Tommy
menceritakan tentang kehilangan Nyla ada kaitan dengan abangnya Vince. Tommy syak abangnya telah melakukan sesuatu
buruk terhadap Nyla sehingga isterinya melarikan diri dari rumahnya.
“Papa akan hantar Nyla keluar Negara
sehingga keadaan disini reda.”putus Tan Sri Aiyuddin. Baik Nyla mahupun Puan Sri Suzanne,
kedua-duanya tersentak dengan keputusan Tan Sri Aiyuddin.
“Tapi kenapa bang?”soal Puan Sri
Suzanne.
“Yelah papa, kenapa Nyla perlu ke
sana?.”bantah Nyla pula.
“Papa buat semua ni demi Nyla dan
juga anak yang Nyla kandungkan.”tukas Tan Sri Aiyuddin, masih hendak merahsiakan
hal yang sebenar dari anaknya itu.
“Tapi papa..”Nyla cuba membantah.
“Tak ada tapi-tapi. Papa dah uruskan semuanya.”pangkah Tan Sri
Aiyuddin.
“Mama..”diraih tangan Puan Sri
Suzanne, minta simpati.
“Maafkan mama sayang.”pohon Puan Sri
Suzanne
“Nyla akan ke sana dalam masa sehari
dua ni. Nyla akan tinggal disana bersama
Zaty, pembantu peribadi yang papa upah khas untuk menemani Nyla
disana.”keputusan Tan Sri Aiyuddin nekad, dia tidak mahu anak dan cucunya jadi
taruhan lagi. Dari apa yang diceritakan
oleh Aiden, menantu rahsianya itu.
Keselamatan Nyla perlu dititik beratkan, apatah lagi anaknya itu menjadi
ancaman terbesar buat Vince.
“Nyla, mama setuju dengan papa. Mama yakin apa yang papa cuba lakukan demi
untuk kebaikan Nyla dan juga anak yang Nyla kandungkan. Mama percayakan papa.”penerangan Puan Sri
Suzanne sedikit sebanyak membantu Tan Sri Aiyuddin melaksanakan misinya.
“Baiklah papa, Nyla turutkan
sahaja. Tapi mama dan papa mesti datang
melawat Nyla bila ada kelapangan. Dan
kalau boleh, bawa Aiman dan Azrul sekali.”
“Itu Nyla jangan risau. Sebab
selepas pemergian Nyla, Aiman dan Azrul akan mengikut jejak Nyla disana. Papa dah pun uruskan persekolahan Aiman dan
Azrul disana.”dengan yakin Tan Sri Aiyuddin menyatakan rancangannya. Tersenyum Nyla dengan kata-kata papanya. Diusap-usap lembut perutnya, “Sayang, kita
terpaksa tinggalkan Daddy
disini. Demi kebahagiaan kita bertiga,
mama rela kita terpisah buat sementara.”
“Kalau macam tu papa nak jumpa
doktor kejap. Nak tanya dia bila Nyla
boleh discharge. Papa risau kalau lama-lama Nyla kat
sini.”terus sahaja Tan Sri Aiyuddin melangkah keluar dari wad meninggalkan Puan
Sri Suzanne bersama Nyla disitu.
“Percayalah, apa yang papa buat
semuanya demi Nyla. Mama sokong papa
seratus peratus.”pujuk Puan Sri Suzanne.
Nyla tersenyum hambar, dalam dada bagai nak pecah. Hatinya tidak keruan, rindunya akan lebih
terasa setelah mereka berpisah beribu-ribu km jauh jaraknya. Tak macam sekarang, kalau dia rindukan
suaminya dia masih boleh mengintai dari jauh.
Tapi kalau sudah berjauhan kelak, bagaimana dia hendak menatap wajah
bening suaminya itu. Kejadian yang
menimpa dirinya ini disebabkan rasa ingin menatap wajah si suami.
“Maafkan Nyla bang, maafkan
Nyla.”hanya itu yang mampu dia tuturkan selebihnya dia berdoa agar suatu hari
nanti dia dipertemukan semula dengan suaminya. Kasihan suaminya itu, sudah sehingga
kini Tommy masih tidak tahu akan berita kehamilannya. Kini dia pula terpaksa meninggalkan suaminya
itu untuk jangka masa yang lama.
“Nyla,
rindukan Aiden ke?”soal Puan Sri Suzanne
setelah melihat kebisuan Nyla.
“Mama, Nyla rindukan abang. Kalau kami dah berjauhan nanti, tentu Nyla
lagi rindu padanya.”luah Nyla dalam sendu.
Puan Sri Suzanne mengerti akan kesepian seorang isteri, apatah lagi Nyla
yang kini berbadan dua.
“Sabarlah sayang. Allah itu Maha Mengetahui. Kita jangan putus berdoa, kerana Allah
mendengar doa orang teraniaya.”pujuk Puan Sri Suzanne lagi.
“Mama”
“Ya sayang.”
“Terima kasih kerana sudi menerima
Nyla dan Aiman.”habis sahaja Nyla berkata begitu, terus Puan Sri Suzanne
memeluk anak tirinya itu. Kasih dan
sayang terhadap anak tirinya tidak pernah sedikit pun pudar, malah semakin hari
semakin tinggi buat kedua-dua beradik itu.
Baik Nyla, Aiman mahupun Azrul akan dia curahkan kasih dan sayang yang
sama rata. Tidak ada berlebihan pun
walaupun Azrul anak kandungnya.
“Mama tetap sayangkan
kalian berdua macam anak kandung mama sendiri.
Dan jangan sesekali Nyla mahupun Aiman fikir yang mama hanya sayangkan
Azrul. Itu tidak benar.”menggogoi Puan Sri Suzanne dalam dakapan Nyla.
“Nyla sayangkan mama.”ungkap Nyla
lantas memeluk Puan Sri Suzanne seeratnya.
Tan Sri Aiyuddin yang muncul dibalik pintu turut sama memanjat
kesyukuran melihat isteri dan anaknya berpelukan. Sesungguhnya, sejak mula terpisah dengan
isteri pertamanya inilah yang dia doakan selama ini. Doa yuang telah dimakbulkan oleh Yang Maha
Esa. Dia tahu hati budi Suzanne, isteri
yang telah dinikahi ini amat mulia. Cuma
isteri pertamanya yang tidak sudi menerima kehadiran madunya ini. Padahal, sebelum mereka berdua mahu bernikah
mereka ada bertemu dengan isteri pertamanya.
Tapi disebabkan oleh desakkan keluarga, isteri pertamanya membuat
keputusan untuk mengundur diri kononnya tidak setuju dengan perkahwinan itu.
Sementara itu, Tan Sri Aiyuddin pula
bertemu dengan seseorang di café hospital. “Dah dapat maklumat yang aku
mahukan.”
“Dah Tan Sri, ini gambarnya. Nama dia Vincent Alan Anderson @ Vince. Dia merupakan abang sebapa dengan Thomas
Aiden Anderson. Walaupun berlainan ibu,
Toh Puan Aini sudi menjadi Vince setelah kematian ibunya. Vince dibersarkan oleh Toh Puan Aini dari
usianya 10 tahun. Selepas kematian
kedua-dua ibu dan bapa Thomas Aiden Anderson, Toh Puan Aini telah menghantar
kedua-kedua cucunya belajar ke luar negara.
Thomas pula setahun selepas Vince.
Sementara menanti kepulangan Thomas, Vince diberi kepercayaan untuk
mengendalikan syarikat kepunyaan Toh Puan Aini sehinggalah Thomas pulang. Kepulangan Thomas menjadi batu penghalang
Vince untuk mendapatkan jawatan CEO disyarikat itu.”
“Maksud kamu Vince hendak menakluki
jawatan CEO dari adiknya, begitu?” celah Tan Sri Aiyuddin.
“Ya, Tan Sri. Untuk pengetahuan Tan
Sri, Nyla merupakan gadis yang dibeli utnuk dijadikan isteri sementara adiknya
semata-mata untuk mengaburi Toh Puan Aini.”mengucap panjang Tan Sri Aiyuddin
apabila mendengar anaknya menjadi barangan dagangan kedua beradik itu.
“Betul apa yang kamu cakapkan
ni?”anggukan orang upahannya itu membuatkan Tan Sri Aiyuddin mengeluh panjang.
“Sampai begini nasibmu anakku.
Maafkan papa nak.”keluhnya dalam diam.
Orang suruhnya terdiam melihat reaksinya.
“Lagi..”pinta Tan Sri Aiyuddin agar
orang suruhannya meneruskan bicaranya.
“Saya dapat tahu Thomas Aiden
Anderson sudah insaf, malah dia sudah mula menerima Nyla sebagai
isterinya. Ini membuatkan Vince marah,
sebab itu dia sanggup buat apa sahaj agar gadis itu pergi dari hidup
Thomas. Kali terakhir saya dengar, Vince
cuba..”belum sempat orang suruhannya meneruskan kata, Tan Sri Aiyuddin
menyampuk, “Memperkosa Nyla namun tidak sempat apabila Nyla setuju untuk pergi
dari rumah itu.”tercengang orang suruhnya seketika denga bicara Tan Sri
Aiyuddin.
“Macam mana Tan Sri tahu?”soal
lelaki itu seraya ingin tahu.
“Sebab Nyla itu adalah anak saya
yang hilang setelah sekian lama. Nasib
baik saya sempat bertemu dengan dia, kalau tidak tentu saya menyesal tak
sudah.”tutur Tan Sri Aiyuddin lemah.
Akhirnya terbongkarlah semuanya.
“Maafkan saya Tan Sri, saya tak
tahu.”
“Tak mengapa, sebab itu saya suruh
awak cari maklumat tentang lelaki yang bernama Vince itu. Saya nak tahu apa dan mengapa dia sanggup bua
begitu terhadap anak saya.”
“Tan Sri nak saya siasat latar
belakang Thomas Aiden Anderson juga?”pelawa orang suruhannya pula.
“Tak perlu, saya sudah kenal siapa
Thomas Aiden Anderson. Sekarang saya nak
awak tetap ekori dan intip segala pergerakan Vince. Saya mahu tahu dimana dan dengan siapa dia
selalu berurusan. Kalau boleh, tangkap
gambar sekali. Saya mahu buat
perhitungan dengannya suatu hari nanti.”perintah Tan Sri Aiyuddin.
“No
problem Tan Sri. Saya akan jalankan
amanah ini.”
“Bagus, ini bayaran untuk maklumat
tentang Vince. Selebihnya saya akan
bayar bergantung dengan maklumat yang awak perolehi.”sampul surat berisi wang
tunai diserahkan kepada lelaki itu.
“Terima kasih Tan Sri. Saya minta diri dulu, kalau ada apa-apa, saya
akan hubungi Tan Sri lagi.
Assalamualaikum..”orang suruhannya beredar setelah mendapat wang
ganjarannya.
“Waalaikumsalam.”jawab Tan Sri
Aiyuddin bersama keluhan pendek setelah melihat orang suruhannya beredar pergi
meninggalkan dirinya disitu.
Dibanglo kepunyaan Toh
Puan Aini…
“Aiden masih belum jumpa dengan Nyla
ke?”
“Belum Tok Wan. Dah merata-rata Aiden cari, tapi bayangan dia
pun Aiden tak jumpa. Lagi parah bila
Aiden cari Aiman, dia pun turut sama menghilang bersama-sama Nyla.”sahut Tommy
dengan nada sayu. Toh Puan Aini merapati
cucunya, diusap belakang tubuh Tommy.
“Sabar Aiden, banyakkan berdoa. Tok Wan percaya suatu hari nanti Allah akan temukan
semula Aiden dengan Nyla dan juga Aiman.”pujuk Toh Puan Aini lembut. Dia
turut sama tidak putus berdoa agar cucu menantunya dan juga Aiman pulang
kepangkuan mereka semula. Kasihan dia
melihat keadaan Aiden yang tidak terurus.
Dapat dilihat bagaimana kecewa dan sedihnya cucunya itu sejak
ditinggalkan oleh cucu menantunya.
“Aiden khilaf Tok Wan. Aiden sepatutnya menjaga Nyla dan Aiman. Allah dah amanahkan Aiden untuk menjaga
mereka berdua, tapi Aiden yang cuai.
Sampai mereka tinggalkan Aiden disebabkan kelalaian Aiden.”rintih
Tommy.
“Jangan cakap macam tu Aiden, Tok
Wan nak Aiden percaya pada Qadak dan Qadar.
Percaya semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.”Tommy menggeleng,
hatinya kesepian sejak ketiadaan Nyla dalam hidupnya. Oleh sebab itu, demi untuk menutup
kesedihannya siang malam dihabiskan masa dengan bekerja. Selepas subuh, Aiden akan mengaji sehinggalah
jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Bersiap
ke pejabat dan mula bekerja sehinggalah larut malam. Begitulah rutinnya setiap hari setelah
ketiadaan Nyla disisinya.
“Aiden dah give up Tok Wan. Sampai bila
Aiden harus diuji sedangkan Aiden dah mula sayangkan Nyla sepenuh hati. Cinta Aiden hanya untuk Aiyatul Nyla Tok
Wan.”sendu Aiden dalam diam. Toh Puan
Aini terkedu, luahan cucunya menghiris hatinya juga.
“Jangan begitu Aiden, Tok Wan
percaya Nyla akan pulang kepangkuan Aiden.
Cepat atau lambat, semuanya bergantung dengan kehendakNya..”
“Ini semua abang Vince punya
pasal. Kalau pun dia tak suka dengan
Nyla, kenapa tidak dia saja yang pergi.
Aiden tak sanggup kehilangan Nyla Tok Wan. Cinta Aiden pada Nyla terlalu kukuh walaupun
sebelum ini Aiden banyak sakitkan hati dia.
Abang Vince tak berhak buat Nyla begitu.
Itu isteri Aiden Tok Wan, bukan isteri dia.”keluh Aiden lagi. Nasib baik setelah kejadian itu, Vince keluar
dari rumah Tok Wan. Kalau tidak, salah
seorang daripada mereka ada yang cedera parah akibat pergaduhan itu.
“Thomas Aiden Anderson..Tok Wan tak
suka Aiden cakap macam tu. Dah Tok Wan
cakap, ini semua takdir. Apa jua
percaturan yang dibuat OlehNya, tentu ada hikmah disebaliknya. Aiden kena percaya, jangan sesekali putus
asa.”marah Toh Puan Aini.
“Aiden..Aiden..”
“Dah..cukup-cukup untuk hari
ini. Sekarang Aiden pergi naik atas,
ambik wuduk. Kejap lagi dah nak masuk
waktu Magrib, kita berjemaah sama-sama.”perintah Toh Puan Aini, tidak mahu
memanjangkan kisah diantara kedua-dua cucunya.