Bab 18
“Aiman”jerit Nyla saat melihat
kelibat adiknya dipondok pengawal sekolahnya.
“Kakak”berpelukan kedua beradik
itu. Tan Sri Aiyuddin keluar dari
keretanya diikuti Puan Sri Suzanne.
“Aiman baik?”soal si kakak pula.
“Baik kak. Kenapa akak datang, esok kan Aiman dah boleh
balik.”jawab si adik. Nyla mengusap lembut
kepala adiknya.
“Akak datang nak jemput adik hari
ni. Kita balik hari ini yea.”tutur Nyla
lembut. Aiman kehairanan, disamping
kakak ada sepasang suami isteri yang tidak dikenalinya.
“Siapa ni kak?”soal Aiman, namun
sempat juga dia menghulurkan tangan bersalaman.
“Nanti akak ceritakan. Sekarang Aiman pergi asrama kemaskan
baju. Akak dah minta kebenaran dari
pengetua agar Aiman dibenarkan pulang hari ini.”akur dengan arahan Nyla, Aiman
melangkah menuju ke asramanya.
“Sopan dan beradab anak abang. Sejuk hati Su melihatnya.”bisik Puan Sri
Suzanne ke telinga suaminya.
“Berkat bimbingan kakaknya
juga.”tokok Tan Sri Aiyuddin setuju dengan kata-kata isterinya itu. Tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan
dengan sapaan seseorang.
“Papa, mama. Buat apa kat sini?”tersentak Tan Sri
Aiyuddin dan juga Puan Sri Suzanne berpaling.
“Azrul??”serentak kedua-dua suami
isteri itu menyebut nama anaknya.
“Yealah Rul, siapa lagi. Ni mama dan papa datang nak jemput Rul
ke?”pertanyaan anaknya tidak terjawab.
Sebaliknya kedua-duanya masih terkejut dengan pertemuan ini. Agak lama barulah Puan Sri Suzanne perasankan
sesuatu. Rupa-rupanya anaknya sendiri
turut sama belajar disekolah ini.
“Err?”terkedu Puan Sri Suzanne, tak
tahu nak jawab apa. Tan Sri Aiyuddin
lagilah, takkan nak berbohong kat anaknya pula.
Azrul lantas menyalam tangan kedua-duanya.
“Macam ni Rul, apa kata Rul pergi
naik dan kemaskan baju-baju. Pa dan mama
tunggu Rul kat sini.”nasib baik Puan Sri Suzanne sempat mencipta alasan. Anaknya pula tanpa rasa curiga terus sahaja
semula melangkah ke asramanya.
“By
the way mama, siapa kakak ni? cantik dan sweet pula.”sempat lagi Azrul menegur mamanya sebelum meneruskan
langkah. Puan Sri Suzanne tersentak,
nakal sungguh anak bujang ni.
“Nanti kat rumah kita sembang. Now go
and pack your things.”arah Puan Suzanne bersama wajah serius. Sengaja nak takut-takutkan anaknya tu. Azrul tergelak sambil kaki melangkah
meninggalkan kedua-dua orang tuanya.
Tak sampai 15 minit, muncul Aiman
bersama Azrul membimbit bagasi mereka.
Saling pandang satu sama lain, kerana tidak menyangka arah tuju mereka
sama.
“Eh Aiman, kau pun ada sama.”
“Kenalkan, ni kakak aku.”sempat
Aiman perkenalkan Nyla yang berada disisi Puan Sri Suzanne dan Tan Sri
Aiyuddin.
“Yea ke? ini pula mama dan papa
aku.”serentak itu Aiman pula terkejut.
“Ini ke mama dan papa kau?”anggukkan
Azrul buat Aiman terkedu. Nyla yang
mengerti lantas menghampiri mereka berdua.
“Balik nanti akak cerita. Sekarang Aiman masukkan bagasi dalam boot kereta.”bisik Nyla ke telinga
adiknya. Tidak mahu hal penting ini
tersebar luas, cukuplah bila mereka sudah sampai dirumah nanti. Aiman yang memahami terus sahaja menuruti
arahan kakaknya.
“Mama, mereka berdua ni ikut kita
ke?”pertanyaan Azrul dijawab dengan anggukkan kepala Puan Sri Suzanne. Azrul turut menyimpan bagasinya dalam boot setelah diarahkan mamanya.
Perjalanan yang mengambil masa
hampir 2 jam membuatkan masing-masing diam membisu. Hanya alunan muzik dari radio yang dipasang
pemandu peribadi Tan Sri Aiyuddin yang menemani sepanjang perjalanan mereka. Baik Puan Sri Suzanne mahupun Tan Sri
Aiyuddin tiada satu patah perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Azrul pula sibuk bermain game dengan Ipadnya
manakala Aiman pula sibuk juga melayari internet menggunakan Ipadnya juga.
“Aiman tengok apa?’soal Nyla setelah
melihat adiknya tersenyum sendirian.
Lantas Aiman menyuakan Ipadnya pada Nyla.
“Akak cuba tengok ni.”alangkah
terkejutnya Nyla melihat facebook adiknya yang mengandungi gambar yang diupload
oleh suaminya. Gambar ketika mereka sedang bercuti di Tanah Tinggi beberapa
bulan lepas. ‘Dimana sayang? abang rindukan sayang. Pulanglah.. ~ T Aiden. ‘ tinta ayat disebelah
gambar itu.
“Abang Tom kelakar kan? macamlah
akak larikan diri dari rumah sampai begitu sekali dia tulis kat wall Aiman.”komen
si adik buat Nyla bertambah sayu. “Memang akak lari dari rumah pun
dik, cuma adik yang tak tahu.”tutur Nyla dalam hati. Lama Nyla memerhatikan gambar itu, timbul
rasa bersalah kerana meninggalkan suaminya tanpa sebanrang pesanan. “Maafkan
Nyla bang..maafkan Nyla..”rintihnya dalam hati.
Kereta Alphad Welfire kepunyaan Tan
Sri Aiyuddin sampai ke destinasi.. Rumah banglo 3 tingkat tersergam indah
dihadapan. Pintu kereta terbuka, Tan Sri
Aiyuddin keluar diikuti pula dengan Puan Sri Suzanne. Selepas itu barulah Nyla, Aiman dan akhir
sekali Azrul.
“Finally,
he we are. My home sweet home..”tutur
Azrul bangga kerana dapat pulang ke rumah awal dari tarikh yang
sepatutnya. Tan Sri Aiyuddin tersenyum
lebar, suka bila anaknya berkata begitu.
“Jom Aiman, kita masuk. Aku dah penat ni.”ajak Azrul. Aiman melemparkan pandangan kepada kakaknya.
“Pergilah ikut Azrul tu, tentu Aiman
penat juga kan?”Puan Sri Suzanne bersuara sebelum sempat Nyla menjelaskan
kepada Aiman. Demi melihat anggukkan
kepala kakaknya, Aiman turut memgekori Azrul melangkah ke tingkat atas. Bagasi mereka pula sudah diangkat oleh
pemandu Tan Sri Aiyuddin ke tingkat atas.
“Nyla pun pergilah naik
berehat. Tak elok untuk bayi kalau Nyla
stress selalu. Malam nanti kita
bincangkan hal ini dengan Aiman.”pujuk Puan Sri Suzanne, mahu anak tirinya
berehat setelah menempuh perjalanan jauh tadi.
“Terima kasih mama, Nyla naik
dulu.”dipeluknya Puan Sri Suzanne, tanda terima kasih.
“Janganlah macam tu, mama ikhlas
menerima Nyla dan Aiman dalam hidup kami.”tutur Puan Sri Suzanne ikhlas.
“Dah..pergi naik berehat. Mama nak ke dapur tengok Mak Siti masak apa
untuk malam nanti.”Puan Sri Suzanne lantas membawa tubuhnya ke ruang dapur yang
terletak disebelah kanan.
Sementara
itu, Tommy yang berada dikawasan sekolah Aiman terkejut apabila diberitahu yang
adik iparnya telah lama pulang bersama kakaknya Nyla.
“Dah berapa lama mereka balik
Puan?”soal Tommy ramah.
“Dalam 2 jam lepas. Kalau tidak silap dia datang bersama ahli
keluarganya.”jawab Puan Zahrah.
“Puan kenal siapa ahli keluarganya
yang lain?”pertanyaan Tommy menimbulkan rasa curiga. Namun apabila teringat akan pesanan Tan Sri
Aiyuddin tentang Aiman, terus Puan Zahrah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Maaf, saya tak kenal. Yang saya tahu hanya kakak Aiman yang bernama
Nyla. Itu saja.”jawapan dari Puan Zahrah
membuatkan Tommy kecewa.
“Tak mengapalah Puan. Terima kasih kerana sudi membantu.”Tommy
pulang dengan wajah hampa. Sejak dari
rumah lagi Tommy sudah berangan-angan untuk bertemu dengan Aiman. Rupa-rupanya, Nyla terlebih dahulu bertindak
membawa Aiman lari.
“Sayang, apa salah abang. Sampai hati sayang tinggalkan abang tanpa
pesan. Sayang dah tak mahu jadi girl abang lagi? Oh my girl, where are you? Please don’t
leave me alone.”rintih Tommy dalam diam.
Dia menyandarkan diri dikeretanya sambil merenung jauh mengenangkan nasibnya selepas ini.
~Bersambung~
nak lagi sis ♥
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKesian aiden..huhuhuhu 😢
ReplyDeleteJgn la bagi die lama2 bpisah ngan nyla
nak lagi.
ReplyDeleteSalam boleh email ke redskat7@gmail.com
ReplyDeleteTq
Wasalam...saya x email karya saya kepada org. Kalu sudi, sila baca diblog saja.
Delete