Saturday, 21 June 2014

My Girl - Bab 22

BAB 22

            “Dah habis berangan?”sapa satu suara mengejutkan Tommy dari lamunannya.

            “Oh! Amy, I ingatkan siapa tadi. Come, have a seat.”pelawa Tommy, cepat-cepat dia letakkan smeual bingkai gambar diatas mejanya.  Amyza mengerling sekilas, “tak habis-habis tengok gambar isteri yang entah mana menghilang.  Aku yang kat depan tak nampak.  Apa? Aku tak lawa ke?”omel Amy dalam hati.

            “So, what bring you here?”soal Tommy.

            “You”jawapan sepatah Amy mengundang rasa tidak senang dihati Tommy.  Dia tahu Amyza sudah lama menaruh hati padanya, sejak mereka bekerjasama dalam projek yang lepas.  Tapi dia tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap wanita ini, hatinya masih teguh kepunyaan isterinya, Nyla.

            “I like your joke.  Tapi tak kelakar lah..”jawab Tommy seloroh.  Tidak mahu dikatakan kurang sopan melayan tetamu yang datang.

            “You think I’m joker? It’s not funny Tom.  I really likes you.  In fact I’m in love with you.”bersama kata-kata itu, tangan Amyza merayap mencari tangan Tommy.  Nasib baik lelaki itu sempat mengelak.

            “Amy, please.  This is my office.  Behave yourself.”

            “Tom, I betul-betul sukakan you.  Dah lama I menaruh hati dekat you. Can’t you see?”Tommy menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak setuju.

            “I masih suami orang.”tutur Tommy lembut, cuba menyedarkan wanita ini yang dia milik orang lain.

            “Suami?”

            “Ya suami.”balas Tommy yakin.

            “Huh! suami yang telah lama ditinggalkan, itu sebenarnya Tom.  Dan tak salah kalau you nak cari penggantinya.”tukas Amyza lagi.  Dia tidak mahu mengalah, sudah lama dia pendamkan hasrat hatinya.  Dan kali ini dia tidak peduli, dia harus nyatakan isi hatinya pada lelaki ini.  Thomas Aiden Anderson, seorang usahawan muda yang berjaya telah lama mencuri hatinya.  Dia terpikat kepada peribadi dan sifat lemah dan lembut lelaki ini.  Tidak seperti abang lelaki itu,  Vincent Alan Anderson.  Seorang yang kasar dan juga kaki perempuan.

            Tommy mengeluh, sudah banyak kali dia terangkan kepada wanita ini.  Hatinya hanyalah milik isterinya, Aiyatul Nyla.  “Amy, I’m sorry. We are not meant for each other.  I do care about you as a friend, not more than that.  I love my wife so much until I coundn’t love anybody else except her.”Sekali lagi Amyza tewas.  Kata-kata Tommy melukakan hatinya.  Lelaki itu jujur menyatakan isi hatinya sehingga dirinya terpaksa menerimanya.

            “Tom, I tak akan mengalah.  I percaya, suatu hari nanti you akan jatuh cinta pada I. Dan pada masa itu you  akan rasa bertapa bertuahnya memiliki I disamping you.”selesai berbicara terus Amyza melangkah keluar dari bilik Tommy.  Sekali lagi Tommy terkedu, nafasnya bagaikan tersekat. “Apalah nasib aku ni, sampai bila aku nak jadi begini.  Nyla sudah 5 tahun menghilang tanpa berita.  Mungkin dia sudah pun melakar bahagia, tapi aku? Kenapa masih begini.  Ya Allah, berikanlah aku pertunjuk.”doa Tommy dalam diam. 

            Sementara itu diluar bilik Tommy, Amyza mengesat airmatanya.  Dia tewas lagi.  Sungguh dia merasa dirinya terlalu obsess dengan Tommy sehingga dia sanggup menebalkan mukanya meraih cinta lelaki itu.  Tetapi kasih Tommy terhadap insterinya tidak pernah goyah walaupun dia sering menggoda lelaki itu.  Dalam diam dia tekad mahu mencari dimana wanita itu.

            “Bob, tunggu aku tempat biasa.”telefon bimbit dimatikan sebaik habis bicara. “Kau tunggu Tom, tak semudah itu engkau dapat lepaskan diri dari aku.”
           
            “Mummy.”

            “Yes dear”

           “I miss daddy.  Bila boleh jumpa Daddy?”Nyla terkedu, pertanyaan anaknya membuatkan dirinya serba salah.  Baru 2 hari lepas dia pergi menjejaki lelaki itu, namun hampa. 

            “When the time come sayang akan bertemu dengan daddy.  Now, go to sleep. Baca selawat dan juga Al-Fatihah.  Mohon kepada Allah agar semuanya dipermudahkan.”Amanda mengangguk, mulutnya terkumat-kamit membaca apa yang dipelajarinya sejak berumur 2 tahun lagi. Walaupun menetap diluar negara, Nyla tidak pernah lupa asal usul mereka.  Setiap hari sebelum masuk tidur dia akan bacakan surah Al-Fatihah dan selawat k etas nabi sebelum menidurkan puterinya itu.

            Setelah Amanda terlelap, Nyla bangkit lantas menuju ke bilik air.  Dia mahu berwuduk serta menunaikan solat sunat.  Hampir setiap malam selepas Amanda tidur, dia akan melakukannya.  Dalam doanya sering mengharapkan kesejahteraan suaminya terpelihara serta berharap suatu hari nanti mereka bertiga akan kembali bersatu. 

            “Abang, maafkan Nyla.  Mungkin ini takdir yang telah ditetapkan olehNya.  Tapi Nyla tak pernah berputus harap, sebab Nyla percaya tak lama lagi kita bakal bersatu semula.  Dan masa itu, Nyla tak akan tinggalkan abang lagi.  Kita akan jadi sebuah keluarga yang bahagia dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.”matanya belum lagi mengantuk membuatkan Nyla mencapai naskah Al-Quran ditepi meja katil.  Sayup-sayup alunan suara Nyla mengalun ayat-ayat suci Al-Quran memecah kesunyian malam.



            Sementara itu di Villa kepunyaan Toh Puan Aini juga kedengaran alunan suara lunak mengaji membelah kesunyian malam.  Itulah Tommy, lelaki yang dalam kesedihan setelah ditinggalkan si isteri tanpa khabar berita.  Setiap malam jika tiada temujanji dengan klien pasti Tommy menghabiskan masanya dengan mengaji didalam bilik yang dijadikan surau.  Dengan mengaji dia dapat menenangkan fikirannya.  Itulah terapinya sejak 5 tahun yang lalu.  Kadang-kadang Toh Puan Aini risau melihat keadaan dirinya, namun itulah ubatnya. 

~Bersambung~ 

Friday, 6 June 2014

My Girl - Bab 21

BAB 21

Lapangan terbang KLIA…

            Setelah hampir 5 tahun berada di luar negara, akhirnya Nyla pulang semula ke Malaysia.  Itupun setelah mendapat persetujuan daripada papa dan mamanya.  Pada mulanya Tan Sri Aiyuddin agak keberatan memberikan persetujuan, namun setelah didesak oleh anaknya itu akhirnya dia pun mengalah juga.  Lama diperhatikan balai ketibaan, menanti penumpang yang keluar darinya.  Bayangan anaknya Nyla tidak juga kelihatan, hatinya mula resah.

            “Papa..”jeritan seseorang membuat Tan Sri Aiyuddin berpaling.  Tersentak dirinya apabila melihat penampilan baru anaknya itu.

            “Nyla..”tubuh itu sudahpun berada dalam pelukannya.

            “Rindunya Nyla kat papa.  Mama mana?”soal si anak pula setelah tidak melihat kelibat mamanya.

            “Ada kat rumah, tengah sibuk memasak masakan kegemaraan anak kesayangannya.  Macamlah Nyla tak kenal mama tu, kalau pasal Nyla semuanya dia tahu.  Papa rasa terpinggir pula.”usik Tan Sri Aiyuddin pula.  Nyla tersenyum lebar, suka bila dapat mengusik papanya.

            “Papa jelous yek?”

            “Mana ada, cemburu adalah..”seloroh Tan Sri Aiyuddin bersama tawa besar.  Sedang mereka asyik bersembang, hampir terlupa pula sikecil ditengah-tengah mereka berdua.

            “Mummy..”renggek si anak.

            “Ops, sorry mummy terlupa.”lantas diangkat tubuh sikecil.

        “Papa, kenalkan Nur Amanda Anderson.  Cucu papa.”tubuh si kecil dihulur kepada Tan Sri Aiyuddin.  Amanda pula merenung wajah tua dihadapannya.
       
     “Mummy, is this atuk  papa?”soal si anak kecil yang baru berusia 4 tahun.  Nyla mengangguk.  Sebaik sahaja mengetahui itu atuk papanya, terus sahaja pipi tua itu dikucup Amanda.  Tan Sri Aiyuddin tersenyum lebar, suka apabila mendapat ciuman dari cucu sulongnya itu.

            “Amanda..enough okay...  Letih mummy  tengok Amanda asyik cium atuk papa.”Amanda ketawa.

        “Mummy jelous.”Nyla menjegilkan anak matanya tanda tidak setuju.  Amanda menyorok diri disebalik dada Tan Sri Aiyuddin.      
  
          “Mana ada”tukas Nyla pula.  Amanda buat muka.   

        “Biarlah Nyla, papa pun rindukan cucu papa ni.  Lagipun dah dekat 2 tahun papa tak jumpa dia.  Kali terakhir kami bertemu pun masa Amanda berumur 2 tahun lebih.” Nyla mengalah, tahu sangat dengan perangai manja anaknya itu.  Tiba-tiba hatinya terdetik, apa yang akan berlaku kalau Amanda bertemu dengan bapa kandungnya.  Adakah anak ini akan mengenali bapanya, bagaimana pula dengan Tommy.  Mahukah suaminya itu mengakui Amanda anaknya sedangkan selama ini lelaki itu tidak pernah tahu akan kewujudan Amanda.
         
         “Nyla, kenapa ni?”soal Tan Sri Aiyuddin setelah melihat kebisuan anaknya itu.

          “Tak ada apa-apa papa, Nyla cuma keletihan. Jom kita balik, dah tak sabar-sabar nak jumpa mama, rindu sangat.”luah Nyla cuba menyembunyikan rasa hatinya.

        Come atuk papa, Amanda want to go home”omel Amanda dalam dukungan Tan Sri Aiyuddin.  Wajah tua itu dikucup lagi.  Terhibur Tan Sri Aiyuddin dengan keletah cucu kesayangannya itu.

            “Amanda jalan yea, atuk papa dah tak larat nak dukung.”Amanda mengangguk, lantas Tan Sri Aiyuddin meletakkan tubuh kecil itu kebawah.  Tangan kecil itu masih kemas dalam gengaman atuk papanya.  Mereka bertiga jalan beriringan bersama pemandu Tan Sri Aiyuddin yang membantu menolak troli kepunyaan Nyla.

            Perjalanan dari KLIA ke kediaman kepunyaan Tan Sri Aiyuddin mengambil masa lebih kurang sejam setengah.  Si kecil yang keletihan tertidur di atas ribaan Nyla.”Kesian anak mummy, penat lah tu.”

            “Senyap aje, Amanda tidur ke?”soal Tan Sri Aiyuddin sambil memandang ke arah belakang.

            “Dah papa.  Penat barangkali.”sahut Nyla.

            “Tentulah penat, sebelas jam dalam kapal terbang.  Kalau papa pun penat.”jawab Tan Sri Aiyuddin pula.  Senyuman terukir dibibir tuanya, gembira dan bersyukur dengan kepulangan anaknya itu.  Walaupun begitu, dalam hatinya masih berkira-kira sama ada betul atau tidak dengan keputusannya membenarkan anaknya pulang ke sini semula.  Rasa takut bersama bimbang menghantui dirinya.  Takut bila Vince mendapat tahu anaknya sudah pulang manakala bimbang dengan keselamtan kedua-dua beranak itu.

            “Papa..”tersentak Tan Sri Aiyuddin dari lamunan.

            “Ada apa Nyla.”

            “Abang macam mana?”

            “Abang?”

            “Errr..maksud Nyla, Thomas Aiden Anderson.”

      “Dia baik-baik saja.  Kali terakhir papa jumpa dia minggu lepas. Tapi papa kesian tengok dirinya”bicara Tan Sri Aiyuddin menarik perhatian Nyla.
   
         “Abang kenapa papa?”soal Nyla cemas.

            “Dirinya dah tak terurus.  Badan semakin kurus papa tengok, itu belum lagi bab yang lain-lain.”bicara Tan Sri Aiyuddin merntun jiwa Nyla. “Abang sakit?”rintihnya dalam hati.  Rasanya ingin dia terus sahaja bertemu dengan suaminya, tapi apakan daya dia terpaksa menghindarinya.

            “Papa..Nyla nak jumpa abang”

            “Buat apa? Papa tak benarkan.”bantah Tan Sri Aiyuddin.

            “Tapi pa..Nyla rindu sangat kat abang.”tutur Nyla jujur.  Dia sudah tidak tahan lagi menanggung rindunya terhadap suaminya itu.

            “Nantilah..biar reda dulu.  Papa tak mahu Aiden terkejut pulak.”kata-kata Tan Sri Aiyuddin ada benarnya.  Jika suaminya tahu dimana keberadaan dirinya serta kehadiran si kecil ini, sudah tentu lelaki itu terkejut.

           Sampai diperkarangan rumah, Wajah Puan Sri Suzanne sudah berada dimuka pintu menanti kepulangan anak dan cucunya itu.

            “Tok ma..tok ma..”riang suara Amanda mendapatkan Puan Sri Suzanne.  Apa lagi, dipeluknya tubuhnya berada dalam dakapan tok ma nya.

            “Hmm..rindunya tok ma dengan Amanda.  Sayang sihat?”soal Puan Sri Suzanne, bibirnya mencari wajah si kecil lalu dicium sepuasnya.

            “Tok ma…”protes si kecil.  Terkekek-kekek Tan Sri Aiyuddin ketawa dibelakang melihat adegan itu.

            “Mama..”kali ini giliran Nyla pula memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi Puan Sri Suzanne.

            “Mama sihat?”

            “Alhamdulillah, anak dan cucu mama sihat.”

            “Of course kami sihat walafiat.  Kalau tidak, tak sampailah kami kemari.”tutur Nyla riang.

         “Hati?”soal Puan Sri Suzanne berbisik membuatkan Nyla tergamam.  “Jawapan apakah yang sesuai?” Masih berkira-kira dalam hati.

            “Mama faham..take your time.”bicara lembut Puan Sri Suzanne menusuk kalbu.

            “Eh.. jom masuk. Mama ada masak makanan kegemaran Nyla dan Amanda. Abang, mari.”ajak Puan Sri Suzanne setelah lama melihat anaknya membungkam. 

            “Jom, abang pun dah lapar.”selesai berkata, Tan Sri Aiyuddin membawa Amanda masuk ke dalam diikuti isterinya dan anaknya.



            Tommy sedang menyemak laporan kewangan syarikatnya. Sejak Nyla pergi meninggalkan dirinya, dia mengabadikan dirinya pada syarikat.  Komited sehingga tiada masa untuk diri sendiri.  Tok Wan pun dah tak larat hendak menasihati dirinya, dah penat katanya.  Pernah juga Tok Wan menyuarakan pendapatnya, meminta agar Tommy mencari pengganti Nyla.  Namun berbagai alasan yang Tommy berikan sehingga Tok Wan mengalah akhirnya.

            “Sampai bila Aiden nak macam ni?”

            “Sampai bila-bila Tok Wan.  Selagi Nyla tidak pulang ke sisi Aiden, selagi itu Aiden akan sentiasa menanti kepulangannya.  Biarlah Aiden begini..”putus Tommy.  Toh Puan Aini menggeleng, keras betul kepala cucunya ni. 

            “Habis tu Tok Wan macam mana?”

            “Macam mana apa Tok Wan? Aiden tak faham.”soal Aiden pula.

         “Yelah, sampai bila Tok Wan nak merasa ada cicit kalau macam nilah keadaan kamu.”Aiden tergelak, rupa-rupanya Tok Wan rindukan kehadiran anak kecil dalam rumah ini.

            “Insyaallah, selagi umur Tok Wan masih panjang.  Selagi itu Tok Wan sempat merasa ada cicit nanti.”

            “Tapi bila Aiden? Umur Tok Wan bukannya semakin menurun, semakin meningkat adalahlah.”sayu suara Toh Puan Aini membuatkan Tommy terkedu.  Satu keluhan terlepas dari mulutnya.  Agak sukar baginya untuk melupakan Nyla, malah semakin dia cuba semakin rindu pula pada isterinya itu. 

            “Sayang, pulanglah..abang sentiasa merindui mu.”rintih Tommy dalam diam.

            “Aiden minta maaf Tok Wan.  Aiden tak mampu nak bahagikan kasih Aiden pada orang lain selain Nyla.  Cinta Aiden pada dia terlalu utuh sehingga tiada lagi ruang untuk orang lain selain dirinya.”luah Tommy kesal.  Toh Puan Aini mendekat, bahu cucunya diusap perlahan.

             “Tok Wan mengerti Aiden.  Tok Wan pun sayangkan Nyla.  Hari-hari Tok Wan berdoa semoga satu hari nanti dia akan pulang juga kepangkuan kita.  Masa itu Tok Wan harap kalian berdua tidak akan terpisah lagi.”Tommy merenung wajah tua Toh Puan Aini, ada air jernih menodai wajah itu.

            “Tok wan, terima kasih kerana sudi menjaga dan melayan karenah Aiden.”tubuh Toh Puan Aini dipeluk.  Rasa kasih dan sayang terhadap tok wan nya tidak pernah berkurangan.  Malah semakin bertambah. 


            “Tok wan pun.  Hanya Aiden cucu yang tok wan ada.  Nak harapkan Vince, entahlah..walaupun dia bukan darah daging tok wan, tok wan tetap sayangkan dia.  Tok wan harap suatu hari nanti Vince insaf dan kembali kepangkuan jalan.”itulah doa Toh Puan Aini setiap kali mengerjakan solat. 

~Bersambung~