BAB 30
“Aiden, mari sekejap. Tok Wan nak tanya sesuatu.”Aiden yang beru
sahaja menjengah pintu masuk disapa Toh Puan Aini.
“Assalamualaikum Tok Wan, belum
tidur lagi?”tangan Toh Puan Aini dikucup mesra.
Tersenyum wanita itu dengan tingkah laku cucunya itu.
“Waalaikumsalam, belum lagi..
sengaja Tok Wan tunggu Aiden balik.”
“Tok Wan tunggu Aiden buat apa. Kan
Aiden dah besar.”seloroh Tommy bersama senyuman terukir dibibir.
“Kerana Aiden dah besarlah Tok Wan
bertambah risau.”Tommy tergelak kecil dengan kata-kata Tok Wan nya. Ade ke macam tu, apalah Tok Wan ni.
“Cuba Tok Wan cakap apa yang Aiden
buat sampai Tok Wan risau sangat.”
“Kehidupan Aiden, masa depan Aiden,
semualah yang Tok Wan risaukan. Sampai bila Aiden nak macam ni. Sorang-sorang, tak ada siapa yang nak uruskan
Aiden. Tok Wan risau kalau apa-apa jadi
kat Tok Wan, Aiden pula bagaimana.”luah Toh Puan Aini. Sudah lama dia melihat Aiden menjalani
hidupannya sendirian sejak pemergian Nyla, Cuma sejak kebelakangan ini dia
dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh cucunya itu. Tommy mengeluh, nampaknya dia terpaksa
berterus-terang hari ini. Lagipun lebih
lama dia simpan rahsia ini, lagi risau Tok Wan dibuatnya.
“Tok
Wan..”panggil Tommy lembut lantas menarik kedua-dua belah tangan Toh Puan Aini.
“Aiden ada sesuatu nak bincang dengan Tok Wan.”kali ini Toh Puan Aini pula
terkejut
“Aiden nak kahwin?”soal Toh Puan
Aini ceria. Tommy tergelak, ada ke
sampai ke situ fikiran Tok Wan. Aiden
dah ada Nyla, tak perlu orang lain lagi.
“Apa lah Tok Wan, sampai ke situ
pulak. Kan Aiden dah nikah, takkan nak
nikah lagi sekali. Cukup dengan satu,
Aiden tak nak dah.”tutur Tommy ikhlas.
Terdengar keluhan dari bibir Toh Puan Aini, barangkali kecewa dengan
pendirian cucunya.
“Habis tu, sampai bila Aiden nak
hidup macam ni. Aiden tak kesian kat Tok
Wan.”kata-kata Toh Puan Aini buat Tommy serba-salah. Tidak mahu Tok Wan nya kecewa baik dia
berterus-terang.
“Tok Wan..Aiden nak bawa Tok Wan
jumpa seseorang. Tapi Tok Wan kena janji
jangan terkejut dan jangan salahkan seseiapa pun bila perkara ini berlaku.”Toh
Puan Aini tidak senang mendengar butir-bicara cucunya. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan.
“Baiklah, bila Aiden nak bawa Tok
Wan jumpa dia.”Tommy
memberikan isyarat tangan yang menyatakan sekarang.
“Malam ni? Sekarang?”soal Toh Puan Aini
terkejut. Anggukan Tommy membuatkan Toh
Puan Aini keberatan.
“Marilah Tok Wan. Lagipun dah lama sangat Aiden nak Tok Wan
jumpa orang ni. Dan Aiden percaya Tok
Wan pasti gembira bila dah bertemu dengan dia.”pujuk Tommy pula. Akhirnya Toh Puan Aini setuju.
Sampai diperkarangan rumah banglo
dua tingkat, Toh Puan Aini meneliti kawasan rumah itu. “Aku macam pernah datang
ke mari, tapi rumah siapa ya.”bicara Toh Puan Aini dalam hati. Saat pintu sebelah penumpang dibuka, Tommy
mengajak Toh Puan Aini keluar dari perut kereta.
“Aiden..rumah ni..”belum sempat Toh
Puan Aini menyambung kata, suara Puan Sri Suzanne menyapa.
“Assalamualaikum”Toh Puan Aini
terpaku, rupa-rupanya ini adalah rumah Tan Sri Aiyuddin. Dan ini tentu isterinya.
“Waalaikumsalam mama. Kenalkan, ini Tok Wan Aiden. Toh Puan Aini namanya”jawab Tommy pula bagi
pihak Toh Puan Aini setelah melihat Tok Wan terpaku.
“Tak payah panggil Toh Puan Aini,
panggil Ummi Aini pun tak mengapa.”sampuk Toh Puan Aini ramah. Mereka bersalaman sambil bertukar senyuman.
Kemudian datang Tan Sri Aiyuddin mempelawa tetamu istimewa mereka masuk.
Sebaik sahaja melangkah kaki ke
dalam rumah, terdengar suara riuh kanak perempuan memanggil daddynya.
“Yeh, daddy’s home..yeh…”terus sahaja dipeluk Tommy yang sedang menuju ke
arahnya. Sekali lagi Toh Puan Aini
tergamam, “siapa budak perempuan yang memanggil cucunnya daddy, jangan-jangan Aiden
ada simpan perempuan tak. Barangkali
anak Tan Sri Aiyuddin. Eh, tapikan
Aiyuddin mana ada anak perempuan.
Setahunya, Aiyuddin hanya ada anak lelaki. Itupun anak tunggal.”bisik hati kecil Toh
Puan Aini.
“Anak siapa ni Aiden?”Tommy
tersenyum-senyum, masih mahu berahsia.
“Nanti Tok Wan tahu juga.”sebaik
habis berkata, kelihatan seorang wanita muda keluar dari arah dapur membawa
sedulang minuman.
“Nyla, cucu Tok Wan”Toh Puan Aini
terkejut, terus dia menerpa mendapatkan Nyla.
Nasib baik dulang berisi minuman tidak tumpah. Cepat-cepat Puan Sri Suzanne mengambil dulang
minuman dari tangan Nyla.
“Tok Wan..”masing-masing saling
berpelukan. Rasa rindu yang mengebu
terhadap cucu menantunya membuatkan Toh Puan Aini menangis dalam pelukan. “Mana
Nyla pergi, tak kesian ke kat Tok Wan.
Dah lama Tok Wan rindu kat Nyla, Aiden apatah lagi.”meruntun hiba suara
Toh Puan Aini meluahkan perasaan.
“ Nyla minta maaf Tok Wan. Nyla minta maaf..:”hanya itu yang mampu
keluar dari bibir Nyla. Perkataan maaf
kerana terpaksa melukakan hati wanita ini.
“Sudahlah tu Tok Wan, apa yang
penting sekarang kita semua dah bersatu semula.
Ini Aiden kenalkan, Nur Amanda Anderson cicit Tok Wan.”lantas disua
anaknya kepada Toh Puan Aini. Nur Amanda
Anderson terpaku, wajah tua dan kedut ini mengudang tanda tanya dalam dirinya.
“Daddy..who
is this granny?”soal Amanda dengan wajah kehairanan.
“This
is daddy’s granny, Tok Wan.”
“Hish! Apa pula Tok Wan”
“Habis tu nak panggil apa?”soal
Tommy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Isteri disebelah dilihat tersenyum-senyum.
“Panggil Tok Wan pun tak apa.”seloroh
Toh Puan Aini sambil mengusap lembut pipi gebu milik Amanda. Akhirnya keluarga
ini bersatu semula, Toh Puan Aini menandah tangan mengucap kesyukuran diatas
nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T
“Lepas ni Tok Wan ingat nak buat
kenduri doa selamat.”cadangang Toh Puan Aini disambut dengan gembira. Rupa-rupanya bukan Puan Sri Suzanne sahaja
yang beria-ria mahu membuat kenduri, malah Toh Puan Aini turut sama memberi
kata putus yang sama.
“Molek lah tu Toh Puan Aini, saya
baru cadang nak diadakan kenduri dirumah ini.”sahut Puan Sri Suzanne bersama
senyuman manis.
“Tak payah susah-susah. Kita buat saja dirumah saya, lagipun Aiden
cucu saya. Itu sudah menjadi kewajipan
saya.”tutur Toh Puan Aini.
“Saya ni tak kisah Toh Puan Aini,
buat kat mana-mana pun boleh. Asalkan
semuanya selamat.”tambah Tan Sri Aiyuddin pula.
Masing-masing setuju dengan cadangan yang diberikan Toh Puan Aini. Riuhlah rendah rumah Tan Sri Aiyuddin dan
Puan Sri Suzanne dengan kedatangan Toh Puan Aini yang banyak mulut dan ditambah
pula dengan kenakalan Amanda yang mencuit hati semua yang ada.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Amy, kenapa sejak kebelakang ini abah tengok Amy diam saje. Kenapa, ada masalah dengan projek usahasama kita dengan Aiden ke?”tegur Dato Jalal setelah melihat kebisuan anak perempuannya sejak 2 hari yang lalu.
“Abah…Amy okay. Projek berjalan seperti biasa. Cuma Amy ada masalah sikit.”
“Masalah dengan Aiden”
“Mana abah tahu?”selar Amyza. Terkejut apabila nama Aiden disebut abahnya.
“Abah dah lama tahu tentang Amy dan
Aiden. Abah tak mahu masuk campur sebab
kalian berdua sudah dewasa. Tapi bila
dah melarat sampai macam ini abah terpaksa bertanya juga.”
“Amy suka Aiden abah. Tapi Aiden..”
“Aiden dah beristeri? Itu maksud
kamu.”anggukan anaknya membuatkan Dato Jalal mengeluh.
“Abah tak suka kamu jadi perosak
rumah tangga orang. Tapi bila abah dapat
tahu isteri Aiden dah lama tinggalkan dia, abah rasa tak salah kalau kamu ingin
mencuba.”
“Entahlah abah, Amy rasa tak sedap
hati.”adu anaknya bersama keluhan dibibir.
“Dah kenapa pula?”
“Amy rasa Amy sorang aje yang duk
terkejar-kejar Aiden. Tapi Aiden buat
macam tak tahu aje dengan apa yang Amy cuba sampaikan kepadanya.”Dato Jalal
menghampiri puteri kesayangannya. Sejak
ketiadaan isterinya tiga tahun yang lalu, anaknya ini banyak berdiam diri sehinggalah
satu hari dia bertemu dengan Thomas Anderson Aiden rakan perniagaanya itu. Sikap dan kelakuannya terus berubah, anaknya
rajin bekerja dan sentiasa ceria. Tapi
sejak kebelakangan ini anaknya mula suram semula. Adakah disebabkan lelaki itu sehingga anaknya
berubah semula. Kalau benar, dia perlu
bersemua dengan Aiden.
“Biar abah cakap dengan Aiden yea.”Amy
terkejut, terus dia mencelah.
“Tak perlu abah, biar Amy selesaikan sendiri. Amy tak mahu abah campur adukkan urusan
peribadi dengan bisnes.”pohon anaknya.
“Kalau macam itu abah biarkan kamu
selesaikan sendiri. Tapi ingat, jika
keadaan menjadi tegang abah tak akan teragak-agak untuk mencampuri urusan
kalian.”Dato Jalal memberi peringatan kepada anaknya. Amy mengangguk lemah, faham dengan ketegasan
abahnya itu.
“Amy harap semuanya berjalan dengan lancar, abah doakan Amy yea.”Dato Jalal mengusap lagi kepala anaknya, lantas dikucup ubun-ubun puteri kesayangannya itu. Sayang Dato Jalal kepada anaknya melebihi segala-galanya, itu yang membuatkan hatinya sedih bila melihat keadaan anaknya yang muram.
~Bersambung~
Amy amy amy..jgn kaco ok
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeleteAd smbngan x..best lah..
ReplyDelete