Pertama sekali saya sudah kekeringan idea untuk menulis. Mungkin disebabkan terlampau banyak bebanan kerja yang ada. Saya hilang fokus.
Kedua disebabkan komputer saya crash and been attack by virus. Oleh sebab itu semua hasil karya saya terdahulu habis hilang. Sedih..memang sedih. Tapi nak buat macam mana, redha ajelah...
Tapi..tapi..jangan risau, In Shaa Allah saya akan kembali menulis semula dalam masa terdekat. Disini saya masukkan sedikit prolog jalan cerita terbaru saya. Tajuk masih dalam teka-teki..
Harap semua enjoy...
PROLOG
"Jom"
"Nak kemana"
"Kau ikut aku ajelah"ajak
Maryam sambil menarik tangan Aina.
Tersentak Aina dgn perlakuan sahabatnya itu. Dalam kereta Maryam masih
membisu seribu bahasa. Pandangannya tertumpu kepada pemanduan menuju ke arah
suatu tempat yang tidak diketahui Aina.
Akhirnya mereka sampai ke suatu destinasi yang Aina sendiri tidak pernah
kunjungi. Terpaku sejenak Aina takala
menlihat keindahan hotel yang berdiri megah ditengah kesibukan kota.
"Kita kat mana ni Maryam?"soal
Aina, matanya tak lekang dari memandang keindahan rekaan dalaman hotel ini.
Maryam hanya tersenyum sambil menarik tangan Aina agar mengekorinya masuk ke
bahagian lobi hotel.
"Kalau kau nak tahu, inilah Hotel
Sayangku Aina"tutur Maryam teruja sambil memandang ke arah sahabatnya.
"Apa kau cakap, aku tak dengar.
Cuba kau ulang semula"
"Aku cakap nama hotel ni macam nama
kau. Sayangku Aina."terpaku Aina sejenak saat Maryam mengulangi nama hotel
ini. "Apa aku tak salah dengar kah? Mengapa nama Aina, siapakah pemilik
hotel ini."bermacam-macam bermain difikiran Aina.
"Kalau kau nak tahu, pemilik hotel
ni seorang usahawan muda yang baru berusia 30an. Kalau tak silap akulah pemilik
hotel ni baru saja diberi anugerah semasa Keputeraan Sultan tempohari"
"Maksud kau? aku tak faham."
"Hish, kau ni kan apalah bengap
sangat. Kan aku dah cakap pemilik hotel ni usahawan muda yang bergelar Dato'.
Dan setahu aku juga, Dato' ni masih lagi bujang."ujar Maryam sambil
mengenyit matanya.
"Okaylah kau menang, memang aku
bengap. Tapikan Dato' ni mesti ada namakan"tukasku sengaja bertanya sekadar ingin tahu tidak lebih dari
itu.
"Nama dia Dato'...." belum
sempat Maryam menyudahkan ayatnya, tiba-tiba ada satu suara menegur dibelakang.
"Assalamualaikum" Maryam tersenyum melihat gerangan orang yang memberi salam. Manakala Aina yang masih terpinga cuba menoleh ingin melihat siapakah gerangan orang tersebut. Saat Aina terpandang raut wajah itu, terus dia terpaku. “Ya Allah, selamatkanlah aku”
Jeng..jeng...nak tunggu sambungannya? tunggu yea...LOL!