Tuesday, 25 February 2014

My Girl - Bab 15


Bab 15

            “Syukur alhamdulillah, dapat juga abang bertemu dengan Nyla kan?  Su ingat lagi masa abang cerita tentang dia beberapa hari lepas.  Tup..tup hari ini dia datang bersama suaminya pula.”tutur Puan Sri Suzanne sebaik mereka berdua berada didalam bilik tidur mereka.

            “Yealah Su, abang pun tak sangka.  Kebetulan memang abang dan Aiden akan bekerjasama untuk satu projek mega di Kuantan nanti.  Syukur kepada Allah, akhirnya termakbul juga doa-doa abang selama ini.  Abang harap Azrul pun gembira bila dapat tahu tentang perkara ini.”sahut Tan Sri Aiyuddin.

            “Su percaya, Azrul lagi teruja bila dapat tahu tentang kakak dan abang dia tu.”

            “Abang pun harap suatu hari nanti kita dapat ketemukan mereka bertiga.”

            “Su pun bang.  Apa yang penting, doa kita tak pernah putus.”

            “Insyaallah Su, abang pun sama.”

            Telefon bimbit Puan Sri Suzanne berbunyi, tertera nama anak tunggalnya itu. “Azrul bang”telefon bimbit disua kepada suaminya.

            “Angkat lah, mesti rindu kat awak sebab tu asyik telefon aje.”

            “Assalamualaikum mama.”sapa suara ceria Azrul ditalian. 

            “Waalaikumsalam sayang.  Malam-malam call mama ni rindu ke?”soal Puan Sri Suzanne, jam didinding dipandang sekilas.  Masa menunjukkan pukul 11 malam.

            “Itu sudah semestinya.  Dan yang paling utama sekali Rul nak bagitahu yang esok Rul lambat sampai.  Mungkin petang sikit sebab member ajak jalan-jalan dulu.”

            “Oh gitu, mama tak kisah asalkan Rul pandai jaga diri.  Ini solat ada tinggal tak?”

            “Hish mama ni, tak baik tau.  Rul tak pernah lupa solat.  Setiap kali masuk waktu, Rul mesti dirikan solat dulu.  Tapikan mama, member-member ada juga gelakkan Rul.”

            “Member gelakkan Rul, Kenapa?”

            “Yelah, dia orang cakap Rul ni warak sangat.  Siap ada yang panggil ustaz lagi.”

            “Biarlah apa pun dia orang nak kata.  Yang penting anak mama tahu yang mana lebih penting.  Mama bangga dengan anak mama ni.”terdengar tawa anak bujangnya ditalian.  Puan Sri Suzanne menguntum senyum.

            “Papa mana ma.”

            “Ada kat sebelah mama.  Nak cakap dengan papa ke?”jawab Puan Sri Suzanne lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Tan Sri Aiyuddin.

            “Assalamualaikum anak papa, sihat?”

            “Waalaikumsalam papa.  Rul sihat dan bertambah-tambah sihat lagi bila dapat dengan suara mama dan papa.”

            “Rul bila nak balik?”soal Tan Sri Aiyuddin.  Tidak sabar rasanya mahu berbicara dengan anak lelakinya itu.

            “Lusa Rul balik.  Dah tak sabar-sabar nak balik jumpa mama dengan papa.”ujarnya teruja.  Cuti persekolahan sahaja masa utunk mereka berkumpul bersama-sama.

            “Baguslah kalau macam tu.  Nak papa jemput?”

            “Tak perlu, Rul tumpang kereta kawan.  Kebetulan driver Tok Wan dia datang jemput sekali.”

            “Kawan? Siapa?”soal Tan Sri Aiyuddin.

            “Aiman nama dia.  Dia tinggal dengan Tok Wan dia.”

            “Oh, kalau begitu baguslah.  Nanti dah sampai bagitau papa.”

            “Okay papa.  Got to go now, kejap lagi nak kemas sikit baju.  Esok takut tak sempat.  Kirim salam kat mama, cakap kat mama Rul love her so much.”

            “Aik! mama aje, Papa?”

            “You too papa.  Love you so much..”Tan Sri Aiyuddin tersenyum.  Azrul memang anak yang baik.  Talian dimatikan, isteri disebelah dijeling sekilas.

            “Rul cakap apa lagi?”

            “Dia cakap nak balik lusa.  Tak payah jemput sebab dia naik kereta dengan kawan dia sekali.”

            “Itu aje..”

            “Ada lagi, dia cakap he loves you so much..”kali ini tersunging pula senyuman dari bibir Puan Sri Suzanne.

            “Suka lah tu.”

            “Mestilah, anak saya dah nak balik mana tak gembira.”

            “Su..”

            “Hmm..”

            “Kalau anak abang tiba-tiba hadir dalam rumah ni, adakah kasih sayang Su tetap sama macam kasih Su dengan anak kandung Su.”Puan Sri Suzanne tersentak, pertanyaan suaminya mengundang rasa tidak senang dihatinya.  Dipandang wajah suaminya, lantas diraih kedua-dua belah tangan Tan Sri Aiyuddin.

            “Abang..anak abang, anak Su juga.  Macam mana Su sayangkan Azrul, macam tulah Su sayangkan anak-anak abang.  Cuma Su harap mereka berdua sudi menerima Su seadanya.”dikucup telapak tangan suaminya.  Tan Sri Aiyuddin membalas dengan mengucup ubun-ubun isterinya itu.

            “Terima kasih Su..terima kasih.  Abang tak tahu macam mana nak balas semua kebaikan Su pada abang.”

            “Abang, Su tak minta semua tu.  Yang Su tahu, Su yang bersalah pada Kak Ruzita.  Sebab Su, Kak Ruzita tinggalkan abang.  Dan sebab Su jugalah, abang terpisah dengan anak-anak abang.  Su yang bersalah bang.”pohon Puan Sri Suzanne.  Tan Sri Aiyuddin menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.  Baginya apa yang berlaku dulu sudah suratan takdir.  Ruzita yang nekad meninggalkan dirinya tanpa khabar berita.

            “Sudahlah Su, kita berdua yang bersalah.  Apa-apa pun abang bersyukur sangat bila dapat tahu dimana anak-anak abang berada.  Nyla pun sudah berumahtangga dengan seorang lelaki yang abang kenali hatinya.  Keluarganya juga dari keturunan baik-baik, Toh Puan Aini seorang usahawan wanita berjaya yang tinggi budi pekertinya.  Dan abang percaya, Nyla kini hidup bahagia bersama Aiden.  Dan abang juga dapat tahu, Aiman kini berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dibiayai oleh Toh Puan Aini.”jelas Tan Sri Aiyuddin panjang lebar.  Puan Sri Suzanne disebelah dipeluk erat.  Seluruh rasa kasihnya  tertumpah buat isterinya itu.

            “Su pun tumpang gembira mendengarnya.”ungkap isterinya itu.

            “Selepas ini Su harap Nyla sudi menerima Su sebagai mamanya.  Harap-harap Nyla sudi menjengah kita disini.”besar sungguh harapan isterinya itu.   

            “Dia doakan aje Su.  Dah lama abang nak merasa pelukan dari anak-anak abang.”

            “Su pun bang..Su pun..”ujar Puan Sri Suzanne.  Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu tentang Thomas Aiden Anderson, suami kepada anak tirinya itu.

            “Bagaimana dengan Aiden?”soal Puan Sri Suzanne.

            “Aiden? Kenapa dengan dia?”pertanyaan si isteri dijawabnya pertanyaan pula.

            “Yelah, sampai bila abang nak berahsia dengan Aiden tentang hubungan sebenar abang dengan isterinya tu.”

            “Biarlah masa yang menentukannya.  Kalau boleh abang nak Nyla sendiri yang jelaskan kepadanya.  Abang tak mahu terburu-buru, lagipun Nyla sendiri belum mengakui siapa abang kepadanya.”tukas Tan Sri Aiyuddin.

            “Betul juga tu.  Biar Nyla yang jelaskan.  Tapi kalau dah terdesak, Su harap abang tahu bagaimana hendak tangani semua ini.”

            “Abang faham Su.”jawab Tan Sri Aiyuddin lantas merebahkan diri diatas katil.  Puan Sri Suzanne turut sama merebahkan diri disebelah suaminya. Malam ini mereka berdua telah berbincang panjang terumata tentang pertemuaan semula Tan Sri Aiyuddin dengan anak kandungnya.  Selepas ini harapan mereka berdua agar dapat bersama-sama semula menyatukan perhubungan yang telah lama terputus dek disebabkan kesilapannya dulu.

           

            Mata Nyla masih terkebil-kebil.  Suami disebelah dipandang lama.  Nyenyak sungguh suaminya tidur, tidak seperti dirinya yang masih tidak dapat melelapkan matanya.  Sejak bertemu semula dengan bapa kandungnya, Nyla gelisah.  Dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu dengan papanya yang kini telah menjadi orang kenamaan.  Tan Sri Aiyuddin, papa yang telah lama menghilangkan diri sejak berkahwin dengan anak orang kaya.  Menurut kata ibu, papanya mengahwini Puan Sri Suzanne untuk membalas budi kepada bapa mertuanya Dato’ Sahar yang merupakan bekas majikan papa.  Namun disebabkan tidak mahu berkongsi suami, ibu sanggup membawa dia dan Aiman lari meninggalkan rumah mereka tanpa khabar berita.  Ibu juga telah berpindah jauh demi untuk menjauhkan dirinya dari papa.

            Kejam! Itu memang satu perbuatan kejam.  Tapi sebabkan kemarahan ibu sanggup memisahkan anak-anak daripada bapa kandung mereka  demi untuk membalas rasa sakit hatinya dek disebabkan kecurangan papa.  Hari-hari ibu meracuni fikiran Nyla dan Aiman agar membenci papa mereka.  Saban hari macam-macam keburukan tentang papa mereka diperkatakan.  Sehinggalah Nyla besar dan mengerti mengapa ibu mereka lari meninggalkan papa.  Itupun setelah diceritakan oleh makcik Ramlah.  Menurut makcik Ramlah, ibunya yang tidak mahu berkongsi kasih.  Sedangkan Puan Sri Suzanne datang sendiri bertemu dengan ibunya untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya.  Malah Puan Sri Suzanne tidak kisah mereka berkongsi kasih.  Malang sekali ibunya yang tidak betah, lantas pergi membawanya pergi bersama Aiman lari meninggalkan suaminya tanpa sebarang khabar berita.

            “Betul ke apa yang makcik cakapkan ni?”soal Nyla.

            “Aku dah cakap, mak kau tu memang bodoh.  Apa salahnya terima aje si Suzanne tu sebagai madu.  Lagipun aku tengok si Suzanne tu baik orangnya. Taklah macam sesetengah anak orang kaya yang sombong.”terang makcik Ramlah.

            “Makcik pernah jumpa ibu tiri saya?”

            “Pernah sekali, masa Suzanne datang ke rumah kamu.  Aku pun ada kat sana, kebetulan nak ziarah mak kamu.”

            “Habis tu apa jadi?”

            “Lepas aje Suzanne balik, terus mak kamu kemas pakaian.  Aku pun ditarik sama tinggalkan rumah malam tu jugak.”Pilu hati Nyla bila kebenaran terbongkar.  Tak sia-sia dia nekad bertemu dengan makcik Ramlah petang itu tanpa pengetahuan suaminya. 

            “Makcik..kenapa masa ibu meninggal dulu makcik tak bagitahu papa.”soal Nyla ingin tahu.

            “Nak bagitau macam mana, aku sendiri tak tahu dimana papa kamu tinggal.’sahut makcik Ramlah tanpa rasa bersalah.  Berderai airmata Nyla, tidak sangka ibunya sanggup membiarkan perhubungan diantara anak dan papanya terpisah dek kerana rasa sakit hati.

            “Ibu, kenapa ibu tega memutuskan hubungan kami.  Tak sayangkah ibu kepada papa? Kalau benar papa bersalah, tidak seharusnya ibu juga turut sama melakukan kesalahan.”rintih Nyla dalam hati.  Tanpa menyedari, rintihannya bertukar menjadi esakkan halus.  Tommy disebelah tersedar, bunyi esakkan isterinya menganggu tidurnya.

            “Nyla, kenapa ni?”tutur Tommy saat bangkit dari tidur.  Tangannya mengusap tubuh Nyla.  Isterinya yang sedang melayan perasaan turut sama terkejut.  Tidak menyangka suaminya sedar disebabkan esakkannya.

            “Tak..tak..saya okay.  Abang tidurlah.”dalih Nyla sambil mengesat airmatanya.

            “Okay sayang kata, ni apa?”airmata dipipi Nyla dikesat. 

            “Saya mimpi buruk tadi.  Sebab itu..”

            “Sebab itu sayang menangis? Macam tu?”sangkah Tommy.  Nyla mengangguk lemah.

            “Abang tahu sayang tak tidur.  Dari tadi lagi abang perhatikan Nyla.”Nyla menjungkitkan keningnya, tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu.

            “Bukan ke abang tengah tidur tadi?”soal Nyla hairan dengan tutur kata suaminya itu.

            “Nyla jangan tak percaya, abang ni bukannya tidur pun.  Sekadar tidur-tidur ayam aje.  Sebab tu abang tahu sayang tak tidur lagi.”komen suaminya itu.  Takut rahsianya terbongkar, Nyla mencipta alasan

            “Saya rindukan Aiman, sebab itu sedih.”bohong Nyla, berharap Tommy tidak bertanyakan lagi soalan yang bukan-bukan.

            “La..ingatkan Aiman rupa-rupanya.  Abang ingat apalah tadi.  Kan Aiman dah call,   cakap dia akan balik dalam sehari dua ni.  Jangan risau, lagipun Tok Wan dah minta Pak Abas jemput Aiman pulang nanti.”

            “Jom kita tidur, esok abang ada mesyuarat kat pejabat.  Takut terlewat pula nanti. “ajak Tommy sambil membaringkan tubuhnya ditilam.  Ditarik lengan Nyla agar turut sama baring disebelahnya.  Tubuh si isteri dipeluk, Nyla rasa indah bila berada dalam dakapan suami yang mula mendapat tempat dihatinya.

~Bersambung~

Friday, 10 January 2014

My Girl - Bab 14




Bab 14                       
            “Cantik rumah uncle?”puji Tommy sambil menyambut huluran salam Tan Sri Aiyuddin.  Nyla disebelah sudah terkaku saat terpandang wajah Tan Sri Aiyuddin.  Tommy yang perasan, sempat mencuit lengan isterinya itu.
            ”Kenapa sayang?”bisiknya ditelinga.  Tersentak Nyla, terus dia melemparkan senyuman.  Tidak mahu suaminya perasan dengan perubahan dirinya.  Tan Sri Aiyuddin mengerti, pasti anaknya sudah mengenali dirinya.
            “Dah datang rupanya tetamu kita, silalah masuk.”suara Puan Sri Suzzane menegur tetamu mereka dari arah belakang Tan Sri Aiyuddin memecah kesunyian.
            “Aunty, apa khabar?”Tommy menyapa sambil menghulurkan tangan.
           “Baik, allamdulillah.  Ini ke, isterinya Tommy.”dipandang wajah Nyla, ada riak sedih disitu.  Puan Sri Suzzanne cuba berlagak tenang.
            “Apa khabar? Siapa namanya ni. cantik orangnya.”seloroh Puan Sri Suzanne sambil memeluk Nyla.  Nyla pula seperti tersedar dari mimpi, terus dia menjarakkan sedikit pelukan itu.  Tidak selesa sebenarnya, tapi tidak berani membantah takut suaminya perasan mengapa.
            “Aunty tahu Nyla tak selesa.  Tapi Aunty harap Nyla mengerti, papa Nyla bersyukur sangat bila dapat tahu tentang Nyla.”bisik Puan Sri Suzanne ditelinga Nyla.  Sekali lagi Nyla terkaku.
            “Manis orangnya, siapa nama ni?”soal Puan Sri Suzzanne kepada Nyla, pura-pura tidak mengenali satu sama lain.
            “Err…Nyla Puan Sri.  Aiyatul Nyla.”jawab Nyla dalam suara bergetar.  Puan Sri Suzanne menguntum senyuman.
            “Panggil Aunty sudahlah .  Tak payah panggil Puan Sri, kita dah macam keluarga.”usul Puan Sri Suzanne.  Tan Sri Aiyuddin mengangguk setuju, Tommy disebelah pun turut sama.
            “Yealah sayang.  Aunty Su ni dah macam pangkat mak kat kita berdua.”sangkah Tommy tanpa rasa curiga.  Nyla disebelah sudah tidak keruan tidak pula dia perasankannya.
            “Saya minta diri, nak ke tandas sekejap. Boleh?”pinta Nyla, tidak betah berlama-lama disitu.  Takut airmatanya tumpah dihadapan semua disitu.
            “Hai sayang, kita baru saja sampai dah nak ke tandas.”soal Tommy tanpa mengetahui sebab Nyla mahu kesana.
            “Tak mengapalah Aiden.  Orang perempuan memang selalu macam tu.  Aunty pun sama juga.”sampuk Puan Sri Suzanne.
            “Mari, Aunty hantarkan.”ajak Puan Sri Suzanne.  Mulanya Nyla agak keberatan, tapi takut suaminya terkesan akan kepincangannya, terus dia mengikut Puan Sri Suzanne.  Sepanjang perjalanan baik Puan Sri Suzanne mahupun Nyla, masing-masing diam membisu.
            “Dah sampai pun.”langkah Nyla terhenti,  matanya memandang tepat ke wajah Puan Sri Suzanne.  Namun belum sempat dia berbuat apa-apa, Puan Sri Suzanne terlebih dulu menerpa memeluknya.
            “Maafkan mama sayang.”tersentak Nyla dengan panggilan itu.  Sejak bila pula Puan Sri Suzanne menjadi mamanya.  Setahu dia, Puan Sri Suzanne yang bertangungjawab diatas perpecahan keluarganya dulu.
            “Errr…Puan Sri…Aunty…saya..saya..”
            “Panggil mama sayang, panggil mama.  Dah lama mama tunggu saat ini.”rayu Puan Sri Suzanne lalu memeluk tubuh Nyla.  Sesak rasanya nafas Nyla diperlakukan sebegitu.
            “Maaf Puan Sri, mama saya dah lama meninggal.  Dan namanya Ruzita.”pelukan terlepas, Puan Sri Suzanne pula terpaku.  Rembesan airmata yang mengalir diseka.
            “Mama tahu.  Sebab itu mama rasa bersalah sangat dengan kamu.  Maafkan mama yang sayang.”rayu Puan Sri Suzanne lagi. 
            Nyla menggeleng, pelukan terlerai. “Tiada apa yang patut dimaafkan lagi.  Perkara dah lama berlaku.  Mama saya pun sudah pun meninggal dunia.  Apatah lagi papa yang kami sanjung dan sayang pula menghilangkan diri sejak Aiman berusia setahun.”pilu hati Puan Sri Suzanne mendengar rintihan Nyla.
            “Mama menyesal sayang.  Disebabkan mama, papa kamu abaikan kalian sekeluarga.  Maafkan kami, papa kamu terdesak.  Pilihan yang ada tidak menyebelahi dirinya, dan akhirnya papa kamu terpaksa membuat keputusan yang dia sendiri tidak pasti.”Nyla terdiam, penerangan dari Puan Sri Suzanne sedikit  sebanyak buat Nyla terfikir sejenak.  Apa sebenarnya yang berlaku?
            “Nyla sayang, pergi keringkan airmata tu.  Nanti apa pula kata Aiden.  Tentang kita, nanti kalau ada masa, mama teringin sangat nak jumpa Nyla lagi.  Mama percaya, selepas kita duduk berbincang semua masalah yang menjerut akan selesai juga.  Cuma mama harap Nyla bersabar dulu.”suara pujukan Puan Sri Suzanne sedikit sebanyak membuatkan Nyla termenung.  Lama juga mereka berkeadaan begitu sehinggalah kehadiran Tan Sri Aiyuddin menyedarkan mereka berdua.
            “Hai Puan Sri, lama lagi ke?  kami berdua dah lapar ni?”sapa Tan Sri Aiyuddin.
            “Err..dah siap pun.  Abang pergilah ke depan, kejap lagi Su minta Kak Tun siapkan hidangan.”cepat-cepat Puan Sri Suzanne menarik tangan Nyla agar mengekorinya ke dapur.  Tidak mahu suaminya melihat airmata yang tumpah diwajah mereka berdua.
            “Kalau macam tu saya tunggu kat luar.  Jangan lambat tau, kesian kat tetamu kita tu.”Puan Sri Suzanne mengangguk.
            “Sedap betul masakan ni, semuanya aunty yang masak ke?”soal Tommy memecah kesunyian.
            “Aunty masak biasa-biasa aje Aiden.  Tak ada apa pun yang istimewanya.”jawab Puan Sri Suzanne rendah diri.  Apa lah sangat special pun kalau hanya masakan kampung seperti ayam masak lemak cili api, ikan siakap tiga rasa dan sambal tumis udang.
             “Sedap lah tu.  Dah lama Aiden tak makan masakan ni, sejak balik dari luar negara.”Nyla disebelah dipandang, isteriya hanya menguis-guis makanan dipinggan.  Tidak seperti dirinya yang makan dengan penuh selera.
            “Kenapa sayang, tak sedap ke?”
            “Hah! tak..tak..sedap..”
            “Tak sedap?”
            “Bukan...maksud Nyla, sedap.  Cuma selera Nyla tak berapa hari ini.  Maaf yea uncle dan aunty.”dengan penuh sopan Nyla berkata, tidak mahu Tan Sri dan Puan Sri terasa dengan kata-katanya.
           “Ada isi kot, sebab itu tak lalu makan.”sampuk Puan Sri Suzanne pula.  Tommy dihadapannya direnung lama, “Maafkan Nyla abang.”ungkap Nyla dalam hati.
            “Belum ada rezeki lagi aunty,  insyaallah dah ada nanti kami hebahkan.  Lagipun Aiden belum puas lagi bermanja dengan Nyla.”kali ini wajah Nyla merona kemerahan.  Kata-kata suaminya buat dirinya malu.
            “Hish, kamu ni Aiden.  Apa salahnya ada anak awal-awal.  Tak semestinya hubungan kalian berdua terjejas, malah lebih erat adalah.”kali ini meja gamat dengan gelak tawa, hanya Nyla saja diam membisu.
            “Betul sayang tak kisah?”soal Tommy pada isterinya.
            “Kisah kan apa?”soalan Tommy dibalas dengan soalan pula.
            “Pasal anak lah sayang”Nyla tertunduk malu, soalan itu terlalu sensitif baginya.  Apatah lagi dibincangkan dihadapan orang yang amat dia kenali.  Papa dan juga ibu tirinya.
           “Aiden, sudah-sudah lah tu.  Apa kata kita habiskan dulu makanan, kesian kat Nyla.”putus Tan Sri Aiyuddin.  Tahu sangat bila melihat wajah anaknya yang serba salah.  Dia tahu Nyla masih marah padanya sebab itu anaknya itu tidak langsung memandang wajahnya sedari tadi. “Maafkan papa nak.”
            Selesai makan bersama, Tommy dibawa Tan Sri Aiyuddin ke ruang halaman rumah.  Disana dia ingin menantu rahsianya itu menceritakan sedikit sebanyak tentang anak gadisnya  itu.  Dia mahu tahu dimana dan bagaimana mereka berdua bertemu.
            “Saya dan Nyla bertemu secara kebetulan.  Mungkin dah jodoh, sebab itu kami dipertemukan.”tutur Tommy lembut, biarpun tidak diceritakan secara terperinci.  Takkan Tommy harus ceritakan perkara yang sebenarnya iaitu abangnya Vince yang telah membeli Nyla dari Chai, ketua kongsi gelap terkenal di KL ini.
            “Oh begitu, lepas itu apa yang terjadi?’soal Tan Sri Aiyuddin lagi.  Tommy tersenyum sumbing.  Kesungguhan Tan Sri Aiyuddin menanyakan tentang isterinya turut mencurigakan dirinya. 
            “Bila Tok Wan suruh Aiden cari jodoh, disitulah Aiden melamar Nyla.  Walaupun baru berkenalan, tapi hati Aiden kuat menyatakan dialah jodoh Aiden.  Dan kebetulan pula Nyla anak yatim piatu.”keterangan Tommy buat Tan Sri Aiyuddin tersentak. 
            “Nyla anak yatim?”soal Tan Sri Aiyuddin lagi, tidak percaya anak perempuanya mengakui dirinya anak yatim sedangkan dia masih hidup lagi.
            “Ya uncle.  Sebab itu kami dinikahkan berwalikan hakim.  Lagipun Aiden kesian dengan nasib yang menimpa Nyla dan adiknya.  Sudahlah mereka ditinggalkan dalam jagaan ibu saudaranya, tapi hidup mereka tidak seindah khabar dari rupa.  Saban hari Nyla dan Aiman diseksa oleh ibu saudaranya.  Nyla tidak dibenarkan meneruskan persekolahan, malah dia dikerahkan untuk bekerja untuk menampung kehidupan mereka bertiga.  Nasib baik Aiman masih boleh bersekolah, sekurang-kurangnya nasib Aiman masih terbela.  Dan disebabkan itu, Aiden ambil Nyla sebagai isteri Aiden.”panjang lebar bicara Tommy.  Itulah yang diceritakan oleh isterinya setelah didesak olehnya.  Kalau tidak dia sendiri tidak tahu asal usul kehidupan isterinya itu.
            Tan Sri Aiyuddin menggeleng-gelengkan kepalanya.  Rasa kesal tidak terkira takala mendengar cerita dari menantu rahsianya itu.  Dia sendiri tidak menyangka sekejam itu Ramlah perlakukan terhadap anak-anaknya.  Dia mahu membuat perhitungan dengan Ramlah. Ya, dia perlu bersua muka dengan Ramlah segera.
            “Uncle bersimpati dengan nasib isteri kamu.”
            “Err…uncle, kalau boleh jangan diungkitkan perkara ini dihadapan Nyla yea.  Saya takut lukanya kembali berdarah.  Kalau boleh saya dah tak mahu perkara ini diperkatakan lagi.”pinta Tommy.  Tan Sri Aiyuddin mengangguk, tapi dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranahnya pada Ramlah, sepupu isteri pertamanya.
            Sudah lama Tommy dan isterinya berada dirumah Tan Sri Aiyuddin, kini tiba masanya untuk mereka beransur pulang.  Perbualan mereka seperti sudah lama mengenali hati budi masing-masing, padahal inilah baru pertama kali dia bertemua sua dengan keluarga Tan Sri Aiyuddin.  Terasa seperti ada hubungan lama yang terputus bertemu kembali.
            “Terima kasih uncle sebab sudi jemput saya dan isteri kemari.”
            “Eh terima kasih apa pula.  memang dah hajat uncle nak kamu datang ke sini.  Sekurang-kurangnya dapatkan kita mengeratkan siratul rahim.  Yang lebih penting, uncle dapat habuan yang lebih besar lagi.”ujar Tan Sri Aiyuddin tanpa menyedari dirinya diperhatikan oleh Nyla.
            “Habuan? Habuan apa uncle?”soal Tommy laju.
            “Adalah…”sahut Tan Sri Aiyuddin seakan berahsia pula.
            “Yelah Aiden, aunty lagi suka.  Selalu lah datang kemari, Nyla pun.  Adalah juga teman aunty nanti.  Nak harapkan anak lelaki aunty sorang tu memang susahlah.”sampuk Puan Sri Suzanne pula.
            “Anak uncle? Mana dia? Aiden tak nampak pun dia dari tadi.”
            “Lupa pula uncle nak bagitahu, anka uncle si Azrul ada kat Melaka sekarang.  Dia belajar kat sana, minggu depan baru balik.  Insyaallah, kalau ada masa nanti uncle perkenalkan dia dengan kamu berdua.”tutur Tan Sri Aiyuddin.
            “Oh begitu,  nampaknya tak ada rezeki kami nak bertemu dengan dia.  Maybe next time.”ucap Tommy sambil melangkah menuju keretanya dihalaman rumah.  Mereka bersalaman sebelum berpisah.  Puan Sri Suzanne memeluk Nyla, sempat lagi dia menutur kata ditelinga gadis itu.
            “Jangan lupa telefon mama.  Ada banyak lagi perkara yang perlu kita bincangkan.  Mama harap Nyla tidak lupa.”Nyla mengangguk lemah.  Tidak betah berdiam sahaja, rasa hormat masih ada didalam dirinya.  Walau banyak mana kesalahan Puan Sri Suzanne, wanita itu berhak diberi peluang.
            “Insyaallah, Nyla tak janji.”akhirnya tercetus juga perkataan itu dari mulut Nyla.  Puan Sri Suzanne tersenyum senang.  Suka dengan sedikit perubahan yang ditonjolkan oleh anak tirinya itu. “Terima kasih sayang.”
            Sejak keluar dari perkarangan rumah Tan Sri Aiyuddin, Nyla hanya membisu.  Sekali-sekala kelingan Tommy disebelah, tidak diendahnya.  Kata-kata terakhir Puan Sri Suzanne banyak mempengaruhi mindanya. 
            “Salah siapa? Mama? Papa ataupun Puan Sri Suzanne? Ayat-ayat ini berulang-ulang dibenaknya.  Perlukah dia bersua muka semula dengan ibu tirinya itu? Apakah nanti penjelasan daripada ibu tirinya itu bisa mengembalikan semula kebahagianya yang telah lama hilang? Dapatkan dia memperjuangkan nasib adiknya nanti sedang Puan Sri Suzanne turut sama mempunyai zuriat.  Oh tidak, demi Aiman aku harus bertemu semula dengannya.  Dan demi masa depan Aiman kelak, aku harus pertahankannya.”otak ligat memikir tanpa menyedari kereta yang dipandu suaminya sudahpun masuk perkarangan rumah Tok Wan.
            “Ehmm..ehmm..dah sampai kemana tu? Ke bulan? Ke bintang?”sindir Tommy tanpa menyedari Nyla masih lagi mengelamun.
            “Puan Aiyatul Nyla, kita dah sampai.  Awak nak tidur dalam kereta ke?”kali ini siap dicuit bahu isterinya itu.  Apa lagi terkejut Nyla.
            “Oh pocot mak kau?”
            “Mak abang dah lama meninggal.  Tak baik tau Nyla sebut-sebut nama dia.”sayu suara Tommy membuatkan Nyla rasa bersalah.
            “Maafkan saya, tak sengaja.”
            “Tak mengapa, abang saja aje nak usik Nyla.  Dah, jom kita masuk.”ajak Tommy.  Sebenarnya tidak terkesan pun dihatinya bila Nyla menyebut tentang mamanya. Saja dia nak mengusik si isteri yang diam tidak bersuara sejak pulang dari rumah Tan Sri Aiyuddin. 
            “Baru sampai Aiden?”tegur Toh Puan Aini sebaik melihat kelibat cucunya.
            “Baru aje Tok Wan.”tangan tua Toh Puan Aini dikucup diikuti pula dengan Nyla.  Kedua-kedua belah pipi Tok Wan diciumi juga.
            “Tok Wan dah makan?”soal Nyla saat melabuh duduk disebelah Toh Puan Aini.
            “Dah, Tok Wan makan tadi.  Lagipun Tok Wan tahu kamu ke rumah Tan Sri Aiyuddin atas jemputannya.  Aiden ada beritahu Tok Wan semalam kan.”jawab Toh Puan Aini.
            “Tok Wan, abang.  Nyla masuk bilik dulu yea. Badan dah letih, ingat nak rehat kat dalam.”tutur Nyla sebelum melangkah meninggalkan suaminya bersama Tok Wan.
            “Pergilah cu, Tok Wan pun kejap lagi nak masuk bilik juga.  Aiden pun sama, pergilah masuk bilik.  Tentu kalian berdua penat kan.”Tommy mengangguk, lantas mengekori isterinya dari belakang.


~Bersambung~

Thursday, 28 November 2013

My Girls - Bab 13


Bab 13

            “Look! Kan abang Vince dah cakap.  Inilah salah satu punca abang tak setuju Tom terus bersama dia.   Gadis tu dah pengaruhi Tom, dengan abang Vince pun Tom dah bersikap kurang ajar.”sindiran Vince sekali lagi mendatang kemarahan didalam dada Tommy.

            “Nyla tak pernah mempengaruhi Tom.  Ini semua datang dari hati yang marah kerana seorang abang telah menghina dan memperlekehkan isteri adiknya sendiri.” tukas Tommy bersama kemarahan yang membuak.

            “Thomas Aiden Anderson, kau tahu tak dengan siapa kau sedang bercakap?  Kau tahu tak?”kali ini Vince turut terbangun dari kerusi.  Matanya menentang anak mata adiknya, ada percikan api kemarahan menyala didalamnya.

            “Tom tahu dan sedar dengan siapa Tom bercakap.  Tapi kalau abang cuba bersikap kurang ajar dengan menghina maruah isteri Tom.  Tom tidak akan teragak-agak membela dia kerana Aiyatul Nyla adalah isteri Tom yang sah.”dengan kemarahan yang meluap-luap, Tommy menjerkah kembali abangnya.  Terduduk Vince dikala terdengan jerkahan adiknya. 

            Tommy meraup kasar rambutnya, rasa kesal menengking abangnya. “Tom minta maaf abang.  Bukan Amandat Tom nak meninggikan suara pada abang, tapi sikap abang dah melampau.  Abang menghina Nyla, dia isteri Tom.  Bukannya orang lain.”selesai berbicara, Tommy menghempaskan tubuhnya diatas kerusi empuknya.  Ruang pejabat yang tadi tenang kini bagai dilanda ombak tsunami.  Habis berselerakkan kerta-kerta diatas meja kerjanya.

            “Dulu Tom tak macam ni.  Tom tak pernah menjerit mahupun meninggikan suara pada abang.  Tapi sejak Tom berkahwin dengan dia, perangai Tom dah mula berubah.  Apa perempuan tu dah buat kat Tom, cuba Tom cakap.  Abang nak tahu.”keras nada suara Vince masih tidak bisa melunturkan kemarahan yang membuak didada Tommy.

           “Nyla tak bersalah.  Yang bersalah abang sebab menghina dirinya.  Dia isteri Tom abang, bukannya orang lain.  Walaupun dulu kita beli dia untuk mengaburi mata Tok Wan, tapi kini tidak lagi.  Tom benar-benar dah jatuh cinta padanya.  Tom terpikat dengan kelembutannya, kebaikannya dan juga kesungguhannya menjaga Tok Wan selama kami menjadi suami isteri.  Tak pernah Tom dengar dia mengeluh, malah dia lakukan dengan ikhlas dan sabar.  Itu yang ada pada dirinya yang buatkan Tom jatuh cinta padanya.” Jelas Tommy bersama juntaian airmata.  Vince tersenyum sinis, tau adiknya begitu lemah jika berkaitan dengan Tok Wan.

            “Peduli apa, lagipun kita dah beli dia pun sudah cukup baik.  Tak perlu Tom mencintai dia untuk membalas jasa baiknya.  Cukup dengan jasa kita yang telah membelinya daripada dia dijual ke rumah pelacuran.”tegas suara Vince menegakkan kebenaran.  Tommy menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan kata-kata abangnya.

            “Abang salah.  Nilai kebaikan seseorang tidak perlu diukur dengan pertolongan yang telah kita berikan.  Cukuplah dengan keihlasan yang dia tunjukkan kepada Tok Wan sudah cukup kuat buat Tom jatuh hati padanya.”jelas Tommy lagi.

            “Ah..kau memang pengecut.  Baru saja sedikit kebaikan yang perempuan tu dah buat, kau dah mula jatuh cinta padanya.  Itu bukan cinta, itu semua hanya rasa kasihan kau padanya.”bentak Vince lagi.

             “Tak abang Vince, tak.  Rasa itu datang dari sini.”Tommy menunjuk kearah dadanya.  Vince mencebik.

            “Itu bukan cinta, itu nafsu.”sangkah Vince lagi.

            “Tapi tak salah kan.  Lagipun Nyla dah masuk 5 bulan jadi isteri Tom, kami belum pernah bersama.”jawab Tommy jujur.  Senyuman tersungging dibibir Vince, ada rasa senang dihatinya.  Maknanya, Tom belum pernah meniduri Nyla.

            “That’s good.  It shows that you are not in love with her.  Kau hanya berasa belas kasihan padanya dan bukannya cinta semata-mata.”sekali lagi Vince cuba menafikan kenyataan adiknya itu.

            “No bro, I’m really in love with her.  Deep down inside my heart, I do love her very much.”kali ini Tommy pula menafikan sekeras-kerasnya tentang kenyataan Vince tadi.

            “Sudahlah Tom.  Abang malas nak bertengkar dengan kau mengenai perkara ini.  Just make sure she’s not pregnant.  Otherwise, we are in trouble.”

            “We in deep trouble, or it’s you in trouble.”balas Tommy pada Vince.  Vince mengetap bibir menahan marah, adiknya Tommy benar-benar menguji kesabarannya hari ini.

            “I don’t give a damm. Buatlah apa yang kau rasakan betul, tapi ingat kalau kau tersilap langkah jangan harap aku nak tolong kau.  Do remmeber! antara kau dan aku masih banyak lagi yang perlu diselesaikan.”ugut Vince sebelum berlaku pergi dengan menghempas pintu bilik Tommy.  Berdetum bunyinya, nasib baik ketika ini sudah habis waktu bekerja.  Jika tidak, mahu terkejut semua pekerja bawahannya itu.

            “Vince..Vince..sampai bila kau nak berubah.  Ketamakkan tidak akan membawa kebahagiaan, malah akan membawa bencana.  Kalau abang nak sangat harta itu, nanti Tom bincangkan dengan Tok Wan.  Tom percaya Tok Wan tak pernah lupakan setiap kebaikan yang pernah abang lakukan walaupun abang hanya cucu tirinya.”Tommy mengemas semula mejanya yang berselerak.  Jam ditangan sudah menunjukan pukul 7.30 malam, dia mahu mengerjakan solat magrib sebelum pulang ke rumah.  Beg bimbit dicapai, laptop dimatikan sebelum melangkah menuju ke surau berdekatan. 

                        “Baru nak balik Encik Aiden?”tegur Jabir, pengawal keselamatan yang bertugas disyarikatnya sejak 4 tahun yang lalu.

            “ Oh Jabir, ingat siapa tadi.  Saya baru lepas solat magrib.  Kalau tak solat sekarang, sampai rumah tak sempat pula.”balas Tommy bersama senyuman.

            “Elok lah tu encik.  Tak baik kita lengah-lengahkan solat.  Allah tak suka umatnya melengah-lengahkan solat, nanti ketinggalan.”Tommy mengangguk mengiakan kata-kata Jabir.

            “Saya balik dulu Jabir, esok jumpa lagi.  Assalamualaikum.”Tommy memberi salam sambil pamitan.

            “Baiklah encik Aiden.  Pandu kereta tu baik-baik. Waalaikumsalam.”sambut Jabir sebelum Tommy melangkah pergi meninggalkan bangunan pejabatnya.

            Kereta dipandu Tommy meluncur laju membelah jalanraya.  Pertemuannya dengan Tan Sri Aiyuddin semlam menjengah minda.  Sifat ramah Tan Sri Aiyuddin membuatkan dirinya curiga.  Pertemuan mereka sepatutnya berbincang soal usahasama untuk membina perumahan rakyat di Kuantan bertukar menjadi sesi perkenalan keluarga pula.  Tan Sri Aiyuddin banyak bertanyakan tentang Nyla isterinya daripada membincangkan hal projek usahasama itu.  Hatinya curiga dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang isterinya dan juga adik iparnya itu.        

            “Saya hairan kenapa Tan Sri sibuk bertanyakan tentang isteri saya.  Apa perhubungan Tan Sri dengan isteri saya.”pertanyaan Tommy mengundang rasa tidak selesa, namun Tan Sri Aiyuddin cuba bersikap biasa.

            “Jangan risau, saya cuma mahu tahu latar belakang orang yang akan saya bekerjasama nanti.  Kalau boleh saya nak juga tahu siapa wanita dibelakang usahawan muda yang berjaya seperti Aiden.”ujar Tan Sri Aiyuddin tenang.  Padahal dalam hati sudah keruan, takut rahsianya terbongkar pula.

            “Oh.. macam tu.  Maafkan Aiden.  Aiden ingatkan Tan Sri nak mengorat isteri Aiden.”lucu Tommy menyuarakan kegusarannya.  Tan Sri Aiyuddin tergelak besar. 

            “Aiden..Aiden..uncle ni dah tua.  Mana ada hati nak berbini muda.  Yang kat rumah tu pun tak terlarat nak dilayan.  Ni nak tambah yang muda, patah riuklah badan uncle ni.”seloroh Tan Sri Aiyuddin tanpa menyedari dia sudah membiasakan dirinya dengan panggilan uncle.

            “Tan Sri tua? Aiden tak rasa begitu pun.  Kalau Tan Sri nak pasang muda pun orang tak tahu pun.”ujar Tommy bersama tawa dibibir.

            “Call me uncle,  lagi sedap bunyinya.  Jangan panggil Tan Sri, rasa tak mesra pula.”kali ini Tan Sri Aiyuddin menyuarakan hasratnya pula.

            “Tapi Tan Sri..”

            “No Tan Sri.. but uncle.”pangkah Tan Sri Aiyuddin, tidak mahu menantu rahsianya memanggilnya Tan Sri.

            “Okay, kalau itu yang uncle mahu.  Saya turutkan saja.”Tommy mengalah.

            “Macam tulah, uncle pun ada anak juga.  Lagipun tak lama lagi kita akan uruskan projek yang bakal mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan antara kita berdua.”terang Tan Sri Aiyuddin tanpa segan silu.

            “Kalau projek usahasama Aiden okay aje.  Jangan projek lain sudah, nanti marah pula yang kat rumah tu.”apa lagi ketawa besarlah Tan Sri Aiyuddin mendengar seloroh menantu rahsianya itu.

            “Aiden..Aiden..kalau pasal tu uncle jamin tak.  Sebab uncle tahu Aiden tentu sayang betul dekat isteri Aiden kan?”laju Tommy mengangguk kepalanya mengiakan kata-kata lelaki itu.  Tan Sri Aiyuddin sembunyi senyum, suka bila ada orang amat menyanyangi anaknya.

            “Bagus Aiden, uncle puji sikap kamu.  Isteri adalah pendorong dan juga peyokong setia kita dibelakang.  Jangan sesekali kita abaikan dia sebab Allah dah amanahkan kepada kita.  Jadi, hargailah dia sepenuhnya.  Jangan sesekali kita sakiti hatinya, sebab hati perempuan ni mudah terluka.  Dan bila terluka, amat susah untuk kita ubatinya.”pesanan Tan Sri Aiyuddin memberi kesan mendalam kepada Tommy.  Benar kata-kata lelaki itu, isterinya mudah sekali terluka.  Lebih-lebih lagi dengan sikap abangnya Vince.

            “Terima kasih uncle, insyaallah akan saya ingati setiap pesan dan nasihat uncle tu.”janji Tommy.

            “Bagus, uncle percaya Aiden bukan begitu orangnya.  Dan uncle percaya Aiden sepenuhnya.  By the way,  apa kata Aiden datang ke rumah uncle hujung minggu ni.  Uncle ada buat keduri doa selamat, ajaklah isteri dan ahli keluarga yang lain.  Boleh juga uncle berkenalan dengan mereka.”ajakan Tan Sri Aiyuddin diterima dengan hati terbuka.  Elok juga mereka bertemu dengan keluarga Tan Sri Aiyuddin. 

            “Insyaallah uncle, kalau tak ada aral melintang.  Sampailaj kami dirumah uncle nanti.”jawab Tommy pula.

            “Ini alamat rumah uncle.  Datang tau, uncle berharap sangat Aiden dapat datang.”

            “Insyaallah..”tangan mereka berjabat sebelum Tan Sri Aiyuddin meninggalkan pejabat Tommy.  Sebetulnya Tommy berasa hairan sepatutnya dia yang mengunjungi pejabat lelaki itu, tetapi kini sebaliknya pula.  Malah lelaki itu sangat teruja ketika pertama kali bertemu dengan dirinya.

            Dalam tak sedar, keretanya sudah pun memasuki perkarangan rumah banglo kepunyaan Toh Puan Aini.  Helaan nafas dilepaskan, seakan berat pula rasanya.  Wajah pertam amuncul dibalik pintu tentulah isteri tersayang.  Jam ditangan dikerling, sudah hampir 9 malam.  Patut pun si dia menanti kepulangannya.  Sejak bergaduh dengan abang Vince, lelaki itu jarang pulang ke rumah.  Tok Wan ada juga bertanya, tapi dia hanya diam membisu.  Kalau diceritakan hal sebenar takut rahsia yang disimpan terbongkar juga.  Silap-silap isterinya pula yang dihalau dari rumah ini.  Nauzubillahmalik…tidak dapat dibayangkan jika perkara itu berlaku.  Dia sayangkan isterinya, terlalu sayang sehingga tiada ruang untuk membenci.

            “Lambat abang balik?”tangan Tommy dicapai, dikucup lembut.  Lantas beg briefcase suaminya diambil sebelum menutup pintu.

            “Sayang tak tidur lagi?’soal Tommy, tubuh penat dilabuh ke sofa.  Mata cuba dipejam namun tidak jadi bila Nyla turut sama duduk disebelahnya.

            “Nyla tunggu abang balik.  Lagipun malam ni Tok Wan takde kat rumah.”sahut isterinya.

            “Tok Wan pergi mana?”soalnya lagi.  Kali ini tali leher cuba dirungkainya, tapi tangan Nyla lebh pantas merungkai tali leher untuknya. 

            “Tok Wan kata dia bermalam dirumah Ustazah Zainah, kebetulan malam ini mereka bertadarus dirumahnya.”terang Nyla, tangannya masih ligat merungkai tali leher suaminya.

            “Abang dah makan?”pertanyaan Nyla dijawab dengan gelenggan. 

            “Nyla siapkan makanan, abang naik mandi dulu.  Karang kita makan sama-sama”Tommy mengangguk, lantas dibawa tubuhnya naik ke tingkat atas menuju bilik tidurnya.  Nyla pula melangkah menuju ke dapur, mahu menyiapkan makan malam untuk suaminya.  Tanpa menyedari, ada mata yang sedang memandang tajam ke arah kedua-duanya itu tadi.  Vince menepuk kuat tiang, rasa sakit hati dan marah kerana adiknya.  Kemarahannya lagi memuncak setelah melihat kemesraan Nyla melayani adiknya.  Itu yang membimbangkan diri.

            “Tidak! aku harus bertindak sekarang sebelum terlambat.  Kalau tidak, habislah rancangan yang telah aku aturkan buat mereka.”terus Vince melangkah menuju pintu besar, enjin kereta dihidupkan, Amandat dihati ini bertemu dengan Chai.  Ada urusan yang perlu dia selesaikan dengan temannya itu.

            “Whoa bro, lama sudah tarak datang.  Mana pegi?”soal Chai sebaik melihat kelibat Vince masuk ke kelabnya.  Vince menghempas tubuhnya disofa berdekatan tempat Chai duduk.

            “Aku busy sikit.”jawabnya kasar.

            “Busy? Dengan Sally atau Nancy?”soal Chai bersama gelak tawanya.

            “Huh! Bukan itu, adik aku lah.  Dia buat aku begang.”luah Vince, rokok dikeluarkan lantas dinyalakan.  Hembusan asap berkepul-kepul dilepaskan seperti melepaskan sesuatu yang menyesak jiwanya.

            “Rilek lah bro, Wa ada.  Apa yang boleh Wa tolong, Wa akan tolong lu.”pujuk Chai.  Disuakan segelas minuman keras kepada sahabatnya itu.

            Vince menyambut gelas itu, sekali teguk saja sudah habis. “Nanti aku cerita, sekarang aku nak kau carikan aku leng lui. Ini malam aku nak enjoy puas-puas.”

            “No problem, sekarang juga Wa carikan untuk Lu.”dipanggil salah seorang budak suruhannya.

            “Pergi jumpa Susan, minta dia bawakkan 2 orang leng lui untuk kawan Wa ni.”perintah Chai diturut.  Tidak sampai 20 minit, wanita bernama Susan datang bersama 2 orang gadis pelacur buat Vince.  Apa lagi, sukalah Vince.  Malam ini dia mahu melupakan apa yang dia lihat tadi, dia ingin bergembira sepuas-puasnya.  Namun dalam diam, dia akui dirinya juga sudah terpikat dengan gadis itu.  Aiyatul Nyla, wajahnya yang cantik dengan kulit yang putih membuatkan dia sendiri jatuh hati kepada gadis itu.  Dia tahu, Tommy masih belum sentuh gadis itu.  Dan dia mahu menjadi orang pertama, biar adiknya berputih mata.
~Bersambung~