Friday, 5 December 2025

 5 Disember 2025 @ 11 am


BATTLE BETWEEN MYSELF


Wow! dalam maksudnya.  

Sedalam apa yang aku sedang alami.  For the past few week dalam fikiran aku hanya ada bila Allah nak ambil nyawa aku.  Setiap kali solat, waktu sujud terakhir aku selalu mohon agar Allah ambil nyawaku segera.  

Bila jalan menuju ke Stesen LRT, aku selalu bayangkan jika ada kereta yang terbabas dan langgar aku yang sedang berjalan, alangkah baiknya jika perkara itu terjadi.  Sama ada aku akan berada dihospital atau pun dihantar ke rumah baru yang kekal dan abadi.

Aku tak tahu apa yang sedang dalam fikiranku sekarang.  Yang aku tahu, aku dah penat dan dah tak sanggup nak hadap semua ini.  Bukan sehari dua, seminggu, atau sebulan.  Tapi dah bertahun-tahun aku hadap semua ni sendirian.  Tiada teman yang aku boleh berkongsi rasa yang aku alami.

Rasa ingin mati dan tidur untuk selama-lamanya.



No comments:

Post a Comment