Wednesday, 8 February 2012

HATIKU MILIKMU (Part 2)


"Alisya, bos nak jumpa." Kedengaran suara Fidah memecah kesunyian, aku lantas mengangguk mengerti arahan yang diberikan.  Aku mengetuk pintu sebelum masuk.

 
“En Zafriel panggil saya?” soalku kepadanya.

 
“Alisya, please have a seat.” Aku lantas duduk dihadapan bertentangan dengannya. Terasa haruman wangian yang dipakainya mengugat keimananku, kalau macam ini boleh gila aku dibuatnya. Ariel masih tekun mengadap komputer ribanya, entah apa yang menarik sangat aku sendiri kurang pasti.
 

“Sorry to keep you waiting, can we dicuss now. “ aku lihat Ariel menutup komputer ribanya dan terus memandang tepat ke arahku. Aku jadi gugup malah tidak senang dengan perlakuannya itu. Ariel masih ralit membelek wajahku dari atas ke bawah. Lantas aku menunduk melarikan wajahku dari terus direnunginya.
 

“Abang rindukan sayang,” tiba-tiba perkara itu terluah dari bibir lelaki itu.

 
“What? Encik Zafriel, please.” Aku cuba menafikan apa yang baru Zafriel ucapkan tadi.

 
Ariel bangun dan duduk diatas meja sebelah kanan Alisya. Tangannya mengapai tangan Alisya lantas digengam erat. Alisya tidak selesa dengan keadaan itu, terasa ingin keluar dari ruang pejabat Ariel. Tetapi bila mengingatkan yang dia masih lagi isteri kepada lelaki itu, dibiarkan saja apa yang ingin dilakukan oleh Ariel.

 
“Alisya, abang betul-betul rindukan sayang.” Tanganku dikucup lembut. Hatiku mula rawan, bersimpang-siur jadinya.

 
“Encik Zafriel, tolonglah jangan buat saya macam ni.” Aku cuba menarik tanganku pula, tidak selesa.  Takut hatinya berpaling tadah.  Dan sesungguhnya, hatinya masih mendambakan dirinya.

 
“Apa yang dah abang buat? Salahkah abang pegang tangan isteri abang sendiri.” Sungguh lembut kata-kata itu, sehingga menusuk ke jantungnya.  Alisya terpanar.


“Abang? isteri? tunggu dulu, saya rasa Encik Zafriel dah mabuk kot.” Alisya cuba menafikannya.


“Sayang kata abang mabuk, memang pun. Sejak abang nampak sayang pada hari pertama datang sini, sejak itu tidur malam abang hanya bermimpikan sayang. Abang tak tahu kenapa, yang abang tahu hanya sayang dihati ini.” Ah sudah, Zafriel memang sudah gila.  Tapi memang betul apa aku ini isterinya, so apa masalahnya sekarang.

 
“Encik Zafriel, saya rasa dah tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya keluar dulu.” Hati ini masih lagi berkeras, tidak ingin memaafkan lelaki itu.
 

“Nanti dulu Alisya, abang belum habis cakap lagi. “ Ariel menahanku dari melangkah keluar. Aku berpaling tidak jadi membuka pintu. Ariel mendekatiku lalu menarikku duduk disofa.
 

“Ada perkara yang abang nak bincangkan dengan sayang.”pohon Zafriel.
 

“Perkara apa lagi encik Zafriel, and please don’t call me sayang.  I mean it!”bentakku.
 

“Banyak perkara, termasuk hak abang.  Hak yang Alisya nafikan dulu.”selar Zafriel. 
 

“Hak apa encik Zafriel, saya tak faham.”ujarku cuba berdalih.  Zafriel tersenyum,”Nak main tarik tali ya?”seloronya dalam hati.
 

“Hak abang ke atas Alisya, dan juga hak Alisya pada abang.  Semuanya.” tegasnya kepadaku.
 

Aku cuba berlagak tenang dengan permintaannya itu. Cuba untuk tidak menimbulkan kekecohan disini. Dengan lafaz bismillah aku kuatkan semangat untuk membalas apa yang terbuku dihati ini.
 

“Listen Encik Zafriel, awak dah hilang hak itu sejak awak tinggalkan saya di Melbourne 5 tahun dahulu.”bentak Alisya, biarlah hari ini dia dianggap derhaka.  Kerana dia sudah lama ingin meluahkan rasa hatinya. Aku lihat air mukanya berubah. Seketika kemudian aku lihat dia senyum kepadaku seperti tidak mengerti apa yang cuba aku sampaikan kepadanya.

 
“Sayang pasti, abang rasa tidak, sebab sayang masih lagi isteri abang yang sah. kalau tak percaya tengok ni.” belum sempat aku berbuat apa-apa, bibirku dikucup mesra olehnya. Aku tergaman seketika. Wajahnya berada dihadapan wajahku dan aku sendiri tidak cuba menolaknya, malah membiarkan sahaja perlakuannya terhadapku. Aku rindu padanya, dan rasa rindu itu tidak pernah pun hilang walau sedikit pun.

 
Lama kami hanyut dalam pelukan sehingga dikejutkan oleh ketukan dipintu. Cepat-cepat aku meleraikan pelukkan, cuba menjauhi darinya. Kelihatan kelibat Firdaus dimuka pintu, “Encik Ariel, can we discuss about project in Cyberjaya.”

 
“Why not, Cik Alisya our new site engineer also here. Have a seat.”Zafriel berlagak tenang, Alisya pula menahan malu.  Nasib baik Firdaus tidak tahu apa yang berlaku pada mereka berdua sebentar tadi. 

 
Perbincangan yang mengambil masa agak sejam berakhir juga, aku sebenarnya risau dengan renungan dan pandangan yang Ariel berikan. Aku takut Firdaus dapat mengesan ketidak selesaan aku didalam bilik ini. Namun aku gagahi juga dan cuba sedaya-upaya untuk memberikan tumpuan kepada perbincangan ini.


“So, Firdaus you can proceed with all the tender and documentation. The rest you can get Cik Alisya to help in this project. Let her know how the work flow.”  Firdaus mengangguk, arahan Zafriel menjadi keutamaannya.  Dalam diam, Firdaus tertanya-tanya mengapa pandangan Zafriel pada jurutera baru ini agak pelik.  Seperti pandangan seorang kekasih yang sedang menanggung rindu.

 
“Baik Encik Ariel, can I go now and do all the preparation”pinta Firdaus pula.

 
“Yes, you may go now, but Cik Alisya please stay. I have something to discuss with you.” Alisya diam tidak berkutik, Firdaus sudahpun meninggalkan dirinya bersama lelaki ini.

 
Setelah Firdaus keluar dari biliknya, aku pula yang gementar. Takut kejadian tadi berulang kembali, aku terus menjarakkan kedudukan kami berdua.

 
“La, jauhnya sayang duduk. Takut abang cium lagi ke? Dont' be silly, tadi tu abang sengaja nak sayang tahu dimana kedudukan sayang dihati abang.” Usik Zafriel.

 
“Encik Ariel, please.. saya tak mahu ada gosip di antara kita berdua. Kalau betul Encik Ariel kata saya ini masih isteri encik yang sah, kenapa tinggalkan saya 5 tahun yang lalu. Dimana tanggungjawab Encik Ariel?”Alisya mempersoalkan Zafriel tentang tangungjawabnya dahulu.

 
“Sayang…”belum sempat Zafriel meneruskan kata,  aku terus melulu keluar tanpa menoleh kebelakang lagi, nasib baik keadaan didalam pejabat lenggang kerana semua pekerja sudah keluar makan tengah hari. Jam ditangan menunjukkan telah lepas 1.30 petang, ke mana harus aku pergi?  Tandas! ya aku boleh bersembunyi disana buat seketika. Nasib baik aku makan heavy breakfast dirumah pagi tadi, kalau tidak tentu perut ni tengah berokestra meminta untuk diisi.

 
Zafriel terpana, cepat-cepat dia bangkit dan mengejar Alisya sehingga ke tandas wanita.  Nasib baik semua pekerja sudah keluar makan tengah hari.  Bolehlah dia memujuk si isteri, dalam tandas wanita.  “Hish! Zafriel..Zafriel.. kenapalah kau suka sangat bawa masalah.” Getusnya dalam hati. 

 
Pintu tandas diketuk perlahan, “Alisya, abang tahu sayang ada kat dalam. Keluar sebelum abang....” Belum sempat Ariel melakukan apa-apa aku terus membuka pintu. Tidak mahu ada orang lain mendengar perbualan kami.


“Encik Ariel nak apa lagi, tak cukup ke dengan apa yang berlaku tadi.”bentak Alisya, Ariel masih tetap menayang muka selambanya.

 
“Alisya Nurulain Binti Jamaludin... “serentak dengan memanggil nama penuhku, Ariel terus menarik tanganku keluar dari tandas. Aku hanya menurut, tidak membantah kerana tahu jika Ariel sudah memanggilku sebegitu bermakna dia amat serius dengan kata-katanya. Lebih baik aku berdiam diri dan mengikut saja ke mana dia ingin membawaku.

 
Dalam kereta hanya kedengaran alunan muzik, tiada suara yang keluar dari mulutnya mahupun aku sendiri tidak berani untuk berkata-kata. Dari tingkap kereta aku melihat laluan kami memasuki kawasan perumahan elit. Fikiranku bercelaru, ke mana agaknya arah tujuan Ariel. Hendak dibawa aku ke rumah keluarganya kah? matilah aku kalau macam ini.. Aku kerling melihat wajah Ariel disebelah, dia tetap tenang memandu. Sesekali aku akui wajahnya yang kacak dan berkarisma boleh mengugat hati mana-mana wanita. Cemburukah aku? kenapa tidak, Ariel masih suamiku yang sah. Dan aku adalah isterinya, walaupun telah lama kami terpisah hakikatnya kami masih tetap suami isteri yang sah.

 
“Alisya, kita dah sampai sayang.”

 
Aku termangu-mangu, tidak perasan bila kereta berhenti dan bila masa pula Ariel sudah berada disebelahku sambil membuka pintu untukku. Terasa malu pula kerana mengelamun terlalu lama. Cepat-cepat aku bangun dan keluar dari keretanya, alangkah terkejutnya aku kerana dihadapanku tersergam indah sebuah rumah 2 tingkat yang mempunyai halaman yang luas dan cantik.
 

“Ini rumah siapa Encik Ariel?” soalku kepadanya.
 

“Ini rumah kitalah sayang.”
 

Aku pandang wajahnya sekali lagi, tanpa aku sedari Ariel meraih tanganku menarik agar aku mengikutinya.

 
Ariel mengeluarkan gugusan kunci lalu membuka pintu rumah. Aku tidak berani berkata apa-apa, takut.. mungkin juga.

 
“Alisya, rumah ni dah lama tunggu penghuninya pulang. Walaupun abang sendiri tak tahu bila sayang akan pulang.”

 
“Apa maksud awak?” aku bertanya kepadanya, tiada lagi Encik Ariel malah aku memanggilnya "awak" rasa janggal pula.


“Awak?  cuba panggil  abang, sedap sikit bunyi daripada “awak” ataupun “encik Ariel”.”

 
“Maaf, selagi awak tak beritahu apa tujuan awak bawa saya kesini. Selagi itu saya hanya ber"awak.”

 
“Baiklah, mari kita duduk sini. Abang nak terangkan perkara yang sebenarnya.”

 
Kami duduk disofa ruang tamu, aku pula duduk dikerusi yang bertentangan dengannya, tidak mahu duduk berhampiran dengan Ariel.   Ariel merenungku dengan penuh kasih dan sayang, kemudian dia melutut dihadapanku.  

 
“Alisyah Nurulain, abang sudah lama menanti saat ini. Dan abang rasa inilah masa yang sesuai untuk abang ceritakan apa yang berlaku 5 tahun yang lepas. Supaya segala salah faham dan rasa diri ditinggalkan tidak akan wujud lagi selepas ini. Dan abang harap sayang faham mengapa dan sebab apa abang berbuat sedemikian.”

 
“Baiklah, kalau itu yang awak mahu. Saya sudi mendengarnya walaupun tidak tahu akan kesahihan cerita ini.” Aku lihat Ariel tersenyum mendengar kata-kataku.

 
Ariel mula menceritakan satu persatu yang berlaku sejak dia pulang ke Malaysia.  Pada awalnya dia menyangka selepas kepulangannya semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.  Tetapi disebabkan kesihatan mamanya tidak mengizinkan Ariel terus berdiam diri.  Dia masih menggengam erat tanganku didalam keadaan berlutut.  Kesian pula aku melihatnya..

 
“Abang minta maaf, sebab tanpa pengetahuan sayang, setiap bulan elaun sebanyak RM500 abang masukkan ke dalam akuan sayang.  Hanya itu saja yang abang mampu lakukan untuk memenuhi tanggungjawab abang  terhadap sayang.”  

 
“Patutlah setiap 5hb ada “telegraf transfer” sebanyak itu ke dalam akuan saya.  Rupa-rupanya awaklah orang.”

 
“Setiap saat abang sentiasa berdoa agar sayang pulang dan cari abang untuk menuntut hak sayang.  Namun dari sehari ke sehari tiada khabar berita dari Alisya membuatkan abang pasrah.  “
 

Aku lihat Ariel mengesat airmatanya yang mengalir, terpegun aku melihat kesungguhannya.  Sampai begitu sekali pengorbanannya terhadap perkahwinan kami.

 
“Akhirnya rahsia kita berdua terbongkar, Umi terjumpa sijil nikah kita dalam bilik abang. Umi  terus meminta penjelasan dari Abang, terpaksalah abang ceritakan perkara sebenar kepadanya.  Umi juga minta abang tunjuk foto sayang. “

 
“Apa kata Umi?  “Tanpa aku sedari aku telah mengelar mama Ariel dengan panggilan itu.

 
Ariel tersenyum mendengar panggilan itu.  Lenguh berlutut, Ariel duduk bersila dihadapanku pula.

 
“Umi terkejut sebab dia kenal sayang.  Umi juga tak sangka yang jodah abang adalah sayang.  Terus Umi call mama sayang.” 

 
“Patutlah mama suruh saya balik segera.  Rupa-rupanya sebab ini..Dah pulak tu suruh saya kerja di syarikat Uncle Roslan.” 

 
“Bukan Uncle Roslan, tapi Abah.  Cuba panggil ayah mertua sayang dengan panggilan tu.  Sejuk sikit abang mendengarnya.”

 
“Aa.abang.. Alisya minta maaf.  Selama ini Alisya banyak susahkan abang, dan juga prasangka buruk terhadap abang.”  Aku menghulur tangan ingin memohon maaf, tanganku lantas disambut dan digengam erat olehnya.  Aku tunduk mencium tangannya, terasa menusuk dikalbu.  Itulah kali kedua aku mengucup tangannya setelah bergelar isterinya.

 
“Abang dah maafkan segala kesalahan sayang sejak dulu lagi, abang harap selepas ini tiada lagi persengkataan di antara kita berdua.” 

 
Ariel terus memelukku, aku merasa selesa didalam pelukannya. Tidak pernah kamu begini, hari ini adalah hari yang paling indah buat kami berdua. segala pertikaian dan kekusutan telah kami huraikan. Tiada lagi dendam mahupun kekecewaan yang ketika kami berpisah 5 tahun yang lalu. Aku ingin hidup bahagia dengannya sehingga akhir hayatku.
 


“Abang, rumah ni siapa punya.”

 
“Rumah ini abang beli 2 tahun yang lepas. Ingat nak tinggal disini setelah kepulangan sayang, tapi abang tunggu punya tunggu sayang tak balik-balik. “

 
“Sayang ingat abang dah lupakan sayang, sebab itu sayang ambil keputusan untuk terus tinggal disana.”

 
“Macam tu ya, kalau mama tak panggil sayang balik. Tentu sayang dah lupakan abang kan?”

 
“Mana ada, setiap malam sayang berdoa agar abang datang dan bawa sayang pulang.  Tapi lain pula jadinya,  mama yang call suruh sayang balik ke Malaysia.”

 
“Mama cakap apa sampai sayang terus pulang.”

 
“Rahsia..”tuturku seakan berbisik.


“Dengan abang pun masih nak berahsia, cakap kalau tidak abang geletek sayang.”

 
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering, terpapar diskrin nombor rumah. Tentu mama yang call, Ya Allah aku terlupa nak bagitahu mama yang aku kini bersama Ariel. Tentu mama risau.


“Assalamualaikum mama.”


“Waalaikumsalam, amboi anak mama. Takkan dah lupa nak balik kot. Mama tahulah Alisya dengan Ariel, tapi sekurang-kurangnya telefonlah mama. Buat mama risau ajelah.”

 
“Maaf kan Alisya mama, tak sedar pula hari dah malam. Tapi mama jangan risau, Alisya dengan Ariel sekarang.”

 
“Oh ye ke, bagi telefon tu pada Ariel, mama nak cakap sikit dengan menantu mama.”Aku memberi telefon bimbitku kepada Ariel. Kedengaran suara mama riang berbicara dengan menantunya diselang seli dengan gelak tawa Ariel. Apa yang dibual kedua mereka tidak aku ketahui, tapi yang pasti mereka sedang bercerita tentangku.

 “Mama kata Papa kirim salam, besok mama nak kita balik rumah.”

 
“Kenapa esok, malam nilah kita balik.”


“No..no.. malam ni sayang kena tidur dirumah kita.”


“Abang, alisya mana ada bawa baju. Takkan nak pakai baju yang sama, tak selesa nanti.” Protesku

 
“Apa kata sayang pergi naik, mandi dan tukar pakaian yang ada dalam almari tu. Abang nak masak masakan khas buat isteri abang ni. Pergilah naik...”

 
Aku menurut saja kemahuan Ariel walaupun agak was-was pada mulanya. Aku terus melangkah memanjat anak tangga menuju ke bilik. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat berberapa pasang bajuku telahpun ada didalam almari. Bila masa Ariel ambil baju-baju ini tidak pula aku ketahui. Tentu mama dah komplot dengan Ariel. Kalau tidak takkan semudah itu almari ini dipenuhi dengan baju-bajuku termasuk dengan pakaian dalamku sekali. Malunya aku...

 
Aku turun setelah bersiap ala kadar, hidung terhidu masakan enak.  Cepatnya Ariel masak, apa yang dia masak sampai harum baunya.

 
“Sayang, mari kita makan.” Ariel menghulurkan tangan menyambutku ditangga.

 
Aku lihat Ariel telah bersiap dengan memakai kemeja biru berlengan panjang yang berlipat dilengan dan berseluar jean.  Tampak kacak sekali suamiku ini, haruman dari minyak wangi yang dipakainya membuatkan hatiku berdebar-debar.  Kehangatan tubuhnya yang bersentuhan denganku membuatku tidak keruan.

 
Makan malam kami nikmati dengan penuh romantis, sifat Ariel yang gentleman membuatku terasa disayangi dan dimanja.  Kami banyak berbual tentang masa lalu dan kisahku semasa ketiadaannya.  Walaupun sedikit menyakitkan tapi ini banyak membantu kami memperbaiki semula hubungan kami yang telah lama terputus.

Dan malan ini juga, buat pertama kali aku membenarkan Ariel menuntuk haknya yang telah lama aku abaikan.  Saat itu aku dapat  merasakan betapa dalamnya cinta Ariel padaku.  Sepanjang malam Ariel tidak jemu-jemu membisikan kata-kata cinta sehingga aku terlena dalam pelukannya.

 
Laungan azan subuh mengejutkan lenaku, aku cuba bangun namun terasa pinggangku dipeluk erat.  Aku tahu Ariel juga sudah terjaga dari lenanya, semakin lama semakin erat pelukannya.

 
“Abang, dah subuh ni. Alisya nak bangun, mandi dan solat.”

 
“Kejap lagilah sayang, abang belum puas nak bermanja dengan sayang ni.” Suamiku ini cuba bermalasan pula, aku kena cari jalan untuk meloloskan diriku darinya.  Perlahan-lahan aku dekatkan mulutku ditelinganya dan bisikkan kata-kata cinta. 

 
Sarapan pagi aku sediakan buat pertama kali untuk suami tersayang, roti bakar bersama 2 biji telur setengah masak, aku bancuh 2 cawan nescafe buat kami berdua.    Walaupun tidak semegah mana sarapan yang kau sediakan, suamiku tetap memberikan ciuman tanda terima kasih. 

 
Pagi itu Ariel menelefon dipejabat mengatakan yang dia akan bercuti sepanjang minggu ini.  Ariel juga memaklumkan ketidakhadiranku dipejabat.  Aku pasti mesti Fatin terkejut kerana baru beberapa hari aku bekerja, sudah tidak masuk ke pejabat, Agaknya apalah gossip mereka semua nanti, biarlah asalkan aku sudah mendapat kembali cintaku yang hilang dulu. 

 
“Sayang, hari ini abang nak habiskan masa bersama-sama sayang. Kalau boleh tak nak keluar bilik pun.”ujar Airel dengan senyuman nakal dibibir.


“Gatal!” aku cubit lengannya. Terasa seluruh mukaku memerah, malunya.

 
“Sakitlah sayang, tengok! dah lebam tangan abang sayang cubit.  Tu muka merah kenapa, malu ke? Sayang nak malukan apa lagi, kita kan suami isteri. So, dah tak ada rahsia diantara kita. Abang harap sayang mengerti.”


“Abang, terima kasih kerana sabar menanti. Sayang tak tahu nak kata apa lagi, sayang harap abang tak akan sia-siakan rumahtangga kita.”tangan Airel kugengam erat, tidak akan aku lepaskan lelaki ini lagi.  “Dia milikku, hatinya juga milikku.”

 
“Sayang, abang janji. Hanya ajal dan maut yang bisa memisahkan kita, tak ada lain selain kehendakNya. Sayanglah dunia dan akhirat buat abang dan selama-lamanya. Dan juga tak lupa untuk bakal anak-anak kita nanti.” Airel mencuit hidung Alisya manja.  Alisya tertawa halus.

 
Aku menadahkan tangan dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan.  Sesungguhnya hanya Zafriel Shah dihati ini, tiada dua atau tiga.  Dan hatiku juga adalah milikmu wahai suamiku, Zafriel Shah.

 
~TAMAT~
P/S: Edited version...


Friday, 27 January 2012

HATIKU MILIKMU (Part 1)




"Cinta saya kepada awak tidak pernah padam, sejak dari dulu lagi. Cuma awak saja yang tak tahu ." Itulah kata-kata keramat darinya.   Dan bagiku, tiada lelaki lain yang bertakhta dihati ini hanyalah dia kerana "Hatiku adalah Milikimu Airel".
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Farah, jom. game dan nak mula kejap lagi”
 
“Nantilah dulu, aku nak tunggu Ariel datang. Apa kata kau pergi dulu.” Farah masih berdalih. 
 
“Tak naklah, nanti Cikgu Emma 'nerd' tu tanya pasal kau, apa aku nak jawab nanti.” kataku padanya lagi, aku dah tak larat nak cover kau lagi.”
 
“Kau kelentong ajelah aku kat tandas tengah sakit perut. Cepat pergi nanti bising pulak si ‘nerd’ tu.” Farah sudah menolakku agar aku segera tinggalkannya sendirian disitu.
 
“Suka hati kau lah, nanti jangan nak salahkan aku pulak.“ Aku segera beredar, tidak mahu lewat ke padang sedangkan jam telah menunjukan pukul 2.30ptg. Dari jauh aku lihat lambaian dari Tasha dan Eva mengamitku tanpa menyedari,
 
Tiba-tiba... Buk, aku dapat rasakan badanku berlanggaran dengan seseorang, Debaran didadaku kencang dan dalam masa yang sama aku dapat merasakan ketika ini aku berada diatas dada seseorang.  
 
Ya Allah!, ketika ini hanya Tuhan yang tahu betapa malunya, aku kini dalam keadaan yang mengaibkan kerana berada diatas badan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Ariel, macam mana mamat ni ada kat sini plak. Ini kalau si Farah nampak, confirm aku kena. Belum pun habis fikir, kedengaran jeritan nyaring. Terus aku bangun dan ingin beredar. Namun, belum sempat aku berbuat apa-apa, tanganku disentap dan satu tamparan hinggap dipipiku. Apa salahku?
 
“Hei perempuan, kau buat apa hah? bukan ke tadi aku suruh kau pergi dulu. Ni kenapa kau boleh ada disini.” Farah menunjal-nunjal kepalaku. Apa ingat kepala aku tak bayar zakat ke? Papa aku bayar setiap tahun tau.
 
“Macam mana aku boleh ada kat sini? Eh! Ini bukan ke padang, suka hati aku lah.” Bisik hati kecilku. Malas hendak berbalah, lantas aku terus pergi meninggalkan mereka semua.  Sakit akibat tamparan dari Farah tidak aku hiraukan, malah panggilan dari Tasha dan Eva juga tidak aku peduli. Yang aku mahu sekarang adalah pulang ke rumah dan menangis semahu-mahunya.  Aku sedih kerana rakan baikku sanggup menamparku disebabkan oleh seorang lelaki. 
 
Akibat kejadian tempoh hari, aku tidak ke sekolah selama seminggu. Mama yang mengerti tidak banyak soal, cuma Papa yang marah mengapa aku bersikap begini. Akhirnya, Papa telah membuat keputusan menukarkan aku ke sekolah lain.  Walaupun setelah bertukar di sekolah lain, aku masih tidak dapat menerima kejadian yang berlaku lebih sebulan yang lalu. Fikiranku sering terbayang akan peristiwa itu, yang menghairankan bagaimana dan sejak bila pula si Ariel berada di padang sedangkan dia ada temujanji dengan Farah dikantin sekolah. Walaupun aku sendiri meminati Ariel dalam diam, tapi disebabkan Farah aku rela memendamkan perasaan hati ini. Ah, lantaklah. Malas aku nak fikir pasal dia. Sekarang ini aku perlu tumpukan pada SPM yang akan datang dalam masa 2 bulan lagi.
 
 
 
Keputusan peperiksaan yang aku dapat sungguh mengejutkan, aku tidak sangka boleh dapat 8A sedangkan aku sendiri tidak percaya. Mungkin ini berkat kesungguhanku untuk meniti ke menara gading. Lantaran Papa berhasrat untuk menghantarku melanjutkan pengajianku ke Australia. Selama 5 tahun aku berada disana, dan selama itu rasa cintaku kepadanya tidak pernah padam.
 
Sejak bergelar pelajar disini aku banyak menghabiskan masa mengulangkaji serta mentelaah. Biar ramai yang datang menghulurkan salam perkenalan, ku tolak dengan alasan ingin meneruskan pengajian tanpa sebarang ikatan. Namun takdir menentukan segalanya, suatu malam ketika aku pulang dari library aku telah ditarik oleh seseorang yang tidak aku kenali ke lorongan pejalan kaki. Disana lelaki itu cuba untuk perkosaku, tetapi dengan izin Allah datang seorang lelaki yang membantu setelah mendengar jeritanku.
 
Ariel, lelaki itulah yang telah menolongku. Dalam hujan lebat aku diselamatkan olehnya, dia telah membawaku pulang ke rumahnya. Aku tidak dapat mengingati apa yang berlaku diantara kami berdua, kerana keesokan harinya aku dapati kami berdua sedang tidur diatas katil yang sama.
 
Pagi itu, aku menangis sepuas-puasnya. Maruahku terasa dipijak-pijak, sudahlah terlepas dari mulut buaya tapi termasuk pula dalam kandang harimau. Ariel aku lihat termenung dengan kejadian yang menimpa, katanya apa yang berlaku diluar kesedarannya. Malam selepas dia menyelamatkanku, kami pulang ke rumahnya sementara menunggu hujan reda. Selepas itu Ariel sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini timbul, Ariel setuju untuk bertanggungjawab. dia rela menikahiku untuk menutup aib keluarga kami berdua.
 
 Antara rela dan terpaksa, aku pasrah.  Tetapi pada masa yang sama aku tak mahu Mama dan Papa tahu akan kejadian yang memalukan ini.  Tapi apa pilihan yang aku ada, akhirnya aku setuju untuk menerima lelaki yang bernama Zafriel Shah Bin Dato Roslan Shah sebagai suamiku. Acara pernikahan kami hanya ditemani oleh dua orang rakan Ariel sebagai saksi, manakala Sofea teman baikku turut menjadi saksi diatas pernikahan kami berdua. Pernikahan ini bagiku hanya untuk menutup malu dan menyelamatkan maruahku, tapi bagi Ariel pula ini untuk selamanya. Namun demikian kami berdua sepakat untuk mengikut haluan masing-masing kerana tidak mahu terikat dengan perkahwinan tanpa rela ini.
 
Sebulan selepas itu, aku tidak lagi menerima khabar berita dari Ariel. Apa yang aku dengar dari rakan-rakannya, dia sudah pun menghabiskan pengajiannya dan pulang ke Malaysia. Cincin dijari kupandang sepi, lalu dengan perlahan-lahan aku cabut dan simpan sebagai loket dirantaiku, dan seperti mana juga aku menyimpan rahsia perkahwinan kami dari pengetahuan semua.

 
Akhirnya setelah 4 tahun berada dinegara orang, aku pulang ke tanahairku. Sejak pulang hingga kini aku masih dirumah sementara menanti tawaran pekerjaan, walaupun Papa meminta aku bekerja dengannya, aku menolak dengan alasan ingin berdikari tanpa bantuannya. Dengan izin Allah, aku ditawarankan pekerjaan disebuah syarikat perumahan yang besar atas bantuan Papa. Pada mulanya aku agak keberatan untuk menerimanya, namun setelah mendapat nasihat dan restu dari kedua orang tuaku aku terima juga. kata Papa, dia lebih selesa jika aku bekerja dibawah pengawasan Uncle Roslan iaitu sahabat baik Papa sejak mereka di universiti lagi.  Hari ini adalah hari pertama aku bekerja, aku memilih blaus putih yang dipadankan dengan sepasang seluar slack yang berwarna hitam. Setelah meneliti penampilanku, aku bersedia untuk memulakan hariku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Menara Axis Holdings….
 
"Selamat pagi, boleh saya berjumpa dengan Encik Rafael.  Saya ada temuduga dengannya pagi ini." tuturku lembut.
 
“Sebentar ya Cik...”sambil berkata penyambut tetamu itu bertanyakan namaku.
 
“Cik Alisya Nurulain Binti Jamaludin.” Jawabku.
 
“Oh, Cik Alisya.. silakan Encik Rafael sudah menunggu dibilik mesyuarat 2.”  Penyambut tetamu itu membawaku ke bilik yang berada disebelah kirinya itu.
 
Ketika pintu dibuka, aku melihat ada 2 orang lelaki bersama seorang wanita berada didalam bilik tersebut. Salah seorang lelaki yang duduk berhampiran dengan pintu bangun menyambut kedatanganku. Dengan tidak kuduga wajah yang telah hampir 5 tahun tidak aku ketemui berada dihadapanku.  Aku terpegun sejenak, namun bila aku dia buat tidak endah aku jadi serba salah. Lantas aku berpura-pura tidak mengenalinya seperti mana yang dia lakukan kepadaku. Aku lihat sepasang mata beningnua masih sama dan ditambah pula dengan kekacakan yang dia miliki membuatkan aku terpanar sebentar.  "Masih ingatkah dia kepada diriku."persoalan itu berlegar diminda.

“Well, Cik Alisya have a sit. Let me intoduce myself, I'm Rafael GM of Finance dept and beside me is Encik Zafriel Shah our vice president of the chairman group and Puan Fatin my secretary.”  Lamunanku tersentak, aku cepat-cepat sedarkan diriku agar tidak terus hanyut.
 
Salam ku hulurkan sebagai tanda hormat kepada Puan Fatin, dan kepada kedua lelaki itu aku sekadar menganggukkan kepala.   Namun disaat mataku bertentangan dengan si dia, dia melemparkan senyum sinis. aku terpana. Ya Allah, kuatkanlah imanku ini.
 
“Cik Alisya Nurulain, sudah berapa lama awak pulang dari luar negara?” pertanyaan Encik Rafael membawaku ke dunia realiti. Kelam kabut aku dibuatnya.
 
"Sudah hampir 5 bulan saya pulang ke tanahair.  Cuma beberapa minggu kebelakangan ini saja baru saya mula mencari pekerjaan." terangku tenang.

“Oh begitu, sebelum ini pernah ke Cik Alisya bekerja dimana-mana syarikat.” Soal Encik Rafael lagi.
 
“Kalau di Australia saya pernah buat pratikal di salah sebuah syarikat selama 1 tahun. Walaupun tidak banyak yang saya pelajari, tapi cukup untuk menimba pengalaman yang indah disana.”

“Wow! very interesting. So, why did you came back? Kenapa tidak terus menetap kat sana"  kedengaran suara Zafriel Shah pula menyoalku.  Suara inilah yang membuatkan aku semakin rindu padanya, malang sekali dia sedikitpun tidak memandang ke arahku.  Jijik sangatkah aku.

“Because of my parents, they what me to come back here. Juga ada perkara yang perlu saya selesaikan.”ujarku sambil  memandang tepat ke arah matanya, ingin melihat reaksinya.  

“Your parents,dan juga masalah. ... Dia tidak jadi meneruskan kata-kata tersebut. Aku resah diperlakukan begitu, fikiranku masih kacau mengenangkan adakah dia masih ingat padaku lagi.. ah kacau betul lah.

“So Cik Alisya, can you start work next week. If you can, my HR Manager will prepared all the documentation for you to sign before you leave. “ aik! cepatnya aku ditawarkan pekerjaan.  Rasa pelik meyelubungiku seketika, rasa tidak percaya pun ada juga.  Tapi mengapa Zafriel yang beria-ia sangat, mengapa yang 2 orang itu kelihatan kehairanan.
 
Spontan aku lihat Encik Rafael menyiku Encik Zafriel Shah.  Telatah mereka berdua mencuri perhatianku.  Apa sebenarnya yang berlaku, aku sendiri tidak tahu.  Alih-alih aku lihat mereka berdua bangkit lantas meninggalkan aku dengan Puan Fatin.

"Kau biar betul Ril, baru sekali interview kau dah nak offer dia kerja.  Agak-agaklah sikit bro."Rafael begang, sikap terburu-buru sahabatnya menjadi tanda tanya.
"Bro, aku bukan nak ambil sebarangan orang tau.  Kau tahu tak siapa dia?"Zafriel menyoal Rafeal pula.  Macamlah Rafeal kenal siapa wanita yang sedang mereka temuduga itu.

“Siapa Ril? Manalah aku kenal, cuba kau explain.” Rafeal mula cuak, pelik dengan perangai sepupunya yang seorang ini.
 
“Dia..dia..” Zafriel teragak-agak untuk meneruskan kata.  Lantas Rafael menjerkah sepupunya itu,  “Dia..dia.., dia siapa Ril?”
 
“Dia isteri aku bro.” Akhirnya terkeluar juga ayat itu dari bibir Zafriel. 
 
“Maksud kau? boleh tak kau cakap tu biar terang, tak payah nak suruh aku main teka-teki pulak.”marah Rafael.
 
"Alisya Nurulain, takkan kau tak ingat sikit pun tentang dia."Zafriel menunduk, tidak sanggup bertentang mata dengan sahabatnya itu.
 
“Maksud kau si Alisya ni budak junior kita masa kat Sekolah Sains dulu tu dan juga ex-wife kau. Dengan pantas Ariel menekup mulut Rafael dari terus berkata-kata. “
 
“Syhh... kau ni perlahanlah sikit. Nanti semua orang dengar baru tahu. Dia masih lagi isteri aku yang sah Raf. Aku tak pernah ceraikan dia pun. Tapi kau perasan tak yang wajah dia totally 100% berubah selepas 5 tahun.”
 
“Yelah, aku pun terkejut jugak. Kau rasa dia masih ingat kat kau lagi tak?”
 
“Entahlah, tapi yang pasti aku tidak akan lepaskan dia macam dulu lagi. Aku nak dia kembali padaku sebab aku masih sayangkan dia sejak hari pertama aku nikahi dia. Perasaan itu tidak pernah berubah walaupun setelah 5 tahun berlalu.”

“Ariel, aku doakan yang terbaik buat kau.” Genggaman erat tangan Rafael menaikkan semangat Ariel untuk berjuang mendapatkan cinta Alisya semula.
 
“Jom kita masuk, let's finish the interview session. Jangan nanti dia syak yang bukan-buka pula.” Ujar Rafael pula.

“Okay bro, let's go before dia syak sesuatu.” Kedua-dua lelaki itu berjalan semula menuju ke pintu bilik mesyuarat itu.
 
"Apalah 2 orang lelaki itu tadi bualkan.  Dah pulak tu minah sorang ini asyik duk pandang-pandang aku semacam aje.  Cepat-cepatlah selesai, aku dah boring ni.  Takkan tak habis-habis berbincang lagi kot."keluhku dalam hati.
 
Pintu bilik terkuak, tersembul wajah Encik Rafeal diikuti dengan Encik Zafriel masuk sambil tersenyum ke arahku.  Tidak mahu dikatakan tidak sopan, aku turut membalas senyuman mereka.

“So Cik Alisya, can you wait my secretary to prepared the appoitment letter. I need you to sign before you leave.” Kali ini Rafael pula yang berkata demikian, tpai lelaki disebelahnya pula hanya merenungku tanpa berkelip.  Seram beb! Tak tahan godaan kalau macam ni.  Apa lagi, gembiranya aku bila mendapat tahu yang aku ditawarkan bekerja disyarikat ini.  Tak sabar-sabar rasanya nak balik dan khabarkan kepada Mama dan Papa mengenainya.  Tanpa aku sedari, ini semua adalah sebahagian daripada rancangan Papaku sendiri.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Macam mana Lan, mereka berdua dah bertemu kan pagi tadi.” soal Jamaluddin kepada sahabatnya itu.  Mereka sudah berjanji untuk bertemu disini bagi membincangkan tentang anak-anak mereka.
 
“Dah, Rafael ada bagitahu pada aku. Kelakar juga bila Rafael cakap mereka berdua berlakon saling tidak mengenali satu sama lain.” Tercetus tawa kecil dibibir Dato Roslan Shah apabila menceritkan insiden itu.
 
“Biar pi mereka, asalkan niat kita nak satukan mereka semula.  Dah terlalu lama aku tengok anak gadis aku memendam rasa cinta dia. Nak juga aku tengok mereka bahagia.” Jamaluddin sudah membayangkan kebahagian yang bakal anak gadisnya kecapi semula.
 
“Betul Mal, aku setuju sangat. Si Zafriel tu, sejak balik dari luar negara asyik kerja aje memanjang.  Bila aku tanya bila nak kahwin dia mengelak.  Kalau tak kerana kau jumpa aku dan ceritakan tentang mereka, sampai aku tutup matamu pun belum tentu mereka akan bersatu semula.” Dato’ Roslan sudah lama give up dengan perangai anak bujangnya itu.  Nasib baik sahabatnya datang bertemu dengannya beberapa bulan yang lalu dan menceritakan tentang perkara ini. 
 
“Aku tak sangka pula mereka nak bernikah senyap-senyap.  Nasib baik masa hari nak nikah tu kawan aku kat pejabat kedutaan telefon.  Mulanya aku tak setuju, tapi bila aku fikirkan semula apa salahnya. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang akan jaga anak perempuan aku tu. Tapi tup-tup tak sampai sebulan menikah, anak kau balik kemari pula.” Sayu suara Jamaludin menceritakan perkara itu, lantas Dato’ Roslan mengusap bahu sahabatnya itu.
 
“Mal, aku tak kisah. Janji anak aku bahagia, tapi bila dia balik dan tinggalkan isterinya kat sana buat aku marah sangat.  Tapi bila aku tanya dia minggu lepas dia cakap yang dia tak sengaja nak buat macam tu.  Dia tak tahu macam mana nak terangkan kat kami, itu sebab dia diamkan saja.  Aku minta maaf bagi pihak anak bujang aku tu, insyaallah lepas ni aku akan pastikan mereka bersatu semula.” Itu janji Dato’ Roslan kepada besannya itu.
 
“Harap-harap mereka akan belajar dari kesilapan yang lalu.  Dan kita pula sebagai orang tua akan bantu satukan mereka semula.” Itulah harapan Jamaludin dan juga Dato’ Roslan.
 
 
 

“Ini mesti Cik Alisya kan? saya Rafidah, call me Fida. Saya telefonis merangkap penyambut tetamu disini. Welcome to the company.”  kami bersalaman.
 
“Terima kasih Fidah, just call me Alisya will do. By the way, Encik Rafael dah sampai ke?” soal Alisya pula.
 
“Encik Rafael belum sampai lagi, tapi ...” belum sempat Fida menghabiskan ayatnya, kedengaran sesorang berdehem dibelakangnya.

“Ehem..ehem good morning to you Cik Alisya. Encik Rafael tak ada, tapi saya ada.” Ssrentak aku dan Fida memandang kebelakang mencari tuan empunya suara.

“Oh! Encik Zafriel, bila encik sampai.” Fida bertanya kepada majikannya tanpa menyedari renung tajam bosnya terhadapku.

“Dah lama, sempat juga minum kopi.” Perlinya, “Oh ya, Cik Alisya sila ikut saya.” Aku ekorinya sambil melambai tangan tanda kepada Fida.  Gadis itu tersenyum manis.
 
Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke ruangan pejabatnya, aku terpegun sejenak melihat keindahan hiasan dalamanya. Susunan dan aturan perabot yang cantik dengan lukisan abstrak yang tergantung indah di dinding serta diserikan wallpaper yang menarik. Tiba-tiba aku terpandang potret keluarganya, bukankah itu Uncle Roslan. Biar betul mangkuk ni anak uncle.

“Awak pandang apa Cik Alisya, duduklah.” Zafriel sudah mengambil tempat dikerusi empuknya.  Wajah isterinya dipandang sekilas, cantik!
 
“Mak ai, mahu jatuh jantung aku ni dengan sergahan mamat ni. Dah pulak tu cakap betul-betul disebelah telinga aku ni. Seram pulak rasanya.” Aku duduk di sofa seperti diarahkannya. Pandangan mata Zafriel membuatkan aku rimas. Aku cuba sedaya-upaya untuk tidak menunjukkan reaksi jengkel terhadap pandanganya

Ariel masih meneliti wajah dihadapnya, dah cantik minah ni. 4 tahun cukup untuk merubah seseorang. Namun perasaan aku terhadapnya masih seperti dulu, cuma Alisya saja yang tidak tahu.

“Alisya Nurulain, do you still remember me?” Akhirnya tercetus juga persoalan itu dari mulut Zafriel.

“Maaf, saya tak faham apa yang Encik Zafriel ingin katakan.” aku masih berpura-pura.

“Come on Alisya, 5 tahun bukannya lama sangat pun.” Zafriel bengang, isterinya ini sengaja nak sakitkan hatinya.

“Encil Zafriel, saya datang untuk melaporkan diri dan bekerja disyarikat ini. so straight to the point.” Masih lagi ingin berpura-pura. Alisya sebenarnya mahu Zafriel yang mengaku dulu, kali ini dia sudah nekad.  Benci juga dengan tindakan Ariel yang mahu bermain tarik tali dengannya. Dia tahu Ariel sengaja mahu dia  dulu mengakuinya, tapi dia tidak mahu dan tidak akan sesekali mengakuinya. Biar apapun yang akan terjadi, dia  tetap dengan pendiriannya.
 
“Alisya Nurulain, takkan awak dah lupa. Saya, Zafriel Shah lelaki yang telah menikahi awak 5 tahun yang lalu semasa kita sama-sama belajar di Australia dulu.” Zafriel sudah bangun dari kerusi empuknya.  Sengaja dia bangun, biar Alisya tahu akan kuasa veto masih ditangannya.

“Haah?” serentak dengan itu daun pintu pun terbuka, kelihatan Encik Rafael menghampiri kami berdua. Suasana menjadi sunyi seketika. Kehadiran Rafael sedikit sebanyak membantuku lari dari masalah yang timbul. Segera perbualan bertukar menjadi formal semula.
 
Kepenatan hari pertama bekerja tidak terasa, tetapi akal dan fikiran yang menyebabkan aku hilang semangat untuk berkerja disana. Bertemu semula dengan orang yang aku cuba elakkan membuatkan fikiranku sesak. Aku tidak mengerti mengapa baru sekarang Ariel mahu mengaku dia suamiku, dimanakah dia menghilang 4 tahun yang lepas. Sungguh aku tidak faham apa yang diinginkan Ariel. Petang itu juga aku terus bertemu dengan rakan baikku Sofea.

“Sofea, kau ingat lagi tak pada Ariel.” Soalku.
 
“Ariel mana pulak ni, cuba kau ceritakan sikit.”
 
“Zafriel Shah Bin Dato' Roslan Shah, lelaki yang menjadikan dirinya suamiku pada 4 tahun yang lalu”
 
“Of course aku ingat dia, kenapa? “
 
“Aku ada tersempak dengan dia, and it happens that he is my boss now.”
 
“What? how this could be. Aku ingat korang berduakan dah berpisah.”
 
“Bila masa aku berpisah dengan dia,  kami masih terikat adalah.”
 
“Maksud kau, he still your husband?”
 
“Ya, tapi tak tahulah pula kalau dia ada failkan kes semasa aku masih di Australia dulu. Tapi rasanya tak kot, kalau tidak kenapa aku tak dapat apa-apa surat dari pejabat agama.”
 
“Apa kata kau tanya kat dia sendiri, lagipun kau kata dia boss kau sekarang.”nasihat Sofea ni boleh membunuh beb.  Ada ke patut suruh aku tanya kat mamat tu, giler aper.
 
“Haah! no.. no... I dont think so.”  Aku mengawang tangan tanda tidak setuju dengan saranannya itu.
 
“Suka hati kaulah, by the way how's he look?”
 
“Masih seperti dulu, cuma muka dia nampak sudah matang dan berkarisma.  Bakal CEO kan, so kenalah Nampak lebih matang.” ujarku.
 
“Wow! tentu dia dah kacak kan? kau tak terpikat semula ke?” apa punya soalan da, Sofea ni memang nak kena sebijik.
 
Aku hanya tersenyum melihat kegairahan Sofea yang beria-ia ingin bertemu dengan Ariel. Dalam hati ini masih lagi berteka-teki tentang statusku. Buat apa aku fikirkan semua itu, jangan-jangan dia sudah berkahwin lagi setelah pulang ke Malaysia. Tak mustahil kan, lelaki bukannya boleh dipercayai. Cemburukah aku, oh! Tidak.
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
“Anak mama ni, sejak bekerja dengan uncle Roslan, asyik termenung saja. Kenapa sayang?” soal mama ketika aku sedang berehat dihalaman rumah

“Mana ada ma, ada-ada sajalah.” segera aku melentok kepalaku dibahu mama, cuba untuk membuang keresahan yang bertamu.

“Alisya, mama nak tanya sikit boleh?”
 
“Tanya banyak pun boleh, ada apa mama?”
 
“Sejak pulang dari Australia sampai dah kerja kat ofis Uncle Roslan ni, mama tengok Alisya selalu menyendiri. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Alisya ke. Atau Alisya dah jatuh hati dengan seseorang. Boleh mama tahu siapa orangnya.” Mama ni dah jadi macam ahli nujum pula.  Ketara sangat ke perubahan pada diri aku ni.

“Tak ada lah mama, Alisya baik-baik saja. Okaylah, Alisya naik dulu. Nak solat Asar, nanti terlepas pulak.” Cepat-cepat aku melangkah menuju ke tingkat atas, nak mengelak dari diterjah macam-macam soalan dari mama. Nak lari beb, sebelum rahsia terbongkar.
 
“Ini yang mama tak suka, asal tanya aje mesti Alisya tukar topik. Sampai bila anak mama ni nak bersendirian.” Bebelan mama aku dengar walaupun sayup-sayup.  
 
Aku tak mahu mama bertanya aku persoalan itu lagi, tapi aku silap ketika aku sedang berehat dikamar mama datang membawa sekeping sampul surat berwarna coklat. Lalu dihulurkan kepadaku.
 
“Mana...mama.. dapat.. benda ni. “ suaraku bergetar menahan kesedihan. Aku tidak tahu dari mana mama perolehi salinan sijil nikahku. Mama lalu memelukku, cuba menenangkan perasaanku yang tidak keruan.
 
“Mama dapat salinan sijil nikah kamu sejak 5 bulan yang lepas, dari Papa.”
 
“Papa? maksud mama.. “ aku sudah tidak sabar menanti butiran kata-kata yang akan keluar dari mulut mama. Terasa sesak didalam kamar ini, aku sendiri berasa agak sukar untuk bernafas. Wajah mama masih tenang memandang ke arahku.
 
“Kata papa, wife uncle Roslan pun jumpa sijil asal ini dalam bilik Ariel. Mereka ada juga bertanya kepada Ariel siapakah wanita yang telah dikahwininya tanpa perngetahuan mereka. Bila Ariel cakap Alisya adalah isterinya, Uncle Roslan terus hubungi mama dan papa.”
 
“Papa...marah.. tak? Alisya minta maaf sangat sebab tak beritahu mama dan papa mengenai pernikahan kami berdua. Masa itu kami terdesak, dan ... “ belum sempat aku menghabiskan ayat seterusnya, mama terus memelukku. Tangisannya meletus, aku sendiri terikut sama kerana berasa kesal dengan perbuatanku yang lalu.
 
“Papa tak marah, malah papa yang memberikan kebenaran ketika rakannya menyampaikan berita tersebut. Cuma papa merahsiakan daripada mama sebab mahu Alisya sendiri berterus-terang pada kami semua.  Tapi mama sedih sebab sejak pulang sehingga ke hari ini, Alisya masih mahu berahsia dengan mama.” Sayu sungguh suara mama.  Lantas aku tarik mama kedalam pelukanku.
 
“Mama, Alisya takut. Semua ini berlaku tanpa kamu duga. Lagipun sebulan selepas kami bernikah, Ariel pergi meninggalkan Alisya sendirian disana.  Alisya malu nak ceritakan kepada mama tentang perkara ini.” Aku menangis didalam pelukan mama.  Hatiku tersentuh apabila mama mengusap lembut kepalaku.
 
“Sayang, mama tak marah.  Malah mama bersyukur sebab Alisya bertemu jodoh dengan Ariel. Walaupun mama, papa serta keluarga Uncle Roslan amat kecewa dengan perbuatan kalian, tapi kami gembira sebab kata Uncle Roslan,  Ariel juga menyintai Aliysa.”  Aku segera meregangkan pelukan mama, tidak percaya dengan kata-kata terakhir dari mama. Betul ke Ariel sebenarnya menyintaiku juga, tapi kenapa dia tidak pernah cuba menghubungiku ketika aku masih di Melbourne dulu.
 
“Betul ke mama? Alisya tak percayalah.” Aku mengeleng kepala tandan tidak percaya apa yang mama katakan itu tadi.
 
“Takkanlah mama nak bohong kat Alisya pula, kalau tidak kenapa mama dan papa panggil Alisya balik ke Malaysia dan bekerja disyarikat Uncle Roslan. Semua ini kami rancang untuk satukan kalian berdua, kami tak mahu seorang kat sana dan seorang lagi kat sini. kalau macam ni sampai bila-bila pun mama dan papa tak dapat merasa jadi datuk dan nenek.” Ketawa kecil meletus dibibir mama membuatkan wajahku terasa hangat. Anak! oh betapa jauhnya angan-angan mama, tak tercapai akalku. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan selain dari berdiam diri. Aku sendiri tidak pasti bagaimana penerimaan Ariel terhadap diriku. Empat tahun adalah satu jangka masa yang panjang, mungkinkah masih ada secebis rindu buatku atau hanya aku saja yang merasakan tetapi tidak dia. Ya Allah! berikanlah aku pertunjuk dariMu.
 
----------------------------------------------------------
 ~Bersambung~
P/S: Saya telah mengedit semula cerita ini. Harap semua berpuashati. TQ.