Tuesday, 23 July 2013

My Girl - Bab 7


Bab 7

Surat perjanjian yang dihulurkan Vince dibaca lama.  Ada kerutan didahi Tommy, seperti tidak percaya dengan isi kandungan surat itu.

“Apa ni Vince?”soal Tommy kasar.

“Kenapa? Kau tak faham atau nak aku terangkan semula.”sinis suara Vince kedengaran ditelinga Tommy.

“Mana boleh kita buat macam tu pada Nyla.  Dia tak berdosa, kenapa mesti libatkan dia sekali.”muka Tommy cemberut.  Tidak percaya abangnya mahu dia dan Nyla menurut seperti dalam surat perjanjian itu.

“Apa lagi Tom, okay apa? Kau dengar aku bacakan hak dia disini.”surat perjanjian itu dirampas kasar oleh Vince. Nyla yang duduk dihadapan kedua-dua beradik ini masih diam tidak berkutik.  Sejak tadi sejam tadi mereka bertiga berbincang didalam bilik kerja Vince.  Nasib baik Toh Puan Aini dan Mak Tijah tidak ada disini, jika tidak habislah mereka bertiga.

“Nyla, saya akan bacakan surat ini supaya awak tahu dimana kedudukan awak sebelum kita mulakan langkah seterusnya”tegas Vince, Tommy disebelah dikerling.  Tiada sebarang reaksi dari adiknya itu, marah barangkali.

Vince menbacakan isi kandungan surat perjanjian itu, sementara Tommy dan Nyla hanya menjadi pendengar setia.

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN DIATARA THOMAS AIDEN ANDERSON BIN AHMAD ANDERSON DENGAN AIYATUL NYLA BIN AIYUDDIN.

Setelah diijabkabulkan, Cik Aiyatul Nyla Binti Aiyuddin hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:-

  1. Cik Aiyatul Nyla tidak dibenarkan tidur sekatil bersama Thomas Aiden Anderson  walaupun tinggal sebilik.
  2. Cik Aiyatul Nyla hendaklah menjalankan tangungjawab seperti isteri-isteri yang lain kecuali tangungjawab yang satu itu. 
  3. Cik Aiyatul Nyla tidak dibenarkan menuntut apa-apa hak keatas Thomas Aiden Anderson jika berlaku penceraian sebelum tarikh yang ditetapkan.
  4. Cik Aiyatul Nyla akan diberikan ganjaran sebanyak RM3,000 sebulan  dan juga kebebasan RM200K selepas diceraikan oleh Thomas Aiden Anderson kelak.
  5. Jika Cik Aiyatul Nyla melanggar salah satu perkara diatas, maka dengan sendirinya hak untuk mendapatkan ganjaran itu terbatal.

Tommy mengeluh, semua perjanjian yang dibuat oleh abangnya itu menganiyakan Nyla.  Tidak satu pun membawa kebaikan kepada gadis itu, simpatinya tumbuh disitu.  Bagi Nyla pula, sudah menjadi nasibnya.  Dibeli oleh lelaki ini pun sudah memadai baginya, daripada dijadikan pelacur oleh Chai.  Dia tahu kesilapan yang telah dia lakukan, dan ini salah satu hukuman buatnya.  Wajah arwah ayah dan ibu bertamu dimatanya, wajah adiknya Aiman sayu turut sama disitu.  Tiba-tiba airmatanya mengalir tanpa dipinta.  Tommy terpaku, Vince tidak peduli.  Baginya gadis itu tidak ubah seperti gadis-gadis lain yang pernah dia tiduri.  Jadi tak wajarlah gadis itu diberikan perhatian olehnya.

“Awak kenapa Nyla? Sedih dengan syarat ini atau awak tak setuju.”celah Tommy setelah melihat gadis itu membisu seribu bahasa ketika abangnya membacakan isi kandungan surat perjanjian itu.

“Eh tak..tak encik Aiden, encik Vince.  Satu tahu kedudukan saya dimana, saya setuju dengan syarat-syarat tersebut.”jawab Nyla terketar-ketar, takut dimarahi pula oleh kedua-dua lelaki ini.

“Baguslah kalau kau faham.  Sekarang aku nak kau tandatangan surat perjanjian ini supaya aku boleh jalankan rancangan ini secepat mungkin.  Lagipun kami tak banyak masa lagi, semuanya harus dikerjakan dengan segera.”pintas Vince pula.

“Tapikan encik, bagaimana dengan adik saya.”soal Nyla sebelum menandatangani surat itu.  Vince mengerut dahi, “Adik dia”

“Itu saya akan urusan kemudian.  Sekarang saya nak tanya sama ada awak setuju atau tidak dengan rancangan ini.”sampuk Tommy tenang.

Aiyatul Nyla menandatangani surat itu bersama deraian airmata, sayu bila merasa diri ini bagai barang dagangan.

Good, selepas ini kau akan menjadi isteri tanpa rela kepada Thomas Aiden Anderson.”dengan sombongnya Vince berkata demikian.

            Nyla mengangguk lemah, lantas dibawa diri meninggalkan kedua beradik itu tanpa pamitan.  Tommy memandang sayu belakang tubuh gadis itu, rasa kasihan dengan Nyla mula menyapa. “Maafkan aku Nyla, aku terpaksa melakukan semua ini.”pintanya dalam hati.

                        “Vince, kau tak rasa syarat-syarat tu membebankan dia.”soal Tommy ketika Nyla beredar meniggalkan mereka berdua disitu.

            “Tom, kau sedar tak yang abang buat ini semuanya untuk kebaikan kau.  Abang tak nak kau ada hubungan rapat dengan  perempuan itu.  Apa tah lagi kalau dia mengandungkan anak kau, boleh membawa masalah pada kita berdua.”tekan Vince.

            “Masalah kepada Tom atau abang?”Vince tersentak, serkap jarang Tommy mengena.

            “Eh, mana ada.  Abang cuma nak kau pilih perempuan yang sesuai untuk dijadikan isteri dan ibu pada anak-anak kamu nanti.”dalih Vince cuba mengalih perhatian Tommy.

            “Habis tu Nyla tidak sesuai, gitu?”pulang paku buah keras Tonmy.  Marah bila abangnya suka memperlekehkan perempuan yang naïf seperti Nyla.

            “Abang tak cakap macam tu, cuma abang dapat rasakan dia bukan perempuan baik-baik.  Kalau tidak tak mungkin dia dijadikan barang dagangan oleh Chai.”selar Vince lagi,

“Jangan-jangan dia bukan perawan lagi.”bisik Vince ditelinga adiknya.  Mata Tommy membuntang, tidak percaya dengan kata-kata abangnya itu.

“Sudahlah Vince, aku dah malas nak bertekak lagi.  Lagi cepat perkara ini selesai, lagi baik.  Sekurang-kurangnya Tok Wan dah terima Nyla dalam keluarga ini.  Jadi rasanya tak ada masalah buat aku.”Vince tersenyum, rancangannya pasti akan berhasil tidak lama lagi.  Tujuan dia mengenakan syarat itu adalah untuk mempercepatkan lagi proses penceraian adiknya dengan Nyla.  Dia akan kenakan adiknya itu demi untuk mendapatkan harta kepunyaan Toh Puan Aini.

            Tommy bangkit, ingin meninggalkan ruang bilik yang dia rasakan panas membara.  Saat dia menoleh kebelakang senpat dia menuturkan sesuatu buat abangnya itu. “Kalau ditakdirkan suatu hari nanti Tom jatuh cinta, Tom harap Nyla lah orangnya.”Vince terkedu, ayat terkahir dari adiknya mengganggu mindanya.

            “Tidak Tom, kau tak akan dapat hidup bahagia.  Abang akan pastikan kau dan Nyla merana dan sekaligus dihalau keluar oleh Tok Wan.  Itu janji abang,  kalau tidak jangan panggil nama abang Vincent Alan Anderson.”dengan angkuh Vince berkata.  Yakin benar dengan caturan yang telah dibuat untuk menjatuhkan adiknya itu.

            Syarat-syarat itu dibuat demi untuk menjaga kepentingan dirinya dan bukan untuk adiknya.  Dia tak mahu Tom hidup bahagia.  Dia tak mahu ada keturunun dari Tom menghalang cita-citanya nanti.
 
~Bersambung~

2 comments: