Bab
8
Majlis pernikahan diantara cucunya Aiden
dengan Nyla berjalan dengan lancar.
Sungguh meriah sekali, ramai yang memuji dengan kecantikan cucu menantu
Toh Puan Aini. Tidak kurang juga ada
yang mengeji kerana cucu menantunya bukan dari golongan orang yang setaraf
dengan kedudukannya. Tapi itu semua
tidak mencacatkan majlis itu. Bagi Toh
Puan Aini, kelembutan dan kesopanan yang ada pada Nyla buatnya terpikat dengan
gadis itu. Dia amat bersyukur sejak kali
pertama gadis ini menjejaki ke sini, idak pernah dia melihat sikap buruk gadis
itu. Rata-rata
bertanya mengapa pihak pengantin perempuan tiada kenalan ataupun saudara mara,
terpaksalah Toh Puan Aini menyatakan yang cucu menantunya anak yatim
piatu. Sebab itu mereka dinikahkan
berwalikan hakim.
“Kakak”sapa satu suara. Nyla berpaling, alangkah terkejutnya dia
melihat wajah yang amat dirinduinya.
“Adik.”dibawa tubuh mendekati orang
itu. Dipeluknya Aiman dan dihadiahkan
ciuman bertalu-talu ke wajah itu.
“Kakak…dah lah tu. Habis muka adik dengan kesan gincu.’seloroh
Aiman. Tommy disebelahnya hanya
tersenyum melihat telatah kedua beradik itu.
“Adik datang dengan siapa?”soal Nyla
setelah melepaskan pelukan.
“Ada
orang datang jemput. Adik tak tahu
siapa, tapi Makcik pun ada ikut sekali.”jawab Aiman sambil menunjuk ke arah
makcik Ramlah yang berada tidak jauh dari mereka bertiga.
“Abang yang suruh orang jemput adik dan
makcik Nyla kemari.”sapa Tommy dari arah belakang. Nyla telan liur, lelaki ini membahasakan
dirinya ‘abang’ biar betul.
“Err…terima kasih.”hanya itu yang keluar
dari mulut Nyla. Tidak tahu hendak
berkata apa lagi, kehadiran adiknya disini benar-benar diharapkan olehnya. Sekali lagi dia meraih Aiman kedalam pelukannya.
Vince yang berada tidak jauh dari tempat
pengantin baru itu meregus kegeraman.
Tidak percaya adiknya memulakan langkah baru. Dia ingat Tom akan membenci gadis itu,
sebaliknya tidak. Boleh pula dibawa adik
perempuan itu kesini. Kalau Tok Wan
tahu, habis rosak rancangannya kelak.
“Siapa ni Aiden?”soal Toh Puan
Aini. Bila Tok Wan nya tiba disebelahnya
tidak pula disedarinya.
“Haah, Tok Wan. Aiden perkenalkan, ini Aiman. Adik kepada Nyla.”Aiman menghulurkan tangan
lantas dicium tangan tua Tok Wan. Toh
Puan Aini tersenyum, baik budaknya.
“Kenapa Nyla tak cerita kat Tok Wan
tentang Aiman.”soal Toh Puan Aini, hairan bila cucu menantunya tidak pernah
bercerita tentang adik yang satu ini.
“Nantilah Aiden cerita dekat Tok
Wan. Sekarang ni ramai orang, lagipun
tak elok biarkan tetamu tunggu lama.” Cantas Tommy, tidak mahu bersoal jawab
dengan Toh Puan Aini. Nanti majlis yang
berlangsung tergendala pula. Bukannya
Aiden tak tahu perangai Tok Wan suka menyoal denga perbagai soalan pelik.
“Baiklah, Tok Wan pun nak ke sana . Tetamu dah menunggu, Aiden dengan Nyla jangan
lama-lama pulak.”ujar Toh Puan Aini lantas meninggalkan Aiden, Nyla dan adiknya
disitu.
“Fuh! Nasib baik Tok Wan mengikut
aje. Kalau tidak, jenuh juga abang nak
bersoal jawab dengan dia.”Nyla tersenyum, suka bila Aiden membahasakan dirinya
dengan panggilan itu. Harap-harap
panggilan itu tidak bertukar selepas ini.
“Jom kita jumpa makcik Ramlah. Abang ada perkara nak bincangkan dengan
dia. Aiman pergilah makan dulu, kejap
lagi abang dengan akak menyusul.”usul Tommy, tangan Nyla digengam kemas. Nyla terkedu, sejuk tangannya dihangatkan
oleh gengaman tangan Tommy. Hatinya mula
terpaut pada suaminya ini.
Makcik Ramlah tersenyum lebar, pengantin
baru berjalan menuju kearahnya. Dia
menantikan kehadiran kedua mempelai itu, atau lebih tepat lagi kehadiran
pengantin lelaki. Ini kerana Tommy ada
menjanjikan sesuatu buatnya.
“Makcik.”tangan dihulurkan, niat dihati
ingin bersalaman. Namun ditepis oleh
makcik Ramlah.
“Tak payah nak tunjuk baik. Sekarang mana upah aku selama menjaga kau dan
juga adik kau tu. Dah penat aku
menunggunya,.”kasar sungguh bahasa makcik Ralmah dipendengaran Tommy.
“Makcik, tolong hormat sikit pada isteri
saya. Kalau tidak satu sen pun saya tak
akan berikan kepada makcik.”ugut Tommy pula.
“Hey, kau jangan nak berlagak. Kalau bukan kerana aku, kau tak akan dapat
berkahwin dengan dia. Kau ingat aku tak
tahu dimana kau kutip budak ni.”dengan lantang makcik Ramlah bersuara.
Orang disekeliling mula tertanya-tanya
siapakan gerangan wanita yang bersuara lantang ini. Toh Puan Aini yang sedang melayan tetamu
tersentak.
Tommy terus menarik tangan makcik Ramlah
agar mengikutinya masuk ke dalam rumah.
Wajahnya menyinga, amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Ingin rasanya dia menampar wajah wanita ini
tetapi akal dan fikiran masih lagi berfikiran waras. Jadi dipendamkan saja hasratnya itu.
“Makcik dengar sini apa yang hendak saya
cakapkan. Mulai dari hari ini Nyla dan
Aiman akan tinggal dengan saya. Segala
urusan berkenaan mereka berdua haruslah melalui saya. Dan lagi satu, jika makcik berani membuka
mulut tentang siapa Nyla dan dimana saya perolehi dirinya. Makcik akan terima akibatnya. Ingat tu! Nah, ambil duit ini dan berambus dari
sini.”sampul surat
berisi wang dicampakkan kepada Makcik Ramlah.
Sampul berwarna coklat itu dikutip oleh
makcik Ramlah. Dibuka sedikit untuk
melihat isi kandungan didalamnya. “Hmm.. bagus.
Selepas ini aku pun tak hingin lagi nak tengok muka dua beradik ni. Masalah aku pun dah selesai, duit ini sebagai
upah aku menjaga mereka selama ini.”dengan angkuh makcik Ramlah berkata. Tidak langsung memperdulikan perasaan mereka
yang terluka. Airmata Nyla jatuh
menitis, tidak menyangka selama ini makcik Ramlah mengangap dia dan adiknya
dalah satu bebanannya buatnya.
“Sudahlah Nyla, jangan menangis. Tak berbaloi untuk ditangisi orang sekejam seperti
makcik Ramlah tu.”pujuk Tommy, bahu isterinya dipeluk erat. Kelibat makcik Ramlah sudah menghilang,
barangkali sudah balik selepas mendapat habuan dari suaminya.
“Jom kita naik ke bilik, cuci muka awak
tu. Nanti orang ingat abang dera isteri
pula.”lembut suara Tommy memujuk Nyla.
Ditarik tangan si isteri agar menuruti langkahnya.
“Terima kasih encik.”hanya itu yang
mampu Nyla tuturkan buat si suami.
“Kasih sayang abang terima. Kasih abang bila pula Nyla nak terima.”usik
Tommy dengan kenyitan nakal. Nyla
tertunduk malu.
“Dah..jangan nak bersedih lagi. Semuanya dah selesai. Aiman pun akan tinggal bersama-sama kita
nanti.”Nyla terpanar, betulkah apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Adiknya akan tinggal disini bersama-sama
dirinya. Perlahan-lahan ada senyuman
terukir dibibirnya.
“Kamu ke mana tadi Aiden? Puas Tok Wan
cari.”tegur Toh Puan Aini sebaik terlihat kelibat pengantin baru itu.
“Aiden temankan Nyla jumpa ibu saudara
dia. Maaflah yea Tok Wan, terpaksa pula
layan tetamu bagi pihak Aiden.”ujar Aiden sambil mengengam erat tangan Nyla
yang berada disisinya.
“Oh yea ke? Kenapa tak diperkenalkan
kepada Tok Wan. Bolehlah Tok Wan
berbual-bual dengannya.”wajah teruja Toh Puan Aini mengundang resah dihati
Nyla. Perlukah dia berterus-terang
tentang perkara sebenar kepada Tok Wan. Dia
serba salah, dilarikan pandangan ke wajah suaminya. Lelaki itu diam membisu tanpa sebarang kata.
“Lain kali lah Tok Wan. Sekarang ni apa kata dia layan dulu tetamu
yang hadir. Nanti mereka semua
tertanya-tanya pula dimana tuan rumah berada.”Tommy menukar topik bicara, tidak
mahu memanjangkan kisah yang berlaku diantara dia dan makcik Ramlah tadi.
Vince yang memerhati dari jauh mula
berasa cuak. Eratnya gengaman tangan si
adik dengan isteri palsunya membuatkan dia meluat. Dia dapat mengandaikan sesuatu telah berlaku
diantara adiknya dengan perempuan itu.
Dia tidak suka, dia tak mahu mereka menjalani kehidupan seperti suami
isteri yang lain. Dia juga tidak mahu
adiknya jatuh sayang pada perempuan itu, dia harus melakukan sesuatu. Dihampiri adiknya, lantas tangan Tommy
diselar.
“I
want to have a word with you. Alone!”sengaja
dia menekankan ayat itu. Tommy mengangguk,
gengaman tangan isteri dilepaskan.
Lantas dibisikkan sesuatu ditelinga Nyla.
“Nyla pergi dekat Tok Wan, abang ada hal
sikit dengan abang Vince.”Nyla hanya mengangguk lantas melangkah kaki menyaingi
Tok Wan dihadapan.
“Wah, bukan main lagi mesra aku tengok
korang berdua. Ada apa-apa ke yang abang perlu tahu.”sinis
suara Vince menyapa gegendang telinga Tommy.
“Aik! Dah jadi suami isteri, kenalah
tunjukan betapa bahagianya kami berdua.
Kalau tidak nanti Tok Wan mula syak yang bukan-bukan.”jelas Tommy seakan
berbisik. Tidak mahu orang lain
mendengar kata-katanya.
“Are
you sure Tom? Abang tak percaya.”sangkah Vince.
“Suka hati abanglah, yang pasti Tom tahu
apa yang Tom lakukan sekarang untuk kepuasan Tok Wan. Lain-lain, Tom tak ambil peduli.”malas hendak
bertekak, Tommy mengambil keputusan untuk tidak meneruskan topik perbincangan
ini lagi. Fikirannya sudah letih dengan
arahan dan telunjuk dari abangnya itu.
“Adik pergi dulu, Tok Wan dah panggil
tu.”Tommy berlari mendapatkan Toh Puan Aini yang mengamitnya agar menghampiri
dirinya bersama seorang tetamu yang tidak dia kenali.
“Apa khabar Aiden, masih kenal dengan
uncle tak?”lelaki yang memakai kot hitam dan segak itu menyapa Tommy. Tangan mereka bersalaman sebaik saja Toh Puan
Aini memperkenalkan cucunya.
“Err…Uncle siapa ya? Maaf sebab Aiden
tak ingat kat mana kita pernah bertemu dulu.”ramah Tommy menutur kata.
“Uncle Murad ini peguam keluarga
kita. Takkan Aiden dah lupa. Dulu masa Aiden kecil-kecil dulu uncle Murad
sering datang ke rumah kita.”terang Toh Puan Aini pada cucunya setelah melihat
Aiden teragak-agak mengenali lelaki ini.
“Aiden lupa lah Tok Wan.”jelas Tommy
namun dimasa yang sama dia sempat melemparkan senyuman manis kepada tetamu itu.
“Tak mengapalah Aiden. Lepas ni, uncle harap Aiden tak lupa tentang
uncle. Sebab mulai dari hari ini, uncle
akan bekerjasama dengan Aiden sepertimana yang diminta oleh Toh Puan
Aini.”sampuk Encik Murad. Lama mereka
bertiga berborak tanpa menyendari Vince sedang menghampiri Nyla.
“Aik, jauh menenung nampak. Tengah usar wajah kacak adik saya ke?”soal
Vince sinis. Sebenarnya dia mahu memberi
amaran kepada Nyla supaya tidak sesekali melanggari perjanjian yang telah mereka
setujui itu. Dia takut Aiden tergoda
dengan kecantikan gadis itu, sedangkan dirinya sendiri pun turut tergoda dengan
Nyla.
“Encik Vince jangan risau, saya tak lupa
siapa diri saya. Perjanjian tetap
perjanjian, saya akan patuhi asalkan tidak melanggar hukum syarak. Saya tahu dimana kedudukan saya dimata kalian
berdua, dan saya juga tahu saya hanya bekerja untuk encik Aiden.”tutur Nyla
bersama sebak didada. Baru saja tadi dia
merasa betapa bahagianya dia bila berada disamping suaminya, tapi kini semuanya
hanyalah mimpi. Datangnya Vince untuk
menyedarkan dirinya supaya berpijak dibumi yang nyata.
“Baguslah kalau begitu. Aku tak mahu kau langgar satu pun dari syarat
itu. Aku nak kau pastikan yang kau tetap
perawan walaupun kalian sudah lama bernikah.
Dengan itu akan memudahkan lagi untuk aku…”bicara Vince terhenti. Nasib baik dia tidak terlepas cakap mengenai
rancangannya untuk memusnahkan Tommy.
“Memudahkan apa encik?”soal Nyla ingin
tahu.
“Itu kau tak perlu tahu. Yang pasti, kau ikut saja arahan dari
aku. Jangan sesekali kau ceritakan
kepada Tom tentang apa yang telah kita bicarakan tadi. Mengerti!”tekan Vince
lantas beredar meninggalkan Nyla yang kebingungan.
Nyla mengambil tempat disalah sebuah
kerusi yang ada dalam khemah itu. Dia
mahu bertenang seketika sebelum mengatur semula nafasnya yang kencang. Kata-kata daripada lelaki yang baru bergelar abang
iparnya itu menyesakkan dadanya. Apakah
maksud disebalik kata-kata lelaki itu, adakah lelaki itu sebenarnya mempunyai
niat jahat terhadap adiknya sendiri. Oh
tidak! Aku harus berhati-hati demi lelaki yang baru saja menjadi suamiku
ini. Biarpun perkahwinan kami tidak
berlandaskan cinta, tapi aku harus membantu Thomas Aiden Anderson.
“Nyla kenapa?”soal Tommy lembut sebaik
melabuh duduk disebelah isteri yang baru dikahwininya.
“Encik, terkejut saya.”wajah kacak
suaminya direnung lama. Ada sesuatu
disitu yang membuatkan dirinya terpaku.
“Hey! Mengelamun pula dia. Abang tanya kenapa Nyla duduk sini.”Tommy
mengawang tangannya dihadapan wajah milik Nyla.
Gadis itu tersentak, seperti baru lepas mengelamun.
“Oh,tak..tak ada apa-apa. Saya cuma penat sikit. Tok Wan mana?”soal Nyla pula cuba menghalau keresahan yang datang.
“Tok Wan dah masuk dalam bilik. Katanya nak solat isyak, dah masuk waktu
tadi.”jawab Tommy sambil mengambil tempat disebelah isterinya.
“Kalau macam tu saya pun nak masuk ke dalam,
nak solat juga.”pinta gadis itu tanpa memandang wajah Tommy. Nyla ingin
bangkit, namun tangannya diselar oleh Tommy.
”Tunggulah dulu, kita solat berjemaah
bersama-sama. Biar Tok Wan solat dulu baru kita naik.”tegur
Tommy lantas menarik Nyla kembali duduk dikerusi berdekatannya. Terpanar Nyla dengan kata-kata suaminya
itu. Tidak disangka, suaminya juga tahu
tentang solat. Dia ingat suaminya
seperti abang iparnya Vince, yang tidak solat.
Rupa-rupanya dia sudah tersalah menilai keperibadian suaminya ini. Ampunkan aku
Ya Allah.
“Kenapa syaang pandang abang macam tu? abang
ada buat kesalahan ke?”soal Tommy takala melihat si isteri yang masih berdiam
sambil terus-terusan merenung ke arahnya.
“Oh tak..saya..saya..”tak terkata Nyla
bila mata mereka bertentangan. Ada
debaran disitu, tapi apa ya?
“Sayang ingat abang ni jahil, macam
tu?”kali ini tebakkan Tommy mengena.
Cepat-cepat Nyla menggeleng, berbohong.
Takut apa yang bakal terjadi mengusutkan keadaan.
“Encik, kenapa dari tadi encik asyik
panggil saya ‘sayang’.”soalan luar dari jangkaan Tommy membuatkan lelaki itu
tertawa kecil.
“Saya serius, kenapa encik ketawa.”marah
Nyla.
“Abang ketawa sebab sayang tu polos
sangat. Dah sah, tentulah kena panggil
sayang. Baru mesra sikit. Sayang tu, dari tadi asyik panggil abang
‘encik’ apa kelas.”balas Tommy bersama tawa dibibir. Nyla memuncung, Tommy pula
giat mengusik.
“Buatlah muncung tu, kejap lagi ada juga
free show kat sini.”usik Tommy lagi.
“Free
show?”soalan polos Nyla mengundang padah.
“Haah, free show ni.” Chup! Satu kucupan hingga dipipi kanan
Nyla. Vince yang memerhatikan babak itu tergamam, Toh Puan Aini tayang senyum manakala
yang tetamu yang lain sudah berbisik-bisik sesama sendiri. Kononnya suka melihat adegan romantik dari
pasangan pengantin baru.
Nyla pula sudah memegang pipi kanannya,
terasa hangat diseluruh mukanya.”Ya Allah, selamatkanlah aku.”doanya dalam
hati. Tommy pula sudah tergelak-gelak
melihat reaksi spontan dari isterinya.
Habis merah wajah isterinya itu menahan malu akibat perbuatannya itu
tadi.
“Kan abang dah cakap free show.”wajah malu isterinya direnung
lama, ada riak terkejut dan tidak percaya disitu.
~Bersambung~
bestnyaaaaaa... nak lagiiiiiii
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
BEST,
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.
ReplyDelete