Bab
9
“Kau dah gila ke Tom?”keras suara
Vince memarahi adiknya sewaktu mereka berada diluar rumah. Nasib baik ketika itu semua tetamu sudah
beransur pulang.
“Aku? gila?”soal Tommy tidak percaya
dengan tuduhan abangnya.
“Ya, kau gila. Kenapa kau cium perempuan tu dikhalayak ramai.”marah
benar Vince pada adiknya.
“Suka hati akulah. Lagipun dia dah jadi isteri aku, kami dah
halal pun. Jadi, tak salah kan.”tukas
Tommy dengan wajah mencuka. Geram bila
dikatakan dirinya gila oleh abangnya sendiri.
Vince meraup wajahnya, masih marah
dengan tindakan adiknya itu“Kau dah lupa apa syarat-syarat dalam surat
perjanjian tempoh hari.”Vince cuba mengingatkan kepada adiknya tentang surat
perjanjian itu.
“Aku tak gila lagi Vince. Dalam surat perjanjian itu hanya merujuk
kepada Nyla, bukannya aku. Jadi aku
berhak untuk menyentuh dia walaupun tanpa kerelaan dia.”tegas Tommy cuba
menegakkan benang basah. Betul apa,
syarat dalam surat itu merujuk kepada Nyla bukannya dirinya Thomas Aiden
Anderson.
“Aku cuma nak ingatkan kau supaya
berhati-hati. Jangan terpedaya dengan
pujuk rayu perempuan seperti itu.”dalih Vince, padahal dia cukup takut kalau adiknya
berubah fikiran. Dan dia tidak akan
benarkan perkara itu terjadi. Nanti
melepaslah semua rancangan yang diatur untuk adiknya itu.
“Aku tahu dimana batasku Vince. Lagipun, aku kenalah tunjukkan kepada Tok Wan
betapa aku suka dengan perkahwinan ini.
Kalau tidak, tentu Tok Wan tak percaya tentang aku dengan Nyla.”bohong
Tommy.
“Abang bukannya apa Tom. Nak ingatkan kau tentang rancangan kita, itu saja. Kalau Tom usik dia, then..dia mengandung macam mana?”hujah Vince panjang lebar. Tommy terdiam sebelum meneruskan kata.
“Kalau Nyla mengandung, itu anak
Tom. So,
what’s the probem?”sangkah Tom lagi.
“Problem?
Yes, there is a problem.”tukas Vince dalam hati. Namun lain pula yang keluar dari
bibirnya.
“Abang tak setuju. Kalau perempuan tu mengandung, habis nanti
kalau dia tuntut harta kita pula.”dalih Vince pula.
“Dan Abang tak mahu harta kita
dibahagi kepada orang lain. Abang tak
setuju. Fullstop!”cantas Vince lagi.
“Vince.”jeritan Tommy membuatkan
Vincent terkedu. Masing-masing merenung
ke dalam anak mata dengan berbagai rasa.
“Sama ada abang suka atau
tidak. Aiyatul Nyla sudah sah jadi
isteri aku. Soal harta tak ada sangkut
paut dengan dia. Kalau pun kami ada
anak, sudah semestinya anak aku pewaris untuk segala harta yang aku
ada.”tekannya lagi. Vincent terkejut, tidak pernah adiknya itu menjerit
sebegitu padanya apatah lagi melanggari perintahnya. Kali ini berlainan pula, nampaknya dia perlu
lebih berhati-hati lagi.
“Suka hati kau lah Tom. Abang dah malas nak bertekak dengan kau. Lain kali jangan cari abang kalau kau
tersalah langkah.”ujar Vincent lagi.
Dalam hatinya lain pula, “Don’t’
ever think of that my dear brother. Aku
tak rasa kau boleh selamat, tunggu saja pembalasan dari aku.”ikrar Vince pada dirinya sendiri. Tak terdaya diluahkan disitu, takut akan
menganggu rancangannya nanti. Dia masih
berpeluang untuk mencari jalan lain jika perkara itu benar-benar terjadi.
“Kita tunggu dan lihat sama ada kau
atau aku yang salah.”tukas Vince lagi.
“Aku dah tak heran, kau buatlah apa
yang nak kau buat Vince. Aku dah penat
melayan karenah dan rancangan gila kau ni.”Selesai berbicara, Tommy melangkah
masuk. Malas hendak memanjangkan
perbalahan dengan abangnya itu, lebih baik dia masuk ke bilik bersihkan diri
dan tunaikan solat isyak.
“Hish, tak boleh jadi ni. Aku kena cepat bertindak sebelum Tom
hancurkan semuanya.”tumbukan dikepal dengan hati yang sebal. Rasa macam nak menumbuk saja muka adiknya
itu, tapi ditahankan juga.
Aiyatul Nyla yang terdengar
perbualan kedua beradik itu mula menyalahkan dirinya. “Perlukah aku pergi dari
sini? Tapi kemana hendak aku tuju, dengan Aiman pula.” Daun pintu bilik ditutup rapat, lantas
dikunci. Dia perlu mencari jalan
penyelesaian, dia tidak mahu disebabkan dirinya keluarga ini berpecah
belah. Walaupun dia rasa sayangnya pada
Thomas Aiden Anderson mula bercambah, dia perlu cantas sebelum itu tumbuh lagi.
Tommy mendaki anak tangga menuju ke
biliknya. Tombol pintu dibuka, kelihat
si isteri dicari. Tiada! Dibuka pintu
bilik air, tiada juga. “Kemana pula
perginya isteri aku ni.”kepala yang tidak gatal digaru. Memikirkan dimana keberadaan isterinya itu.
“Hah! tentu dia masih dibilik
bawah.”tekanya dalam hati. Langkah kaki
dibawa ke bilik yang berada disebelah anak tangga. Tombol pintu dipulas, berkunci. Lantas diketuk pintu bilik Nyla.
Tuk
..tuk…tuk..
“Nyla..Nyla..bukalah pintu ni.”dengan
nada suara perlahan Tommy memanggil isterinya.
Agak lama juga barulah dipintunya dibuka.
“Ada apa encik?”soal Nyla saat pintu
dibuka. Wajah Tommy sedang tersenyum
menyapa dimuka pintu biliknya.
“Kenapa kau kat sini? Bilik kita kan kat
atas, jom.”tangan Nyla ditarik agar gadis itu mengekorinya.
“Encik! habislah batal wuduk saya.”protes
Nyla, kebetulan dia baru bersiap hendak menunaikan solat Isyak.
“Boleh ambil semula, belum solat lagi
kan?”anggukkan Nyla buat Tommy tersenyum lebar.
Lantas dibisikkan sesuatu, “Kita solat sama, lepas tu…”
Nyla terpanar, terus dia menghentikan
langkah. Takut bercampur segan bila
Tommy berkata begitu. Wajah nakal Tommy
dipandang lama, perlukah dia berterus-terang.
“Dah...jomlah. Tak baik tau lengah-lengahkan waktu
solat.”ajak Tommy lagi bila melihat Nyla tidak berganjak.
“Encik! saya..saya..”
“Takut?”Nyla menggeleng, Tommy tersenyum
lagi.
“Malu?”usik Tommy lagi, Nyla menunduk
tak berani pandang wajah suaminya.
“Sayang..”dagu Nyla diangkat agar
mengadap dirinya. Pandangan mereka
bertaut, ada sinar cinta disitu.
“Solat berjemaah bersama isteri adalah lebih
baik dari solat bersendirian. Nyla tak
nak kutip pahala? Tak nak menuju ke arah kebaikan?”Nyla mengangguk, dia
mahu. Tapi akalnya yang waras tidak
membenarkan dia berbuat demikian. Nanti
apa pula kata Vince, dia pula telah melanggar syarat perjanjian tersebut.
Mengerti dengan apa yang difikirkan oleh
isterinya itu, Tommy berkata “Pedulikan tentang syarat itu. Sekarang ini suami awak yang mahukannya, dan
bukannya awak. Saya, suami awak dunia
dan insyaallah akhirat, jadi awak patut patuh arahan suami awak dan bukannya syarat bodoh tu. Lupakan saja, saya yang akan bertangungjawab.”tutur
Tommy yakin dengan keputusan yang telah dibuat.
Sebenarnya sejak 3 hari lepas, dia
mengerjakan solat istikharah sebelum mengambil keputusan untuk menerima Aiyatul
Nyla sebagai isterinya. Dalam 3 malam
itulah muncul wajah putih bersih Nyla dalam pakaian yang serba indah. Yang membuatkan dirinya lebih pasti akan
jodoh ini, bila ada bayi didalam dukungan Nyla.
Comel sungguh bayi itu, sudah tentulah anaknya. Ah..berangan lagi..
“Nanti encik Vince marah.”suara
ketakutan Nyla menerpa sekaligus menghalau khayalannya tadi.
“Siapa suami Nyla, saya atau Vince?”soal
Tommy keras.
“Encik.”Tommy merengus.
“Tahu pun, dah tu kenapa nak takut dekat
dia. Dengar sini Aiyatul Nyla Binti
Aiyuddin. Awak isteri kepada Thomas
Aiden Anderson dan bukannya perempuan yang dibeli oleh Vincent Alan Anderson. Jadi awak kena patuh cakap saya. Faham!”selesai berbicara, tangan Nyla dalam
gengaman Tommy terlepas. Lelaki itu
ingin berlalu, namun Nyla sempat menyelar lengan suaminya itu.
“Maafkan saya.”pinta isterinya itu.
“Huh!”rengus Tommy sebelum menarik
semula lengannya yang berada dalam pelukan Nyla. Langkahnya laju mendaki anak tangga menuju
kebiliknya. Nyla terdengar pintu bilik dihempas kasar, tentu suaminya marah
sangat.
Nyla tidak menunggu lama, terus dia
mencapai telekung sebelum menutup semula pintu biliknya. Dipanjat anak tangga menuju ke bilik atas
yang didiami suaminya. Dengan
berhati-hati dia memulas tombol pintu, pandangan ditebarkan ke dalam
bilik. Suaminya tiada disitu, bila
diperhatikan sekeliling tiada juga.
Telinganya sayup terdengar bunyi dari dalam bilik air, tentu suaminya
sedang mandi. Senyuman terukir dibibir.
Pintu bilik dirapatkan. Dia meletakkan telekung diatas katil sebelum
melangkah menuju almari pakaian.
Dikeluarkan sehelai kain pelikat dan juga sehelai baju melayu berwarna
biru laut. Diletakkan diatas katil
sebelum dia sendiri bergerak ke meja solek.
Pintu bilik air terkuak dari dalam, muncul Tommy dengan memakai tuala
separas pingang. Terpana lelaki itu
melihat Nyla berada dalam biliknya, manakala si isteri turut terpana melihat
tubuh sasa milik suaminya.
“Err…maafkan saya. Masuk tanpa kebenaran encik.”terketar-ketar
suara Nyla menuturkan kata. Debaran
didada memuncak, pandangan dialihkan ke dinding bilik. Malu kala melihat tubuh itu.
Tommy berdiri membelakangi Nyla, diambil
baju melayu dan kain pelikat yang tersedia ada disitu. “Terima kasih.”ucapnya sepatah. Nyla tersenyum.
“Tunggu saya, kita solat sama-sama.”ujar
Nyla lantas menghilang ke dalam bilik mandi.
Selesai mengambil wuduk, Nyla keluar lantas menyarungkan dirinya dengan
telekung pula. Ketika isterinya dalam
bilik mandi, Tommy menghamparkan sejadah mengadap kiblat.
Selesai mengerjakan solat jemaah pertama
sebagai suami dan isteri. Doa panjang
dibacakan oleh Tommy mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Berharap agar rumahtangga mereka dilimpahi
rahmatNya. Tommy juga turut berdoa akan
kesejahteraan rumahtangganya dengan Nyla.
Berlinangan airmata Nyla takala
mendengar doa suaminya itu. Dia keliru
antara cinta dan pengorbanan. Dia takut
jika suatu hari nanti dia jatuh cinta pada suaminya ini, apakah yang harus dia
lakukan. Sedangkan dia sendiri sudah
maklum tentang perkahwinan mereka bukanlah diatas dasar cinta.
Tommy beralih arah memandang isterinya
dibelakang. Tangan kanannya menyambut
huluran tangan Nyla yang ingin bersalaman.
Nyla mengucup lembut belakang tangan suaminya manakala Tommy pula
mengucup ubun-ubun Nyla. Terasa syahdu
sekali dihati masing-masing ketika itu.
“Maafkan Nyla.”pohon Nyla.
“Abang maafkan sayang dengan syarat
sayang lupakan tentang hal itu. Abang
nak kita jalani kehidupan seperti biasa.
Abang tak akan sentuh sayang selagi tiada cinta dihati sayang untuk
abang. Dan abang akan menunggu selama
sehingga sayang benar-benar dapat menerima abang dalam hati sayang.”
“Saya pun harap encik berikan masa untuk
saya berfikir. Bukan senang untuk saya
melupakan siapa diri ini. Saya masih
terikat dengan syarat-syarat dalam surat perjanjian itu.”sahut Nyla bersama
linangan airmata. Terasa dirinya sudah
tewas sebelum berjuang.
“Aiyatul Nyla, dengar sini
baik-baik. Bukan syarat itu yang saya
risaukan, tapi diri awak. Saya sudah
mula dah jatuh cinta pada awak sewaktu pertama kali kita bertemu dulu. Cinta pandang pertama yang hadir tanpa
diduga. Tapi saya takut untuk
menyatakannya. Takut juga dengan
penerimaan awak nanti, sebab itu saya setuju saja dengan rancangan Abang Vince. Tapi sejak 3 malam yang lalu, dalam solat
istikharah saya diberikan petunjuk.
Petunjuk yang sayang adalah jodoh abang.”terkedu Nyla saat suaminya
mengakui menyintai dirinya dalam diam.
Tangannya yang berada dalam gengaman Tommy diulus lembut. Ada sesuatu yang menyerap masuk kedalam
jiwanya kini.
“Saya tak mahu dituduh melanggar perjanjian.”selar Nyla lagi. Cuba mengingatkan suaminya tentang perjanjian
itu.
“Lagi-lagi syarat perjanjian, bosan
abang dengar.”rungut Tommy dengan nada bosan.
Nyla tersenyum, sikap keanak-anakkan suaminya terserlah bila lelaki itu
bereaksi sebegitu.
“Alahai, comelnya bila encik
merajuk.”komen Nyla bersama senyuman yang tidak lekang dibibir. Tommy tayang wajah cemberut, niat dihati
hendak bermanja dengan si isteri tetapi lain pula jadinya. Sudahnya dia bangkit.
“Pulak dah, nak kemana tu.”soal Nyla
bila melihat Tommy bangkit. Songkok
dibuka dan diletakkan diatas meja disisi katil.
Tubuhnya direndahkan sedikit lantas dicempung Nyla.
“Eh! encik, apa ni?. Turunkan
saya.”pinta Nyla dari dukungan Tommy.
Suaminya hanya mengengek ketawa.
“Syyhhh…duk diam. Nanti jatuh abang tak jamin.”giat Tommy
mengusik Nyla.
“Encik….”mendayu suara Nyla meminta
belas dari Tommy yang masih galak mengusik si isteri.
“ Diam..karang abang cium mulut tu baru
tau.”sebaik saja mendengar ugutan Tommy, Nyla terus menekup mulutnya dengan
sebelah tangan. Takut beb! Lelaki bukan
boleh dibuat main. Apatah lagi benda dah
halal.
Perlahan-lahan
Tommy meletakkan tubuh isterinya diatas katil miliknya. “Stay.”arahnya
dengan wajah serius. Nyla diam tidak
berkutik.
Tommy menghampiri pintu lantas
dikuncinya. Nyla yang melihatnya menelan
liur, takut bercampur gerun. Wajah
suaminya direnung lama, ada sengihan nakal disitu.
“Sayangg…”suara romantis Tommy memecah
kesunyian. Nyla pejamkan matanya saat
suaminya melabuh punggung disebelahnya.
Debaran didadanya terasa laju seperti berlari 100 meter, manakala
jantungnya kuat mengepam darah keseluruh tubuhnya. Saat suaminya mengusap-usap pipinya Nyla
menahan getaran didada.
Dengan lafaz bismillah Nyla cuba membuka
matanya, wajah Tommy betul-betul berada seinci dari wajahnya. Hembusan nafas lelaki itu mengena hidungnya. Nyla terpukau kala melihat mata bening milik
suaminya itu, tanpa sedar bibir mereka bertaut.
Lama mereka tenggelam dalam keasyikan yang diciptakan oleh lelaki
itu. Terasa indah dunia ini milik mereka
berdua. Saat Tommy melepaskan bibirnya, Nyla tertunduk malu.
“Terima kasih.”ucap Tommy pendek. Nyla
pangku wajah, “Terima kasih, untuk apa?”soal Nyla kehairanan.
“Sebab sudi menerima abang walaupun
tidak sepenuhnya.”Nyla gariskan senyuman dibibir. Wajah suaminya direnung lagi seperti tidak
mahu berpisah dengan lelaki ini.
“Jom tidur, esok abang nak bawa sayang
keluar.”ajak Tommy lantas membaringkan tubuhnya disebelah Nyla. Walaupun dalam hatinya hampa kerana hajatnya
tidak kesampaian, namun dia harus bersabar.
Masih banyak masa lagi untuk ditakluki hati isterinya ini. Dia tidak mahu terlalu gopoh-gapah dalam
perkara ini. Hati Nyla juga harus
diambil kira.
“Encik, selamat malam.”usai bersuara
Nyla memejamkan mata. Tommy mengangguk,
lantas ditariknya tubuh Nyla ke dalam pelukkannya.
“Selamat malam juga untuk
sayang.”ubun-ubun Nyla dikucup sebelum dia turut sama memejamkan matanya.
Nyla menahan debar, pertama kali tidur
bertemankan lelaki disisi membuatkan dirinya tidak keruan. Apatah lagi lelaki itu sudahpun menjadi
suaminya yang sah. Sejak Tommy
menggelarkan dirinya abang, Nyla masih tidak dapat menuturkan perkataan itu,
takut dan segan masih lagi menyelubungi dirinya. Risau juga dengan ugutan Vince ketika mereka
sempat berbual-bual sebelum dia masuk ke dalam biliknya tadi.
“Aku nak kau jauhkan diri kau dari Tommy. Aku tak mahu ada sebarang hubungan diantara
kalian walaupun kau milik dia yang sah.
Kalau boleh, aku tak mahu kau mengadakan hubungan batin dengan dia. Aku nak kau kekal suci sehingga tarikh
perjanjian itu tamat. Jika kau langgari
syarat-syarat itu, nahas kau dan adik kau aku kerjakan. Ingat!”
Tidak pernah aku impikan kebahagian sebegini, tapi jika ditakdirkan aku perolehinya. Syukur dengan rahmatMu Ya Allah...~ Aiyatul Nyla