Monday, 26 August 2013

My Girl - Bab 9


Bab 9

            “Kau dah gila ke Tom?”keras suara Vince memarahi adiknya sewaktu mereka berada diluar rumah.  Nasib baik ketika itu semua tetamu sudah beransur pulang.

            “Aku? gila?”soal Tommy tidak percaya dengan tuduhan abangnya.

            “Ya, kau gila.  Kenapa kau cium perempuan tu dikhalayak ramai.”marah benar Vince pada adiknya. 

            “Suka hati akulah.  Lagipun dia dah jadi isteri aku, kami dah halal pun.  Jadi, tak salah kan.”tukas Tommy dengan wajah mencuka.  Geram bila dikatakan dirinya gila oleh abangnya sendiri.

            Vince meraup wajahnya, masih marah dengan tindakan adiknya itu“Kau dah lupa apa syarat-syarat dalam surat perjanjian tempoh hari.”Vince cuba mengingatkan kepada adiknya tentang surat perjanjian itu.

            “Aku tak gila lagi Vince.  Dalam surat perjanjian itu hanya merujuk kepada Nyla, bukannya aku.  Jadi aku berhak untuk menyentuh dia walaupun tanpa kerelaan dia.”tegas Tommy cuba menegakkan benang basah.  Betul apa, syarat dalam surat itu merujuk kepada Nyla bukannya dirinya Thomas Aiden Anderson.

            “Aku cuma nak ingatkan kau supaya berhati-hati.  Jangan terpedaya dengan pujuk rayu perempuan seperti itu.”dalih Vince, padahal dia cukup takut kalau adiknya berubah fikiran.  Dan dia tidak akan benarkan perkara itu terjadi.  Nanti melepaslah semua rancangan yang diatur untuk adiknya itu.

            “Aku tahu dimana batasku Vince.  Lagipun, aku kenalah tunjukkan kepada Tok Wan betapa aku suka dengan perkahwinan ini.  Kalau tidak, tentu Tok Wan tak percaya tentang aku dengan Nyla.”bohong Tommy. 

            “Abang bukannya apa Tom.  Nak ingatkan kau  tentang rancangan kita, itu saja.  Kalau Tom usik dia, then..dia mengandung macam mana?”hujah Vince panjang lebar.  Tommy terdiam sebelum meneruskan kata.

            “Kalau Nyla mengandung, itu anak Tom.  So, what’s the probem?”sangkah Tom lagi.

            Problem? Yes, there is a problem.”tukas Vince dalam hati.  Namun lain pula yang keluar dari bibirnya. 

            “Abang tak setuju.  Kalau perempuan tu mengandung, habis nanti kalau dia tuntut harta kita pula.”dalih Vince pula.

            “Dan Abang tak mahu harta kita dibahagi kepada orang lain.  Abang tak setuju.  Fullstop!”cantas Vince lagi.

            “Vince.”jeritan Tommy membuatkan Vincent terkedu.  Masing-masing merenung ke dalam anak mata dengan berbagai rasa. 

            “Sama ada abang suka atau tidak.  Aiyatul Nyla sudah sah jadi isteri aku.  Soal harta tak ada sangkut paut dengan dia.  Kalau pun kami ada anak, sudah semestinya anak aku pewaris untuk segala harta yang aku ada.”tekannya lagi. Vincent terkejut, tidak pernah adiknya itu menjerit sebegitu padanya apatah lagi melanggari perintahnya.  Kali ini berlainan pula, nampaknya dia perlu lebih berhati-hati lagi.

            “Suka hati kau lah Tom.  Abang dah malas nak bertekak dengan kau.  Lain kali jangan cari abang kalau kau tersalah langkah.”ujar Vincent lagi.  Dalam hatinya lain pula, “Don’t’ ever think of that my dear brother.  Aku tak rasa kau boleh selamat, tunggu saja pembalasan dari aku.ikrar Vince pada dirinya sendiri.  Tak terdaya diluahkan disitu, takut akan menganggu rancangannya nanti.  Dia masih berpeluang untuk mencari jalan lain jika perkara itu benar-benar terjadi.

            “Kita tunggu dan lihat sama ada kau atau aku yang salah.”tukas Vince lagi.

            “Aku dah tak heran, kau buatlah apa yang nak kau buat Vince.  Aku dah penat melayan karenah dan rancangan gila kau ni.”Selesai berbicara, Tommy melangkah masuk.  Malas hendak memanjangkan perbalahan dengan abangnya itu, lebih baik dia masuk ke bilik bersihkan diri dan tunaikan solat isyak.

            “Hish, tak boleh jadi ni.  Aku kena cepat bertindak sebelum Tom hancurkan semuanya.”tumbukan dikepal dengan hati yang sebal.  Rasa macam nak menumbuk saja muka adiknya itu, tapi ditahankan juga. 

            Aiyatul Nyla yang terdengar perbualan kedua beradik itu mula menyalahkan dirinya. “Perlukah aku pergi dari sini? Tapi kemana hendak aku tuju, dengan Aiman pula.”  Daun pintu bilik ditutup rapat, lantas dikunci.  Dia perlu mencari jalan penyelesaian, dia tidak mahu disebabkan dirinya keluarga ini berpecah belah.  Walaupun dia rasa sayangnya pada Thomas Aiden Anderson mula bercambah, dia perlu cantas sebelum itu tumbuh lagi.

           

            Tommy mendaki anak tangga menuju ke biliknya.  Tombol pintu dibuka, kelihat si isteri dicari.  Tiada! Dibuka pintu bilik air, tiada juga.  “Kemana pula perginya isteri aku ni.”kepala yang tidak gatal digaru.  Memikirkan dimana keberadaan isterinya itu.

            “Hah! tentu dia masih dibilik bawah.”tekanya dalam hati.  Langkah kaki dibawa ke bilik yang berada disebelah anak tangga.  Tombol pintu dipulas, berkunci.  Lantas diketuk pintu bilik Nyla.

Tuk ..tuk…tuk..

“Nyla..Nyla..bukalah pintu ni.”dengan nada suara perlahan Tommy memanggil isterinya.  Agak lama juga barulah dipintunya dibuka.

“Ada apa encik?”soal Nyla saat pintu dibuka.  Wajah Tommy sedang tersenyum menyapa dimuka pintu biliknya.

“Kenapa kau kat sini? Bilik kita kan kat atas, jom.”tangan Nyla ditarik agar gadis itu mengekorinya.

“Encik! habislah batal wuduk saya.”protes Nyla, kebetulan dia baru bersiap hendak menunaikan solat Isyak.

“Boleh ambil semula, belum solat lagi kan?”anggukkan Nyla buat Tommy tersenyum lebar.  Lantas dibisikkan sesuatu, “Kita solat sama, lepas tu…”

Nyla terpanar, terus dia menghentikan langkah.  Takut bercampur segan bila Tommy berkata begitu.   Wajah nakal Tommy dipandang lama, perlukah dia berterus-terang.

“Dah...jomlah.  Tak baik tau lengah-lengahkan waktu solat.”ajak Tommy lagi bila melihat Nyla tidak berganjak. 

“Encik! saya..saya..”

“Takut?”Nyla menggeleng, Tommy tersenyum lagi.

“Malu?”usik Tommy lagi, Nyla menunduk tak berani pandang wajah suaminya.

“Sayang..”dagu Nyla diangkat agar mengadap dirinya.  Pandangan mereka bertaut, ada sinar cinta disitu.

“Solat berjemaah bersama isteri adalah lebih baik dari solat bersendirian.  Nyla tak nak kutip pahala? Tak nak menuju ke arah kebaikan?”Nyla mengangguk, dia mahu.  Tapi akalnya yang waras tidak membenarkan dia berbuat demikian.  Nanti apa pula kata Vince, dia pula telah melanggar syarat perjanjian tersebut.

Mengerti dengan apa yang difikirkan oleh isterinya itu, Tommy berkata “Pedulikan tentang syarat itu.  Sekarang ini suami awak yang mahukannya, dan bukannya awak.  Saya, suami awak dunia dan insyaallah akhirat, jadi awak patut patuh arahan suami awak dan  bukannya syarat bodoh tu.  Lupakan saja, saya yang akan bertangungjawab.”tutur Tommy yakin dengan keputusan yang telah dibuat. 

Sebenarnya sejak 3 hari lepas, dia mengerjakan solat istikharah sebelum mengambil keputusan untuk menerima Aiyatul Nyla sebagai isterinya.  Dalam 3 malam itulah muncul wajah putih bersih Nyla dalam pakaian yang serba indah.  Yang membuatkan dirinya lebih pasti akan jodoh ini, bila ada bayi didalam dukungan Nyla.  Comel sungguh bayi itu, sudah tentulah anaknya.  Ah..berangan lagi..

“Nanti encik Vince marah.”suara ketakutan Nyla menerpa sekaligus menghalau khayalannya tadi.

“Siapa suami Nyla, saya atau Vince?”soal Tommy keras.

“Encik.”Tommy merengus.

“Tahu pun, dah tu kenapa nak takut dekat dia.  Dengar sini Aiyatul Nyla Binti Aiyuddin.  Awak isteri kepada Thomas Aiden Anderson dan bukannya perempuan yang dibeli oleh  Vincent Alan Anderson.  Jadi awak kena patuh cakap saya.  Faham!”selesai berbicara, tangan Nyla dalam gengaman Tommy terlepas.  Lelaki itu ingin berlalu, namun Nyla sempat menyelar lengan suaminya itu.

“Maafkan saya.”pinta isterinya itu.

“Huh!”rengus Tommy sebelum menarik semula lengannya yang berada dalam pelukan Nyla.  Langkahnya laju mendaki anak tangga menuju kebiliknya. Nyla terdengar pintu bilik dihempas kasar, tentu suaminya marah sangat.

Nyla tidak menunggu lama, terus dia mencapai telekung sebelum menutup semula pintu biliknya.  Dipanjat anak tangga menuju ke bilik atas yang didiami suaminya.  Dengan berhati-hati dia memulas tombol pintu, pandangan ditebarkan ke dalam bilik.  Suaminya tiada disitu, bila diperhatikan sekeliling tiada juga.  Telinganya sayup terdengar bunyi dari dalam bilik air, tentu suaminya sedang mandi.  Senyuman terukir dibibir.

Pintu bilik dirapatkan.  Dia meletakkan telekung diatas katil sebelum melangkah menuju almari pakaian.  Dikeluarkan sehelai kain pelikat dan juga sehelai baju melayu berwarna biru laut.  Diletakkan diatas katil sebelum dia sendiri bergerak ke meja solek.  Pintu bilik air terkuak dari dalam, muncul Tommy dengan memakai tuala separas pingang.  Terpana lelaki itu melihat Nyla berada dalam biliknya, manakala si isteri turut terpana melihat tubuh sasa milik suaminya.

“Err…maafkan saya.  Masuk tanpa kebenaran encik.”terketar-ketar suara Nyla menuturkan kata.  Debaran didada memuncak, pandangan dialihkan ke dinding bilik.  Malu kala melihat tubuh itu.

Tommy berdiri membelakangi Nyla, diambil baju melayu dan kain pelikat yang tersedia ada disitu.  “Terima kasih.”ucapnya sepatah.  Nyla tersenyum. 

“Tunggu saya, kita solat sama-sama.”ujar Nyla lantas menghilang ke dalam bilik mandi.  Selesai mengambil wuduk, Nyla keluar lantas menyarungkan dirinya dengan telekung pula.  Ketika isterinya dalam bilik mandi, Tommy menghamparkan sejadah mengadap kiblat.

Selesai mengerjakan solat jemaah pertama sebagai suami dan isteri.  Doa panjang dibacakan oleh Tommy mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada mereka.  Berharap agar rumahtangga mereka dilimpahi rahmatNya.  Tommy juga turut berdoa akan kesejahteraan rumahtangganya dengan Nyla.

Berlinangan airmata Nyla takala mendengar doa suaminya itu.  Dia keliru antara cinta dan pengorbanan.  Dia takut jika suatu hari nanti dia jatuh cinta pada suaminya ini, apakah yang harus dia lakukan.  Sedangkan dia sendiri sudah maklum tentang perkahwinan mereka bukanlah diatas dasar cinta.

Tommy beralih arah memandang isterinya dibelakang.  Tangan kanannya menyambut huluran tangan Nyla yang ingin bersalaman.  Nyla mengucup lembut belakang tangan suaminya manakala Tommy pula mengucup ubun-ubun Nyla.  Terasa syahdu sekali dihati masing-masing ketika itu. 

“Maafkan Nyla.”pohon Nyla.

“Abang maafkan sayang dengan syarat sayang lupakan tentang hal itu.  Abang nak kita jalani kehidupan seperti biasa.  Abang tak akan sentuh sayang selagi tiada cinta dihati sayang untuk abang.  Dan abang akan menunggu selama sehingga sayang benar-benar dapat menerima abang dalam hati sayang.”

“Saya pun harap encik berikan masa untuk saya berfikir.   Bukan senang untuk saya melupakan siapa diri ini.  Saya masih terikat dengan syarat-syarat dalam surat perjanjian itu.”sahut Nyla bersama linangan airmata.  Terasa dirinya sudah tewas sebelum berjuang.

“Aiyatul Nyla, dengar sini baik-baik.  Bukan syarat itu yang saya risaukan, tapi diri awak.  Saya sudah mula dah jatuh cinta pada awak sewaktu pertama kali kita bertemu dulu.  Cinta pandang pertama yang hadir tanpa diduga.  Tapi saya takut untuk menyatakannya.  Takut juga dengan penerimaan awak nanti, sebab itu saya setuju saja dengan rancangan Abang Vince.  Tapi sejak 3 malam yang lalu, dalam solat istikharah saya diberikan petunjuk.  Petunjuk yang sayang adalah jodoh abang.”terkedu Nyla saat suaminya mengakui menyintai dirinya dalam diam.  Tangannya yang berada dalam gengaman Tommy diulus lembut.  Ada sesuatu yang menyerap masuk kedalam jiwanya kini. 

   “Saya tak mahu dituduh melanggar perjanjian.”selar Nyla lagi.  Cuba mengingatkan suaminya tentang perjanjian itu.

“Lagi-lagi syarat perjanjian, bosan abang dengar.”rungut Tommy dengan nada bosan.  Nyla tersenyum, sikap keanak-anakkan suaminya terserlah bila lelaki itu bereaksi sebegitu.

“Alahai, comelnya bila encik merajuk.”komen Nyla bersama senyuman yang tidak lekang dibibir.  Tommy tayang wajah cemberut, niat dihati hendak bermanja dengan si isteri tetapi lain pula jadinya.  Sudahnya dia bangkit.

“Pulak dah, nak kemana tu.”soal Nyla bila melihat Tommy bangkit.  Songkok dibuka dan diletakkan diatas meja disisi katil.  Tubuhnya direndahkan sedikit lantas dicempung Nyla.

“Eh! encik, apa ni?. Turunkan saya.”pinta Nyla dari dukungan Tommy.  Suaminya hanya mengengek ketawa.

“Syyhhh…duk diam.  Nanti jatuh abang tak jamin.”giat Tommy mengusik Nyla.

“Encik….”mendayu suara Nyla meminta belas dari Tommy yang masih galak mengusik si isteri.

“ Diam..karang abang cium mulut tu baru tau.”sebaik saja mendengar ugutan Tommy, Nyla terus menekup mulutnya dengan sebelah tangan.  Takut beb! Lelaki bukan boleh dibuat main.  Apatah lagi benda dah halal.

 Perlahan-lahan Tommy meletakkan tubuh isterinya diatas katil miliknya.  Stay.”arahnya dengan wajah serius.  Nyla diam tidak berkutik.

Tommy menghampiri pintu lantas dikuncinya.  Nyla yang melihatnya menelan liur, takut bercampur gerun.  Wajah suaminya direnung lama, ada sengihan nakal disitu.

“Sayangg…”suara romantis Tommy memecah kesunyian.  Nyla pejamkan matanya saat suaminya melabuh punggung disebelahnya.  Debaran didadanya terasa laju seperti berlari 100 meter, manakala jantungnya kuat mengepam darah keseluruh tubuhnya.  Saat suaminya mengusap-usap pipinya Nyla menahan getaran didada. 

Dengan lafaz bismillah Nyla cuba membuka matanya, wajah Tommy betul-betul berada seinci dari wajahnya.  Hembusan nafas lelaki itu mengena hidungnya.  Nyla terpukau kala melihat mata bening milik suaminya itu, tanpa sedar bibir mereka bertaut.  Lama mereka tenggelam dalam keasyikan yang diciptakan oleh lelaki itu.  Terasa indah dunia ini milik mereka berdua. Saat Tommy melepaskan bibirnya, Nyla tertunduk malu.

“Terima kasih.”ucap Tommy pendek. Nyla pangku wajah, “Terima kasih, untuk apa?”soal Nyla kehairanan.

“Sebab sudi menerima abang walaupun tidak sepenuhnya.”Nyla gariskan senyuman dibibir.  Wajah suaminya direnung lagi seperti tidak mahu berpisah dengan lelaki ini.

“Jom tidur, esok abang nak bawa sayang keluar.”ajak Tommy lantas membaringkan tubuhnya disebelah Nyla.  Walaupun dalam hatinya hampa kerana hajatnya tidak kesampaian, namun dia harus bersabar.  Masih banyak masa lagi untuk ditakluki hati isterinya ini.  Dia tidak mahu terlalu gopoh-gapah dalam perkara ini.  Hati Nyla juga harus diambil kira.

“Encik, selamat malam.”usai bersuara Nyla memejamkan mata.  Tommy mengangguk, lantas ditariknya tubuh Nyla ke dalam pelukkannya.

“Selamat malam juga untuk sayang.”ubun-ubun Nyla dikucup sebelum dia turut sama memejamkan matanya.

Nyla menahan debar, pertama kali tidur bertemankan lelaki disisi membuatkan dirinya tidak keruan.  Apatah lagi lelaki itu sudahpun menjadi suaminya yang sah.  Sejak Tommy menggelarkan dirinya abang, Nyla masih tidak dapat menuturkan perkataan itu, takut dan segan masih lagi menyelubungi dirinya.  Risau juga dengan ugutan Vince ketika mereka sempat berbual-bual sebelum dia masuk ke dalam biliknya tadi.
“Aku nak kau jauhkan diri kau dari Tommy.  Aku tak mahu ada sebarang hubungan diantara kalian walaupun kau milik dia yang sah.  Kalau boleh, aku tak mahu kau mengadakan hubungan batin dengan dia.  Aku nak kau kekal suci sehingga tarikh perjanjian itu tamat.  Jika kau langgari syarat-syarat itu, nahas kau dan adik kau aku kerjakan.  Ingat!”


Tidak pernah aku impikan kebahagian sebegini, tapi jika ditakdirkan aku perolehinya.  Syukur dengan rahmatMu Ya Allah...~ Aiyatul Nyla
 
~Bersambung~

1 comment: