Wednesday, 5 November 2014

My Girl - Bab 25



Bab 25


          Keesokkan harinya, tanpa berlengah lagi Tommy terus memecut keretanya menuju ke rumah Tan Sri Aiyuddin.  Dia inginkan kepastian, benarkah itu gambar isterinya.  Adakah Nur Amanda Anderson anaknya.  Semua persoalan itu berlegar-legar dikepalanya. 
            
             Sampai dirumah Puan Sri Suzanne, Tommy tergesa-gesa keluar dari keretanya. Dia terdengar suara riuh Amanda sedang memanggil seseorang.
             
             “Mummy,mummy.”berlari-lari si kecil mendapatkan Nyla.  Nyla yang sedang duduk berehat di laman rumah berlari mendapatkan anak kesayangannya itu.
             
             “Sayang mummy dah bangun?”soal Nyla lantas memeluk tubuh kecil itu tanpa menyedari ada tetamu yang tidak diundang berdiri dibelakangnya.

            Mummy..it’s daddy”jerit si kecil sambil menunjuk ke arah belakang tubuh Nyla. Tersentak dada Nyla ketika terdengar suara yang amat dia kenali menyapa. 

            “Nyla..”  

            Ah, sudah lama dia tidak mendengar suara itu memanggil namanya.  Terasa rindunya terhadap lelaki itu mebuak-buak.  Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, ingin melihat sama ada benar atau tidak lelaki itu yang menegurnya.  Saat matanya terpandang seraut wajah itu, Nyla terkedu. 

            “Abang?”tanpa membuang masa, Tommy lantas menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.  Amanda yang berada dalam dukungan Nyla turut sama berada diantara mereka berdua.

            “Abang rindukan sayang..”dikucup wajah Nyla bertalu-talu tanpa rasa segan.  Sudah lama dia ingin berbuat sebegitu.    Amanda dalam dukungan kebingungan, dia terus menolak Tommy agar menjauh.   

            “Daddy, it’s hurt.”sebaik terdengar suara halus itu, Tommy cepat-cepat merenggangkan pelukan.

            “Sorry dear, daddy so happy sampai lupa Amanda.”akui Tommy sambil tersenyum lebar.  Nyla pula sedaya upaya menyembunyikan wajahnya yang kian memerah akibat dicium suaminya. Puan Sri Suzanne pula terkejut saat melihat kehadiran Tommy disitu, dia juga turut mengalirkan airmatanya.  Airmata kegembiraan melihat anak tirinya bersatu semula dengan suaminya.

            Tommy mengambil Amanda dalam dukungan isterinya lantas dikucup sampai anak itu merengek, “Daddy..”pecah tawa Tommy melihat kelucuan anaknya itu.  Diletakkan semula Amanda ke bawah.  Matanya masih tidak putus melihat wajah si isteri yang amat dirindui.  Sekali lagi ditarik Nyla kedalam pelukannya.

            “Abangg..”Nyla cuba meleraikan pelukan, malu apabila diperlakukan sebegitu dihadapan anak dan ibunya walaupun dalam hati sudah berbunga-bunga.

            “Kenapa? Abang ada buat salah ke?”soal Tommy masih lagi tidak mahu melepaskan pelukan.  Rontaan Nyla dibiarkan sahaja.

            “Tuh..”dimuncungkan mulutnya.  Mengerti dengan isyarat yang diberikan, pelukan terlerai.  Tapi tangannya masih setia mengenggam tangan Nyla, takut lari lagi.

            Sorry aunty, Aiden tak sengaja.”pohon Tommy bersama sengihan.  Gembira dihati sudah tidak terkata sehingga terlupa dimana dia berada sekarang.  Puan Sri Suzanne tersenyum.

            “Mama faham.  Aiden tentu rindukan Nyla.  Maafkan mama.”sepatah ucapan maaf terbit dari bibir itu membuatkan Tommy kehairanan.

            “Mama?”melihat anggukkan Puan Sri Suzanne buatkan Tommy terpanar.

            “Apa maksud aunty? Aiden tak faham.”soal Tommy bersama kerutan didahi.

            “Nanti Nyla ceritakan.  Sekarang abang duduk dulu, Nyla ambil minuman buat abang.”ujar Nyla, pegangan tangan mereka terlerai.  Amanda disebelah direnung penuh tanda tanya.

            Aunty, betul ke Amanda ni anak Aiden”soal Tommy sebaik sahaja batang tubuh Nyla menghilang menuju ke dapur.

            “Betul lah, anak Nyla dah tentulah anak Aiden juga.”seloroh Puan Sri Suzanne .

         “Anak Nyla?”pertanyaan Tommy mengundang tawa dihati Puan Sri Suzanne.  Tentu menantunya keliru dengan keadaan sekarang.  Nyla pun satu, bukannya nak diceritakan kepada suaminya malah bertindak melarikan diri pula.
    
        “Yelah anak Nyla, kalau tak anak siapa lagi.”jawapan dari Puan Sri Suzanne buat Tommy tidak senang duduk.  Sejak bila isterinya mengandung, sedangkan semasa meninggalkan rumah mereka Nyla tidak pernah menceritakan tentang kehamilannya. 
           
            “Bila masa Nyla mengandung?”Puan Sri Suzanne tertawa lagi, polos betul menantunya ini.
     
       “Itu Aiden kena tanya Nyla.  Mama rasa dia perlu berterus-terang dengan Aiden.  Mama nak masuk dulu, dah letih.  Aiden jangan kemana-mana, masih banyak lagi yang Aiden perlu tahu.”Puan Sri Suzanne meminta diri.  Dia tak perlu campur tangan, biarlah Nyla sendiri yang menceritakan kepada Tommy tentang semua ini.  Dia pun keletihan seharian berjalan-jalan dengan cucunya.
     
       “Baiklah aunty.”
     
       “Bukan aunty,  tapi mama.”Puan Sri membetulkan ayat Tommy. 
     
       “Maaf mama, Aiden tak sengaja.  Lagipun semua yang berlaku terlalu cepat sehingga Aiden sendiri kebingungan.”tutur Tommy jujur.
    
        “Mama mengerti.  Lama-lama nanti Aiden biasalah.  Mama masuk dulu yea.”sempat lagi Puan Sri Suzanne menepuk lembut bahu menantunya.
     
       Daddy..”
     
       “Yes dear”
     
       “Are you really my daddy.”soal Amanda lagi.
    
        Yes sayang, memang inilah daddy sayang.”dipeluk tubuh kecil itu erat.  Nyla yang baru keluar dari dapur terpaku melihat kedua beranak itu berpelukan. “Kasihan anakku, setelah hampir 5 tahun baru dapat bertemu dengan ayah kandungnya.”
    
        “Abang..jemput minum.”pelawa Nyla saat melabuhkan duduk disofa.  Pelukan terlerai, dibawa Amanda dalam dukungan lantas didudukkan diatas ribanya.
    
        “Amanda nak minum?”disua gelas berisi jus oren ke mulut si kecil.  Amanda meneguk minuman sambil diperhatikan Nyla.
    
        “Sayang..naik atas. Daddy ada hal nak bincang dengan mummy.  Boleh kan?”Amanda mengangguk, lantas melangkah menuju ke biliknya.  Nyla kaku, tidak tahu apa yang harus dilakukannya.  Tentu suaminya perlukan penjelasan tentang semua ini.  Hatinya mula tidak keruan.
     
       “Sampai bila Nyla nak sembunyikan semua ini dari abang? Apa salah abang?’Nyla telan liur, pertanyaan demi pertanyaan dari Tommy membuatkan dirinya tersepit.  Perlukah dia berterus –terang?
     
       “Maafkan Nyla..”
    
        “Maaf? Itu saja yang sayang nak katakan.”sinis Tommy bersama keluhan dibibir.  Nyla tunduk memandang lantai, tidak terdaya melihat wajah suaminya itu.  Rasa bersalah menghantui dirinya.
     
       “Sayang..”Tommy menarik tangan Nyla, lantas digengam erat.  Nyla masih tunduk membisu.
     
       “Abang dah lama maafkan sayang,  dan abang tak pernah salahkan sayang.  Apa yang berlaku ada hikmahnya.  Sekurang-kurangnya, Allah dah makbulkan doa-doa abang.”ujar Tommy lantas menarik semula Nyla kedalam pelukannya.
    
        “Abang harap sayang jangan tinggalkan abang lagi.  Abang dah tak sanggup nak hidup sendirian tanpa kehadiran sayang disisi.  Abang pohon sangat, sayang jangan buat macam tu lagi”pinta Tommy sayu.  Nyla mendonggak, cuba mencari raut wajah suaminya itu.
    
        “Nyla janji, tapi dengan satu syarat.”pelukan terlerai, Tommy kehairanan.  Permintaan isterinya mengundang sangsi dihatinya.
     
       “Syarat?”anggukkan kepala Nyla menambahkan lagi kesangsian dihati Tommy.
    
        “Abang kena rahsiakan tentang pertemuan kita.”belum sempat Nyla menyudahkan kata, Tommy menyampuk pula.
   
        “Kenapa nak rahsiakan pula? apa tak faham?”Nyla mengapai tangan  suaminya, mahu menenangkan lelaki itu.  Dia tahu suaminya itu cepat melenting jika ada sesuatu yang dirahsiakan daripadanya.
     
       “Abang tenang, dengar dulu apa yang Nyla nak cakapkan.  Nyla tak mahu abang tergesa-gesa dalam mengambil sebarang tindakan.  Apa yang Nyla nak ceritakan pada abang ada sebab dan mengapa Nyla buat begitu.”
     
       “Apa sebabnya?”soal Tommy tanpa menyedari nada suaranya mula tegang.  Nyla tersenyum manis, cuba meredakan keresahan didada suaminya.
     
       “Abang nak minum?”sengaja Nyla bertanyakan soalan itu.  Tommy menggeleng tidak mahu.
    
        “Abang..”Nyla melunakkan suaranya, tidak mahu suaminya itu diburu keresahan yang panjang.  Dia perlu menceritakan semuanya sebelum terjadi perkara yang lain pula.  Tapi Nyla perlu berhati-hati dalam setiap percakapannya itu nanti.  Doa tidak mahu suaminya pula bertelingkahan dengan abangnya Vince kerana onar lelaki itu terhadapnya.
     
       “Apa yang Nyla nak bincangkan adalah mengenai abang Vince.”terus sahaja Tommy bangkit dari sofa.  Dia sudah dapat mengandaikan perkara ini pasti ada kaitan dengan abangnya Vince.
     
       “Kalau pasal abang Vince, tak perlulah sayang risaukan.  Dia sudah tidak lagi tinggal bersama abang dan juga Tok Wan.  Sejak sayang tinggalkan rumah dulu, dia telah dihalau oleh Tok Wan disebabkan perbuatannya sendiri.”terang Tommy.  Nyla terkejut, tidak sangka perkara itu berlaku.  Adakah suaminya mahupun Tok Wan sudah tahu onar yang telah dilakukan oleh Vince terhadap dirinya.  Mustahil, ketika kejadian itu berlaku hanya aku dan abang Vince sahaja yang ada dirumah.
    
        “Apa yang abang cakapkan ni, Nyla tak mengerti.”Tommy meraih kedua tangan isterinya, lantas dibawa kebibir lalu dikucupnya syahdu.
     
       “Dah lama abang simpan rasa bersalah ini.  Akhirnya dapat juga abang luahkan pada sayang hari ini.  Abang minta maaf diatas apa yang telah abang Vince lakukan pada sayang dulu.  Abang tak sangka dia sanggup berbuat begitu.”sendu nada Tommy memohon keampunan pada isterinya.  Nyla terkedu.
     
       “Aaa..pa yang abang cakapkan ni?  Nyla…”
     
       “Sayang tak perlu tahu.  Cukup kalau abang katakan bahawa abang yang patut dipersalahkan.  Disebabkan kedegilan abang yang mahu terus menerima sayang membuatkan abang Vince marah.  Tentu sayang masih ingat lagi tentang surat perjanjian dulu, disebabkan abang melanggarinya abang Vince berang.  Dia mahu abang tinggalkan sayang.  Dia kata sayang tak layak buat abang sedangkan dia tahu abang sudah mula jatuh cinta pada sayang sejak dari dulu lagi.  Dan disebabkan itu, abang Vince membuat onar supaya sayang tinggalkan abang.  Maafkan abang, abang yang berdosa pada sayang dan anak kita.”rayu Tommy lagi bersama linangan airmata.  Nyla tidak terkata, hatinya sedih mendengar rintihan suaminya itu.

~Bersambung~
P/S: Sorry kalu tidak menepati citarasa semua. Kekurangan idea ditambah pula nak hujung tahun banyak kerja yg nak diselesaikan.  Harap maklum. 

3 comments: