BAB 26
Vince begang, dicampak
gambar-gambar itu bertaburan dilantai.
Hatinya sakit apabila mendapat tahu Nyla berada disini.
“Bos nak kami buat apa dengan dia?”soal
salah seorang konconya yang bernama Daim.
Vince merengus, masih marah dengan berita yang baru diterimanya.
“Kita tunggu dulu. Aku masih belum fikir lagi. Kau pasti memang
ini dia perempuan itu.”soal Vince masih tidak puashati dengan gambar yang
dilihatnya. Ini kerana wanita dalam
gambar itu bertudung, sedangkan Nyla tidak.
“Confirm
bos, memang dialah perempuan tu. Lagipun dulu dia tak bertudung, sekarang dah
bertudung sebab itu bos tak cam kot.”balas Daim cuba menyakinkan Vince tentang
Nyla.
“Aku tak mahu korang tersilap orang.”tekan
Vince lagi, dia tak pasti itu Nyla kerana disisi wanita itu ada seorang yang
amat dia kenali. Puan Sri Suzanne,
isteri kepada Tan Sri Aiyuddin. Masakan
Nyla ada hubungan dengan wanita itu.
Mustahil!
“Kalau bos tak percaya, tunggu kami
kumpulkan bukti lagi. Lepas itu bos
boleh buat keputusan.”celah seorang lagi konco Vince yang lain. Vince memandang tepat kea rah konco-konconya,
cuba mencari kebenaran disitu.
“Okay, aku nak korang cari bukti
lagi. Aku tak mahu tersilap orang, susah
kita nanti. Perkara yang dulu pun masih
tak settle lagi.”Vince mengingatkan
konco-konconya tentang perkara yang lalu.
“Beres bos, kali ini kami tak akan
tersilap lagi. Percayalah.”ujar Daim seolah
–olah menberi jaminan akan kata-katanya.
Dia tahu Vince susah hati kerana perkara yang lepas.
“Bos, perkara dulu memang silap
kami. Tapi sehingga kini pihak polis
masih tidak dapat membuktikan siapa pesalahnya.
Jadi bos jangan risau, kita kan professional. Kali ini perempuan itu tak
akan terlepas dari kita lagi. Masa itu,
bos pasti tenang.”kata-kata konconya ini membuatkan Vince terfikir akan
kebenarannya juga.
“Baiklah, korang pergi dulu. Aku nak keluar, ada hal sikit.”akhirnya Vince
mengalah. Konco-konconya tersenyum lebar,
bosnya percaya akan kebolehan mereka.
“Bos”
“Apa lagi?”
“Duit bos.”
“Eh, kan aku baru bagi 2 hari lepas.”
“Itu dua hari lepas, sekarang dah
kering. Bolehlah bos.”pujuk Daim pula
bersama senyum bermakna. Vince
mengeluarkan buku cek dari laci lantas menulis sejumlah wang untuk konconya
itu.
“Nah, ambik ni.”Vince menghulurkan
sekeping cek kepada Daim
“Mana cukup bos”kata Daim lau
disokong yang lain pula.
“RM10 ribu tak cukup. Habis tu, korang nak berapa?”soal Vince pula
“Dua puluh lah bos, baru cukup. Lagipun dah lama kami tak pergi Genting.”
“Cukup lah tu. Yang korang sibuk nak pergi berjudi kat
Genting tu buat apa. Setakat pergi
karaoke sudah lah.”balas Vince lagi.
Malas dia hendak melayani karenah konco-konconya itu.
“Okaylah bos, sepuluh pun sepuluh
lah. Kau ni Daim, baik kita lepak kat
karaoke daripada pandang mesin slot. Kat
karaoke ada yang cun-cun, koman-koman boleh bawak balik.”kali ini Rihas pula
berbicara. Daim mengangguk setuju, kalau bab ini memang favourite dia pun. Mereka
semua pergi meninggalkan Vince bersama cek bernilai sepuluh ribu ditangan.
Vince terduduk dikerusinya,
gambar-gambar yang bertaburan dilantai dibiarkan sahaja. Dalam hati dia masih tidak percaya itu Nyla
kerana wajah itu agak berlainan. Nyla yang
dulu tidaklah secantik sekarang. “Takkan
Nyla buat pembedahan plastic kot, mana perempuan itu dapat duit. Sedangkan dia keluar rumah dulu pun tanpa beg
pakaian.” Vince masih lagi berteka-teki
dalam fikirannya. Lantas dia bangkit
mengambil salah satu gambar dilantai.
“Kalau betul kau ini Nyla, sumpah!
akan aku rampas kau dari Tommy. Biar dia
berputih mata. Aku akan ambil apa yang
dimilikinya, walapun secara kasar.”itu janji Vince kepada dirinya. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah gambar
Nyla. Vince membuka komputer ribanya,
lantas digoogle mencari tentang Tan
Sri Aiyuddin. Dia ingin tahu siapa dan
apa hubungan mereka berdua. Dalam
perncarian itu, Vince kelihatan hampa. Tiada
satupun yang mengaitkan Nyla dengan lelaki itu.
Kini dia hanya perlu menunggu maklumat dari konconya saja. Nampaknya terpaksalah dia aturkan sendiri
pertemuannya dengan Tan Sri Aiyuddin jika dia ingin tahu perkara ini dengan
segera. Tapi bagaimana? Itu akan dia
fikirkan. Sedang Vince sibuk mencari
maklumat, tiba-tiba terpacul wajah si seksi dipintu pejabatnya.
“Hai handsome, dare to join me
lunch?”si kucing parsi Donna datang menghampiri Vince dengan lengguk
manjanya. Vince hanya pandang sepi,
dalam hatinya tak ada mood hendak bermanja-manja.
“Not
today Donna, I’m quiet busy.”tolak Vince.
Tangan Donna yang merayap didadanya ditolak kasar. Donna merenggus, marah bila diperlakukan
begitu.
“You
ni kenapa, datang bulan ke?”Vince memang tepat wajah Donna, marah bila rasa
dirinya dipermainkan.
“Just
leave me alone.”lantas Vince keluar meninggalkan Donna yang masih
termangu-mangu disitu. Donna bengang,
hendak dihamburkan kata-kata kesat.
Namun terbantut apabila matanya menangkap beberapa keping gambar
bertaburan dilantai. Lalu dikutipnya
satu-pesatu.
“Who
is this bitch?”dalam hatinya sudah membara, pasti disebabkan perempuan ini
Vince berubah laku. Tapi siapa perempuan
ini? Hatinya tertanya-tanya.
~Bersambung~
pendek aje nak lagi.
ReplyDelete