BAB 28
“Assalamualaikum papa,
mama.”serentak Tommy dan Nyla memberi salam ketika melintasi meja makan.
“Waalaikumsalam. Hai pengantin lama, awal bangun. Mama ingat dah lupa pukul berapa
sekarang.”sengaja Puan Sri Suzanne menyindir kedua-duanya. Padahal sudah tahu suami isteri ini baru
sahaja reunion semalam. Nyla tertunduk
malu, “Hish, mama ni sengaja lah tu.”
“Baru pukul 9 pagi mama. Masih awal lagi kan.”jawab Tommy pula. Dalam hati sudah ketawa melihat diri sang
isteri yang serba tak kena. Malu lah tu.
“Mama kamu ni memang begitu, saja
nak uji kamu berdua. Papa okay
aje.”sampuk Tan Sri Aiyuddin pula.
“Abang ni, Su baru nak kenakan
mereka abang pula dah berpakat. Mana aci
macam ni.”rajuk Puan Sri Suzanne.
“Aci? Mana ada aci kat sini.”
“Ouch!”terjerit Tan Sri Aiyuddin
saat isterinya mencubit perutnya.
“Padan muka. Su cakap betul-betul abang buat main-main
pula.”pecah tawa dimeja makan pagi itu.
Gurau dan senda memenuhi ruang segenap rumah besar kepunyaan Tan Sri
Aiyuddin. Sudah lama keluarganya tidak
gembira dan ceria seperti pagi ini.
Terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memberi peluang kepadanya untuk
menikmati keindahan hari ini. Tan Sri
Aiyuddin berasa hidupnya lengkap sementelah kehadiran Aiden dalam rumahnya
sebagai menantu sulong. Teringat akan
perkara yang dibincangkan dengan menantunya semalam.
“Papa harap Aiden rahsiakan dulu
tentang kepulangan Nyla dan anaknya.
Papa tak mahu Vince tahu akan perkara ini, bahaya.
Lagipun keselamatan Nyla dan Amanda perlu dititikberatkan.”
“Aiden mengerti pa. Aiden janji, kali ini Aiden tak akan biarkan
abang vince mengganggu lagi rumahtangga Aiden.
Insyaallah, Aiden akan jaga Nyla dan Amanda walaupun nyawa Aiden jadi
taruhan.” Tan Sri Aiyuddin mengeluh, bukan itu yang dia mahu. Dia cuma berharap agar anak dan cucunya dapat
hidup bahagia dengan tenang tanpa sebarang ancaman. Tapi bila Aiden sudah mendapat tahu akan
kepulangan Nyla, tak mustahil Vince tidak tahu.
“Beginilah, papa minta Aiden
bersabar. Bila semuanya dah selesai,
barulah Aiden bersatu dengan keluarga Aiden.
Papa bukannya nak mengongkong malah tidak sesekali menghalang Aiden
datang bertemu Nyla dan Amanda. Cuma
papa harap Aiden lebih berhati-hati. Dan
lagi satu, jangan cakap apa-apa dengan tok wan kamu. Bila masa dah sesuai, barulah kamu cakap
denganya.”pinta Tan Sri Aiyuddin. Kebimbangannya
terhadap keselamatan anak dan cucunya bertambah-tambah.
“Papa tak percayakan Aiden?”
“Bukan itu maksud papa. Papa nak Aiden berhati-hati, itu saja.”
“Tentu kamu dah tahu siapa
sebenarnya Nyla.”anggukan Tommy membuatkan Tan Sri Aiyuddin mengerti tentu
anaknya sudah menceritakan kepada suaminya tentang kisah silamnya.
“Papa dah lama kehilangan Nyla dan Aiman. Kali ini papa tak mahu mereka hilang dari
pandangan papa lagi. Bersusah-payah papa
mencari mereka, tak mungkin senang-senang papa lepaskan begitu sahaja.”
“Aiden faham papa.”
“Bagus, ini yang papa nak.”
“Tapi pa..”
“Tapi apa Aiden?”
“Terlebih dahulu Aiden nak minta
maaf sebab pertemuan Aiden dengan Nyla bukanlah susuatu yang inidah. Aiden..Aiden..”
“Papa dah tahu semuanya dari
Nyla. Papa maafkan Aiden. Lagipun papa tengok Aiden sememangnya
ditakdirkan untuk Nyla. Cuma cara kamu
berdua menikah agak mengecewakan papa.
Tapi salah papa juga, papa tidak ada masa itu.”kesal Tan Sri Aiyuddin
bertambah takala teringat akan kisah anaknya itu.
“Aiden menyesal papa. Dan untuk menebus kesilapan Aiden,
benarkanlah Aiden datang kesini untuk bertemu dengan Nyla dan Amanda.”sebaik
mendengar tutur kata Tommy, Tan Sri Aiyuddin menggeleng-geleng kepalanya.
“Eh, bila masa pula papa cakap kamu
tak boleh kemari. Papa cuma minta kamu
berhati-hati. Itu saja.”seloroh Tan Sri Aiyuddin bersama senyuman dibibir. Tommy menarik nafas lega, ingatkan bapa
mertuanya menegah dia datang kesitu lagi.
Rupa-rupanya masih ada peluang utnuk dia bersatu dengan keluarganya.
“Pa..kenapa Nyla tak pernah
berceritakan kepada Aiden tentang papa.”
“Mungkin masa itu Nyla masih marahkan
papa. Sebab itu dia tak mahu menyebut
tentang kisah silamnya.”serkap Tan Sri Aiyuddin. Benar anaknya masih marahkan dirinya, tetapi
setelah dinasihat oleh isterinya anaknya mula sedar akan kebenaran kisah
diantara dirinya dan juga bekas isterinya iaitu ibu kepada Nyla dan Aiman.
“Dan sekarang?”
“Alhamdulillah, setelah pertemuan
tak sengaja papa dengan kamu dan Nyla telah mencetuskan semangat baru buat
papa. Dan Allah itu maha kaya, setelah
Nyla diusir oleh Vince dia datang kemari bertemu dengan mama. Dan bermula dari situ papa dan mama yang
menjaga Nyla sehingga papa terpaksa membuat keputusan untuk menghantar Nyla dan
Aiman keluar negara demi keselamatan mereka.”
“Demi keselamatan mereka? Apa maksud
papa, Aiden tak faham.”
“Vince sekali mengugut untuk
mencederakan Nyla jika dia masih berhubungan dengan kamu. Malah kali terakhir Nyla ingin bertemu dengan
kamu dia nyaris-nyaris dilanggar Vince.”Tommy mengepal penumbuk, geram dengan
perlakuan abang vince terhadap isterinya.
“Untuk pengetahuan kamu, Nyla sering
berada di café yang berhampiran dengan
bangunan pejabat kamu. Tujuan dia
hanya satu, ingin melihat akan keadaan kamu.
Namun nasibnya kurang baik, ketika itu Vince sudah menghidu akan
kehadirannya disitu. Dan dari situ
bermula pertengkaran sehingga Vince tergamak mahu mencederakan Nyla. Mujur orang suruhan papa ada bersama Nyla,
kalau tidak tentu Nyla sudah teruk dikerjakan Vince.”penjelasan Tan Sri
Aiyuddin sedikit sebanyak mengundang api kemarahan didalam dada Tommy. “Abang
vince dah melampau, Tom tak akan berdiam diri lagi.”
“Papa jangan risau. Aiden akan pastikan abang vince akan terima
hukuman yang setimpal diatas perbuatannya itu.
Itu janji Aiden.”Tan Sri Aiyuddin menepuk bahu menantunya. Sokong dengan segala tindakan yang bakal
dilakukan oleh menantunya itu.
“Papa sokong Aiden. Kalau Aiden perlukan bantuan, jangan
segan-segan beritahu papa.”
“Abang teringatkan apa?”lamunan Tan
Sri Aiyyudin terganggu saat terdengar suara lembut isterinya menyapa.
“Tak ada apa-apa Su, apa cuma mengelamun
sekejap.”
“Mengelamun? Rindu kat siapa pula
tu.”melebar senyuman Tan Sri Aiyuddin takala terdengar suara berbaur cemburu
isterinya.
“Rindukan sayanglah..”balas Tan Sri
Aiyuddin selamba. Apa lagi pecah tawa
Nyla dan Aiden.
“Abang..”marah Puan Sri
Suzanne. Suaminya ingin bergurau tak
kena pada tempat. Kan dah anak dan
menantu dah gelak sakan.
“Okaylah tu ma. Papa rindu jugak kat mama. Nyla ni siapalah yang nak rindu ye tak?”
“Eh, kan Nyla milik abang. Tentulah abang yang rindukan sayang.”sampuk
Tommy pula memecah kesunyian. NYla yang
malu dengan kata-kata suaminya terus mencubit peha Tommy.
“Ouch! Sakitlah yang. Kalau hari-hari kena cubit macam ni, boleh
lebam peha abang tau.”
“Siapa suruh abang mengatal. Kan dah kena.”Nyla pulang paku buah keras
pula.
“Menggatal dengan isteri sendiri tak
tak boleh. Betul tak mama, betul tak
papa.”kali ini diheret sekali Tan Sri Aiyuddin dan Puan Sri Suzanne dalam
permasalahan mereka.
“Mama tak campur..’
“Papa pun..”terus sahaja
kedua-duanya mengangkat kaki.
“Amanda pun..”eh..eh..nak jugak
menyampuk si comel ni. Karang ada yang
merajuk susah pulak.
“Tengok, anak pun dah merajuk.”
“Anak merajuk takpe, daddy
boleh pujuk. Tapi kalau mummy yang merajuk tu yang susah sikit. Silap-silap tidur luar daddy malam ni.”seloroh Tommy sambil mengeyit matanya ke arah si
isteri. Amanda tertawa riang. Riuh suasana dimeja makan pagi tu. Terpancar senyum kebahagia dihati Tan Sri
Aiyuddin. Sudah lama dia mendoakan
kebahagiaan anaknya itu. Namun dalam diam
terselit perasaan takut, apa yang akan terjadi jika Vince mendapat tahu anaknya
Nyla sudah berada di Malaysia. Adakah
lelaki itu akan cuba membunuh anaknya lagi? Perkara itulah yang bermain
dimindanya kini sehingga terlupa Puan Sri Suzanne sedari tadi asyik memandang
wajah resah suaminya itu.
“Abang kenapa?”tersentak Tan Sri
Aiyuddin apabila disapa isterinya.
“Tak, abang cuma risaukan
keselamatan Nyla.”ujar Tan Sri Aiyuddin dalam nada bimbang. Puan Sri Suzanne mengusap bahu suaminya, cuba
meredakan keresahan hati suaminya itu.
“Insyallah, dengan ada Aiden
disisi. Su percaya Nyla selamat. Aiden akan pertahankan keluarganya. Su pasti dan percaya dengan kemampuan Aiden
untuk menangani masalah ini sebaiknya.
Abang janganlah risau.”pujuk Puan Sri Suzanne. Tan Sri Aiyuddin menarik nafas lega. Benar apa kata isterinya, Aiden ada. Pasti lelaki itu tidak akan biarkan Vince
mencederakan isteri dan anaknya. Lagipun
Aiden sudah berjanji akan selesaikan perkara ini dengan baik.
“Harap-harap begitulah. Abang ingat nak ke Mekah lagi.”
“Nak buat apa?”
“Nak buat umrah sekaligus tunaikan
haji buat kali kedua. Su tak nak ikut?”
“Nak, tentulah Su nak. Dah lama Su berhajat nak ke sana. Alhamdulillah abang dah ura-urakan dulu. Bagai pucuk dicita, ulam yang mendatang. Terima kasih bang.”Puan Sri Suzanne memeluk
suaminya tanda gembira.
“Mama dan papa ni masih romantik
lagi kan?”sapa satu siara memecah kesunyian.
Dek terkejut dengan sapaan itu, terus Puan Sri Suzanne melepaskan
pelukan.
“Hish, kamu ni Nyla. Papa nak bermesra-mesraan dengan mama pun tak
boleh.”
“Sapa kata tak boleh. Nyla suka, manalah tahu dapat adik lagi
selain Azrul dan Aiman.”satu cubitan hinggap diperut Nyla.
“Auch! Sakitnya. Mama ni cubit macam sepit ketam.”adu Nyla
sambil mengosok-gosok perutnya.
“Padan muka. Sapa suruh kamu cakap
macam tu. Mama ni bukan muda lagi, dah
bercucu pun. Patutnya kamu tu yang
tambahkan cucu buat kami berdua. Baru
mama dan papa tak kesunyian.”merah padam muka Nyla bila diusik sebegitu. Malah lebih merah bila Tommy menyahut,
“Betul
tu mama, tak lama lagi Amanda ada adik.
Kali ini adik lelaki.”
“Amanda ada adik? Adik boy? Yeah..yeah..Amanda nak ada adik,
adik boy..”apa lagi suka betul Amanda
bila daddynya berkata begitu.
Kali ini giliran Tommy pula
mengaduh, “Sakit yang, tak betul ke apa yang abang cakap. Semalam kan kita dah….”belum sempat Tommy
menyambung kata Nyla menutup mulut suaminya.
“Perkara 18sx mana boleh cakap dekat
orang.”keras amaran Nyla ditelinga Tommy.
Suaminya mengangguk saja. Tentu
isterinya malu bila dia membuka perbicaraan mengenai hubungan mereka malam
tadi.
“Semalam ada apa mummy?”
“Tak ada apa-apa sayang. Daddy
ni saja nak buat lawak.”kali ini bukan sahaja Amanda, malah Tan Sri Aiyuddin
dan Puan Sri Suzanne pula yang ketawa.
Sesungguhnya pagi itu mendatangkan kenangan indah di mahligia kepunyaan
Tan Sri Aiyuddin.
~Bersambung~
tq sis, smbng lagi ♥
ReplyDeleteI like 💜
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDelete